bms 3013 kumpulan

9
BMS 3013:KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BINCANGKAN PENGARUH KESUSASTERAAN HINDU KE DALAM KESUSASTERAAN MELAYU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON ROSLAN BIN TAFA D20131063398 0138293905 MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN D20131063382 0173176934 NAMA PENSYARAH: :EN. RAZALI BIN AYOB TARIKH SERAH:

Upload: lanz-eirzan

Post on 25-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMS 3013 Kumpulan

BMS 3013:KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

BINCANGKAN PENGARUH KESUSASTERAAN HINDU KE DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON

ROSLAN BIN TAFA D20131063398 0138293905

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN

WAKIRAND20131063382 0173176934

NAMA PENSYARAH: :EN. RAZALI BIN AYOB

TARIKH SERAH:

Page 2: BMS 3013 Kumpulan

ISI KANDUNGAN

Page 3: BMS 3013 Kumpulan

PERHARGAAN

Page 4: BMS 3013 Kumpulan

LATAR BELAKANG

Mengikut kajian ahli-ahli sejarah,pengaruh hindu bertapak kukuh menjelang abad ketujuh.Pengaruh ini disebabkan perhubungan antara India dengan Nusantara telah berlaku kira-kira pada abad terakhir sebelum menjelang tahun masihi.Pengaruh ini jelas dilihat pada kejayaan kerajaan hindu di Nusantara,kerajaan sriwijaya,Sumatera dan Mataram yang berpusat di jawa tengah.Zaman permulaan peradaban Hindu di Nusantara berkembang pada kerajaan Sriwijaya dan Mataram.Perkembangan pengaruh kebudayaan hindu menyebabkan perkembangan kesusasteraan yang bercorak tulisan yang tumbuh dalam kedua-dua kerajaan tersebut.Selain itu,pengaruh Hindu juga mempengaruhi dari segi bahasa,kepercayaan,kesenian dan kesenian.Pengaruh kebudayaan Hindu tersebar luas di Nusantara dan menjadi cabang daripada kebudayaan hindu.Hal ini dibuktikan misalnya semasa kerajaan hindu-jawa yang berpusat di jawa tengah yang telah mencapai kegemilangan dalam kesusasteraan.kesan-kesan peninggalan ini boleh dibuktikan di batu-batu bersurat di Candi Borobodur.

Penyebaran pengaruh hindu ke Alam melayu adalah melalui penaklukan.kerajaan yang berkuasa pada masa itu ialah kerajaan sriwijaya..kerajaan sriwijaya telah menakluk sebahagian besar kerajaan-kerajaan melayu yang berlaku secara berterusan selama 5 tahun.Kerajaan sriwijaya telah menggunakan bahasa kuno bersama-sama bahasa Sanskrit dalam urusan pentadbiran.Bukti penggunaan bahasa melayu kuno dalam kerajaan sriwijaya ialah batu bersurat di Kedudukan Bukit,Palembang bertarikh tahun 683 masihi.hal ini menunjukkan bahawa bahasa melayu sudah digunakan sejak 1500 tahun lampau.bahasa melayu kuno pada masa itu menggunakan abjad yang dipanggil kawi,rencong dan lampung.keadaan ini disetujui oleh laporan Marco polo yang mengatakan kerajaan sriwijaya sudah mempunyai bahasanya sendiri iaitu bahasa melayu.

Sebelum abad ke 15,kesusasteraan melayu wujud hanya sastera bercorak lisan.pada masa itu belum ada bukti lagi bahawa kesusasteraan melayu berkembang dengan tulisan.bahasa melayu pada masa itu telah mengalami pertumbuhan dan berlaku peminjam dengan bahasa asing.kesusasteraan melayu yang bersifat sastera bercorak lisan seperti jampi –jampi serapah,mantera dan sebagainya.Bentuk puisi ini merupakan unsur kebudayaan melayu asli da nada kaitan dengan kepercayaan mereka seperti percaya kepada semangat,penunggu dan sebagainya.

Selepas abad ke 15 pula kesusasteraan bercorak tulisan iaitu selepas kedatangan islam.kedatangan islam telah memperkenalkan huruf al-Quran sebagai abjad dalam penulisan kesusasteraan melayu.tulisan itu juga dikenali sebagai tulisan jawi.setelah islam berkembang di alam melayu maka wujud pusat-pusat kebudayaan melayu-islam yang muncul di pasai,Melaka,aceh dan pattani yang memainkan peranan yang penting dalm perkembangan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan melayu.pusat-pusat ini Berjaya menghasilkan pelbagai kitab ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang seperti falsafah, teologi, undang-undang dan karya-karya kesusasteraan.

Page 5: BMS 3013 Kumpulan

DEFINISI KESUSASTERAAN HINDU DAN JENIS-JENIS SASTERA HINDU

Kesusasteraan hindu merupakan genre yang terbesar dalam jumlah kesusasteraan tradisional.sastera hindu juga dikenali sebagai sastera hikayat.perkataan hikayat berasal daripada bahasa arab yang bermaksud “pelbagai sejarah”.secara umumnya,karya-karya yang bercorak hindu ini merupakan hasil-hasil kesusasteraan melayu yang asalnya daripada pengaruh peradaban dan kebudayaan hindu.karya-karya ini disalin dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.biasanya kesusasteraan hikayat ini adalah suatu bentuk sastera yang berdasarkan khayalan dan imaginasi.

Dalam kesusasteraan melayu tradisional,kesusasteraan hikayat dapat dibahagikan kepada tiga kelompok mengikut zaman yang diwakilinya.Kelompok yang pertama ialah kesusasteraan hikayat berunsur Hindu,kelompok yang kedua ialah kesusasteraan hikayat berunsur Hindu-Islam manakala kelompok yang ketiga ialah kesusasteraan melayu berunsur islam.

Kesusasteraan hikayat berunsur individu adalah berteraskan dua buah epik hindu yang penting iaitu Ramayana dan Mahabharata.Kedua-dua epik inilah terhasilnya beberapa karya melayu seperti Hikayat Pandawa Lima,Hikayat Seri Rama, dan Hikayat Pandawa Jaya.Kesusasteraan hikayat berunsur Hindu-Islam juga berasal daripada karya-karya hindu tetapi telah mengalami pengubahsuaian.Antara hikayat yang telah mengalami pengubahsuaian ialah Hikayat Gul Bakawali,Hikayat Si Miskin,Hikayat Indera putera dan Hikayat Ahmad Muhammad.

Jenis sastera hindu ialah bercorak epik dan cerita-cerita siasat.cerita epik bermaksud cerita-cerita.sastera epik dikenali juga sebagai sastera pahlawanan.karya-karya sastera epik mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan rakyat.watak wira mempunyai keistimewaan seperti seorang yang berani dan mempunyai kuasa-kuasa sakti.epik yang dimaksudkan ialah Hikayat Seri Rama dan Hikayat Maharaja Rawana yang disadur dari epik Ramayana manakala cerita yang disadur dari epik Mahabharata seperti Hikayat Pendawa Lima,Hikayat Pendawa Jaya,Hikayat Panca Kelima,Hikayat Pendawa dan Hikayat Sang Boma.sastera hindu yang bercorak cerita siasat muslihat dan teladan pula terdiri cerita jenaka dan cerita binatang yang disadur cerita-cerita hindu.antara karyanya ialahJataka,KathaSarit sagarta,sukasapati,Pancatantara,Hi Topadesa,Bhudhacarita,Kadamnari, dan sebagainya.

Kesusasteraan melayu tradisi yg lain juga menerima pengaruh hindu.kesusasteraan rakyat telah memperngaruhi cerita bintang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan sebagainya.antara karya-karya tersebut ialah hikayat singa dengan lembu,hikayat orang salih dengan cerpelai,cerita mat jenin dan sebagainya.kesusasteraan istana pula telah meresap pengaruh hindu dalam sastera sejarah, kesusasteraan epik dan kesusasteraan undang-undang.contohnya Hikayat seri rama,Hikayat Maharaja Rawana,lagenda hang tuah dan sebagainya.

Page 6: BMS 3013 Kumpulan

PEMIKIRAN DAN PERSOALAN DALAM HIKAYAT MELAYU YANG DISADUR DARI SASTERA KEPAHLAWANAN MAHABHARATA DAN RAMAYANA

Kebanyakan hikayat yang disadur daripada sastera kepahlawanan Mahabharata dan Ramayana membawa amanat dan pengajaran yang bersifat simbolik.kisah atau cerita yang disadur dalam epik Mahabharata membawa banyak pengertian antaranya ialah kehidupan manusia sentiasa menghadapi proses perubahan ibarat putaran musim.oleh itu,manusia perlu kepada disiplin dan kekuatan menahan perasaannya.misalnya,dalam cerita Pandawa lima watak wira iaitu Pandu keluar dari negeri Astinapura untuk mencari azimat untuk mengembalikan dia bersama isternya kunti dan madri.

Selain itu,epik Mahabharata menggambarkan persoalan dan pemikiran tentang manusia yang dapat mencapai keselamatan ialah mereka yang berjaya mengekang perasaan jahat dan nafsu yang membawa angkara.sifat baik dan jahat dilihat melalui watak-watak dalam cerita yang sentiasa bercakaran itu.contohnya ,dalam cerita pandawa lima watak sang bimanyu mengalami banyak masalah dalam percintaannya dengan Dewi Satya Sundari.watak jahat yang menghalang percintaian sang Bimanyu dengan Dewi Sutya Sundari ialah maharajaya Baladewa dan Laksamana Kumara.akhir cerita sang bimanyu telah mengalahkan dua watak jahat tersebut dan Berjaya berkahwin dengan orang yang dia cintai iaitu dewi sutya sundari.

Bagi epik Ramayana pula menimbulkan persoalan dan pemikiran sikap seorang wira dianggap sebagai jelmaan atau penuh kesaktian daripada para dewa.Misalnya,perwatakan Rama sebagai wira dalam hikayat Seri Rama dianggap jelmaan daripada Dewa Vishnu.oleh itu,setiap tindak tanduk Raman menjadi contoh atau model dalam menggambarkan nilai-nilai moral dan sosial dalam tradisi hindu.oleh hal demikian ,kebanyakan perjuangan watak wira Rama ditafsirkan sebagai pelaksaan konsep dharma.

Pemkiran dan persoalan seterusnya yang terdapat dalam epik Ramayanan iaitu sikap dan sifat sebagai contoh atau teladan serta “role model”.sikap Rama sebagai ayah yang patuh kepada ayahnya menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak.begitu juga kepada ayah Rama iaitu raja Dasaratha sebagai model ayah yang mengasihi puteranya manakala laksamana pula adalah lambing kesetiaan kepada raja.watak sita pula menjadi lambing atau model seorang isteri yang setia kepada suaminya.sita digambarkan sanggup berkorban menerima nasib malang sewaktu suaminya dalam buangan.

Sastera kepahlawanan Ramayana menggambarkan suatu dunia yang dikongkongi oleh peraturan ketuhanan yang tertinggi dan mengatasi kekuatan manusia iaitu peraturan dharma.dalam hikayat seri rama,rama adalah simbol dharma dalam agama hindu.misalnya,dalam hikayat raja seri rama ,Raja seri rama dan isterinya tidak mempunyai anak dan laksamana membuat ramalan bahawa mereka akan mendapat anak lelaki dengan syarat tidak mandi di telaga yang airnya jernih.larangan raja laksamana itu tidak dipatuhi oleh raja seri rama dan isterinya tuan puteri sekuntum bunga lalu menjadi kera sebagai padahnya setelah melanggar peraturan.

Page 7: BMS 3013 Kumpulan

CIRI-CIRI SASTERA KEPAHLAWANAN MELAYU PENGARUH HINDU

Ciri-ciri yang terdapat dalam sastera kepahlawanan melayu pengaruh hindu ialah jalan cerita atau plot. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah

cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.bagi jalan cerita bagi cerita sastera terbahagi kepada tiga bahagian iaitu awal atau permulaan cerita,bahagian pengembaraan dan penyelesaian cerita.

Jalan cerita untuk sastera kepahlawanan melayu pengaruh hindu bermula dengan mengisahkan kisah salasilah atau asal usul keturunan watak wira dan wirawati tentang kedua-dua orang tua mereka,latar tempat berlakunya cerita atau kerajaan .selain itu,permulaan cerita akan menceritakan tentang wira dan wirawati sewaktu kecil hinggalah dewasa membawa kepada wira keluar mengembara.contoh bahagian awal Hikayat Seri Rama mengisahkan tentang Raja Dasaratha dari negeri Ispaha Boga,iaitu ayahanda kepada Rama,tentang saudara Rama berlainan ibu iaitu Bharata,tentang Sita dewi dilahirkan oleh Mandudaki dan kemudian dihanyutkan hinggalah berkahwin dengan Sita Dewi.Bharata dilantik menaiki takhta kerajaan sehingga membawa kepada Rama,Sita dan Laksamana mengundur diri ke hutan.

Bahagian kedua dalam cerita epik ialah bahagian pengembaraan.bahagian ini merupakan bahagian yang terpenting dalam cerita , malah merupakan bahagian yang terpanjang.pada bahagian inilah kisah mengenai kepahlawanan dan kebijaksanaan watak utama atau wira diceritakan.bahagian ini menceritakan watak wira akan mengalami peperangan,menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan , termasuk soal-soal percintaan dan perkahwinan.semua halangan ini Berjaya dilalui oleh wira setelah menghadapi dengan tabah atau setelah berhasil mengalahkan watak jahat yang menghalang segala hajat dan tujuan.