semantik bahasa melayu

28
SEMANTIK

Upload: ayulashrul

Post on 10-Jun-2015

6.560 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Indahnya bahasa seindah budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik Bahasa Melayu

SEMANTIK

Page 2: Semantik Bahasa Melayu

DEFINISI Berasal daripada bahasa Yunani:

sema →tanda/lambang Kajian fenomena makna dalam bahasa Definisi semantik menurut beberapa

sarjana:

➢Ogden dan Richards (1923)➢de Saussure

Page 3: Semantik Bahasa Melayu

Click to add title➢ Ogden dan Richards (1923)

Segi Tiga Semiotik

Konsep

Bentuk/Simbol Rujukan

Page 4: Semantik Bahasa Melayu

➢de Saussure

signified [makna]

tanda<buku>

signifier <b,u,k,u> [bunyi] intrabahasa ekstrabahasa

LINGUISTIK AM

Page 5: Semantik Bahasa Melayu

Teori Semantik1.Teori Tekanan Sosial (Adam Smith)

Bunyi yang berbeza dicipta berdasarkan pengalaman yang berbeza

Semakin banyak bunyi atau tanda digunakan dan difahami → manusia dapat berhubung dengan lebih mudah

Contohnya: Penggunaan bunyi buluh yang diketuk →

menghasilkan bunyi ‘tok-tok-tok’. Jika buluh itu diketuk 10 kali → ada orang sakit. Jika bunyi ketukan itu panjang sedikit → ada

orang kampung yang meninggal dunia.

Page 6: Semantik Bahasa Melayu

2.Teori Onomatopeia (J.G.Herder)

Penamaan sesuatu rujukan(benda) disesuaikan dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut.

Manusia meniru bunyi haiwan atau alam, adakalanya disesuaikan untuk mudah dibunyikan.

Contoh : ‘cak-cak’ ditambah ‘ci’ menjadi ‘cicak’ ‘sir’ ditambah ‘de’ menjadi ‘desir’ ‘kerik-kerik’ ditambah ‘ceng’ menjadi

‘cengkerik’

Page 7: Semantik Bahasa Melayu

3.Teori Seruan

Apabila seseorang kehairanan keluarlah bunyi [o], berasa sakit [uh], melihat sesuatu yg jijik [i]

Bunyi seperti ini disebut seruan

Contoh:Aduh, sakitnya kepalaku ini!

Page 8: Semantik Bahasa Melayu

4.Teori Ding Dong Bunyi daripada benda → pengwujudan luaran,

bunyi daripada manusia → pengwujudan dalaman.

Muller mengatakan: apabila bunyi luaran diganti oleh bunyi dalaman → terbentuklah akar bahasa.

Contoh: Bunyi ‘gooong’ ditiru oleh manusia apabila

sejenis logam diketuk dan menghasilkan bunyi tersebut → alat tersebut dinamakan gong.

Page 9: Semantik Bahasa Melayu

5. Teori Isyarat• Gerakan mimetik → gambaran wajah utk

menyatakan emosi dan perasaan• Gerakan pantomimik → gambaran gerak tubuh

untuk menyatakan sesuatu gagasan • Gerakan artikulatoris → gerak mulut untuk

hasilkan ujaran• Ketiga-tiga gerakan sering digunakan manusia• Namun, gerakan artikulatoris ialah gerakan

paling lengkap digunakan semasa berkomunikasi.• Dalam keadaan tertentu, ketiga-tiga gerakan

digunakan serentak.

Page 10: Semantik Bahasa Melayu

JENIS-JENIS MAKNA

i. Makna denotatif/tersuratii. Makna konotatif/tersiratiii. Makna afektifiv. Makna emotifv. Makna luasvi. Makna sempitvii. Makna gayaviii.Makna tekanan

Page 11: Semantik Bahasa Melayu

i. Makna denotatif/tersurat• Makna yang tersurat/ makna umum/ makna

leksikal/ makna kamus→ makna yang sesuai dengan rujukan/

pemerhatian alat indera/ makna yang nyata

• Contoh:Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.

• Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat.

Page 12: Semantik Bahasa Melayu

ii. Makna konotatif

• Makna tersirat atau bukan literal/tersurat• Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan

penutur berdasarkan konteks)• Contoh:

Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.

• Buaya dalam ayat tersebut → seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.

Page 13: Semantik Bahasa Melayu

iii.Makna afektif

• Muncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata

• Kebalikan daripada yang disebutkan• Contoh:

Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya → makna afektif → orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

Page 14: Semantik Bahasa Melayu

iv. Makna emotifMakna yang sama tetapi berbeza nilai rasa

bahasanya

Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus, kojol → makna emotif

Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati

Penggunaan perkataan yang berbeza menimbulkan nilai yang berbeza

Page 15: Semantik Bahasa Melayu

v. Makna luas• Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan

→ lebih luas daripada makna sebenar.

• Contoh : Universiti → institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah.

Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, pensyarah, bilik kuliah dan mahasiswa.

Page 16: Semantik Bahasa Melayu

vi. Makna sempit• Makna yang terkandung dalam

perkataan tersebut semata-mata.

• Contoh : Siku Alia luka semasa terjatuh tadi.

Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Alia yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja.

Page 17: Semantik Bahasa Melayu

vii. Makna gaya

• Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.

• Contoh: Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah dalam penulisannya.

Page 18: Semantik Bahasa Melayu

viii. Makna tekanan

• Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran

• Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut.

• Contoh:Amira MELAHIRKAN bayi perempuan.

Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.

Page 19: Semantik Bahasa Melayu

HUBUNGAN MAKNA• Melihat hubungan makna antara satu perkataan dengan

perkataan lain.• Kajian semantik tradisional:

i. Sinonimii. Antonimiii. Homonimiv. Hiponimv. Polisemi

Page 20: Semantik Bahasa Melayu

i. Sinonim Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama

atau maknanya seolah-olah sama

Contoh:

cantik boleh disinonimkan dengan indah indah boleh disinonimkan dengan cantik → perkataan cantik dan indah bersinonim

(kedua-dua boleh ditukar ganti)

Contoh lain:

ibu - emakkekal - abadisenang - mudah

Page 21: Semantik Bahasa Melayu

ii. AntonimDua perkataan atau lebih yang maknanya

berlawanan.

Contoh:gemuk antonimnya kuruslelaki antonimnya perempuan

Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin.

Page 22: Semantik Bahasa Melayu

iii. Homonim• Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang

sama, mendukung makna yang berbeza.

• Contoh:haus → kering tekakhaus → berkurangan besarnya

• Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III)

• Contoh perkataan lain yang berhomonim:

mancung

mancung I makin kecil ke hujungmancung II seludang kelapa yang kering

Page 23: Semantik Bahasa Melayu

Homonim mengandungi dua konsep, iaitu homofon dan homograf

Homofon• Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan

maknanya berbeza.

• Perkataan bang dan bank sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. bang → abang dan azan bank → tempat berurusan wang.

Page 24: Semantik Bahasa Melayu

Homograf

• Perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza.

• Contohnya:

semak [semak] dan semak [səmak]perang [perang] dan perang [pərang]

Page 25: Semantik Bahasa Melayu

v. Hiponim• Perkataan yang maknanya dianggap sebagai

sebahagian daripada makna suatu perkataan lain.

• Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga.

• Contoh perkataan berhiponim:burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak

Page 26: Semantik Bahasa Melayu

bunga

mawar kemboja teratai kekwa

Page 27: Semantik Bahasa Melayu

vi. Polisemi• Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama

tetapi mendukung banyak makna. • Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan

makna yang berbeza. Antaranya:i. tekanan bendaii. tidak ringaniii.sukar (dilakukan, diselesaikan)iv.amat sangat, kuatv. menyebelah, memihakvi.berkenaan dengan novel, drama dll yang

mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan

politik, dan sebagainya)

Page 28: Semantik Bahasa Melayu

sambungan…• Mempunyai makna yang lebih luas daripada

homonim • Tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga

kelompok kata dan ayat. Contoh:i. Pemenggalan bunyi

am/bil/kan/tongii. Imbuhan

pe+latih = orang yang melatih atau orang yang dilatih

iii.Kelompok katamakan nasi, makan angin, makan gaji,

makan garam