documentbm

8
Fungsi Bahasa Prosodi dan suprasegmental Intonasi

Upload: evonhf

Post on 04-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fungsi

TRANSCRIPT

Fungsi Bahasa Prosodi dan suprasegmental Intonasi

Fungsi Bahasa Prosodi dan suprasegmentalIntonasi FUNGSI BAHASABAHASA ILMUBAHASA PENGANTARBAHASA ILMUBahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Bahasa Melayu telah direncanakan menjadi bahasa ekspresif dalam pelbagai ilmu termasuklah bidang sains dan teknologi. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa akademik yang dilengkapi dengan bahasa-bahasa yang luas untuk membicarakan tentang ilmu baharu supaya bahasa Melayu boleh mencapai taraf kecendekiawan dan bahasa saintifik.Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Bahasa Melayu juga perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.Perkembangan perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa menyebabkan keintelektualan bahasa dicapai. Manakala Kesempurnaan bahasa boleh dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai pendukung perkembangan ilmu dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. BAHASA PENGANTARBahasa Pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semasa zaman pemerintahan British, bahasa Melayu terhad penggunaannya dan hanya dapat digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4 sahaja.Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara mulai meningkat apabila Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Penyata Razak juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pada tahun 1981, melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti-universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Selain itu, bahasa Melayu juga wajib dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran di semua sekolah kebangsaan Cina dan Tamil. Walaupun terdapat tiga bahasa pengantar di sekolah, namun bahasa Melayu tetap sebagai bahasa pengantar dominan yang utama di sekolah-sekolah dan mendukung tanggunjawab ke arah perpaduan negara. Ia juga bertindak sebagai alat menghubungkan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.