esei ilmiah bmm 3103

Upload: favine92

Post on 08-Feb-2018

310 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    1/36

    1.0 Pengenalan

    Tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3103 ini menuntut kami untuk membuat

    banding beza bagi konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam bentuk

    pengurusan grafik. Selain itu, tugasan kerja kursus ini juga menuntut kami untuk

    menyediakan banding beza bagi KBSR dan KSSR.

    Di samping itu, tugasan ini memerlukan kami untuk menganalisis 20 item soalan

    UPSR Bahasa Melayu, Kertas 1 sama ada bagi tahun 2012, 2011 ataupun 2010 dan

    mengaitkannya dengan unsur KBAT dan KBAR berdasarkan Taksonomi Bloom

    (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).

    Selain menganalisis soalan, kami juga diminta untuk membina Jadual Spesifikasi

    Ujian (JSU) bagi Kertas 1, Tahun 4. Kemudian, berdasarkan JSU tersebut, kami

    dikehendaki untuk membina 20 item soalan bagi Tahun 4 berdasarkan sukatan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    2/36

    2.0 Banding Beza Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Berdasarkan KBSR dan

    KSSR.

    Menurut Buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, ia merupakan satuproses mendapatkan maklumat untuk membuat penghakiman dan pertimbangantentang sesuatu produk atau suatu pendidikan.

    Bro wn J ames (2002), satu proses pengumpulan maklumat seperti maklumatperkembangan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.

    Lembaga Peperik saan Malays ia (2000), pentaksiran dianggap sebagai suatu prosespembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaranseseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

    Pentaksiran

    Menurut Buku Pentaksiran B ahasa Melayu Sekolah Rendah, pengujian merujukkepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah lakuseseorang individu.

    Pedagogi Untuk Kurs us Diplom a Perguruan Semester 4 oleh Mok Soon Sang(2002), R. M. Gagne mengatakan satu cara yang sistematik untuk mengukurperubahan tingkah laku seseorang individu.

    Ia digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktivitipembelajaran murid di dalam bilik darjah.

    Suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaianmurid-murid daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif.

    Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit seperti menjawab secaralisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku berkaitandengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

    Pengujian

    Menurut Buku Pentaksiran B ahasa Melayu Sekolah Rendah, penilaian merupakansuatu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yangberguna dalam menentukan sesuatu prestasi.

    Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) danKurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu prosesuntuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan ataukemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

    Buku Penerangan Kuriku lum B ersepadu Sekolah Rendah, KementerianPend idi kan Malaysi a (1983 - 2010 ), penilaian bermaksud satu proses mengumpulmaklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan,penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

    Terry D. Ten Br ink (1974:8), penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumatyang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakandalam membuat keputusan.

    Penilaian

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    3/36

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    (KBSR)

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR)

    I) Menurut Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan

    Malaysia (KPM), KBSR

    dilaksanakan pada tahun 1983

    sehingga 2010.

    II) Memastikan perkembangan potensi

    murid secara menyeluruh,

    seimbang dan bersepadu.

    III) Meliputi aspek-aspek intelek,

    rohani, emosi dan jasmani bagi

    melahirkan insan yang seimbang,

    harmonis, dan berakhlak mulia.

    IV) Direka bentuk berasaskan tiga

    bidang iaitu komunikasi, manusia

    dan alam sekelilingnya dan

    perkembangan diri individu.

    V) Kaedah ini menggunakan elemen

    berfikir secara kritis dan kreatif

    dengan berfokuskan 3M iaitu

    membaca, menulis dan mengira.

    i) Menurut Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan

    Malaysia, KSSR mula dilaksanakan

    pada tahun 2011.

    ii) Ia merupakan transformasi kurikulum

    persekolahan iaitu penyusunan

    semula dan penambahbaikan yang

    dilakukan kepada kurikulum sedia

    ada iaitu KBSR.

    iii) Memastikan murid dibekalkan

    dengan pengetahuan, kemahiran

    dan nilai yang relevan dengan

    keperluan semasa bagi menghadapi

    cabaran abad ke-21.

    iv) Konsep reka bentuk bagi KSSR ialah

    berasaskan enam tunjang iaitu

    komunikasi, kerohanian, sikap dan

    nilai, kemanusiaan, perkembangan

    fizikal dan estetika, sains dan

    teknologi serta keterampilan diri.

    v) KSSR menggunakan elemen

    kreativiti dan inovasi, keusahawanan

    dan teknologi maklumat dankomunikasi (TMK) secara eksplisit

    dengan memfokuskan kepada 4M

    iaitu membaca, menulis, mengira

    dan menaakul.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    4/36

    3.0 BANDING BEZA KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

    Menurut Lee Shok Mee & Mok Soon Sang (1991) dalam buku Pentaksiran

    Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD, perkaitan

    antara pentaksiran, pengujian dan penilaian ditunjukkan melalui enam aspek iaitu :

    i) Definisi

    ii) Tujuan

    iii) Cara

    iv) Masa

    v) Liputan

    vi) Keputusan

    Perkara

    Aspek

    Pengujian Pentaksiran Penilaian

    i) Definisi Alat pengukuran

    perubahan sesuatu

    aspek tingkah laku.

    Proses untuk

    menentukan

    peringkat

    pencapaian dan

    kedudukan murid.

    Proses untuk

    menentukan

    perubahan tingkah

    laku dan melakukan

    pertimbangan nilai.

    Persamaan Ketiga-tiga konsep tersebut berperanan sebagai alat

    pengukuran perubahan tingkah laku dan pencapaian murid.

    ii) Tujuan Menentukan

    pencapaian

    sesuatu

    pembelajaran.

    Melakukan

    pengelasan

    pencapaian dan

    kedudukan dalam

    pembelajaran.

    Memberi maklumat

    tentang pencapaian

    objektif pelajaran,

    kaedah mengajar

    dan kurikulum.Persamaan Mengukur dan memberi maklumat tentang pencapaian

    pembelajaran murid-murid berdasarkan objektif pelajaran,

    kaedah mengajar dan kurikulum.

    iii) Cara Dijalankan melalui Dijalankan dengan Dijalankan melalui

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    5/36

    cara pemerhatian

    atau soalan-soalan

    ujian.

    pelbagai cara

    pengumpulan data

    kuantitatif.

    data kuantitatif dan

    penghuraian

    kualitatif.

    Persamaan Ketiga-tiganya memperlihatkan cara untuk mengukur yang

    sama iaitu kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya.

    iv) Masa Dijalankan selepas

    pelajaran.

    Dijalankan selepas

    pelajaran.

    Dijalankan

    sebelum, semasa

    dan selepas

    pelajaran.

    Persamaan Ketiga-tiga konsep tersebut dijalankan selepas pelajaran kecuali

    penilaian pada fasa sebelum dan semasa.

    v) Liputan Liputan terhad

    kepada sesuatu

    kemahiran atau

    pelajaran.

    Terhad kepada

    sesuatu peringkat

    pembelajaran.

    Liputan daripada

    sesuatu

    pembelajaran

    tertentu kepada

    keseluruhan

    kurikulum.

    Perkaitan /

    persamaan.

    Daripada ciri terkecil untuk pengujian kepada liputan sederhana

    untuk pentaksiran sehingga ke ciri terbesar untuk penilaianyang meliputi keseluruhan kurikulum.

    Keputusan Menunjukkan

    prestasi sesuatu

    kemahiran atau

    penguasaan

    pembelajaran

    secara spesifik.

    Menunjukkan

    pencapaian secara

    relatif.

    Menunjukkan

    pencapaian

    keseluruhannya

    tetapi tidak

    semestinya

    membayangkan

    kebaikan

    seseorang individu.

    Persamaan Dijalankan untuk menunjukkan prestasi dan pencapaian dalam

    sesuatu kemahiran sama ada secara umum, spesifik atau

    keseluruhan.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    6/36

    4.0 Sejauhmanakah p engis ian KBAT dalam semua s oalan Kertas 1, Bahasa

    Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012, 2011 dan 2010) berdasarkan Model

    Takso nom i Bloom (Semakan Anderson dan Krathw ohl , 2001).

    Di sekolah, amalan pentaksiran PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

    mengikut KBSR merupakan satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan

    prestasi murid-murid. Alat yang digunakan untuk mentaksir murid-murid merupakan alat

    yang dibina oleh guru sekolah itu sendiri. Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah

    telah diamalkan dalam aktiviti penilaian. Penilaian terhadap murid-murid ini bertujuan

    untuk mengesan tahap perkembangan individu secara menyeluruh. Ia dikenali sebagai

    Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah

    Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM.

    Mengikut pembacaan saya di sebuah blog, terdapat beberapa isu yang sering

    membelenggu amalan pentaksiran PdP Bahasa Melayu KBSR adalah seperti yang

    berikut:

    a. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pelaksanaan pentaksiran yang seperti

    memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam

    perkhidmatan, memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1 hingga 5

    tahun dan guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan

    pentaksiran.

    b. Selain itu, guru-guru di sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis.

    Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu banyak menggunakan soalan berbentuk

    esei untuk membuat pentaksiran tentang murid-murid.

    c. Dari aspek keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran pula,

    guru banyak menggunakan ujian objektif aneka pilihan dalam membuat

    pentaksiran tentang pelajar mereka dan kurang menggunakan soalan yang

    berbentuk pemadanan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh

    peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian.

    d. Amalan pembentukan dan penggunaan skema permarkahan.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    7/36

    Isu-isu seperti di atas telah mentransformasikan pentaksiran PdP Bahasa

    Melayu mengikut KBSR kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut

    KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008.

    Walaupun demikian, melalui analisis keputusan UPSR pada tahun 2012 yang

    saya perolehi dalam Buku Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan (2012), didapati

    bahawa;

    Prestasi keseluruhan UPSR 2012 menunjukkan penurunan berbanding trend tahun-

    tahun 2008 hingga 2011 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN). Berbanding tahun 2011

    prestasi keseluruhan UPSR 2012 menurun sebanyak 0.01 mata GPN.

    Bilangan yang peroleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki menurun

    seramai 958 calon (0.54%), iaitu daripada 46,012 calon (9.48%) bagi tahun 2011 kepada

    45,054 calon (8.94%) bagi tahun 2012. Walau bagaimanapun bilangan yang melepasi tahap

    penguasaan minimum (minimum gred C termasuk semua A) dalam semua mata pelajaran yang

    diduduki, meningkat seramai 16,951 calon (0.95%), iaitu daripada 315,033 calon (64.93%) bagi

    tahun 2011 kepada 331,984 calon (65.88%) bagi tahun 2012. Bilangan yang tidak mencapai

    tahap penguasaan minimum (gred D/E atau kombinasi kedua-duanya) dalam semua mata

    pelajaran yang diduduki meningkat seramai 3,293 calon (0.54%), iaitu daripada 13,958 calon

    (2.88%) bagi tahun 2011 kepada 17,251 calon (3.42%) bagi tahun 2012.

    Seramai 1,752 Calon Berkeperluan Khas menduduki UPSR 2012 berbanding 1,329

    pada tahun 2011. Daripada jumlah tersebut seramai 25 calon (1.43%) peroleh gred A dalam

    semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 17 calon (1.28%) bagi tahun 2011;

    peningkatan seramai 8 calon (0.15%). Bilangan yang melepasi tahap penguasaan minimum

    (minimum gred C termasuk semua A) dalam semua mata pelajaran yang diduduki, juga

    meningkat seramai 77 calon (0.44%), iaitu seramai 295 calon (16.84%) bagi tahun 2012

    berbanding 218 calon (16.40) bagi tahun 2011.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    8/36

    Nota:

    Keputusan UPSR, PMR dan SPM dilapor berdasarkan calon.

    Melalui graf di atas, kita dapat lihat bahawa berlaku penurunan pada GPN bagi

    tahun 200 sehingga 2012. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengkaji semula

    mengenai penurunan GPN ini agar kemerosotan ini dapat dibendung.

    Dalam KSSR, terdapat satu unsur yang telah diberi penekanan iaitu pengisian

    KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012,

    2011 dan 2010) berdasarkan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan

    Krathwohl, 2001). Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013 2025, penambahbaikan telah dilakukan terhadap kerangka

    pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT). Selain itu, KPM juga akan menambah secara sistematik bilangan soalan

    kemahiran berfikir aras tinggi dalam PBS dan peperiksaan awam. Soalan ini akan

    digubal berpandukan Taksonomi Bloom dan akan menguji tahap aplikasi, analisis,

    penilaian dan penjanaan murid. Tetapi, persoalannya disini, sejauh manakah unsur

    KBAT ini mampu menjamin peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan seperti

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    9/36

    peperiksaan UPSR? Sejauh manakah kesesuaian tahap kesukaran soalan dengan

    daya kognitif dan afektif murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai

    keupayaan metakognitif dan afektif? Dan apakah punca kemerosotan tersebut berlaku?

    Disini terdapat beberapa isu dan cadangan tindakan yang telah dibincangkan oleh

    Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu dan cabaran

    dalam melaksanakan KBAT. Antaranya ialah :

    Isuisu Cadangan Tindakan Susulan

    Kefahaman Guru

    - Guru kurang jelas dengan makna

    item KBAT

    - Mesti sukar

    - Terhad kepada bentuk item respons

    terbuka.

    - Lembaga Peperiksaan membina

    manual pembinaan item KBAT.

    - Mempelbagaikan kaedah

    persembahan item KBAT.

    - Menunjukkan contoh-contoh item

    KBAT bagi pelbagai tahap umur

    murid.

    Kemahiran Guru

    - Guru kurang mahir membina item

    KBAT.

    - Lembaga Peperiksaan melatih ahli

    panel semasa mesyuarat panel.

    - Pementoran diberikan semasa

    melakukan proses penjaminan

    kualiti PBS.

    Kesediaan Murid

    - Kurang mampu untuk menjawab

    item KBAT.

    - Berdasarkan skrip jawapan UPSR,

    PMR dan SPM, hampir 30% pelajar

    tidak mencuba untuk menjawab

    apabila item itu tidak dalam bentuklazim.

    - Persembahan item KBAT mesti

    dalam bentuk yang menarik.

    - Murid dibiasakan dengan pelbagai

    item KBAT semasa pentaksiran

    dilakukan di sekolah.

    Instrumen Pentaksiran

    - Item KBAT tidak memenuhi

    spesifikasi piawaian item semasa di

    - Lembaga Peperiksaan akan

    menambah baik reka bentuk

    instrumen pentaksiran.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    10/36

    prauji. - Peratusan item KBAT dinaikkan

    sedikit demi sedikit.

    5.0 Definisi Istilah

    Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh

    pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikiran seperti

    George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977), Chaffee (1988), Vincent Ryan

    Ruggiero (1984) dan John Barrel (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses

    menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu,

    kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk

    mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan

    idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya

    membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir

    terdiri daripada dua peringkat iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    11/36

    Berdasarkan Rajah 6, kita dapat lihat bahawa terdapat enam aras kognitif bagi

    Taksonomi Bloom tersebut. Peringkat mengingat, memahami dan mengaplikasi

    merupakan peringkat pemikiran aras rendah, manakala menganalisis, menilai dan

    menciptaadalah peringkat pemikiran aras tinggi.

    Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

    Schmatz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengingat

    semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa

    atau konteks yang lazim.

    KBAR adalah keupayaan individu untuk mengingat kembali iaitu dengan menguji

    kebolehan individu mengingat sesuatu semula, mengecam idea, mengenal pasti,

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    12/36

    menyenaraikan dan menamakan keterangan serta prinsip atau fakta yang ingin

    dipelajari. Selain itu, KBAR juga merupakan keupayaan untuk memahami iaitu

    berkaitan dengan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa

    situasi baharu dan kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan

    penjelasan bagi suatu situasi baharu.

    Menurut Anderson, L. Wdan Krathwo hl D. R (2001), KBAR merangkumi tiga

    peringkat dalam Taksonomi Bloom. Antaranya ialah :

    Peringkat 1

    Aras Mengingat

    - Menguji kebolehan calon mengingat

    sesuatu semula, mengecamkan

    idea, mengenal pasti,

    menyenaraikan dan menamakan

    keterangan, prinsip atau fakta yang

    telah dipelajari.

    Peringkat 2

    Aras Memahami

    - Menguji kebolehan kognitif yang

    melibatkan penggunaan

    pengetahuan tanpa situasi baharu.

    - Aras memahami juga melibatkan

    proses penterjemahan, intepretasidan ekstrapolasi.

    Peringkat 3

    Aras Mengaplikasi

    - Menguji kemahiran menggunakan

    pengetahuan untuk memberikan

    penjelasan bagi suatu situasi

    baharu atau menyelesaikan

    masalah yang baharu seperti

    mengaitkan peristiwa masa kini

    dengan peristiwa masa lalu.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    13/36

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    KBAT merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran

    dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

    membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Di samping itu, KBAT

    merangkumi lima kebolehan kemahiran berfikir iaitu menaakul, teknik menyoal,

    kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuiri.

    Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT

    seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea

    apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan.

    Lewis dan Smith (1993)berpendapat bahawa KBAT berlaku apabila seseorang

    individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat

    penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan

    lazim.

    Tomei (2005)menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi

    iaitu kemahiran menganalisis, sintesis menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang

    baharu.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) telah mentakrifkan KBAT sebagai

    keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat

    penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi

    dan berupaya mencipta sesuatu.

    Menurut penyelidik dalam jurnal Pengg unaan Kemahiran Berf ik i r Aras Tinggi

    Marzano dalam Penjanaan Idea, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan

    salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

    Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar

    mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Di samping itu, KBAT juga

    merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. KBAT berlaku apabila

    seseorang mendapat maklumat baru, menyimpannya dalam memori dan menyusun,

    mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan menjana maklumat ini untuk mencapai

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    14/36

    sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit. Maka, KBAT ditakrifkan sebagai

    penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann,

    1994). Dalam situasi ini, seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis

    dan memanipulasikan maklumat. KBAT memerlukan pelajar menilai maklumat secara

    kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Mereka juga akan menghasilkan

    komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta,

    menyelesaikan masalah yang bukan rutin yang berkaitan dengan kehidupan seharian,

    melahirkan pendapat dan idea yang baru, menilai idea, membuat pilihan dan membuat

    keputusan.

    Sehubungan dengan kehendak kerja kursus bagi kursus BMM 3103 ini, bahasa

    Melayu (BM) sebagai bahasa keempat terbanyak penuturnya di dunia mempunyai

    tanggungjawab yang besar untuk memastikan penuturnya menguasai kemahiran

    berfikir, lebih-lebih lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT membolehkan

    penutur menilai maklumat, pendapat secara kritis, membuat kesimpulan, inferens, dan

    generalisasi. Ia juga memberi kemahiran kepada penuturnya untuk membuat

    keputusan, menyelesaikan masalah, menghasilkan pendapat asli, mencipta dan

    membuat pilihan.

    Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan

    nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

    keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

    Menurut And erson, L. Wdan Krathw oh l D. R (2001), KBAT merangkumi tiga

    peringkat seterusnya dalam Taksonomi Bloom. Tiga peringkat tersebut adalah :

    Peringkat 4

    Aras Menganalisis

    - Menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau

    bahagian-bahagian dalam satu set

    komunikasi sehingga pertalian

    antara bahagian-bahagian tersebut

    dapat ditunjukkan dengan jelas.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    15/36

    - Menguji kebolehan calon

    membandingkan dan menghuraikan

    fakta-fakta kesamaan, perbezaan

    dan perhubungan di antara satu

    sama lain.

    Peringkat 5

    Aras Menilai

    - Menguji kebolehan calon untuk

    membuktikan, menilai,

    mengesahkan, mengkritik,

    merumuskan atau memberikan

    pendapat terhadap sesuatu

    pernyataan.

    - Calon juga perlu melihat fakta dari

    aspek pro dan kontra semasa

    membuat penilaian.

    - Kemahiran membuat pertimbangan

    atau memberikan gred dengan

    menggunakan kaedah dan kriteria

    standard tentang kesesuaian,

    ketepatan, kecekapan,keberkesanan dan sebagainya.

    Peringkat 6

    Aras Mencipta

    - Menguji kebolehan calon

    merancang, mereka atau mencipta

    atau menghasilkan sesuatu yang

    kreatif dan menggabungan pelbagai

    unsur.

    - Hal ini termasuklah penghasilan

    sesuatu rancangan, rumusan,

    kaedah atau prosedur atau

    cadangan.

    - Kemahiran yang boleh

    menggabungkan elemen-elemen

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    16/36

    dan bahagian-bahagian untuk

    membentuk suatu set maklumat.

    - Melibatkan proses menyusun dan

    membuat keputusan serta lebih

    bersifat pemikiran bercapah dan

    kreatif.

    Pentaksiran, pengujian dan penilaian yang dilaksanakan dalam bilik darjah

    mempunyai beberapa fungsi penting. Secara amnya, ketiga-tiga aktiviti tersebut boleh

    mengesan sejauh manakan murid-murid telah menerima pelajaran baharu yang

    diperkenalkan atau semua topik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya untuk sesuatu

    jangka masa tertentu. Oleh itu, adalah penting untuk para pendidik dan guru

    menyediakan serta merangka soalan yang akan dikemukakan terlebih dahulu.

    Sehubungan itu, terdapat tiga faktor yang perlu diambil perhatian oleh guru ketika

    merangka soalan iaitu :

    a) Soalan itu mestilah tepat dengan susunan perkataan yang jelas agar murid-

    murid dapat mengenal pasti jawapan yang dikehendaki.

    b) Soalan yang dikemukakan itu mestilah mempunyai aras yang berbeza-beza, iaitu sukar ke mudah dan sebaliknya.

    c) Pemilihan aras soalan perlu mengambil kira tahap kebolehan murid-murid

    yang diuji.

    Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

    kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran,

    mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya,

    melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan danpemulihan. Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan kaedah atau prosedur

    yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait

    seseorang berhubung dengan domain pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).

    Hal ini disebabkan oleh ketiga-tiga aktiviti tersebut adalah penting untuk menentukan

    kejayaan atau kegagalan murid dalam melakukan sesuatu peperiksaan.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    17/36

    Selain itu, ketiga-tiganya juga turut berfungsi untuk menempatkan murid-murid

    dalam kumpulan tertentu di samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.

    Oleh itu, berdasarkan pengelasan tiga domain dalam objektif pengajaran dan

    pembelajaran (PdP), iaitu kognitif, afektif dan psikomotor, maka Taksonomi Bloom

    disusun. Taksonomi Bloom disusun untuk pertama kalinya oleh Benjamin S. Bloom

    pada tahun 1956 untuk domain kognitif. Seterusnya, Bloom bekerjasama pula dengan

    Krathwohl dan Betram B. Masia (1965) lalu menghasilkan Domain Krathwohl khusus

    untuk domain afektif.

    Analisis Elemen KBAT dalam UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 1, Tahun

    2011.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    18/36

    Soalan UPSR yang dianalisis hanya mendasari Kertas 1, Tahun 2011. Analisis

    dilaksanakan pada 20 soalan yang dipilih iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 , 10, 20, 21, 22 , 23,

    24, 25, 26, 27, 28, 29, 30. Bagi analisis soalan UPSR ini, saya memberikan fokus dari

    segi aras soalan, item soalan, kemahiran dan sistem bahasa. Analisis dan intepretasi

    elemen KBAT soalan UPSR dikaitkan dengan aras dalam Taksonomi Bloom (Semakan

    Anderson dan Krathwohl, 2001)

    Dimensi

    pengetahuan

    Dimensi Proses Kognitif

    Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta

    Pengetahuan

    Fakta

    Senarai Ringkaskan Klasifikasi Aturan Susunan Gabungkan

    Pengetahuan

    Konsep

    Terangkan Interpret Eksperimen Hurai Taksir Rancangkan

    Pengetahuan

    Proses

    Bentangkan Ramalkan Hitungkan Bezakan Simpulkan Gubah

    Pengetahuan

    Metakognitif

    Kegunaan

    sesuai

    Laksanakan Binakan Rumuskan Tindakan Wujudkan

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    19/36

    6.0 Jadual Analisis Komponen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR Bahasa

    Melayu, Kertas 1, Tahun 2011.

    Nombor

    Soalan

    Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001)

    Aras Rendah Aras Tinggi

    Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta

    1 -

    2 -

    3 -

    4 -

    5 -

    6 -

    7 -

    8 -

    9 -

    10 -

    21 -

    22 -

    23 -

    24 -

    25 -

    26 -

    27 -

    28 -

    34 -

    38 -

    Jadual 1.0

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    20/36

    7.0 Huraian Jadual Analisis Komponen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR

    Bahasa Melayu, Kertas 1, Tahun 2011.

    Berdasarkan Jadual 1.0, terdapar 20 soalan yang telah dipilih untuk dianalisis

    berpandukan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).

    Soalan Huraian Analisis

    SOALAN KBAR

    Soalan 1 (sila rujuk Lampiran 1) Pada pendapat saya, Soalan 1 merupakan

    soalan berbentuk aneka pilihan. Sistem

    bahasa yang terlibat ialah tatabahasa iaitu

    kata ganti nama orang kedua dan kata

    ganti nama orang ketiga. Hal ini kerana

    soalan bertanya mengenai kata ganti

    nama diri bagi bapa Farah. Bapa Farah

    merujuk kepada orang kedua dalam

    sistem ganti nama orang kedua. Bagi aras

    soalan ini pula, ia merupakan soalan pada

    aras mengingat kembali kerana murid

    sudah mempelajari kata ganti nama diri

    sejak Tahun 3 dan 4.

    Soalan 2 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam

    soalan ini ialah tatabahasa iaitukata ganti

    nama orang ketiga. Soalan ini berada

    pada aras kefahaman kerana situasi

    tersebut melibatkan konteks kerabat

    diraja. Murid perlu mengetahui dan

    memahami kata ganti nama yang sesuai

    dan betul bagi kerabat diraja. Di samping

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    21/36

    itu, kata ganti nama tersebut tidak

    digunakan dalam komunikasi seharian

    murid kerana murid merupakan golongan

    rakyat biasa sahaja. Jadi, murid harus

    tahu dan faham mengenai peralihan kata

    ganti nama bagi kerabat diraja.

    Soalan 3 (sila rujuk Lampiran 1) Pada pendapat saya, soalan ini

    merupakan soalan aneka pilihan yang

    disertakan bahan rangsangan. Soalan ini

    menguji sistem tatabahasa murid yang

    berkenaan dengan kata kerja pasif

    berdasarkan aksi pada gambar tersebut.

    Selain itu, wujud juga imbuhan awalan

    meng-, men- dan me- pada pilihan

    jawapan tersebut. soalan ini merupakan

    soalan pada aras mengingat kembali dan

    pengetahuan kerana gambar jelas

    menunjukkan aksi yang dilakukan dan ia

    sekaligus memberi klu kepada jawapanmurid.

    Soalan 4 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan yang disertakan bahan rangsangan

    iaitu gambar seorang lelaki yang sedang

    mengetam papan. Sistem bahasa yang

    terlibat ialah kata kerja pasif. Soalan ini

    pada aras kefahaman kerana murid perlu

    memahami setiap maksud bagi setiap

    pilihan jawapan yang diberikan. Murid

    harus meneliti dan memahami perbuatan

    yang ditunjukkan pada gambar tersebut.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    22/36

    Soalan 5 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam

    soalan ini ialah kata tugas bagi kata

    adverba. Aras soalan ini adalah pada aras

    mengingat kembali. Hal ini kerana murid

    tahu bahawa apabila kita hendak berhenti,

    kita akan menekan loceng bas. Jadi,

    jelaslah bahawa soalan ini adalah soalan

    pada aras meningat kembali dimana murid

    menggunakan pengetahuan sedia ada

    mereka untuk menjawab soalan ini.

    Soalan 6 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan. Sistem bahasa yang telibat ialah

    kata adjektif. Saya berkata demikian

    kerana jika dilihat pada jawapan

    pilihannya, keempat-empat pilihan

    jawapan tersebut melibatkan perasaan.

    Soalan ini adalah pada aras mengingat

    kembali. Hal ini kerana jika dibacasoalannya, ia mengatakan bahawa

    seorang nenek itu rindu akan cucunya

    yang telah lama tidak pulang ke kampung.

    Ini jelas menunjukkan soalan ini pada aras

    mengingat kembali dimana murid

    menggunakan pengetahuan sedia ada

    untuk menjawab soalan ini.

    Soalan 7 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam

    pembinaan soalan ini ialah kata adjektif.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    23/36

    Saya berkata kerana soalan bertanyakan

    mengenai keadaan air sungai akibat

    pencemaran. Jadi murid diminta untuk

    memilih jawapan yang sesuai. Soalan ini

    pada aras kefahaman. Saya berpendapat

    sedemikian kerana jawapan bagi soalan

    ini bersifat agak tricky yang mana ia

    dapat mengelirukan murid. Murid harus

    mempunyai kefahaman yang tinggi untuk

    menjawab soalan ini.

    Soalan 8 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan. Sistem bahasa yang terlibat ialah

    kata adjektif cara. Saya berkata demikian

    kerana jika dilihat pada pilihan

    jawapannya, saya melihat keempat-empat

    pilihan jawapan tersebut merujuk kepada

    sifat atau perlakuan seseorang apabila

    dipanggil oleh guru. Soalan ini adalah

    pada aras aplikasi. Saya berkata demikiankerana murid tahu akan perkara yang

    perlu dilakukan jika seseorang guru

    memanggil kita ke hadapan kelas. Selain

    itu, murid juga mungkin pernah

    mempunyai pengalaman tersebut dan

    diaplikasikan dalam konteks soalan ini.

    Soalan 9 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan aneka

    pilihan yang berbentuk pemadanan. Hal ini

    kerana murid harus tahu untuk

    memadankan perkataan yang tepat pada

    kedua-dua ruangan jawapan tersebut. Jika

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    24/36

    murid memilih perkataan yang salah pada

    ruangan yang pertama, maka jawapan

    yang kedua juga salah. Jadi, murid harus

    mencari padanan jawapan yang sesuai.

    Bagi sistem bahasa, soalan ini

    menggunakan Kata TugasKata Hubung

    Gabungan, kata pancangan keterangan

    dan kata pangkal ayat. Saya berkata

    demikian kerana murid perlu mencari kata

    hubung yang sesuai dengan kehendak

    soalan. Bagi arasnya pula, saya

    berpendapat bahawa soalan ini adalah

    pada aras aplikasi. Saya berfikiran

    sedemikian kerana murid sudah belajar

    dan tahu mengenai kata hubung. Jadi,

    murid hanya perlu menggunakan

    pengetahuan sedia ada mereka mengenai

    kata hubung untuk menjawab soalan ini.

    Soalan 10 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan anekapilihan yang berbentuk pemadanan. Murid

    harus tahu mengenai sistem bahasa yang

    digunakan dalam soalan ini. Sistem

    bahasa yang digunakan ialah penanda

    wacana dan kata sendi nama untuk

    menjawab soalan ini. Soalan ini adalah

    soalan pada aras memahami. Saya

    berkata demikian kerana jika dilihat pada

    konteks situasi yang diselitkan pada

    soalan tersebut. Seolah-olah memerlukan

    murid memahami soalan terlebih dahulu

    sebelum memilih jawapan yang tepat.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    25/36

    Jadi, jelaslah soalan ini adalah soalan bagi

    aras memahami.

    SOALAN KBATSoalan 21 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini adalah soalan pada aras

    menganalisis. Aras kemahiran analisis

    adalah menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk mencari

    maklumat yang sesuai berdasarkan

    makna perkataan yang dinyatakan pada

    setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat

    yang betul berdasarkan penggunaan

    perkataan deras mengikut pengetahuan

    dan kefahaman murid. Kemahiran bahasa

    yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Sistem bahasa yang digunakan

    dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri

    daripada morfologi iaitu mengkajigolongan kata terdiri daripada kata adjektif

    cara bagi perkataan deras.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    26/36

    Soalan 22 (sila rujuk Lampiran 1)Soalan ini adalah soalan pada aras

    menganalisis.Aras kemahiran analisis

    adalah menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk mencari

    maklumat yang sesuai berdasarkan

    makna perkataan yang dinyatakan pada

    setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat

    yang betul berdasarkan penggunaan

    perkataan lahir mengikut pengetahuan dan

    kefahaman murid. Kemahiran bahasa

    yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Sistem bahasa yang digunakan

    dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri

    daripada morfologi iaitu mengkaji

    golongan kata terdiri daripada kata kerja

    iaitu pembentukan kata kerja tunggal bagi

    perkataan lahir.

    Soalan 23 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini adalah pada aras menganalisis.

    Aras kemahiran analisis adalah menguji

    kemahiran mencerakinkan atau

    mengumpul maklumat atau bahagian-

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    27/36

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk mencari jawapan

    yang betul berdasarkan maklumat yang

    terdapat dalam soalan yang telah

    diberikan seperti langkah-langkah atasi

    dan masalah disiplin murid. Kemahiran

    bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Sistem bahasa yang digunakan

    dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri

    daripada morfologi iaitu mengkaji

    golongan kata terdiri daripada kata tugas

    iaitu berkaitan dengan kelompok dasar

    kata bagi kata tanya.

    Soalan 24 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini adalah soalan pada aras

    menganalisis. Aras kemahiran analisis

    adalah menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk mencari ayat

    tanya yang betul berdasarkan maklumat

    pada jawapan yang terdapat dalam soalan

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    28/36

    yang telah diberikan seperti diberikan

    taklimat keselamatan. Kemahiran bahasa

    yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Sistem bahasa yang digunakan

    dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri

    daripada morfologi iaitu mengkaji

    golongan kata terdiri daripada kata tugas

    iaitu berkaitan dengan kelompok dasar

    kata bagi kata tanya.

    Soalan 25 (sila rujuk Lampiran 1)Soalan ini adalah soalan bagi aras

    kemahiran menganalisis. Aras kemahiran

    analisis adalah menguji kemahiran

    mencerakinkan atau mengumpul

    maklumat atau bahagian-bahagian

    sehingga pertalian antara bahagian-

    bahagian tersebut dapat ditunjukkan

    dengan jelas. Soalan ini memerlukan

    murid untuk mencari ayat yang

    mempunyai sama maksud dengan soalan

    berdasarkan maklumat berkaitan yang

    terdapat pada soalan. Kemahiran bahasa

    yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    29/36

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca di samping merujuk keupayaan

    murid membaca dengan sebutan, intonasi,

    jeda, dan kelancaran yang betul. Sistem

    bahasa yang digunakan dalam soalan ini

    ialah tatabahasa terdiri daripada sintaksis

    iaitu mengkaji unsur utama yang terdiri

    daripada kata, frasa, klausa dan aspek

    pembinaannya serta pembahagian subjek

    dan predikat.

    Soalan 26 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini merupakan soalan bagi aras

    menganalisis. Aras kemahiran analisis

    adalah menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk mencari ayatyang mempunyai sama maksud dengan

    soalan berdasarkan maklumat berkaitan

    yang terdapat pada soalan. Kemahiran

    bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca di samping merujuk keupayaan

    murid membaca dengan sebutan, intonasi,

    jeda, dan kelancaran yang betul. Sistem

    bahasa yang digunakan dalam soalan ini

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    30/36

    ialah tatabahasa terdiri daripada sintaksis

    iaitu mengkaji unsur utama yang terdiri

    daripada kata, frasa, klausa dan aspek

    pembinaannya serta pembahagian subjek

    dan predikat.

    Soalan 27 (sila rujuk Lampiran 1) Soalan ini adalah soalan bagi aras

    menganalisis. Aras kemahiran analisis

    adalah menguji kemahiran mencerakinkan

    atau mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk membuat

    banding beza mengenai ayat yang betul

    daripada empat ayat disediakan, serta

    mencari fakta-fakta yang betul di dalam

    ayat disediakan. Kemahiran bahasa yang

    terlibat dalam soalan ini ialah kemahiranmembaca kerana soalan menekankan

    aspek pemahaman dan penaakulan

    pelbagai bahan secara kritis dengan

    menggunakan teknik-teknik membaca.

    Sistem bahasa yang digunakan dalam

    soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada

    sintaksis iaitu mengkaji unsur utama yang

    terdiri daripada kata, frasa, klausa dan

    aspek pembinaannya serta pembahagian

    subjek dan predikat.

    Soalan 28 (sila rujuk Lampiran 1) Aras kemahiran analisis adalah menguji

    kemahiran mencerakinkan atau

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    31/36

    mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk membuat

    banding beza mengenai ayat tanya yang

    betul daripada empat ayat tanya

    disediakan, serta mencari fakta-fakta yang

    betul di dalam ayat tanya disediakan.

    Kemahiran bahasa yang terlibat dalam

    soalan ini ialah kemahiran membaca

    kerana soalan menekankan aspek

    pemahaman dan penaakulan pelbagai

    bahan secara kritis dengan menggunakan

    teknik-teknik membaca. Sistem bahasa

    yang digunakan dalam soalan ini ialah

    tatabahasa terdiri daripada sintaksis iaitu

    mengkaji jenis ayat iaitu ayat penyata,

    ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

    Soalan 34 (sila rujuk Lampiran 1) Aras kemahiran analisis adalah menguji

    kemahiran mencerakinkan atau

    mengumpul maklumat atau bahagian-

    bahagian sehingga pertalian antara

    bahagian-bahagian tersebut dapat

    ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini

    memerlukan murid untuk membuat

    banding beza mengenai ayat jawapan

    yang betul daripada empat ayat jawapan

    disediakan, serta mencari fakta-fakta yang

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    32/36

    betul di dalam ayat berdasarkan petikan

    yang telah disediakan. Kemahiran bahasa

    yang terlibat dalam soalan ini ialah

    kemahiran membaca kerana soalan

    menekankan aspek pemahaman dan

    penaakulan pelbagai bahan secara kritis

    dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Sistem bahasa yang digunakan

    dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri

    daripada kosa kata iaitu mengkaji

    penguasaan kosa kata dalam

    mengungkap maklumat dan buah fikiran

    selaras dengan penambahan ilmu.

    Soalan 38 (sila rujuk Lampiran 1) Aras kemahiran penilaian adalah menguji

    kemahiran murid membuktikan, menilai,

    mengesahkan, mengkritik, merumuskan

    atau memberikan pendapat terhadap

    sesuatu pernyataan. Soalan ini

    memerlukan murid untuk memberi satu

    pendapat mengenai soalan diberikan iaitu

    bagaimanakah pendidikan mempengaruhi

    amalan pantang larang dalam kalangan

    generasi muda?. Murid diminta untuk

    memberikan pendapat atau pandangan

    dalam mengatasi isu yang dinyatakan

    pada soalan di atas setelah membuat

    pembacaan terhadap petikan yang

    diberikan. Kemahiran bahasa yang terlibat

    dalam soalan ini ialah kemahiran

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    33/36

    membaca kerana soalan menekankan

    aspek pemahaman dan penaakulan

    pelbagai bahan secara kritis dengan

    menggunakan teknik-teknik membaca.

    Sistem bahasa yang digunakan dalam

    soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada

    kosa kata iaitu mengkaji penguasaan kosa

    kata dalam mengungkap maklumat dan

    buah fikiran selaras dengan penambahan

    ilmu.

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    34/36

    8.0 Jadual Rumusan Analisis Elemen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR

    bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 2011.

    No.Soalan Item Soalan

    Aras Kemahiran

    (TaksonomiBloom)

    KemahiranBahasa Sistem Bahasa

    1 Aneka pilihan Mengingat BacaanTatabahasa : Morfologi : Kata Ganti

    Nama Orang

    2 Aneka Pilihan Memahami BacaanTatabahasa : Morfologi : Kata Ganti

    nama orang

    3Aneka Pilihan

    (BahanRangsangan)

    Mengingat Bacaan Tatabahasa : Morfologi : Kata kerja

    4Aneka Pilihan

    (BahanRangsangan)

    Memahami BacaanTatabahasa : Morfologi : Kata kerjapasif

    5 Aneka Pilihan Mengingat BacaanTatabahasa : Morfologi : Kata tugas

    kata adverba

    6 Aneka Pilihan Mengingat BacaanTatabahasa : Morfologi : Kata

    adjektif perasaan

    7Aneka Pilihan

    (BahanRangsangan)

    Memahami Bacaan Tatabahasa : Morfologi : Kata nama

    8Aneka Pilihan

    Menganalisis BacaanTatabahasa : Morfologi : Kataadjektif cara

    9Aneka Pilihan

    (Padanan)Menganalisis Bacaan

    Tatabahasa : Morfologi : Kata Tugas

    Kata Hubung Gabungan, kata

    pancangan keterangan dan kata

    pangkal ayat.

    10Aneka Pilihan

    (Padanan)Memahami Bacaan

    Tatabahasa : Morfologi : penanda

    wacanakata sendi nama

    21 Padanan Analisis BacaanTatabahasa: Morfologi: Kata Adjektif

    Cara (deras)

    22 Padanan Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Morfologi: Kata Kerja:

    Pembentukan Kata Kerja Tunggal

    (lahir)

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    35/36

    23 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Morfologi: Kata Tugas:

    Kelompok Dasar Kata Tugas: Kata

    Tanya

    24 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Morfologi: Kata Tugas:

    Kelompok Dasar Kata Tugas: Kata

    Tanya

    25 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Sintaksis:

    Unsur utama yang terdiri daripada

    kata, frasa, klausa dan aspek

    pembinaannya serta pembahagian

    subjek dan predikat.

    26 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Sintaksis:

    Unsur utama yang terdiri daripada

    kata, frasa, klausa dan aspek

    pembinaannya serta pembahagian

    subjek dan predikat.

    27 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Sintaksis:

    Unsur utama yang terdiri daripada

    kata, frasa, klausa dan aspek

    pembinaannya serta pembahagian

    subjek dan predikat.

    28 Struktur Terhad Analisis Bacaan

    Tatabahasa: Sintaksis:

    Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat

    tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

    34Aneka Pilihan(Rangsangan)

    Analisis Bacaan

    Kosa kata: Penguasaan kosa kata:

    Mengungkap maklumat dan buah

    fikiran selaras dengan penambahan

    ilmu

    38Aneka Pilihan(Rangsangan)

    Penilaian Bacaan

    Kosa kata: Penguasaan kosa kata:

    Mengungkap maklumat dan buah

    fikiran selaras dengan penambahan

    ilmu

  • 7/22/2019 ESEI ILMIAH bmm 3103

    36/36

    Aras Kemahiran Berfikir Peratusan

    KBAR 10 Soalan 50%

    KBAT 10 soalan 50%

    Jadual 8 Jumlah soalan dan peratusan KBAR dan KBAT dalam soalan UPSR Bahasa

    Melayu, Kertas1, 2011