modul psk 3103

46
(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) TAJUK 8.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kaedah pengajaran dan pembelajaran PSK menekankan kepada penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berdasarkan kepada prinsip dan teori pembelajaran. Langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan diikuti dengan teliti supaya ada urutan. Aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang hendak dicapai oleh murid.Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kebolehan guru. HASIL PEMBELAJARAN : 1. Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 2. Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang lengkap. 3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraanyang berkesan. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Upload: wazirah-waznah-safinatunnajah

Post on 22-Jan-2016

134 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MODUL PSK 3103

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

TAJUK

8.2

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran PSK menekankan kepada penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berdasarkan kepada prinsip dan teori pembelajaran. Langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan diikuti dengan teliti supaya ada urutan. Aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang hendak dicapai oleh murid.Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kebolehan guru.

HASIL PEMBELAJARAN :

1. Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

2. Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang lengkap.

3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraanyang berkesan.

Page 2: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

THEORY OF CONSTRAINTS

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH(PLBD)

PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN KOPERATIF

KECERDASAN PELBAGAI(MULTIPLE INTELLIGENCE)

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

KAJIAN MASA DEPAN

PERANCANGAN AKTIVITI BERASASKAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Page 3: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

KANDUNGAN ISI

8.2.1 Theory of Constraints.

TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan

penyelesaian masalah yang berdasarkan pemikiran logik dan sistematik.

Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif

yang mudah dan konkrit.

Teknik ini digunakan bagi mengupayakan murid dengan alat dan teknik yang

memberi mereka kemahiran:

.     mencapai matlamat

·       menyelesaikan masalah dengan berkesan

·       membuat keputusan

·       berkomunikasi dan memperoleh pembelajaran

sepanjang hayat

TIGA TEKNIK TOC YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN

Teknik Awan : (The Cloud)

Teknik Awan : (The Cloud)

TeknikSebab dan AkibatNegative Branch : Cause And Effect

TeknikSebab dan AkibatNegative Branch : Cause And Effect

Teknik Mencita-citakan Kejayaan(Ambitious Targets

Together)

Teknik Mencita-citakan Kejayaan(Ambitious Targets

Together)

•Penyelesaian Konflik

•Memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea

•Memikir tentang akibat dari sesuatu idea, tingkah laku, kejadian…)

•Membuat keputusan selepas memberipertimbangan tentang akibatnya darisesuatu

•Merancang dengan sistematik secara kolaboratif

•Menyelesaikan masalah dengan menghadapicabaran-cabarannya

•Memikir dengan cara sistematik dan logik

111

333

222

FUNGSITEKNIK

Page 4: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

• Teknik Awan adalah teknik memikir tentang sesuatukejadian, situasi, idea dan penyelesaian konflik yang mempunyai kehendak yang bertentangan.

• Isu dan anggapan berkenaan dengan sesuatu yang dipertikaikan atau dipersoalkan akan diberipertimbangan sehingga penyelesaian danhubungan yang baik diteruskan.

• Penyelesaian “WIN-WIN” diberi oleh murid sendiri.

• Guru membantu murid mencari penyelesaian yang baik supaya murid boleh membuat keputusan yang bertanggung jawab.

TeknikTeknik AwanAwan

CONTOH TEKNI K AWAN

CONTOH TEKNI K AWAN

PENYELESAIAN ‘WIN-WIN’?

Kemahiran Berfikir

PENYELESAIAN PENYELESAIAN ‘‘WINWIN--WINWIN’’??

KemahiranKemahiran BerfikirBerfikir

PergiBerkursus

GURU Yang

BERKESAN

Menjagakeperluan di

sekolah

Mendapatpengetahuan

baru

Tak mahupergi

berkursus

KEHENDAK

KEHENDAK

MATLAMAT BERSAMA

MATLAMAT MATLAMAT BERSAMABERSAMA

KEPERLUAN

KEPERLUAN

A

B

C

D

D1

Dilema GuruDilema Guru

Page 5: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Selalunya hubungan antarakelakuan kanak-kanak danakibatnya yang negatif tidak jelaskepada mereka .

Untuk membolehkan kanak-kanakmenyedari bahawa kelakuannyaboleh mengakibatkan beberapakejadian yang membawa kesanyang negatif, Teknik Sebab danAkibat boleh digunakan.

Mereka akan mengubahsuaikelakuan mereka selepas memikirtentang akibatnya.

Apa akan jadi….jika…..?Apa akan jadi….jika…..?

Kesan-kesanNegatif

Cikgu marahsaya

Saya tak buatkerja rumah

Mula den ga n :

TINGKAH LAKU

Page 6: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

TeknikTeknik MencitaMencita--CitakanCitakanKejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC))

• Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Walaubagaimanapun, pada permulaannya, matlamat yang diingini tidakmungkin dapat dicapai.

• Menggunakan Teknik Mencita-Citakan Kejayaan membolehkanseseorang atau kumpulan bertanggungjawab mencapai sesuatumatlamat.

• Teknik Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (AT) juga dapat membinasemangat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasidan kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuanahli kumpulan.

• Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan dimana semua ahli kumpulan bersetuju tentang matlamat yang relevan.

INGATAN: • Setiap cabaran perlu diatasi sebelum pencapaian matlamat yang

diidamkan.• Sekiranya cabaran itu tidak dapat diatasi, kita sukar boleh mencita-

citakan kejayaan

Latihan 1.Catatkan cabaran,langkah-langkah dan keutamaan bagi seorang pelajar yang akan membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ?

MATLAMAT: MENCITAMENCITA-- CITAKAN KEJ AYAANCITAKAN KEJ AYAAN(Ambitious Targets Collaboratively )

CABARAN(Obstacles)

LANGKAH- LANGKAH(I ntermediate Objectives / Steps)

Keutamaan

Page 7: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

8.2.2 Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ialah satu pemikiran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000. Konsep ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “ Four Pillars of Education iaitu: Learning To Know, Learning To Do, Learning To Live Together dan Learning To Be” Pembelajaran luar bilik darjah boleh didefinisikan sebagai suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan pelajar dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

Objektif pembelajaran luar bilik darjah adalah bertujuan untuk : Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam

kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar,

bermakna dan menyeronokan; Meningkatkan minat murid untuk belajar; Mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa

Page 8: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Page 9: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

8.2.3 PEMBELAJARAN MASTERI

8.2.4   Apakah Pembelajaran Masteri?

   … satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.  (Bloom, 1968)

   … berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)

   … satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975)

Rumusan:

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi  memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2.         Rasional:

1. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.2. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dan berkesan.3. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang

diajarkan.

3.         Prinsip Pembelajaran Masteri

1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah

dikuasai.3. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil

pembelajaran yang ditentukan.4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran

mestilah jelas.

Page 10: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

4.         Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,

menarik dan menyeronokkan.4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras

masteri.8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras

masteri.

5.         Langkah Pembelajaran Masteri

1. Penentuan hasil pembelajaran.2. Pengajaran dan pembelajaran.3. Penilaian.4. Tindakan susulan.

 

Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:

1. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.2. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.3. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.4. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

6.         Cara Hasil Pembelajaran dinyatakan:

1. Berdasarkan sukatan pelajaran.2. Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur3. Secara eksplisit, jelas dan terperinci.4. Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.5. Mengikut aras pembelajaran dari mudah sukar.

7.         Penentuan pengajaran dan pembelajaran

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut:

1. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

Page 11: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

2. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.3. Kemudahan yang sedia ada.4. Masa yang diperuntukkan

8.         Kenali murid anda:

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

9.         Pelbagai kaedah dan bahan

Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya:

1. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pembelajaran.

2. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

10.       Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan:

1. berpusatkan guru.2. Berpusatkan murid.

Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Penerangan Penjelasan Bercerita Huraian Memberi nota Syarahan Demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Bercerita Bacaan Latih tubi Pembelajaran akses kendiri Inkuiri penemuan Soal jawab

Page 12: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Main peranan Demonstrasi Penyelesaian masalah Sumbang saran Projek Pembelajaran koperatif Amali

11.    Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih.

Contoh:

  Hasil pembelajaran Cadangan bahan 

Bahasa Mengenal pasti ‘huruf’Kad imbasan hurufCarta hurufBongkah hiruf

MatematikMenambah dua nombor dalam lingkungan fakta asas

JakaSidaCip berwarna

SainsMenerangkan proses penghadaman

Carta organPenghadamanVideo penghadaman

GeografiMenyatakan bentuk muka bumi kawasan pinggir pantai

Cakera padat tentang muka bumi model peta

Pendidikan seni Membuat grafik Perisian aplikasi

 

12.       Penilaian

Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajarah dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

12.1    Mengapa?

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk:

1. Mengesan pencapaian murid.2. Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.3. Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.4. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit

pembelajaran.

Page 13: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

5. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.6. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

12.2    Penilaian dalam Pembelajaran Masteri

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestialh berdasarkan kepada Hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

12.3    Bilakah penilaian dijalankan?

Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut:

1. Semasa pengajaran dan pembelajaran.2. Selepas sesuatu unit pembelajaran.3. Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun

dan akhir tahun.

12.4    Domain yang dinilai

Penilaian  dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain:

Kognitif Afektif Psikomotor

12.5    Cara menilai Pembelajaran Masteri

Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.

Untuk menilai, langkah berikut perlu diikuti:

Langkah Aktiviti

1. Pembinaan alat ujian

 

i)         Menentukan Hasil Pembelajaran yang hendak diuji.ii)        Membina jadual penentu ujian

iii)       Membina item

iv)       Menyediakan skema jawapan

Page 14: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

1. Pentadbiran ujian i)         Mentadbirkan ujian

1. Pemprosesan hasil ujian

i)         Memeriksa respon dan menentukan penguasaan muridii)        Membuat analisis terhadap respons

iii)       Mendiagnos

iv)       Merekod pencapaian murid

1. Pelaporan i)         Menyediakan laporanii)        Menyampaikan laporan

 

13.       Tindakan susulan

Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:

Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.

Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:

Pemulihan. Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

13.1    Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain. Membetulkan perlakuan yang salah. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. Menggunakan bahan visual. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. Menjalankan lati tubi. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Page 15: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.

Melatih murid mengenal pasti idea utama.

13.2    Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:

Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik.

Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

Memberi latihan yang lebih mencabar. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik

seperti peta minda, carta organisasi dan rajah. Melatih murid membuat nota. Menjalankan latih tubi. Melatih murid mengenal pasti idea utama. Mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:

Membuat projek. Membuat tugasan. Membuat kajian.

Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan.

Membuat pemerhatian Mengumpul data Mengakses maklumat Membanding

Page 16: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Mengklasifikasi Meringkas Merekod Mentafsir Membuat keputusan Membuat andaian Menganalisis Melapor Menyelesaikan masalah

Peranan Guru

Dalam pengajaran menggunakan ML, guru berfungsi sebagai “instructional leader and learning facilitator” (Guskey, 1985). Guru perlu

Menguasai pengetahuan dalam bidang yang hendak diajar dan dapat mencerakinkan isi pelajaran

Menentukan objektif pembelajaran dan pengajaran secara eksplisit. Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti

pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan sumber dan kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid

Menguasai kemahiran merancang dan membina item-item ujian (formatif dan sumatif)

Membuat analisis item-item ujian bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar. Yang penting, guru perlu dapat melihat ujian-ujian tersebut sebagai alat pembelajaran. (learning tools).

Mempunyai kemahiran menyampaikan maklum balas (feedback) kepada setiap pelajar tentang tahap penguasaan pembelajaran masing-masing bagi tujuan meningkatkan motivasi untuk terus belajar.

Dapat merancang dan melaksanakan prosedur pembetulan (corrective procedures) dan aktiviti-aktiviti pengkayaan berdasarkan keperluan dan kebolehan setiap pelajar.

8.2.4 PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,b. saling berinteraksi secara bersemuka,

Page 17: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,d. kemahiran koperatif, dane. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

8.2.5 Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan.

Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.

Page 18: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Johnson & Johnson Kagan

Positif Interdependence Positif Interdependence

Individual Accountability Individual Accountability

Group Interaction Equal Participation

Social Skills Simultaneous Interaction

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

Social Skills (Kemahiran Sosial)

Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

8.2.6 Kemahiran Sosial Dalam Kumpulan Koperatif

Page 19: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Dalam pembelajaran koperatif, kemahiran sosial dalam kumpulan merupakan asas kejayaan pembelajaran koperatif. Kemahiran berkenaan tidak akan dimiliki tanpa perancangan oleh guru yang ingin menjayakan pembelajaran koperatif. Antara kemahiran sosial dan peranan yang seiring dengannya ialah seperti jadual berikut:

Jadual Kemahiran  & Peranan Sosial

Kemahiran Sosial Peranan Sosial

Menggalakan orang lain:menggalakan penglibatan ahli yang pendiam dan kurang yakin agar lebih yakin; mula bertindak sebelum seseorang ahli bercakap; contoh: "Adalah eloknya kita mendengar pendapat Mohd."

Penggalak (Encourger)

Memuji orang lain:memuji usaha orang lain; bertindak selepas seseorang bercakap; contoh: "Itu idea yang baik".

Pemuji (Praiser)

Menyambut kejayaan & pencapaian:memimpin ahli kumpulan dalam meyambut dan meraikan kejayaan ahli kumpulan; tidak seperti Pemuji yang memuji; menjadi pemimpin dalam sorakan; contoh: "Mari kita berikan tepukan kepada Mohd." 

Penyambut Kejayaan (Cheerleader)

Menyeimbangkan penglibatan peserta-peserta:memastikan penglibatan yang seimbang antara ahli kumpulan; meningkatkan penglibatan ahli yang kurang bercakap dan "memperlahankan" ahli yang terlalu banyak bercakap; contoh: "idea Mohd itu menarik, apakah pendapat Mad?", "Mad, adakah anda setuju dengan pendapat Mohd.?"

Penjaga Libatan (Gatekeeper)

Membantu, membimbing & menasihat:Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai isi kandungan akademik, tetapi berhati-hatinya agar tidak menyelesaian masalah untuk ahli pasukannya; contoh: "Ingat formula

Jurulatih (Coach)

Page 20: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

pertama?", "Eloknya jika anda semak semula soalan no. 2."

Meminta pertolongan:sekali sekalanya memeriksa pasukanya sama ada timbul soalan atau tidak. Jika timbul soalan, ia memastikan soalan itu dibincangkan untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi soalan pasukan dan Komander menggunakan isyarat senyap untuk memaklumkan guru bahawa semua ahli menghadapi masalah. 

Komander Soalan (Question Commander)

Menyemak & memeriksa pemahaman:memastikan semua ahli telah menguasai isi kandungan. Contoh: "Marilah kita buat satu soalan secara berseorangan sementara ahli lain memerhati untuk memastikan semua ahli telah faham dan dapat menduduki peperiksaan kelak."

Penyemak (Checker)

Mengawas perjalanan tugasan:memastikan semua ahli menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Ia menggunakan peringatan positif seperti : "Kita belum menyiapakan tajuk 3 lagi" tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan peringatan negatif seperti "Jangan main-main!".

Pengawas Tugas (Taskmaster)

Merekod idea-idea:menulis hasil perbincangan dan jawapan dalam kumpulan. Ada kalanya ia bertanggungjawab untuk memastikan semua isi penting dicatat dengan tepatnya.

Pencatat (Recorder)

Merenung tentang kemajuan kumpulan:memimpin kumpulan dengan menoreh ke belakang. Proses kumpulan bertambah baik jika Perenung merumus dan mencerminkan perbincangan kumpulan. Ia juga memimpin kumpulan untuk merenung tentang kemahiran mingguan seperti "Adakah kami

Perenung (Reflector)

Page 21: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

membuat kerja dengan baik?".

Tidak menggangu orang lain:memastikan pasukan tidak bercakap dengan suara yang terlalu kuat dan mengganggu orang lain. Guru boleh menetapkan tahap bunyi / suara dengan sukatan "Suara 12 inci" atau "Suara 6 inci". Kapten Senyap memastikan ahlinya mematuhi kehendak "Suara 6 inci".

Kapten Senyap (Quiet Captain)

Mengedar bahan pembelajaran:mengambil dan memulangkan bahan p&p dan memastikan tempat bersih dan kemas selepas sesuatu aktiviti

Ketua Bahan (Materials Monitor)

 8.2.7 Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif

1. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.

2. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

3. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990):

a. Giliran Ahli Kumpulan

Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran

b. Pameran Kumpulan:i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnyaii. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang

dengan ahli-ahli kumpulan itu.c. Memadan Benda

Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda

d. Kuiz:i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulanii. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk

mendapatkan jawapaniii. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan

kepada soalan gurue. Kad Hafalan

Page 22: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

i. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal

ii. Guru menyoaliii. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu

menjawab dan markah akan diberif. Semakan Pasangan:

i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikanii. Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan

masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat

i. Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru

ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelash. Peta Konsep Berpasukan

Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.

i. Jawapan Giliran:i. Satu kumpulan diberi sebilangan soalanii. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

j. Penguasaan Secara Beerpasangan:

Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

k. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan):i. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang

sesuatu tajuk atau perkara.ii. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi

pakar dalam topik itu.iii. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

8.2.5 KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCE)

Teori Kecerdasan Pelbagai (KP) pertama kali dikemukakan oleh Gardner (1983)dalam bukunya Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Definisikecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran

Page 23: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikanmasalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan menghasilkan output yang efektif.

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that arevalued within one or more cultural setting”(Gardner 1983)

Menurutnya, individu memiliki sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan ataukebolehan mental yang wujud secara terpisah-pisah atau berasingan, dan tidak saling bergantung. Tujuh jenis kecerdasan tersebut ialah verbal-linguistik (VL), logikmatematik(LM), visul-ruang (VR), kinestetik badan (KB), muzik (MZ), interpersonal (IE) dan intrapersonal (IA). Seterusnya, Gardner (1993) menambah satu lagi kecerdasan menjadi lapan iaitu naturalis (NA). Gardner (1983) mendefinisi kecerdasan verbal-linguistik sebagai berfikir dengan perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyatakan dan memahamkan makna yang sukar dan kompleks. Kecerdasan logikmatematik pula membuatkan seseorang berfikiran secara hubungan sebab dan akibat untuk memahami hubungan di kalangan tindakan, objek atau pendapat. Visualruang diertikan sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan berfikir dalam tiga dimensi dan mencipta semulaaspek sesuatu pengalaman visual melalui imaginasi. Menurut Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan untuk menghasil dan menghargai irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik. Kinestetik pula dibentuk berasaskan kebolehan mengawal satu pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh kemahiran. lanya melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan badan serta menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi. Gardner (1983) meringkaskan kecerdasan interpersonal sebagai kebolehan memahami orang lain, apa tujuan mereka, bagaimana mereka bekerja, dan bagaimana bekerja secara koperatif. Sebaliknya, kecerdasan intrapersonal berlawanandengan interpersonal, di mana ia merupakan kemampuan mengetahui diri sendiridan bertindak sewajamya berasaskan pengetahuan tersebut. Kecerdasan naturalis melibatkan kebolehan untuk memahami dan kepekaan kepada alam semulajadi termasuk tumbuhan, haiwan dan hubungan saintifik.Kelapan-lapan kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat, dan kemahiran yang wujud secara semulajadi (Armstrong 1994). Menurut Gardner (1983) lagi, setiap individu mempunyai semua jenis kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza. Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

8.2.6 Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan?

Page 24: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:

Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik

1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1.2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau

berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.

3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

 

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan

Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

BahasaMenulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan

Penulis, penyajak, penceramah

Logik MatematikMenaakul, kiraan, membuat analisis

Saintis, jurutera, akauntan

Ruang Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukur

MuzikMencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik

KinestetikGerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan

Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon

Interpersonal Perhubungan manusiaDiplomat, ahli politik, peniaga

Page 25: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafahPengarang, penyajak, ahli falsafah

NaturalistikMengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian

Pemburu, petani, ahli sains semulajadi

 

Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar.

8.2.6 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual?

 Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Page 26: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.

Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat

Page 27: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

8.2.7 PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Penemuan merupakan sifat utama inkuiri

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

Model pembelajaran yang digunakan untuk menyampaikan setiap pokok bahasan dipengaruhi oleh berbagai faktor, diantaranya: peserta didik, tujuan yang akan dicapai, situasi pembelajaran, fasilitas yang tersedia dan guru. Salah satu model pembelajaran yang dapat diterapkan adalah model pembelajaran inkuiri

Model Pembelajaran inkuiri adalah model penemuan yang dirancang guru sesuai kemampuan dan tingkat perkembangan intelektual peserta didik, mengurangi ketergantungan kepada guru dan memberi pengalaman seumur hidup. Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri. Penemuan boleh diartikan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan satu konsep atau prinsip.

Model pembelajaran inkuiri  menggunakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penelitian. penelitian ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman atau jawaban yang baru. Model pembelajaran inkuiri ini didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah.

Proses model pembelajaran inkuiri ini bermula dari satu perhatian  dan minat atas sesuatu yang menarik dan seterusnya akan muncul banyak pertanyaan atas minat tersebut. Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman maupun pemahaman dari para siswa. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan untuk melakukan penelitian, pertanyaan, ramalan, hipotisis, dan konsep awal.

Page 28: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

8.2.8 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:

a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai

b. Berorientasikan dunia sebenar.

c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan

pembelajaran.

d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.

e. Menggunakan kaedah pengalaman “hands-on”.

f. Memberi pemahaman yang tinggi.

g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.

h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.

i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan

Page 29: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

sendiri.

k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan

menghubungkan yang baru dengan yang lama.

l. Pembelajaran melibakan data semasa.

m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.

n. Pembelajaran merentasi kurikulum.

o. Guru sebagai fasilitator.

p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan

8.2.9 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI

Apakah Pembelajaran Berpusatkan Komuniti?

• Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu dan juga komuniti di sekeliling pelajar seperti kawan,sekolah,jiran dan masyarakat.). • Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari. Konsep komuniti semakin luas sekarang kerana persekitaran dunia yang tiada sempadan berdasarkan internet). • Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif dengan komuniti ), terlibat dalam penilaian berterusan• Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang dan penyertaan mereka dalam komuniti.

• Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran dengan bantuan komuniti

• Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.

2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan komuniti?.

• Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam komuniti setempat.• Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan

Page 30: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

dan kelas dan diperluaskan kepada komuniti setempat.• Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.• Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran yang mereka minat dan mendapatkan resos dari komuniti.• Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka terutama nilai-nilai positif dan negatif• Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif dengan komuniti.

8.2.10 PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang rakan pelajar yang lain. Pembelajaran ini menekankan kepada konsep bahawa “setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain.” Justeru, ia menggalakkan pelajar untuk menyumbang idea dan buah fikiran serta menghargai idea dan buah fikiran orang lain. Dasar pembelajaran kolaboratif ini membenarkan pelajar memegang peranan sebagai “knowledge provider” dimana pengetahuan itu dapat dikongsi dengan rakan dan pengajar agar sesuatu pengetahuan itu dapat difahami dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. Disamping itu, pendekatan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar atau konteks yang kompleks. Satu faktor yang dominan bagi kejayaan sesuatu pembelajaran kolaboratif ialah interaksi sosial antara pelajar dalam kumpulan. Interaksi sosial yang berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial, kesepaduan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti. Ketiga-tiga ciri ini merupakan atribut ruang sosial yang membenarkan komunikasi berlaku secara terbuka serta memanfaatkan aktiviti kolaboratif dan perkongsian maklumat penting.

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktifDalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

Page 31: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

 

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Dalam Pembelajaran Koperatif... Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.

Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

8.2.11 KAJIAN MASA DEPAN

Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global memberikan satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini, maka generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar generasi baru mendapat bekalan

Page 32: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan.Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mew ujudkan masyarakat Malaysia yangberwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD)merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentangmasa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahanyang tidak dijangka.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid :

- berfikir secara kritis dan kreatif - membuat keputusan tentang masa depan - membina sikap dan nilai positif tentang masa depan - berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan - mempunyai pengetahuan tentang masa depan - membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan

KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikirtentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi.

1. Ramalan dibuat tentang trend dan perubahan yangakan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.2. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena atau trend.

3. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan.

Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan

1. Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Segala tindakan dan peristiw a semasa ada kaitan dengan masa lalu.

2. Pengumpulan Maklumat Strategi sedia ada membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan.

3. Ramalan dan Analisis Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan.

4. Imaginasi dan Kreativiti Kemahiran ini membaw a kita kepada imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif.

Page 33: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

5. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu murid membina rasa optimis dan keyakinan diri serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka

6. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesian masalah.

7. Membina Senario Teknik yang penting untuk membantu murid membina gambaran jelas tentang situasi masa depan.

8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada generasi akan datang.

9. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidup.

1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD.2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD.3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkanidea secara kritis dan kreatif.4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

8.2.13 PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI

Page 34: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer

 

        Computer Assisted Learning

        Computer Assisted Instruction

        Computer Based Instruction

        Computer Aided Learning

        Computer Based Learning

 

        Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

 

   

CIRI-CIRI  PBK

 

 Berasaskan individu

 Boleh diulang

 Bahan disediakan oleh guru

 Ramah pengguna

 Boleh diubahsuai mengikut tahap murid

 Interaktif

 

    KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN  PBK    

               MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN

Page 35: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

                                              |                                              V

                   ------>  CUBAUJI / UJICUBA  <--------------                   |                           |                              |                   |                          V                              |

                  !------>    TAMBAHBAIKAN                     |                                              |                               |                                             V                              |

                        LAKSANA PENGAJARAN <-----------!

   

    MENGHASILKAN PERISIAN PBK

 Verbal

 Latih tubi

 Simulasi

 Inkuiri

 Tutorial

 Penyelesaian Masalah

 Permainan

 

    VERBAL

 Pengajaran terancang

 Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar

 Pelajar memberi respon jawapan pilihan

 Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul

 Komputer memberi jawapan secara verbal

 

  LATIH TUBI  

      ------->  MASALAH   <-------------->  SOALAN <--------       |                                                                         |

      -------------------->       ULANGAN        <--------------------

Page 36: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

 

    SIMULASI

Lebih berbentuk permainan

Sesuai dalam pengajaran matematik

Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang  berbeza

 

    INKUIRI

 Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai

masalah pelajaran

 Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan

 Ia sangat kompleks untuk disediaka

 Ia sesuai untuk matapelajaran sains

 

    TUTORIAL

Isi pelajaran tersusun

Pelajar boleh menjawab soalan

Komputer beri maklumbalas

 

 

    PENYELESAIAN MASALAH

 Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah

 Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer

 Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah

 Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

 

    PERMAINAN

Page 37: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Permainan berorientasikan pembelajaran

Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat,  lojik dan hukum tertentu

Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

 

    KELEBIHAN PBK

Penumpuan kepada pelajaran

Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan

Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent

 Interaktif

 Kolaboratif

 Individu

 

         KELEMAHAN PBK

 Kos tinggi

 Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

 

 

    PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN 

        PEMBELAJARAN MELALUI CD

Contoh Bahan:-

o Pengenalan Kepada Komputer

o Pengajaran Al-Quran – Tajwid

o Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware

o Bahan Pengajaran Dari Internet

Binaan sendiri :-

Page 38: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

o Membina Papan Cerita 1

o Membina Papan Cerita 2

Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo

Teknologi Pengimbas

 

 

 

PPBK DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

 

        Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui

·       penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)

·        aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator.  Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui  tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

 

Teknik Pengajaran.

1.    Tutorial

        Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi.  Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

2.    Latih tubi

        Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Ia dapat memberi 

Page 39: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari.           Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3.   Permainan

        Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan.  Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid.  Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

 

4.    Penyelesaian Masalah

        Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik  bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari.  Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.  

 

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

 

 i)    Fun Math With Arti Level 1/Level 2

Perisian ini dapat memperbaiki  kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.

ii)   Counting With Arti

Page 40: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor.   Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor.  Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.

iii)             Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan  nota yang sistematik  dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid.  Ia juga mengandungi permainan   yang menarik dan menyeronokkan.       

  iv)    Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong  murid-murid mencapai kecemerlangan dengan  menggunakan teknik  multimedia.  Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.  

Persoalan dan jawapan yang berkaitan

1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?

Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

· merancang dan memilih topik yang sesuai· merancang objektif pengajaran pembelajaran· merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan· mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai· kawal selia penggunaan media

Page 41: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.

4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?

Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi

(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem).(b) Penerokaan: ICT sebagai medium· mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll.· mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.· melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).

6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?

Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

Page 42: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

SOALAN PERBINCANGAN

Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL, Facebook,Twitter atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti.

1. Kaedah merujuk kepada penekanan penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.Langkah-langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah untuk menimbulkan proses pembelajaran.

a. Bincangkan lima kepentingan penilaian dalam Pembelajaran Masteri.

b. Rumuskan lima proses pengajaran melalui Kaedah Inkuiri Penemuan.

Page 43: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

2. Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran.Ini dirancang dalam bentuk pelakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi oleh murid.

a. Senaraikan lima prinsip Teknik Perbincangan.

b. Jelaskan lima kelebihan Teknik Perbahasan.

3. Pengajaran adalah salah satu kemahiran dan tidak dapat dilaksanakan tanpa menguasai kemahiran tertentu.Kemahiran mengajar perlu dikuasai untuk memastikan proses pengajaran berlaku dengan penuh persediaan dan lancar.

a. Nyatakan lima tujuan set induksi diperlukan.

b. Nyatakan lima kepentingan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4. Pengajaran makro merupakan latihan mengajar sepenuhnya dan dijalankan semasa membuat latihan mengajar di sekolah.Persediaan yang terperinci perlu dilaksanakan sebelum proses pengajaran dilaksanakan.

a. Berikan lima komponen Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan format bestari.

b. Senaraikan lima peringkat pemikiran reflektif yang berlaku semasa menyelesaikan sesuatu masalah dalam proses pengajaran.

5. Anda mampu menarik minat dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid tahun 5 dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

a. Merujuk kepada kebijaksanaan menggabungkan mana-mana dua kaedah Pendekatan daripada Kontekstual,Koperatif,Pembelajaran Berasaskan Komuniti, Kolaboratif dan Kecergasan Pelbagai, sila jelaskan bagaimana

Page 44: MODUL PSK 3103

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

pengajaran anda mampu mewujudkan situasi kelas terkawal dan berkesan mencapai objektif.

b. “ Theory of Constraints” mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran anda. Huraikan lima langkah dalam melaksanakan kaedah ini dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

6. Anda dikehendaki membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format pembestarian untuk pengajaran selama 60 minit menggunakan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran tahun 5.

7. Berdasarkan Pengajaran Mikro, anda dikehendaki membuktikan kemampuan menerapkan satu kemahiran atau teknik pengajaran sahaja.

a. Anda dikehendaki memilih serta membuktikan kemampuan mengurus salah satu aktiviti kemahiran sahaja sama ada penyoalan, pengukuhan, komunikasi dan menyusun langkah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pertimbangkan juga kesesuaian aktiviti untuk mencapai objektif pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5.

b. Anda dikehendaki membincangkan masalah kawalan kelas akibat murid pelbagai aras yang dikumpulkan di kelas anda semasa pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh memilih menggunakan Refleksi sama ada penilaian Rakan Sebaya atau Penilaian Kendiri.