frasa adjektif ( bmm 3103).pptx

Upload: rosyiaty-cutegirlz

Post on 09-Mar-2016

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KUMPULAN 1

Chong Mei Jiun

Nur Jamiliati Wahida Mohd Sanny

Rosyiaty Sapiee

Puteri Afdzal Ahmad

Pensyarah Pembimbing :

Dr Hjh Habibah Binti Mohd Samin

Disediakan Oleh :

BMM 3103

Dengan menggunakan pengurusan grafik jelaskan maksud frasa adjektif dan berikan contoh-contoh ayat yang jelas dalam sesi soal jawab bersama rakan tutorial.Berdasarkan pengurusan grafik jelaskan unsur pengisi dalam binaan frasa adjektif iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan. Berikan contoh-contoh ayat yang jelas dalam sesi soal jawab bersama rakan tutorialBerdasarkan pengurusan grafik jelaskan penggunaan kata bantu dalam frasa adjektif. Berikan contoh-contoh ayat yang tepat dan jelas dalam sesi soal jawab bersama rakan tutorialKUMPULAN 2

MAKSUD FRASA ADJEKTIF

Binaan frasa adjektif :Unsur pengisi frasa adjektif

Binaan satu perkataanContoh: Hati mereka cemas.

Terdiri daripada satu kata dasar.

Terdiri daripadaperkataan berimbuhan.Contoh: bangunan ini tidak setinggi bangunan itu.

Binaan dua perkataan

Penguat

Penguat hadapanPenguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.Contoh: Anak kecil itu terlalu nakal.Masakan ibunya paling sedap.

Penguat belakangPenguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.Contoh:Perangai budak itu baik sekali.Kereta api itu lambat benar.Istana di atas bukit itu indah nian.

Penguat bebasPenguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.Contoh:Pemandangan di pantai itu amat indah. Pemandangan di pantai itu indah amat.

Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.Contohnya:-Suaranya sungguh amat merdu.-Perangainya sungguh kurang sopan.-Bisanya terlalu amat pedih.

Kata Bantu Dalam Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu, contoh:-anak itu sudah besar.-anak kucingnya masih kecil.Ada kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, contoh: -kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat. -Pemuda yang diajar memandu kereta itu tentu sudah pandai.

Susunan Frasa Adjektif Dalam Ayat

Frasa adjektif sebagai predikatDalam susunan ayat biasa frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek, contoh:

Subjek Predikat Rumah Ali sangat sederhana.Jalan raya itusunyi senyap.Anak Alimasih kecil.

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, contoh:

Predikat Subjek Sangat sederhana rumah Ali.Sunyi senyapjalan raya itu.Masih kecilanak Ali.

Frasa adjektif sebagai keteranganFrasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contoh:

Subjek Predikat Frasa KerjaKeterangan(kata adjektif)Mereka pulangsegera.Sungai itu mengalirtenang.Taufiq bergerakcergas sekali.

Kata adjektif sebagai penerang kata namaKata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contoh:Frasa NamaKata namaKata adjektifKopi segeraEmas tulenPangkat rendahBangunan tinggi

Unsur keterangan dalam frasa adjektifDalam frasa adjektif unsur keterangan boleh hadir selepas kata adjektif.SUBJEK PREDIKAT(FRASA ADJEKTIF)Pegawai itu

Rumah

Keadaannya

Buahnya

Badannya selalu sibuk dengan pekerjaannya.

harus bersih demi kesihatan hidup kita.

tetap cergas pada bulan puasa.

manis ibarat gula.

lemah dengan tiba-tiba.

Golongan Keterangan Kata Adjektif Keterangan caraLukanya baik dengan sendirinya.Keterangan bandinganBadannya kurus bagai lidi.Keterangan halBudak itu pandai dalam semua mata pelajaran.Keterangan Tujuan Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan.Keterangan kekerapanWanita itu sering sedih.

Golongan Keterangan Kata Adjektif Keterangan terhadapAnak itu sangat rindu akan emaknya.Keterangan musababBudak itu lemah oleh sebab keletihan.Keterangan waktuPelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja.Keterangan tempatBunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah kanan.

Frasa adejktif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk.Frasa adjektif dalam ayat komplemenAyat Induk dengan frasa AdjektifAyat KomplemenPara peserta amat sedarbahawa persiapan mereka tidak mencukupi.Ali tetap percaya bahawa anaknya masih hidup.Mereka pasti yakin bahawa pasukan sekolah mereka akan menang.Dia cukup insafbahawa dia perlu membaiki prestasinya. Mereka agak ragubahawa berita itu benar.

Sekian