semantik baharu

48
1.0 PENGENALAN Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893). Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. 1

Upload: hidayah0409

Post on 27-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assignment penuh

TRANSCRIPT

Page 1: SEMANTIK BAHARU

1.0 PENGENALAN

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna

dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting

terutama sekali istilah semantik dan makna. Kata semantik berasal daripada kata adjektif

bahasa Yunani semantickos yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa

maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan,

1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure,

semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky

berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan

dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada

makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal,

1893). Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden

dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang

intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna

mempunyai makna yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian

daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai

sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,

makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan

bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

1

Page 2: SEMANTIK BAHARU

2.0 PENGURUSAN GRAFIK

2.1 SEMANTIK

2.1.1 Definisi Semantik

2

DEFINISI SEMANTIK

(Abdul Chaer, 1994).

Semantik merupakan bidang

pengkajian linguistik yang

objek penelitiannya

makna bahasa

(J.W.M. Verhar, 1996)

Semantik ialah cabang linguistik

yang akan membahas erti

atau makna

(Tarigan, 1985 : 7)Semantik menelaah

lambang-lambang atau tanda-tanda yang

menyatakan makna, hubungan makna yang

satu dengan yanglain, dan pengaruhnya terhadap manusia dan

masyarakat.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam

bidang ilmu linguistik dan sebahagian daripada bidang

kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada

kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti

juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis

Stalnaker (1972: 383),Sintaksis mengkaji ayat,

manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau

menjelaskan bahawa semantik memperjelas

peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi

yang diungkapkan

Akmajian et al. (1995: 222),

Semantik bermaksud

kajian tentang makna dan

bahasa.

Kamus Dewan Semantik

bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan

makna sesuatu kata

Definisi merupakan kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata. ( rujukan kamus dewan)

Page 3: SEMANTIK BAHARU

KONSEP SEMANTIK

Ferdinand de Saussure;-Semantik merupakan bahasa yang

diucapkan untuk menyampaikan makna

Choamsky Semantik merujuk makna ayat

ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.

M.Breal, 1893Semantik bukan sahaja merujuk kepada

makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut

“semantik sejarah”

Ogden dan Richard (1956) Semantik memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang

intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang rumit.

2.1.2 Konsep Semantik

3

Konsep merupakan pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu ( rujukan kamus

dewan)

Page 4: SEMANTIK BAHARU

2.1.3 Takrif Semantik

2.2. MAKNA LEKSIKAL

2.2.1 Definisi Makna Leksikal

4

Semantik ditakrifkan sebagai kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantik" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”.

Takrif Semantik

Page 5: SEMANTIK BAHARU

Konsep makna leksikal

Chaer (2009:60)Makna Leksikal adalah bentuk perkataan yang

diturunkan dari leksikon iaitu kosa kata dan perbendaharaan kata. Satuan dari leksikon adalah

laksem, iaitu satuan bentuk bahasa yang bermakna.”

Takrif Makna Leksikal

Makna leksikal adalah makna yang tetap tidak berubah-ubah sesuai dengan makna yang ada di

kamus.

2.2.2. Konsep Makna Leksikal

2.2.3. Takrif Makna Leksikal

5

Definisi Makna Leksikal

Darwis Harahap Makna leksikal bermaksud

makna yang terdapat dalam kamus atau makna

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain

dalam ayat.

WirasatriajiMakna leksikal adalah makna

suatu kata sebelum mengalami proses perubahan

bentuk ataupun belum digunakan dalam kalimat.

Makna leksikal adalah makna yang berdasarkan kamus. Untuk mengetahui makna

Chikita NawaristikaMakna leksikal adalah

makna dasar sebuah kata yang sesuai dengan kamus.

Makna dasar ini melekat pada kata dasar sebuah kata. Makna leksikal juga disebut makna asli sebah

kata yang mengalami proses penambahan imbuhan.

Makna leksikal didefinisikan sebagai makna kamus.

Page 6: SEMANTIK BAHARU

2.3 MAKNA AYAT

2.3.1 Definisi Makna Ayat

6

Definisi Makna Ayat- Makna ayat didefinisikan

pendengar atau penulis memahami makna yang ingin

di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak

menyebut atau menulis beberapa perkataan. Makna ayat dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat.

Makna tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama

ada bahasa bertulis atau bahasa lisan

Makna terselindungMakna terselindung ialah makna yang

terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.Misalnya

dalam ayat Adik ke kedai . Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami

perbuatan adik ialah ‘pergi’ walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia

dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca

Makna TersiratMakna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan

sesuatu dengan maksud yang lain.

Page 7: SEMANTIK BAHARU

Konsep Makna Ayat

Makna ayat merupakan perkataan atau ayat yang mempunyai maksud untuk disampaikan. Makna ayat merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis

Takrif makna ayat

Makna ayat ditakrifkan sebagai perkataan yang disusun untuk mendapatkan makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

2.3.2 Konsep Makna Ayat

2.3.3 Takrif Makna Ayat

7

Page 8: SEMANTIK BAHARU

2.4 PERISTILAHAN

2.4.1 Definisi Peristilahan

2.4.2 Konsep Peristilahan

2.4.3 Takrif peristilahan

8

Definisi Peristilahan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang

mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya

Peristilahan dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya. Peristilahan mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan.

Konsep Peristilahan

Page 9: SEMANTIK BAHARU

2.5 TATAISTILAH

2.5.1 Definisi tataistilah

2.5.2 Konsep Tataistilah

2.5.3 Takrif Tataistilah

9

Takrif peristilahan

Takrif peristilahan adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan suatu makna, konsep proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam

bidang tertentu. Terdapat dua jenis peristilahan iaitu peristilahan khusus dan perisitilahan umum.

Definisi Tataistilah

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

(1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan

untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya)

Kamus Dewan Edisi Ketiga tataistilah dedefinisikan sebagai

perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu

bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian)

Tataistilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.Buku Bahasa Melayu Tinggi

Konsep tataistilah

Page 10: SEMANTIK BAHARU

10

Takrif Tataistilah

Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada

yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

Page 11: SEMANTIK BAHARU

2.6.TATANAMA

2.6.1 Definisi tatanama

2.6.2 Konsep tatanama

2.6.3 Takrif tatanama

11

Definisi tatanama

Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama

yang dihasilkannya).( modul BMM3111)

Konsep Tatanama

Tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan

kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida,

nukleus, ribosom, karbon dioksida.

Tatanama adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya.

Takrif tatanama

Page 12: SEMANTIK BAHARU

A

S

FN

KN

Kamu

P

FK

KK

keluar

A

S

FN

KN

Ѳ

P

FK

KK

keluar

3.0 KERANGKA GENERATIF CHOMSKY

Teori transformasi generatif telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Menurut teori

ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada kecekapan berbahasa dan

pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami

ayat-ayat.

Rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah

unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata. Menurut Nik

Safiah Karim et al. (2008:538), penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil

daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus

transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas

sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat

melibatkan proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.

3.1 Pengguguran

Proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu

dalam binaan ayat dan mengakibatkan unsur yang digugurkan itu tidak wujud

pada peringkat srtuktur permukaan

Terdapat tiga jenis pengguguran utama:

i. Pengguguran frasa nama sebagai subjek

ii. Pengguguran frasa predikat

iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

i. Pengguguran frasa nama sebagai subjek:

a. Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat

perintah. Contohnya,

kamu keluar --- keluar

Proses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang

terdiri daripada kata ganti nama diri oranng kedua boleh diterangkan

secara berikut;

12

Page 13: SEMANTIK BAHARU

b. Pengguguran subjek nama yang serupa dalam ayat majmuk

Terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang sama atau

beridentiti sama. Oleh itu, subjek nama yang serupa boleh

digugurkan seperti berikut;

Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar

Dia sangat pandai kerana rajin belajar

A

A¹ KH A²

S P S P

FN FA FN FA

dia sangat pandai Kerana dia rajin belajar

A

A¹ KH A²

S P S P

13

Page 14: SEMANTIK BAHARU

FN FA FN FA

dia sangat pandai Kerana Ѳ rajin belajar

ii. Pengguguran frasa predikat

Seluruh frasa predikat , atau bahagian-bahagian daripadanya boleh

digugurkan seperti berikut;

a. Pengguguran seluruh frasa predikat

Terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk

gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang

terakhir boleh digugurkan.

i) Pengguguran frasa kerja yang serupa

Abu belajar di luar negara.

Siti belajar di luar negara

Abu dan Siti belajar di luar negara.

ii) Pengguguran frasa nama yang serupa

Kereta Proton kereta Malaysia

Kereta kembara kereta Malaysia

Kereta Proton dan Kereta Kembara kereta Malaysia.

iii) Pengguguran frasa adjektif yang serupa

Murni rajin belajar

Kamal rajin belajar

Murni dan Kamal rajin belajar

.

iv) Pengguguran frasa sendi nama yang serupa

Dia masih di kampung

Adiknya masih di kampung

Dia dan adiknya masih di kampung.

iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

14

Page 15: SEMANTIK BAHARU

Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat

yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului

frasa relatif boleh digugurkan.

contohnya ;

orang tua itu bapa saya. Orang itu memakai serban

orang tua yang memakai serban itu bapa saya

yang memakai serban itu bapa saya

rajah pohonnya ialah ;

A

S P

bapa saya

FN A¹

orang tua itu orang tua itu

memakai serban

A

S P

FN bapa saya

Rel

yang memakai serban itu

3.2 Penyusunan Semula

Penyusunan semula merupakan bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya

dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat ayang gramatis yang baharu. Proses ini

15

Page 16: SEMANTIK BAHARU

biasanya boleh mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata

tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.

Proses penyusunan semula tidak membawa perubahan makna. Di dalam bahasa

Melayu, terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu ;

i.Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

Ali membeli buku itu

Buku itu dibeli oleh Ali.

A

S P

FN FK

KK FN

Ali

mem beli buku itu

A

S P

FN FK

KK FS

Buku itu SN FN

di beli oleh Ali

ii.Penyusunan semula frasa nama sebagai objek

Emak menghadiahi kakak sebentuk cincin

Emak menghadiahkan sebentuk cincin kepada kakak

16

Page 17: SEMANTIK BAHARU

A

S P

FN FK

KK FN² FN³

Emak menghadiahi kakak sebentuk cincin

A

S P

FN¹ FK

FK FN² FS

Emak KS FN³

menghadiahi sebentuk cincin kepada kakak

iii. Penyusunan semula melalui ayat songsang

Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan

syarat, keterangan musabab dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila

keterangan itu hendak difokuskan.

Contohnya;

Anak muda itu berhijrah ke bandar

Berhijrah ke bandar anak muda itu

3.3 Peluasan

Perluasan merupakan proses menambahkan unsur dalam ayat yang baharu.

Terdapat empat jenis perluasan iaitu;

17

Page 18: SEMANTIK BAHARU

i. Peluasan frasa nama sebagai subjek

Subjek diluaskan dengan proses relativisasi (iaitu proses pemancangan ayat ke

dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima

pancangan).

Budak itu adik saya

Budak itu membaca buku

Budak yang membaca buku itu adik saya

A

S P

FN A¹ FN

budak itu adik saya

S P

FN¹ FK

budak itu membaca buku

A

S P

FN FN

budak yang membaca buku itu adik saya

ii. Peluasan frasa predikat

Ali membakar sampah itu

Sampah itu banyak bertaburan

Ali membakar sampah yang banyak bertaburan itu

18

Page 19: SEMANTIK BAHARU

A

S P

FN FK

KN KK FN²

FN A²

Ali mengusik

budak itu¹ budak itu² cantik

A

S P

FN

KN FK FN²

Ali KK

mengusik budak yang cantik itu

iii. Peluasan dengan kata hubung

Adik sedang tidur

Abang sedang membaca buku

Adik sedang tidur tetapi abang sedang membaca buku.

iv. Peluasan melalui proses komplementasi

Dia melaporkan sesuatu

Ali sakit tenat

19

Page 20: SEMANTIK BAHARU

Dia melaporkan bahawa bahawa Ali sakit tenat

A

S P

FN¹ FK

KN KK FN²

A Komp

Dia melaporkan

K Komp A¹

Ali sakit tenat

4.0 ANALISIS ARTIKEL

20

Page 21: SEMANTIK BAHARU

4.1 Tajuk Artikel :

Jenayah salah

langkah semakin

parah

4.2 Analisis Istilah Bahasa Melayu

4.2.1 Pengenalan

21

Page 22: SEMANTIK BAHARU

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan

kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam

sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang

tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu, Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah

(termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tataistilah atau ‘terminology’ pula

merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut

peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah

dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan

untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang

dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau

kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum

boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya

khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem,

alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

Dari segi teorinya pula, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama

dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.

Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum

Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini

dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih

khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori

peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi

oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat

perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

4.2.2 Analisis

22

Page 23: SEMANTIK BAHARU

Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa

Melayu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian kata

umum boleh menjadi istilah dan kata umum termasuklah kata dari bahasa lama atau

dialek. Dialek merujuk kepada kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri

satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa

digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan

oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Namun, bagi membentuk sesuatu istilah

menggunakan kata umum bahasa Melayu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

i) kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri

yang dimaksudkan.

ii) kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok

sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

iii) kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Contoh isitilah yang menggunakan bahasa umum ialah belanjawan (bidang

ekonomi), darab (bidang matematik), tenaga atom (bidang fizik), dan tulang rusuk

(bidang biologi).

Kata Umum Bilangan Perkataan Perenggan/

Baris

23

Page 24: SEMANTIK BAHARU

Bidang

Perundangan

1. hukuman 1 / 6

2. undang-undang 1 / 7

3. rotan 1 / 9

4. tindakan 1 / 13

5. jenayah 2 / 2

6. perintah 5 / 4

7. tertib 15 / 3

8. bunuh 26/ 1

9. rogol 26 / 1

10. rompak 26 / 1

11. mencuri 28 / 3

12. rasuah 28 / 3

13. Penguatkuasaan 29 / 3

Bidang Sosial

1. rakyat 1 / 3

2. rumah tangga 1 / 3

3. pemimpin 1 / 4

4. ibu bapa 1 / 5

5. anak-anak 1 / 3

24

Page 25: SEMANTIK BAHARU

6. sosial 37 / 3

7. moral 37 / 4

Bidang

Keagamaan

1. diharamkan 10 / 6

8. bertuhan 31 / 5

9. Allah 31 / 3

10. baik 32 / 7

11. jahat 32 / 7

12. sumbang mahram 37 / 3

Bidang Sains

1. buah pinggang 16 / 5

2. jantung 16 / 5

3. penyakit 17 / 1

4. ubat 17 / 3

5. doktor 17 / 4

6. api 18 / 3

7. air 18 / 4

Bidang Matematik

1. kadar 17 / 7

2. tempoh masa 17 / 7

1. pandangan hidup (mind set) 25 / 4

25

Page 26: SEMANTIK BAHARU

Bidang Psikologi

2. sistem nilai 25 / 4

3. sistem keyakinan 30 / 2

4. pandangan alam 30 / 5

Kata Bahasa Serumpun

26

Page 27: SEMANTIK BAHARU

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun sekiranya tidak

terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu umum. Bahasa serumpun ialah

bahasa di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,

Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa

Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi

pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar

Jambi dan Palembang. Contoh istilah yang dibentuk berdasarkan kata umum bahasa

serumpun ialah seperti berikut;

i) gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

ii) nyeri (daripada bahasa Sunda) – pai

iii) engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

iv) dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

v) dening (daripada bahasa bangsa Pattani) – yoke

Kata Serumpun Bilangan Perkataan Perenggan/

Baris

27

Page 28: SEMANTIK BAHARU

Bahasa Indonesia

1. tuntas 3 / 4

2. yakni 6 / 3

3. wajar 20 / 5

4. sukar 34 / 5

5. ironinya 36 / 1

6. bisa 36 / 2

Kata Bahasa Asing

28

Page 29: SEMANTIK BAHARU

Bahasa asing juga boleh diambil untuk membentuk istilah jika tiada dalam bahasa Melayu

umum dan bahasa serumpun. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk

ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah

mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang

dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang

berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

i) Sesuai maknanya.

ii) Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu.

iii) Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah

bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

Contohnya ;

Istilah Bahasa Inggeris - Metro, fisiology, professional,

psychology, calory, station,

reactive, photography (bidang

sains)

Istilah Bahasa Arab

- kamus, murid, mursyi, ilmu

(bidang pendidikan)

- syarikat (bidang perniagaan)

Istilah Bahasa Sanskrit

- Agama, syurga, neraka, dosa,

bakti, manusia (bidang agama)

- Keluarga, beta, raja (bidang

29

Page 30: SEMANTIK BAHARU

sosial)

Istilah Bahasa Parsi

- Nakhoda, kelasi (bidang

perkapalan)

Istilah Bahasa Portugis

- gereja, paderi (bidang agama)

- meriam, peluru (bidang

ketenteraan)

Istilah Bahasa Hindi- marmar, neraca (bidang sains)

Istilah Bahasa Belanda - debitur, ekonomis, (bidang

ekonomi)

- invalide, kubus, rector, nol

(bidang matematik)

30

Page 31: SEMANTIK BAHARU

Kata Asing Bilangan Perkataan Perenggan/

Baris

Bahasa Arab

1. islam 1 /10

2. solat 4 /3

3. manusiawi (imbuhan pinjaman) 5 / 3

4. hudud 6 / 1

5. syumul 6 / 3

6. syariat 7 / 5

7. akhlak 7 / 5

8. akidah 7 / 4

9. surah 9 / 6

10. masyarakat 10 / 4

11. Al- Quran 11 / 1

12. muhajirin 11 / 3

13. ansar 11 / 3

14. Hijriah 14 / 6

15. hasad 21 / 2

31

Page 32: SEMANTIK BAHARU

16. Mazmumah 22 / 5

17. lahiriah (imbuhan pinjaman) 25 / 2

18. zahir 29 / 4

19. batin 29 / 4

20. tauhid 31 / 4

21. ibadah 31 / 6

22. beriman 31 / 5

Bahasa Inggeris

1. relevan 3 / 5

2. signifikan 3 / 5

3. efektif 4 / 7

4. proses 6 / 5

5. optimum 8 / 3

6. total 10 / 6

7. doktor 17 / 4

8. faktor 23 / 2

9. Produk 25 / 1

10. sistem 25 / 4

11. psikologi 30 / 1

32

Page 33: SEMANTIK BAHARU

12. paradigma 31 / 1

13. persepsi 31 / 2

14. positif 35 / 4

15. formal 35 / 5

16. informal 35 / 5

17. fokus 36 / 5

18. agensi 38 / 3

19. proaktif 38 / 7

Bahasa Sanskrit

1. tata susuila 7 / 5

2. dosa 9 / 4

33

Page 34: SEMANTIK BAHARU

5.0 PENUTUP

Rumusannya, bidang makna ataupun semantik, sebenarnya merupakan sebahagian

daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna

merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokoh-

tokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa

makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga

tokoh diatas, makna merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca

sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak

sempurnalah. Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita

tulis. Selain itu, ringkasnya semantik juga ialah bidang yang mengkaji makna atau erti

dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang

yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi

bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Bidang

semantik juga sangat penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami dan juga

menyatakan buah fikiran. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud.

Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna

sebenar. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif

dan juga makna afektif. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh

bahasa cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam

sesuatu bahasa. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir, mentakrif, membuat

ujaran dan sebagainya. Tanpa makna, ia tidak lengkap. Tidak cukup sekiranya kita hanya

tahu menulis, membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa

yang kita tulis dan juga apa yang kita baca.

34

Page 35: SEMANTIK BAHARU

6.0 REFLEKSI

6.1 SITI AISHAH BINTI MOHD OZIB(911003-05-5208)

Saya Siti Aishah Binti Mohd Ozib dan NurulHidayah Binti Mohd Sawal telah diberi

tugasan projek mata pelajaran Bahasa Melayu (BMM 3111) yang perlu dilaksanakan

secara berpasangan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu En. Hj. Zakaria Bin Hj. Md.

Amin yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana hendak

menghasilkan tugasan dengan baik. Bersyukur kepada tuhan, akhirnya dengan

usaha keras kami bersama dan berkat daripada-Nya kami dapat menghantar

tugasan pada tarikh yang ditetapkan. Namun begitu, sepanjang proses

melaksanakan tugasan ini kami menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran yang

banyak memberi pengajaran serta kesedaran kepada kami.

Proses awal menghasilkan tugasan ini ialah kami perlu mengumpulkan

maklumat daripada pelbagai sumber. Kami telah diberi tugasan untuk mengkaji

mengenai elemen yang terdapat dalam bidang semantik iaitu dari segi konsep,

definisi, teori generatif dan istilah bahasa Melayu. Kami bersama-sama mencari

maklumat tersebut di Perpustakaan Kampus Perempuan Melayu Melaka ini. Selain

itu, saya juga telah mencari alternatif lain untuk mencari lebih banyak maklumat

dengan cara pergi ke perpustakaan berhampiran rumah saya iaitu Perpustakaan

Awam Bandar Seri Jempol. Syukur kepada illahi melalui proses ini saya mendapat

banyak pengetahuan baru mengenai bidang semantik. Antaranya ialah, saya dapat

mengetahui mengenai proses dan prinsip peluasan, pengguguran dan peyusunan

dalam teori generatif berdasarkan analisis ayat melalui rajah pohon. Hal ini

meningkatkan kefahaman serta menjelaskan prinsip teori tersebut dengan lebih baik.

Selain itu, melalui dapatan maklumat juga saya dapat meningkatkan pengetahuan

dan pemahaman mengenai istilah bahasa Melayu iaitu berdasarkan maklumat

definisi dan konsep istilah yang diperoleh.

Seterusnya, kami mula memuatkan maklumat, dapatan kajian dan hasil

tunjuk ajar pensyarah pembimbing ke dalam tugasan ini. Kami mempunyai cabaran

yang paling rumit iaitu kekangan masa. Namun, disebabkan masalah kekangan

masa itulah saya dapat belajar mengenai disiplin diri yang tinggi dan cara mengurus

masa dengan baik. Bagi menghadapi masalah ini saya telah mengambil langkah

untuk melaksanakan semua tugasan secara sistematik supaya dapat menghasilkan

35

Page 36: SEMANTIK BAHARU

tugasan yang berkualiti. Saya telah membuat jadual waktu supaya saya dapat

menyiapkan semua tugasan dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan.

Kami mengalami sedikit kesukaran apabila kami perlu mengkaji mengenai

teori generatif dengan membuat huraian dan menerangkan proses peluasan,

pengguguran dan penyusunan semula melalui rajah pohon. Hal ini memerlukan

kefahaman yang tinggi mengenai proses dalam teori taransformasi generatif ini.

Namun, melalui proses ini saya dapat meningkatkan kefahaman mengenai struktur

binaan ayat dan sangat berguna di sekolah kelak iaitu contohnya melalui pengajaran

ayat tunggal dan ayat majmuk yang sangat berkait rapat dengan proses ini. Oleh itu,

kefahaman dalam teori ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan saya

mengenai ayat tunggal dan ayat majmuk yang kadangkala terkeliru sesuatu ayat itu

terdiri daripada dua predikat atau satu predikat, contonhnya dengan kehadiran

perkataan “dengan” dalam ayat yang berfungsi sebagai kata hubung atau kata tugas.

Kami juga perlu menganalisis aspek perkataan yang berhubung dengan

istilah bahasa Melayu dalam sebuah artikel. Oleh itu, kami perlu sentiasa bersama-

sama berusaha untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, kami telah berbincang

dan saling membantu dalam menghasilkan tugasan ini. Kami telah menjadikan Buku

Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4 sebagai rujukan utama untuk mengetahui

makna sesuatu perkataan. Melalui proses ini juga saya mendapat perkataan baru,

mengetahui pelbagai maksud dalam sesuatu perkataan, meningkatkan kemahiran

dalam membina ayat iaitu memastikan sesuatu perkataan itu menggunakan istilah

yang sesuai mengikut bidang yang tertentu bagi menghasilkan satu penulisan yang

berkualiti khususnya dalam bidang sastera yang sebati dengan guru bahasa Melayu.

Selain itu, melalui proses menganalisis artikel saya juga lebih memahami

mengenai istilah pinjaman dan serapan dalam bahasa asing. Sesara tidak langsung

juga saya dapat mengetahui mengenai prinsip dan proses pembentukan istilah

bahasa Melayu. Malah, saya juga dapat membezakan istilah mengikut bidang

tertentu serta membezakan antara istilah kata pinjaman asing, kata serapan dan kata

serumpun.

Berdasarkan tugasan ini juga, saya mula sedar bahawa tugasan tersebut

tersebut sebenarnya banyak membantu kami untuk proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah kelak. Saya menganggapnya sebagai satu pendedahan

berguna kepada saya. Hal ini kerana, sebagai bakal guru Bahasa Melayu saya perlu

mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu dalam bidang Bahasa Melayu seperti

bidang tatabahasa, penulisan dan sastera untuk diajarkan kepada para pelajar. Oleh

36

Page 37: SEMANTIK BAHARU

itu, dengan adanya pengetahuan, maklumat dan pendedahan baru yang telah saya

peroleh melalui tugasan ini sudah pasti dapat membantu saya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Insyaallah.

Selain itu, sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu saya sedar

bahawa perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa

mengenai pelbagai bidang. Sebagai bakal guru, saya mempunyai tanggungjawab

yang besar dalam memastikan generasi masa hadapan mempuyai pengetahuan

mengenai Bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Hal tersebut penting kerana jika

saya ditugaskan untuk membimbing pelajar dalam menghasilkan sesuatu karangan

yang berkualiti saya telah pun mempunyai pelbagai pengetahuan yang berguna

untuk di sampaikan kepada mereka contohnya mengenai bagaimana ingin

meluaskan sesuatu ayat dengan cara yang gramatis (Teori Generatif) dan semantik

iaitu penggunaan isitilah dan perkataan tepat dalam menghasilkan sesuatu karangan

yang berkualiti. Hal ini kerana, untuk menghasilkan sesuatu karangan yang baik

ialah kita dapat memilih perkataan-perkataan yang tepat dalam sesuatu ayat supaya

semantiknya dapat disampaikan dengan jelas.

Selain itu juga, dengan adanya tugasan seperti ini dapat memastikan

generasi masa hadapan mengetahui secara mendalam mengenai bidang semantik.

Hal ini kerana, sebagai bakal guru dengan adanya pendedahan dan pengetahuan

yang luas mengenai perkara-perkara ini dapatlah kami sampaikan kepada para

pelajar yakni generasi akan datang kelak. Seperti yang kita semua sedia maklum,

pelajar sekolah rendah tidak akan belajar mengenai perkara tersebut seperti mana

kami mengkajinya namun secara umumnya mereka sebenarnya belajar perkara

tersebut dalam aspek tatabahasa, penulisan dan sastera. Contohnya, mereka perlu

menghasilkan sajak maka secara tidak langsung sebenarnya mereka telah belajar

mengenai semantik iaitu melahirkan idea dalam bentuk ayat yang boleh difahami

oleh orang lain dan menggunakan istilah sastera.

Akhir sekali, kami sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu haruslah

sentiasa berusaha meningkatkan ilmu berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu ini

tidak kiralah daripada segi tatabahasa, kesusasteraan mahupun daripada segi

penulisan. Kami bakal guru Bahasa Melayu kelak mempunyai tanggungjawab besar

dalam memartabatkan Bahasa Melayu yakni bahasa ibunda kita. Melalui kerja

kursus ini banyak menyedarkan saya betapa pentingnya mengkaji bahasa dalam

pelbagai segi kerana daripada situlah kita dapat mendalami Bahasa Melayu. Melalui

kerja kursus ini jugalah kami mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama

37

Page 38: SEMANTIK BAHARU

dalam menjalankan tugasan secara berkumpulan. Secara ringkasnya, kerja kursus

ini bukan sahaja memberi manfaat kepada saya pada masa kini malah kerja kursus

ini juga memberi manfaat kepada saya pada masa akan datang dan mungkin juga

jika saya mampu mengaplikasikannya, ilmu yang saya peroleh ini akan memberi

manfaat pada saya di dunia dan akhirat. Insya’Allah.

38

Page 39: SEMANTIK BAHARU

6.2 Nurul Hidayah Binti Mohd Sawal (910904-01-6818)

Alhamdulillah, saya lanjutkan kesyukuran ini ke hadrat-Nya di atas segala nikmat dan

rahmat yang telah diberikan selama ini. Akhirnya saya telah dapat menyiapkan

tugasan Kerja Kursus ini tepat pada masanya seperti yang telah dirangkakan

sebelum ini. Saya Nurulhidayah Binti Mohd Sawal bersama rakan saya iaitu Siti

Aishah Binti Mohd Ozib, telah menerima suatu tugasan bagi subjek Semantik dalam

Bahasa Melayu (BMM3111)

Setelah mendapat tugasan kerja kursus ini, saya telah berbincang dengan

rakan bahawa apa yang perlu dipersiapkan untuk membuat tugasan kerja kursus ini.

Salah satunya ialah mencari maklumat berkaitan dengan semantik. Saya dapati

bahawa banyak maklumat boleh diperolehi di internet dan buku. Oleh itu, saya cuba

mendapatkan maklumat sebanyak mungkin di perpustakaan dan juga di rumah.

Tugasan ini merangkumi beberapa bahagian utama iaitu pertama sekali mencari

beberapa definisi, konsep dan takrif makna ayat, makna leksikal,

pristilahan ,tataistilah dan tanama. Kami juga perlu mengkaji tatabahasa dewan iaitu

tentang teori Transformasi Generatif supaya kami dapat menterjemahkan dalam

penulisan ilmiah dan pengurusan grafik. Seterusnya, kami diminta untuk

menganalisis artikel bagi mencari kata umum, kata serumpun dan kata pinjaman.

Selain itu, kami juga perlu mengkaji ayat terbitan serta proses-prosesnya iaitu

melibatkan, pengguguran, perluasan dan penyusunan semula.

Terdapat kekangan yang saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini iaitu

salah satunya memastikan maklumat kami berkualiti untuk bidang kajian Semantik.

Kami juga turut meminjam beberapa buku daripada perpustakaan IPG Kampus

Perempuan Melayu dan juga mencari beberapa buku yang sesuai untuk dibuat

rujukan. Saya turut bertanya pada pensyarah berkaitan kerja kursus ini. Segala

maklum balas yang diberikan oleh pensyarah membuka ruang kepada saya dan

rakan saya untuk menjalankan tugasan kerja kursus ini dengan lebih tersusun dan

memudahkan kami dalam proses pengumpulan maklumat.

Setelah mendapat beberapa informasi berkaitan tugasan ini iaitu berkaitan

dengan Sematik . Saya tanpa berlengah mula memulakan tugas ini. Saya juga sering

berbincang dengan pensyarah pembimbing iaitu Haji Zakaria bin Haji Md Amin bagi

39

Page 40: SEMANTIK BAHARU

memastikan perjalanan tugasan kerja kursus ini berjalan lancar. Hal ini kerana, saya

ingin memastikan setiap kerja saya tersusun memandangkan saya mempunyai

kekangan masa kerana dalam masa yang sama perlu menyiapkan keseluruhan

tugasan yang lain. Selain itu, terdapat sedikit salah faham kami berkaitan

pengurusan grafik iaitu dalam memastikan maklumat tersebut berdasarkan fakta

yang betul. Oleh itu, kerjasama dari rakan-rakan yang membantu telah memberi

peluang untuk kami lebih faham apa yang diperlukan dalam tugasan ini.

Alhamdulillah, komitmen yang tinggi akhirnya berjaya juga menyiapkan tugasan kerja

kursus ini.

Seterusnya, saya juga turut mendalami apakah yang sebenar terkandung

dalam Semantik. Hal ini kerana, mengetahui bidang Semantik merupakan

tanggungjawab seorang guru Bahasa Melayu. Guru perlu mempunyai ilmu supaya

murid dapat menguasai makna dalam Bahasa Melayu. Justeru, tugasan ini mengajar

saya tentang ilmu yang perlu diperolehi oleh seorang guru bahasa Melayu yang

menjadi ikon pada pelajar. Dengan adanya ilmu di dada boleh menjadikan murid

minat untuk meneroka serta mengetahui ilmu-ilmu baharu. Justeru, sedikit demi

sedikit nilai insaf terbit dalam diri bahawa tugas guru bukanlah semudah yang

disangkakan kerana memerlukan pengorbanan yang besar iaitu memastikan ilmu

berkaitan Bahasa Melayu cukup supaya proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar.

Pensyarah kami iaitu Encik Zakaria Bin Haji Md Amin banyak memberi

bimbingan selama tugasan kerja kursus ini dijalankan. Misalnya, beliau memberi

bimbingan tentang bagaimana menghasilkan tugasan kerja dengan baik dan teratur.

Pada mulanya, kami sedikit tersalah faham dalam menyiapkan analisis artikel namun

kolaborasi bersama pensyarah sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan

tugasan ini. Setiap komen yang diberi kami ambil dan membuat pembaikan.

Sebagai seorang bakal guru, saya wajib mendalami apa itu semantik dengan

lebih jelas lagi. Setelah mendapat pendedahan kepada beberapa pengenalan

tentang Semantik. Saya berupaya untuk memperolehi ilmu dalam memastikan murid

dapat menguasai bidang makna serta membina ayat dengan gramatis seterusnya

menjadi ikon apabila menjadi guru kelak. Guru yang serba boleh ialah guru yang

serba tahu dalam bidangnya dan berupaya menyampaikan ilmu bahasa dengan baik.

Justeru, adalah diharapkan ilmu-ilmu yang saya pelajari ini dapat saya

mempertingkatkan diri apabila bergelar guru kelak. Hasil daripada menyiapkan

tugasan ini,menyedarkan saya bahawa dalam kerjaya guru ini menuntut saya supaya

40

Page 41: SEMANTIK BAHARU

mendalami serta mengaplikasikan Semantik kepada murid dengan lebih baik serta

memerlukan saya untuk sentiasa memberi perhatian yang serius kerana Semantik

merupakan bidang kajian asas untuk membentuk murid yang boleh memahami serta

mendalami ayat-ayat penulisan Bahasa Melayu.

Akhir sekali, sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh, saya kumpulkan dan

rujuk kepada pensyarah. Apa yang kurang, ditambah dan apa yang salah

diperbetulkan sebelum tugasan ini dihantar. Di sini, apa yang ingin saya katakan

ialah perbincangan serta kesungguhan amat diperlukan dalam menyiapkan sesuatu

tugasan kerana ianya akan memudahkan proses pembelajaran secara berkumpulan

mahupun individu bagi mendapatkan hasil kerja yang bermutu selain dapat

meningkatkan hubungan baik antara satu sama lain.

41

Page 42: SEMANTIK BAHARU

6.3 Berkumpulan

Saya Siti Aishah Binti Mohd Ozib dan NurulHidayah Binti Mohd Sawal telah diberi tugasan

projek mata pelajaran Bahasa Melayu (BMM3111) yang perlu dilaksanakan secara

berkumpulan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing kami iaitu En. Hj. Zakaria Bin Hj. Md. Amin yang tidak jemu-jemu

memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana hendak menghasilkan tugasan dengan baik.

Bersyukur kepada tuhan, akhirnya dengan usaha keras kami bersama dan berkat daripada-

Nya kami dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan. Namun begitu,

disepanjang proses melaksanakan tugasan ini tidak semuanya manis,kami mengalami

pelbagai dugaan dan cabaran untuk menghasilkan satu tugasan yang berkualiti.

Proses awal dalam menghasilkan tugasan ini ialah ,kami perlu mengumpulkan

maklumat daripada pelbagai sumber. Kami perlu mencari maklumat mengenaisemantik,

peristilahan, dan Teori Transformasi Generatif. Kami bersama-sama mencari maklumat

tersebut di Perpeustakaan Kampus Perempuan Melayu Melaka ini. Selain itu, saya juga

telah pergi ke perpustakaan berhampiran rumah saya iaitu Perpustakaan Awam Bandar Seri

Jempol untuk mengumpul lebih banyak maklumat . Namun tidak semua maklumat yang

kami peroleh kami muatkan dalam tugasan ini.Hal ini kerana ,kami tidak mahu masalah

lambakan maklumat berlaku. Oleh itu, kami telah memilih bahan-bahan yang benar-benar

berkualiti sahaja untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini. Setelah itu kami menyusun

semua maklumat itu dengan teratur dan tertib.

Seterusnya, dalam proses untuk memindahkan makluimat ke dalam penulisan

ilmiah, kami mempunyai masalah iaitu mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak

mendatangkan kecelaruan serta tidak bercanggah dengan tatabahasa dewan. Dalam

menyiapkan tugasan ini, kami perlu memastikan segala maklumat yang telah kami kumpul

menepati kehendak soalan serta dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, berkat usaha kami bertanya dengan rakan dan pensyarah memudahkan

proses pencarian maklumat serta kami juga turut bertukar-tukar buku dan nota untuk

memastikan maklumat yang dicari menepati kehendak tugasan.

Selain itu, kekangan yang paling utama sewaktu menyiapkan tugasan ini ialah

kekangan masa. Hal ini kerana kami perlu menyiapkan tugasan ini sewaktu kami

42

Page 43: SEMANTIK BAHARU

berpraktikum. Kami perlu berdepan dengan situasi menyiapkan Rancangan Pengajaran

Harian ( RPH) , menyediakan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) dan dalam masa yang sama

perlu menumpukan tugasan ini serta tugasan subjek yang lain. Walaubagaimanapun, kami

telah berjaya atasinya dengan usaha yang tidak putus serta kolaborasi bersama rakan serta

kami juga telah menyediakan jadual kerja supaya dapat menyiapkan tugasan dengan

sistematik.

Seterusnya, melalui proses menyiapkan tugasan ini, kami telah dapat menambah

ilmu pengetahuan tentang subjek ini iaitu semantik serta bidang kajian yang terdapat dalam

subjek ini. Kami juga telah mendapat pendedahan tentang peristilahan, makna ayat, makna

leksikal, tataistilah dan tatanama. Kami juga telah berjaya mencari kata umum, kata

serumpun dan kata pinjaman yang membentuk istilah Bahasa Melayu. Sesungguhnya

pengalaman menyiapkan tugasan ini amat berharga serta menambah ilmu pengetahuan

kami.

Rumusnya, sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu kita haruslah sentiasa

meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa mengenai pelbagai bidang. Kami bakal

menjadi guru kelak mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan generasi masa

hadapan mempuyai pengetahuan mengenai bahasa Melayu. Hal tersebut penting untuk

membimbing pelajar menggunakan ayat yang gramatis dan penggunaan istilah yang tepat

dalam sesuatu ujaran dan penulisan. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan pengetahuan

mengenai tatabahasa serta pembinaan ayat yang betul dari segi strukturnya iaitu

berdasarkan pengetahuan daripada Teori Transformasi Generatif. Melalui kerja kursus ini

jugalah kami mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama ,bertolak ansur dan

menyelesaikan sesuatu perkara dengan cara berbincang. Akhir sekali, perkara yang paling

penting ialah kami telah menjalankan peranan masing-masing dalam memastikan kerja

kursus ini dapat disiapkan dan berharap agar tugasan ini merupakan satu tugasan yang

berkualiti.

43

Page 44: SEMANTIK BAHARU

44