assignment bm - semantik

37
KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Definisi Semantik 5 1.2 Konsep Semantik 5 1.3 Makna Leksikal 7 1.4 Makna Ayat 8 1.5 Semantik teori pembuktian. 9 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9 1.7 Pengembangan Makna 10 1.8 Penyempitan Makna 10 2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11 2.1 Definisi Istilah 11 2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11 2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12 2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13 2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13 2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14 2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14 2.5.3 Istilah Kata Ganda 15 2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16 2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16 2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16 2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17 3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18 3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat

Upload: ahmad-nazri

Post on 18-Aug-2015

191 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment bm - semantik

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 5

1.1 Definisi Semantik 5

1.2 Konsep Semantik 5

1.3 Makna Leksikal 7

1.4 Makna Ayat 8

1.5 Semantik teori pembuktian. 9

1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9

1.7 Pengembangan Makna 10

1.8 Penyempitan Makna 10

2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11

2.1 Definisi Istilah 11

2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11

2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12

2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13

2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13

2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14

2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14

2.5.3 Istilah Kata Ganda 15

2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16

2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16

2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16

2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17

3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN

BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18

3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..18

3.2Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah. 20

4.0 PENUTUP 23

4.1 Kesimpulan 23

5.0 REFLEKSI TUGASAN 26

BIBLIOGRAFI 27

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS

Page 2: Assignment bm - semantik

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANG CATATANTANDA

TANGANPENSYARAH/

PELAJAR

20 FEB 2014

Penerimaan tugasan kerja kursus IPG

21 FEB 2014

Mula mencari bahan di internet On line

24 FEB 2014

Penerangan tentang pelaksanaan kerja kursus oleh pensyarah.

kelas

26 FEB 2014

Mengumpul bahan melalui pembacaan dan internet.

Modul, buku rujukan dan internet.

28 FEB 2014

Mula menaip bahan. Taip mengikut prosedur Yang ditetapkan.

01 MAC 2014

Menunjukkan draf kerja kursus kepada pensyarah.

IPG BM

11 MAC 2014

Berbincang dengan rakan-rakan sekelas.

kelas

13 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan

Tajuk konsep semantik.

15 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan

Maklumat mengenai komponnen semantik

16 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan

Proses pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu

18 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan

Bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa Melayu

22 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan

Analisis istilah semantik dalam karangan murid.

24 MAC 2014

Mencari, mengumpul dan menaip bahan.

Refleksi tugasan

26 MAC 2014

Menghantar tugasan.

1.0PENDAHULUAN

2

Page 3: Assignment bm - semantik

1 .1 Definisi Semantik

S e m a n t i k i a l a h b i d a n g y a n g m e n g k a j i d a n m e n g a n a l i l i s m a k n a k a t a d a n a y a t . K a t a

merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat

menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada

segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang

3

Page 4: Assignment bm - semantik

bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik

ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).

Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya

makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik

ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah

kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara

makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang

bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan

sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu

kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan

untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud

makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.

Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya

yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji

bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka

perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata

boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,

hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna

daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai

jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna

leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim

(perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan

yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi

(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan

yang mempunyai satu makna).

1.3 Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna

4

Page 5: Assignment bm - semantik

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian

memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,

ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal

melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat

melalui contoh yang berikut:

i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”),

- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.

- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.

ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”)

iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan

“haiwan”)

iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”)

v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”,

“berkenaan makanan” dan lain-lain)

vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang

yang tidak amanah”).

1. Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan

perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima

ekor lembu’.

2. Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna

masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal

api, bunga api dan sebagainya.

3. Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna

tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam

bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

1.4 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

5

Page 6: Assignment bm - semantik

terselindung dan makna tersirat.

1. Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang

tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.

Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa

kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang

dihormati.

2. Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau

pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih

dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau

pembaca,

3. Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut

sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.

Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk

pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan

bentuk simpulan bahasa.

1.5 Semantik teori pembuktian.

6

Page 7: Assignment bm - semantik

Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih

berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.

1. Keharmonian dan Pembuktian

Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang

bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut

bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih

bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen

menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya

bahawa rumput itu hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:

Langit itu biru dan rumput itu hijau.

2. Koheren Dalam Pembuktian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai

berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu

ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori

koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau

konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.

1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.

7

Page 8: Assignment bm - semantik

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian

bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai

maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,

ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada

satu tafsiran.

Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada

bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah

meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,

menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami

maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang

berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti

dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa

Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada

perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang

terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan

neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai

penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini

dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat

berkenaan.

1.7 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan

penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor

Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa

pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati

pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya

‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi

sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut

‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang

yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang

dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’.

8

Page 9: Assignment bm - semantik

1.8 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi

pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang

cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan

bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada

makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-

saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’

juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau

disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH

2.1 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,

gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam

sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi

konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-

3) Tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan

istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan

istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang

ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem

tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam

bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).

Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah

kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata

istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.

Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem

merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

2.2 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan

yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah

pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

1. Kata akar

9

Page 10: Assignment bm - semantik

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan

sebagainya.

2. Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses

pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).

3. Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut =

rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

4. Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui

proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha,

warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah

yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan

bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat

pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya,

kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah

dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata

berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha

penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) dalam tahun 1956.

2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan

istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan

menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan

dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,

mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga

bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan

panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat

nasihat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian

Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

10

Page 11: Assignment bm - semantik

Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat

penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan

kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-

negara lain.

2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh

Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah

Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah

sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan

lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita

mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik,

kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun

semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan

pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi

dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang

progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat

pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah

sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa

Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-

Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan

istilah asal atau istilah antarabangsa.

2.5 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan

kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman

11

Page 12: Assignment bm - semantik

Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang

seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab

mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat

bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses

pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa

bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan

pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda.

iv. Kata gabungan.

2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata

nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:

Kata nama: buruj - constellation

rawan - gristle

cahaya - light

Kata kerja: pecut - accelerate

Imbas - scan

reka - invent

Kata adjektif: kenyal - elastic

Rawak - random

Cemas - anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang

terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang

boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Contoh :

Cerpen , FELDA , tabika , kugiran , JKR , pawagam , RISDA , MRSM , MARA

12

Page 13: Assignment bm - semantik

2.5.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan,

akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima

imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

2.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

2.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:

menulis penulis penulisan tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

2.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:

memberhentikan - pemberhentian – perhentian

2.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan , pemersatu, pemersatuan, persatuan

2.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi Kesaksian , bermakna Kebermaknaan

2.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi gerigi , susu tenusu

2.5.3 Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya

atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

2.5.3.1 Ganda Penuh

13

Page 14: Assignment bm - semantik

Contoh:

langit-langit , kanak-kanak , labi-labi , paru-paru

2.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal

Contoh:

Tetikus rerongga jejari , Cecair rerambut kekisi

2.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh:

Dedaunan , pepohonan , jejarian

2.5.3.4 Kata Ganda Berentak

Contoh:

Warna-warni , Batu-batan , Serta-merta , Bengkang-bengkok

2.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur

dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau

tanpa imbuhan.

2.5.4.1 Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut , daftar masuk mesin atur huruf

2.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji , dalam talian atas talian

2.5.4.3 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi

2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu

2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu

termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah

itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

14

Page 15: Assignment bm - semantik

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan

bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa

serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau

bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam

bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi

bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling

internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada

istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa MelayuAtom

Electron Professional Psychology Structure

RadioTelevision

 Radiography

 Atom Elektron

 ProfesionalPsikologi Struktur Radio

 Televisyen Radiografi

2.6.4 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

Sesuai maknanya;

Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah

bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

15

Page 16: Assignment bm - semantik

2.6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya.

Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

Kemudahan belajar bahasa; dan

Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk

jamaknya yang lebih biasa dipakai.

2.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah

berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan

kekeliruan.

3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN

BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH.

3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..

Dalam mengejar arus kemodenan dan peradaban ini, penggunaan bahasa Melayu

semakin luntur dari bibir masyarakat Melayu kita. Masyarakat semakin ghairah menghantar

anak-anak mereka ke kelas Bahasa Inggeris kerana tidak mahu anak-anak mereka

ketinggalan arus perubahan. Namun apa yang menyedihkan ialah tahap penggunaan anak-

anak mereka dalam Bahasa Melayu tidak pernah di persoalkan. Mereka lebih sanggup melihat

anak-anak mereka petah berbahasa Inggeris berbanding bahasa melayu yang semakin hanyut

di telan zaman. Situasi ini secara tidak lansung telah mempamerkan bahawa bahasa

kebangsaan iaitu bahasa melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada zaman ini.

Hal ini demikian kerana pengutamaan bahasa asing oleh masyarakat, penggunaan

bahasa Melayu tidak dituturkan dengan kaedah yang betul sehingga wujudnya bahasa rojak

dan perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara

dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara telah menyumbang kepada

berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu. Bahasa Melayu

semakin kurang digunakan terutamanya dalam masyarakat Melayu yang lebih mengagung-

agungkan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jika diperhatikan, bukan

semua rakyat yang berwarganegara Malaysia tahu dan mahu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Bahkan di media massa dan media elektronik juga lebih memberikan tumpuan dalam

penggunaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan bahwa

16

Page 17: Assignment bm - semantik

masyarakat Malaysia lebih megutamakan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris berbanding

bahasa melayu. Persoalannya mengapakah bahasa asing lebih diutamakan berbanding

bahasa kebangsaan sendiri?

Ini adalah kerana sifat kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu.

Kebanyakan masyarakat Malaysia memandang rendah terhadap bahasa melayu kerana

berpandangan bahawa mempelajari bahasa Melayu adalah kurang penting bagi mereka.

Selain itu, majoriti penduduk negara Malaysia berpendapat bahawa Bahasa Inggeris

merupakan bahasa yang terulung di dunia walaupun pada hakikatnya Bahasa Inggeris

bukanlah bahasa yang mempunyai paling rama ipenutur di dunia ini. Bahasa Inggeris

hanyalah merupakan lingua franca , iaitu bahasapertuturan yang paling utama dan meluas.

Seterusnya, kurangnya semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia telah

menyebabkan bahasa asing lebih diutamakan berbanding bahasa kebangsaan sendiri. Hal ini

berlaku kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa

ibunda. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan

bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam

kalangan masyarakat Melayu terutamanya masyarakat bandar merupakan salah satu factor

kelunturan penggunaan Bahasa Melayu.

Bahasa rojak pantas berkembang dan menjadi pilihan masyarakat kerana

penggunaannya yang ringkas, mudah serta senang difahami menjadikan ia lebih dekat

dengan pelbagai lapisan masyarakat. Namun, penggunaan bahasa rojak menyebabkan mutu

penguasaan bahasa Melayu terus merosot, lemah serta terhakis dan seterusnya memberi

kesan negatif kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.

Selain itu, bahasa rojak juga menjejaskan pembelajaran dalam bahasa Melayu di

kalangan murid sekolah sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang

dan penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Kecanggihan teknologi

maklumat iaitu penggunaan telefon bimbit yang menyediakan sistem pesanan ringkas (SMS)

dan laman sosial yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan

menjimatkan juga telah menyumbang kepada penggunaan bahasa rojak sekaligus

menyebabkan keruntuhan martabat bahasa kebangsaan.

Penggunaan simbol, koddan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS dengan

tujuan untuk meringkaskan sertamenggantikan maksud sebenar. Ayat-ayat yang ditulis sering

kali bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada

17

Page 18: Assignment bm - semantik

perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh

penerimanya dalam ruang terhad yang disediakan, sebagai contoh “Nxt week blk umah tak?” .

Bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan

memo hingga menyebabkan martabat bahasa kebangsaan jatuh merundum.

Perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara

dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan telah menyumbang kepada

berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan. Seiring dengan kemajuan teknologi

maklumat (ICT) yang berlaku di seluruh dunia, Malaysia juga turut mendapat impak yangbesar

terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa Inggeris merupakan

bahasa dominan bagi bahasa teknologi maklumat.

a. Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah.

Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks karangan murid di

atas berdasarkan bentuk-bentuk istilah.

Analisis karangan murid tahun 6 dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:

1. Antonim:

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna

yang tidak sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah :

gerun - berani

bersih – kotor

jual – beli

sihat – sakit

petah – gagap

beri – ambil

meneruskan – memberhentikan

menyenangkan – menyusahkan

2. Sinonim:

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna

yang sama atau hampir sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah :

Lawatan – rombongan

Tiba – sampai

18

Page 19: Assignment bm - semantik

Pergi – bertolak, berangkat

Membawa – menjinjing

Selesai – tamat

Pulang – balik

Cepat – pantas

3. Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai

contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara

umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,

melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya,

hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata

yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau

anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan

tersebut ialah :

1. Rumah :

Rumah banglo

Rumah teres

Rumah pangsa

Rumah papan

Rumah berkembar

Rumah rehat

Rumah sewa

Rumah kedai

Rumah kongsi

Rumah mayat

Rumah pam

2. Sekolah:

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Sekolah swasta

Sekolah persendirian

Sekolah tadika

19

Page 20: Assignment bm - semantik

3. Jam:

Jam tangan

Jam dinding

Jam loceng

Jam randik

Jam penggera

4. Bas:

Bas sekolah

Bas ekspress

Bas rombongan

Bas persiaran

4. Homonim:

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang

mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.

“Kesempitan“ dalam teks karangan ini adalah membawa maksud ruang atau masa yang tidak

mencukupi.

“Kesempitan” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai kesusahan yang dihadapi

oleh seseorang.

“Mengambil foto” dalam petikan ini adalah membawa maksud menangkap gambar.

“Mengambil foto” dalam konteks lain mungkin membawa maksud mengutip gambar yang

terjatuh ke lantai.

5. Polisemi

Polisemi ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada

secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa

yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi

memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan homonim, iaitu mempunyai banyak makna. Berikut

20

Page 21: Assignment bm - semantik

beberapa contoh untuk membantu pemahaman definisi polisemi dengan merujuk pada kata

‘kepala’ mengikut takrif Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 744-745):

1. Bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan (tempat

terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu.

2. Bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali.

3. Ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara dan lain-lain),

penghulu (kampung dan lain-lain).

4. Otak, akal, fikiran.

5. Orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan).

Antara perkataan polisemi yang terdapat dalam karanagan ini ialah perkataan “berada” di

dalam petikan karangan ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat.

Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.

Selain itu , kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal. Ayat grammatikal

mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.

(i) “Aku dan rakan-rakanku terkinja-kinja, tidak sabar mahu meneroka bumi Melaka”.

Perkataan “terkinja-kinja” dalam ayat di atas membawa maksud berasa sangat teruja dan

seronok yang teramat sangat untuk melihat bumi Melaka.

Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.

(ii) “Aku berasa gerun tatkala mendengar suara-suara sumbang yang mengatakan rumah-

rumah itu berhantu.”

Perkataan “gerun” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “takut”,.Frasa ini

menggambarkan ketakutan seseorang.

Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.

(iii) “Aku tertanya-tanya tempat apakah ini ?.”

Frasa “Aku tertanya-tanya” membawa maksud tidak tahu lokasi di mana mereka berada.

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Antara kesimpulan yang dapat kami perolehi dari tugasan ini ialah semantik adalah

istilah teknikal yang merujuk kepada kajian makna. Perkataan semantik adalah sebahagian

dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan penyelidikan makna dan erti dalam suatu

bahasa pada umumnya. Semantik adalah satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna.

Mengetahui ciri semantik ialah sesuatu perkataan itu dapat membantu seseorang memilih

21

Page 22: Assignment bm - semantik

perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan

makna bagi sesuatu perkataan. Makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri

tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya

merupakan ‘ inti makna’.

Teori bagi analisis komponen menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan

ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihal hubungan makna yang didukung oleh

leksem dalam sesuatu bahasa dan dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat

universal dan merentas pelbagai bahasa. Ianya merupakan cara untuk mengzahirkan sejelas

mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Maka makna-makna yang terkandung dalam

setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan

kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman

Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang

seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab

mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat

bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses

pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa

bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan

pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu

5.0 REFLEKSI TUGASAN

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-

Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111)

ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Pn Idayu binti Abu walau pun dibatasi masa yang

terhad lantaran kesibukan tugas seharian .

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan

Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk

dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. .Saya berasa begitu

bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya

tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan

pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan

peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah

22

Page 23: Assignment bm - semantik

kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba

menghasilkan tugasan yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari

nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan

istilah dalam bahasa Melayu. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji konsep semantik

dan bentuk-bentuk peristilahan bahasa Melayu.

Selain itu, semantik juga merupakan subdisiplin linguistik yang membicarakan makna

iaitu makna kata dan makna kalimat. Oleh itu, ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk

memantapkan lai ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya

sebagai seorang guru dalam bahasa Melayu.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan

untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas

mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui

semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau

ayat. Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan

kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang

menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui

tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan..

Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Mashudi bin Bahari yang telah banyak

membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu

juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini

dapat disiapkan.

Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini

dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

23

Page 24: Assignment bm - semantik

5.2 Refleksi 2

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-

Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran

kesibukan tugas seharian. Hasil daripada analisis ilmu semantik dan peristilahan Bahasa

Melayu yang dinilai menerusi karangan salah seorang daripada murid saya , mendatangkan

banyak manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya peroleh ialah pengetahuan yang

luas tentang komponen –komponen makna dalam semantik itu sendiri dan pembentukan

istilah-istilah Bahasa Melayu yang mana bahan-bahan tersebut dapat membantu saya menjadi

seorang guru yang berketerampilan dan mampu menjadi mangkin perubahan kepada anak

didik kelak. Misalannya, melalui pemahaman saya terhadap konsep semantik, teori berkaitan

dengan pembentukan semantik dan komponen semantik yang membentuk makna. Seterusnya

mengetahui proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa

Melayu.

Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis karangan murid bukanlah sesuatu

yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan. Dalam menghasilkan

tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu

dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku

terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber-sumber dari internet. Akhirnya dengan

usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu

ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini

terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran

dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

24

Page 25: Assignment bm - semantik

Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau

makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Dapatan daya daripada tugasan ini adalah,

semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik.

Dalam semantik juga kita boleh mengenal apakah yang disebut klasifikasi makna, relasi

makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Kedaifan kita

dalam mengikuti arus kemodenan akan menyebabkan kita akan menjadi seorang guru yang

tidak berkualiti pada alaf baru ini. Justeru itu sebagai seorang guru bermutu tinggi, segala ilmu

terkini seharusnya menjadi "makan minum seharian yang harus diambil setiap hari. Jika tidak

kita akan mati kebuluran." Akhir sekali tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran

dan rasa iltizam yang menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita

siapkan akan mencapai objektif sepenuhnya.

Sekian, Terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad

awang/meaning.html telah diakses pada 2 Mac 2014

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala

Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan)

25

Page 26: Assignment bm - semantik

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

26

Page 27: Assignment bm - semantik

27