hbml 3303 psikolinguistik & semantik

Upload: arif-zikri

Post on 01-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

___________________________________________________________________________HBML 3303PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIKSEMESTER MEI 2014___________________________________________________________________________

NAMA:NOR HAYATI BINTI HAJI SAYATNO.KAD PENGENALAN :730823085960NO. MATRIK:730823085960001NO. TELEFON:0162536323PUSAT PEMBELAJARAN:SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1.0Pengenalan3

2.0Konsep Makna42.1 Makna Konsepsual52.2 Makna Konotatif72.3 Makna Denotatif82.4 Makna stilistik92.5 Makna Afektif102.6 Makna Tematik102.7 Makna Asosiatif112.8 Makna Etimologis12

3.0 Konsep Perubahan Makna13

4.0 Pebincangan tentang Faktor-faktor Perubahan Mkna dalam14 bahasa Melayu

5.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu19 Peringkat sekolah rendah

6.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu21 peringkat sekolah rendah

7.0Kesimpulan22

Rujukan24

1.0Pengenalan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik dan menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi makna.

Semasa berkomunikasi dan menggunakan bahasa, sering kali wujud salah tanggapan dan salah tafsir makna. Kesan daripada perbezaan tafsiran penggunaan bahasa boleh mengakibatkan pelbagai reaksi sama ada negatif atau positif. Ia boleh terjadi dalam pelbagai peristiwa bahasa dan pelbagai bentuk komunikasi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada salah tafsir tersebut. Wujudnya salah tafsiran itu biasanya timbul dalam bentuk intonasi, perkataan serta ayat.

Justeru, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsur kelewahan dan seumpamanya.

Oleh itu, peranan ilmu semantik dan linguistik sedikit sebanyak dapat merungkaikan permasalahan ini agar salah tanggapan dan tafsiran bahasa dan makna dapat dielakkan. Selain itu, melalui ilmu semantik ini juga kita dapat memahami maksud sebenar apa yang hendak disampaikan dengan lebih tepat lagi tanpa menimbulkan salah tafsiran.

2.0Konsep MaknaMenurut Dr. T. Fatimah Djajasudarma (1993), pengertian makna (sense) adalah berbeza dengan erti (meaning) di dalam bidang semantik. Makna adalah pertautan yang terdapat di antara unsur-unsur bahasa itu sendiri. Makan menurut Palmer (1976) hanya menyangkut intrabahasa. Manakala Lyons (1977) pula menyebutkan bahawa mengkajiatau memberikan makna sesuatu kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna yang membuat kata tersebut berbeza dengan kata-kata yang lain. Selain itu makna dikatakan sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar sesuai dengan kesepakatan para pemakainya (penutur) sehingga dapat saling memahami dan mengerti. Selain itu, menurut Abdul Chaer (1990), dalam pelajaran bahasa sering dikatakan bahawa kata mati, misalnya sama maknanya dengan kata meninggal. Menurut teori semantik, kata mati dan kata meninggal tidak sama maknanya. Hal ini kerana, jika kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang sama, maka sudah semestinya kedua-dua perkataan tersebut dapat ditukarkan kedudukannya secara bebas. Kata mati dalam perkataan Ayam itu sudah mati tidak dapat ditukar dengan kata meninggal sehingga menjadi Ayam itu sudah meninggal. Perkataan Ayam itu sudah meninggal tidak dapat diterima dalam bahasa.Perkataan mati dan meninggal sebenarnya tidak membawa makna yang sama namun mempunyai informati yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut membawa informasi bahawa sebelumnya adalah bernyawa, setelah mati atau meninggal, menjadi tidak bernyawa lagi. Informasi bukanlah makna kerana makna menyangkut keseluruhan dalam ujaran (intralingual), sedangkan informasi itu hanya menyangkut masalah luar ujaran (ekstra-lingual). Dengan kata lain, makan menyangkut semua komponen konsep yang terdapat pada sebuah kata, sedangkan informasi hanya menyangkut komponen konsep dasarnya sahaja. Perbandingan kata mati dan meninggal dapat dilihat dalam komponen-komponen konsep maknanya seperti berikut:

mati / meninggal(i)Tidak bernyawa lagi(i)tidak bernyawa lagi(ii)Untuk umum (manusia, binatang) (ii)hanya manusia(iii)Kasar(iii)halus (sopan)Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat. 2.1 Makna Konsepsual Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Makna konsep adalah mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan, atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu segitiga semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Sebab itulah dalam formulasi segitiga semiotik yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang sama iaitu manusia dewasa yang bukan laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974), mengaitkan konsep dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antara wanita dan perempuan adalah berbeza. Contohnya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan perempuan, ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal, Contohnya seperti, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Misalnya, ber- dalam berjalan, rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et.al., 2005)

2.2 Makna KonotatifMakna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Bagi umat Islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah berubah, iaitu pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004). Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.2.3Makna DenotatifMenurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal , makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotatif ialah makna sebenarnya. Contohnya, kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan laki-laki. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud wanita yang belum bersuami dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud wanita yang mempunyai suami. Samalah juga bagi perkataan melantak, makan, sarapan, atau soru. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar, tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. Tetapi sekarang, rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nilai rasa ini sudah menurun. Merujuk kepada Makna Referensial pula, ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2004). Apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Contohnya beg, kasut dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun , tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer, 1992). Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan kambing hitam dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005).2.4 Makna stilistikMakna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku. (Robert Sibarani et.al., 2003). Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia dituturkan. Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada yang dituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga, jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya). Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!- Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh, rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya . Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati, dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi.2.5 Makna AfektifAfektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik, 1997). Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur, termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Kata jujur, ikhlas, baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif, sedangkan korupsi, kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif (Kushartanti et.al., 2005). Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Contohnya, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi, kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. Maka faktor intonasi, tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita suka atau tidak suka kita pada seseorang. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya, Teh nikmat berkhasiat. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. 2.6 Makna TematikTematik bermaksud apa yang dikomunikasikan dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi, susunan kata, fokus dan tekanan. Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif. Contoh ayat, 1. Ibu membeli kuih.(Ayat aktif)1. Kuih dibeli oleh ibu.(Ayat pasif)Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Bagi ayat aktif, soalannya ialah, siapa yang membeli kuih?. Tetapi bagi ayat pasif pula, soalannya ialah, ibu membeli apa?- Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat, sikap, latar belakang, tekanan emosi dan sebagainya. Tekanan boleh menukar makna. Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan, 2005). Selain tekanan, panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. Contohnya,Caaaakap banyak, baayar kurang!Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu. 2.7Makna AsosiatifMenurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut Setiawati Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganas atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga dengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005)2.8Makna EtimologisMakna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu. Melalui perubahan makna kata, kita dapat menyelusuri perubahan nilai, norma, keadaan sosiopolitik, dan ekonomi masyarakat. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan berkhalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. Tetapi perkataan ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi. Contohnya. Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam. Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna, nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya.

3.0Konsep Perubahan MaknaMakna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa dan teknologi,hub sosial dalam masyarakat . Perubahan makna dapat berlaku dari segi perluasan makna ,penyempitan makna dan anjakan makna.Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalah definisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern (1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi. Seterusnya, definisi perluasan makna menurut Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai proses meluaskan atau memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala proses penyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu perkataan3.1Perluasan maknaPerluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki makna-makna yang lain. Contohnya adalah seperti perkataan saudara pada mulanya membawa makna orang yang sama ayah dan ibu kemudian maknanya meluas yang merangkumi orang yang ada hubungan kekeluargaan . Makna bertambah luas setelah kedatangan islam yang membawa konsep persaudaraan Islam iatu makna saudara merangkumi orang yang sama-sama beragama Islam kini menjadi bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali,kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur atau merujuk kepada hadirin dalam sesuatu majlis yang menimbulkan rasa kemesraan. 3.2Penyempitan maknaPenyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada mulannya mempunyai makna yang umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih khusus . Contoh makna kata yang mengalami penyempitan makna ialah madrasah iatu kata yang dipinjam daripada bahasa arab dengan makna asalnya sekolah . Kata ini sudah berubah makna menjadi lebih khusus kepada sekolah agama

4.0 Pebincangan tentang Faktor-faktor Perubahan Mkna dalam bahasa MelayuPada bahagian ini faktor-faktor perubahan makna dalam Bahasa Melayu akan dibincangkan melalui analisis teks bagi menunjukkan secara jelas faktor perubahan makna berlaku. a) Analisis sajak Di Hujung Penantian dari segi aspek semantik berdasarkan perubahan makna ( Perluasanan penyempitan makna)

Di hujung penantian

Entah bila akan menjelmaungu pelangi yang menyirami ladang ketandusandiiringi kerdipan mata kudus menadahtertunduk sujud di hamparan sufi

entah bila berkubur pembuluh nafas tanpa darahdi atas perjalanan tanah berdurisambil jari kurus menghitung batu-batu kerikildi gurun pasir yang terbentang luasa menyala

pabila episod penantian jalang ini berakhirneraca hari yang menggerunkan pasti jua tibadi suatu perhimpunan yang maha agungdi padang maha luas yang membakar panasuntuk menimbangtara diri

Man Nasir

Bahagian 1: Perluasan makna :PerkataanMakna AsalMakna yang diperluaskan

1.Kerdipan Kedipan mata sahajaKerdipan bintang, kerdipan neon dan lampu.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , Kerdipan adalah merujuk kepada perbuatan kedipan mata iatu perbuatan mengerakkan kelopak mata ke atas dan ke bawah. Makna kerdipan itu adalah hanya merujuk kepada perbuatan yang dinyatakan di atas . Namun sekarang perluasan makna perkataan kerdipan telah berlaku dimana perkataan kerdipan telah digunakan untuk benda-benda lain selain mata seperti kerdipan yang merujuk kepada lampu,neon,cahaya dan bintang . Sebagai contoh ayat ini , Kerdipan di langit malam ini yang merujuk kepada cahaya bintang yang bersinar di langit malam .Contoh yang lain pula adalah seperti ayat kerdipan kota raya yang tak pernah padam yang membawa makna cahaya lampu yang terdapat di kota raya tersebut.Ini menunjukkan bahawa perkataankerdipan telah mengalami proses perluasan makna seiring dengan perubahan masa dan kemajuan manusia sejagat secara amnya.Namun jika dilihat perluasan makna ini lebih diaplikasikan di dalam bidang sastera di mana semantik memainkan peranan penting dalam menyampaikan maksud sesuatu karya .

PerkataanMakna AsalMakna yang diperluaskan

2.Sujud Duduk berlutut (penghormatan seorang hamba kepada ALLAH S.W.T)Merayu,memujuk dan menyembah yang tidak merujuk dari segi aspek ketuhanan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , sujud adalah merujuk kepada perbuatan melutut sambil menundukkan kepala ke lantai (dalam sembahyang dan perbuatan ibadah). Namun sekarang perluasan makna perkataan sujud telah berlaku dimana perkataan sujud telah digunakan untuk perbuatan lain seperti memujuk ,merayu dan menyembah hormat kepada manusia serta tidak lagi terikat hanya kepada aspek ketuhanan seperti yang digunakan selama ini secara turun temurun setelah dipinjam daripada bahasa Arab setelah kedatangan Islam dan pedagang-pedagang arab pada zaman dahulu.. Sebagai contoh ayat ini , sujud pada aku jika nak aku kembali yang merujuk kepada perbuatan memohon kemaafan .Contoh yang lain pula adalah seperti ayat saya sanggup sujud asalkan awak tidak pergi yang membawa makna merayu kepada seseorangSetelah pinjaman perkataan sujud sejak zaman kedatangan Islam dulu , Perkataan sujud telah digunakan dengan meninggalkan konsep asal yang hanya ditujukan kepada ALLAH S.W.T tetapi kini semakin meluas sehingga digunakan dalam aspek kemanusiaan juga. Ini menunjukkan perluasan makna berlaku secara berkadar terus dengan perubahan kemodenan manusia dan sifat kebaratan yang melanda pengguna bahasa Melayu.

PerkataanMakna AsalMakna yang diperluaskan

3.Sufi Ahli ilmu sulukKeimanan dan ketakwaan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Sufi membawa hanya makna ahli ilmu suluk(tasawuf). Namun sekarang perluasan makna perkataan sufi telah berlaku dimana sering sahaja khayalak pengguna bahasa menganggap makna sufi itu sebagai kemuliaan dan ketakwaan atau puncak yang tinggi dalam agama. Sufi juga merupakan kata pinjaman bahasa arab.Jika melihat kepada konteks makna dalam puisi ini sendiri di mana tertunduk sujud di hamparan sufi , jika ayat ini mengekalkan makna sufi yang asal , kelihatan ayat ini seperti tidak logik . Ini jelas mengemukakan contoh perluasan makna sufi tersebut kepada keimanan dan kemuliaan atau ketuhanan.Kata pinjaman bahasa arab sering mengalami perluasan makna ini hanya kerana perkataan tersebut berbunyi keagamaan lantas diperluaskan makna secara mengikut keselesaan pengguna bahasa Melayu.Bahagian 2: Penyempitan MaknaPerkataanMakna AsalMakna yang disempitkan

1.Jalang 1.Kerbau yang tidak dipelihara orang2.Perempuan-perempuan jahatJahat dan kekejian(perempuan)

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Makna asal perkataan jalangada dua iatu kerbau yang tidak dipelihara orang dan perempuan jahat .Namun pada masa kini jalang ini telah mengalami proses penyempitan makna di mana jalang hanya difahamkan sebagai perempuan jahat dan maksud satu lagi iatu kerbau yan tidak dipelihara orang digugurkan dalam makna . Sebagai contoh yang dinyatakan dalam baris puisi Di hujung penantian, pabila episod penantian jalang ini akan berakhir . Adakah jalang yang dimaksudkan tersebut adalah kerbau yang tidak dijaga oleh orang ? ,sama sekali tidak kerana jalang yang dimaksudkan adalah kejahatan dan kekejian.Ini merupakan contoh jelas perkataan jalangtelah mengalami proses penyempitan makna dimana satu lagi makna telah digugurkan kerana makna satu lagi menjadi lebih dominan pengunaannya di kalangan penutur Bahasa Melayu.

PerkataanMakna AsalMakna yang disempitkan

2.Neraca 1.Alat untuk menimbang 2.Timbangan atau dacing 3.Perbandingan berat 4.Catatan perbandingan wang masuk dan wang keluarPerbandingan (amalan dan ibadah)

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , neracamembawa 4 makna yang sering digunakan iatu alat untuk menimbang,timbangan atau dacing,perbandingan berat dan catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar. Namun pengguna bahasa Melayu sekarang lebih cenderung menganggap makna neraca adalah perbandingan dari segi batiniah iatu amalan dan ibadah. Jika alat timbangan berat mereka lebih cenderung menggunakan perkataan alat penimbang berat dan bukannya neraca lagi.Terpulang kepada kita untuk memberatkan neraca amalan masing-masing sebelum dihisab oleh Tuhan ayat ini menunjukkan contoh makna neraca yang disempitkan maknanya .Neraca kini tidak lagi digunakan mengikut makna-makna penimbangan jisim namun lebih kepada pertimbangan dari aspek ketuhanan dan kemanusiaan.Peyempitan makna ini mungkin berlaku kerana perkembangan teknologi masa kini,jika dulu hanya neraca yang digunakan sebagai alat untuk mengukur berat , namun kewujudan alat-alat lain telah meninggalkan perkataan neraca di arus permodenan namun pengunaan neraca dari segi konteks makna yang berbeza menjadikan neraca ini masih terus digunakan namun berlainan fungsi dan maksud. 5.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah rendahMenurut ahli-ahli kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan kognitif. Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.Ahli-ahli kognitif menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan. Berikut ialah Pendekatan Teori Kognitif yang boleh digunakan iaitu :(a) Pembelajaran bermaknaGuru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memulakan set induksi atau pengenalan pembelajaran pada hari itu dengan mengemukakan persoalan yang bermakna yang mencambahkan pemikiran murid. Set gambar yang beliau gunakan telah memberi gambaran bermakna tentang tajuk pembelajaran pada hari itu.(b) Pembelajaran mudah kepada sukarGuru menggunakan bahan bacaan yang mengandungi ayat yang pendek dan perkataan mudah.Guru menggunakan petikan bergambar dan berwarna untuk menarik minat murid,ini dapat membantu proses penyerapa makna kepada murid .Kaedah ini tidak memberi tekanan dan bebanan kepada murid ketika menjalankan aktiviti.Murid akan bermotivasi untuk meneruskan pembacaannya. Begitu juga dalam membina ayat berdasarkan gambar. Guru menggunakan perkataan-perkataan untuk dikaitkan dengan gambar. Seterusnya murid membina ayat mengikut kesesuaian gambar. Semasa pengajaran, guru telah menggunakan petikan untuk menjelaskan lagi tajuk pembelajaran pada hari itu.Berdasarkan petikan tersebut, beliau meminta murid mencari dan menggariskan ayat-ayat penyata yang terdapat di dalam petikan tersebut. Kemudian dari ayat-ayat tersebut beliau meminta murid menggariskan perkataan yang membawa makna banyak.Pendekatan yang guru gunakan perlu bersesuaian dengan pendekatan yang diterapkan oleh ahli-ahli kognitif iaitu pengajaran membaca bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.Pengajaran beliau juga mempunyai unsur-unsur yang bermakna seperti ayat, frasa dan perkataan.(c) Kaedah Inkuiri PenemuanGuru boelh menggalakkan murid membaca, kemudian murid perlu menceritakan kembali apa yang dibaca menggunakan ayat mereka sendiri iaitu tentang kegigihan seorang kanak-kanak berdasarkan gambar yang dipaparkan. Guru akan dapat mencungkil pemahaman murid mengenai makna perkataan dengan mengemukakan beberapa soalan.Guru juga membuat ulasan terhadap jawapan murid dan memberi peneguhan.Prinsip pengajaran makna Bahasa Melayu berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:1.Pembelajaran merupakan proses mental.2.Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian.3.Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak dalam peringkat kematangan yang sama.4.Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.5.Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.6.Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal.Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan oleh guru adalah mengikut prinsip pedagogi aliran Behaviorisme dan aliran kognitif. Prinsip Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran sebagai satu perubahan tingkahlaku yang sesuai dan berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh pengalaman. Ianya menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

6.0Strategi Bahasa dan Strategi Teknik pengajaran makna bahasa melayuStrategi bahasa adalah suatu cara atau langkah atau tindakan yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, Cikgu Nora telah menggunakan strategi bahasa yang sesuai mengikut tahap murid-murid dalam kelas ini. Antaranya ialah :a. Pendekatan berpusatkan muridDalam aktiviti kumpulan, guru bertudas sebagai fasilitator manakala murid-murid berbincang dan berkomunikasi untu mendapatkan jawapan serta melaporkan kepada kelas. b. Kepelbagaian teknikGuru boleh menggunakan pelbagai teknik dalam pengajarannya untuk menarik minat murid mengikuti pembelajaran dan seterusnya menjadikan pembelajaran mereka bermakna. Antaranya tayangan video, penggunaan gambar dan kad perkataan yang menarik.c. Kepelbagaian sumber bahanGuru wajib mempelbagaikan sumber pengajarannya dengan menyediakan petikan cerita, video, gambar, kad perkataan dan lembaran kerja untuk aktiviti menulis makna.

Strategi teknik pula ialah suatu alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Antara straegi teknik yang digunakan oleh guru untuk pengajaran makna dalam Bahasa Melayu ialah :a. Teknik soal jawabInteraksi berlaku antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Guru akan membantu murid untuk memberi makna perkataan yang betul dan jawapan yang baik serta membetulkan jawapan yang salah.b. Penyelesaian masalahDalam aktiviti kumpulan, Guru boelj meminta murid untuk mencari makna perkataan serta maksud simpulan bahasa. Murid akan melaporkan jawapan dan akan berkongsi maklumat bersama kumpulan lain.

7.0KesimpulanSelain dapat diaplikasikan dalam P&P, semantik juga amat penting dalam kehidupan kita seharian. Semantik dapat menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati dalam berbicara kerana terdapat banyak perkataan dalam bahasa Melayu berunsur polisemi. Polisemi dapat ditakrifkan sebagai satu perkataan tetapi mempunyai lebih daripada satu makna. Hal ini berkemungkinan masyarakat Melayu lebih suka berkias untuk menerangkan sesuatu. Hal ini berkemungkinan wujudnya kiasan dan peribahasa yang lain dalam bertutur.Tugasan ini menerangkan dengan lebih jelas lagi bahawa masyarakat Melayu merupakan salah satu bangsa yang tinggi nilai kesopanan dalam kehidupan seharian. Nilai kesopanan ini dapat mengeratkan hubungan keakraban antara satu sama lain dan juga dapat menegur sesuatu perkara dengan berhemah tanpa ada mencetuskan perasaan sakit hati. Segala input yang saya perolehi dalam tugasan ini akan saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dengan sebaik mungkin agar menjiwai peranan seorang guru seterusnya menjaga nama baik profesion daripada tercemarKesimpulannya, bahasa juga berubah kerana sebab-sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang-bidang baharu dalam satu-satu budaya masyarakat bahasa. Faktor-faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.Demikianlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik.

RujukanAbdul Aziz Abdul Talib, (1885). Langkah-Iangkah permulaan dalam mengajar kanak-kanak menulis karangan: Satu Pendekatan, jurnal Dewan Bahasa, No. 31,Bil.lO.Abdullah Hassan, 1992.Semantik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &Kementerian Pelajaran MalaysiaAbdul Chaer, 1990.Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT Rineka Cipta.Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan. (2008). HBML3303 Psikolinguistik dan Semantik. Selangor : Open University Malaysia.John Lyons (1993).Pengenalan linguistik teoris(Abdullah Hassan, Rogayah abdul Razak &Wan Zailena Mohd.Nordin, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakadan Kementerian Pendidikan Malaysia.Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mansoer Pateda. 1995.Kosakata dan pengajarannya. Indonesia: Penerbit Nusa Indah.Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ruth M. Kempson (1991).Teori Semantik(Zaiton Ab. Rahman, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.https://sites.google.com/site/kalammelayu/

24