with references.tugasan kawan cikgu bong.kertas cadangan kajian tindakan tingkatan 1

24

Click here to load reader

Upload: chong-yung-foo

Post on 30-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

csacsamcssd

TRANSCRIPT

Page 1: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Kertas Kajian Tindakan

Tajuk: Keberkesanan P&P dalam Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan Perbendaharaan kata Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Iban Kelas Tingkatan 1F

SMK …….., Bintulu

Latar Belakang Kajian

Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam perbahasan

tentang asas pengetahuan untuk pengajaran (Knowledge base for teaching) yang kini

memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat preskriptif oleh ejen

luar (penyelidik di universiti) dan dari domain ilmu di luar pendidikan seperti psikologi,

sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan tentang pengajaran dalam konteks

bilik darjah yang bersifat kontekstual dan partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai

penyelidik (Doyle, 1996).

Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah kemerdekaan negara Malaysia.

Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mempunyai perlembagaan dan kedaulatannya. Dalam

Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) terdapat satu ketetapan yang menyebut bahawa ‘bahasa

kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Malaysia’. Bertolak daripada ketetapan itulah

maka kerajaan Malaysia telah merancang satu dasar pendidikan kebangsaan yang mengarah

kepada perlaksanaan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang

ras, melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-sekolah.

Pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan secara beransur-ansur. Pengajaran

dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu sudah agak lama diadakan di sekolah-sekolah di

Malaysia. Walaupun penggunaan Bahasa Melayu sudah meluas dalam kalangan masyarakat,

tetapi masih lagi terdapat kesalahan penggunaannya. Kajian Awang Sariyan (1996)

menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan, banyak kesalahannya dari

masalah kesalahan ejaan, perbendaharaan, sebutan hinggalah kepada masalah kesalahan

morpologi – sintaksis yang dinamakan sebagai ‘Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu’.

Nik Safiah Karim et al. (1993) telah menamakan kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu

di kalangan anggota masyarakat Malaysia, khasnya di kalangan para pelajar sebagai masalah

Page 2: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

‘pencemaran bahasa’ yang harus dibersihkan melalui cara pengajaran yang berkesan. Kegagalan

menguasai aspek-aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar

yang mampu berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan baik.

Pernyataan Masalah

Kajian ini difokuskan kepada pelajar di dalam kelas Tingkatan Satu F (Flora) di Sekolah

Menengah Kebangsaan ………………., Bintulu, Sarawak. Masalah ini dikenalpasti dan dialami

oleh penyelidik sendiri yang merupakan guru kelas dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

untuk Tahun 2011. Melalui pengalaman dan pemerhatian yang dibuat disamping pandangan oleh

guru-guru lain yang mengajar Kelas 1F tersebut, dapati bahawa masalah penguasaan sebutan dan

perbendaharaan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar Iban adalah serius dan amat meragukan.

Inisiatif telah dijalankan meninjau dan menyelidiki permasalahan ini dengan lebih mendalam

lagi. Bahan-bahan bantuan mengajar serta latihan disokong oleh markah pencapaian semester

pertama tahun 2011 turut dianalisa. Sewaktu kami menyemak buku latihan pelajar yang terbabit,

terbukti penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Iban adalah sungguh lemah. Perkataan

Bahasa Melayu yang digunakan dalam membuat latihan seperti membina ayat adalah terhad,

tidak bertempat dan sangat lemah. Begitu juga dalam sebutan perkataan dan perbendaharaan kata

yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan atau bahasa ibunda (Bahasa Iban) yang

digunakan secara meluas dalam pertuturan seharian. Selain itu, pelajar terbabit juga banyak

melakukan kesilapan ejaan serta membina ayat dalam keadaan tergantung.

Siasatan awal melalui pertanyaan kepada para pelajar tentang keadaan ini, maklumbalas yang

mereka berikan ringkas sahaja iaitu “tidak minat”, “terlalu banyak perkataan baru”… dan “sukar

memahami maksudnya”. Inilah maklumbalas yang diberikan semasa siasatan awal. Rumusannya,

dapati faktor utama kegagalan pelajar Iban Kelas Tingkatan 1F ini menguasai sebutan dan

perbendaharaan kata Bahasa Melayu disebabkan mereka tidak minat untuk belajar mata

pelajaran Bahasa Melayu dan kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan

apabila berkomunikasi sesama pelajar Iban serta penggunaan bahasa Ibunda yang meluas

terutamanya dirumah. Keadaan ini juga diperhatikan dikalangan Pelajar berbangsa Cina dan

Melayu menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila berbual dalam kalangan mereka. Ini

Page 3: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

menyebabkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata mereka dalam Bahasa Melayu agak

terbatas. Penggunaan bahasa Melayu dialek Sarawak turut mempengaruhi situasi ini. Pelajar

hanya menggunakan Bahasa Melayu didalam kelas semasa pembelajaran rasmi.

Oleh yang demikian teknik pembelajaran dan pengajaran (P&P) perlu diubahsuai untuk menarik

minat mereka mempelajari Bahasa Melayu yang merupakan subjek utama selain daripada bahasa

rasmi Negara. Memandangkan masa yang singakat maka pendekatan yang digunakan turut

adalah untuk jangka pendek. Perbincangaan masalah ini dengan guru-guru lain yang turut

mengajar Bahasa Melayu diketuai oleh guru Penaitia Mata Pelajaran Melayu, kesimpulan yang

dapat buat adalah pelajar tidak minat untuk belajar, malas membaca dan suka disuapkan sahaja

ilmu daripada guru, tidak aktif bertanya dan komunikasi searah sahaja. Persaoalannya, apakah

tindakan yang sesuai dilakukan bagi menangani masalah ini? Pelbagai usaha menghasilkan

pelbagai langkah penyelesaian melalui P&P bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan

Bahasa Melayu di kalangan pelajar Iban dengan harapan mereka dapat menguasai dan mampu

berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu pada masa depan terutama apabila

melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta menceburi bidang pekerjaan.

Untuk mengukuhkan lagi pernyataan masalah yang dikemukakan, senarai pencapaian markah

pelajar Iban kelas Tingkatan 1F ini untuk melihat secara lebih jelas lagi prestasi pelajar-pelajar

yang dikaji dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei 2011.

Jadual 1, di bawah menunjukkan markah ujian Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan

tahun pelajar kelas Tingkatan 1F. Berdasarkan markah kelulusan 45 peratus, terdapat 3 orang

sahaja pelajar yang lulus pada peperiksaan tersebut dan markah yang paling tinggi adalah 56

markah berbanding dengan markah terendah hanya 16 markah dengan purata markah

keseluruhan pada 31.7 markah sahaja. Peratusan pelajar yang lulus bagi subjek Bahasa Melayu

ini hanyalah sebanyak 12.5%, dengan jumlah pelajar yang gagal adalah seramai 21 orang dan

peratusan pelajar yang gagal adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 87.5% seperti yang

digambarkan dalam Carta 1.

Jadual 1: Skor markah pelajar Iban kelas Tahun 1F dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun, Mei 2010.

Nama (etika penyelidikan tidak memaparkan Markah

Page 4: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

nama respondent)QF.A 56QF.B 52QF.C 50QF.D 44QF.E 43QF.F 40QF.G 36QF.H 36QF.I 34QF.J 32QF.K 30QF.L 30QF.M 30QF.N 28QF.O 28QF.P 26QF.Q 24QF.R 24QF.S 24QF.T 22QF.U 20QF.V 18QF.W 18QF.X 16

Purata Markah 31.7Sumber: SMK….., 2011

Carta 1: Perbandigan Pelajar Lulus dan Gagal mata pelajaran bahasa Melayu

Lulus, 13%

Gagal, 87%

Objektif

Objektif Utama

Page 5: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Matlamat utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata serta

penguasaan menyebut dan membaca perkataan yang betul dalam kalangan pelajar Iban bagi

kelas Tahun 1F (Flora).

Objektif Khusus

Oleh yang demikian sebanyak lima objektif khusus dibentuk untuk mencapai objektif utama

tersebut. Objektif khusus tersebut adalah;-

Membantu pelajar membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Melayu;

Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;

Mengubah sikap dan persepsi pelajar dengan mengatakan Bahasa Melayu merupakan

mata pelajaran yang mudah difahami;

Membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran pada masa hadapan; dan

Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Iban.

Metodologi kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan dengan mengadaptasikan proses dan prosedur kajian tindakan

mengikut model Somekh (1989) seperti berikut:

Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati

Penyelidik mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian tindakan yang ingin

dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2.

Langkah 2- Mengumpul data

Pengkaji merancang untuk menemubual pelajar yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji,

sampel kajian merupakan pelajar Iban dari kelas Tingkatan 1F SMK ……….., Bintulu, Sarawak.

Selain itu, pengkaji juga mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta buku latihan pelajar

yang terlibat dengan kajian.

Page 6: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis

Oleh kerana kajian tindakan ini mengkaji keberkesanan P&P yang digunakan maka Pengkaji

merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan

dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang dikaji. Ujian pra akan

dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar Iban kelas Tingkatan 1F dalam

menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 24 orang

pelajar Iban.

Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk

karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini

merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan

karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan

perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah.

Langkah 4- Merancang pelan tindakan

Setelah berbincang dengan guru bahasa Melayu yang lain dibawah bimbingan Guru Panitia

bahasa Melayu, cdangan rancangan adalah untuk menggunakan simulasi watak (Role Play

Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK……..,

Bintulu, Sarawak.

Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan

Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:

Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul

Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan

Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar

Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-

pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah

kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan

Page 7: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan

kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan

pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.

Langkah 7- Menganalisis dan menilai

Analisis dan penilaian dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan post bagi

menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.

Langkah 8- Refleksi

Refleksi dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.

Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran ialah seramai 24 orang yang terdiri daripada pelajar kelas Tingkatan 1F yang

terdiri daripada pelajar Iban. Seramai 11 orang perempuan dan 13 orang pelajar lelaki yang

berumur sebaya lingkungan 12 – 13 tahun iaitu umur standard pelajar tingkatan satu di Malaysia.

Instrumen Kajian

Kajian ini melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah Pemerhatian-

Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ia bertujuan

untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan

kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar berbangsa Iban. Pengkaji juga meninjau cara pelajar

menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika

bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di

dalam kelas.

Ujian Pencapaian-Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa patah

perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta berkomunikasi di dalam

kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian tahap penguasaan pelajar-pelajar

tersebut. Pemantauan berterusan sepanjang tempoh kajian tindakan ini dijalankan.

Metod Analisis

Page 8: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan kajian yang

akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:

Ujian pra;- merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-

pelajar tersebut. Ujian pra dijalankan pada …………….. 2011 bagi mengetahui tahap

pencapaiaan pelajar Iban Tingkatan 1F ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata

Bahasa Melayu. Ujian ini melibatkan 24 orang pelajar Iban. Format ujian ialah soalan berbentuk

aneka pilihan sebanyak 10 soalan manakala satu solan berbentuk karangan ringkas untuk dijawab

oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan

tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan

menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan kata dalam membina

ayat mudah.

Ujian pasca;- ujian yang dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Ujian pasca dijalankan pada ……… 2011 bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah

kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan

berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan

kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan

pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.

Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca menentukan

keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian

pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga meningkatkan markah

pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.

Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan

pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan,

pihak pentadbiran sekolah dimaklumkan terlebih dahulu. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam

masa 45 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran

yang terdapat di sekolah ini.

Page 9: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Pemerhatian;- Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis melalui

pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi dalam kumpulan

menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang betul menunjukkan keberkesanan

tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-

pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru.

Pelaksanaan kajian

Aktiviti 1 : Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul

Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih.

Tarikh : ………… 2011 & …………… 2011

Tempoh : 15 minit

Langkah- langkah :

Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar.

Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh

pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar.

Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan-rakan kelas

sekurang-kurangnya 10 kali.

Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara

berulang-ulang.

Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan

Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang.

Tarikh : ………….. 2011 & ……………. 2011.

Tempoh : 15 minit

Langkah-langkah

Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar.

Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak

masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan.

Page 10: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan

mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing.

Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di

bawah tunjuk ajar guru.

Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masing-masing

seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya.

Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan

semula apa yang telah diperolehi.

Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru

bagi melatih penggunaan bahasa.

Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar

Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel.

Tarikh :…………2011, & ……….2011

Tempoh : 15 minit

Langkah-langkah:

o Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar.

o Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan.

o Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru.

o Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya.

o Hasil ejaan dikutip.

o Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan dinilaikan.

Dapatan Kajian

Pencapaian Ujian Pra dan Paska

Page 11: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Ujian Pra dijalankan sebelum bimbingan dan diberikan manakala Ujian Paska adalah

selepas. Perbezaan yang diperolehi adalah merupakan hasil keberkesanan penggunaan P&P

untuk mengajar Bahasa Melayu dikalangan pelajar Iban Tingkatan 1F. Jadual 2 menunjukkan

nilai min Ujian Pra adalah sebanyak 34.83 markah berbanding dengan Ujian Paska sebanyak

38.08 dengan purata perbezaan atau kenaikan markah sebanyak 3.25 markah. Ujian Pra

menunjukkan nilai minimum yang lebih rendah iaitu sebanyak 14 markah berbandingan dengan

Ujian Pra pada 20 markah. Walaubagaimana pun terdapat respondent yang tidak mencatatkan

kenaikan akibat perlaksanaan ini dalam masa yang singkat sahaja, namun ditegaskan tidak

terdapat pelajar yang mencatatkan penurunan. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

nyata diantara kedua-dua ujian yang dijalankan dikalangan respondent yang sama.

Jadual 2: Deskriptif analisis untuk markah Ujian Pra, Paska & Perbezaan markahPra Poaska Perbezaan

N Valid 24 24 24Missing 0 0 0

Mean 34.83 38.08 3.25Median 35.00 36.00 2.00Mode 36 32 2

Std. Deviation 11.571 12.265 2.558Minimum 14 20 0Maximum 58 66 8

Sum 836 914 78a Multiple modes exist. The smallest value is shown

Ujian Pra yang dijalankan terlebih awal untuk mata pelajaran bahasa Melayu dikalangan pelajar

Iban Tingkatan 1F adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Berdasarkan soalan yang

disediakan didapati markah terendah adalah sebanyak 14 markah berbanding dengan markah

tertinggi pada 58 markah yang direkodkan oleh seorang pelajar. Sebanyak dua-pertiga atau 75

peratus pelajar memperolehi 40 markah dan kurang. Hanya sebanyak 16.8 peratus respondent

sahaja memperolehi markah 50 dan selebihnya. Pada keseluruhannya pencapaian ini adalah

kurang memuaskan apatahlagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran utama. Jika

dibandingkan dengan markah pencapaian ujian pertengahan tahun, dapat diperhatikan bahawa

tidak terdapat perbezaan yang ketara. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa terdapat perhubungan

yang significant diantara ujian markah pertengahan tahun 2011 dengan markah Ujian Pra seperti

dalam Carta 2.

Page 12: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Jadual 3: Markah Ujian Pra Markah

Frequency Percent Valid PercentCumulative

Percent

14 1 4.2 4.2 4.2

20 2 8.3 8.3 12.5

22 1 4.2 4.2 16.7

24 2 8.3 8.3 25.0

28 2 8.3 8.3 33.3

30 2 8.3 8.3 41.7

34 2 8.3 8.3 50.0

36 3 12.5 12.5 62.5

38 1 4.2 4.2 66.7

40 2 8.3 8.3 75.0

44 2 8.3 8.3 83.3

50 1 4.2 4.2 87.5

52 1 4.2 4.2 91.7

54 1 4.2 4.2 95.8

58 1 4.2 4.2 100.0

Total 24 100.0 100.0

Carta 2: Markah Ujian Pra

12.5

29.133.3

12.5 12.6

0

5

10

15

20

25

30

35(%)

20 & < 21-30 31-40 41-50 51-60

Markah

Page 13: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Markah Ujian Paska

Pertambahan markah dalam Ujian Paska adalah sejajar dengan pertambahan purata markah

Terdapat pertambahan yang ketara terumatanya peratusan yang mendapat lebih 50 markah.

Secara keseluruhanya terdapat penurunan peratusan pelajar yang memperolehi markah dalam

kurang daripada 21 markah daripada Ujian Pra iaitu daripada 12.5 peratus kepada hanya 4.2

peratus. Untuk markah melebihi 51 markah, sebanyak 16.7 berbanding dengan 12.5 peratus

untuk ujian Pra seperti dalam Carta 3.

Jadual 4: Markah Ujian Pra dan Pos

Frequency Percent Valid PercentCumulative

Percent

20 1 4.2 4.2 4.2

22 1 4.2 4.2 8.3

24 1 4.2 4.2 12.5

26 2 8.3 8.3 20.8

28 1 4.2 4.2 25.0

30 1 4.2 4.2 29.2

32 3 12.5 12.5 41.7

34 1 4.2 4.2 45.8

36 2 8.3 8.3 54.2

38 2 8.3 8.3 62.5

40 2 8.3 8.3 70.8

46 1 4.2 4.2 75.0

50 1 4.2 4.2 79.2

52 1 4.2 4.2 83.3

54 1 4.2 4.2 87.5

56 2 8.3 8.3 95.8

66 1 4.2 4.2 100.0

Total 24 100.0 100.0

Page 14: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Carta 3: Markah Ujian Paska

4.2

25.1

41.6

8.4

16.7

4.2

0 10 20 30 40 50

Peratus

20 & <

21-30

31-40

41-50

51-60

60 &>

Ma

rka

h

Perbezaan markah yang diperolehi diantara Ujian Pra dengan Ujian Paska yang ketara dapat

diperhatikan dalam Jadual 5. Tidak terdapat pelajar yang mencatat penurunan markah, sebanyak

16.7 peratus tidak mencatatkan pertambahan atau perubahan markah. Didapati 41.7 peratus

pelajar mencatat pertambahan markah sebanyak 2 markah, 16.7 peratus sebanyak 4 markah dan

sebanyak 12.5 peratus untuk masing-masing 6 dan 8 markah seperti dalam Carta 4.

Jadual 5: Perbezaan Markah

Page 15: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Frequency Percent Valid PercentCumulative

Percent

0 4 16.7 16.7 16.7

2 10 41.7 41.7 58.3

4 4 16.7 16.7 75.0

6 3 12.5 12.5 87.5

8 3 12.5 12.5 100.0

Total 24 100.0 100.0

Carta 4: Perbezaan markah respondent

Rumusan dan Cadangan

Page 16: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1

Melalui kajian yang dijalankan terhadap pelajar Iban kelas Tingkatan 1F ini, hasil kajian yang

diperolehi akan dapat dikongsikan bersama-sama dengan beberapa pihak atau guru-guru dari

sekolah yang lain. Para giri boleh mengadaptasikan kajian ini sebagai bahan rujukan bagi

mengetahui apakah antara masalah-masalah yang berlaku di sekolah mereka serta penyelesaian

yang berkesan melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan mengikut kesesuaian pelajar sasaran

ini. Selain itu bakal-bakal guru juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan bagi

menjalankan kajian tindakan pada masa akan datang.

Guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf boleh menggunakan kajian tindakan yang

dijalankan bagi memberi pengetahuan dan latihan kepada guru-guru dalam mempertingkatkan

lagi kemahiran keguruan bagi menaikkan lagi taraf profesion perguruan ini. Guru-guru Bahasa

Melayu pula dapat mempelbagaikan pendekatan yang digunakan dalam proses P&P agar sesi

pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang interaktif dan menarik. Selain itu dapatan

ini juga boleh diubahsuai dan diaplikasikan di sekolah bagi tujuan mempertingkatkan

penguasaan sebutan serta pembehandaraan kata pelajar-pelajar.

Rujukan

Awang Sariyan. 1996. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bruner, Jerome S (1966): 'Culture and Cognitive Growth'. In J S Bruner, R R Olver & P M Greenfield (Eds.): Studies in Cognitive Growth. New York: Wiley

Doyle, W. & Carter, K. (1996). Educational psychology and the education of teachers: A reaction. Educational Psychologist, 31(1), 23-28.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (1993). Tatabahasa Dewan ( Edisi Baru ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Somekh, B. 1989, "The Human Interface: Hidden Issues in Computer-mediated Communication Affecting Use in Schools", pp.242-246, in R.Mason and A.Kaye (Eds.), Mindweave. Pergamon Press, Oxford.

Buku teks bahasa melayu Tingkatan Dua……………..rujuk buku di sekolah

Buku Kerja/Latihan bahasa melayu Tingkatan Dua……………………….. rujuk buku di sekolah

Page 17: With References.tugaSAN KAWAN CIKGU BONG.kertas Cadangan Kajian Tindakan Tingkatan 1