semantik topik 10

16
PENGENALAN Sesetengah ahli bahasa memberikan penekanan kepada aspek peranan atau fungsi bahasa sebagai alat komuniksai. Sesetengahnya pula memberikan penekanan kepada aspek struktur, ayat, perenggan dan wacana. Terdapat beberapa orang ahli bahasa mengemukakan pandangan yang mengandaikan bahawa pengetahuan bahasa dan aspek-aspek yang berkaitan dengan proses penghasilan dan pemahaman bahasa adalah berbentuk dikotomi, iaitu wujud dalam bentuk dua lapis. Bentuk atau lapisan pertama ialah pengetahuan abstrak, wujud dalam akal budi atau minda yang juga dikenali sebagai s struktur dalam. Bentuk kedua ialah bentuk yang tertera jelas, sama ada dalam bentuk yang boleh ditanggapi oleh pancaindera yang dikenali sebagai s struktur permukaan. Chomsky adalah salah seorang ahli bahasa yang berpegang kepada konsep bahawa bahasa yang dikatakan bersifat dikotomi. Jelasnya, bahasa wujud dalam dua tatatingkat. T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Aplikasi Dalam Pengajaran HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan pendekatan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid sekolah rendah dan menengah; 2. Menghuraikan pedagogi pengajaran; 3. Menyediakan soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar berasaskan lima jenis ujian bahasa. 4. Menghuraikan konsep penilaian dan pemulihan; dan 5. Menunjukkan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.

Upload: cikgu-pak-long

Post on 12-Jun-2015

3.598 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: semantik topik 10

PENGENALAN

Sesetengah ahli bahasa memberikan penekanan kepada aspek peranan atau fungsi bahasa sebagai alat komuniksai. Sesetengahnya pula memberikan penekanan kepada aspek struktur, ayat, perenggan dan wacana. Terdapat beberapa orang ahli bahasa mengemukakan pandangan yang mengandaikan bahawa pengetahuan bahasa dan aspek-aspek yang berkaitan dengan proses penghasilan dan pemahaman bahasa adalah berbentuk dikotomi, iaitu wujud dalam bentuk dua lapis. Bentuk atau lapisan pertama ialah pengetahuan abstrak, wujud dalam akal budi atau minda yang juga dikenali sebagai sstruktur dalam.Bentuk kedua ialah bentuk yang tertera jelas, sama ada dalam bentuk yang boleh ditanggapi oleh pancaindera yang dikenali sebagai sstruktur permukaan.Chomsky adalah salah seorang ahli bahasa yang berpegang kepada konsep bahawa bahasa yang dikatakan bersifat dikotomi. Jelasnya, bahasa wujud dalam dua tatatingkat.

TTooppiikk

1100AplikasiDalamPengajaran

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan pendekatan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid sekolah rendah dan menengah;

2. Menghuraikan pedagogi pengajaran;

3. Menyediakan soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar berasaskan lima jenis ujian bahasa.

4. Menghuraikan konsep penilaian dan pemulihan; dan

5. Menunjukkan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.

Page 2: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 105

APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN

Jika anda meneliti strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa, anda akan mendapati bahawa pandangan-pandangan atau prinsip-prinsip yang mendasari pelbagai bentuk pengajaran bahasa adalah sejajar dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik. Strategi yang banyak diaplikasikan oleh guru-guru bahasa pada masa ini adalah sesuai dengan pandangan de Saussure dan Firth yang mementingkan teori komunikasi dalam keperihalan keadaan yang berbagai-bagai.

Menurut Bloomfield, llatih tubi adalah penting dalam membina sesuatu tabiat berbahasa. Ciri utama strategi adalah seperti yang dinyatakan oleh Steinberg (terj. Azhar M. Simin, 1990: 264), iaitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, „Ahli bahasa lebih suka menggunakan latih tubi‰.Kepentingan latih tubi adalah berfokus kepada prinsip rangsangan dan gerak balas.

Manakala itu, prinsip-prinsip berasaskan pandangan Chomsky dan pengikut-pengikutnya adalah tertumpu kepada ppengetahuan nahu. Ini adalah selaras dengan pandangan Chomsky bahawa aspek nahu atau sintaksis adalah penting dalam menghuraikan berbagai-bagai aspek kebahasaan. Pada dasarnya, strategi ini melibatkan dua komponen, iaitu:

kajian terperinci terhadap rumus nahu; dan

perbendaharaan kata dan penggunaan terjemahan.

10.1.1 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar Sekolah Rendah

Sebagai seorang pendidik, anda pasti ingin mengetahui apakah teori yang sesuai digunakan untuk pelajar anda. Untuk pengetahuan anda, pendekatan teori kognitif adalah sesuai dengan pelajar sekolah rendah. KKognitif ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, iaitu cognitive. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang membawa makna yang serupa ialah ÂakalÊ, ÂpemikiranÊ atau ÂingatanÊ.

Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan kognitif. Perubahan bentuk lakuan adalah bergantung pada kuantiti maklumat-maklumat baharu yang telah diterima oleh manusia. Ahli-ahli kognitif juga turut mengambil kira proses persepsi yang terlibat dan pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada dalam akal budi. Hakikatnya,

10.1

Page 3: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 106

proses pembelajaran adalah bersifat eevolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit demi sedikit.

Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Ahli-ahli kognitif menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan.

Berikut merupakan beberapa pendekatan proses oleh ahli-ahli kognitif dalam mengaplikasikan pengajaran:

Guru menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-unsur yang bermakna.

Unsur-unsur yang lebih kecil daripada morfem diperkenalkan kemudian selepas dipaparkan unsur-unsur yang bermakna.

Contohnya, pengajaran membaca permulaan mengikut pendekatan ini bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.

Pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat, frasa, atau perkataan, selain memperkenalkan suku kata dan abjad.

Berikut pula adalah dua kaedah dan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan semasa proses pembelajaran bahasa:

Page 4: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 107

(a) KKaedah Kalimat

(b) PPengajaran Rumus

Page 5: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 108

10.1.2 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar Sekolah Menengah

Setelah anda mengetahui pendekatan teori yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah, anda pasti tertanya-tanya apa pula pendekatan teori yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah? Pendekatan teori kesahan psikologi sesuai dengan pelajar sekolah menengah. Kesahan psikologi ialah konsep keilmuan yang mengandaikan bahawa huraian yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu perkara, sewajarnya menepati perkara sebenarnya yang berlaku yang harus bertepatan dengan realiti.

Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan psikologi (Steinberg, 1982: 188). Dalam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada bunyi-bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa. Chomsky (1985: 101) menerangkan bahawa secara teknikal, teori linguistik adalah teori mentalisme kerana teori ini terlibat dalam hal menemukan hakikat mentalisme yang mendasari gerak laku sebenarnya.

Berasaskan pendekatan ini, pengetahuan akan memungkinkan pengguna bahasa menggunakan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu bahasa secara tepat dan berkesan. Maksudnya, akal budi pengguna bahasa telah dibekalkan dengan pengetahuan bahasa yang bersifat utuh atau menyeluruh dalam jumlah berpada.

Berdasarkan pendekatan teori yang sesuai bagi sekolah menengah, pelajar memerlukan pengetahuan tentang dua aspek kebahasaan, iaitu:

pengetahuan tentang rumus-rumus nahu; dan

kemahiran untuk mengemukakan output bahasa, selain mentafsir input bahasa dengan wajar dan tepat.

Aspek kenahuan merujuk kepada kebolehan menyusun unsur-unsur bahasa dalam uurutan linear atau dalam susunan selari secara betul, manakala kemahiran mengutarakan output dan mentafsir input merujuk kepada keupayaan untuk membuat pilihan yang tepat daripada pelbagai pilihan yang ada. Dengan

Page 6: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 109

pengertian lain, aspek pertama melibatkan pengetahuan tentang struktur atau bentuk ayat, manakala aspek kedua tentang kecekapan memilih unsur-unsur atau kosa kata yang tepat yang bersesuaian dengan keperihalan keadaan sesebuah ayat.

Untuk memastikan wujud kesahihan tentang kesahan psikologi, sesuatu program pengajaran bahasa seharusnya mengambil kira beberapa aspek pengajaran seperti berikut:

(i) Pengetahuan nahu dan kekangan-kekangan sosial semasa berbahasa.

(ii) Akal budi pelajar sekolah menengah sewajarnya mengandung kedua-dua aspek pengetahuan bahasa.

Selain kemahiran lisan, seseorang pelajar yang unggul harus dapat menyampaikan hasratnya secara bertulis. Ini kerana dalam dunia yang serba moden, budaya berbahasa lisan dalam proses penyampaian maklumat semakin hari semakin diganti oleh bbudaya bertulis. Jika kemudahan telekomunikasi semakin hari semakin mementingkan kemahiran penulisan, setiap pelajar menengah seharusnya menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Kemahiran berbahasa di peringkat ayat belum mampu memungkinkan seseorang pelajar sekolah menengah menjadi pengguna bahasa berkesan. Ini kerana bahasa tidak digunakan dalam suatu lowongan atau vacuum, tetapi bahasa adalah alat komunikasi dalam keperihalan keadaan yang pelbagai. Ketaksaan makna, sama ada yang bersifat leksikal atau struktur boleh wujud jika ayat-ayat dianalisis secara tunggalan atau terpisah daripada keperihalan keadaannya. Ketaksaan sering kali terjelas apabila ayat diamati dan difahami dalam keperihalan keadaan dengan berdasarkan kewujudannya (Brown, 1980:190).

PEDAGOGI PENGAJARAN

Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang baik harus sentiasa memikirkan kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dengan pencapaian pelajar yang maksimum. Ini juga menggambarkan bahawa guru perlu mempunyai satu prinsip tentang pedagogi pengajaran.

10.2

Page 7: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 110

Berhubung dengan prinsip-prinsip tersebut, anda akan menerima paparan tentang dua sudut pengajaran yang berasaskan aliran Behaviorisme, Kognitif dan Interaksionalisme. Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Behaviorisme adalah berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip

1. Bahasa lisan menjadi keutamaan.

2. Bahasa adalah suatu tabiat.

3. Pengukuhan adalah penting dalam pengajaran.

4. Mengutamakan model bahasa yang baik.

5. Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran.

6. Latihan pembelajaran diperkukuh.

Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip

1. Pembelajaran merupakan proses mental.

2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.

3. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak dalam peringkat kematangan yang sama.

4. Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.

5. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.

6. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal.

Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Interaksionalisme adalah berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang hanya berkisar kepada tiga prinsip yang lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip

1. Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna diutamakan.

2. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.

3. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti bermakna.

Page 8: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 111

10.2.1 Pedagogi yang Sesuai dengan Tahap Pelajar

Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengamal linguistik Amerika, Anthony (1963), ppendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar.

Jadual 10.1 memberikan anda huraian mengenai beberapa jenis pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa.

Jadual 10.1: Beberapa pendekatan serta huraiannya

Pendekatan Huraian

Induktif Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.

Pelajar digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari.

Pelajar mengemukakan rumusan dengan sesuatu sebab atau contoh dan membuat generalisasi.

Deduktif Mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu.

Menggunakan proses penaakulan yang tinggi.

Pembelajaran dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu, menganalisis dan mengaplikasikannya.

Eklektik Gabungan beberapa pendekatan.

Menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan.

Tujuan pendekatan adalah untuk menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Sesuai digunakan bagi kelas-kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai kebolehan.

Komunikatif Berpusatkan bentuk-bentuk komunikatif seperti bercerita, melapor dan menyampaikan maklumat.

Memberikan penekanan kepada penyerapan bentuk-bentuk gramatikal untuk tujuan berkomunikasi.

Menyerapkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya.

Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek. Kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi (sila lihat Jadual

Page 9: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 112

10.2). Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada ikhtiar keseluruhan yang terbentuk dalam satu set prosedur tersusun dengan berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih. Anthony juga membuat rujukan bahawa tteknik ialah satu strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum (sila lihat Jadual 10.3).

Jadual 10.2: Kaedah dan Huraiannya

Kaedah Huraian

Dirancang untuk memberikan kemahiran menulis. Tatabahasa Terjemahan Menentukan perbendaharaan kata diberikan pada awal

pelajaran.

Kata-kata disusun dalam ayat menerusi hukum tatabahasa.

Isi atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, tetapi hanya sebagai latihan tatabahasa untuk menentukan terjemahan dalam bahasa ibunda.

Terus Membolehkan pelajar menguasai kempat-empat kemahiran berbahasa.

Kaedah ini digunakan berlandaskan empat asas, iaitu perhubungan langsung antara perkataan dan benda, mengaitkan pengalaman, menimbulkan perasaan ingin tahu anak-anak dengan berpandukan lunas-lunas berbahasa.

Audiolingual Sistem mengekod makna.

Digunakan secara linear.

Bahasa dianalisis secara deskriptif.

Bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, klausa dan ayat.

Situasional Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan.

Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah.

Aspek bahasa dilatih mengikut situasi.

Mematuhi perbendaharaan kata.

Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan sepenuhnya.

Page 10: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 113

Jadual 10.3: Strategi Teknik yang digunakan oleh Guru untuk Mencapai Objektif Pelajaran yang Optimum

Teknik Huraian

Bercerita Pelajar lebih pantas menumpukan perhatian, di samping menjadikan pembelajaran menyeronokkan.

Bersyarah Menerang, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep.

Waktu terluang adalah untuk perbincangan.

Berbincang Pelajar dapat memperkembang pertumbuhan diri dan sosial dengan baik.

Mengutamakan pendapat-pendapat dan bekerjasama.

Latih Tubi Memikirkan bahan yang dipelajari.

Mengulang bahan yang dipelajari.

Mengucapkan bahan di depan guru.

Mengingatkan bahan yang dipelajari.

Kenal masalah. PenyelesaianMasalah Menentukan masalah.

Mencadangkan penyelesaian.

Meneliti penyelesaian.

Membuat kesimpulan.

Semua pelajar melibatkan diri secara berkomitmen. SumbangSaran Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan pemikiran.

Semua idea diterima.

Pendapat diperkembang.

Wujud pemikiran kritis.

10.2.2 Persediaan Pengajaran Mikro

Dalam pengajaran mikro, anda harus bersedia dengan pelbagai aspek, khususnya yang melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Walau bagaimanapun, pengkhususan haruslah berkisar kepada faktor-faktor berikut:

Pemilihan bahan-bahan pengajaran

Pengolahan bahan pengajaran

Pembinaan bahan pengajaran

Penggunaan bahan pengajaran

Page 11: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 114

(a) PPemilihan Bahan-Bahan Pengajaran

(i) Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran.

(ii) Bahan mengandung unsur-unsur falsafah pendidikan.

(iii) Menggunakan bbahasa secara efektif.

(iv) Wujud perkaitan antara aspek bbahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

(b) PPengolahan Bahan Pengajaran

(i) Menjadikan dialog bersifat komunikatif.

(ii) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun psikologi.

(iii) Menggunakan bahasa autentik.

(c) PPembinaan Bahan Pengajaran

(i) Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa.

(ii) Bahasa digunakan secara tepat.

(iii) Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk mendedahkan pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat.

(iv) Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran bermakna.

(d) PPenggunaan Bahan Pengajaran

(i) Mengikut keperluan pancaindera pelajar.

(ii) Pastikan bahan berasaskan sukatan pelajaran bahasa.

(iii) Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isi semasa.

(iv) Kaji jumlah dan kualiti bahan.

AKTIVITI 10.1

(a) Berikan empat contoh, masing-masing bagi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

(b) Huraikan langkah-langkah pengajaran mikro dalam bahasa.

Page 12: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 115

PROSES PENILAIAN

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Berikut merupakan tatacara pelaksanaan penilaian:

(i) Penilaian FFormatif adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru.

(ii) Tujuan penilaian formatif adalah untuk membantu dan membaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Keputusan penilaian adalah untuk pemeringkatan dan perbandingan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.

(iv) Penilaian SSumatif pula adalah untuk mengesan secara menyeluruh tentang taraf pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini adalah untuk memberikan markah atau gred kepada seseorang pelajar supaya dapat membandingkannya dengan markah pelajar lain dalam kumpulannya.

10.3.1 Soalan-Soalan untuk Menilai Penguasaan Pelajar

Soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar hendaklah berasaskan kepada jenis-jenis ujian bahasa. Ujian bahasa yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(a) UUjian Pencapaian juga disebut sebagai ujian sumatif. Tujuan ujian ini adalah untuk menilai hasil pengajaran berdasarkan pengukuran pencapaian pelajar secara menyeluruh.

(b) UUjian Penempatan bertujuan menempatkan pelajar dalam kursus atau kumpulan tertentu. Pelajar diasingkan mengikut kumpulan.

(c) UUjian Bakat adalah khusus untuk menilai prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa yang akan dipelajarinya.

(d) UUjian Diagnostik adalah untuk mengesan kelemahan-kelemahan atau masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan merancang serta menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

(e) UUjian Formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya adalah untuk mempercepat proses pembelajaran.

10.3

Page 13: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 116

Jadual 10.4: Bentuk Ujian

Ujian Jenis Ujian

Ujian Objektif: Ujian ini ialah ujian yang pendek-pendek yang melibatkan proses menanda, membulat, menggaris, mengisi tempat kosong dan gerak balas ringkas yang lain. Ujian ini dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif, iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan untuk memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa.

(a) Item jawapan pendek. (b) Item jenis pilihan. (c) Item beraneka pilihan. (d) Item betul-salah. (e) Item padanan. (f) Item key list. (g) Item aturan terbaik. (h) Item objektif kloz

Ujian Subjektif: Ujian ini lazimnya berbentuk esei. Calon diminta membuat huraian tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi. Ujian ini memberikan peluang kepada calon untuk memberikan gerak balas dalam tulisan dan perkataan mereka sendiri.

(a) Gerak balas terhad (jawapan mengingat kembali dan pendek).

(b) Gerak balas lanjutan (memerlukan jawapan kepada perkataan seperti terangkan, huraikan dan bezakan).

10.3.2 Langkah-Langkah Membina Ujian

Setelah mengetahui bentuk-bentuk soalan yang sesuai untuk menilai penguasaan pelajar, kita bincangkan pula langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina soalan ujian. Rajah 10.1 menunjukkan langkah-langkah membina ujian.

Rajah 10.1: Langkah-langkah membina ujian

Page 14: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 117

Kesahan: Sejauh manakah satu-satu bahan ujian dapat mengukur tentang apa-apa yang hendak diukur.

Kebolehpercayaan: Melihat ketekalan markah satu-satu ujian dalam mengukur apa-apa yang hendak diuji. Maksud ketekalan ialah markah yang dihasilkan dalam satu-satu ujian telah diperoleh pengambil ujian tanpa sebarang gangguan. Gangguan adalah seperti keletihan, ketegangan, kebimbangan atau faktor-faktor lain yang menjejaskan pengambil ujian.

10.3.2 Langkah-Langkah Pemulihan dan Pemantapan

Konsep ppemulihan dan ppemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa pendek. Sebagai guru, anda berperanan untuk mematuhi beberapa prinsip pemulihan dan pemantapan yang telah digariskan. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Proses pemulihan pula perlu melalui beberapa peringkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.

Page 15: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 118

Rajah 10.2: Peringkat proses pemulihan

Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan dalam tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam kognitif.

Proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit demi sedikit.

Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan psikologi.

Dalam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada bunyi-bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa.

Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar.

SEMAK KENDIRI 10.1(a) Nyatakan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.

(b) Sediakan satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk menulis karangan.

(c) Jelaskan ciri-ciri penilaian dan pemulihan.

Page 16: semantik topik 10

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN 119

Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek.

Penilaian merupakan aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.

Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

Behaviurisme Kognitif

Deduktif Komunikatif

Ekletik Pemulihan

Induktif Pendekatan

Interaksionalisme Penilaian Formatif

Kaedah Penilaian Sumatif

Kebolehpercayaan Teknik

Kesahan

Anthony, E. M. (1963). Approach, method and technique. English Language Teaching.

Brown, H. D. (1980). Principles of foreign language learning and teaching.Englewood Cliffs: N: Prentice Hall.

Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset: Massachusset Institute of Technology Press.

Steinberg, D. (1982). Psycholinguistic: Language, Mind and World.London: Longman.

Steinberg, D. (1990). Psikolinguistik: Bahasa, Akal Budi dan Dunia. Terj. Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.