bab 2 teori semantik

26
CIKGU NOR FARAHAIN BINTI PUTEH D20091035473 PENSYARAH: DR. ABDULLAH BIN YUSOF

Upload: cikbaby-bikin-onar

Post on 26-Jul-2015

2.512 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Teori Semantik

CIKGU NOR FARAHAIN BINTI PUTEHD20091035473PENSYARAH:

DR. ABDULLAH BIN YUSOF

Page 2: Bab 2 Teori Semantik

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA

MELAYU

BAB 2TEORI-TEORI SEMANTIK

Page 3: Bab 2 Teori Semantik

Pengenalan

• Memberikan 16 pengertian bagi makna antaranya:

• Suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan peristiwa yang diharapkan

• Makna perkataan boleh berubah mengikut perkembangan zaman dan kebudayaan serta perkembangan sains dan teknologi

• Makna menjadi inti dalam kajian bahasa.

• “maksud” atau “erti”

• Kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.

R.H. Robbins (1979)Firth

(1957)Ogden dan

Richard (1956)Abdul

Hamid Mahmood

(2004)

Page 4: Bab 2 Teori Semantik

TEORI-TEORI

MAKNAA. Teori Tradisional

B. Segi Tiga Makna Ogden dan

Richards

C. Segi Tiga Semiotik Ullman

D. Pemeringkatan Makna Osgood

E. Analisis Komponen Katz

dan Fodor

F. Imej Bunyi/ Signifier de

Saussure

G. Keperihalan Keadaan J. Firth

H. Medan Makna Jose Trier

Page 5: Bab 2 Teori Semantik

A. TEORI MAKNA: TRADISIONAL, SINONIM,

ANTONIM

Page 6: Bab 2 Teori Semantik

SINONIM• Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya

seolah-olah sama.

• Contoh:cantik  boleh disinonimkan dengan indah

 indah boleh disinonimkan dengan cantik 

→ perkataan cantik  dan indah bersinonim (kedua-dua boleh ditukar ganti)

Contoh lain: ibu-emak kekal-abadisenang-mudah

• Namun, terdapat kekecualian iaitu tidak semua kata bersinonim ini sesuai digunakan dalam ayat.

• Walaupun kata sinonim membawa maksud yang sama, namun penggunaannya bergantung kepada jenis dan konteks ayat yang dibina.

Page 7: Bab 2 Teori Semantik

ANTONIM• Dua perkataan atau lebih yang

maknanya berlawanan atau bertentangan. • Contoh:

–  gemuk  antonimnya kurus (berlawanan)– Lelaki antonimnya perempuan

(berlawanan)

• Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin. (bertentangan)

• Antonim juga tidak boleh dikatakan sebagai mengandungi makna yang benar-benar berlawanan.

• Ini kerana terdapat kata yang tidak mendokong makna berantonim yang sebenar.

Page 8: Bab 2 Teori Semantik

B. TEORI MAKNA: SEGITIGA MAKNA

ODGEN DAN RICHARDS

Page 9: Bab 2 Teori Semantik

• Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden.

• Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain.

• Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep.

Page 10: Bab 2 Teori Semantik

KONSEP (fikiran/rujukan)

BENTUK/SIMBOL (perkataan)

RUJUKAN (benda/ perkara)

Page 11: Bab 2 Teori Semantik

• Lambang merujuk kepada aras hubungan yang wujud antara bentuk tanda dengan referen yang bersifat arbitrari dan konvensional. Sebagai contoh adalah seperti tulisan, bahasa-bahasa bagi perkataan tersebut dan sebagainya. Lambang juga boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak sesebuah masyarakat.

• Konsep ialah fikiran seseorang mengenai bentuk atau ciri-ciri yang terdapat pada benda yang diucapkan. Misalnya, konsep bagi burung ialah mempunyai sayap, berbulu, berkaki dua dan sebagainya.

• Rujukan ialah gambaran yang ada dalam dunia nyata dan juga ada pada pemikiran seseorang. Contohnya ialah rujukan bagi burung ialah imej atau gambarburung yang ada dalam otak seseorang.

Page 12: Bab 2 Teori Semantik

Contoh iklan: makna benda melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan dengan menggunakan teori segi tiga semiotik adalah iklan yang terdapat di dalam iklan minuman ‘pepsi’ sempena world cup 2010 yang membawa tema ‘refresh your world’.

Page 13: Bab 2 Teori Semantik

C. TEORI MAKNA: SEGITIGA SEMIOTIK ULLMAN

• Menurut Ullman (1965:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna:

> aliran anatikal @ referensial> aliran operasional @ kontekstual

• Ullman (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.

P (pengertian)

N (nama/perkataan)

Page 14: Bab 2 Teori Semantik

Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengajaran dan juga sebaliknya.

N

P1P2

P3 P

N1N2

N3

Page 15: Bab 2 Teori Semantik

D. TEORI MAKNA: PEMERINGKATAN MAKNA OSGOOD

• Suatu teknik yang melibatkan sebuah alat pengukur statistik yang disebut (Semantik Differential)

• Teknik ini diberi label dengan mengkontraskan beberapa pasangan kata-kata sifat. Contohmya:

• Satu pengamatan penting yang lain mengenai teknik ini sangat berguna dalam bidang psikologi seperti dalam pengukuran sikap.

Gelap Cerah Tinggi Rendah

Page 16: Bab 2 Teori Semantik

E. TEORI MAKNA:ANALISIS KOMPONEN KATZ DAN FODOR

• Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

• Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan.

• Contoh bagi set kata: man, woman, boy dan girl yang tergolong dalam medan makna manusia.

• Teori ini menggunakan ciri yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada ciri pada perkataan itu.

Page 17: Bab 2 Teori Semantik

F. TEORI MAKNA:IMEJ BUNYI/ SIGNIFIER DE SAUSSURE

• Menurut de Saussure (1959:67), bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie).

• Penanda adalah bayangan akustik misalnya urutan bunyi k + e + r + e + t + a

• Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi kereta.

Page 18: Bab 2 Teori Semantik

G. TEORI MAKNA: MODEL DIADIK DE SAUSSURE

………………………………………………………..................

Penanda (signifiant)

Petanda (signifier)

__ (konsep)

__ (imej bunyi)

Kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna

Page 19: Bab 2 Teori Semantik

H. TEORI MAKNA:KEPERIHALAN KEADAAN J.R. FIRTH

• J. R. Firth seorang profesor ulong dalam Linguistik Umum di England dan pengasas “ London School” telah menengahkan satu teori bersama-sama dengan ahli antropologis Bronislow Malinowski.

• Idea Malinowski berkaitan dengan bahasa adalah perlakuan manusia.

• Ia adalah berkaitan dengan perilaku manusia berdasarkan latarbelakang kebudayaan dan sosial tertentu.

• Idea ini bertentangan dengan pendapat bahawa bahasa adalah sebagai medium untuk memindahkan sesuatu idea daripada seseorang kepada seseorang lain.

Page 20: Bab 2 Teori Semantik

• Manusia menggunakan bahasa untuk melakukan pelbagai perkara dalam pelbagai konteks dan mereka secara berterusan membuat pilihan dalam sistem yang berbagai.

• Contohnya satu sistem mungkin tentang komunikasi maklumat berkaitan hal-hal dunia, kemudian ada komunikasi yang mempunyai tujuan tertentu dan ada juga bentuk komunikasi antara dua orang.

• Bukan semua bentuk komunikasi itu sama bentuknya.Mengikut Firth, sistem paradigmatik membolehkan penutur atau penulis membuat pilihan 3 berdasarkan dua situasi keperihalan keadaan dan juga keperihalan kebudayaan.

• Mengikut Firth seterusnya bahasa itu bercirikan sosial kerana bahasa dikongsi oleh sekelompok penutur dalam konteks sosial tertentu dan digunakan untuk melakukan sesuatu perkara dalam konteks tersebut.

Page 21: Bab 2 Teori Semantik

I. TEORI MAKNA:MEDAN MAKNA JOSE TRIER

• Trier ( 1934 ) telah mengasakan sebuah teori medan semantik yang dikenali sebagai Teori Trier, dalam teori ini beliau telah membahagikan atau membandingkan aspek – aspek intelektual kepada beberapa medan ( field ).

• Beliau telah membuat kajian terhadap aspek inteklektual bahasa Jerma sekitar tahun 1200 dan 1300.

• Pada zaman awalnya, medan ini telah dibahagikan kepada dua iaitu kunst dan list.

• Perkataan pertama merujuk kepada kualiti kebangsawanan dan yang kedua bukan bangsawan.

• Namun demikian terdapat kesangsian tentang ketepatan pemerhatian Trier.

• Pada zaman berikutnya, medan semantik telah dibahagikan kepada tiga iaitu, wisheit “ pengalaman agama ”, kunst “ pengetahuan “ dan wizzen “ seni .

• Istilah wisheit telah digunakan untuk merangkumi keseluruhannya.

Page 22: Bab 2 Teori Semantik

MEDAN MAKNA JOSE TRIER

Wisheit Kurst

1200 1300

Wisheit

Wizzen

Kurst

List

Page 23: Bab 2 Teori Semantik

• Contoh Trier ini membandingkan satu bahasa pada dua zaman yang berlainan.

• Kita juga boleh menbandingkan dua bahasa yang berlainan untuk melihat bagaimana bahasa – bahasa itu membahagikan sesuatu medan tertentu itu.

• Berdasarkan teori ini bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa medan, salah satu contoh yang selalu dikemukan ialah merujuk tentang warna.

• Terdapat banyak perkataan tergolong dalam medan” warna “ ini, seperti hijau, merah, kuning , biru, hitam, kelabu, jingga, putih, oren dan sebagainya.

• Kata – kata ini dikatakan berada di dalam satu medan makna kerana semuanya merujuk kepada warna.

Page 24: Bab 2 Teori Semantik

• Medan makna mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci tertentu sebagai pusatnya iaitu dinamakan kata fokus.

• Kata kunci ialah sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi fikiran konsepsi masyarakat tentang kewujudan , alam realiti dan kehidupan mereka .

• Kata kunci bertindak sebagai kata fokus

apabila perkataan itu menampakkan medan makna yang kentara dan penting yang sangat rapat hubungannya dengan makna pusat perbendaharaan kata bahasa itu.

Page 25: Bab 2 Teori Semantik

KESIMPULAN

• Pembicaraan ini berkisar kepada teori-teori makna semantik yang berdasarkan kepada tokoh-tokoh.

• Pendekatan linguistik ini bertujuan mengkaji segala yang dimiliki oleh makna secara sistematik dan objektig yang dapat dikaitkan dengan seberapa banyak ujaran dan bahasa yang boleh diterokai.

• Bahasa yang hidup sentiasa berkembang,menerima kata-kata baru atau frasa baru.

• Penerimaan ini menyebabkan makna kata-kata tertentu berubah, berkembang dan terhad pada sesuatu maksud sahaja.

Page 26: Bab 2 Teori Semantik

SEKIAN, TERIMA KASIH