psikolingusitik dan semantik

Upload: katiri-sahirin-haimin

Post on 15-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIKPENDAHULUAN Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi makna. Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan Bahasa dan internet. Matlamat utama dan perubahan makna. Istilah semantik agak baru digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seperti erti dan rujukan, perkataan

|1

balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna signifikan iaitu penting atau bererti (Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, sema juga bererti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.

OBJEKTIF KAJIAN Ahmad Mahdzan Ayop (1983:30) mengatakan, tujuan sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada beberapa persoalan. Dengan kata lain, tujuan kajian meliputi perkara-perkara yang ingin dilaksanakan atau dicapai dalam sesuatu projek penyelidikan. Secara ringkasnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengupas dengan lebih spesifik lagi mengenai beberapa aspek iaitu: 1. 2. 3. Mengenal pasti jenis-jenis makna dalam Bahasa Melayu. Menjelaskan peranan konteks dalam memberikan makna perkataan. Mengenal pasti semantik leksikal yang dapat memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan.

|2

DEFINISI OPERASIONAL SemantikKata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Perkataan dan MaknaPerkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata dua, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, jumlah satu campur satu atau 1 + 1. Manakala, kata beras, misalnya, ada bentuk be ras dan maknanya padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak. Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

|3

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

SKOP KAJIAN Ruang lingkup kajian ini adalah terbatas setakat meneliti aspek leksikal atau ungkapan verbal yang dapat menjelaskan peranan konteks dalam memberikan makna perkataan dan dalam membicarakan hubungan bahasa dan fikiran penuturnya. Penelitian dilakukan melalui kajian terhadap beberapa teks yang dipilih.

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dengan merujuk buku-buku, majalah-majalah, jurnal-jurnal dan internet di perpustakaan yang berdekatan mengenai beberapa konsep dan istilah yang digunakan serta huraiannya dalam mengkaji semantik dalam Bahasa Melayu.

HASIL PENELITIAN Jenis-Jenis Makna Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna

|4

boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.a) Makna Konsepsual Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Makna konsep adalah mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan, atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu segitiga semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Sebab itulah dalam formulasi segitiga

|5

semiotik yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang sama iaitu manusia dewasa yang bukan laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974), mengaitkan konsep dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antara wanita dan perempuan adalah berbeza. Contohnya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan perempuan, ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal, Contohnya seperti, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Misalnya, ber- dalam berjalan, rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et.al., 2005)

b) Makna Konotatif

|6

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Bagi umat Islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah berubah, iaitu pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004). Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. c) Makna Denotatif Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah

|7

Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal , makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotatif ialah makna sebenarnya. Contohnya, kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lakilaki. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud wanita yang belum bersuami dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud wanita yang mempunyai suami. Samalah juga bagi perkataan melantak, makan, sarapan, atau soru. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar, tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. Tetapi sekarang, rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nilai rasa ini sudah menurun. Merujuk kepada Makna Referensial pula, ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2004). Apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Contohnya beg, kasut dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun , tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer, 1992). Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan kambing hitam dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005). d) Makna stilistik

|8

Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku. (Robert Sibarani et.al., 2003). Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia dituturkan. Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada yang dituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga, jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya). Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!- Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh, rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya . Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati, dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. e) Makna Afektif Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik, 1997). Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur, termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Kata jujur, ikhlas, baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif, sedangkan korupsi, kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif (Kushartanti et.al., 2005).

|9

Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Contohnya, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi, kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. Maka faktor intonasi, tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita suka atau tidak suka kita pada seseorang. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya, Teh nikmat berkhasiat. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. f) Makna Tematik Tematik bermaksud apa yang dikomunikasikan dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi, susunan kata, fokus dan tekanan. Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif. Contoh ayat, i) Ibu membeli kuih.(Ayat aktif)

ii) Kuih dibeli oleh ibu.(Ayat pasif) Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Bagi ayat aktif, soalannya ialah, siapa yang membeli kuih?. Tetapi bagi ayat pasif pula, soalannya ialah, ibu membeli apa?- Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat, sikap, latar belakang, tekanan emosi dan sebagainya. Tekanan boleh menukar makna. Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan, 2005). Selain tekanan, panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. Contohnya, kurang! Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu. g) Makna Asosiatif Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian Caaaakap banyak, baayar

| 10

(Kamus Linguistik, 1997). Menurut Setiawati Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganas atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga dengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi. Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005) h) Makna Etimologis Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu. Melalui perubahan makna kata, kita dapat menyelusuri perubahan nilai, norma, keadaan sosiopolitik, dan ekonomi masyarakat. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan berkhalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. Tetapi perkataan ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang

| 11

terpencil dan tersembunyi. Contohnya. Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam. Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna, nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya.

PERANAN KONTEKSDalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech, Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing-kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan. Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga. Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya. Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Dalam kedua-dua situasi tadi, kata

| 12

cantik memang tidaklah sama.

Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan

memperlihatkan makna yang berbeza-beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

SEMANTIK LEKSIKAL Cara mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak, ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut Itu kereta. Tindakan tersebut merupakan proses bagi anda untuk mengetahui makna apabila ayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Makna juga berkait dengan penggunaan kata yang berhubung dengan kebudayaan masyarakat (Tallerman, 2000:45). Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkan kaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan struktur makna bagi perkataan-perkataan yang sama.

SINONIM DAN ANTONIM Sinonim Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama (O Grady, 2000: 118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri.

| 13

Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Jenis Sinonim dan Contohnya Jenis Sinonim Contohnya Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

Sinonim Pinjaman

Sinonim Konteks

Sinonim Laras Sosial

Sinonim Kolokasi

| 14

Antonim Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2. Jadual 7.2: Jenis Antonim dan Contohnya Jenis Antonim Antonim Berpasangan Contoh Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataanperkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula jadi. Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja. Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya rendah.

Antonim Berperingkat

Antonim Berhubungan Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna (Kata Bertentangan tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya yang Berhubungan) pelajar. Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud.

HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Lihat Jadual 7.3 untuk melihat contoh homofon dan homograf. Jadual 7.3: Contoh Homofon dan Homograf Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris. Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya)

Homofon Homograf

| 15

dan bedak (bahagi sesuatu).

Hiponim dan Hipernim Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 7.1. Rajah 7.1 Hiponim dan HipernimWARNA-HIPONIM

CONTOH WARNA-HIPERNIM (seperti hijau, kuning, merah, ungu dan jingga)

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, Jadual 7.4: Jenis Hiponim Hiponim Tulen Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi. Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am.

Hiponim Umum

| 16

POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN Polisem Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem, saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menentukan polisem. (a) Polisem Tulen Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna. (b) Polisem Konteks Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat Kita tentang secara habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan

| 17

di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

Pertindihan Jika anda menulis artikel atau seumpamanya, anda mungkin pernah menulis ayat yang mempunyai struktur makna bertindih. Lihat Jadual 7.5 berikut untuk meneliti contoh yang membawa maksud pertindihan. Jadual 7.5: Pertindihan Contoh ayat: Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah. Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut. Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru, cara terbaik bagi anda menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda akan menulis ayat tersebut Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan artikel.

Pertindihan

Ketaksaan Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh anda lihat pada Jadual 7.6 berikut: Jadual 7.6: Ketaksaan Ketaksaan Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan. Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna Contoh ayat: Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya. Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya.

| 18

teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan.

(a)

Ketaksaan Struktural Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti.

(b)

Ketaksaan Leksikal Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.

(c)

Ketaksaan Metafora Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsurunsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, Perbuatan rakan anda itu biadab.

RUMUSAN Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya. Semantik juga boleh dibahagikan kepada beberapi jenis. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda. Dalam penggunaan bahasa, matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin disampaikan. Mempelajari bidang semantik telah dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau memperlihatkan tingkah laku yang mempunyai makna yang tertentu tanpa kita sedari.

| 19

Selepas meneliti aspek semantik leksikal, beberapa rumusan dapat dikenalpasti, iaitu; Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan. Homonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan. Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan. Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universitI. Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya. Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsurunsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, Perbuatan rakan anda itu biadap.

| 20

KESIMPULAN Konklusinya, terdapat hubungan yang rapat antara perkataan dan makna. Sesuatu perkataan boleh membawa makna yang berlainan sekiranya digunakan dalam situasi yang berbeza. Dalam bidang semantik, makna telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti makna gaya, makna tekanan, makna tabu (taboo), makna logik dan sebagainya. Oleh sebab sesuatu perkataan boleh mengandungi makna yang berbeza-beza apabila digunakan, maka pembahagian makna kepada beberap jenis ini dikatakan adalah amat perlu dan wajar supaya kita dapat memahami makna yang sebenar. Justeru, makna sesuatu perkataan harus dilihat dari pelbagai sudut yang lain iaitu situasi dan logik. Secara ringkasnya, sesuatu ayat ataupun ungkapan itu adalah tidak bermakna sekiranya ia didapati mengandungi unsur-unsur yang tidak logik dan akhirnya ia juga akan menjadi kurang senang diterima bagi sesetengah pengguna bahasa.

| 21

BIBLIOGRAFI1.

Adenan bin Ayob (2007); HBML3803:Ilmu Makna dan Bahasa Melayu;Open Universiti Malaysia;Kuala Lumpur

2.

Ahmad Mahmood Musanif, Ph.D (2004); Modul Pembelajaran: BBM 3206 Semantik; Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

3.

Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak (2003); KDPM Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah:Pengajian Melayu;Bahagian Pendidikan Guru;

4. 5.

Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional. Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use. (4th ed.). Thomson Wadsworth. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuiper, K., & Allan, S. (2004). An introduction to English language: Word, sound and sentence (2nd ed).

6.7.

8.

Palgrave Macmillan. O Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addison Wesley Longman.

9.

Fonologi dan leksikal bahasa Orang Asli Jahai: satu kajian kes di perkampungan Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan, Universiti Malaya, 1998/1999.

| 22

10. Kajian fonologi dan leksikal dialek Bengkulu,di kampung Sungai Choh, Universiti Malaya,

1998/199911. Kajian fonologi dan leksikal dialek Melayu Perak, di Lambor, Universiti Malaya,

1998/199912. Penggunaan bahasa penduduk Kampung Kubang Palas:kajian aspek makna leksikal dan

frasa, Universiti Malaya, 1997/199813. Kata leksikal:satu kajian kes dalam subdialek Yan,Universiti Malaya, 1992 14. Fonologi dan leksikal: satu kajian kes di daerah Kuala Kangsar, Perak (khusus di Mukim

Kota Lama dan Chegar Galah), Universiti Malaya 1987

| 23