tugasan bmm 3103 sem 6
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
1/36
TUGASAN BMM 3103
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
1. Berikan maksud pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka
kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh
pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.
2. Berikan maksud pengujian
Pengujian adalah satu proses yang menggunakan satu tugasan (Pengujian adalah satu proses yang menggunakan satu tugasan (tasktask) atau) atau
satu siri tugasan untuk memperoleh pemerhatian sistematik yang diandaikansatu siri tugasan untuk memperoleh pemerhatian sistematik yang diandaikan
mewakili ciri-ciri atau atribut pendidikan atau psikologi.mewakili ciri-ciri atau atribut pendidikan atau psikologi.
( Sax, 1997)( Sax, 1997)
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu proseduryang bersistem untuk
memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian
dengan ban-tuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya,
skala bernombor seperti 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah
kecerdasan dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran. Semen-
tara contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovertatau introvertbagi ujian
personaliti atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
3. Berikan maksud penilaian
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
2/36
Penilaian merupakan suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara.
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat
keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau
perkara.
Stufflebeam et al.(1971:xxv) menyatakan bahawa:
penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.
Definisi ini menjangkau sehingga melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bertujuan untuk
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung
dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berbeza daripada pengukuran yang
melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
SENARAI ARAS TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN
4. Senaraikan aras taksonomi Bloom dan contoh kata tanya.
Aras Taksonomi Bloom
a. Pengetahuan
b. Kefahaman
c. Penggunaan
d. Analisis
e. Sintesis
f. Penilaian
Contoh kata tanya
a. Pengetahuan
___________ umur ibu kamu? Tanya Husain kepada Ramy.
A Apakah C Berapakah
B bagaimanakah D Siapakah
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
3/36
b. Kefahaman
_____________ harikah ayah kamu ke Melaka?
A Di mana C Apa
B Berapa D Siapa
c. Aplikasi
Bagaimanakah bentuk sebenar bumi kita?
A Bulat C Segi empat
B Segitiga D Bujur
d. Analisis
Adakah Rina _______________ meja dan membasuh pinggan selepas
makan?
A menggilap C mengelap
B menggosok D Menyapu
e. Sintesis
Adakah Yoke Kwan telah berada _________ stesen bas itu sejak
_____________ pukul 8.00 pagi lagi?
A di.ke C kepada
B di.dari D padadari
f. Penilaian
Antara berikut, kata tanya manakah yang betul?
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
4/36
A Bagaimanakah suasana di Pesta Belon Panas itu?
B Berapakah Pesta Belon Panas itu berlangsung?
C Dimanakah yang menganjurkan Pesta Belon Panas itu?
D Siapakah suasana di Pesta Belon Panas itu sesak?
5. Dalam objektif pembelajaran, ada 3 domain mengikut aras. Apakah domain-domain itu?
Domain Kognitif
Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman
pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah
bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta
mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta,
perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan
perkembangan pengujian masa kini.
Domain Afektif
Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu
hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang
konsisten tetapi kompleks.
Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi,nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan
objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi
otot saraf.
Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa
Melayu.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
5/36
6. Huraikan peringkat domain Krathwoohl secara mendalam.
Domain Taksonomi Krathwoohl diasaskan oleh David R. Krathwohl. Domain
ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus
berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan adanya
murid yang dapat membentuk sikap positif. Taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5
aras iaitu penerimaan, gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Antara aras
Taksonomi Krathwohl adalah seperti berikut :
1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa
atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran
menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi
konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh
dipratikkan.
4. Organisasi
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
6/36
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
5. PerwatakanBermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan
memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat
membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan
dan sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
7. Apakah tujuan Jadual Spesifikasi Ujian .
Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara
spontan tidak tahu aras)
Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.
8. Senaraikan 5 kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian.
Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat
dilakukan secara terancang dan rapi.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
9. SENARAIKAN LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.
Langkah Langkah Membina Jadual Spesifikasi Ujian
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
7/36
Langkah 1
Senaraikan tajuk tajuk yang hendak diuji.
Bil Tajuk-Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Jam
1.1 Sejarah perkembangan Bahasa Melayu 5 Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15
Pengenalan linguistik
Definisi , sejarah, Linguistik Diskriptif
1.3 Fonologi 20
Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
Fonem Segmental
Fonem suprasegmental
Jumlah 40
Langkah 2
Tentukan soalan yang akan dibina itu.
a) Soalan objektif ( 30 soalan )
b) I markah bagi 1 item
c) Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= Jumlah masa x Jumlah soalan
Jum. Masa Keseluruhan
Langkah 3
Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksonomi
objektif pendidikan Bloom.
3 Domain
Kognitif Afektif Psikomot
or
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
8/36
Domain kognitif
Langkah 4
Tentukan jenis ujian yang ingin guru uji. Jenis-jenis ujian ialah ujian objektif, ujian
struktur, ujian esei dan lain-lain.
PENGETAHUAN
KEFAHAMAN
PENGGUNAAN
ANALISIS
SINTESIS
PENILAIAN
MUDAH
SUKAR
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
9/36
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu
menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial)
dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalanyang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat
atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis
soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Contoh pengiraan bilangan soalan mengikut topik
Bil Bidang/topik Masa belajar Anggaran jumlah Jumlah item
1.1 Sejarah perkembangan
bahasa melayu
5
5
____ X 3240
4
Asal usul BM, BMsebelum dan selepas
merdeka.
1.2 Linguistik BM
15
15
____ X 32
40
12 Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah,
Linguistik Diskriptif
1.3 Fonologi
20 20____ X 32
40
16
Definisi, alat
artikulasi, cara
penghasilan
Fonem segmental
Fonem
suprasegmental
Jumlah 40 32
Langkah 5
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen yang hendak diuji. Contohnya
jumlah untuk soalan objektif, subjektif dan esei.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
10/36
Tentukan aras kesukaran bagi setiap soalan. Susun soalan mengikut aras
mudah ke sukar.
Tentukan pemarkahan/skema jawapan bagi soalan.
Langkah 6 Membuat muka hadapan soalan menyatakan mata pelajaran, nama murid,
tingkatan.
Susun nombor soalan mengikut tajuk-tajuk pembelajaran.
JENIS UJIAN
10. Nyatakan jenis-jenis ujian.
a) Soalan Objektif
Definisi
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen
pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai
digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan
kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih
satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan
dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh
diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang
sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
Item jenis pendek
Item jenis padanan
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
11/36
Item jenis aneka pilihan
Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan
menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada
hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan
penyataan.
Contoh;
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
b) Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang
paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih
pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
i. Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua
pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju
(TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim
berikut:
a) Hitam Putih ( )
ii.Padanan
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
12/36
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan
memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di
sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi
mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga
tidak perlu terlalu panjang.
iii.Aneka pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan
tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
a. Berbentuk soalan
b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c. Jenis jawapan terbaik
d. Analogi
e. Antonim
f. Jenis negatif
g. Mengisi tempat kosong
h. Item jenis campuran
i. Teknik kloz
http://3.bp.blogspot.com/_8Y-1YjtZ34Q/SY8fYIDBb5I/AAAAAAAAABQ/6DYNHjNdh_0/s1600-h/padan.jpg -
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
13/36
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
a. Stimulus(rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi
maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik,
jadual, atau perbualan.
b. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya
berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
c. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan
pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
a) Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
b) Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
c) Jawapan yang disediakan haruslah logik.
e) Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betulatau semua di atas
salah.
f) Aras kesukaran haruslah setara.
g) Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
h) Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan
lebih tepat.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
14/36
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan
tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-
orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan
pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat
sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa
untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk
menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.
b) Soalan Subjektif
Definisi
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan
dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman,
kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
15/36
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis strukturItem jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan
jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang
disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk
jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya berbentuk pendek dan tidak panjang.
Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Contoh:
1. Nyatakan dua jenis pantun.
i)________________________________________________
ii) _______________________________________________
(2 markah)
2. Berikan jenis ayat di bawah ini.i) Ceramahnya menarik di hati penonton.__________________
ii) Usah dikenang peristiwa lalu. ________________________
iii) Jadi, dia mesti bertanggungjawab bukan? _______________
(3 markah)
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu
berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran
pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
1. Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item
jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini
berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
16/36
Contoh :
a. Bagaimanakah bahan sosiobudaya dapat membantu mewujudkan
keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?
(12 markah)
2. Item tindak balas lanjutanItem jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak
membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk
berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta
pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid
dalam jawapan mereka.
Contoh :
a. Membaca Kunci Kejayaan . Cogan kata ini menunjukkan betapa
pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap
suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
(25 markah)
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya
yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya.
Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar,
mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan
pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka
menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses
mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
17/36
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz
karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa
memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.
JENIS PENILAIAN BAHASA
11. Nyatakan jenis-jenis penilaian bahasa
Ujian Formatif
adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir
satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan
dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
18/36
kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan
sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif
pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian. Contoh ujian sumatif ialah ujian
akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkankemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
Ujian Kefasihan
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah
mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai
kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini
digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang
sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke
semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat
bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan.
Ujian Bakat
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.
Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur
bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan
melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi,
mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan
konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa
dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah
menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh
dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa
yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini
dinamakan ujian pra dan ujian pos.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
19/36
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
12. Huraikan secara ringkas mengenai kaedah penilaian bahasa.
Penilaian melalui Portfolio
Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang
mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi
menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan
perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah
diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Jenis Portfolio
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
2.Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar denganmenggunakan peta perkembangan.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
20/36
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Penilaian melalui Pemerhatian
1. Kualiti Pemerhatian
Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan
persekitarannya.
Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap
sesuatu.
Tekal dan stabil dalam penilaiannya
2. Bentuk perancangan
Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
21/36
3. Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara
tersusun dari segi pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau
pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
Menjalankan Tugasan
Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh
dihurai dengan tepat .
Cara merekodkan dapatan dan rumusan
Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindakan Susulan
Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang
akan dicapai.
4. Jenis Pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan.
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
sekuen.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
22/36
5. Strategi pelaksanaan
Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
Menggunakan senarai semak.
Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran
Konsep
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakanpersetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
23/36
individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
Mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
Kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa
pelaksanaan dan penghasilannya
Bukti menunjukkan objektif tercapai
Bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing
mengikut minat dan keupayaan sendiri
Menghasilkan kerja yang terancang
Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya
Bagaiamana Kontrak Pembelajaran digunakan ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya
ATAU
Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana
yang difikirkan sesuai ATAU
Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling
sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuktugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untukkeseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
24/36
Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan ATAU
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan
kriteria yang ditentukan ATAU
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantaupenilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.
Penilaian melalui Projek
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa
yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan
satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud
secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secaraberkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang
munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada
tahap hasil disediakan.
Tujuan penilaian Projek
Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar
bilik darjah.
Ciri-ciri penilaian Projek
Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
Memerlukan jangka masa yang panjang .
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek
atau dalam kumpulan.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
25/36
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
Penilaian melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu
akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan.
Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-
konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara perlaksanaan Soal Jawab
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalanyang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan
tindak balas yang sewajarnya.
Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di
samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Penilaian melalui Kertas Kerja
Definisi
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
26/36
Hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada
sesebuah kumpulan dalam sesuatu bengkel atau seminar.
Ciri-siri
Memenuhi tema dan objektif program
- Tidak melebihi 4000 patah perkataan
- Berikan nombor pada setiap muka surat
- Tiada akronim
- Keterangan penulis pada muka surat pertama
Kepentingan
- Mendapatkan kelulusan kewangan- Mendapat kelulusan menjalankan projek
Tajuk-tajuk format
- Tajuk kertas kerja
- Tujuan
- Objektif
- Maklumat projek
- Penyertaan
- AJK/Penganjur- Aturcara
- Sokongan
- Belanjawan
- Penutup
- Lampiran
UJIAN DIAGNOSTIK
13. Jelaskan Ujian Diagnostik
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
27/36
Definisi ujian diagnostik
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan
punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang
murid.
Tujuan ujian diagnostik :-
1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan
murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran
yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program
dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Membina Ujian Diagnostik
1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu
ditentukan :
1.1.Objektif ujian1.2.Kemahiran yang hendak diuji
1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran.
2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan
penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu
disediakan.-
3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang
dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut
hendaklah disusun dari senang ke susah.
5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih
dahulu.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik
1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
28/36
2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik
bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu
masa.
3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah
kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka
hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati
gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.
5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk
menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka
dapat menjawab dengan tenag dan selesa.
8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang muridtidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi
panduan kepada guru pada satu masa yang lain.
Analisis ujian diagnostik
1. Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah
direkodkan dalam borang analisis.
2. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang
Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)
Ujian Diagnostik Pengamatan
Rasional:
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
29/36
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh
amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid
untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Apa itu pengamatan:
1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-
tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan
ini berkait rapat dengan pemikiran kita.
2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari.
Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu,
tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka
dalam pembelajaran.
3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan
satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan
pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and
Remediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yangbergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran
terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah
mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.
Objektif Ujian Pengamatan:
Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
30/36
1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz,
warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek
objek yang lain.
3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,
nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke
bawah dan dari bawah ke atas.
5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Komponen Ujian Pengamatan:
1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat padaobjek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
5- Koordinasi Motor mata tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan
dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan
serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
31/36
7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti
mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.
8- Turutan ( Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-
aktiviti bersiri.
9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.
Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep
sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.
Ujian Pencapaian
1. Pengenalan
Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.
1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti
proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen
pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa
Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran
tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid
tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan
dalam kelas.
1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses
pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan
murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada
peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian
hendaklah difailkan sebagai rujukan.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
32/36
2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti
program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau
bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat
sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa,
maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.
Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian
Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.
14. Nyatakan 3 tujuan penilaian kemahiran menulis mekanis dan 4 teknik
penulisan kreatif.
Peringkat Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah
faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa .
Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-
murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanismurid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa
garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk
huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil /sempit.
Tujuan kemahiran menulis mekanis :
Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
4 teknik penulisan yang boleh digunakan ialah;
Menekan dan menyambung garis
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
33/36
Memadankan
Menyalin
Mengisi ruang atau petak kosong
Melabel dan menamakan gambar
Membetuk perkataan daripada suku kata
15. Berikan contoh aktiviti penilaian kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.
a) Penilaian kemahiran Lisan
Kemahiran mendengaro Kemahiran paling asas
o Berlaku pada peringkat penerimaan
o Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan
mentafsir apa yang didengar.
Kemahiran bertutur
o Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
o Peringkat penglahiran
o Perlu ditiru dan diajuk
o Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tetapi model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yg baik.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
Bacaan kuat
Syarahan
Perbahasan
Bercerita
Perbincangan
Hafazan
Temu bual
Soal jawab
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
34/36
Nyanyian
Deklamasi sajak
Mendengar dan memberi respon secara lisan
b) Penilaian Kemahiran Membaca
Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan
murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis
pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat
dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu
diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca
Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:
1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
Mengenal pasti idea keseluruhan:
a.Mesej utama yang disampaikan penulis.b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
-Pengelasan mengikut hierarki.
-Pengelasan mengikut ciri-ciri.
2. Mengenal idea utama dan sokongan.
Mengenal idea Utama dan Keterangan:
a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.
3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
35/36
Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan
mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-
murid.
c) Penilaian Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan
merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran,
pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi
menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.
1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi
borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan
perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis
tanpa bimbingan guru
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar
atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan
kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk
dilaksanakan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
-
7/29/2019 TUGASAN BMM 3103 SEM 6
36/36
Instrumen penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan
perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir Menilai