kkbi semantik dan peristilahan

70
1.0 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai

Upload: fazilaziz

Post on 12-Aug-2015

123 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

1.0 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1  Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita

dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan

Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang

diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas

erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang

pengkajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa (Abdul Chaer,

1994).

Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan

dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti

sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau

tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta

pengaruh makna terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

“semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa

maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan,

1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang

diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik

bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila

ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga

kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Page 2: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang

yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian

mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,

makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna

dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna

dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi

makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan),

hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),

homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi

maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),

dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam

setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang

demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah

adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan

biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah

berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah

memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu

falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti.

Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain

mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah

diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia

bermakna apabila diujarkan.

Page 3: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini

bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan

adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya

perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan

huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza

oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut

melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan

pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan

rangsangan atau tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu

yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang

ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan

ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang

semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat

semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya

telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman

rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan.

Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa

pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).

1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam

karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak

semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera

yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang

dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan

pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang

sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut

menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang

Page 4: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun

tempatnya tetap akan baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa

merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini,

mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan

‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah

disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”.

Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah

dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu

direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku

dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan

lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur

ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah

perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses

menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang

mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau

bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat

membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan

makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru

semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan

supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas

mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses

akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata

‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan.

Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun”

bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud

Page 5: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

“orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses

penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan

bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’

dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah

hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ

menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.

2.0  Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari

dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus.

Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak

memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan

dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu

bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

2.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki

makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya

kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2..3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu

makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan

yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja,

bumiputera dan sebagainya.

Page 6: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

3.0 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat.

3.1 Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna

yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau

bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau

bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan

ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para

pelajar yang dihormati.

3.2 Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat

kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat :

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah

‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh

pendengar atau pembaca. Dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam

sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur

dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Page 7: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan

pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang

demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di

sekolah kami.

3.3 Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang

tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin

ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya

keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam

bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa

dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk

pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo

dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran

dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak

tepat pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

Page 8: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

3.3.2 Simpulan Bahasa

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan

bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah

perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan

kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal

daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan

bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat

atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan

sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

Page 9: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

3.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan

menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai,

bak, umpama, laksana dan sebagainya.

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut

orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran

yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan

kata-kata hikmat.

Contoh bidalan:

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai

rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

diam ubi berisi, diam besi berkarat

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang

pendiam tetapi bodoh.

Page 10: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

3.3.7 Tamsil dan Ibarat

Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan

Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat

tidak.

Contoh:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

3.3.8 Lidah Pendeta

Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi

pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.

Contoh:

Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh.

3.3.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat

atau menyindir. Sebagai contoh:

Lebih baik mati daripada dijajah

Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau

memperkuat sesuatu perjuangan.

3.3.10 Cogan Kata atau Motto

Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada

kerajaan atau swasta. Contohnya:

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogankata ini merupakan semboyan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri

Najib Tun Abdul Razak.

Page 11: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI

4.1 Aspek-aspek Makna

Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat

hal, iaitu:

4.1.1 Pengertian (sense)

Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila

pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca

mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons

(dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem

hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata.

4.1.2 Nilai rasa (feeling)

Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap

pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan

dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang

berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai

makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna

yang berhubungan dengan perasaan.

4.1.3 Nada (tone)

Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan

bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan

aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara

dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang

digunakan.

4.1.4 Maksud (intention)

Page 12: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95)

merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan.

Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis,

persuasi, rekreasi atau politik.

Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis

makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan

aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.

4.1.4.1 Makna Emotif

Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah

makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai

atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan

kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau. Kata itu tentunya menimbulkan perasaan

tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna

emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas, lembam dan

dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan

merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal

tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan

rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu

kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas

berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung

mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat

dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.

4.1.4.2 Makna Konotatif

` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif

cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat

positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat

asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada

kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti

sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat

keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah

Page 13: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan

yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.

4.1.4.3 Makna Kognitif

Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur

bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau

gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda,

2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga

bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif

karena lebih banyak dengan maksud pikiran.

4.1.4.4 Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah

hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia

pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda,

peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu

lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung

menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses.

Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang

langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat

juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga

dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau

gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

4.1.4.5 Makna Piktorikal

Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah

makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang

didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan

terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang

diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan

terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus,

seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya.

Page 14: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

4.2 Kelewahan Makna

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal

(keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan

sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam

ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua

huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara

huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan

huruf vokal.

Contoh:

alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya.

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan

daripada sistem keselarasan huruf vokal.

Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain

selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa

atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan

dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).

4.3 Ketaksaan Makna

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini

demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat

menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan

(ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau

konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.

Contoh:

Page 15: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu

kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa

Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita

perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita

begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan

dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang

hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian

diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu

kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam

mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa

kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.

Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai

penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan,

hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan

ketaksaan ayat berkenaan.

5. Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini

semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu

linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang

semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang

lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi

sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam

tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau

Page 16: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.

Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan

ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati

aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal

ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting

dalam linguistik.

5.1 Sinonim dan Antonim

5.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai

makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai

perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’,

‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan

sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi

senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman,

konteks, laras sosial, dan kolokasi.

5.1.1.1 Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau

bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya

ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.

5.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.

Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam

konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Page 17: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status.

Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud

‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.

5.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.

Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh

ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang

gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”

“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-

tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna

apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh

pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah.

Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat

(gembira) dalam ayat tersebut.

5.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang

mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai

perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik

lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya.

Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu

lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan

bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’

lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah

Page 18: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

(c) Antonim hubungan bertentangan

5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan

yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga,

hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-

sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang-pendek, keras-lembik dan sebagainya.

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-

hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam

antonim jenis ini.

5.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan

darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek,

kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan

kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai

contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu

itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara

mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya

menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’.

Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak

sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan

bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya

membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-

pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan

‘terima’ barang itu.

Page 19: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

5.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada

bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata

lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada

kata yang khusus.

5.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau

lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan

makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna

seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai

contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya

dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan

kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim

mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

5.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan

sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah

hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai

etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu

perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti

dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang

Page 20: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara

normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan

contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’bervariasi maknanya, tetapi kewujudan

polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

6. Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan.

Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan

memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang

yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap

perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu

makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk

membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan

makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang

mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa

membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa

pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan

kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam

bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

6.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna

dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan

menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan

Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna

sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya

‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai

layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat

Page 21: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan

biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya

disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya

disebut‘saudara’.

6.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi

pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi

makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf

(1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses

perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih

khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-

saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun

kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai

dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

7. Peristilahan Bahasa Melayu

7.1 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,

gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat

di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna

yang tepat bagi konteks bidangnya.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3)

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah

kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan

kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-

peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk

berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk

menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang

dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau

Page 22: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum

boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya

khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem,

alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

7.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan

imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah

Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

7.1.2 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.

Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

7.1.3 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses

pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-

an (pemprosesan).

7.1.4 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut)

atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

7.1.5 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah

melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti

setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada

juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan

Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan

dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar

melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang

Page 23: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini

istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara

am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia

bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

7.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam

pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan

membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan

perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab

membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan

menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab

mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum

kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat

Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

 Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat

penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

 Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan

kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-

negara lain.

Page 24: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

7.3 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga

negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini

dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29

Disember 1972.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan

bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap

berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan

mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan

sahaja di rantau malah di dunia.

7.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan

diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen

Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan

ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.

Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman

pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan

bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk –

bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an

telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih

terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang

ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif

dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat

pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah

sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

Page 25: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu

dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah

asal atau istilah antarabangsa.

7.5 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP

dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan

Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi

untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di

samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan

menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan

bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah,

jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa

serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan

pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda.

iv. Kata gabungan.

7.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti

kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:

Kata nama: buruj constellation

Page 26: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

rawan gristle

cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate

Imbas scan

reka invent

Kata adjektif: kenyal elastic

Rawak random

Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah

kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku

kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Contoh :

Cerpen cereka FELDA

tabika kugiran JKR

pawagam RISDA MRSM

MARA ADUN PJK

BERNAMA PLUS perhilitan

KOBENA BERNAS berdikari

7.5.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan

awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata

dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

Page 27: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

7.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

bertani petani pertanian

7.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

mengamal pengamal pengamalan amalan

membesar pembesar pembesaran -

mengubah pengubah pengubahan -

7.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:

memberhentikan - pemberhentian - perhentian

-pembelajar pelajaran

7.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan

Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan

Page 28: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

mempelajari pelajar - pelajaran

7.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi Kesaksian

bermakna Kebermaknaan

terbuka Keterbukaan

penduduk Kependudukan

sesuai kesesuaian

7.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi gerigi

susu tenusu

tapak telapak

kuncup kemuncup

sambung sinambung

7.5.3 Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar

sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan

bunyi.

7.5.3.1 Ganda Penuh

Contoh:

Page 29: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

langit-langit kanak-kanak

labi-labi paru-paru

buku-buku guru-guru

7.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal

Contoh:

Tetikus rerongga jejari

Cecair rerambut kekisi

7.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh:

dedaunan

pepohonan

jejarian

7.5.3.4 Kata Ganda Berentak

Contoh:

Warna-warni Batu-batan

Serta-merta Bengkang-bengkok

Bolak-balik Hingar-bingar

Dolak- dalih Mundar- mandi

7.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua

unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat

imbuhan atau tanpa imbuhan.

Page 30: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

7.5.4.1 Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut

daftar masuk mesin atur huruf

mesin kira tangan segi empat tepat

ganda tiga kamera laut dalam

7.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji

dalam talian atas talian

mengambil alih menerima pakai

penerima janji gelombang melintang

7.5.4.2 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi

7.6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

7.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa

Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk

dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

Page 31: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

 kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

dimaksudkan.

 kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

 kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun

dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada

bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan

bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada

bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan

bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya

hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman,

bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa

Page 32: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa

Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

 Atom

 Electron

 Professional

 Psychology

 Structure

 Radio

 Television

 Radiography

 Atom

 Elektron

 Profesional

 Psikologi

 Struktur

 Radio

 Televisyen

 Radiografi

7.6.3 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

 Sesuai maknanya;

 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah

bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau

terbitannya. Hal ini bergantung pada:

 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

Page 33: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

 Kemudahan belajar bahasa; dan

 Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali

kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada

kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk

menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

 Campaign

 Custom

 Dengue

 Grant

 Pension

 Kempen

 Kastam

 Denggi

 Geran

 Pencen

7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai

contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave

Sidang audio

Autosimpan

Page 34: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Broadcast

Client-server

Connection-oriented network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Digital purse

Digital signature

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan

sambungan

Pengarau data

Kamera digital

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital

(b) Istilah Undang Undang

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Administrative order

Civil disorder

Civil rights

Double jeopardy

Diplomatic immunity

Extradiction

Fraud

Fugitive offender

Fundamental rights

Perintah pentadbiran

Gangguan awam

Hak sivil

Pendakwaan dua kali

Kekebalan diplomatik

Ekstradisi

Fraud

Pesalah buruan

Hak asasi

Page 35: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Judicial review

Legitimacy

Mala fide

Mandatory procedure

Native

Natural justice

Kajian semula kehakiman

Kesahan

Mala fide

Tatacara mandatory

Anak negeri

Keadilan asasi

a) Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Access

Bench mark

Cursor

Data base

Download

End user

Font

Hardware

Integrated circuit

Local area network

Capaian

Tanda aras

Kursor

Pangkalan data

Muat turun

Pengguna akhir

Fon

Perkakasan

Litar bersepadu

Rangkaian kawasan setempat

b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Page 36: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Balance sheet

Bridging loan

Buy out

Buy-back price

By-product

Capital gain

Cash flow

Certificate of authorization

Chief executive officer

Deed of trust

Investment climate

Long term debt

Short-term financing

Sole agent

Steering committee

Kunci kira-kira

Pinjaman penyambung

Beli habis

Harga beli balik

Keluaran sampingan

Laba modal / keuntungan modal

Aliran tunai

Perakuan kuasa

Ketua pegawai eksekutif

Surat ikatan amanah

Iklim pelaburan

Hutang jangka pendek

Pembiayaan jangka pendek

Ejen tunggal

Jawatankuasa pemandu

c) Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBallroom

Banquet

Budget hotel

Buffet

Business centre

Check-in

Check-out

Cocktail

Dewan besar

Bankuet

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Bufet

Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel

Page 37: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Day use

Deluxe room

Double room

Function room

Luncheon

Twin bed

Waiter (L); waitress (P)

Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji

d) Fotografi

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAbstract photography

Between-the-lens shutter

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Flash

Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect camera

Fotografi abstrak

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

Dengar

Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex

Page 38: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

e) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAerial cable

Affine

Affine geometry

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative model

Kabel arial

Afin

Geometri afin

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan

Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan

Model berdaya agregat

7.7 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :

i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.

ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :

i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.

ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

Page 39: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

7.8.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim.

Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :

lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:

sin - sinus

cm - sentimeter

cos - konsinus

hab - habitat

c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Tadika - taman didikan kanak – kanak

Cerpen - cerita pendek

Kugiran - kumpulan gita rancah

Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri

Pawagam - Panggung wayang gambar

Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial

Page 40: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya

TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

7.8.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter - meter - m

kilogram - kilogram - kg

second - saat - s

ampere - ampere - A

degree - darjah - K

candela - kandela - cd

radian - radian - rad

steradian - steradian - st

mole - mol - mol

hecto - hekto - h

centi - senti - c

mega - mega - M

Page 41: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

giga - giga - G

7.9 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

7.9.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadith

Muslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat iman

Talak imam taubat haji ustazah

8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

bureau - biro

police - polis

ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund

Cannizzaro

Aquadag

Dacron

Keops

Dmitri Ivanovic Mendeleev

Anton Chekhov

Page 42: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Mao Tze Tung

Nekad

Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan. Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita.

Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada. Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis.

Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku. Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.

Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks cerpen di atas berdasarkan bentuk-bentuk istilah.

Akar bebas

berimbuhan gabungan gandaan prototaip paradigma

anak bertekad tempat kerja

Cukup-cukup

shift

suamiku mencari Bekerja shif Berjalan-jalan

Komunikasi (communication)

rumah bekerja Jadual kerja

Selama-lamanya

Stesen (station)

Page 43: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

stesen menyukarkan Kami berdua

Apa-apa Teksi (taxi)

shif berdua pergi balik Fikir-fikirjadual berbekalkan Duit

kecemasanAnak-anak

teksi kecemasan Anak kecilduit mencari Melonjak

keriangantambang membahayakan Tempat

kerjanyakota melihat Anak kecilhabuk melonjak Kampung

halamanflat keriangan Air matapintu bertemukampung terjadi

bertemumendapatkanmengalirberumurbercakapmenujumenahanberkuncimenantiberusahaperjalananberikrarmempastikankehidupanterjaminbantuanmenjadipengajaranmenganggap

ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “NEKAD”Bil Perkataan Golongan kata Catatan1 bertekad Kata kerja Kata kerja terbitan2. dia Kata nama Kata ganti nama diri ketiga3. hanya Kata tugas Kata bantu ragam4. sedang Kata bantu Kata bantu aspek5. Cukup-cukup Kata adjektif Kata adjektif gandaan seluruh6. ke Kata tugas Kata sendi nama7. bodoh Kata adjektif Kata adjektif sifatan8. kerana Kata tugas Kata arah9. dalam Kata tugas Kata arah10. rumah Kata nama Kata nama am konkrit

Page 44: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

11. dua Kata tugas Kata bilangan tentu13. apa Kata tugas Kata tanya14. sekiranya Kata tugas Kata hubung pancangan

keterangan15. teksi Kata nama Kata nama konkrit

16. memang Kata tugas Kata penegas17. longlai Kata adjektif Kata adjektif sifatan18. sekali Kata tugas Kata penguat belakang19. amat Kata tugas Kata penguat hadapan20. kehidupan Kata nama Kata nama am abstrak21. perjalanan Kata nama Kata nama am abstrak22. sudah Kata tugas Kata bantu aspek23. halaman Kata nama Kata nama am konkrit24. bantuan Kata kerja Kata kerja terbitan25. walau Kata tugas Kata hubung pancangan

keteranganFrasa Jenis Frasa Kajian Semantik Keterangan Contoh Ayat

walaupun Frasa sendi nama Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.

Alamat : petanda

Frasa nama Medan makna (sinonim)

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Aku hanya tahu alamattempat kerjanya.

sedang Frasa sendi Kata bantu aspek Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.

Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedangbekerja.

bekerja Frasa kerja Kata kerja aktif Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.

Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu.

Cukup-cukup Frasa adjektif Kata adjektif ukuran Kata adjektif Berbekalkan duit yangcukup-

Page 45: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.

cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota.

Duit : wang Frasa nama Medan makna (sinonim)

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan itu aku pergi

mencari dia ke kota.

bodoh Frasa adjektif Kata adjektif sifatan atau keadaan

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama

Aku tahu tindakanku ini amatbodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.

dua Frasa sendi nama Kata bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi

mendapatkan Frasa kerja Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Tiba di stesen aku terusmendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya.

deras Frasa adjektif Kata adjektif Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam , sebagai penerang kata

Air mataku mengalir deras

Page 46: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

nama.longlai Frasa adjektif Kata adjektif sifatan

atau keadaanKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

Aku melangkah denganlonglai hanya satu arahku menuju ke rumahnya.

anak kecil Frasa nama Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan.

dalam Frasa nama Kata arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk

menunjukkan hala atau jurusan.

Aku akan pergi dari

kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.

segala Frasa sendi Kata bilangan Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.

Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.

Berdasarkan teks ini, kami cuba melihat dari sudut peristilahan Bahasa Melayu. Istilah ialah:

(a) Pinjaman terjemah

(b) Pinjaman terus

Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:

1. Antonim:

Page 47: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.

Menyukarkan - memudahkan

Bodoh – pandai

Suami – isteri

Malang – untung

Kecil – besar

Petah – gagap

Deras – perlahan

Menangis – ketawa

Longlai – gagah

2. Sinonim:

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Duit – wang

Bodoh – dungu

Pergi – bertolak, berangkat

Keriangan – kegembiraan

Mengerti – tahu

Berita – khabar

Bimbang – khuatir

Bertemu – berjumpa

Nekad – tabah

Stesen – perhentian

Malang – tidak bernasib baik

Petah - gagap

Page 48: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Nampak – lihat

Berkunci – bermangga

Pulang – balik

Menanti – menunggu

Menangis – ketawa

Pengajaran – pedoman

3. Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

Rumah :

Rumah banglo

Rumah teres

Rumah pangsa

Rumah papan

Rumah berkembar

Rumah rehat

Rumah sewa

Rumah kedai

Rumah kongsi

Rumah mayat

Page 49: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Rumah pam

Stesen:

Stesen bas

Stesen keretapi

Stesen minyak

Stesen teksi

Stesen kaji cuaca

Stesen angkasa lepas

Jam:

Jam tangan

Jam dinding

Jam loceng

Jam randik

Jam penggera

Jam matahari

Jam air

Jadual:

Jadual waktu

Jadual kerja

Jadual belajar

Jadual tuisyen

Jadual bertugas

Jadual perjalanan bas

Jadual peperiksaan

Duit:

Page 50: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Duit syiling

Duit kertas

Duit raya

Duit zakat

Duit sedekah

Duit rasuah

Duit pengeras

Duit simpanan

Duit palsu

Duit judi

Kering:

Lada kering

Daun kering

Ikan kering

Udang kering

Hati kering

4. Homonim:

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.

“Alamat “ dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud alamat rumah.

“Alamat” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai petanda akan berlakunya sesuatu.

“Sedang” dalam petikan ini adalah membawa maksud sedang melakukan sesuatu.

“Sedang” dalam konteks lain mungkin membawa maksud menceritakan saiz sesuatu yang tidak kecil dan tidak besar.

5. Polisem

Page 51: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Perkataan “berada” di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.

Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.

1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kesedihan.

(i) “Memang malang nasibku kerana dia tiada”.

Perkataan “malang” dalam ayat di atas membawa maksud berasa kecewa kerana hasrat yang tidak tercapai untuk bertemu dengan suaminya.

2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.

(i) “Melihat wajah sikecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.”

Perkataan “melonjak keriangan” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen di atas berasa sangat gembira kerana dia berpeluang berjalan-jalan di kota.

3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.

(i) “Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi.”

Perkataan “bimbang” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “risau”,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang.

4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.

(i) “Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.”

Frasa “tak pasti di mana dia berada” membawa maksud watak dalam cerita ini tidak tahu lokasi suaminya berada ketika dia ke rumah suaminya dengan menaiki bas.

Teks ini mementingkan aspek sebutan, intonasi dan perbendaharaan kata. Cerita ini melambangkan kesedihan seperti di dalam sinopsis di bawah.

SINOPSIS CERITA

Cerita ini mengisahkan seorang isteri yang hidup menderita kerana telah ditinggalkan oleh suaminya. Dia tidak pasti di mana suaminya berada sekarang.

Page 52: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

Demi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya, dia telah nekad membawa anak kecilnya ke kota dengan berbekalkan sedikit wang sebagai perbelanjaan. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama dua jam, dia berasa begitu gelisah kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan suaminya. Dia telah bertekad iaitu jika tidak Berjaya bertemu dengan suaminya, dia akan kembali ke kampong halaman dan tidak akan menemui suaminya lagi. Dia sudah pasrah dan akan menerima apa juga ketentuan. Dia lebih mengutamakan kehidupan anak-anaknya.

TEMA

Cerpen ini bertemakan kekecewaan hati seorang isteri yang telah ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita.

PERSOALAN

Cerpen ini membawa satu situasi yang dialami oleh seorang isteri yang berkeadaan serba salah disebabkan suaminya bertindak menghilangkan diri. Disebabkan dia menghadapi satu masalah besar iaitu rumahnya hendak disita, maka dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke kota untuk mencari suaminya. Sekiranya suaminya gagal ditemui, dia telah mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung halaman demi untuk kesejahteraan anak-anaknya. Dia tidak lagi memerlukan suaminya.

Kesimpulan

Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita

mengenal yang disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Semantik adalah subdisiplin linguistik yang

membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.

REFLEKSI

Saya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga menyiapkan KKBI ini telah menghadapi berbagai jenis halangan. Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk difahami.

Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah.

Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang sangat berguna untuk diketahui oleh saya . Maklumat ini akan saya gunakan

Page 53: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

untuk memantapkan lagi mutu pengajaran dan penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian.

Tugasan KKBI ini telah mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh saya selaku seorang pelajar PGSR Bahasa Melayu.

Melalui KKBI ini juga, saya berpeluang membuat kajian terhadap analisis cerpen yang bertajuk “Nekad”. Cerpen ini walaupun kelihatan pendek sahaja, tetapi mempunyai banyak aspek bahasa yang boleh dikaji. Bidang kajian pula boleh terdiri daripada berbagai sudut yang terdapat di dalam bidang sintaksis. Analisis teks cerpen ini memerlukan saya banyak membuat rujukan daripada buku “Tatabahasa Dewan”.

Disediakan oleh,

……………………………………………

(MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH_

HP: 011-19958547 KP: 650413025367

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk “Nekad”. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-

Page 54: Kkbi Semantik Dan Peristilahan

maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zaleha Bt Mohd Noor dan Encik Aminuddin Bin Mamat yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan

ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan dan

puan.

Disediakan oleh,

…………………………

(FUZIATI BT MISBAH)

640412-01-5870