semantik dan pragmatik bahasa melayu

Download SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Post on 14-Dec-2014

16.534 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. PENGENALAN SEMANTIK

2. Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya. DEFINISI SEMANTIK 3. R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. 4. Hashim Musa, Ong Chin Guan (1998). Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau bererti; sema juga beerti tanda atau lambang Nik Safiah Karim (2001) Semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. J.W.M Verhaar (1996:13) ~ semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna 5. HAKIKAT BERMAKNA Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dlm. Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Awang Had Salleh (1959:633-640) dlm. Abdullah Yusof (2009: 15) ~ makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur. 6. Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dlm. Hashim Bin Musa (1998:3) tertumpu kepada dua perkara utama. kaitan antara pernyataan bahasa dengan maknanya. perubahan makna, sebab-sebab perubahan makna, dan sejarah makna itu sendiri. De Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak dapat dipisahkan daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri. 7. Makna & Simbol Eugene A. Nida (1996:8) dlm. Abdullah Yusof (2009:15) ~ makna simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Hashim Bin Musa ~ lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau psikik yang mempunyai dua aspek, iaitu lambang bunyi dan makna. 8. Ainon Ahmad (1994:48) dlm. Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. lambang ~ satu jenis kod pada kumpulan objek yang dinamakan pula sebagai isyarat tiga jenis lambang ~iaitu indeks, ikon, dan konvensi. 9. ABSTRAK & KONKRIT Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai makna denotatif ataupun konkrit. Perkataan yang memerlukan yang mendalam pula disebut sebagai membawa makna kabur (taksa) ataupun abstrak. Empat jenis makna abstrak ~ kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna. 10. KETAKSAAN MAKNA Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Burung hinggap di ranting pokok. Burung itu hinggap di atas pokok. Burung itu terbang di atas pokok. 11. kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar. ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris. kurang ketentuan makna - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman. Pertentangan makna - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. 12. faktor berlakunya ketaksaan makna berlaku akibat hubungan makna dengan alam. ketaksaan leksikel (homonim, polisemi) contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis) cara mengatasi ketaksaan makna konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya. 13. JENIS-JENIS MAKNA Makna Denotatif makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar Makna Konotatif makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir Makna Konseptual konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran 14. Makna Leksikal melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat leksikograf - penyusun kamus leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan leksikon - kamus semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan 15. Makna Etimologis bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa- bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. prinsip etimologis - masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan kata merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata 16. Makna afektif berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna Gramatikal struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis jenis imbuhan awalan akhiran apitan sisipan - seperti gentar - gementar 17. Makna Tematik apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap Makna Gaya gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen. gaya bahasa figuratif peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. dialek variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat gaya bahasa berirama gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri 18. Makna Asosiatif makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Makna Stilistik perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu. Makna Kolokatif ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu. kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya 19. Makna Idiom satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal Makna Peribahasa pelbagai takrifan bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku. Makna Kontekstual menurut konteks melihat konteks penggunaanya Makna Referensial perkataan yang mempunyai referensi 20. Peribahasa dan Simpulan Bahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus untuk pedoman hidup sebagai kiasan, teladan dan pengajaran cabang peribahasa : simpulan bahasa kiasan ibarat pepatah perbilangan bidalan tamsil perumpamaan lidah pendeta / kata hikmatat 21. PERUMPAMAAN perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk bersaksi ke lutut potong hidung rosak muka 22. PEPATAH pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. ada sampan, hendak berenang ada air adalah ikan 23. BIDALAN bidalan - mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit alah bisa tegal biasa 24. SIMPULAN BAHASA simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. anak buah lipas kudung ada angin 25. KAEDAH MEMBERI MAKNA (TRADISIONAL) SINONIM~ seerti / hampir sama maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali ANTONIM ~ maksud berlawan antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual 26. HIPONIM mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat / hierarki HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar 27. TEORI SEMANTIK Segitiga Makna Odgen dan Richard 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol. reference - referent - memenuhi satu keperluan 28. Segitiga Semiotik Ullman 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu. Pemeringkatan Makna Osgood ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz 29. Analisis Komponen Katz dan Fodor dikenali sebagai teori analisis komponen mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci Imej bunyi / signifier~ de saussure melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi y

Recommended

View more >