semantik & wacana

60
SOALAN 1(a) 1

Upload: -

Post on 30-Nov-2015

109 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KERJA KURSUS

TRANSCRIPT

Page 1: SEMANTIK & WACANA

SOALAN 1(a)

1

Page 2: SEMANTIK & WACANA

2

1.0 SEMANTIK

1.1

1.2 Definisi Semantik

1.3 Struktur Makna

1.4 Hubungan Kata dengan Makna

Sinonim Antonim Hiponim polisim

1.5 Medan Makna

Makna Kata Makna Ayat Makna Denotatif Makna Konotatif

Page 3: SEMANTIK & WACANA

Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini

menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan

dunia rujukannya.

Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Semantik menghubungkan

makna kalimat dengan wacana atau teks.

Semantik bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat.

Dalam bidang semantik, beberapa konsep lain yang melihat hubungan makna

kata seperti sinonim, antonim, hiponim, dan polisim perlu diberikan tumpuan.

Semantik berbeza daripada sintaksis kerana sintaksis ialah kajian tentang

struktur bahasa dan bukan makna.

Secara tradisional, semantik melibatkan analisis denotatif dan konotatif yang

ada kaitannya dengan ayat.

Sebagai unit makna yang tidak terbatas yang bermula daripada unit leksikal,

semantik boleh diperluas bagi memperlihat makna pada tahap yang lebih tinggi,

iaitu wacana.

Semantik atau makna kata ialah konsep yang digunakan dalam bidang

linguistik.

Semantik ialah bidang yang mengkaji makna sesuatu kata dalam bahasa

tertentu, yang dikaitkan dengan masyarakat dan faktor-faktor tertentu yang

mempengaruhi makna kata yang diucapkan itu, amnya budaya hidup

masyarakat tersebut.

Pendapat lain tentang semantik adalah seperti berikut :

3

1.1 Pengenalan

Sperber dan Wilson (1980)Kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bantuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Harimurthi Kridalaksana (1983)Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

1.2 Definisi Semantik

Page 4: SEMANTIK & WACANA

Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan

daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar.

Sebenarnya, makna itu sendiri mempunyai pengertian yang amat luas. Sebagai

contoh, perkataan ‘dia’ bolah membawa pelbagai makna, iaitu seorang lelaki,

perempuan, kanak-kanak, remaja, orang tua dan sebagainya. Hal ini bermakna

perkataan ‘dia’ mempunyai nilai makna yang berhubung dengan jantina, usia

dan taraf sosial.

Oleh itu, untuk memudahkan kita melihat makna tersebut, ia perlu dilihat dalam

struktur tatabahasa.

Struktur bermaksud satu cara yang menggabungkan bahagian kecil sesuatu

yang dibentuk sehingga menjadi satu keseluruhan, misalnya tubuh manusia

merupakan satu struktur yang terdiri daripada bahagian kecil yang bergabung.

Dari segi struktur makna pula, ia merujuk kepada bagaimana sesuatu

perkataan yang membina sesuatu ayat itu berperanan dalam memberikan

makna ayat itu secara keseluruhannya, iaitu yang menunjukkan hubungan

makna antara butir kosa kata.

Dalam istilah yang lain, ia disebut sebagai semantik struktural, iaitu yang

menjelaskan hubungan antara makna perkataan dalam sesuatu ayat dengan

bagaimana makna tersebut dapat dicipta daripada elemen yang lebih kecil.

4

Frank Parker (1994)Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.

Adrian Akmajian et al. (1995)Kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Kajian ini boleh dimulakan pada aras kata atau aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat.

1.3 Struktur Makna

Page 5: SEMANTIK & WACANA

Perkataan yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata

adjektif kesemuanya mengandungi makna.

Sebaliknya, kata hubung seperti ‘lalu’, ‘dan’, ‘jika’, ‘sambil’, ‘tetapi’ dan kata

sendi nama seperti ‘di’, ‘ke’, ‘daripada’, dan ‘pada’ tidak mempunyai makna

tersendiri.

Imbuhan juga tidak mempunyai makna, tetapi dari segi tatabahasa ia berfungsi

untuk membezakan makna. Sebagai contoh, ‘tahun’ bermaksud jangka waktu

yang lamanya dua belas bulan, sebaliknya ‘tahunan’ bermaksud sesuatu yang

berlaku tiap-tiap tahun atau sekali dalam setahun.

Hal ini menunjukkan terdapat hubungan antara makna dengan kata tersebut

dan dengan itu ia tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.

Kata-kata adalah berhubungan antara satu dengan yang lain melalui pelbagai

cara. Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut,

iaitu sinonim, antonim, hiponim, dan polisim.

Sinonim

- Golongan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Persamaan makna tersebut mengkin berasal daripada bahasa asal atau

bahasa yang dipinjam. Contohnya, kata ‘kereta’ dan ‘motokar’ merupakan

kata sinonim yang sama maksud, iaitu kereta sebagai kata asli bahasa

Melayu dan motokar sebagai kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, perkataan motokar tidak boleh menggantikan kata

kereta apabila kata ini digabungkan dengan kata ‘lembu’ untuk membentuk

kata ‘kereta lembu’. Namun, sebagai sinonim, kata kereta boleh digantikan

dengan motokar apabila digabungkan dengan kata adjektif seperti ‘baharu’,

menjadi ‘kereta baharu’ atau ‘motokar baharu’.

- Kata sinonim boleh wujud antara bahasa atau antara dialek. Terdapat kata

sinonim berdasarkan loghat atau dialek tempatan. Begitu juga dengan

bahasa kasar atau bahasa kesat. Penggunaan kata sinonim juga berbeza-

beza berdasarkan faktor konteks dan faktor geografi yang

mempengaruhinya.

5

1.4 Hubungan Kata dengan Makna

Page 6: SEMANTIK & WACANA

- Contoh :

i) Sinonim antara morfem :

a) Itu rumah saya. - Itu rumahku.b) Armah kakak dia. - Armah kakaknya.

ii) Sinonim antara perkataan :

a) cantik dengan lawab) kasih dengan sayang

iii) Sinonim antara rangkai kata atau frasa :

a) ibu bapa dengan orang tuab) musim sejuk dengan musim dingin

iv) Sinonim antara kata ganda

a) lama-kelamaan dengan lambat-launb) tiba-tiba dengan sekonyong-konyong

- Mangkat, meninggal dunia, dan mati merupakan sinonim yang sama

maksudnya. Mangkat dalam bahasa melayu harus digunakan terhadap

individu daripada keturunan raja sahaja. Meninggal dunia atau mati

merupakan bahasa yang digunakan untuk anggota masyarakat biasa. Wafat

pula digunakan untuk para nabi dan rasul.

Antonim

- Antonim merupakan kata-kata yang mempunyai pertentangan makna, iaitu

perlawanan maksud.

- Terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang

berlawanan maksud.

- Contoh :

a) langit - bumib) malam - siangc) jual - belid) mahal - murahe) tinggi - rendahf) hitam - putihg) besar - kecilh) lama - baru

6

Page 7: SEMANTIK & WACANA

Hiponim

- Hiponim ialah ungkapan yang maksudnya dianggap sebagai maksud

ungkapan yang lain.

- Mempunyai pemeringkatan dalam struktur makna.

- Dalam bahasa Melayu, kata binatang dan ikan contohnya, merupakan kata

hiponim kerana kata ini merangkumi beberapa jenis yang tergolong dalam

satu kategori.

- Contoh :

a) bawal, tenggiri, pari, dan toman merupakan hiponim bagi ikanb) undan, nuri, punai, kenari, gagak, merbah, merpati, dan enggang

merupakan hiponim bagi burungc) roti, nasi, mi, sate, ketupat, lemang, dan rendang merupakan hiponim

bagi makanand) orkid, mawar, melur, dan kenanga merupakan hiponim bagi bunga

Binatang

arnab panda kijang rusa singa laut tenggiling kera harimau zirafah

7

Page 8: SEMANTIK & WACANA

Polisim

- Polisim ialah kata yang mempunyai banyak makna, termasuk simpulan

bahasa, bidalan, dan perumpamaan.

- Contoh :

a) Harga telur ayam semakin hari semakin naik.b) Muthu mendapat telur dalam ujian itu.c) Muka Samy bertelur selepas kena tumbuk oleh Ali.d) Jangan hanya menelurkan idea tanpa mencadangkannya ketika

mesyuarat.

- Kata polisim terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

i) Homonim - merupakan kata-kata homograf yang sama ejaan

dan sebutan, tetapi mempunyai makna yang

berlainan.

ii) Homofon - kata-kata yang sama sebutannya (homo – sama,

dan fon – bunyi), tetapi berbeza dari segi ejaan

dan makna.

- contohnya, bena dengan bina, bank dengan bang.

Walaupun makna dan ejaannya berbeza, tetapi

sebutan kata-kata itu hampir sama.

iii) Homograf - kata-kata yang sama ejaanya tetapi mempunyai

makna yang berbeza.

- contohnya, semak (memeriksa) dengan semak

(tumbuh-tumbuhan yang kecil dan rendah), daki

(kotoran) dengan daki (memanjat bukit), bela

(menuntut balasan) dengan bela (memelihara).

Walaupun ejaanya sama, namun maknanya

berbeza.

8

Page 9: SEMANTIK & WACANA

Medan makna merujuk kepada kumpulan butir leksikal yang maknanya saling

berhubung kait disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang

serupa.

Medan makna juga merujuk kepada erti yang didukung oleh kata atau

kumpulan kata.

Secara umumnya, medan makna dikaitkan dengan kata kunci atau kolokasi,

iaitu keadaan dua kata atau lebih yang lazimnya dikaitkan antara satu sama

lain.

Sebagai contoh, kata ‘buku’ berkolokasi dengan tebal, nipis, perkataan,

halaman, bibliografi, bab, dan sebagainya.

Medan makna dapat digunakan bagi menjelaskan persempadanan makna bagi

suatu kata atau ayat.

Sempadan makna ialah satu keadaan yang dapat menghubungkan beberapa

patah perkataan dalam kumpulan tersendiri untuk memberikan makna kepada

perkataan yang dikehendaki.

Setiap unit perkataan yang terkandung dalamnya tidak boleh dilihat secara

terpisah bagi melahirkan makna kata yang dipilih.

pensyarah

kuliah makmal

Universiti

dekan tesis

perpustakaan

9

1.5 Medan Makna

Page 10: SEMANTIK & WACANA

Makna Kata

Makna kata dikatakan bertalian. Suatu kata itu bermakna dalam hubungan

dengan ada kaitan dengan kata sebelumnya.

Disebut juga makna leksikal.

Kata merupakan sesuatu yang diucapkan atau dituturkan.

Kata dasar umumnya akan berubah maknanya apabila pengimbuhan,

penggandaan, dan sebagainya.

Makna Ayat

Unsur bahasa yang penting dalam menentukan makna sesuatu perkataan.

Untuk menentukan makna sesuatu/sebenar ayat, kita mestilah merujuk

kepada konteks situasi, ujaran berlaku dan tajuk perbincangan berkaitan.

Terdapat suatu makna dalam ayat yang di dalamnya terdapat ayat-ayat

kabur.

Suatu perkataan boleh berubah maknanya jika digunakan dalam konteks

ayat yang berlainan.

Contoh : i) Sungai itu amat dalam. (sifat)

ii) Saya meletakkan buku itu ke dalam laci. (tempat)

iii) Mereka berbeza pendapat dalam semua hal. (kata sendi)

Ada perkataan yang tidak menunjukkan perbezaan makna yang besar dan

makna inti dapat dikesan dengan mudah.

Contoh : kaki bangku

kaki kerusi

kaki bukit

( kaki – bahagian sebelah bawah sesuatu )

10

Page 11: SEMANTIK & WACANA

Makna Denotatif

Makna denotatif merupakan makna yang sesuai dengan pemerhatian dan

dianggap sebagai maksud yang sebenar.

Dianggap sebagai makna asal atau makna dasar.

Contoh :

i) Kata perempuan atau wanita mempunyai denotatif yang sama dan sesuai

dengan pemerhatian, iaitu bermaksud lawan lelaki.

ii) Kata gadis dengan anak dara ataupun perawan mempunyai denotatif

yang sama dan sesuai dengan pemerhatian, iaitu bermaksud perempuan

yang belum berkahwin.

Makna Konotatif

Makna konotatif merupakan makna yang dikaitkan dengan nilai rasa sama

ada positif atau negatif.

Sebagai contoh, walaupun kata perempuan dengan wanita mempunyai

denotatif yang sama, iaitu lawan lelaki, namun dari segi konotatifnya

dikatakan berbeza, iaitu maksud perkataan dinilai berdasarkan “rasa”. Oleh

itu, makna konotatif sering dianggap sebagai makna tambahan, berbanding

dengan makna denotatif yang dikatakan sebagai makna atau makna dasar.

Contoh : Kata perempuan dengan wanita dari segi konotatif :-

i) Kata perempuan bersifat lebih umum, iaitu mempunyai nilai rasa taraf

lebih rendah.

ii) Kata wanita mempunyai nilai rasa taraf yang lebih tinggi.

11

Page 12: SEMANTIK & WACANA

12

2.0 WACANA

2.1

2.2 Definisi Wacana

Wacana Lisan Wacana

2.3 Jenis-jenis Wacana

2.4 Ciri-ciri Wacana

2.4.1 Tujuan

2.4.2 Khalayak

2.4.3 Isi

2.4.4 Tatabahasa

2.4.5 Kosa Kata

2.4.6 Gaya

2.4.7 Susunan

Tujuan Penerimaan Tautan Runtutan Keadaan Maklumat Interteks

2.4.8 Penanda Wacana

Penanda Leksikal Penanda Penghubung Penanda Penggantian Penanda Rujukan Penanda Elipsis atau

Pengguguran

2.5 Aspek-aspek Hubungan Wacana

2.5.1 Hubungan dari Aspek Semantik

2.5.2 Hubungan dari Aspek Fonologi

2.5.3 Hubungan dari Aspek Nahu atau Tatabahasa (Gramatis)

2.5.4 Hubungan dari Aspek Pengulangan (Leksikal)

Page 13: SEMANTIK & WACANA

Wacana ialah unit bahasa yang lengkap yang melebihi batas ayat.

Wacana boleh terdiri daripada ayat atau ayat-ayat, bab, buku, dialog, dan

sebagainya.

Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

Dalam sesuatu wacana, perkaitan antara unit wacana sama ada dalam bentuk

lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat

tentang sesuatu perkara.

Gaya penyampaian wacana bergantung pada situasi dan kedudukan penutur.

Contohnya, gaya yang formal digunakan apabila seorang bertutur dengan

majikannya, manakala gaya biasa digunakan apabila seseorang bertutur

dengan rakannya.

Ayat-ayat hendaklah menunjukkan kesinambungan dari segi semantik.

Justeru, wacana tidak boleh mengandungi maklumat yang bertentangan

dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

Keutuhan sesuatu wacana bergantung pada wujudnya hubungan dari segi

semantik. Hal ini dapat menentukan sama ada ayat tersebut merupakan suatu

wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

Rajah : Hierarki tatabahasa

13

Ayat

Klausa

Frasa

Kata

Wacana

2.1 Pengenalan

Page 14: SEMANTIK & WACANA

Hafizah Salleh. (2005:63). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2.

Wacana merupakan satu unit bahasa yang lengkap dan tertinggi, serta mengandungi

idea-idea yang berkesinambungan yang boleh disampaikan secara lisan atau tulisan.

Unsur-unsur wacana boleh disusun atur menurut keutamaan, tempat, situasi, dan

sebagainya. Ayat-ayatnya haruslah mempunyai urutan yang berkait rapat dari segi

semantik. Justeru, sesuatu wacana adalah kesatuan fikiran yang utuh sama ada

dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

Halimah Abdul Rahman. (2001:53). Bahasa Melayu (Kertas 1) STPM.

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana ia boleh terdiri daripada

ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku, dan sebagainya

yang di dalamnya memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang

berurutan. Dengan kata lain, wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap.

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin.(2002:93).Bahasa Melayu STPM Kertas 1&2.

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri

daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya

yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Dalam

sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan

yang utuh. Sesuatu wacana sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan bagi

tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik. Dari segi hierarki

tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki yang tertinggi selepas ayat.

14

2.2 Definisi Wacana

Page 15: SEMANTIK & WACANA

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan

dan wacana tulisan.

15

Wacana Lisan

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan.

Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi secara

langsung, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan penutur dan

pendengar.

Dalam wacana lisan, penutur biasanya akan menggunakan ekspresi wajah,

intonasi suara, gerak badan, dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu

maklumat kepada pendengar.

Biasanya dalam wacana lisan, penutur akan mendapat respon daripada

pendengar pada ketika itu juga.

Antara contoh wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui perbualan,

Wacana Tulisan

Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis.

Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.

Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi

satu arah.

Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut

dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada

pembaca.

Wacana tulisan sering disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan

yang berkualiti dan tepat.

Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk

memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau

penulis.

Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat dalam

akhbar, majalah, dan buku.

2.3 Jenis-jenis Wacana

Page 16: SEMANTIK & WACANA

Wacana mempunyai bentuk dan struktur yang terdiri darpada pendahuluan,

tubuh, dan penutup.

Tiap-tiap wacana mempunyai tujuan berdasarkan khalayak yang menjadi

sasaran sama ada pendengar atau pembaca.

Ciri-ciri wacana dapat digambarkan berdasarkan rajah di bawah.

2.4.1 Tujuan

Setiap wacana perlu mempunyai tujuan. Hal ini demikian kerana tujuan

menentukan selenggaraan, sama ada untuk memperoleh maklumat atau

sebagainya. Tujuan sesuatu wacana ditentukan oleh penulis atau penuturnya.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Ayat tanya

digunakan bagi mendapatkan maklumat manakala ayat menyata digunakan

bagi menerangkan sesuatu perkara. Jika tujuannya untuk menyempurnakan

sesuatu kerja, ayat perintah digunakan sebagai selenggaraannya.

16

Wacana

Susunan

Tujuan

Khalayak

TatabahasaKosa Kata

Isi

Gaya

2.4 Ciri-ciri Wacana

Page 17: SEMANTIK & WACANA

2.4.2 Khalayak

Khalayak mempunyai sasaran, iaitu sama ada pembaca atau pendengar.

Sebelum sesuatu wacana ditulis, penulis hendaklah menyedari dan

menimbangkan sasaran yang hendak ditujukannya. Hal ini mempengaruhi gaya

penyampaian seseorang penulis. Kadangkala khalayak yang ditujukan hanya

dinyatakan secara tersirat.

2.4.3 Isi

Isi wacana hendaklah bersesuaian dengan tajuk sesuatu wacana. Isi sesuatu

wacana boleh terdiri daripada fakta ataupun maklumat, begitu juga bahan bukti

yang menjadi sokongan. Isi perlu disusun dengan kemas dan mudah difahami.

2.4.4 Tatabahasa

Tatabahasa merangkumi pengungkapan klausa, frasa, dan penggunaan

imbuhan. Ayat-ayat yang digunakan hendaklah pelbagai dan sesuai dengan isi.

Penggunaan imbuhan juga hendaklah tepat agar dapat memperjelas maksud

yang hendak disampaikan.

2.4.5 Kosa Kata

Kosa kata menggunakan kata-kata, kiasan, dan rangkai kata yang sesuai

dengan tajuk yang dipilih. Sesuatu tajuk lazimnya mempunyai medan katanya

yang tersendiri.

2.4.6 Gaya

Gaya yang digunakan melibatkan pemilihan bentuk wacana, iaitu sama ada

wacana yang dipilih itu berbentuk naratif, diskriptif, ataupun bentuk eksposisi.

Setiap bentuk atau mod mempunyai gaya persembahan yang tersendiri.

17

Page 18: SEMANTIK & WACANA

2.4.7 Susunan

Wacana perlu mempunyai ciri susunan atau unsur susun atur tertentu. Unsur-

unsur wacana boleh disusun atur menurut keutamaannya, tempat, masa,

akibat, dan sebagainya. Susunan yang digunakan dalan sesuatu wacana itu

terdiri daripada susunan idea yang berkaitan antara satu sama lain. Himpunan

idea yang dikenali sebagai perenggan boleh dibuat menurut susunan secara

logik atau berdasarkan urutan masa.

Menurut Beaugrande dan Dressier (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan

yang perlu dipenuhi untuk menghasikan wacana yang utuh, iaitu tujuan,

penerimaan, tautan, runtutan, keadaan, maklumat, dan interteks.

1) Tujuan

Wacana yang ditulis oleh seseorang penulis atau diucapkan oleh seseorang

penutur itu adalah berdasarkan sesuatu tujuan. Justeru, gaya penyampaian

yang digunakan oleh penutur atau penulis untuk memenuhi tujuan yang

berkaitan adalah berbeza-beza. Misalnya, gaya yang tertentu digunakan

dalam menyampaikan ceramah, iaitu bertujuan untuk mendedahkan maklumat

yang khusus. Begitu juga gaya berbeza digunakan dalam pidato atau

perbahasan, iaitu bertujuan untuk menyakinkan pendengar atau pembaca

agar bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan melalui wacana itu.

2) Penerimaan

Sesuatu wacana haruslah mempunyai pendengar atau pembaca yang

merupakan penerima. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar

atau pembaca yang terlibat memahami wacana yang diujarkan sepenuhnya

sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Sebaliknya, jika pendengar

atau pembaca yang terlibat tidak memahami perkara yang hendak

disampaikan oleh penutur atau penulis, tahap penerimaan tersebut dianggap

rendah.

18

Page 19: SEMANTIK & WACANA

3) Tautan

Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan

unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana. Keserasian hubungan ini

lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat

dengan perkataan dan sebagainya yang terdapat dalam wacana tersebut.

Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan

sebahagian teks yang lain sehingga membentuk suatu wacana yang

mempunyai kesatuan yang mantap.

4) Runtutan

Runtutan merupakan kesinambungan idea atau asas yang terdapat dalam

sesuatu wacana sehingga menjadikan sesuatu teks itu bermakna.

5) Keadaan

Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Keadaan

berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai atau

tidak dengan situasi ujaran. Untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai

dengan keadaan, penutur atau penulis perlu memilih perkataan, frasa atau

ayat dengan baik.

6) Maklumat

Setiap ayat dalam wacana perlu mengandungi maklumat baharu yang tiada

dalam ayat sebelumnya. Tautologi, iaitu pengulangan kata atau idea adalah

tidak wajar dalam sesuatu wacana. Maklumat yang terdapat dalam sesuatu

wacana dapat dibahagikan kepada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat

baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada

peringkatat awal dan diulang dalam konteks yang berikutnya, manakala

maklumat baharu pula ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan.

7) Interteks

Interteks merujuk kepada sesuatu wacana yang sifatnya bergantung pada

wacana yang lain. Dengan cara lain, mudah bagi seseorang untuk memahami

wacana yang didengar atau dibacanya.

19

Page 20: SEMANTIK & WACANA

2.4.8 Penanda Wacana

• Dalam sesuatu teks, penanda wacana penting kerana dapat mewujudkan

kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain,

sehingga mampu untuk membentuk kesatuan.

• Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada :

a) Penanda Leksikal

b) Penanda Penghubung

c) Penanda Penggantian

d) Penanda Rujukan

e) Penanda Elipsis & Pengguguran

a) Penanda Leksikal

• Merupakan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik yang

melibatkan unsur pengulangan kata.

• Antaranya ialah pengulangan dalam bentuk sinonim, hiponim, dan

sebagainya.

• Contoh 1 (pengulangan) :

i) Ibu amat menyayangi Abu.

ii) Kami juga amat menyayanginya.

Terdapat pengulangan kata dalam ayat-ayat di atas.

• Contoh 2 (antonim) :

i) Hidup dikandung adat.

ii) Mati dikandung tanah.

Hidup merupakan antonim bagi mati.

• Contoh 3 (unsur bersambut) :

i) Pihak pencadang mengemukakan hujah-hujah mereka.

ii) Pihak pembangkang menyangkal hujah-hujah tersebut.

Unsur bersambut terdapat dalam kedua-dua ayat di atas.

20

Page 21: SEMANTIK & WACANA

b) Penanda Penghubung

• Berperanan sebagai penjalin unsur-unsur linguistik, umpamanya kosa kata,

frasa, atau ayat yang terdapat dalam sesuatu wacana.

• Penanda penghubung terdiri daripada :

i) Penghubung Tambahan

ii) Penghubung Tentangan

iii) Penanda Penghubung Musabab

iv) Penanda Penghubung Tempoh

i) Penghubung Tambahan

Penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu

perkara yang diperkatakan sebelumya. Contohnya, dan, bahkan, tambahan

pula, di samping itu, dan sebagainya.

ii) Penghubung Tentangan

Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat

yang baharu diperkatakan dengan ayat yang sebelumnya. Contohnya, tetapi,

namun, dan walau bagaimanapun.

iii) Penanda Penghubung Musabab

Penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu perkara. Contohnya,

oleh itu, kerana, oleh sebab, dan sebagainya.

iv) Penanda Penghubung Tempoh

Penanda yang menunjukkan urutan masa berlakunya sesuatu peristiwa.

Contohnya, selepas itu, ketika, kemudian, selanjutnya, dan sebagainya.

21

Page 22: SEMANTIK & WACANA

c) Penanda Penggantian

• Terdiri daripada tiga penanda penggantian :

i) Penggantian Nominal

- Penggantian terhadap kata atau frasa nama.

ii) Penggantian Verbal

- Penggantian terhadap kata atau frasa kerja.

iii) Penggantian Klausa

- Penggantian sebahagian daripada ayat.

• Contoh : (penggantian klausa)

i) Dia enggan pergi ke majlis itu bersama kami.

ii) Nanti dia pergi sendirian.

Perkataan dia pergi menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu pergi ke

majlis itu.

d) Penanda Rujukan

• Merupakan rujukan terhadap ganti nama diri orang pertama, kedua, dan

ketiga serta ganti nama tunjuk.

• Contoh :

i) Aisyah, Fatin, dan Wani ke Brunei Darul Salam.

ii) Mereka pergi bersama-sama.

Perkataan mereka merupakan kata ganti nama diri bagi Aisyah, Fatin, dan

Wani.

22

Page 23: SEMANTIK & WACANA

e) Penanda Elipsis & Pengguguran

• Elipsis merupakan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam

ayat sebelumnya, iaitu melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh

pembaca atau pendengar.

• Contoh 1 :

i) Adli lari lintang-pukang.

ii) Tidak tahu arah yang harus ditujunya.

Berdasarkan contoh ayat di atas, subjek Adli tidak diulang dalam ayat yang

berikutnya. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti

ayat pertama, namun ayat tersebut masih difahami oleh pembaca atau

pendengar.

• Contoh 2 :

i) Saya rasa saudari masih marah terhadapnya.

ii) Benar. (sepatutnya Benar, saya masih marah terhadapnya.)

Berdasarkan contoh di atas, walaupun frasa masih marah terhadapnya tidak

diulang dalam ayat yang berikutnya, namun mesejnya difahami oleh pembaca

atau pendengar.

23

Page 24: SEMANTIK & WACANA

2.5.1 Hubungan dari Aspek Semantik

A) Hubungan sebab dan akibat

Contoh : Azmi sangat letih. Dia berhenti untuk berehat sebentar.

B) Hubungan perbandingan

Contoh : Keretanya besar. Kereta abangnya lebih besar.

C) Hubungan sebab dan tujuan

Contoh : Budak itu sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam peperiksaannya

dengan kelak.

D) Hubungan sebab dan hasil

Contoh : Pemuda itu usahawan yang berjaya. Pendapatannya menjangkau

RM30 000 sebulan.

E) Hubungan syarat dan hasil

Contoh : Dia mesti mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital. Melalui

rawatan yang rapi, penyakitnya dijangka akan sembuh.

F) Hubungan latar dengan kesimpulan

Contoh : Lelaki tua itu berjalan dengan menggunakan tongkat. Rupa-rupanya

dia buta.

G) Hubungan dari segi konteks berdasarkan latar sosial

Contoh : Ali : Sudah bersedia?

Abu : Ya. Mulakanlah.

(Penutur dan pendengar saling memahami hal yang diperkatakan

walaupun orang lain tidak memahaminya.)

24

2.5 Aspek-aspek Hubungan Wacana

Page 25: SEMANTIK & WACANA

H) Hubungan pengukuhan (memperkukuh isi)

Contoh : Pembunuh itu amat kejam. Wanita itu dibunuhnya tanpa

perikemanusiaan.

I) Hubungan berdasarkan laras bahasa

Contoh : Buku ini mempunyai ciri-ciri yang eksklusif. Buku ini dirangka khusus

bagi mempersiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan

penuh keyakinan. Dapatkan buku ini segera di pasaran sekarang!

(Terdiri daripada laras bahasa iklan, berita, karya kreatif, dan

sebagainya. Walaupun gaya bahasa yang digunakan terdiri daripada

laras yang tertentu, namun kesatuannya masih dianggap sebagai

wacana.)

2.5.2 Hubungan dari Aspek Fonologi

A) Hubungan berdasarkan intonasi atau nada suara

Contoh 1 : “Pergilah sekarang.”

Ayat ini diucapkan dengan nada yang lembut, bermaksud suruhan

atau permintaan yang ikhlas daripada penuturnya.

Contoh 2 : “Pergilah sekarang!”

Ayat ini diucapkan dengan nada yang keras, menunjukkan

kemarahan atau merupakan ayat perintah daripada penuturnya.

Tanda seruan digunakan untuk menunjukkan nada keras

seumpamanya.

25

Page 26: SEMANTIK & WACANA

2.5.3 Hubungan dari Aspek Nahu atau Tatabahasa (Gramatis)

A) Hubungan berdasarkan penggunaan kata hubung

Contoh 1 : Sungguhpun Muliati cacat, namun dia tetap tabah dalam

mengharungi liku-liku kehidupan, terutamanya ketika menjalani

pengajiannya di kampus.

Contoh 2 : Oleh sebab ibunya sakit dan terpaksa dirawat di hospital, dia

terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah.

B) Hubungan berdasarkan pengguguran kata atau frasa

Contoh : “Bertahun-tahun datuk menunggu kepulangan abang. Barangkali dia

sudah putus harapan untuk bertemu dengan abang lagi.”

“Ya.” (sepatutnya : “Ya, datuk sudah putus harapan untuk bertemu

dengan abang lagi.”)

2.5.4 Hubungan dari Aspek Pengulangan (Leksikal)

A) Hubungan berdasarkan sinonim

Contoh : Pelakon wanita yang memegang peranan utama dalam filem itu

sungguh jelita. Pelakon pembantunya juga mempunyai wajah yang

cantik.

B) Hubungan berdasarkan antonim

Contoh : Pemuda menjadi harapan bangsa.

Pemudi merupakan tiang negara.

C) Hubungan berdasarkan hiponim

Contoh : Pelakon wanita yang memegang peranan utama dalam filem itu

sungguh jelita. Pelakon pembantunya juga mempunyai wajah yang

cantik.

26

Page 27: SEMANTIK & WACANA

D) Hubungan berdasarkan kolokasi (kaitan)

Contoh 1 : Pencemaran air semakin berleluasa.

Hidupan akuatik terjejas dan menjadi semakin pupus.

Contoh 2 : Pelbagai jenis makanan ada dijual di premis itu.

Kesemuanya lazat-lazat belaka.

E) Hubungan yang mempunyai unsur bersambut

Contoh : Pihak pencadang mengemukakan hujah.

Pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

F) Hubungan berdasarkan pengulangan

Contoh : Kini manusia lebih mementingkan kebendaan. Mereka sanggup

bekerja siang dan malam demi memperoleh harta kekayaan. Tidak

hairanlah jika manusia menjadi begitu meterialistik pada zaman ini.

27

Page 28: SEMANTIK & WACANA

28

3.0 PENGANTAR PSIKOLINGUISTIK

3.1

3.2 Definisi dan Konsep

Linguistik Psikologi psikolinguistik

3.5 Teori Pemerolehan Bahasa

Pelaziman klasik Pelaziman instrument Pelaziman operan Kognitif

3.4 Teori Bahasa

Aliran tradisional Aliran struktural Aliran transformasi

generatif Aliran pragmatik

3.6 Pemerolehan Bahasa

Bahasa pertama

3.3 Bidang Kajian

Page 29: SEMANTIK & WACANA

o Psikolinguistik adalah penggabungan antara dua kata, iaitu 'psikologi' dan

'linguistik'.

o Psikolinguistik mempelajari faktor-faktor psikologis dan neurobiologis yang

memungkinkan manusia mendapatkan, menggunakan, dan memahami

bahasa.

o Kajiannya semula lebih banyak bersifat filosofis, karana masih sedikitnya

pemahaman tentang bagaimana otak manusia berfungsi.

o Oleh karana itu psikolinguistik sangat erat kaitannya dengan psikologi kognitif,

penelitian moden menggunakan biologi, neurologi, ilmu kognitif, dan teori

informasi untuk mempelajari cara otak memproses bahasa.

o Psikolinguistik meliputi proses kognitif yang menghasilkan kalimat yang

mempunyai erti dan benar secara tatabahasa dari perbendaharaan kata dan

struktur tatabahasa, termasuk juga proses yang membantu memahami

ungkapan, kata, tulisan, dan sebagainya.

o Psikolinguistik perkembangan mempelajari kemampuan bayi dan anak-anak

dalam mempelajari bahasa, biasanya dengan metoda eksperimental dan

kuantitatif (berbeza dengan observasi naturalistik seperti yang dilakukan Jean

Piaget dalam penelitiannya tentang perkembangan anak).

29

3.1 Pengenalan

Page 30: SEMANTIK & WACANA

o Psikolinguistik adalah ilmu yang dikaji oleh disiplin linguistik dan psikologi.

Psikolinguistik mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah

laku bahasa dan akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.

o Psikolinguistik ialah bidang antara disiplin iaitu antara psikologi dan linguistik.

Hakikat ini pernah diterangkan oleh Mangantar Simanjuntak (1986:1).

Menurutnya, “kata psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata iaitu

‘psikologi dan linguistik’ yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan

berdiri sendiri”.

o Menurut Aitchinson (1998:1) psikolinguistik boleh didefinisikan sebagai suatu

“kajian tentang bahasa dan minda”. Manakala Harley (2001:1) pula

mengatakan bahawa sebagai suatu “kajian tentang proses-proses mental

dalam penggunaan bahasa”.

o Psikolinguistik juga mempelajari faktor-faktor psikologis dan neurobiologis

yang memunkinkan manusia mendapatkan, menggunakan dan memahami

manusia.

o Kajian psikolinguistik lebih bersifat filosofis kerana masih sedikit pemahaman

tentang bagaimana otak manusia berfungsi.

o Oleh kerana itu, kajian psikolinguistik sangat erat dengan psikologi kognitif.

Penelitian moden menggunakan biologi, neurologi, ilmu, kognitif, dan teori

informasi untuk mempalajari cara otak memproses bahasa.

o Psikolinguistik meliputi proses kognitif yang dapat menghasilkan kalimat yang

mempunyai erti dan kebenaran secara tatabahasa dari segi perbendaharaan

kata dan struktur kata dan struktur tatabahasa termasuk proses yang dapat di

fahami ungkapan, kata dan tulisan.

o Psikolinguistik perkembangan mempelajari kemampuan bayi dan anak-anak

dalam mempelajari bahasa. Metodologi yang digunakan biasanya ialah

kaedah eksperimen dan kuantitatif.

o Penyelidik-penyelidik seperti Goodman (1971,1973) dan Smith (1971) pernah

mengutarakan pendapat bahawa membaca adalah suatu proses

psikolinguistik yang bermula dari detik pembaca itu memerhatikan perkataan-

30

3.2 Definisi dan Konsep

Page 31: SEMANTIK & WACANA

perkataan di muka surat hingga kepada detik dia menubuhkan makna. Ini

bererti bahawa sepanjang proses itu, ada interaksi antara bahasa dan

pemikiran.

o Bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pemikiran kerana apabila kita

berbahasa, kita berfikir terlebih dahulu. Jika penulis melahirkan pemikiran

dengan menggunakan bahasa, pembaca pula mendapatkan pemikiran melalui

bahasa.

31

LINGUISTIK

ilmu pengetahua

n yang mengkaji

soal bahasa

merupakan kajian saintifik

terhadap bahasa

merangkumi semua

segi komunikasi manusia.

Page 32: SEMANTIK & WACANA

32

PSIKOLOGI

kajian mengenai

tingkah laku dan

perhubungan manusia

berasal dari

perkataan Greek -psykheistilah akademik

dan disiplin gunaan yang melibatkan

kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku.

mengkaji fenomena tersebut sebagai

persepsi, emosi, tingkah

laku dan hubungan

interpersonal

merujuk kepada aplikasi pengetahuan

tersebut kepada

pelbagai aktiviti manusia.

Page 33: SEMANTIK & WACANA

33

PSIKOLINGUISTIK

disebut sebagai psikologi bahasa

berkaitan dengan

faktor-faktor psikologi dan

neurologi yang

membolehkan manusia

memperoleh, memahami,

dan menggunakan

bahasa

menumpukan kajian

terhadap keupayaan

linguistik yang dinamakan

comperence yang terlibat dalam dan

pemahaman ujaran

kebanyakan kaedah

psikolinguistik mengambil bentuk uji

tingkah laku.

Page 34: SEMANTIK & WACANA

1) Fonetik dan fonologi mempelajari bunyi ucapan. Di dalam psikolinguistik,

penelitian terfokus pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-

bunyi ini.

2) Morfologi mempelajari struktur kalimat, terutama hubungan antara kata yang

berhubungan dan pembentukan kata-kata berdasarkan pada aturan-aturan.

3) Sintaksis mempelajari pola-pola yang menentukan bagaimana kata-kata

dikombinasikan bersama membentuk kalimat

4) Semantik berhubungan dengan makna dari kata atau kalimat. Bila sintaks

berhubungan dengan struktur formal dari kalimat, semantik berhubungan

dengan makna aktual dari kalimat.

5) Pragmatik berhubungan dengan peran konteks dalam penginterpretasian

makna.

6) Studi tentang cara mengenali dan membaca kata meneliti proses yang

tercakup dalam perolehan informasi ortografik, morfologis, fonologis, dan

semantik dari pola-pola dalam tulisan.

o Aliran Tradisional

o Perkembangan ilmu bahasa di dunia barat dimulai pada abad IV Sebelum

Masehi yaitu ketika Plato membagi jenis kata dalam bahasa Yunani Kuno

menjadi dua golongan yaitu onoma dan rhema. Onoma merupakan jenis

kata yang menjadi pangkal pernyataan atau pembicaraan. Sedangkan

rhema merupakan jenis kata yang digunakan mengungkapkan pernyataan

atau pembicaraan. Secara sederhana onoma dapat disejajarkan dengan

kata benda dan rhema dapat disejajarkan dengan kata sifat atau kata

kerja. Pernyataan yang dibentuk onoma dan rhema dikenal dengan istilah

proposisi.

o Penggolongan kata tersebut kemudian disusul dengan kemunculan tata

bahasa Latin karya Dyonisisus Thrax dalam bukunya ”Techne

34

3.3 Bidang Kajian

3.4 Teori Bahasa

Page 35: SEMANTIK & WACANA

Gramaticale” (130 M). Dengan demikian pelopor aliran tradisionalisme

adalah Plato dan Aristoteles. Tokoh-tokoh yang menganut aliran ini antara

lain; Dyonisisus Thrax, Zandvoort, C.A. Mees, van Ophuysen, RO

Winstedt, Raja Ali Haji, St. Moh. Zain, St. Takdir Alisyahbana, Madong

Lubis, Poedjawijatna, Tardjan hadidjaja.

o Aliran Struktural

o sejarah kemunculan pernah dikaitkan dengan tumbuhnya linguistik

empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika.

o muncul sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah huraian

bahasa aliran tradisional

o dinamakan struktural kerana menjelaskan sesuatu bahasa dengan

berdasarkan analisis deskripsi struktur ayat

o menganalisis bagaimana kata dibentuk dan bagaimana ia digunakan

secara bersama-sama bagi membentuk ayat

o berfokus kepada bentuk bahasa

o menganalisis secara struktural tentang kata dan pembentukan kata

bagi mengenal pasti frasa kerja

o berpendapat bahasa sebenar ialah bahasa lisan harus dikaji sebagai

sistem lambang-lambang pertuturan

o bersifat structure-centered

o tumpuan analisis semata-mata pada struktur permukaan

o pendekatan kajian yang berfokus kepada binaan ayat

o kurang memberikan perhatian kepada implikasi perkataan yang

digunakan bagi mengahasilkan ayat

o Aliran Transformasi Generatif

o dikenali sebagai tabahasa generatif

o dipelopori oleh Noam Chomsky

o bermula pada tahun 1957

o peringkat pertama 1957, peringkat kedua pada 1965

o peringkat pertama menggunakan model teori struktur

o peringkat kedua menggunakan model Extend Standart Teory

35

Page 36: SEMANTIK & WACANA

o menyatakan seseorang penutur jati sesuatu bahasa mempunyai

kecekapan berbahasa

o mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur

permukaan dan struktur dalaman.

o dalam menghuraikan bahasa,aliran ini menggunakan set peraturan

sintaksis

o percaya terdapat persamaan antara struktur dalam bahasa dan struktur

ini merupakan ciri yang ada pada semua bahasa.

o lebih merupakan suatu pengetahuan yang menjelaskan keupayaan

manusia bertutur dan memahami.

o Aliran Pragmatik

o memandang mazhab ketiga-tiga tadi gagal menganalisis bahasa

dengan sempurna

o bagi aliran ini, tanpa memperlihatkan unsur konteks yang berperanan

penting dalam menentukan makna, sesuatu ujaran menjadi kabur dan

sukar difahami

o berpendapat maksud sebenar ujaran harus dianalisis secara pragmatik

o pragmatik harus dilihat sebagai satu kesatuan atau gagasan yang

menggambarkan sesuatu idea, konsep dan pemikiran dalam konteks

tertentu

o mengambil kira peranan konteks seperti penglibatan penutur dan

pendengar untuk maksud apa, situasi dan peristiwa.

o pragmatik menganalisis ujaran yang dihasilkan dalam sesuatu peristiwa

pertuturan sebenar

o analisis pragmatik juga melibatkan interprestasi bagi mendapatkan

makna ujaran yang berhubung dengan maksud penutur.

o pragmatik dapat digunakan bagi menginterprestasikan ujaran dengan

berdasarkan konteks sebenar pengguna bahasa

o pragmatik memandang performasi ujaran sebagai kegiatan sosial yang

berhubungan dengan interaksi sosial.

36

Page 37: SEMANTIK & WACANA

o pragmatik meneroka bahasa dalam situasi sebenar pengguna bahasa

dan bagaimana perkara yang terkandung dalam sesuatu ujaran dapat

dihuraikan dan difahami.

37

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

PELAZIMAN KLASIK

PELAZIMAN INTRUMEN

PELAZIMAN OPERAN

KOD KOGNITIF

3.5 Teori Pemerolehan Bahasa

Page 38: SEMANTIK & WACANA

38

TEORI PELAZIMAN KLASIK

berkenaan dengan tingkah laku pembelajarandipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936)contoh paling awal berkaitan dengan pelaziman klasik ialah melibatkan air liur pada anjing kajian Pavlovkajian Pavlov itu menghasilkan teori pelaziman klasik yang diaplikasikan kepada pemerolehan bahasadua keadaan yang menunjukkan bagaimana pelaziman klasik itu berfungsiteori rangsangan gerak balasteori rangsangan yang melibatkan aktiviti kognitifberdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bermula dengan rangsanganteori ini memandang bahasa sebagai suatu aktiviti fizikal semata-matapemerolehan bahasa berlaku melalui kaedah mengalami dan penglibatan secara langsungmelalui teori ini, kanak-kanak lebih cepat memperolehi bahasa daripada pengalaman

Page 39: SEMANTIK & WACANA

39

TEORI PELAZIMAN INSTRUMEN

dikaji meluas oleh Edward L.Thordike (1874-1949)kadangkala dinamakan pelaziman operanhasil kajian Edward membawa kepada teori "connectionism"teori ini menjelaskan sesetengah rangsangan mengakibatkan tingkah laku yang diperkuat dan sesetengahnya mengakibatkan tingkah laku yang dilemahkanberdasarkan teori ini, kanak-kanak dikatakan memperolehi bahasa melalui proses cuba jayateori ini juga mementingkan proses pengulangan dalam pemerolehan bahasa atas alasan bahasa lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsanganteori ini dapat dikaitkan dengan pemerolehan bahasa dalam beberapa perkara :hukum kesan hukum kebaruanhukum latihan

Page 40: SEMANTIK & WACANA

40

T E O R I P E LA Z IM A N O P E R A N

m eru juk kepada ben tuk pem be la ja ran m e la lu i peneguhan pos itif dan nega tifteo ri in i be rlaku apab ila te rdapa t beberapa pe rubahan tingkah laku seca ra spon tanm erupakan lan ju tan da ripada teo ri E dw ard .B u rrhus F rede ric S k inne r / B .F S k inne r (1904 -1990) te lah m em perluaskan ka jian in i.S k inne r te rkena l dengan 'ana lis is tingkah laku ', 'behav io rism e rad ika l' dan 'tingkah laku ve rba l'teo ri in i te lah m engubah teo ri behav io rism e te rdahu lu .be rbeza dengan teo ri k las ik ke rana teo ri in i be rka itan dengan pengubahsua ian vo lun ta ry behav io r (tingkah laku ope ran )S k inne r m em punya i pandangan yang agak eks trem ia itu m anus ia tidak m em ben tuk idea dan pendapa t m e reka send iri, seba liknya hanya m em b iasakan ge rak ba las te rhadap rangsangan .be rka itan dengan bahasa , S k inne r m em berikan pe rha tian kepada tingkah laku ve rba l. teo ri S k inne r te lah d ik ritik heba t o leh C hom skydari seg i pem be la ja ran bahasa , S k inne r m enga takan gu ru pe rlu be la ja r baga im ana hendak m enga ja r bahasa .te rdapa t ha langan da lam pem be la ja ran bahasakanak-kanak ada rasa taku t pada gaga lkeku rangan ha luan da lam pem be la ja rankeku rangan ke je lasan da lam hubungan pem be la ja ranpeneguhan pos itif tidak d igunakan sepenuhnyatugasan pem be la ja ran tidak d iag ihkan sepenuhnya kepada pe rinc ian langkah yang je lasC a ra m enga tas i ha langan te rsebu tap likas i langkah penga ja ran yang sed ik itm enga ja r da ri yang m udah kepada yang suka ru lang i a rahan sebe rapa ke rap yang bo lehbe rikan m ak lum ba las dengan cepa t kepada kanakk-kanakberikan peneguhan pos itif

Page 41: SEMANTIK & WACANA

41

TEORI KOD KOGNITIF

dinamakan teori mentalisberkaitan dengan kognitifmempunyai perspektif yang lebih luasdipelopori oleh Wolfgang Kohler (1887-1967)beliau menggunakan model yang lebih dinamik terhadap tingkah laku manusia yang berfokus kepada organisasi persepsidari segi pemerolehan bahasa, teori kognitif berpandangan otak manusia bukanlah merupakan sebuah kotak hitam gelap yang statik dan tidak boleh diselidikiJean Piaget (1896-1980) antara salah seorang ahli psikologi yang berpengaruh beliau terkenal dengan kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan memperkenalkan 'Teori Perkembangan Kognitif'memperkenalkan teori global tentang tahap perkembangan yang menyatakan setiap orang yang memperlihatkan pola kognisi umum yang tersendiri dalam setiap tahap perkembangannya.

Page 42: SEMANTIK & WACANA

42

TEORI KOD KOGNITIF

proses perkembangan kognitif

asimilasi / penyerapan

akomodasi / penyesuaian

tahap perkembangan kognitif

tahap sensorimotor (bayi)

tahap praoperasional (bayi dan awal kanak-kanak)

tahap operasional konkrit ( kanak-kanak dan awal remaja)

tahap operasional formal (remaja dan dewasa)

Page 43: SEMANTIK & WACANA

43

BAHASA PERTAMA

lazimnya digunakan kepada bahasa yang mula-mula dipelajari dan

diperolehi oleh kanak-kanak sejak

lahir

merujuk kepada bahasa ibunda

iaitu bahasa yang mula-mula

diperolehi oleh bayi sejak dilahirkan

menguasainya amat penting untuk

faedah pembelajaran selanjutnya

pemerolehan bahasa pertama

kanak-kanak pada umumnya

mengikut urutan yang diramalkan

BAHASA KEDUA

sebarang bahasa yang dipelajari

selepas bahasa pertama atau

ibunda

merujuk kepada proses seseorang

mempelajari bahasa yang

selain daripada bahasa ibunda

sesetengah pengkaji

mendefinisikan perbezaan antara bahasa pertama

dan kedua berdasarkan umur bahasa sasaran itu

dipelajari

lazimnya, penutur tidak mencapai kemahiran dan

pemahaman bahasa kedua

yang sama cekap seperti bahasa

pertama

3.6 Pemerolehan Bahasa

Page 44: SEMANTIK & WACANA

Mekanisma perolehan bahasa :

Imitasi

Imitasi dalam perolehan bahasa terjadi ketika anak menirukan pola bahasa maupun

kosa kata dari orang-orang yang signifikan bagi mereka, biasanya orang tua atau

pengasuh. Imitasi yang dilakukan oleh anak, tidak hanya menirukan secara persis

(mimikri) hal yang dilakukan orang lain, namun anak memilih hal-hal yang dianggap

oleh anak menarik untuk ditirukan.

Pengkondisian

Mekanisme perolehan bahasa melalui pengkondisian diajukan oleh B.F Skinner.

Mekanisme pengkondisian atau pembiasaan terhadap ucapan yang didengar anak

dan diasosiasikan dengan objek atau peristiwa yang terjadi. Oleh karena itu kosa

kata awal yang dimiliki oleh anak adalah kata benda.

Kognisi sosial

Anak memperoleh pemahaman terhadap kata (semantik) karena secara kognisi ia

memahami tujuan seseorang memproduksi suatu fonem melalui mekanisme atensi

bersama. Adapun produksi bahasa diperolehnya melalui mekanisme imitasi.

44

Page 45: SEMANTIK & WACANA

SOALAN 1(b)

45

Page 46: SEMANTIK & WACANA

i) Ciri-ciri wacana :

Ciri-ciri Penjelasan Contoh ayat

Tautan

Menunjukkan keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.

Mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan.

Terdapat tautan antara kedua-dua ayat di sebelah kerana perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada guru. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

Guru seperti ibu bapa kedua, mendidik dan menjaga pelajar dengan sebaik mungkin. Guru sedaya upaya menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjalankan tugas mereka.

Runtutan

Merupakan kesinambungan idea dalam wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

Asas dalam pembinaan wacana. Contoh ayat ini jelas menunjukkan

kesinambungan idea melalui menggantikan jika mutu peperiksaan merosot, orang melihat guru, Jika ada masalah disiplin juga, orang melihat guru, Guru dituding jari dan dipersalahkan dengan perkataan Hal ini.

Kesinambungan idea ini menjadikan ayat-ayat ini bertaut antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna kerana wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut.

Perkara yang menyedihkan dalam masyarakat kita adalah jika mutu peperiksaan merosot, orang melihat guru. Jika ada masalah disiplin juga, orang melihat guru. Guru dituding jari dan dipersalahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku.

Tujuan

Ditentukan oleh penulis wacana. Untuk menimbulkan interaksi yang

komunikatif. Ayat tanya digunakan untuk mendapatkan

maklumat dan ayat penyata digunakan untuk memberikan sesuatu maklumat.

Ayat-ayat di sebelah memberikan maklumat mengenai keistimewaan guru.

Guru dan dunia pendidikan bukanlah suatu perkara asing. Guru juga sering dirujuk sebagai pendidik, pengajar, atau pengasuh. Walau apa-apa panggilan sekalipun, guru merupakan antara insan terawal yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan secara formal kepada para pelajar.

46

Page 47: SEMANTIK & WACANA

Penerimaan

Pembaca merupakan penerima wacana ini. Tahap penerimaan bergantung kepada tahap

kefahaman pembaca. Tahap penerimaan adalah tinggi apabila

tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Maklumat

Terbahagi kepada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baru.

Ayat-ayat di sebelah merupakan maklumat baru kerana penulis baru sahaja menyatakan tentang perkara tersebut manakala ayat-ayat sebelumnya merupakan maklumat lama kerana penulis banyak kali sudah menyatakan atau membincang tentang perkara tersebut.

Guru di kawasan pedalam pula dijangka menikmati insentif baharu termasuk insurans keselamatan serta yuran tajaan pengajian ke pusat pengajian tinggi. Kementerian sedang mempertimbangkan langkah tersebut dalam usaha menarik lebih banyak guru untuk berkhidmat di luar bandar.

Keadaan

Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan wacana releven dengan situasi ujaran.

Wacana sesuai dengan keadaan kerana penulis memberi kepentingan semasa memilih perkataan, frasa atau ayat.

Guru pendorong utama kejayaan seseorang murid, dan sewajarnya mereka menerima ucapan terima kasih berdasarkan komitmen dan dedikasi mereka mendidik anak bangsa. Kecemerlangan akademik, kekuatan intelektual, dan kecemerlangan akhlak adalah perkara yang paling penting dalam dunia pendidikan kerana tugas mendidik merupakan usaha untuk memanusiakan manusia.

Interteks

Wacana ini mungkin bergantung kepada wacana yang lain.

Wacana-wacana lain memainkan peranan penting untuk membantu memahami wacana yang sedang dibaca.

Kefahaman tentang wacana bergantung kepada pengetahuan yang sedia ada terhadap perkara yang sedang dibaca.

Asuhan gurulah yang melahirkan tokoh ternama, ahli korporat, politikus terbilang, peguam, malah Perdana Menteri yang menerajui kepimpinan negara, seperti yang pernah diungkapkan dalam rangkap puisi tersohor Guru Oh Guru, karya Allahyarham Usman Awang.

ii) Jenis-jenis penanda wacana :

47

Page 48: SEMANTIK & WACANA

Jenis-jenis Penghuraian Contoh ayat

Penanda leksikal

• Merupakan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik yang melibatkan unsur pengulangan kata.

• Antaranya ialah pengulangan dalam bentuk sinonim, hiponim, dan sebagainya.

• Dalam ayat di sebelah, perkataan zaman diulang semula dalam ayat seterusnya. Hal ini menunjukkan terdapat pengulangan kata dalam ayat-ayat tersebut.

Guru tetap guru pada mana-mana zaman pun. Walaupun zaman sudah jauh berubah, peranan guru sebagai pendidik mempersiapkan anak-anak menjadi orang berguna tetap serupa.

Penanda penghubung

• Berperanan sebagai penjalin unsur-unsur linguistik, umpamanya kosa kata, frasa, atau ayat yang terdapat dalam wacana.

• Terdiri daripada :i) Penghubung Tambahan ii) Penghubung Tentangan iii) Penanda Penghubung Musabab iv) Penanda Penghubung Tempoh

• Ayat pertama merupakan penanda penghubung tambahan kerana memberi maklumat tambahan dengan menggunakan perkataan dan.

• Ayat kedua merupakan penanda penghubung tentangan kerana memberi maklumat yang bertentangan dengan ayat yang sebelumnya dengan menggunakan perkataan namun.

• Ayat ketiga merupakan penanda penghubung musabab kerana ayat ini menggunakan penanda oleh itu yang merupakan sebab berlakunya sesuatu perkara.

• Ayat keempat merupakan penanda penghubung tempoh kerana penggunaan perkataan ketika menunjukkan urutan masa berlakunya sesuatu peristiwa.

1) Seseorang guru yang baik adalah yang dapat memberi ilmu yang tinggi, sentiasa memperbaharui ilmu, dan menyampaikan ilmu itu melalui kaedah yang terkini.

2) Sikap jujur, amanah dan bermotivasi adalah antara kualiti berterusan yang harus kekal dalam diri guru. Namun, guru juga haruslah sentiasa bersedia dengan perubahan yang akan berlaku dalam pendidikan negara.

3) Oleh itu, bukan semua orang boleh menjadi guru yang bertanggungjawab melahirkan warganegara cemerlang, cekap, serta berdaya saing kerana guru sendiri perlu memiliki ciri-ciri tersebut sebelum mampu mendidik anak bangsa.

4) Pengiktirafan dan penghargaan kepada guru yang berkhidmat di luar bandar juga akan

48

Page 49: SEMANTIK & WACANA

diberikan ketika sambutan Hari Guru.

Penanda penggantian

• Terdiri daripada :i) Penggantian Nominal

Penggantian terhadap kata atau frasa nama.

ii) Penggantian VerbalPenggantian terhadap kata atau frasa kerja.

iii) Penggantian KlausaPenggantian sebahagian daripada ayat.

• Ayat di sebelah merupakan penanda penggantian klausa. Ini adalah kerana terdapat penggantian sebahagian daripada ayat iaitu Guru Inovatif, Anugerah Sekolah Harapan Negara, Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan digantikan dengan perkataan anugerah ini dalam ayat seterusnya.

Anugerah berkenaan ialah Guru Inovatif, Anugerah Sekolah Harapan Negara, Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan. Kesemua anugerah ini diadakan sebagai penanda aras, selain penghargaan kepada usaha mereka.

Penanda rujukan

• Merupakan rujukan terhadap ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga serta ganti nama tunjuk.

• Dalam ayat di sebelah perkataan ketiga-tiga pihak merujuk kepada kata-kata guru di sekolah, ibu bapa di rumah, dan masyarakat di luar dalam ayat sebelumnya.

Peranan membimbing anak-anak adalah peranan bersama antara guru di sekolah, ibu bapa di rumah, dan masyarakat di luar. Ketiga-tiga pihak mestilah bekerjasama untuk membina generasi baharu.

Penanda elipsis @

pengguguran

• Elipsis merupakan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, iaitu melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca.

• Ayat kedua di sebelah tidak menggunakan atau mengulang subjek kerana pembaca sudah mengetahuinya dan mereka dapat memahaminya dan ayat ini bermakna. Jadi, penulis menggugurkan subjeknya.

1) Namun, guru juga haruslah sentiasa bersedia dengan perubahan yang akan berlaku dalam pendidikan negara.

2) Jangan menganggap perubahan itu beban, tetapi membaikan dalam melahirkan generasi yang berkualiti.

49

Page 50: SEMANTIK & WACANA

SOALAN 1(c)

50

Page 51: SEMANTIK & WACANA

i) Rencana :

Media Massa Membentuk Keperibadian Remaja Negara Kita

Oleh : Tamilmani a/l Kannan

Mengikut kajian, lebih daripada tiga per empat golongan remaja suka

membaca majalah hiburan, komik, dan pelbagai jenis bahan bacaan ringan mengikut

minat dan kemampuan masing-masing. Kolompok ini merupakan golongan

peratusan yang tertinggi untuk mudah terpengaruh oleh bahan bacaan

seumpamanya. Mereka membaca bukan kerana mementingkan kualiti bahan yang

dipersembahkan, sebaliknya hanya sekadar minat terhadap bahan bacaan itu.

Justeru, adakah hal ini mempengaruhi keperibadian remaja? Sememangnya,

fenomena ini berlaku kerana golongan remaja merupakan kelompok yang paling

mudah untuk dipengaruhi. Mereka baharu mengenali erti kehidupan dan ingin

mencari identiti sendiri walaupun pada hakikatnya, mereka belum tahu akan asam

garam kehidupan mereka.

Perkembangan teknologi terkini dalam persaingan arus pembangunan yang

bersifat global bukan sahaja menggalakkan pertambahan pelbagai bahan bacaan di

pasaran, bahkan juga mewujudkan persaingan dalam bidang penyiaran. Media

massa sememangnya mampu berkembang seiring dengan ledakan teknologi

maklumat yang semakin mencabar. Media massa yang sudah memainkan peranan

penting pascamerdeka ini sememangnya mampu untuk mempengaruhi setiap

golongan masyarakat. Golongan remaja pula merupakan kumpulan sasaran yang

paling mudah dipengaruhi oleh media massa. Remaja sentiasa ingin mencuba

sesuatu yang baharu dalam pertumbuhan ideologi intelek yang melanda pemikiran

mereka. Justeru, wajarlah kita dikatakan bahawa media massa mampu untuk

membentuk keperibadian remaja.

Pada suatu masa dahulu, media massa hanya berperanan sebagai salah satu

bahan untuk tatapan segenap lapisan masyarakat untuk mengetahui fenomena yang

terjadi di alam maya ini. Namun, akibat modenisasi, media massa sudah mampu

mempengaruhi budaya kehidupan individu, khususnya remaja. Hal ini disebabkan

media massa sudah dapat memainkan peranan dalam penyediaan bahan-bahan

51

Page 52: SEMANTIK & WACANA

yang berkualiti bagi persaingan di pasaran. Syarikat-syarikat yang terlibat dengan

media massa mampu untuk mengenengahkan bahan-bahan yang lebih berkualiti

dan membina. Tambahan pula, pihak penerbit mudah mendapatkan pelbagai bahan

dengan adanya rangkaian telekomunikasi yang canggih masa kini. Jadi, sewajarnya

media massa mampu membentuk keperibadian remaja.

Perkembangan pesat media massa seperti televisyen, radio, video, internet,

dan bahan-bahan bacaan bercetak, ada yang sebahagian daripada isi

kandungannya merosakkan akhlah atau melalaikan remaja dengan hiburan yang

mengasyikkan mereka. Misalnya, buku-buku cerita yang berunsur lucah, majalah-

majalah hiburan yang memaparkan pelbagai kisah artis yang menjadikan mereka

khayal dan terpesona akan budaya hidup idola masing-masing, mahupun buku-buku

komik yang berunsur ganas, sepatutnya diharamkan agar jiwa remaja tidak

tergejolak dan memberontak serta ingin pula membentuk dunia khayalan masing-

masing sehingga menyimpang daripada agama dan budaya ketimuran. Begitu juga

pengaruh internet jika disalahgunakan oleh golongan remaja, seperti terkena buku

buluh. Jadi, jelaslah bahawa media massa sememangnya menyumbang kepada

pelbagai gejala yang tidak sihat. Namun begitu, media massa dapat membawa

kebaikan andainya dikawal penerbitannya dan digarap kandungannya dengan nilai-

nilai murni dan teladan yang dapat membina insan yang seimbang dan berwawasan.

Seterusnya, remaja era dijital lebih mementingkan keseronokan dan kurang

peka terhadap isu-isu semasa serta dangkal akan pengetahuan sehingga mereka

kurang berwibawa. Mereka merupakan anggota masyarakat yang paling mudah

terpengaruh oleh sesuatu dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Melalui

pendedahan, mereka akan mudah terpengaruh oleh bahan-bahan yang terkandung

dalam media massa yang merupakan hasil daripada pertembungan multibudaya

yang berbeza. Kelompok ini lebih berminat untuk berpandangan ke arah Barat yang

dilihat jauh lebih maju. Perkara yang lebih membimbangkan ialah segelintir daripada

golongan ini menganggap tatacara kehidupan dalam menjalani norma kehidupan di

Barat lebih bersifat maju berbanding dengan budaya Timur. Mereka juga

menganggap peradaban Timur sudah ketinggalan zaman. Jadi, media massalah

yang dapat memainkan peranan dalam memaparkan bahan-bahan rangsangan yang

dapat membentuk jati diri bangsa dan semangat cinta akan tanah air dan adat

52

Page 53: SEMANTIK & WACANA

ketimuran. Melaluinya juga, remaja dapat membezakan perkara yang baik dengan

yang buruk kerana jauhari juga yang mengenal manikam.

Oleh itu, media massa sememangnya mampu untuk membentuk keperibadian

golongan remaja masa kini memandangkan generasi muda merupakan wahana

inspirasi kebangkitan bangsa dan perlu diberikan tumpuan khusus demi kemajuan

negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada semua

pihak diperlukan bagi menjayakan sesuatu wawasan. Terpulanglah kepada kita

untuk memilih media massa yang dapat dijadikan alat untuk memupuk sahsiah yang

sihat dan bukan sebagai kejutan budaya yang mampu merosakkan keperibadian

bangsa.

53

Page 54: SEMANTIK & WACANA

ii) Aspek-aspek keutuhan wacana :

1) Keutuhan wacana dari aspek semantik

Hubungan sebab dan akibat

Begitu juga pengaruh internet jika disalahgunakan oleh golongan

remaja, seperti terkena buku buluh. Jadi, jelaslah bahawa media

massa sememangnya menyumbang kepada pelbagai gejala

yang tidak sihat.

Pernyataan di atas menerangkan tentang hubungan sebab dan

akibat. “pengaruh internet jika disalahgunakan oleh golongan

remaja, seperti terkena buku buluh” merupakan sebab dan

akibatnya ialah “media massa sememangnya menyumbang

kepada pelbagai gejala yang tidak sihat”.

Hubungan sebab dan tujuan

Mereka membaca bukan kerana mementingkan kualiti bahan

yang dipersembahkan, sebaliknya hanya sekadar minat terhadap

bahan bacaan itu.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa mempunyai hubungan

sebab dan tujuan. Dalam ayat ini, terdapat sebab membaca dan

tujuannya.

Hubungan perbandingan

Pada suatu masa dahulu, media massa hanya berperanan

sebagai salah satu bahan untuk tatapan segenap lapisan

masyarakat untuk mengetahui fenomena yang terjadi di alam

maya ini. Namun, akibat modenisasi, media massa sudah

mampu mempengaruhi budaya kehidupan individu, khususnya

remaja.

Dengan pernyataan di atas, saya membandingkan peranan

media massa pada masa dahulu dengan peranan media massa

selepas modenisasi. Ini menunjukkan hubungan perbandingan.

54

Page 55: SEMANTIK & WACANA

Hubungan memperkuat isi

Syarikat-syarikat yang terlibat dengan media massa mampu

untuk mengenengahkan bahan-bahan yang lebih berkualiti dan

membina. Tambahan pula, pihak penerbit mudah mendapatkan

pelbagai bahan dengan adanya rangkaian telekomunikasi yang

canggih masa kini.

Saya memperkukuhkan isi yang saya nyatakan dalam ayat

pertama dengan menggunakan ayat kedua.saya menekankan

ayat kedua supaya menyampaikan isi saya kepada pembaca.

2) Keutuhan wacana dari aspek leksikal

Hubungan berdasarkan hiponim

Perkembangan pesat media massa seperti televisyen, radio,

video, internet, dan bahan-bahan bacaan bercetak, ada yang

sebahagian daripada isi kandungannya merosakkan akhlah atau

melalaikan remaja dengan hiburan yang mengasyikkan mereka.

Media massa merupakan hiponim kerana kata ini merangkumi

beberapa jenis yang tergolong dalam satu ketegori seperti

televisyen, radio, video, internet, dan bahan-bahan bacaan

bercetak.

Hubungan berdasarkan pengulangan

Perkembangan teknologi terkini dalam persaingan arus

pembangunan yang bersifat global bukan sahaja menggalakkan

pertambahan pelbagai bahan bacaan di pasaran, bahkan juga

mewujudkan persaingan dalam bidang penyiaran. Media massa

sememangnya mampu berkembang seiring dengan ledakan

teknologi maklumat yang semakin mencabar.

Perkataan yang dihitamkan adalah perkataan yang diulang

dalam pernyataan di atas.

55

Page 56: SEMANTIK & WACANA

3) Keutuhan wacana dari aspek gramatikal

Hubungan berdasarkan kata hubung

Oleh itu, media massa sememangnya mampu untuk membentuk

keperibadian golongan remaja masa kini memandangkan

generasi muda merupakan wahana inspirasi kebangkitan bangsa

dan perlu diberikan tumpuan khusus demi kemajuan negara

pada masa akan datang.

Penggunaan kata hubung oleh itu menunjukkan ayat ini gramatis

dari aspek nahu dan tatabahasa.

4) Keutuhan wacana dari aspek fonologis

Hubungan berdasarkan intonasi atau nada suara

Justeru, adakah hal ini mempengaruhi keperibadian remaja?

Ayat ini menunjukkan keutuhan wacana dari aspek fonologis

kerana terdapat intonasi atau nada suara yang tertentu untuk

ayat ini. Ayat ini dibacakan dengan nada yang sederhana kerana

menyoal orang. Tanda soal digunakan untuk menunjukkan saya

ingin menanya sesuatu kepada para pembaca.

56

Page 57: SEMANTIK & WACANA

RUJUKAN

Hafizah Salleh. (2005). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Halimah Abdul Rahman. (2001). Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. (2002). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor : PTS Publication.

57

Page 58: SEMANTIK & WACANA

LAMPIRAN

58