bm semantik

11
SEMANTIK

Upload: watak-bulat

Post on 18-Dec-2014

5.334 views

Category:

Travel


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bm semantik

SEMANTIK

Page 2: Bm semantik

DEFINISI

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.

Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Page 3: Bm semantik

KAJIAN MENGENAI MAKNA KATA BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA ASPEK-ASPEK BERIKUT

Makna denotasi dan dan makna konotasi

Makna dalam konteks

Hubungan makna dengan kebudayaan

Perubahan makna

Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Page 4: Bm semantik

Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.

Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.

Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna

perkataan.

Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .

Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.

Page 5: Bm semantik

LIHAT CONTOH AYAT BERIKUT:

Ayah saya pemandu

Page 6: Bm semantik

Kata Ciri

ayah

(i) manusia

(ii) lelaki

(iii) dewasa

(iv) bapa kepada anak

Kata Ciri

saya

(i) ganti nama

(ii) manusia

(iii) orang yang berkata

Kata ciri-ciri

pemandu

(i) manusia

(ii) membawa kenderaan

(iii mempunyai lesen

Page 7: Bm semantik

Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.

Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.

Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.

Page 8: Bm semantik

TELITI AYAT BERIKUT:

Orang itu pengarah syarikat

Orang itu abang saya

Page 9: Bm semantik

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.

Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Page 10: Bm semantik

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.

Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.

Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Page 11: Bm semantik

Peluasan makna

-Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

 

Penyempitan makna

-Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

 

Pemindahan makna

-Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.

-Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.