bmm 3103

Upload: nur-farhanah-ahmad-tarmizi

Post on 17-Jul-2015

1.397 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHa. b. c. d.Penjelasan tentang empat jenis penilaian bahasa. Penjelasan dan pembinaan JSU. Penjelasan dan pembinaan item ujian objektif. Catatan refleksi sepanjang anda menghasilkan tugasan ini.NAMA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT TARIKH TERIMA TUGASAN NAMA PENSYARAH JABATANNURFARHANAH AHMAD TARMIZI 900928

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a. b. c. d.

Penjelasan tentang empat jenis penilaian bahasa. Penjelasan dan pembinaan JSU. Penjelasan dan pembinaan item ujian objektif. Catatan refleksi sepanjang anda menghasilkan tugasan ini.

NAMA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT TARIKH TERIMA TUGASAN NAMA PENSYARAH JABATAN

NURFARHANAH AHMAD TARMIZI 900928086520 ANGKA GILIRAN PISMP SEMESTER 5 16 JANUARI 2012 TARIKH SERAH TUGASAN HJ. ALIAS BIN HJ. SIDEK JABATAN PENGAJIAN MELAYU

2010181340126

08 MAC 2013

SURAT PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Major Semester 5, 2012 adalah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dan TIDAK MENCIPLAK, mahupun MEMPLAGIAT mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku bahawa :

i.

Setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan;

ii.

Saya tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun seseorang pelajar;

iii. iv.

Saya tidak membenarkan seseorang pelajar untuk meyalin laporan saya; dan Saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja saya.

Dengan ini, saya Nurfarhanah Ahmad Tarmizi faham sekiranya perkara di atas TIDAK DIPATUHI atau didapati MENIPU, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinayatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang terkini.

. Nama : Nurfarhanah Ahmad Tarmizi No. Kad Pelajar/Kad Matrik No. Kad Pengenalan : 2010181340126 : 900928-08-6520

Isi Kandungan Surat Pengakuan Penghargaan 1.0 Jenis-jenis Penilaian Bahasa 1.1 Ujian Formatif 1.2 Ujian Sumatif 1.3 Ujian Pencapaian 1.4 Ujian Bakat 2.0 Jadual Spesifikasi Ujian 2.1 Definisi dan Konsep JSU 2.2 Langkah-langkah Penyediaan JSU 3.0 Konsep Ujian Objektif 3.1 Jenis-jenis Ujian Objektif 3.2 Langkah-langkah Pembinaan Item Ujian Objektif Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Soalan Objektif Refleksi Bibiliografi Lampiran

Muka Surat i ii 14 12 23 34 4 5 15 56 6 15 16 24 16 21 21 24 25 26 27 38 39 40

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Khusus Berasaskan Ilmu ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Haji Alias Sidek, Pensyarah Matapelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

.. Nurfarhanah Ahmad Tarmizi 900928086520

1.0

Empat Jenis Penilaian Bahasa di Sekolah Rendah

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974: 8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Terdapat beberapa jenis ujian yang boleh dijalankan dalam proses penilaian bahasa di sekolah rendah seperti ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.

1.1

Ujian Formatif

Menurut Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989) di dalam buku Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa mentakrifkan ujian formatif sebagai pentaksiran yang sistematik yang sentiasa diajalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan tujuan membaiki proses-proses itu. Manakala menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku Pengukuran dan Penilaian Pendidikan mendefinisikan ujian formatif sebagai ujian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Ujian formatif dibina untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ujian ini juga turut membantu guru mengesan kelemahan dan pembelajaran secara serta merta. Selain itu, ujian ini juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian murid di samping mengubah suai pengajaran guru. Ujian formatif boleh diajalankan secara informal iaitu melalui pemerhatian dan kerja latihan manakala secara formal pula adalah melalui penyediaan ujian. Beberapa langkah atau prosuder perlulah dilaksanakan dalam menyediakan ujian jenis ini. Guru hendaklah menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai. Bagi memudahkan guru menyusun soalan-soalan ujian, topik yang dipilih perlulah mengikut peringkat kesukaran.

Guru juga perlu menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki dengan mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh murid. Selain itu, guru perlu menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu dan membetulkan item ujian.

1.2

Ujian Sumatif

Menurut Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989) di dalam buku Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa mentakrifkan ujian sumatif sebagai pengukuran secara menyeluruh taraf pencapaian objektif yang luas selepas satu peringkat pengajaran-pembelajaran. Manakala menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku Pengukuran dan Penilaian Pendidikan mendefinisikan ujian sumatif sebagai ujian yang digunakan untuk menetukan pancapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam

kalangan murid. Contoh penilaian sumatif termasuklah peperiksaan penggal dan tahunan sekolah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan lain-lain. Penilaian ujian sumatif adalah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid yang melibatkab kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Tambahan pula, ujian ini turut mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh murid dan guru boleh membuat ramalan akan kejayaan dan pencapaian murid yang berbeza dalam sesuatu mata pelajaran mengikut kumpulan. Ujian ini kebiasaannya dijalankan secara formal iaitu ujian pensel-kertas dan ujian lisan. Guru perlu mengambil prosuder-prosuder berikut dalam memastikan

keberkesanan pentadbiran ujian sumatif. Guru perlulah membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan dengan objektif, bentuk item,

jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya untuk kesahan dan kebolehpercayaan keputusan ujian yang diperolehi. Selain itu, guru juga perlu menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji dan guru harus mengumpul item secara bersistem. Skema permarkahan perlulah disiapkan untuk memudahkan penyemakan kertas ujian.

1.3

Ujian Pencapaian

Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku Pengukuran dan Penilaian Pendidikan mendefinisikan ujian pencapaian adalah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Manakala menurut Abdullah Hassan (1987) di dalam bukunya Isu-isu

Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia menjelaskan ujian pencapaian sebagai satu ujian rasmi dan tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran untuk menentukan sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan melalui ujian pra dan ujian pos. Kebiasaannnya ujian pencapaian dibina berteraskan ujian rujukan norma untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitude, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian ini juga boleh mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilk darjah. Pada peringkat institusi, ujian ini dibina oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) manakala bagi peringkat pusat pula ialah PMR, SPM, STPM dan peringkat perseorangan dikenali sebagai ujian di bilik darjah.

1.4

Ujian Bakat

Bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu, Abdullah Hassan (1987).

Manakala menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku Pengukuran dan Penilaian Pendidikan menyatakan ujian bakat adalah ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan terhadap calon. Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsurunsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya berdasarkan ujian bakat. Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian ini juga dapat mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan murid atau individu.

2.0

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan akan dicapai apabila guru mengikut perancangan dan keperluan sepsifikasi ujian yang telah ditetapkan. JSU memastikan murid-murid diuji dengan item ujian yang sah dan relevan mengikut kebolehan sebenar.

2.1

Definisi dan Konsep JSU

Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik pelajaran dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Jadual ini terdiri daripada matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%. Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum membina JSU. Anataranya ialah: i. ii. iii. iv. v. Keseimbangan sasaran ujian; Keseimbangan tahap pembelajaran; Format ujian; Bilangan item ujian bagi seiap sasaran tahap pembelajaran; dan Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Di dalam JSU perlulah terdiri daripada maklumat-maklumat seperti: i. ii. iii. Bentuk dan panjangnya ujian; Kandungan topik-topik; Aras kemahiran;

iv. v. vi.

Peruntukan peratusan item/soalan; Bilangan soalan; dan Aras kesukaran

2.2

Langkah-langkah Penyediaan JSU

JSU dibina sebelum ujian ditulis. Seharusnya ia hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan, (Kubiszyn dan Borich, 2003: Mehrans dan Lehman, 1973; Ooster, 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukn bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn dan Borich, 2003). Linn dan Groundland (2000) menyatakan Walaupun prosesnya mengambil dan memakan masa yang lama, tugas yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah pada masa depan.

2.2.1 Langkah I Memilih dan menyenaraikan isi kandungan, tajuk-tajuk atau topik-topik yang

hendak diuji dalam jadual yang disediakan. Contoh-contoh kemahiran yang akan diuji bagi ujian bahasa ialah kata kerja, kata majmuk, peribahasa dan lain-lain.

2.2.2 Langkah II Tentukan bilangan soalan yang hendak dibina dan markah bagi setiap item soalan. Contoh: i. ii. iii. Soalan objektif (20 soalan) 1 markah bagi 1 item Jumlah soalan bagi setiap setiap topik dikira.

= ______Jumlah masa_____x Jumlah soalan Jumlah masa keseluruhan

2.2.3 Langkah III

Menentukan aras kemahiran dan aras kesukaran item berdasarkan model aras yang dipilih, kemudian disusun secara mengufuk dalam JSU. Kebiasaanya guru akan menggunakan Model Aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terbahagi kepada 3 aras kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Model ini membantu mengembangkan pemikirn murid ke arah mana hendak dituju. Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat dengan bermula dari asas kepada yang lebih tinggi. Antara peringkat berikut ialah: i. Pengetahuan Peringkat pengetahuan mencakupi semua perilaku yang menfokus pada pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosuder dn peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Peringkat ini mengutamakan kemahiran mengingat. Ciri-ciri

peringkat pengetahuan ialah: Menggunakan proses mental pengetahuan. Memerlukan maklumat atau kandungan yang serupa dengan pengajaran guru dan buku teks. Soalan tidak memerlukan murid mengatur isi dalam bentuk baharu. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah. Perkataan yang biasa digunakan siapa, apa, di mana, bila, definisi, dan lain-lain.

ii.

Kefahaman Aspek kefahaman bermaksud objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang menunjukkan pengertian yang bermakna yang mengkehendaki murid mengubah bentuk penerimaannya sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Beberapa aspek yang terlibat dalam peringkat ini ialah: Menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada bentuk lain tanpa mengubah makna yang asal.

-

Menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila idea atau mesej berkenaan berbentuk tersurat atau tersirat.

-

Ekstrapolasi iaitu membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada komunikasi yang ditunjukkan. Ciri-ciri soalan berdasarkan kefahaman adalah: o Soalan memerlukan penggunaan proses mental

kefahaman melaui langkah terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi. o Maklumat asas telah diberikan kepada murid. o Memerlukan benda atau material atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir dan dilanjutkan. o Murid menyatakan kefahamannya dalam ayat atau

perkataan sendiri. o Perkataan yang kerap digunakan huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dengan perkataan anda sendiri.

iii.

Aplikasi (Penggunaan) Aplikasi merupakan penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hokum, prosuder dan cara am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar Nordin, 1986). Peringkat aplikasi memerlukan murid memahami ciri-ciri asas yang terdapat pada aspek berkenaan dan mengkehendaki murid menentukan bukan sahaja cara menyelesaikan masalah tersendiri tetapi juga situasi menjadi aspek penting sebagai strategi dalam menyelesaikan masalah. Peringkat ini juga dapat menentukan sama ada murid dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian serta menggunakan dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi dan menggunakan sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu dan konkrit. Bloom (1971) berpendapat murid dapat menguasai pada peringkat aplikasi jika mereka dapat:

-

Menentukan prinsip atau generalisasi yang sesuai dalam masalah yang baharu.

-

Menyebut semula satu masalah untuk menentukan prinsip atau generalisas mana yang penting. Menetapkan hal atau kadar setakat mana prinsip atau generalisasi itu tepat dan betul.

-

Mengenal pasti sesuai atau tidak generalisasi tertentu dengan memberikan alasan.

-

Menerangkan fenomena baharu menggunakan prinsip dan generalisasi yang diketahui.

-

Menelaah apa yang akan berlaku dalam situasi baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi.

-

Menentukan atau menjustifikasikan satu tindakan atau keputusan dalam situasi baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai.

-

Menyatukan alasan yang digunakan untuk menyokong penggunaan atau lebih prinsip atau generalisasi dalam sesuatu situasi.

Ciri-ciri soalan berdasarkan peringkat aplikasi: Soalan menggunakan proses mental aplikasi. Objektif memrerlukan tiga frasa, iaitu kebolehan menggunakan, prinsip/generalisasi dan

masalah/situasi baharu. Situasi masalah hendaklah baharu, iaitu tidak sama dengan masalah yang disentuh dalam bilik darjah. iv. Analisis Fungsi peringkat analisis ialah membahagikan dan menentukan bahagian-bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur itu untuk memahami komunikasi dengan lebih terperinci bagi memulakan penilaian. Analisis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Perkataan yang sering digunakan gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, dan lain-lain.

-

Analisis unsur yang menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam sesuatu komunikasi.

-

Analisis

perhubungan unsur-unsur

dengan yang

menentukan terdapat dalam

perhubungan

pelbagai bentuk abahgian komunikasi. Analisis prinsip organisasi dalam penyediaan sesuatu dengan menetukan tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya. Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut: Murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan dalam satu set dokumen dengan

kenyataan

menggunakan kriteria analisis. Murid dapat menelah kualiti tertentu atau sifat yang tidak dapat dinyatakan dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh. Murid dapat menggunakan kriteria yang relevan, penyusunan mengikut sebab dan akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam sesuatu dokumen. Murid dapat mengenali prinsip organisasi dan

mencorakkan rangka keseluruhan dokumen. Murid dapat menelaah sesuatu rangka kerja tertentu, tujuan dan pandangan tentang sesuatu dokumen.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis: Soalan menggunakan proses mental analisis sama ada analisis unsur atau hubungan prinsip organisasi. Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza daripada pengajaran. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada murid. Memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang

pengetahuan yang dipelajari.

-

Perkataan yang kerap digunakan mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan, dan

sebagainya. v. Sintesis Sintesis merupakan proses menggabungkan dan menyusun unsur atau bahagian bagi membentuk sesuatu yang lebih menyeluruh supaya komunikasi itu lebih berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut: Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan. Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi yang dicadangkan. Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis. Ciri-ciri soalan berdasarkan sintesis: Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada murid atau berbeza daripada pengajaran. Memberikan kebebasan kepada calon untuk menjawab sama ada dari segi isi atau masa. Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan

membataskan kerativiti. Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan dalam bentuk daya kreatif tang tinggi. vi. Penilaian Peringkat penilaian memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai bagi sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya. Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah: Perkataan yang kerap digunakan ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku dan lain-lain.

-

Soalan menguji proses mental peringkat penilaian. Situasi masalah yang hendak dinilai mesti baharu dan tidak biasa disentuh dalam pengajaran di bilik darjah.

-

Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.

-

Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian, iaitu apa yang hendak dinilai, arahan tindakan balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian itu.

-

Perkataan yang biasa digunakan pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan dan sebagainya.

Peringkat-peringkat objektif pendidikan Bloom: 6. Penilaian Aras sukar 5. Sintesis 4. Analisis Aras sederhana 3. Penggunaan 2. Kefahaman Aras mudah 1. Pengetahuan

2.2.4 Langkah IV Guru perlu memilih jenis ujian yang akan diuji sama ada ujian objektif, ujian struktur, ujian esei dan lain-lain. Jenis ujian yang hendak diuji bergantung kepada domain objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada dari segi psikomotor, afektif dan sosial.

2.2.5 Langkah V Menentukan bilangan soalan/item bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dan lain-lain) berdasarkan isi dan aras kemahiran bagi ujian itu, kemudian menulis bilangan soalan itu dalam petak yang berkenaan.

Guru juga perlu menentukan aras kesukaran soalan dari soalan mudah ke soalan yang sukar serta menentukan pemarkahan bagi setiap soalan.

2.2.6 Langkah VI Langkah akhir dalam membina JSU ialah guru hendaklah menyatakan mata pelajaran, tahun serta menyusun nombor soalan mengikut tajuk yang ditetapkan.

3.0

Konsep Ujian Objektif

Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Item ujian jenis objektif ini memerlukan murid menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ujian objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ujian item respon bebas dan ujian item respon tetap.

3.1 Jenis-jenis Ujian Objektif

Jawapan Pendek Ujian Item Respon Bebas Melengkapkan Ayat Perkaitan Ujian Objektif Betul/Salah Padanan Pengelasan Aneka Pilihan

Ujian Item Respon Tetap

Rajah 1: Jenis-jenis Ujian Objektif 3.1.1 Ujian Item Respon Bebas i. Jawapan Pendek

Jawapan pendek ialah jenis soalan yang boleh dijawab dengan satu perkataan atau satu ayat atau dalam bentuk nombor dan kadangkala memerlukan murid menjawab menggunakan lebih dari satu perkataan. Contohnya ialah: 1. Bilakah Nabi Muhammad diputerakan? _________________________ Berikut merupakan prinsip dalam membina ujian item jawpan pendek: Bentuk soalan biasanya lebih baik daripada bentuk pernyataan. Soalan hendaklah jelas dan jawapan yang dikehendaki ringkas dan tepat Tempat kosong untuk jawapan hendaklah diletak di sebelah kanan soalan bagi memudahkan pelajar menjawap. Soalan patut dibentuk supaya hanya ada satu jawapan yang betul. Elakkan daripada menggunakan perkataan atau ayat yang terus dipetik dari buku. Ini adalah untuk mengelakkan pelajar menghafal dan menulis kembali apa yang telah dibaca. ii. Item Melengkapkan (Mengisi Tempat Kosong) Item ini mengkehendaki murid membentuk satu ayat dengan perkataan, atau rangkaian kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong untuk diisikan oleh murid. Ayat ini boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong. Contohnya ialah: 1. Menunaikan ibadat haji termasuk dalam rukun ____________ Prinsip dalam membina item ini ialah: Elakkan daripada menggunakan perkataan yang kabur. Jauhkan daripada menngunakan pernyataan yang mengandungi banyak tempat kosong sehingga maknanya hilang. Kosongkan perkataan atau rangka kata penting untuk diisi oleh pelajar dan bukan butir-butir yang tidak penting. Pilih pernyataan yang terdapat satu jawapan yang betul bagi tempat yang kosong. Jawapan yang dikehendaki sepatutnya dalam bentuk satu perkataan atau rangkai kata yang ringkas.

Elakkan daripada mengambil pernyataan terus menerus daripada buku teks.

Elakkan

daripada

menggunakan

petunjuk

tatabahasa

yang

menunjukkan jawapan yang betul. iii. Item Perkaitan Item ini merupakan satu senarai perkataan atau peristiwa diberi dan murid dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya. Peraturan atau prinsip membina item ini kurang lebih sama dengan item jawapan pendek dan melengkapkan. Contoh soalan bagi item ini ialah: 1. Arahan: Tuliskan nama-nama kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi berikut: Nabi Muhammad : ___________________ Nabi Musa : _____________________ Nabi Isa : _____________________ Nabi Daud : ___________________ 3.1.2 Ujian Item Respon Tetap i. Item Betul Salah Item ini akan menyediakan satu pernyataan dan murid dikehendaki membuat pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Prinsip dalam membina item ini ialah: Bilangan soalan-soalan pernyataan betul/salah hendaklah lebih kurang sama banyak. Gunakan pernyataan yang pendek. Elakkan daripada menggunakan pernyataan yang kabur. Elakkan daripada menggunakan perkataan yang membayangkan jawapan. Elakkan daripada menggunakan perkataan semua, selalunya, kadangkadang, dan lain-lain lagi, kerana ia adalah petanda, mungkin tidak sengaja kepada jawapan sebenar. ii. Item Padanan Item ini memerlukan murid memilih perkara diruang kanan untuk dipadankan dengan perkataan di sebelah kiri. Prinsip pembinaan bagi item ini ialah:

Pastikan perkara di adalah sesuai.

dalam ruang pertama danjawapan di ruang kedua

Masukkan hanya bahan yang sama dalam setiap item. Set senarai soalan (jumlah soalan dan padanan jawapan) hendaklah pendek (antara 5 dan 12).

Ini adalah untuk memudahkan murid mencari jawapan dan menyenangkan guru membina soalan.

Senarai jawapan hendaklah ringkas dan mengikut dan mengikut senarai abjad atau nombor.

Contohnya:

Baqa

Kekal

Qudrah

Berkuasa

Wujud

Ada

iii.

Item Pengelasan Item ini hampir sama dengan jenis item memadankan. Item ini mengandungi dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Murid dikehendaki memilih jawapan yang berkaitan dengan menulis huruf atau angka yang sesuai di sebelah objek/ perkara dalam tempat yang disediakan. Contoh: a. Rukun Iman b. Rukun Islam Pilih nama rukun yang betul bagi setiap pernyataan berikut: y y Mengucap dua kalimah shadat Percaya kepada Allah ( ( ) )

y y

Percaya kepada Malaikat Menunaikan sembahyang

( (

) )

iv.

Item Aneka Pilihan Item ini mengandungi satu aspek soalan dan beberapa pilihan. Pilihan jawapan yang salah dinamakan Pengganggu. Antara prinsp-prinsp pembinaan item ini ialah: Pokok soalan boleh dalam bentuk pertanyaan atau ayat yang tidak lengkap. Pilihan jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar atau nombor. Pilihan jawapan hendaklah disusun mengikut tertib. Soalan hendaklah ringkas tetapi padat. Pilihan jawapan juga perlu ringkas Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak. Jangan biasakan untuk memberikan jawapan kesemua di atas atau tiada satu di atas sebagai alternatif. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif. Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang. Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola yang tetap. Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat membayangkan jawapan (clue)

3.2

Langkah-langkah Pembinaan Item Ujian Objektif

Panduan menulis soalan objektif (Black, 1994) i. Soalan hendaklah berasaskan objektif yang terang dan jelas.

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Ikut jadual spesifikasi (Penentuan). Elakkan kekeliruan. Cipta soalan khusus untuk kumpulan sasaran. Pastikan kejelasan perkataan. Pastikan setiap soalan bebas dari soalan lain. Satu soalan hanya untuk satu jawapan. Elakkan soalan yang negatif. Dapatkan orang lain membaca soalan anda.

Ujian pencapaian bertujuan untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang kefahaman murid dan pembelajaran mereka di samping menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Guru matapelajaran seringkali membina ujian pencapaian di sekolah untuk menguji tahap pencapaian murid. Guru boleh memasukkan maklumat-maklumat terkini yang penting bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap murid. Ujian yang dibina dengan betul dan dijalankan dengan baik berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari murid mereka.

3.2.1 Langkah 1: Merekabentuk Ujian Guru hendaklah mengenalpasti apa yang anda mahu murid anda pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Objektif pengajaran yang utama perlu dipertimbangkan dan masukkan soalansoalan tersebut. Murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspekaspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak.

3.2.2 Langkah 2: Menulis Soalan ujian Langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian. Prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan. 1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas. 2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai kemahiran bahasa

yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan. 3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang kebijaksaan ujian. 4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian. 5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk negatif, tandakan atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul. 6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal. dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran am atau

3.3.3 Langkah 3: Semakan Akhir Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang

dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian.

Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6. Domain Kognitif Soalan Bahagian Tatabahasa Mudah Sederhana Sukar

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 1 Kata Ganti Nama Diri 2 3 Kata Kerja Kata Adjektif 4 Kata Hubung 5 Kata Sendi Nama 6 7 8 9 Kata Arah Kata Nama Kata Nama Kata Ganda Separa 10 Penjodoh Bilangan 11 12 Peribahasa Kata Adjektif 13 14 Kata Kerja Ayat Tanya Bagi Penyataan 15 Soalan Petika 16 17 Ragam Ayat Soalan Petikan (Laporan) / / / / / / / / / / / / /

/

/

/ /

18

Soalan Petikan (Laporan) /

19

Soalan Petikan (Cerita) /

20

Soalan Petikan (Cerita) /

Aras Kesukaran

Rendah Sederhana Sukar

10 6 4 20

Jumlah

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 1

1. Murid-murid itu sedang menunggu bas untuk ke Melaka. _____________ akan menyertai lawatan sehari ke negeri yang bersejarah. A. Mereka B. Kami C. Kita D. Dia (Aras Pengetahuan)

2. Shahril berasa sedih apabila ____________ menconteng pintu tandas sekolah walhal bukan dia yang melakukan perbuatan itu. A. diduga B. diserah C. diserang D. ditohmah (Aras Kefahaman)

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2

3. Pada suatu masa dahulu, kereta lembu pernah ____________ sebagai kenderaan untuk membawa penumpang mahupun mengangkut barang. A. popular B. serasi C. antik D. lama (Aras Kefahaman)

4. Mesyuarat itu telah pun selesai ___________ setiap aktiviti akan dlaksanakan seperti yang telah diputuskan ___________ berlaku perkara-perkara luar jangkaan. A. dan kecuali B. lalu sehingga C. ketika sekiranya D. kerana sementara (Aras Kefahaman)

5. Kami berasa curiga _____________ tindak-tanduk lelaki yang keluar masuk ke kawasan perumahan ini ______________ senja tadi lagi.

A. ke pada B. pada dari C. akan sejak D. kepada daripada (Aras Kefahaman)

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 3

6. Zaimi bangkit lalu menjemput orang tua itu duduk di bangku yang telah dikosongkan di ______________ bapanya. A. sudut B. sebelah C. penjuru D. hadapan (Aras Pengetahuan)

7. Banyak pihak menyambut baik ____________ kerajaan agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari tanpa beg plastik. A. saranan B. peranan

C. pantauan D. anggapan (Aras Kefahaman)

8. Suasana di ___________ lapangan terbang itu agak sesak dengan kaum keluarga yang menghantar bakal siswa dan siswazah untuk melanjutkan pelajaran ke university di London. A. balai raya B. balai cerap C. balai berlepas D. balairung seri (Aras Kefahaman)

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 4

9.

Hui Ling sedang berlatih menggunakan _______________ rotan sebagai salah satu disiplin dalam acara gimnistik yang akan disertainya. A. gegendang B. gegantung C. gegasing D. gegelung (Aras Pengetahuan)

10. Semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, abang tidak lupa membelikan ibu _____________ kalung mutiara dan ______________ cincin sebagai buah tangan. A. seurat sebutir B. sebaris sebiji C. seuntai sebentuk D. segugus segelung (Aras Kefahaman)

Soalan 11 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 11. Haidar dan Haidir pasangan kembar seiras namun sikap mereka amat berbeza _______________. A. seperti cincin dengan permata

B. seperti langit dengan bumi C. seperti aur dengan tebing D. Seperti isi dengan kuku (Aras Analisis)

Soalan 12 13 Pilih ayat yang mengunakan perkataaan bergaris dengan betul. 12. I II III IV Bulu kucing kesayangan Amir itu memang lebat sungguh tetapi mudah tanggal. Pekan itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun sepanjang hari. Pokok rambutan di dusun datuk berbuah lebat pada tahun ini. Suasana di dalam pasar raya itu lebat dengan pelanggan.

A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III D. I, III dan IV (Aras Aplikasi)

13.

I II III IV

Pak Man menggapai papan yang terapung-apung itu lalu berpaut padanya. Farrid memanjat pokok itu lalu menggapai buah rambutan di hujung dahan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai segala impian kamu. Cikgu Lia meminta semua murid menggapai nota yang tertulis pada papan hitam.

A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III

D. I, III dan IV (Aras Aplikasi)

14.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Shafik gembira kerana terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik di sekolahnya. A. Perlukah Shafik berasa gembira? B. Mengapakah Shafik berasa gembira? C. Bagaimanakah Shafik terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik? D. Adakah Shafik berasa gembira menjadi pemain bola sepak terbaik? (Aras Analisis)

Soalan 15 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 15. Saya sempat bersarapan bersama-sama Kumar di kantin tadi, kata Razali. A. Razali dan Kumar sudah bersarapan di kantin tadi, B. Razali berkata bahawa dia selalu dapat bersarapan dengan Kumar di kantin. C. Razali menjelaskan bahawa dia sempat bersarapan dengan Kumar di kantin tadi. D. Razali dan Kumar sempat berkata ketika bersarapan bersama-sama. (Aras Analisis)

Soalan 16 Pilih ayat yang betul. 16. I II III IV Oleh sebab komputernya rosak, dia tidak dapat membuka e-melnya. Kesemua penumpang feri yang karam itu dipercayai telah mangkat. Baju yang diperbuat daripada sutera asli itu sangat mahal harganya. Borang penyertaan kamu hendaklah terserah selewat-lewatnya hari ini.

A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV (Aras Analisis)

Soalan 17 hingga soalan 18 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Pada 1 Ogos 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Wawasan telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Program tahunan ini berlangsung selama sebulan dan acara kemuncak sambutan diadakan pada 31 Ogos 2012. Pada hari perasmian, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah seawal 7:30 pagi. Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu tema Hari Kemerdekaan. Selepas itu, Guru Besar menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut.

Sepanjang bulan Ogos, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan menghias kelas, pertandingan melukis poster kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain lagi. Kesemua pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Malahan, kerjasama antara murid-murid dan para guru dalam menjayakan setiap acara amat membanggakan dan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi. Acara kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 31 Ogos 2012. Pada hari tersebut, Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh telah menyampaikan perutusan hari kemerdekaan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam perutusan itu, Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid. Selepas itu, acara penyampaian hadiah dijalankan. Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi semua pertandingan yang telah berlangsung sepanjang tempoh acara sambutan Bulan Kemerdekaan itu. Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan ringkas sebagai penutup bagi sambutan tersebut. Majlis pada hari itu diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang telah ditaja oleh Syarikat Katering Sharof Sdn. Bhd.. Semoga acara yang diadakan pada setiap tahun ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh,

2 SEPTEMBER 2012

(HAMDAN BIN HAZMAN) Setiausaha, Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan

17.

Mengapakah Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid? A. Supaya murid-murid tidak terlalu mengikut budaya Barat. B. Supaya murid-murid akan menghargai keamanan negara.

C. Supaya murid-murid menghargai jasa-jasa pejuang kemerdekaan. D. Supaya murid-murid akan menjaga maruah diri demi nama negara. (Aras Sintesis)

18.

Pada pendapat anda, mengapakah acara sambutan Bulan Kemerdekaan perlu disambut setiap tahun? A. Untuk memupuk semangat perpaduan. B. Untuk memperingati Bulan Kemerdekaan. C. Untuk memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. D. Untuk menggalakkan murid menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. (Aras Penilaian)

Soalan 19 hingga soalan 20 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sudah hampir lima jam aku di sini namun pancingku belum juga mengena. Bosannya! keluh Zul. Dia teringat kata-kata sahabat baiknya, Amin, bahawa di situ lubuk ikan. Lempar sahaja umpan pasti dapat ikan. Hai, nampaknya Amin mahu mengenakan aku! Tidak lama kemudian, Zul terasa pancingnya direntap sesuatu. Gembira hati Zul tidak terkira. Terbeliak biji mata Zul apabila melihat seekor udang galah yang besar menjadi mangsa umpannya. Zul benar-benar gembira. Dia tidak akan pulang dengan tangan kosong. Berbaloi juga Zul mengambil cuti. Maklumlah, di pejabat banyak kerja yang terpaksa diuruskan. Pada kali ini, dia sengaja tidak memaklumkan setiausahanya destinasi percutiannya. Dia benar-benar mahu melapangkan fikirannya walaupun cuma sehari. Sepanjang perjalanan keluar dari hutan kecil itu, timbul juga rasa bimbang dalam hatinya patah lagi dia bersendirian. Tiba-tiba, Zul memberhentikan langkahnya. Dia terhidu bau asap rokok dan terdengar suara beberapa orang lelaki sedang bercakap. Siapa pula yang berada di dalam hutan begini? bisik hati Zul. Zul teringat akan telefon bimbitnya lalu cepat-cepat menukar mod telefonnya itu kepada mod senyap. Dia bimbang kehadirannya di situ akan disedari oleh ketiga-tiga orang lelaki yang mencurigakan itu jika telefonnya bordering disebabkan ada panggilan masuk. Cepat-cepat Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok yang besar.

Butir-butir perbualan ketiga-tiga orang lelaki itu dapat didengar oleh Zul dengan jelas. Tahulah Zul mereka sebenarnya pengedar dadah. Mereka merancang strategi untuk memasarkan stok dadah yang baru sahaja diterima oleh mereka. Zul juga dapat melihat ketigatiga orang lelaki itu bersenjatakan pistol. Aku mesti bertindak, bisik hati kecil Zul. Zul segera beredar dari situ lalu menelefon pihak polis. Mujurlah isyarat talian telefonnya tidak terganggu. Segala maklumat dilaporkan kepada pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba. Akhirnya, ketigatiga orang penjenayah itu berjaya diberkas.

19.

Zul berasa bosan kerana A. dia berada di situ seorang diri. B. dia telah dipermainkan oleh Amin. C. dia belum mendapat seekor ikan pun. D. dia sudah penat melemparkan umpan di lubuk ikan itu. (Aras Sintesis)

20.

Pada pendapat anda, mengapakah Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok yang besar? A. Zul mahu menjawab panggilan telefonnya. B. Zul merupakan salah seorang dari mereka. C. Zul tidak mahu masuk campur urusan ketiga-tiga orang lelaki itu. D. Zul sedar dia tidak termampu untuk beradu tenaga dengan mereka jika kehadirannya disedari. (Aras Penilaian)

Pentaksiran Bahasa

Melayu

Sekolah

Rendah

(BMM 3103)

merupakan salah

satu

matapelajaran Bahasa Melayu yang agak sukar untuk saya pelajari pada semester ini. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek ini iaitu Tuan Haji Alias Sidek amat mencabar minda pada mulanya. Namun setelah berminggu-minggu cuba menyiapkan tugasan ini, saya mendapati tugasan ini agak mudah dan soalannya agak direct sahaja. Bahan-bahan bagi matapelajaran ini juga mudah didapati dan rakan-rakan turut berkongsi maklumat dalam melaksanakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat memperolehi banyak maklumat yang sebelum ini saya agak kurang arif. Pembinaan item soalan objektif merupakan tugasan yang utama bagi semester ini. Jadual Spesifikasi Ujian atau Jadual Penentuan Ujian merupakan komponen yang amat penting sebelum membina ujian. JSU banyak membantu pendidik dalam menentukan isi pelajaran yang hendak diuji dan aras kesukarannya. Bilangan soalan juga dapat ditentukan melalui jadual ini. Tanpa penggunaan JSU, guru mungkin akan berhadapan dengan pembinaan ujian yang sistematik dan merumitkan. Langkah-langkah pembinaan JSU perlulah diikuti dengan betul untuk mengelakkan kekeliruan dalam pembinaan soalan. Apabila JSU sudah siap dibina, barulah guru boleh membina item soalan berdasarkan JSU tersebut. Pada kali ini, saya membina item soalan objektif untuk murid tahun 6. Pembinaan item ini agak mengelirukan kerana saya terpaksa membezakan aras kesukaran bagi setiap soalan berdasarkan Taksonomi Bloom. Selain itu, saya juga belajar untuk menganggarkan jumlah soalan mengikut nisbah yang diberi iaitu 10 : 6 : 4. Tambahan pula, saya juga belajar jenis-jenis soalan objektif yang boleh dibina. Tugasan ini patut diteruskan demi melengkapkan bakal-bakal pendidik seperti saya tentang ilmu membina soalan dan kemahiran ini boleh dipalkasikan ketika saya bertugas di sekolah nanti.

Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Siri Maktab Perguruan: Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.