catatan semantik bmm 3111

110
1 BMM 3111 BAHASA MELAYU MAJOR TAJUK 1 – SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU Definisi Semantik Semantik merupakan kajian makna istilah . Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".Istilah ‘semantik’ dikatakan juga berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’. Berikut adalah beberapa takrif tentang semantik, antaranya ialah: ( a ) Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). (b ) Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). ( c ) Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228) Semantik adalah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara umumnya semantic ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis atau pun bertutur).

Upload: norsasulawati-mohd-suhaimi

Post on 29-Dec-2014

682 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

BMM 3111 BAHASA MELAYU MAJOR

TAJUK 1 – SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

Definisi Semantik

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".Istilah ‘semantik’ dikatakan juga berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’.

Berikut adalah beberapa takrif tentang semantik, antaranya ialah:

( a ) Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).

(b ) Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

( c ) Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)

Semantik adalah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Secara umumnya semantic ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.

Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa

Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis atau pun bertutur).

DEFINISI SEMANTIK

· Semantik dalam bahasa inggeris (semantics)· Dalam bidang linguistik semantik ialah mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.· Berasal dari bahasa yunani “sema” maksudnya tanda / lambang.· Semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda / lambang-lambang yang menghasilkan bahasa serta ertinya.· Istilah semantik (semiotic,semilogi dan semasiologi).· Bahasa terdiri dari kumpulan ayat , manakala ayat terbina daripada rentetan kata.

2

· Semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem,kata.frasa ,dan ayat dalam sesuatu bahasa.

Semantik dalam Bahasa Melayu

Semantik dan makna

Semantik dan linguistik

Semantik dan sejarah

Fitur makna dalam bahasa Melayu

Semantik Dan makna

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".

Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa.

Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

Semantik Dan linguistik

Bahasa melayu memiliki cara pembinaan kata dengan cara pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukkan.

Ia semata-mata untuk meluaskan makna yang sudah sedia ada atau menambah makna yang sudah ada untuk memberi makna yang baharu.

Pengimbuhan

Dengan menambahkan imbuhan yang sesuai pada sesuatu perkataan, makna asalnya akan berubah menjadi makna baharu atau makna lain.

Contoh :

3

Pemaduan

Kata paduan terdiri daripada dua kata atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi apabila perkataan tersebut di deretkan maka maknanya menghasilkan makna baharu.

Intonasi

Dalam bahasa Melayu bukan hanya binaan perkataan sahaja yang boleh membezakan makna, intonasi juga dapat mengubah maksud sesuatu maklumat.Makna sesuatu perkataan boleh kekal dari awal hingga kini, mungkin boleh berubah, menyempit, meluas atau menghilang.Ini disebabkan sifat bahasa yang berkembang dan hidup.

Perkembangan makna merupakan sejarah bahasa. Ia tidak hanya mengambil kira makna perkataan yang lama tetapi juga perlu merekodkan setiap makna perkataan yang baru masuk ke dalam bahasa tersebut.

Oleh itu, perlu ada kamus besar yang sentiasa terbuka menambah perbendaharaan perkataan baharu dengan maknanya sekali.Di dalam bahagian perkamusan, setiap hari semua media cetak mesti diteliti untuk mengetahui adakah perkataan baharu yang muncul atau adakah perkataan lama yang mempunyai makna baharu.Keteletian dan kesabaran petugas di bahagian ini sangat penting. Setiap sepuluh atau dua puluh tahun kamus besar akan membesar. Kamus besar ini sangat penting kepada pengguna dan pengkaji bahasa tersebut.

Semantik Dan Sejarah

Semantik di dalam bahasa Malaysia berasal dari bahasa Inggeris iaitu semantics, dari bahasa Yunani Sema (Nomina) ‘tanda’: atau dari verba samaino ‘menandai’, ‘bererti

4

Istilah semantik muncul pada tahun 1984 yang dikenali melalui American Philological Association ‘organisasi filologi amerika’ dalam sebuah artikel yang berjudul Reflected Meanings: A point in Semantics.

Istilah semantik sendiri sudah ada sejak abad ke-17 yang boleh diperolehi melalui frase semantics philosophy. Sejarah semantik dapat dilihat di dalam artikel “An Account of the Word Semantics (Word, No.4 th 1948: 78-9)

Breal melalui artikelnya yang berjudul “Le Lois Intellectuelles du Language” menyatakan istilah semantik sebagai bidang baru dalm keilmuan, di dalam bahasa Prancis istilah sebagai ilmu murni historis (historical semantics).

Historical semantics ini lebih mengutamakan pembelajaran semantik yang berhubung dengan unsur-unsur luar bahasa, misalnya perubahan makna dengan logik, psikologi, dan sebagainya. Karya Breal ini berjudul Essai de Semanticskue. (akhir abad ke-19).

Reisig (1825) sebagai salah seorang ahli klasik yang menghuraikan konsep baru tentang tatabahasa yang meliputi tiga unsur utama, iaitu etimologi, mempelajari asal-usul kata hubung dan perubahan bentuk dan makna; sintaksis, dan makna.

Berdasarkan pendapat Resigh , maka perkembangan semantik dapat dibahagi kepada tiga fasa perkembangan iaitu:

1. Pertama, meliputi separuh abad termasuklah di dalamnya kegiatan reisig; maka ini disebut sebagai ‘Undergound’ period.

2. Kedua, iaitu semantik sebagai ilmu murni historis, adanya pendapat historical semantics, dengan munculnya karya klasik Breal(1883)

3. Ketiga, makna dikenali apabila munculnya karya Gustaf Stern (1931) yang berjudul “Meaning and Change of Meaning With Special Reference to the English Language Stern yang bermaksud melakukan kajian makna secara empirik.agai ilmu. Sekitar tahun 1990, dengan terhasilnya Essai de semantikue dari Breal, yang kemudian pada masa yang sama disusul oleh karya Stern.

5

TAJUK 2 – FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

-Sifat Makna

- Kelas Makna

- lewah dalam Makna

KONSEP DAN MAKNA

Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen.· Kata (sama dalam bentuk bunyi atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan.(benda konkrit yang dirujuk),· Setiap kata (tanda linguistik) mengandung dua unsur iaitu yang diertikan (singnified) dan yang mengertikan (signifier). Diertikan bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata. Mengertikan pula bermaksud kata yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan.

Terdapat hubungan yang wujud antara kata (dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Contohnya, apabila seseorang itu menyebut kata kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu. Hubungan antara kata dengan konsep dan konsep benda yang dirujuk adalah bersifat langsung. Manakala kata dengan benda yang dirujuk adalah bersifat tidak langsung.

Makna

Mengikut Ferdinand de Saussure berpendapat bahawa tanda lingustik terdiri dari dua komponen iaitu “signifian” (yang mengertikan berupa bunyi) dan “signifie” (yang mengertikan berupa konsep).

Contoh:

meja (komponen signifian :/m/e/j/a/ )

(komponen signifie :sejenis perabot rumah tangga)

Kesimpulan,

- makna menurut Ferdinand adalah pengertian atau konsep yang dimiliki pada sebuah tanda linguistik.

Fitur makna

6

Sama seperti dalam membuat analisis fonologi, fonem dibahagikan kepada fitur-fitur distingtif. Kaji makna perkataan juga dijalankan melalui kaedah yang sama.

Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda ( +) atau ( - ). Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda (+) membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda ( - ) bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut.

Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambil peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut :

a) Lelaki = teruna

b)Perempuan = dara

Dalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut, manusia / binatang, jantan / betina, dewasa / muda.

Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan ada fitur semantik seperti lembu, kambing dan babi. Dengan demikian perkataan lembu

( - manusia + jantan, + dewasa ), kambing [ - manusia, - jantan ,+ dewasa ], dan babi [-manusia, -jantan , -dewasa ].

Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur atau komponen maknanya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen.

Selain daripada itu, cuba kita lihat komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakan fitur-fitur seperti transitif, objek dan pelaku.

Sebagai contoh, pukul itu transitif, mempunyai pelaku, menerima objek dan ada gerak.

Kata kerja duduk pula adalah tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek, dan tidak bergerak.

Kata kerja lari pula tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek, dan ada gerak.

Semua fitur –fitur ini diberi tanda (+) atau (–) bagi menunjukkan ada atau tiadanya sesuatu fitur itu dalam mana – mana perkataan.

Oleh sebab kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataan – perkataan maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantik. Oleh sebab adanya

7

fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif itu dapat dijana.

Ada dua jenis makna yang lazim iaitu makna denotasi dan makna konotasi.

Makna Denotasi

Maksud denotasi ialah makna yang ditunjukkan oleh sesuatu perkataan tersebut. contohnya, perkataan kaki ialah anggota badan manusia atau binatang (di bahagian bawah) digunakan untuk bergerak.

Apabila berlaku perluasan, maka perkataan tersebut masih lagi dalam makna denotasi. Contohnya, perkataan kaki bukit bermakna bahagian pangkal bukit.

Makna Konotasi

Maksud konotasi ialah perkataan yang mempunyai makna tambahan disamping makna denotasi. Contoh perkataan bunga kemboja. Bunga kemboja ini membawa makna ‘duka kerana kematian’. Ini ada kaitan dengan tanah perkuburan yang ditanam bunga tersebut. Konotasi ini membawa makna yang buruk. Konotasi juga boleh membawa makna yang baik. Contohnya perkataan kuning adalah lambang diraja dalam budaya Melayu tetapi membawa konotasi buruk iaitu penakut dalam budaya Inggeris.

Makna dengan tatabahasa

Makna digunakan dalam menganalisis bunyi, perkataan dan ayat. Unsur makna wujud dalam sebarang analisis bentuk bahasa. Ini menunjukkan malma ada hubungan dengan tatabahasa. Contoh ayat:

a) Ali minum ais.

b) Ali minum angin.

Ayat (a) cukup syarat dari segi tatabahasa dan ayat ini mengandungi makna. Manakala ayat (b) tidak cukup syarat kerana tidak mempunyai makna.

Ciri-ciri makna:

Pilihan menentukan makna

Budaya menentukan makna

Konteks menentukan makna

Makna dalam kiasan

8

Makna berubah

Pilihan:

Ciri pilihan adalah faktor penting dalam menentukan makna.Apabila kita tiada pilihan maka ungkapan yang kita hasilkan adalah tidak bermakna.

Budaya:

Budaya masyarakat penutur berhubung rapat dengan bahasa.Ini adalah kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.

Konteks:

Bergantung kepada situasi dan perasaan penutur.

Makna dalam kiasan:

Dalam simpulan bahasa terdapat kata2 yang digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal

Makna berubah

Makna sesuatu kata boleh berubah melalui peredaran zaman.

2.2 Kelas Makna

Makna emotif

Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan.

Contohnya dengan kata kerbau dalam ayat Engkau kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak senang bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi.

Makna Konotatif

Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9).

9

Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar.

Misalnya, dalam ayat Anita menjadi bunga desa.

Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya kerana kondisi fizikal atau kerana kecantikannya.

Makna Kognitif

Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponennya (Mansoer Pateda, 2001:109).

contohnya kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun dengan bentuk yang tinggi besar dan kukuh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif kerana lebih banyak dengan maksud fikiran.

Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik.

Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa mahupun proses.

Makna Piktorikal

Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.

Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis

2.3 Lewah dalam Makna

10

Didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan, atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi tulisan.

Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi.

Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku, dan sekawan burung-burung.

Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui, dan diperhalusi. Yang betul ialah memperbesar, memperoleh, disetujui, dan dihalusi.

Pengulangan kata sendi nama secara berturutan turut disinggung sebagai kelewahan seperti “selain daripada itu” dan “demi untuk”. Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya para guru dan pelajar sering didedahkan berkenaan hal ini. Kelewahan telah diberikan penilaian yang negatif, iaitu sebagai bentuk-bentuk yang salah atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa pegangan.

Tanpa menafikan hakikat bahawa bahasa sepatutnya diujarkan atau ditulis dengan paling baik, sempurna, dan tanpa sebarang kesilapan, seharusnya kita turut menyedari bahawa bahasa merupakan alat utama untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan, mahupun penegasan dalam keadaan-keadaan tertentu akan menguatkan mesej yang hendak disampaikan. Kelewahan adakalanya memperlihatkan falsafah yang dimanifestasikan melalui akal, aspirasi, nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu.

Jika frasa “hadiah percuma” dianggap tidak gramatis kerana hadiah sememangnya bersifat percuma, bagaimanakah pula dengan “hari Sabtu”? Bukankah Sabtu itu merupakan salah satu hari? Wajarkah perkataan “hari” ditulis?

Konsep Kepelbagaian Makna

Perkataan merupakan unit bahasa yang paling kecil dalam binaan ayat.

Perkataan juga menjadi asas dalam unit semantik atau makna. Justru perkataan

11

tersebut sebagai satu binaan yang membawa makna Misalnya , perkataan adik , cair,

kerusi, makan dan kotor ada membawa makna yang tertentu.Perkataan adik bermakna

‘saudara kandung yang muda’, perkataan kerusi pula bermakna ‘ tempat duduk yang

ada kaki dan bersandar’ dan kotor bererti ‘ tidak bersih atau comot ‘.

Jika diteliti sesuatu situasi penggunaan perkataan-perkataan dalam ayat, maka

akan didapati perkataan-perkataan tersebut boleh membawa pelbagai makna.Hal ini

disebabkan oleh makna perkataan , adakalanya, tidak sama dengan makna yang

tercatat dalam makna literal atau yang lazimnya disebut sebagai makna yang tersurat .

Umpamanya perkataan memancing diberikan makna ‘ menangkap ikan dengan

pancing’. Tetapi dalam ayat berikut, memberikan makna yang berbeza pula.” Calon

kawasan pilihanraya itu telah memancing undi dengan sogokan wang ringgit kepada

para pengundi “ ?. Sudah tentu maknanya tidak sama dengan makna kamus, kerana

memancing tidak membawa makna ‘ menangkap ikan dengan pancing’ tetapi ‘ membeli

orang dengan wang ringgit’.

Lihat dalam ujaran berikut pula. “ Leman itu buaya “ jika diujarkan secara isolasi,

mungkin tidak boleh difahami maknanya. Dalam ujaran tersebut, kita tidak faham sama

ada nama binatang buas itu Leman atau manusia yang bernama Leman dirujuk sebagai

buaya kerana perangainya. Kalau ujaran itu menjadi sebahagian daripada perbualan,

mungkin akan lebih jelas lagi makna ujaran tersebut. Untuk lebih jelas , perhatikan satu

lagi penggunaan perkataan dalam dua ayat yang berikut:

1. Saya makan kerbau.

2. Saya makan, kerbau.

Perkataan kerbau yang digunakan dalam kedua-dua ayat di atas dapat diberikan

beberapa pengertian atau tafsiran. Dalam ujaran di atas, dalam ayat 1, perkataan

kerbau membawa makna sejenis binatang peliharaan yang serupa dengan lembu,

tetapi dalam ayat 2, perkataan kerbau tidak merujuk kepada sejenis binatang

12

peliharaan seperti lembu, tetapi digunakan untuk merujuk kepada manusia sebagai

sindiran atau penghinaan kerana perasaan marah atau benci.

Demikian juga, dalam ujaran “ Kau memang handal! “ kata guru kelas kepada Ali.

Yang dimaksudkan dengan perkataan pandai oleh guru kelas tidaklah membawa

makna bahawa Ali ialah murid yang bijak atau cerdik, tetapi makna yang sebaliknya.

Dalam konteks penggunaan ini, perkataan pandai tidak membawa makna bijak atau

cerdik.Perkataan pandai ini digunakan n secara sindiran untukmmemberitahu orang

yang dilawan cakap itu tidak pandai atau bodoh dalam ujaran itu.

Semantara itu , dalam ilmu makna terdapat juga perkataan seperti semak dan

perang    yang mempunyai bentuk yang sama tetapi sebutan dan makna yang berbeza.

Cuba perhatikan penggunaan perkataan semak dan perang dalam ayat-ayat berikut

yang membawa makna yang berlainan.

1a. Sila semak jawapan anda sebelum menghantar kertas jawapan.

1b. Di belakang rumah saya terdapat banyak semak.

2a. Kini terdapat ramai pemuda-pemudi yang mewarnakan rambut mereka perang.

2b. Perang Teluk telah mengorbankan ramai jiwa yang tidak berdosa.

Perkataan semak dan perang dalam pasangan ayat di atas, walaupun mempunyai

bentuk yang sama, yang ejaannya yang sama, namun mendukung makna yang

berlainan.

Dalam ayat 1.a, semak bererti ‘teliti” manakala dalam ayat 1b, makna semak ialah

‘belukar’. Semantara itu, dalam ayat 2.a, perkataan perang bererti’ sejenis warna ‘

manakala perang dalam ayat 2.b bermakna ‘ pertempuran ‘.

Jika diteliti, Bahasa Melayu  ini mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Di

sini, saya dapat dikategorikan perkaitan antara bahasa dengan dialek kepada dua

iaitu :

Sebutan sama tetapi berbeza makna.

Sebutan berbeza tetapi makna sama.

13

  Bagi menerangkan ketegori ini dengan lebih lanjut, saya akan memberikan

beberapa contoh kata. Bagi kata yang mempunyai sebutan sama tetapi berbeza makna

boleh dilihat melaui kata coklat. Kata "coklat" di negeri Johor bermaksud coklat asli

yang diperbuat daripada buah koko dan diadun menjadi coklat yang manis. Manakala

berbeza dengan makna "coklat" di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana di

negeri-negeri ini memberi pengertian gula-gula. Begitu juga dengan kata "gerak". Gerak

bagi orang Johor bermaksud bergerak, berbeza dengan penggunaan makna bagi orang

Terengganu dan Kedah yang menggunakan makna "gerak" bermaksud

membangunkan seseorang yang sedang tidur.

   Manakala kata yang mempunyai sebutan berbeza tetapi makna sama lazimnya

lebih banyak kosa katanya berbanding dengan kata yang mempunyai sebutan sama

tetapi berbeza makna. Contohnya "basikal", di negeri Kedah menyebutnya dengan

dengan sebutan "gerek". Manakala kata "cakap" pula, orang Kelantan memanggilnya

sebutan "kecek". Selain itu, dialek Terengganu kebanyakannya terdapat penambahan

konsonan "n" dan "g" contohnya "ikang", "makang" dan "hujang".

     Begitu juga dengan dialek Johor. Walaupun Johor kebanyakannya menggunakan

Bahasa Melayu baku, namun, dialek Johor tetap ada. Antara contoh dialek Johor ialah

seperti "gebor" (selimut), "gerobok" (almari), "selipor", "sembor" dan sebagainya. Selain

itu, di Johor terdiri daripada beberapa suku seperti suku Jawa, Bugis, Banjar dan lain-

lain lagi. Mereka mendiami satu kelompok kawasan tertentu dan masih mengamalkan

budaya dan cara hidup suku masing-masing.  

  Begitulah uniknya Malaysia. Rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu yang mempunyai pelbagai dialek dan bahasa yang hidup bersatu padu di bawah payung Duli Tuanku. Walaupun dialek kita berbeza kerana dipisahkan oleh faktor geografi seperti Banjaran Titiwangsa, namun kita masih masyarakat Melayu yang tiada bezanya.

TAJUK 3 – MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Makna Leksikal

14

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

3.1 Sinonim

Sinonim adalah suatu perkataan yang mempunyai bentuk yang berbeza tetapi mengandungi erti atau pengertian yang sama.

Sinonim juga disebut sebagai makna yang sama.

Terdapat empat jenis sinonim iaitu:

Sinonim berdasarkan pinjaman

Sinonim berdasarkan konteks

Sinonim berdasarkan laras sosial

Sinonim berdasarkan kolokasi

Contoh:

Haus – dahaga Betul – benar

15

Antonim

Antonim adalah suatu perkataan yang ertinya berlawan antara satu sama lain.

Antonim juga disebut sebagai kata lawan.

Konsep perlawanan makna berbeza bagi kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Jual lawannya beli (kata nama)

Tidur lawannya jaga (kata kerja)

Kurus lawannya gemuk (kata adjektif)

Terdapat tiga jenis antonim.

Antonim berpasangan

Suami lawannya isteri Malam lawannya siang

Antonim berperingkat

Tua lawannya muda Besar lawannya kecil

Antonim berhubungan

Guru lawannya murid Turun lawannya naik

3.2 Hiponim

Hiponim adalah ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

Bunga – mawar

Raya melur cempaka tulip Kemboja

Homonim

Homonim adalah satu perkataan yang mengandungi makna yang berbeza tetapi sebutan atau ejaan yang berbeza

16

Perkataan yang mempunyai sama sebutannya, disebut homofon.

Mereka : kata nama

Mereka : kata kerja (mencipta)

Perkataan yang mempunyai sama bentuk ejaannya, disebut homograf.

Sepak : menendang

Sepak: menampar

3.3 Polisim

Polisim adalah perkataan yang mengandungi banyak makna.

Wujudnya banyak makna untuk sesebuah perkataan boleh disebabkan oleh keadaan semula jadi dan juga konteks. Ini menimbulkan polisim tulen dan polisim konteks.

Contoh:

Daki I – kotoran Daki II – panjat

TAJUK 4 – MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

4.1 Makna Ayat

17

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

Makna Tersurat

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya,

Burung itu hinggap di ranting pokok.

Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai.

Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai.

Ayat yang sebetulnya ialah : Para pelajar yang dihormati.

Contoh

Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.

Ayat di atas mengandungi dua makna.

Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

2. Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

18

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

3. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Contoh

Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.

Ayat di atas mengandungi dua makna.

Makna Tersirat

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

4.2 Kerangka Generatif Chomsky

19

Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan

TAJUK 5 – PERUBAHAN SEMANTIK

20

Semantik - Faktor Perubahan Makna

Pengenalan

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

Objektif kajian Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan beberapa faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam perkataan.

Kaedah Kajian Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini.

Batasan Kajian

Penulis telah membataskan kajian dengan mengutarakan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sesuatu makna dalam bahasa Melayu sahaja.

Definisi Konsep

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

21

Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”

Faktor-faktor Perubahan Makna.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri2.2 Faktor tanggapan penutur 2.3 Faktor peluasan maksud2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik 

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala

22

penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur 

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya. Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan

23

lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup”.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”.Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang” ( Kamus Dewan, 1994).

24

Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4). 

Kesimpulan

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari

25

segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.

Penyempitan makna

Penyempitan makna adalah suatu proses perubahan makna dari makna yang lebih umum ke makna yang lebih khusus.

Contoh:

Kata Makna dulu (lebih khusus) Makna sekarang (lebih umum)

Kyai Orang atau benda yang dianggap sakti atau berilmu tinggi

Ahli agama dan punya pengikut

Sarjana Orang yang berilmu Lulusan pendidikan perguruan tinggi strata 1

Gereja Umat beragama Kristen Rumah Ibadah agama Kristen dan jemaatnya.

Perluasan makna ditandai dengan ruang lingkup makna saat ini lebih sempit daripada ruang lingkup makna saat sebelumnya.

Penyesuaian Ejaan

1. ae jika bervariasi dengan e = e

aesthetics = estetik

haemoglobin = hemoglobin

haematite = hematit

2. ae jika tidak bervariasi dengan e = ae

aerial = aerial

aerograph = aerograf

aerobe = aerob

3. ai = ai

aileron = aileron

26

trailer = trailer

caisson = kaison

4. au = au

automatic = automatik

tautology = tautologi

auditorium = auditorium

5. c sebelum a, u, o dan konsonan = k

carbon = karbon

curator = kurator

cobalt = kobalt

6. c sebelum e, i, oe dan y = s

cent = sen

cybernetics = sibernetik

efficient = efisien

7. cc sebelum o, u dan konsonan = k

accomodation = akomodasi

accumulation = akumulasi

8. cc sebelum e, i = ks

accent = aksen

vaccin = vaksin

occidental = oksidental

9. ch, cch (yang diucapkan sebagai k) sebelum a, o dan konsonan = k

charisma = karisma

cholera = kolera

saccharine = sakarin

10. ch yang dilafazkan c = c

cheque = cek

27

chocolate = coklat

11. ch (yang diucapkan sebagai s) = s

chiffon = sifon

echelon = eselon

12. e = e

effective = efektif

description = deskripsi

system = sistem

13. ea = ea

idealist = idealis

gear = gear

14. ea yang dilafazkan [i] = i

grease = gris

ream = rim

beaker = bikar

15. ee = i

jeep = jip

chimpanzee = cimpanzi

16. ei = ei

atheist = ateis

phenolphthalein = fenolfthalein

protein = protein

17. eo = eo

stereo = stereo

geometry = geometri

zeolite = zeolit

18. eu = eu

28

neutral = neutral

petroleum = petroleum

nucleus = nucleus

19. f = f

factor = faktor

faculty = fakulti

infra = infra

20. g = g

geology = geologi

tragedy = tragedi

21. gh = gh

maghrib = maghrib

22. i = i

syphilis = sifilis

albitite = albitit

ion = ion

23. ia = ia

dialect = dialek

diaphysis = diafisis

fuchsia = fuksia

24. ie = ie

diesel = diesel

tieceron = tieseron

25. ie di akhir kata = i

calorie = kalori

bogie = bogi

cassie = kassi

29

26. ie di akhir kata ekasuku = ai

pie = pai

27. io = io

ion = ion

studio = studio

heliograph = heliograf

28. iu = iu

premium = premium

stadium = stadium

radium = radium

29. ng = ng

congress = kongres

linguistics = linguistik

ingressive = ingresif

30. o = o

sector = sektor

thrombosis = trombosis

chancellor = canselor

31. oe (oi Yunani) = e

oestrogen = estrogen

foetus = fetus

gonorrhoea = gonorea

32. oi = oi

alkaloid = alkaloid

duboisine = duboisin

tabloid = tabloid

30

33. oo = u

monsoon = monsun

proof = pruf

cartoon = kartun

34. oo (vokal ganda) = oo

zoology = zoologi

spermatozoon = spermatozoon

oology = oologi

35. ou yang dilafazkan [u] atau [_] = u

journal = jurnal

coupon = kupon

contour = kontur

36. ou yang dilafazkan [au] = au

accountant = akauntan

pound = paun

counter = kaunter

37. ph = f

phoneme = fonem

phosphorus = fosforus

physiology = fisiologi

38. q = k

aquarium = akuarium

equator = ekuator

frequency = frekuensi

39. rh = r

rhetoric = retorik

rhythm = ritma

31

rhyolite = riolit

40. sc sebelum a, o, u dan konsonan = sk

scandium = skandium

scooter = skuter

script = skrip

41. sc sebelum e, i = s

scendastic = senastik

scenario = senario

abscissa = absisa

42. th = t

theater = teater

theology = teologi

theory = teori

orthography = ortografi

43. ue di akhir kata = u

tissue = tisu

accrue = akru

44. ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan

catalogue = katalog

dialogue = dialog

technique = teknik

45. ui = ui

annuiti = anuiti

conduit = konduit

equinox = ekuinoks

46. uo = uo

fluorscent = fluoresen

32

quorum = kuorum

quota = kuota

47. uu = u

continuum = kontinum

vacuum = vakum

48. v = v

novel = novel

university = universiti

vitamin = vitamin

49. x pada awal kata = x

xenon = xenon

xylem = xilem

xenophobia = xenofobia

50. x pada posisi lain dalam kata = ks

latex = lateks

taxi = teksi

complex = kompleks

51. y yang tidak terletak pada awal kata = i

physiology = fisiologi

polytheism = politeisme

psychology = psikologi

52. z = z

ozone = ozon

zenith = zenit

zone = zon

53. Konsonan ganda jadi konsonan tunggal, kecuali apabila mengelirukan

assimilation = asimilasi

33

ferrum = ferum

54 Huruf e yang biasanya dilafazkan [e] dalam suku kata akhir terbuka dibekalkan

cylinder = silinder

counter = kaunter

contigent = kontijen

TAJUK 7 - TAKSA DAN KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA

7.1 Permasalahan dalam Pengajaran Makna

7.2 Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur

7.3 Kekaburan Makna

34

7.1 Permasalahan dalam Pengajaran Makna

Setiap kata atau perkataan tidak mempunyai makna yang tunggal.

Kata dan makna merupakan dua hal yang sangat berbeza. Kata sebagai penghasil makna dan tidak mempunyai pengaruh terhadap makna yang dihasilkan.

Makna mampu menentukan jalannya sendiri dan mampu melepaskan diri dari kongkongan kata.

Sebagai contohnya perkataan ‘you’ apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pasti sesiapa sahaja boleh memberikan maksudnya.

Namun bagi seorang penterjemah profesional tugas menterjemahkan perkataan ‘you’ bukan perkara yang mudah. Ini kerana mereka perlu mencari dan memilih makna yang tepat untuk perkataan ‘you’ dalam bahasa Melayu.

Perkataan ‘you’ dapat membawa maksud seperti berikut:

Saudara, Saudari, Anda, Awak, engkau

Antara banyak makna tersebut yang mana paling sesuai dan betul merupakan permasalahan dalam pengajaran makna.

Ketaksaan

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik.

Contohnya :

Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya.

Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya.

Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan

35

Jenis- jenis ketaksaan

Ketaksaan Struktural

Melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, dua orang pelajar menerima anugerah inovasi Sains yang mengharumkan nama Universiti.

Ketaksaan Leksikal

Melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.

Ketaksaan Metafora

Melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, perbuatan rakan anda itu biadab.

Ketaksaan makna dalam ayat ;

Dalam hal membina ayat, makna merupakan aspek yang amat penting.

Tanpa menghitung aspek makna dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu, namun boleh menimbulkan keraguan maksud.

Contohnya :

1. Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin.

2. Saya membenci semua perkara yang saya suka. 

Seperti yang terpapar dalam ayat-ayat ini, kelihatan ayat-ayat ini, walaupun dibina secara gramatis, namun tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud di dalam beberapa perkataan  dalam ayat-ayat itu. 

Misalnya, dalam ayat (1) terdapat dua ayat penyata,iaitu ‘Rosli masih bujang’dan ‘Rosli sudah berkahwin’.

Lazimnya, orang bujang ialah orang yang belum berkahwin dan dengan demikian tidaklah lojik kalau orang itu masih boleh mengekalkan taraf bujangnya, walaupun sudah berkahwin.

Apabila seseorang itu sudah berkahwin, tentunya dia akan hilang status bujangnya. Dengan demikian tidak dapat diterima ayat ini sebagai ayat gramatis kerana ketaksaan makna dalam ayat ini.

Seperti juga hal dalam ayat-ayat lain kerana wujud ketaksaan makna. 

36

Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

7.3 Kekaburan makna

Terdapat empat jenis kekaburan makna :

i. Kekaburan referensi

ii. Kekaburan makna

iii. Kekaburan spesifikasi

37

iv. Kekaburan disjungsi

Kekaburan referensial

Kekaburan referensial muncul kerana makna leksikel sebuah perkataan sukar diterapkan pada objek tertentu.

Misalnya perkataan city dan town dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kota dalam bahasa Indonesia.

Apabila seorang penterjemah hendak menggunakan perkata town atau city untuk menterjemah Pare dan Kediri, menimbulkan masalah kerana baik Pare atau Kediri dalam kebiasaan orang Indonesia sama-sama disebut istilah kota.

Sementara dalam bahasa Inggeris ada perbezaan yang signifikan antara town dan city.

Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang berbeza atau tidak pasti terhadap makna kata atau frasa tertentu. Contohnya : lukisan Anita.

Pernyataan ini dapat dimaknakan sebagai:

i. Lukisan yang dilukis oleh Anita

ii. Lukisan yang dilukis oleh orang lain tetapi telah

dimiliki oleh Anita.

iii. Lukisan yang menggambarkan wajah Anita

iv. Lukisan yang akan diberikan pada orang yang bernama Anita dan

lukisan itu tidak dlukis oleh Anita, tidak dibeli oleh Anita, belum

dimiliki oleh Anita dan tidak juga menggambarkan wajah Anita.

Kekaburan spesifikasi

Kekaburan ini muncul kerana sifat makna sesuatu perkataan yang terlalu umum.

Contoh yang diberikan oleh Kempson ialah kata go yang maksudnya pergi.

Ayat ‘dia pergi ke kota’ pada dasarnya dapat membawa makna berbagai gerak seperti jalan kaki, naik kereta, naik motorsikal, naik kenderaan umum dan sebagainya.

38

Kata ‘pergi’ dianggap tidak cukup memiliki spesifikasi gerak dan hanya memiliki makna tentang arah gerakan sahaja dan kerana itu menimbulkan kekaburan.

Kekaburan disjungsi

Kekaburan ini muncul kerana terdapat pilihan yang menimbulkan penafsiran yang berbeza, sementara pilihannya terdapat juga di luar pilihan yang disediakan.

Contohnya ayat ‘encik mahu minum kopi atau teh?’ pada dasarnya mempunyai tiga pilihan jawapan atau bahkan lebih meskipun pilihan yang diberikan hanya dua.

Selain itu, kekaburan makna juga muncul disebabkan struktur fonetik, faktor gramatikal dan faktor leksikel

TAJUK 8 – PERIBAHASA BAHASA MELAYU

8.1 Makna Dalam Peribahasa

Peribahasa juga dikenali sebagai bahasa kiasan.

Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya.

Makna perkataan-perkataan itu tidak dapat difahami dengan melihat makna di dalam kamus. Dengan kata lain, makna perkataan itu dikiaskan menurut konteks budaya bahasa Melayu.

Apa itu Peribahasa

39

Peribahasa dibahagikan kepada tujuh iaitu:

a) bentuk bidalan.

b) bentuk pepatah.

c) bentuk perbilangan.

d) bentuk lidah pendeta (kata hikmah).

e) bentuk cogan kata atau motto.

f) bentuk pemeo.

d) bentuk simpulan bahasa.

Kiasan

Peribahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat dengan maklumat lain.

Contoh ; seperti pinang dibelah dua.

menyamakan pasangan lelaki dan wanita seperti pinang dibelah dua, iaitu sepadan serba-serbinya.

Bidalan

Peribahasa mengandungi nasihat atau peringatan.

Contoh ;

Kurang duit boleh diberi, kurang akal habis budi.

Seseorang itu penting dalam hidupnya ialah pengetahuan atau ilmu agama. Pengetahuan dan ilmu ini lebih utama daripada wang.

Pepatah

Peribahasa yang mengandungi ajaran orang-orang tua yang berisi nasihat. Peribahasa yang mengandungi pedoman hidup.

Contoh ;

keldai hendak dijadikan kuda (Za’ba 1966)

40

maksudnya ialah seseorang yang bodoh, jika tidak mempunyai kemahuan, diajar bagaimanapun akan sia-sia.

Jelaslah bahawa peribahasa berbentuk pepatah dicirikan oleh ayat selapis yang padat dan irama yang seimbang.

Contoh ;

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. (Md. Said Haji Suleiman 1991)

Sesuatu pekerjaan atau masalah akan mudah diselesaikan jika dikerjakan atau difikirkan bersama- sama.

Perbilangan dicirikan oleh oleh kelompok kata atau ayat yang seolah-olah berbeza maknanya tetapi sebenarnya mengandungi makna yang sama sehingga antara satu dengan lain saling memperkukuh.

Lidah pendeta

Peribahasa yang dipilih daripada buku yang ditulis oleh pemikir terkenal.

Contoh ;

Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata. ( Hussein Onn. Seribu Satu Malam)

Kalau diperturutkan malu, mahu longgar ikat pinggang kerana lapar.

( HAMKA. Keadilan Ilahi)

Cogan Kata Atau Motto

Kata semboyan sesuatu organisasi sama ada kerajaan atau swasta.

Contoh ;

Bersih, Cekap, dan Amanah

Kata semboyan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Peribahasa bentuk cogan kata dicirikan oleh kelompok kata yang singkat, tegas dan mantap dengan maknanya yang luas dan dalam.

Pomeo

41

Perkataan yang popular disebut dengan tujuan memberi semangat atau menyindir.

Contoh ;

Sekali merdeka tetap merdeka.

( J.S Badudu 1976)

Lebih baik mati daripada dijajah.

memperkukuhkan dasar perjuangan bagi membebaskan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

Dicirikan oleh ayat pendek dengan makna langsung pada makna yang dimaksudkan

Simpulan Bahasa

Menggambarkan keadaan atau kelakuan seseorang yang diungkapkan dengan kelompok kata terbatas.

Contoh;

Tangkai jering = Kedekut

Berhati jantan = Berani

dicirikan oleh kelompok kata yang mengungkapkan ayat lengkap atau menyimpulkan ayat lengkap kepada kelompok kata terhad.

Susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Digunakan dalam pertuturan harian.

Menggambarkan Sifat, Kelakuan, Keadaan

Terdapat empat peribahasa dalam bahasa Melayu:

- simpulan bahasa

- pepatah

- bidalan

- perumpamaan

42

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut.

Contohnya :

- hari jadi ( ulang tahun tarikh lahir )

- langkah kanan ( nasib baik )

- isteri muda ( isteri kedua )

Pepatah

Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah.

Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisional melayu.

Contoh pepatah Melayu :

- patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati

( apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja akan tergendala.

Bidalan

Bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan dan pepatah seringkali dikelirukan oleh kerana pepatah pun ada yang mengandungi unsur nasihat.

Contohnya :

- jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh

( jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh

asal suka bertanya, pasti akan berjaya. )

Perumpamaan

43

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, umpama, laksana, macam dan bagai.

Contohnya :

- laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.

( sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang faedah.)

Apa itu Peribahasa

Peribahasa dibahagikan kepada tujuh iaitu:

a) bentuk bidalan.

b) bentuk pepatah.

c) bentuk perbilangan.

d) bentuk lidah pendeta (kata hikmah).

e) bentuk cogan kata atau motto.

f) bentuk pemeo.

d) bentuk simpulan bahasa.

Kiasan

Peribahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat dengan maklumat lain.

Contoh ;

seperti pinang dibelah dua.

menyamakan pasangan lelaki dan wanita seperti pinang dibelah dua, iaitu sepadan serba-serbinya.

Bidalan

Peribahasa mengandungi nasihat atau peringatan.

Contoh ;

44

Kurang duit boleh diberi, kurang akal habis budi.

Seseorang itu penting dalam hidupnya ialah pengetahuan atau ilmu agama. Pengetahuan dan ilmu ini lebih utama daripada wang.

Pepatah

Peribahasa yang mengandungi ajaran orang-orang tua yang berisi nasihat. Peribahasa yang mengandungi pedoman hidup.

Contoh ;

keldai hendak dijadikan kuda (Za’ba 1966)

maksudnya ialah seseorang yang bodoh, jika tidak mempunyai kemahuan, diajar bagaimanapun akan sia-sia.

Jelaslah bahawa peribahasa berbentuk pepatah dicirikan oleh ayat selapis yang padat dan irama yang seimbang.

Contoh ;

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. (Md. Said Haji Suleiman 1991)

Sesuatu pekerjaan atau masalah akan mudah diselesaikan jika dikerjakan atau difikirkan bersama- sama.

Perbilangan dicirikan oleh oleh kelompok kata atau ayat yang seolah-olah berbeza maknanya tetapi sebenarnya mengandungi makna yang sama sehingga antara satu dengan lain saling memperkukuh.

Lidah pendeta

Peribahasa yang dipilih daripada buku yang ditulis oleh pemikir terkenal.

Contoh ;

Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata. ( Hussein Onn. Seribu Satu Malam)

Kalau diperturutkan malu, mahu longgar ikat pinggang kerana lapar.

45

( HAMKA. Keadilan Ilahi)

Cogan Kata Atau Motto

Kata semboyan sesuatu organisasi sama ada kerajaan atau swasta.

Contoh ;

Bersih, Cekap, dan Amanah

Kata semboyan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Peribahasa bentuk cogan kata dicirikan oleh kelompok kata yang singkat, tegas dan mantap dengan maknanya yang luas dan dalam.

Pomeo

Perkataan yang popular disebut dengan tujuan memberi semangat atau menyindir.

Contoh ;

Sekali merdeka tetap merdeka.

( J.S Badudu 1976)

Lebih baik mati daripada dijajah.

memperkukuhkan dasar perjuangan bagi membebaskan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

Dicirikan oleh ayat pendek dengan makna langsung pada makna yang dimaksudkan

Simpulan Bahasa

Menggambarkan keadaan atau kelakuan seseorang yang diungkapkan dengan kelompok kata terbatas.

Contoh;

Tangkai jering = Kedekut

Berhati jantan = Berani

46

dicirikan oleh kelompok kata yang mengungkapkan ayat lengkap atau menyimpulkan ayat lengkap kepada kelompok kata terhad.

Susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.

Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Digunakan dalam pertuturan harian

ContohSimpulan bahasa

Muka tembok

Ajak-ajak ayam

Pecah tembelang

Perumpamaan

Bagai tikus membaiki labu

Bagai kaduk naik junjung

Laksana wau melawan angin

Pepatah

Bagaiman acuan begitulah kuihnya

(a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya

(b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya

Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

Bukannya diam penggali berkarat melainkan diam ubi berisi

Bidalan

Air dicencang tiada putus

47

Melepaskan anjing tersepit

Berhakim kepada beruk

Perbilangan

Air dicencang tiada putus - Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula

Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata emas padahnya.

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bagai harimau beranak muda

Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya

Bagai itik berebutkan tembolok

(a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil

(b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit

Tembolok = kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll):

Bagai Belanda minta tanah;

Seorang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.

Bagai Kaduk naik junjung

Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada

Permainan Peribahasa

memerah otak

tajam akal

diam-diam ubi

berani mati

seperti anjing dengan kucing

48

seperti katak di bawah tempurung

Bagai itik berebutkan tembolok

Bagaimana acuan begitulah kuihnya diam-diam ubi

Bagai harimau beranak muda

Bagai kaduk naik junjung

tanda mata

ringan mulut

makan suap

panjang akal

Bagai isi dengan kuku

Air dicencang tiada putus

TAJUK 9 - PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu.Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu.Istilah dan perkataan baharu dicipta untukmemperkayakan kosa kata Bahasa Melayu.Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaanDasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa danPustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untukmemenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan.Penggubalan istilah inidilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBPdaripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan.

49

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi,tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologiitu sendiri.Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebihmerupakan penggubalan istilah sekunder.Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah.Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam denganbeberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota.

Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal

9.1 Konsep dasar dalam Pembentukan peristilahan

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu.

Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal

Tataistilah

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya).

Tatanama

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan)

a.Tataistilah

Tata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan

50

istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu contohnya darab, pengamiran, janjang, min, mod, graf dan sebagainya.

Contoh lain: Metabolisme, demokrasi, saham, persamaan.

Tatanama

Tatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Ringkasnya, tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida, nukleus, ribosom, karbon dioksida

9.2 Istilah Khusus@ Umum ,Morfem Peristilahan

Istilah khusus - ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.

Istilah Umum - Istilah umum ialah istilah-istilah biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah khusus.

Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu.

Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam

pembentukan istilah.  

1.       Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan. 

2.       Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. 

3.       Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num 

4.       Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. 

51

5.       Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: 

 

 

 

 

  

 

 Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan1.       Dapat berdiri sendiri,

misalnya,minum, cuti, sekolah, periksa

2.       mempunyai makna sendiri

1.       Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber

2.       Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

 Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut: 

 

 

 

 

 

 

 

 

52

 

 9.3 Kata Dasar @ Kata Akar, Imbuhan , Kata

Konsep Perkataan 

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Kata boleh dibahagikan kepada berikut:  

Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid, pekat, mentah

9.4. Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip

 Pengimbuhan 

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. 

Imbuhan Kata Nama

53

Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat

Awalan VarianContoh perkataan

contoh penggunaan

ke- kekerabat, ketladak, kekasih

Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.

maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak

peN- pe-pewangi, peragut, pesalah

Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.

pem-pemfatwa, pemproses, pemberontak

Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen-

pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat

Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng-

pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh

Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge-

pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom

Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel-

pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon

Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.

peR- per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa

54

enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.

juru- juru-jurutaip, jururunding, jurubahasa

Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.

dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)

dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran

Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.

eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)

eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsi

Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara

pasca-(dirujuk kepada `selepas')

pasca- pascasiswazahPengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.

pra-(menunjukkan makna `sebelum')

pra-prasejarah, prakemerdekaan

Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.

swa-menunjukkan maksud `sendiri')

swa-swalayan, swamodal, swakarya

Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

 Contoh imbuhan pada akhiran ayat

Akhiran contoh perkataan

-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)

seniman, budiman

-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)

olahragawan, usahawan

-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)

pragawati, olahragawati

-anpakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat

55

Apitan contoh perkataan

ke....an kezaliman, kesenangan

pe...anperanan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan

peN...an penyusunan, pengurangan

 Contoh imbuhan sisipan pada ayat

sisipan contoh perkataan

-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut

-er- keruping, seruling, serabut

-em- kemuning, kemuncup, kemelut

 

Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber- (berkomunikasi), -an (siaran), peN-.-an (pendebungaan)

Kata Majmuk – Gabungan Kata

1.

Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk membentuk kata baru yang membawa maksud tertentu.

2.

Kata majmuk dieja terpisah misalnya, kaca mata, buah tangan, kasut sekolah, kereta api, jalan raya, anak kunci, meja makan, dan sebagainya.

3.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dieja tercantum. Kecualian ini adalah berdasarkan faktor kelaziman penggunaannya. Bentuk-bentuk kata majmuk ini dianggap telah mantap. Oleh yang demikian, kata-kata ini dikekalkan sebagai satu perkataan.Contoh : antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, dinihari, setiausaha, sukarela, sukacita, suruhanjaya, peribadi, hulubalang, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya,dan sebagainya.

4. Kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas. Sila perhatikan rajah yang berikut.

56

Bentuk Prototaip

Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu. Misalnya:

protein, radiator, magnet

TAJUK 10 - SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

10.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:

(a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

57

(b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.

(c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka

hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa

Melayu. Misalnya:

gambut (Banjar) peat

nyeri (Sunda) pain

engkabang (Iban) ellipenut

awet (Jawa) lasting

10.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Demi keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Misalnya:

Atom- atom, electron –elektron , professional –profesional, psychology -psikologi

structure –struktur

Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar:

(a) sesuai maknanya;

58

(b) lebih singkat daripada terjemahan

bahasa Melayunya;

(c) istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya dan mempunyai banyak sinonim.

Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing dapat terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya.

(a) Hal ini bergantung pada:

(i) konteks situasi dan pemakaiannya dalam ayat;

(ii) kemudahan belajar bahasa; dan

(iii) kepraktisan.

(b) Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal

(misalnya: spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai

(misalnya: bakteria).

Istilah Asing yang Sudah Lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan hendaklah terus dipakai (walaupun ada

kalanya tidak sesuai dengan peraturan)

Untuk menjauhkan kekacauan. Misalnya:

campaign - kempen

custom - kastam

dengue - denggi

grant - geran

pension – pencen

59

Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua

bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Misalnya:

bona fide

esprit de corps

fait accompli

weltanschauung

TAJUK 11. SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Prinsip Peristilahan

Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep danbukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsip peristilahan ialah:

Konsep, Sifat konsep, Ciri, Perhubungan konsep, Sistem konsep, Definisi, Penjelasan

Syarat Pendefinisian, Istilah, Hubungan konsep dan istilah

60

Konsep

Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan.

Sifat Konsep

Konsep adalah unsur pemikiran yang mengandungiciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi.

Ciri

Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, Kedudukan, dan kegunaannya.

Perhubungan Konsep

Dua konsep boleh mempunyai hubungan secara lojik, misalnya: bangunan (genus) rumah(jenis).

Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar.

Sistem Konsep

Konsep yang berkedudukan selari, misalnya Rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain).

Definisi

Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional.

Penjelasan

Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh.

Syarat Pendefinisian

Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain.

61

Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.

Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.

Definisi hendaklah ringkas. Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi.

Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

Istilah

Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek.

Hubungan Konsep dan Istilah

Ada beberapa proses pembentukan kata yang di-gunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa:

Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain.

Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi

produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainan dengan makna asal. Contoh:

biru + muda = biru muda

Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan

cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk

kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa

itu sejak dahulu lagi.

Proses Pemberian Makna Khusus:

62

Sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan.

Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.

Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama. Contohnya rama-rama (rerama), laki-laki (lelaki)

Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan. Contoh kebun (pekebun)

Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya

react (reaction) - tindak (tindakan)

exam (examination) - periksa (peperiksaan)

divide (division) - bahagi (bahagi)

Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat). Contohnya nenek (nek), emak (mak), datuk (tok)

Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya.

Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas.

63

Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah

Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu.

Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

11.2 Syarat-Syarat Pembentukan Pstilah

Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.

Kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama.

Kata atau frasa haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula :

Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata ini dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima.

Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis

panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh

diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

Tatacara pembentukan istilah telah ditetapkan sebagaimana yang berikut

Langkah 1: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

Langkah 2: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan.

Langkah 3: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

64

Langkah 4: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan.

Langkah 5: Mencari kata dalam bahasa Inggeris.

Langkah 6: Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat antarabangsa.

Langkah 7: Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6. Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat.

Langkah 5: Mencari kata dalam bahasa Inggeris.

Langkah 6: Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat antarabangsa.

Langkah 7: Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6. Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat.

Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman

PERISTILAHAN merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru,terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatubidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks penggunaan bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang khusus. Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasakebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai bidang. Dalam melaksanakan kerja penyusunan istilah, DBP dengan kerjasama pakar bidang dalam Jawatankuasa Istilah tertentu telah bersidang dan meneliti setiap butiran dalam senarai bahasasumber iaitu, bahasa Inggeris sebelum membincangkannya dan seterusnyamemberikan padanan bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu berdasarkanlangkah-langkah proses pembentukan istilah yang telah ditetapkan dalamPedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum EjaanBahasa Melayu. Mereka mengabstrakkan konsep daripada bahasa sumber,biasanya bahasa Inggeris. Apa yang terbentang di hadapan mereka merupakanentiti yang bermakna kepada mereka. Tugas mereka adalah untuk mengambilkonsep daripada entiti tersebut dan menempatkannya dalam leksikon aslibahasa Melayu melalui proses pinjam terjemah atau menggunakan istilahkata pinjaman. Konsep pinjam terjemah (konsepnya yang dipinjam daripada bahasa lain),

65

kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasapinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapaludara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane.Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadiungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penuturbahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "doghot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan.Kata bahasa Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon ofhoney dalam bahasa Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu.

Antara kaedah dalam proses pinjam terjemah ialah terjemahan langsung.Kaedah ini dilaksanakan apabila wujud kesepadanan istilah bagi kedua-duabahasa sasaran dan bahasa sumber. Contohnya, akar (bahasa sasaran)merupakan terjemahan daripada root (bahasa sumber), alang (bahasasasaran) diterjemahkan daripada beam (bahasa sumber) dan cacing (bahasasasaran) merupakan terjemahan daripada worm (bahasa sumber). Kata padanandalam bahasa sasaran menunjukkan bahawa sudah wujud kata dalamperbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahliperistilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padananbahasa sasaran adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber.

Melalui proses pinjam terjemah ini ada kalanya juga penggabungan duakata dapat mencari padanannya yang setara apabila diterjemahkan seperti"pasangan" yang diterjemahkan daripada viability (daya hidup) dan "gilababi" daripada epilepsy. Ada kalanya kesepadanan terjemahan antarakedua-dua bahasa tersebut tidak dapat dicari, seperti terjemahan"denyutan nadi" daripada pulse. Hal ini demikian kerana asas terjemahandalam istilah adalah ketepatan makna bukan makna harafiah. Selain itu,berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasaMelayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan,frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biakbaka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.Ada kalanya proses pinjam terjemah juga tidak mudah, terutamanya dalambidang yang lebih khusus dan teknikal. Bahasa Melayu masih kurang efisienuntuk mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengankemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yangsesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalampembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia.Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa

66

Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidakdiasimilasikan, iaitu tidak disesuaikan secara ortografi (sistemejaannya). Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupunmaknanya dalam bahasa asal, seperti istilah "lamina", "orbit" dan"organ". Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan carapenyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan"analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik) daripada chip. Bentukini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialahkata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu,seperti "kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan"(neutralise). Frasa "pelarut akues" (bahasa sasaran) yang diterjemahkandaripada aqueous solvent (bahasa sumber) ialah bentuk istilah yang unsurpenerangnya ialah kata pinjaman.Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkanmartabat bahasa Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalambahasa Melayu yang tidak sejajar dengan makna konsep dalam bahasaInggeris, dan ada kalanya istilah bahasa Melayu harus digandingkan denganistilah pinjaman untuk membentuk istilah tersebut. Hasil daripadapenyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam leksikon bahasaMelayu.Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalambahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untukmelangsungkan komunikasi.

TAJUK 12. MENGAPLIKASI PEMBENTUKAN ISTILAH MENGGUNAKAN SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM

Kata bahasa Melayu yang lazim dan tak lazim

Contoh:

Lazim Tak Lazim

hospital rumah sakit

fisiologi kaji tugas organ

Kata serumpun yang lazim dan tak lazim

67

gambut (Banjar)

nyeri (Sunda)

engkabang (Iban)

awet (Jawa)

Kata bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain

atom atom

electron elektron

professional profesional

psychology psikologi

structure struktur

13 .ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Penggunaan kata Dasar

Kata dasar atau morfem dasar, ialah kata-kata yang merupakan morfem bebas yang belum mendapat sebarang imbuhan (morfem terikat), pengulangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh :

Peta ,air, bidang, sayur, dll.

Proses pengimbuhan

68

Kata akar / dasar diberi imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan (Morfem Terikat Terbahagi Serentak atau Morfem Terikat Terbahagi Bertingkat).

Contoh:

Serap, diserap, menyerapi, diserapi, menyerapkan, diserapkan, penyerapan, penyerap, terserap, zat penyerap, kedayaserapan, daya serap

Proses Penggabungan

Peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata akar / kata dasar. Kemudian diberi makna yang berbeda daripada kata asal.

Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu:

> Perangkaian menjadi satu

Contoh: beritahu, jawatankuasa, olahraga, bumiputera

> Penggunaan sempang

Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin- kira

> Penulisan secara terpisah

Contoh: atur cara, rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis, kahwin campur

Peleburan Fonem dan Suku Kata

Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama.

Suku kata ialah satu struktur yang terdiri daripada fonem atau urutan fonem. Contoh:

meN + salin menyalin

meN + kagum mengagum

beR + rantai berantai

beR + rakit berakit

beR + rentetan berentetan

Proses Analogi

69

Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berobah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan.

Contoh:

Jurumudi: jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding

Tatabahasa: tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup

Lelaki: cecair, sesendi, pepenjuru, pepejal, cecincin, gegelang

Tunasusila: tunaaksara, tunabusana, tunadaksa, tunaganda, tunalaras, tunagrahita, tunanetra, tunawicara

Prasangka: pralahir, prameswari, prakala, prakarsa, prakonsep

Penterjemahan

Istilah baru dapat disusun dengan menterjemahkan istilah asing.

Contohnya :

Mean sea level diterjemahkan menjadi permukaan laut rata-rata

Asas penterjemahan yang harus diikuti adalah kesamaan dan kesepadanan makna konsep, bukan kemiripan bentuk luarnya.

Di samping itu, medan makna dan ciri makna istilah bahasa masing-masing perlu diperhatikan.

Contohnya :

Bar-check, diterjemahkan menjadi besi periksa

Hubungan makna

Melihat hubungan makna antara satu perkataan dengan perkataan lain.

Kajian semantik tradisional:

i. Sinonim

ii. Antonim

iii. Homonim

70

iv. Hiponim

v. Polisemi

Sinonim

Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama

Contoh:

cantik boleh disinonimkan dengan indah

indah boleh disinonimkan dengan cantik

→ perkataan cantik dan indah bersinonim

(kedua-dua boleh ditukar ganti)

Contoh lain

Ibu - emak

kekal - abadi

senang - mudah

Antonim

Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan.

Contoh:

gemuk antonimnya kurus

lelaki antonimnya perempuan

Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin.

Homonim

Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang berbeza.

Contoh:

haus → kering tekak

haus → berkurangan besarnya

71

Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III)

Contoh perkataan lain yang berhomonim:

mancung

mancung I - makin kecil ke hujung

mancung II - seludang kelapa yang kering

Homofon

Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza.

Perkataan bang dan bank sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza.

bang → abang dan azan

bank → tempat berurusan wang.

Homograf

Perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza.

Contohnya:

semak [semak] dan semak [səmak]

perang [perang] dan perang [pərang]

Hiponim

Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu perkataan lain.

Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga.

Contoh perkataan berhiponim:

burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak

Polisemi

Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna.

Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya:

i. tekanan benda

72

ii. tidak ringan

iii. sukar (dilakukan, diselesaikan)

iv. amat sangat, kuat

v. menyebelah, memihak

Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim

Tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga kelompok kata dan ayat. Contoh:

i. Pemenggalan bunyi

am/bil/kan/tong

ii. Imbuhan

pe+latih = orang yang melatih atauorang yang dilatih

iii. Kelompok kata - makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam

vi. berkenaan dengan novel, drama dll yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga perjuangan politik,

dan sebagainya)

Penyingkatan

Istilah umum yang mencakupi akronim, kontraksi, pemendekan dan pemangkasan huruf atau gabungan huruf. Contoh:

bas Prof. TV

LLN SMA dsb

dll hlm. Dr.

UPM UKM USM

73

TAJUK 14 – ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU

Singkatan

Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan:

(a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya. Misalnya:

lab (oratory)

taxi (meter) cab (riolet) (omni)bus

(suratkhabar) harian

(b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.

Misalnya:

sin - sinus

74

cm - sentimeter

cos - kosinus

hab - habitat

(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

tadika

cerpen

kugiran

berdikari

purata

(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil

akronim. Misalnya:

JKR (Jabatan Kerja Raya)

TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)

Akronim

Kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa.

Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar.

Contoh:

ABIM UMNO PAS ASAS 50 ASEAN BERNAMAINTAN GERAKAN IPTAR KEJORA

LUTH PROTON GAPENA PORTUGAL

Lambang Huruf Dan Bilangan

Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

75

Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).

Definisi unit dasar dipersetujui secara antarabangsa. Unit lain merupakan unit terbitan saja. Semua lambang unit yang berdasarkan nama orang ditulis dengan huruf kecil untuk membezakannya daripada nama peribadi orang. Misalnya:

No. Unit berdasarkan nama orang Unit terbitan

1. Hukum Ampere arus 5 ampere atau 5A

2. Hukum Coulomb muatan 3 coulomb atau 3C

3. Suhu Curie aktiviti 8 curie atau 8 Ci

4. Hukum Newton daya 6 newton atau 6N

5. Skala Suhu Kelvin suhu 293 darjah kelvin atau 293 K

Dalam Sistem Unit Antarabangsa awalan yang digunakan untuk menyatakan pecahan unit dasar atau unit terbitan adalah sebagai berikut:

76

Bilangan

Sistem Unit Antarabangsa menentukan penulisan bilangan sebagai berikut:

Tanda perpuluhan boleh ditulis dengan titik. Misalnya: 3.05

Bilangan hendaklah tidak dimulai dengan tanda perpuluhan, kecuali apabila diperlukan dalam jadual atau senarai.

Bilangan perpuluhan tidak boleh dimulai dengan titik perpuluhan, tetapi hendaklah dimulai dengan angka.

Misalnya:

0.52 bukan .52

0.54 bukan .54

0.56 bukan .56

77

Kekecualian daripada peraturan ini diizinkan dalam senarai atau jadual.

Misalnya:

.50

.52

.54

.56

Bilangan yang hanya terdiri daripada angkat yang ditulis dalam jadual atau daftar hendaklah dibahagi-bahagikan kepada kelompok tiga angka yang dipisahkan oleh ruang tanpa tanda titik atau koma. Misalnya:

3 105 724 bukan 3.105.724

0.987 24 bukan 0,98724

Lambang Gambar

Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar. Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing. Misalnya:

Jantan , bintang , omega

TAJUK 15 - EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

15.1 Ejaan Fonemik

Ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik, iaitu "sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disenyapkan".

Prinsip fonemik ini jugalah yang menjadi asas bahasa baku yang pernah dipertikaikan oleh kalangan yang tidak sudi merujuk pakar bahasa. Kini, bahasa baku hanya dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, sedangkan mata pelajaran lain menggunakan bahasa standard berasaskan sebutan Melayu Johor-Riau.

Fonem merujuk kepada sebutan setiap aksara, sama ada vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan. Apa masalahnya untuk menyebut "ada", bukan "ade"?

Pernahkah anda menyebut ande (untuk anda), bece (untuk beca), bole (untuk bola), pole (untuk pola), tuale (untuk tuala), dan wanite (untuk wanita). Jadi, apa masalahnya?

78

Tambahan pula, penyanyi Malaysia dan Indonesia biasanya mematuhi prinsip fonemik dalam sebutan lirik lagu.

Terdapat juga segelintir orang yang sinis terhadap bahasa tentang beza sebutan bau dengan kerbau. Begitu juga kata mereka, mengapa dia disebut sebagai diya, dan buaya disebut sebagai buwaya? Mengapa bilik disebut sebagai bilek?

Dalam semua hukum dan peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian, termasuklah prinsip fonemik. Antara lain ialah:

1. gelunsuran y dan w sepertimana dalam sebutan dia, bau dan buaya;

2. elemen diftong (gabungan vokal) "au" dalam sebutan kerbau, "ai" (balai),

"oi" (berbaloi), "ui" (kelui), dan lain-lain;

3. elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny" (nyiru, tanya), "sy" (syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain-lain.

4. penyengauan (sebutan sengau untuk m, n, y, ng,ny): maya, menang, nganga, nyonya.

Selain itu, terdapat prinsip hentian glotis (glotal stop) yang membawa implikasi bahawa perlunya kesederhanaan dalam sebutan.

Bunyi konsonan r dalam perkataan ular perlu dizahirkan dengan jelas, supaya tidak kedengaran seperti ula. Namun, tidak pula perlu dilebih-lebihkan dengan menggetarkan sebutan r secara keterlaluan sehingga berbunyi ularrrrrrrr..

Demikian juga perkataan seperti itik, bilik, cilik, dan licik boleh disederhanakan sedikit supaya lebih dekat dengan sebutan penutur jati bahasa Melayu tempatan sekian lama (seperti dalam kajian sosiolinguistik).

Ejaan Etimologi

79

Jika terdapat kekeliruan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan sama ejaan, maka perbezaan bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan diikuti dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan kepada salah satu istilah itu.

contohya, bagi media massa, kedua-dua ‘s’ dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.

Ejaan Transliterasi

Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani.

Contoh transliterasi Arab:

bismillahirrahmanirrahim.

15.2 Ejaan Transkripsi

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang berkaitan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. contohnya:

bureau - biro

police - polis

ambulance – ambulans

15.3 Ejaan Nama

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin,tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic, Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung.

Penyesuaian Ejaan

Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain.

istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar:

80

Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah.

Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri daripada segi sebutan dan ejaan.

Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat.

Penyesuaian ejaan istilah baru itu dilakukan menurut kaedah berikut:

Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu 

Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.

Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.

a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)

b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.

c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.

d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

 

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:

a. huruf atau sistem tulisan

b. bunyi-bunyi

81

c. imbuhan

d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan

e. struktur ayat.

 

Jenis-jenis peminjaman

a. peminjaman tulen (matematik, bonus)

b.  peminjaman kacukan (kasut but)

c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)

d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).

e. peminjaman kuno (purnama)

f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

 

Bunyi-bunyi Asing

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

82

Bunyi Contoh Perkataan

/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak

/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh

/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib

/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf

/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)

/z/ zalim, zaman, wazir

/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')

/q/ qari, qadim, furqan

 

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi Contoh Perkataan

/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf

/v/ vaksin, vakum, novel, televisyen

/sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen

/z/ zip, zon, dozen, gazet

 

Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan

Sanskrit awalanmaha-

maharaja, mahaguru, mahasiswa

pra- prakata, prasangka,

83

prauniversiti

tata-tatacara, tatarakyat, tatasusila

swa-swasta, swadaya, swalayan

eka-ekabahasa, ekafungsi, ekanada

dwi- dwibahasa

panca-pancaindera, pancalogam,.

akhiran

-man seniman, budiman

-wan karyawan, hartawan

-nita biduanita

-watiseniwati, angkasawati

Arab-Parsi

Awalan bi-binomial, biadab, bimormal

Akhiran

-i abadai, insani, akhiri

-wi duniawi

-iah ilmiah

-in hadirin

-ah ustazah

-at hadirat

Inggeris-Eropah

Awalan

anti- antibiotik, anti-Yahudi

pro-prokerajaan, pro-Amerika

poli- poliklinik

auto- autonomi, autograf

sub-subgolongan, subbidang

supra-supranasional, suprakelas

Akhiran

-alklinikal, kritikal, praktikal

-ismeidealisme, nasionalisme

84

 Pengaruh Bahasa Inggeris

 Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.

Pinjaman Nahu

Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)

Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).

Gugus Konsonon

Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Ada satu pola umum gugus konsonan iaitu gugus dua konsonan yang boleh berlaku pada awal, tengah atau akhir kata.

Gugus konsonan pada posisi awal suku kata atau awal kata adalah seperti berikut:

dr- drama, draf, drumlin

fr- (Ig : fr-) fragmen, infra, frekuensi

gl- glotis, flukos, gliserin

pr-(Ig: pr-) proses, ekspres, premium, prasejarah

Gugus konsonan pada posisi akhir kata yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu dipertahankan dengan alasan etimologi, kemudahan mempelajari 35 bahasa dan keseragaman bentuk. Kaedah yang dipersetujui dalam menentukan penerimaan bentuk gugus konsonan pada posisi akhir kata adalah sebagai berikut:

Menerima gugus konsonan likuida l atau r yang diikuti konsonan b, d, f, m, n, s, t, konsonan n dengan k atau s, dan k dengan s.

-rd - standard

-rf - (Ig. -rph) alomorf, geomorf, zigomorf

85

-rm - kloroform

Menambah huruf vokal a di akhir kata/istilah yang ditutupi gugus konsonan berikut:

-sm+ sitoplasma,

-sp kuspa

-tm (Ig : -thm) logaritma

+ Gugus -sm dalam -ism yang membawa pengertian kata nama abstrak mengenai aksi, cara, keadaan, tabiat, doktrin atau teori ditambah dengan e pepet, menjadi -isme. Misalnya:

heroism - heroisme

socialism - sosialisme

materialism – materialism

Menanggalkan konsonan terakhir daripada gugus konsonan yang berikut:

-kst (Ig : -xt) teks, konteks

-pt - konsep

-kt (Ig : -ct) projek, objek (kecuali: akta,fakta)

Mengekalkan pengejaan konsonan serta cara penyesuaiannya yang sudah terlanjur menjadi lazim. Misalnya:

-lm dalam filem

-rd dalam kadbod, rekod, kad -rn dalam moden