documentbm

33
1.0 PENDAHULUAN Zaman beralih, musim bertukar. Marcapada ini, dalam menghadapi era ledakan maklumat dan informasi ini, variasi gejala-gejala negatif bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang kian melanda dan menyelusuri jiwa dan sanubari masyarakat Negara yang tercinta ini khususnya golongan remaja dan kanak-kanak yang kian meningkat dewasa dari sehari ke sehari. Remaja dalam zaman globalisasi dan modenisasi ini semakin melupakan daratan dan budaya mereka terutamanya kesantunan berbahasa mereka. Mereka bagaikan kacang lupakan kulit di mana semasa mereka berkomunikasi dengan orang lain, mereka semakin biadap dan tidak menghormati berdasarkan cara mereka bertutur dan cara mereka bertingkah laku di hadapan orang tersebut. Persoalannya sekarang, apakah itu budi bahasa dan kesantunan bahasa? Sebenarnya, menurut Kamus Dewan, budi bermaksud perangai akhlak , watak ,perbuatan baik , sifat baik dan kebajikan manakala bahasa bermaksud system lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun . Secara keseluruhannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkumi dalam konsep budi bahasa. Kesantunan menurut Kamus Dewan bermaksud sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti manakala secara keseluruhannya, kesantunan bahasa bermakna penggunaan bahasa yang baik, sopan, 1

Upload: michael-l-king

Post on 12-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: Documentbm

1.0 PENDAHULUAN

Zaman beralih, musim bertukar. Marcapada ini, dalam menghadapi era ledakan

maklumat dan informasi ini, variasi gejala-gejala negatif bagai cendawan tumbuh

selepas hujan yang kian melanda dan menyelusuri jiwa dan sanubari masyarakat

Negara yang tercinta ini khususnya golongan remaja dan kanak-kanak yang kian

meningkat dewasa dari sehari ke sehari. Remaja dalam zaman globalisasi dan

modenisasi ini semakin melupakan daratan dan budaya mereka terutamanya

kesantunan berbahasa mereka. Mereka bagaikan kacang lupakan kulit di mana

semasa mereka berkomunikasi dengan orang lain, mereka semakin biadap dan tidak

menghormati berdasarkan cara mereka bertutur dan cara mereka bertingkah laku di

hadapan orang tersebut. Persoalannya sekarang, apakah itu budi bahasa dan

kesantunan bahasa?

Sebenarnya, menurut Kamus Dewan, budi bermaksud perangai akhlak ,

watak ,perbuatan baik , sifat baik dan kebajikan manakala bahasa bermaksud system

lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan

santun . Secara keseluruhannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan,

sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan tercantum dalam kata-kata mulia,

dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik

terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkumi

dalam konsep budi bahasa. Kesantunan menurut Kamus Dewan bermaksud sifat

kehalusan budi bahasa atau budi pekerti manakala secara keseluruhannya,

kesantunan bahasa bermakna penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,

memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan satu penghormatan kepada pihak yang

menjadi teman bicaranya. Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan

yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula

menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh

penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Menurut Asmah Hj. Omar pada tahun 2000 pula, secara keseluruhannya, kesantunan

bahasa dihuraikan dengan mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari

yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak

pendengar.Bagi saya sendiri, kesantunan bahasa secara generalisasinya bermaksud

1

Page 2: Documentbm

cara berkomunikasi secara sopan dan beradab serta tidak menyinggung perasaan

orang lain.

Remaja-remaja sekarang semakin tidak mementingkan kesantunan bahasa

akibat pengaruh dari budaya asing seperti “punk”, “gothik” dan lain-lain. Mereka sudah

lupa bahawa kesantunan bahasa ini merupakan satu elemen penting yang membentuk

tamadun kita pada hari ini dan segala kesenangan serta kemewahan hidup yang telah

dicapai oleh Negara kita juga dipengaruhi oleh kesantunan bahasa secara tidak

langsung. Jadi, Negara kita seharusnya mementingkan kesantunan bahasa ini dan

sentiasa mengingatkan remaja-remaja tentang kepentingan kesantunan bahasa dan

bagaimana amalan kesantunan bahasa ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan

seharian.

2

Page 3: Documentbm

2.0 KONSEP BUDI BAHASA

Bangsa Malaysia berhemah tinggi

Ramah dan mesra elok pekerti 

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas 

Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita

Lirik di atas ialah lirik lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” telah dinyanyikan oleh Datuk

Siti Nurhaliza di mana lagu ini telah menunjukkan budaya-budaya baik yang telah

diamalkan oleh masyarakat kita sejak berzaman-zaman dahulu sehingga sekarag.

Lagu ini juga telah menunjukkan ciri-ciri budi bahasa yang telah mengeratkan tali

silaturahim antara kaum-kaum yang berbeza di negara kita. Ciri-ciri budi bahasa

seperti bertimbang rasa, bertoleransi, bertolak ansur, bersopan santun dan ramah

mesra patut kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Tetapi, jika kita melihat keadaan masyarakat kita beberapa tahun ini, masyarakat kita

semakin tidak berbudi bahasa walaupun teknologi semakin maju dari setahun ke

setahun. Remaja-remaja semakin egoistic dan telah melibatkan diri dalam variasi jenis

masalah-masalah sosial seperti vandalisme, gensterisme, hisap dadah dan lain-lain

yang telah menyebabkan masa depan mereka semakin gelap. Hal ini secara langsung

telah menyebabkan kadar kes jenayah di negara kita semakin meningkat dari setahun

ke setahun. Faktor utama remaja terlibat dalam masalah sosial ialah kekurangan

pengamalan budi bahasa dalam diri sendiri. Menurut Sapir dan Worf (1995), bahasa

menentukan perilaku budaya manusia memang ada benarnya. Orang yang ketika

berbicara menggunakan pilihan kata, ungkapan yang santun, struktur kalimat yang baik

menandakan bahawa keperibadian orang itu memang baik. Sebaliknya, jika ada orang

yang sebenarnya keperibadiannya tidak baik, meskinpun berusaha berbahasa secara

baik, benar, dan santun di hadapan orang lain; pada suatu saat tidak mampu menutup-

nutupi keperibadian buruknya sehingga muncul pilihan kata, ungkapan, atau struktur

kalimat yang tidak baik dan tidak santun. Jadi. di sini kita boleh membuat satu konklusi

iaitu keperibadian seseorang itu dapat menunjukkan sifat seseorang sama ada dia

3

Page 4: Documentbm

adalah insan yang berbudi bahasa atau sebaliknya. Untuk membentuk budi bahasa

yang baik, ibu bapa memainkan peranan penting iaitu mendidik anak sejak dari kecil

lagi tentang budi bahasa. Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak tentang perkara

yang baik dan menasihati anak-anak mereka untuk menjauhi diri mereka dari perkara

yang tidak baik. Bak kata pepatah, “Belakang parang diasah lagikan tajam.” Dengan

ini, anak-anak tidak akan mudah menjerumuskan diri mereka dalam perlakuan atau

perbuatan yang tidak baik dan mereka juga akan lebih mengamalkan budi bahasa

dalam diri mereka. Sudah terang lagi bersuluh, budi bahasa sememangnya haru

diamalkan oleh masyarakat sekata supaya kita dapat hidup dengan aman dan damai

serta harmoni di negara Malaysia. Sekarang, mari saya memberi sedikit contoh

bagaimana budi bahasa dapat diamalkan dalam kehidupan kita.

Adik (Saya) : Abang, boleh tolong adik untuk semak kerja rumah?

Abang : Mestilah boleh, dik, dik kan adik kesayangan abang. Abang

pasti akan tolong. Adik jangan risau ya.

Adik(Saya) : Terima kasih, abang, sayang abang.

Abang : Sama-sama adik.

Dialog di atas menunjukkan kesantunan bahasa semasa kita bertutur di dalam

rumah di mana gelaran abang dan adik telah digunakan semasa kita meminta

seseorang yang lebih tua untuk menolong kita. Ia merupakan salah satu contoh yang

baik yang perlu kita belajari. Kanak-kanak harus dipupuk dengan nilai-nilai murni sejak

kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya Selain itu, ucapan

terima kasih juga jelas menunjukkan kesantunan berbahasa di mana adik telah

menunjukkan penghargaannya kepada abang kesayangannya kerana sanggup

menolongnya menyemak kerja rumah tersebut. Kita harus sentiasa menghargai

bantuan orang lain kerana tanpa bantuan mereka kita tidak akan mencapai matlamat

kita dengan sewenang-wenangnya. Pendek kata, kita harus sentiasa bertuturan sopan

kepada orang yang lebih tua daripada kita dan berterima kasih kepada orang yang

telah membantu kita.

4

Page 5: Documentbm

2.1 KEPENTINGAN BUDI BAHASA

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa

dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja.

Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam

aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar

di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya

masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah

disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika

Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka

pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak

dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya

dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala

tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang

dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang

mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara ke arah wawasan

2020. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di

sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan mereka. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling

menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila

wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang

harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat

dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum

seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang

ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas

menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada

rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru,

apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir

luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan

masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang

5

Page 6: Documentbm

bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan

kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa

tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika

tamadun Mesopotamia.

Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat

yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi

layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini

penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri

pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana

beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh

masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan

Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah

memainkan peranan yang lebih penting dengan sentiasa melemparkan senyuman dan

bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara

Jepun dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi

bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam

bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang

dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam

masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga

setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar

mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.

Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan,

antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi

bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan.

Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang

menyakitkan hati. Justeru, mereka tidak akan menyinggung perasaan orang lain.

Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut

menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-

sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh

ibu bapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi

bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.

6

Page 7: Documentbm

Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya

menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan

dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai

infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan

bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara

mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama

rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi lain di dunia. Dalam

pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan

mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi

Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat

buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat

Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

7

Page 8: Documentbm

3.0 KESANTUNAN BAHASA

Menurut Kamus Dewan, kesantunan bermaksud sifat kehalusan budi bahasa

atau budi pekerti manakala secara keseluruhannya, kesantunan bahasa bermakna

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan satu penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

Kesantunan berbahasa merupakan salah satu aspek kebahasaan yang dapat

meningkatkan kecerdasan emosional penuturnya kerana di dalam komunikasi, penutur

dan petutur tidak hanya dituntut menyampaikan kebenaran, tetapi harus tetap

berkomitmen untuk menjaga keharmonian hubungan.

Keharmonian hubungan penutur dan petutur tetap terjaga apabila masing-

masing peserta tutur sentiasa tidak saling memalukan. Dengan perkataan lain, baik

penutur mahupun petutur memiliki kewajiban yang sama untuk menjaga muka.

Kesantunan (politeness), kesopansantunan atau etiket adalah tatacara, adat, atau

kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati

bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi

prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh kerana itu, kesantunan ini biasa

disebut ‘tatakrama’.

Menurut Kamus Dewan, kesantunan bermaksud sifat kehalusan budi bahasa

atau budi pekerti manakala secara keseluruhannya, kesantunan bahasa bermakna

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan satu penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

8

Page 9: Documentbm

3.1 Kesantunan berbahasa dalam laman sosial

Pada era globalisasi ini, pelbagai laman sosial telah direka dalam kalangan remaja

seperti Facebook, Twitter, MSN dan sebagainya. Laman-laman sosial tersebut telah

memberi banyak faedah kepada remaja. Remaja boleh mennggunakan laman-laman

sosial ini untuk mendapat maklumat yang terkini. Namun demikian, remaja kini telah

menyalahgunakan laman-laman sosial dengan tidak mengamalkan kesantunan bahasa

dalam ayat-ayat yang ditulis.

Berdasarkan analisis saya, saya mendapati bahawa remaja kini semakin tidak

mengamalkan kesantunan bahasa dalam penulisan di laman sosial. Mereka telah

menggunakan bahasa kasar, bahasa rojak dan bahasa yang tidak senonoh. Berikut

merupakan contoh penyalahgunaan kesantunan bahasa dalam Facebook:

1. “ jgn coba nak cari pasal ngan aku! Aku x kn beri muka ngan ko gik! Celaka

betul! Pikir dolok baru b’tindak! “

Merujuk lampiran 1, ayat di atas mempunyai kesalahan ejaan. Sebagai contoh,

perkataan “jgn” sebenarnya “jangan”, “coba” sebenarnya “cuba”, “ngan” sepatutnya

“dengan”. Selain itu, perkataan “x” bermakna “tidak”, “ko” sebenarnya “ kamu”, “gik”

sepatutnya “lagi”. Di samping itu, “pikir” sebenarnya “ fikir”, “dolok” sepatutnya “dulu”

dan “b’tindak” sebenarnya “ bertindak”. Ayat tersebut merupakan ayat yang negatif

yang memarahi seseorang dengan bahasa kasar. Perkataan “celaka” harus dielakkan

dalam ayat. Tanda seru “ ! ” harus digunakan di tempat yang sesuai. Tanda seru di ayat

tersebut menunjukkan kegeraman seseorang.

2. “ Ape hal ko tuk? Celaka betul ko tuk! Cb ! Nak gaduh ke? o0o. “

Merujuk lampiran 1, ayat tersebut juga mempunyai banyak kesalahan ejaan seperti

perkataan “ape” sebenarnya “apa”, “ko” seharusnya “kamu”, “tuk” sebenarnya “ itu”,

“nak” sepatutnya “mahu” dan “ke” sebenarnya “ kah”. Selain itu, perkataan “cb”

merupakan bahasa yang kasar dan tidak boleh diikuti oleh remaja. Tanda “o0o”

merupakan simbol yang negatif dan harus dikesampingkan dalam penggunaan ayat.

Pelbagai perkataan singkatan harus dielakkan kerana ini akan menjadi satu tabiat yang

tidak baik.

9

Page 10: Documentbm

Selain daripada ayat-ayat yang buruk di Facebook, ada juga ayat yang baik dan

positif yang dapat saya dari Facebook. Berikut merupakan contoh pengamalan

kesantunan bahasa yang betul.

3. “ Terima kasih atas bantuan anda. =) “

Merujuk lampiran 2, ayat di atas merupakan ayat yang baik. Perkataan “terima kasih”

menandakan tanda hormat kepada orang lain. Perkataan tersebut harus kita pelajari.

Perkataan tersebut juga menandakan seseorang itu menghargai pertolongan orang

lain. Simbol “=)” menunjukkan perasaan yang gembira apabila berterima kasih kepada

orang lain.

4. “ Minta maaf kerana telah membuat salah~ “

Merujuk lampiran 2, ayat tersebut adalah ayat yang bagus. Orang tersebut telah

mengetahui kesalahannya dan terus meminta maaf. Ini merupakan sikap dan tabiat

yang harus kita pelajari. Sekurang-kurangnya meminta maaf apabila membuat

kesilapan supaya boleh menurunkan kegeraman seseorang itu. Kita harus mengetahui

kesilapan sendiri dan berusaha membaikinya.

Di samping itu, saya juga mendapati contoh yang buruk di Twitter. Ini

merupakan perkara yang amat menyedihkan. Berikut merupakan contoh

penyalahgunaan kesantunan bahasa di Twitter.

5. “ u jgn cabar ku larr….jilaka budak tu….nak cari gaduh kah? Cibai o0o. “

Merujuk lampiran 3, ayat tersebut merupakan ayat yang tidak boleh diikuti kerana orang

tersebut memarahi orang dengan kata-kata yang sangat kasar. Ini telah menjatuhkan

imej seseorang itu. Perkataan “jilaka” dan “cibai” harus dielakkan kerana ini merupakan

bahasa yang tidak senonoh. Simbol “o0o” sekali lagi muncul dan simbol ini patut

dihapuskan. Terdapat beberapa kesalahan ejaan seperti perkataan “ jgn” sebenarnya “

jangan”, “ku” sepatutnya “aku”, “tu” sepatutnya “itu” dan “nak” seharusnya “mahu”.

Selain itu, perkataan “u” merupakan perkataan singkatan. Orang tersebut perlu

menggunakan perkataan “anda” sebagai bahasa yang lebih lembut dan bersopan.

Intihanya, remaja haruslah berwaspada apabila bertuturan dan melakukan

sesuatu. Remaja harus sentiasa berfikir dengan masak sama ada perkara itu betul atau

10

Page 11: Documentbm

salah sebelum membuatnya. Jadilah seorang yang berhemah tinggi supaya disanjung

tinggi oleh masyarakat.

3.2 Perbincangan sama ada remaja Malaysia masih mengamalkan aspek

kesantunan berbahasa dalam penulisan di laman-laman sosial.

Berdasarkan kajian saya, remaja kini tidak lagi mengamalkan aspek kesantunan

dalam laman-laman sosial. Mereka telah melupakan amalan sopan yang diwarisi dari

nenek moyang mereka. Antara contoh-contoh penulisan yang tidak baik seperti celaka,

bodoh, gila dan sebagainya.Bahasa pasar juga menjadi berleluasa di laman sosial.

Bahasa pasar dalam Kamus Dewan, ialah ragam bahasa Melayu yang tidak betul jalan

bahasanya (terutamanya seperti yang dituturkan oleh orang asing yang tidak tahu akan

kaedah bahasa Melayu). Kamus Dewan mengistilahkan bahasa kasar sebagai bahasa

yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan), atau bahasa kesat iaitu

bahasa kasar yang digunakan untuk percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati

orang lain apabila mendengar atau membacanya.

Selain itu, faktor yang menyebabkan kejadian ini ialah pengaruh daripada ibu bapa.

Anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain yang putih dan ibu bapa yang akan

mencorakkannya. Segala perlakuan dan cara percakapan ibu bapa akan diikut jejak

oleh anak mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.Ibu bapa

harus membimbing dan mendidik anak mereka sejak kecil lagi. Bak kata cendakiawan ,

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa harus melatih anak mereka dan

sentiasa membetulkan mereka apabila mereka membuat salah. Ibu bapa juga harus

sentiasa memberi sepenuhnya perhatian kepada rakan-rakan sebaya anak mereka.

Rakan sebaya juga merupakan salah satu faktornya menyebabkan kejadian tersebut.

Masa remaja kini bersama dengan rakan sebaya adalah lebih banyak daripada

keluarga mereka. Oleh itu, mereka akan mudah dipengaruhi oleh rakan

mereka.Sebagai contoh, jika salah satu rakan sebaya menghisap rokok, lama-

kelamaan remaja itu akan dipengaruhi dan akhirnya menjadi satu tabiat yang buruk.

Pada dasarnya, ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada

anak mereka.

Antara lain faktor penggunaan bahasa kasar yang sangat berleluasa kini adalah

pengaruh filem-filem melayu yang menampilkan gaya hidup samseng jalanan yang

11

Page 12: Documentbm

menggunakan perkataan atau istilah yang difahami oleh geng-geng tertentu. Antara

perkataan yang begitu popular yang dipamerkan melalui filem ialah perkataan langsi,

gua, lu, hengget, gedik, jantan, betina, hantam dan sebagainya.

Perkataan-perkataan ini dipopularkan oleh filem-filem aksi kongsi gelap, gaya hidup

orang muda, mat rempit, kaki lumba dan kutu rayau yang berlambak di pasaran. Antara

filem yang didapati menggunakan bahasa kasar ialah seperti filem Kongsi, Bini-Biniku

Gengster, KL Drift, Libas dan Aku Masih Dara. Secara keseluruhannya, filem-filem ini

dan banyak lagi filem Melayu yang hangat di pasaran secara sengaja menggunakan

sebahagian besar malah hampir keseluruhan dialognya dengan bahasa kasar. Apakah

tujuannya ? Mungkin hanya untuk menarik perhatian golongan muda menonton filem-

filem ini. Oleh itu, remaja harus mengelakkan diri daripada filem-filem aksi yang

berkongsi gelap supaya tidak dipengaruhi oleh perkataan yang tidak sopan.

Penggunaan bahasa kasar dalam filem melayu yang menjadi ikutan masyarakat

Melayu seperti berikut:

Filem kongsi: Barua, hang berani mai tempat aku…Hang berani picit puting tetek

aku…

:……sebab apa nama aku naik, depa nak cai mampus dengan aku

apa….

Melalui dua dialog filem Kongsi di atas terdapat beberapa perkataan yang

berunsur bahasa kasar digunakan secara terang-terangan iaitu barua,

tetek dan mampus. Perkataan barua dan mampus merupakan perkataan makian

manakala tetek merupakan perkataan carut. Perkataan ini biasanya digunakan untuk

menunjukkan kemarahan dan menyakitkan hati pendengar. Sepatutnya ungkapan

seperti ini tidak patut digunakan sewenang-wenangnya kerana menunjukkan maksud

yang sangat jelek.

Akhir sekali, remaja harus mengamalkan nilai harga diri dalam kehidupan

mereka. Segala tindakan dan pertuturan yang tidak baik haruslah dielakkan supaya

sentiasa menjaga imej diri sendiri. Gunakanlah laman-laman sosial ini sebagai alat

12

Page 13: Documentbm

untuk mendapat maklumat positif bagi menambah ilmu pengetahuan kita. Marilah kita

ke puncak gunung sama-sama naik dan ke lurah sama-sama turun. Bagi sesetangah

pihak,janganlah bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Jadilah seorang yang bersopan dan berdisiplin supaya kita dapat menjadi suri teladan

kepada generasi baru yang akan datang.

13

Page 14: Documentbm

4.0 Adab menerima tetamu antara dua bangsa

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan

bangsa. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum

mempunyai adab menerima tetamu yang unik dan tersendiri. Menerima tamu diertikan

kedatangan orang-orang bertamu, melawat atau berkunjung. Secara istilah, menerima

tetamu bermaksud menyambut tetamu dengan pelbagai cara penyambutan yang lazim

dilakukan menurut adat ataupun agama dengan maksud untuk menyenangkan atau

memuliakan tetamu, atas dasar keyakinan untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Oleh

sebab itu, setiap kaum haruslah menghormati segala adab menerima tetamu supaya

imej negara kita dapat meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya di sini, apakah

adab-adab menerima tetamu yang ada pada setiap kaum di Malaysia?

Saya telah menemu bual nenek saya tentang adab menerima tetamu kaum

Cina. Nenek saya bernama Wong Hie Sing. Beliau seorang yang berpengalaman

dalam aspek melayan tetamu dan mempunyai banyak maklumat tentang adab

menerima tetamu kaum Cina. Berdasarkan analisis temu bual saya dengan nenek

saya, orang Cina menyambut tetamu dengan berjabat tangan antara satu sama lain

pada mulanya. Selepas itu, kita akan menjemput tetamu duduk di atas sofa. Mengikut

pantang larang bangsa Cina, orang Cina akan menghadiahi sebakul buah epal kepada

tetamu.

Berdasarkan pandangan orang Cina, buah epal bermaksud aman dan damai.

Oleh itu, hadiah ini amat sesuai untuk menghadiahi kepada sesiapa sahaja. Tambahan

pula, tuan rumah haruslah memastikan bahawa bilangan buah epal harus dalam

nombor genam kerana nombor ganjil dalam pandangan orang Cina bermaksud nasib

malang. Tuan rumah tidak harus memberi empat biji buah epal kepada tetamu kerana

dalam pandangan cina, empat bermaksud tanda mati dalam budaya cina.

Di samping itu, tuan rumah harus sentiasa memastikan tetamu tidak membuka

hadiah apabila terus menerimanya di hadapan mereka. Orang Cina menganggap

perbuatan tersebut adalah kasar di hadapan pihak yang memberi hadiah. Tuan rumah

juga harus menghantar tetamu ke pintu halaman apabila mereka ingin pulang. Ini

menandakan rasa hormat kepada kedatangan tetamu.

Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat adab menerima tetamu kaum

Melayu dari buku rujukan yang bertajuk “Kesantunan bahasa dalam pengurusan,

14

Page 15: Documentbm

pentadbiran dan media” dan “Adat resam dan adat istiadat Melayu”. Berdasarkan

analisis pembacaan saya dari buku rujukan, saya mendapati beberapa adab kaum

Melayu yang menerima tetamu. Apabila tetamu yang berusia lebih tua datang ke

rumah, tuan rumah yang lebih muda harus mencium tangan kepada tetamu sebagai

tanda hormat.

Mengikut agama islam, tuan rumah hendaknya menerima kedatangan tetamu

dengan sikap yang baik, misalnya dengan wajah yang cerah, muka senyum dan

sebagainya. Sekali-kali jangan acuh, apalagi memalingkan muka dan tidak mau

memandangnya secara wajar. Memalingkan muka atau tidak melihat kepada tetamu

bererti suatu sikap sombong yang harus dijauhi sejauh-jauhnya.

Selain itu, tuan rumah harus menjamu makanan dan minuman kepada para

tetamu tidak kira sesiapa. Ini menunjukkan tanda hormat kepada para tetamu.

Kewajiban menjamu tetamu yang ditentukan oleh Islam hanyalah sebatas kemampuan

tuan rumah. Oleh sebab itu, tuan rumah tidak perlu terlalu repot dalam menjamu

tamunya. Salah satu cara terpuji yang dapat menyenangkan tetamu adalah apabila

tuan rumah mengantarkan tamunya sampai ke pintu halaman. Tetamu akan merasa

lebih semangat kerana merasa dihormati tuan rumah dan kehadirannya diterima

dengan baik.

4.1 PERSAMAAN ADAB MENERIMA TETAMU ANTARA DUA KAUM

Jadi, di sini kita dapat melihat persamaan dan perbezaan antara kedua-dua

kaum ini. Menurut kajian saya, saya dapat melihat persamaan antara kedua-dua ialah

dari kedua – dua kaum menghantar tetamu ke pintu halaman apabila tetamu ingin

pulang. Ini merupakan sesuatu cara yang terpuji yang boleh kita pelajari dan

diaplikasikan dalam kehidupan kita. Di samping itu, apabila tetamu ke rumah, kedua-

dua kaum tersebut akan memberi salam kepada tetamu dengan cara yang bersopan

santun.Apabila memberi salam, tuan rumah harus menunjukkan muka yang mesra

kepada tetamu. Satu lagi persamaan yang tidak boleh dikesampingkan ialah apabila

kedua-dua kaum tersebut berlalu di hadapan orang yang lebih dewasa, mereka akan

menundukkan kepala dan merendahkan diri bagi menandakan kehormatan kepada

orang yang lebih berusia.

15

Page 16: Documentbm

4.2 PERBEZAAN ADAB MENERIMA TETAMU ANTARA DUA KAUM

Dari aspek perbezaan antara kedua-dua kaum, kaum Cina sentiasa memberi

salam kepada tetamu dengan berjabat tangan antara satu sama lain. Bagi kaum

Melayu, tuan rumah member salam kepada para tetamu dengan mencium tangan

kepada orang yang lebih dewasa. Walaupun cara kedua-dua kaum menerima adalah

berbeza, namun ia merupakan amalan yang baik yang harus dicontohi oleh generasi

baru. Selain itu, kaum Cina biasanya akan menghadiahi buah-buahan seperti epal,

oren, pisang dan sebagainya sebagai tanda penghargaan terhadap kedatangan

tetamu. Manakala bagi kaum Melayu, tuan rumah akan menghidangkan makanan dan

minuman kepada para tetamu. Kedua-dua cara menyambut tetamu harus diwarisi oleh

anak-anak kita supaya tidak ditelan zaman.

Tambahan pula, kaum Cina tidak menyukai nombor empat kerana ia bermakna

kematian manakala kaum Melayu menggunakan nombor empat berulangan di

kenderaan. Berdasarkan kajian saya, kaum Cina boleh berjabat tangan antara jantina

yang berlainan. Bagi kaum Melayu, jantina yang berlainan tidak boleh berjabat tangan

antara satu sama lain tetapi berjabat tangan antara kedua-dua orang yang berjantina

sama boleh dilakukan. Di samping itu, kaum Cina akan merendahkan mata mereka

semasa berjabat tangan dengan orang lain dengan menandakan penghormatan.

Manakala kaum Melayu sentiasa meletakkan tangan di bahagian jantung selepas

berjabat tangan. Ini juga menunjukkan sesuatu penghormatan kepada orang lain.

Intihanya, kedua-dua kaum tersebut mempunyai persamaan dan perbezaan dari

segi adab menerima tetamu. Walaupun cara menerima tetamu antara kedua-dua kaun

tersebut berbeza, namun kita masih dapat hidup dengan aman dan damai di bawah

bumbung yang sama. Kita harus hormat-menghormati adab antara satu sama lain

supaya negara boleh menjadi lebih maju dan imej negara kita dapat meningkat di

persada dunia. Menurut kata Tun Abdul Razak Dato' Hussein (1975 ), kejayaan

sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat.

Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu

kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti

mereka. Marilah kita bersatu teguh bercerai roboh dengan setiap kaum di Malaysia.

Jadikanlah Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan aman serta harmoni

supaya berjaya mencapai wawasan 2020. Malaysia Boleh !

16

Page 17: Documentbm

5.0 Rumusan

Semua rakyat Malaysia harus mengamalkan kesantunan bahasa Apabila

berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Remaja kini patutlah mengamalkan

kesantunan bahasa kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita.

Pembentukan perangai dan budi bahasa yang bersopan santun, hormat-

menghormati,tolong-menolong dan sebagainya mampu menjadi panduan mereka

supaya mereka dapat menjadi modal insan yang pertama di negara kita. Dengan

adanya budi bahasa, remaja dapat mengelakkan diri daripada perkar-perkara yang

negatif.

Di samping itu, bahasa pasar dan bahasa kasar di laman sosial amat

berleluasa pada zaman kini. Oleh itu, remaja harus diberi perhatian yang sepenuhnya

oleh masyarakat supaya perkara tersebut dapat dikurangkan. Kerajaan telah

mengadakan banyak kempen dan ceramah bagi mengatasi masalah tersebut. Dengan

ini, remaja akan mengetahui maklumat tentang kepentinga kesantunan bahasa dan

kesan-kesan jika tidak mengamalkan kesantunan bahasa.

Selain itu, masyarakat Malaysia patut mewarisi budaya dan adat resam yang

diwarisi oleh nenek moyang kita. Adab menyambut tetamu amatlah penting di kalangan

kita. Ia menandakan tanda hormat terhadap para tetamu. Cara –cara menyambut

tetamu yang ditunjukkkan oleh kita dapat mempamerkan imej seseorang. Oleh itu ,

adab melayan tetamu perlulah diamalkan supaya segala budaya dan adat resam kita

tidak akan ditelan zaman. Sebagai tuan rumah, kita harus mengamalkan kesantunan

bahasa apabila melayan tetamu. Tuan rumah harus menghormati tetamu dan sentiasa

menyediakan makanan kepada tetamu.

Jadi, kesantunan bahasa amatlah penting di kalangan masyarakat. Perangai

dan perlakuan masyarakat yang positif dan baik boleh meningkatkan imej negara kita.

Marilah kita sama-sama mengamalkan amalan ini supaya kes-kes jenayah di negara

kita dapat dikurangkan kerana semua rakyat mengetahui kepentingannya budi bahasa.

Dengan ini, hidup masyarakat dapat menjadi lebih aman dan damai serta harmoni.

17

Page 18: Documentbm

6.0 Penutup

Kesantunan bahasa dan budi bahasa menjadi unsur penting dalam kehidupan

semua masyarakat di Malaysia. Tanpa kesantunan bahasa, seseorang itu akan

dipandang rendah oleh masyarakat. Apabila kita melakukan sesuatu, memikir sesuatu

serta bertutur dengan orang lain, kesantunan bahasa patut diamalkan pada setiap

orang kerana kesantunan bahasa menunjukkan jati diri yang baik.

Di samping itu,memang tidak dapat dinafikan bahawa panggilan atau gelaran

harus dipanggil dengan cara yang bersopan. Ini sebagai tanda hormat kepada

seseorang itu. Walaupun berhadapan dengan ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan

karib, kita tetap memanggil mereka dengan panggilan yang betul dan sopan. Sebagai

rakyat Malaysia, amalan tersebut harus diamalkan supaya generasi baru kita dapat

mencontohi.

Dengan adanya kesantunan bahasa pada diri kita, maka dapatlah kita bergaul

dengan masyarakat di seluruh Malaysia. Orang lain akan berasa lega apabila

berkomunikasi dengan kita. Selain itu, kita akan dapat mencari kerja yang lebih bagus.

Majikan-majikan syarikat besar selalunya akan memilih orang yang lebih berhemah

tinggi berbanding dengan orang yang tidak bersopan. Walaupun memiliki ilmu yang

tinggi, kesantunan bahasa tetap dijadikan unsur major dalam kehidupan seseorang.

Akhir sekali, kerajaan telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyemai nilai

kesantunan bahasa masyarakat Malaysia. Pelbagai iklan telah disiarkan dalam media

massa seperti televisyen, radio dan internet supaya rakyat Malaysia mendapat

maklumat tentang pentingnya kesantunan bahasa. Marilah kita bersama- sama

berganding bahu bagi melancarkan aktivti yang dianjurkan oleh kerajaan. Kesantunan

bahasa harus diamalkan oleh semua rakyat bagi menjamin kesejahteraan hidup di

Malaysia.

18

Page 19: Documentbm

Refleksi

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat maklumat tentang

pentingnya kesantunan bahasa kepada semua rakyat di Malaysia. Amalan ini harus

diteruskan oleh anak-anak kita supaya menjadi modal insan yang pertama di Negara

kita.

Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum iaitu

Melayu, Cina dan India. Kesantunan bahasa merupakan salah satu unsur yang

terpenting untuk mengeratkan silaturahim antara kaum yang berbeza. Semua warga

Malaysia dapat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum.

Pada waktu perayaan, kita harus mempunyai kesantunan bahasa dengan memberi

salam apabila berkunjung rumah antara satu sama lain. Dengan ini, barulah negara kita

menjadi lebih kukuh.

Sudah terang lagi bersuluh, pelbagai orang di dunia ini telah mencapai

kejayaannya di peringkat dunia. Salah satu faktor yang mencapai kejayaan itu ialah

mempunyai kesantunan bahasa dan budi bahasa pada diri sendiri. Dari sini, dapatlah

kita mengetahui bahawa apabila kita menghadapi kesusahan atau kekalahan, kita

harus bertanya kepada orang lain dengan cara yang sopan supaya orang lain akan

berasa selesa apabila kita menggunakan suara yang lembut.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa kita harus mempunyai amalan ini sejak

kecil lagi. Ibu bapa harus sentiasa membimbing dan mengawal segala perangai dan

perlakuan anak mereka kerana segala aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan diikut

jejak oleh anak mereka. Ibu bapa harus memberi pengajaran yang secukupnya dan

sentiasa memberitahu kesan-kesan jika tidak mengamalkan kesantunan bahasa

kepada anak mereka. Dari sini, saya mengetahui betapa pentingnya peranan ibu bapa.

Intihanya, semua warga Malaysia harus mengaplikasikan amalan kesantunan

bahasa ini di kalangan masyarakat. Dengan adanya kesantunan bahasa, maka

dapatlah kita hidup dengan keadaan yang aman dan damai. Marilah kita berusaha

meleluasakan amalan ini di Malaysia bagi menjelang Wawasan 2020.

19

Page 20: Documentbm

Rujukan

Addin (2007). Mari Berbahasa.

http:// addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-

berbahasa.html. Dilayari pada 19 Ogos 2013.

Aidah (2001). Bahasa Laman Sosial Tercemar.

http://aidahieca88.blogspot.com/2011/02/bahasa-laman-sosial-

tercemar.html. Dilayari pada 18 Ogos 2013

Alwi, . S. A.-H. (1978). Adat resam dan adat istiadat Melayu. Kuala Lumpur

[Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Awang, S. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Alwi, . A. S. (1962). Malay customs and traditions. Singapore: Published by D.

Moore for Eastern Universities Press.

Asmah, H. O. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan, pentadbiran dan

media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izani Haji Daud (2013). Remaja Dan Kesantunan Berbahasa.

http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2013/06/remaja-dan-kesantunan-

berbahasa.html. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

Mohd Abdullah (2012). Adab Menerima dan Melayan Tetamu.

http://mrdol87.blogspot.com/2012/12/adab-menerima-melayan-

tetamu.html. Dilayari pada 19 Ogos 2013.

Nadzeri, H. I. (1992). Kesantunan bahasa dalam budaya Melayu: Kata-kata dan

ungkapan yang mempunyai nilai sosial. (AKADEMIK, 1992, 90-92.)

20

Page 21: Documentbm

Norhayati Berahim (2009). Adab Menerima Tetamu.

http://norhayatiberahim.blogspot.com/2009/06/adab-menerima-

tetamu.html. Dilayari pada 18 Ogos 2013

Teo, B. S., & Lim, B. S. (1997). Ciri-ciri kesantunan bahasa Inggeris tempatan:

Sejauh manakah ciri-ciri itu membayangi kesantunan bahasa Melayu.

(JURNAL DEWAN BAHASA, 1997, 999-1007.)

21

Page 22: Documentbm

Lampiran

Lampiran 1

GAMBAR BAHASA KASAR DAN BAHASA PASAR DI FACEBOOK

Berikut adalah bahasa kasar dan bahasa pasar yang telah saya dapati dalam

Facebook.

22

Page 23: Documentbm

Lampiran 2

GAMBAR BAHASA SOPAN DAN LEMBUT DI FACEBOOK

Berikut merupakan contoh pengamalan kesantunan bahasa yang betul dengan

menggunakan kata-kata yang sopan dan lembut.

23

Page 24: Documentbm

Lampiran 3

GAMBAR BAHASA KASAR DAN BAHASA SINGKATAN DI TWITTER

Berikut adalah bahasa kasar dan bahasa pasar yang saya cari dalam Twitter.

24

Page 25: Documentbm

25