kajian semantik berkaitan leksikal

51
1.0 Istilah Semantik Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani kuno sema yang bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’. Dari sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”. Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji makna sesuatu tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu. Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, hipernim dan hiponim. Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik. 1

Upload: napiesha

Post on 09-Jun-2015

8.470 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian semantik berkaitan leksikal

1.0 Istilah Semantik

Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani kuno sema yang bermaksud ‘isyarat’.

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’. Dari sinilah terbitnya

istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna. Semantik

ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian

daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik

terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “

as the study of meaning in natural language”.

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian

makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. Semantik merupakan satu bidang yang bukan

sahaja mengkaji makna sesuatu tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna

sesuatu. Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran

linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, hipernim dan

hiponim. Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat

benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap

permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik

linguistik.

Dalam kajian ini, saya akan mengkaji tujuh leksikal bahasa Melayu. Dalam kajian ini

juga, saya akan memberi tumpuan kepada proses penyempitan makna, peluasan makna,

sintagmatik, paradigmatik, kolokasi, makna konteks, hubungan makna dengan kebudayaan dan

hipotesis Sapir Whorf. Manakala leksikal yang akan saya kaji ialah dikahwinkan, saga, kancil,

parut, pupuk, hulu, kait, bunga, mencanai dan pangsa.

1

Page 2: Kajian semantik berkaitan leksikal

2.0 Leksikal dikahwinkan.

Proses yang pertama yang akan saya kaji ialah penyempitan makna. Proses ini berlaku apabila

makna bagi sesuatu kata terhad penggunaannya. Sebagai contohnya, pada masa dahulu leksikal

dikahwinkan mempunyai makna yang agak terhad iaitu kata kerja ini hanya boleh dipadankan

dengan manusia. Hal ini bermaksud pada masa dahulu, leksikal dikahwinkan tidak boleh

dipadankan penggunaannya dengan perkara yang lain selain manusia. Hal ini dapat dibuktikan

seperti dalam data yang saya perolehi dari Malay Concordance Project di bawah:

MW 30:1 . yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda baginda itu dengan seorang anak raja perempuan, ..SM 121:22 oleh Sultan Mansur Syah akan Raja Merlang Inderagiri dikahwinkan baginda dengan anakanda baginda Puteri Bakal, tiada diberi Perak 46:14 ....... kerajaan akan ganti baginda Raja Muda, maka dikahwinkan baginda dengan cucu Bendahara Seri Maharaja, maka beranak .

Berdasarkan kepada data di atas, kita dapat lihat leksikal dikahwinkan hanya

digunakan untuk mengahwinkan manusia sahaja. Hal ini dapat dilihat kepada perkataan yang

telah dicondongkan. Tetapi pada masa kini, leksikal dikahwinkan tidak hanya terhad

penggunaannya kepada manusia sahaja. Pada masa kini, leksikal dikahwinkan digunakan bukan

sahaja merujuk kepada manusia tetapi kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Proses ini dikenali

sebagai peluasan makna iaitu penggunaan kata ini telah menerima penyesuaian yang baru. Hal

ini menyebabkan penggunaan leksikal ini tidak terhad kepada manusia sahaja. Perkara ini dapat

dibuktikan seperti dalam data di bawah :

ZAINAB binti Jahsy enggan menerima lamaran Rasulullah untuk dikahwinkan dengan anak angkat baginda, Zaid ibn Haritsah kerana ... ... selepas harimau bernama Puchong terbukti berbaka baik apabila dikahwinkan mendapat 30 anak.

... bimbingan kaedah menanam anak pokok belimbing yang sudah

dikahwinkan katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya, ...

2

Page 3: Kajian semantik berkaitan leksikal

Berdasarkan kepada data berikut, dapat dilihat penggunaan leksikal dikahwinkan bukan

sahaja merujuk kepada manusia sahaja tetapi kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga. Hal ini

dapat dilihat kepada perkataan yang telah dicondongkan iaitu, anak angkat baginda merujuk

kepada manusia, harimau merujuk kepada haiwan dan anak pokok belimbing merujuk kepada

tumbuh-tumbuhan.

Perkara yang seterusnya yang saya akan kaji ialah paradigmatik. Hubungan paradigmatik

ialah keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan atau

penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit yang serupa. Dalam hal ini,

leksikal dikahwinkan boleh digantikan dengan leksikal dinikahkan, disatukan dan

diijabkabulkan kerana kesemua kata ini mempunyai makna yang sama dan boleh berganti-

gantian antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan gadis pilihan hatinya.

dinikahkan

disatukan

diijabkabulkan

Berdasarkan data di atas, leksikal dikahwinkan mempunyai hubungan paradigmatik

dengan leksikal dinikahkan, disatukan dan diijabkabulkan. Manakala hubungan sintagmatik

ialah keadaan yang diperolehi oleh sesuatu unit linguistik kerana ia hadir bersama dengan unit-

unit lain yang serupa. Hubungan sintagmatik ini dapat juga dilihat seperti contoh ayat di atas.

Leksikal dikahwinkan mempunyai hubungan sintagmatik dengan gadis pilihan hatinya. Hal ini

dapat dibuktikan seperti ayat di bawah :

Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan gadis pilihan hatinya.

dikurniakan

diarahkan

dijalankan

3

Page 4: Kajian semantik berkaitan leksikal

Berdasarkan contoh ayat ini, hanya leksikal dikahwinkan sahaja yang mempunyai

hubungan sintagmatik dengan gadis pilihan hatinya. Selain itu juga, leksikal dikahwinkan

berkolokasi dengan leksikal Hanafi Mustafa dalam ayat Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan

gadis pilihan hatinya. Kolokasi merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata yang lain

dalam lingkungan tertentu. Kolokasi ini juga dapat dilihat dalam hubungan sintagmatik dan

paradigmatik.

Hubungan sintagmatik merupakan hubungan secara linear antara kata atau unsur-unsur

leksikal yang berada dalam satu tempat atau lingkungan yang sama. Tetapi pada masa kini,

selain dapat berkolokasi dengan Hanafi Mustafa, leksikal dikahwinkan juga dapat berkolokasi

dengan leksikal yang merujuk kepada binatang dan tumbuhan. Pada masa dahulu, leksikal ini

hanya berkolokasi dengan manusia sahaja.

Sesuatu perkataan berkemungkinan mendukung makna yang lebih khusus dalam kolokasi

yang tertentu. Tetapi akibat perkembangan budaya dan teknologi terdapat perkataan yang

berkolokasi terhad menjadi lebih terbuka. Sebagai contohnya leksikal dikahwinkan. Hal ini

dapat dilihat seperti data di bawah ini :

Hanafi Mustafa dikahwinkan…

Baka nanas itu dikahwinkan…

Baka beruang itu dikahwinkan…

Ketiga-tiga contoh data di atas telah mempunyai kolokasi yang lebih luas berbanding

masa dahulu. Pada masa dahulu, leksikal dikahwinkan hanya berkolokasi dengan manusia

sahaja. Tetapi pada masa kini leksikal dikahwinkan turut berkolokasi dengan haiwan dan

tumbuh-tumbuhan.

Leksikal dikahwinkan juga dapat dikaitkan dengan hubungan makna dengan kebudayaan.

Lyons (1969 ) mengatakan proses menjadi dwibahasa itu merupakan proses penyerapan dua

kebudayaan oleh penutur tersebut. Dengan kata lain, bahasa amatlah rapat berhubung dengan

kebudayaan dalam mana bahasa itu dituturkan ( Abdullah Hassan, Linguistik Am untuk Guru

4

Page 5: Kajian semantik berkaitan leksikal

Bahasa Malaysia : 226 ) . Jika dilihat dari segi kebudayaan Melayu, leksikal dikahwinkan juga

bersinonim dengan leksikal dinikahkan. Oleh sebab itu, leksikal dinikahkan digunakan oleh

budaya Melayu yang telah menerima pengaruh agama Islam. Leksikal dinikahkan merupakan

kosa kata Arab yang dipinjam oleh bahasa Melayu. Sebelum kedatangan agama Islam, leksikal

dikahwinkan telah digunakan yang merupakan kosa kata Sanskrit kerana pada masa dahulu

masyarakat Melayu menerima pengaruh agama Hindu.

Walau bagaimanapun, leksikal dikahwinkan masih lagi digunakan dalam kebudayaan

Melayu. Leksikal dinikahkan hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja. Dalam

kebudayaan lain, leksikal dikahwinkan boleh digunakan bukan sahaja merujuk kepada manusia

tetapi turut merujuk kepada haiwan dan tumbuhan. Walaupun mempunyai makna yang sama

tetapi dari segi penggunaannya mengikut kebudayaan masih lagi berbeza. Hal ini dapat dilihat

seperti contoh ayat di bawah :

Hanafi Mustafa dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya.

*Baka harimau itu dinikahkan dengan baka harimau dari Columbia.

* Baka kelapa matag itu dinikahkan dengan baka kelapa pandan.

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat leksikal dinikahkan hanya sesuai merujuk

kepada manusia sahaja. Tetapi apabila penggunaan leksikal ini digunakan untuk merujuk kepada

haiwan dan tumbuhan, ayat yang dibentuk menjadi tidak gramatis walaupun leksikal

dikahwinkan bersinonim dengan leksikal dinikahkan.

Hipotesis Sapir Whorf menjelaskan penggabungan linguistik determinisme iaitu bahasa

menentukan pemikiran dengan linguistik relativiti iaitu tidak ada batasan pada kepelbagaian

struktural bahasa-bahasa. Dalam penerangan yang lain, sebenarnya bahasa ditentukan oleh cara

penutur berfikir. Cara untuk seseorang penutur berfikir dalam melihat bahasa menerusi

perkataan itu lebih meluas. Hal ini kerana seseorang penutur cuba memaksimumkan fungsi

sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan.

5

Page 6: Kajian semantik berkaitan leksikal

Hal ini dapat diterangkan dengan menggunakan leksikal dikahwinkan. Dalam untuk

mengungkapkan konsep seseorang disatukan dengan seseorang yang lain, penutur boleh

menggunakan ungkapan dinikahkan dan dijabkabulkan selain daripada leksikal dikahwinkan.

Oleh itu, dalam mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa, penutur boleh mempelbagaikan

penggunaan perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan sahaja

6

Page 7: Kajian semantik berkaitan leksikal

3.0 Leksikal saga

Leksikal saga ini telah mengalami proses peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu

saga ini mempunyai makna yang terhad iaitu sejenis buah yang berwarna merah. Namun pada

masa kini, leksikal ini mempunyai makna yang baru selain sejenis buah iaitu sejenis nama model

kereta nasional negara kita. Hal ini dapat dilihat seperti dalam data di bawah :

Pasai 133:3 ..... empat jengkal lilit dan matanya merah seperti saga. Alkisah maka tersebutlah penkataan Sang Nata menyuruh warga .....PNB 60:4 .. orang gila laku[nya] dan matanya mérah seperti buah saga daripada sangat mabuknya itu. Maka ada yang jatuh; ada yang lari, Bayan 262:4 ..... seperti guruh bunyinya dan mata mérah seperti saga dengan besarnya dan misainya pun panjang, barang lakunya memberi .

Daripada contoh ayat di atas, penggunaan leksikal saga hanya merujuk kepada sejenis

buah. Dalam ketiga-tiga ayat ini, penggunaan leksikal saga adalah sebagai perumpamaan.

Leksikal ini telah mengalami proses peluasan makna dan hal ini dapat dilihat seperti ayat di

bawah :

... merempuh dan menyeret hingga 100 meter sebuah Proton Saga bernombor JCQ 5131 di lintasan kereta api di ... ... di bilik berhawa dingin dan memandu kereta Proton Saga 1.3 kepunyaan syarikat. ... menjadi detik bersejarah bagi negara apabila kereta Proton Saga

dilancarkan di kilang Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) ...

... seperti gantang, koyan dan cupak manakala mayam serta saga

digunakan untuk menimbang emas.

7

Page 8: Kajian semantik berkaitan leksikal

Daripada contoh ayat di atas yang dipetik dari Konkordans Dewan Bahasa dan Pustaka,

penggunaan leksikal saga pada masa kini tidak terhad kepada sejenis buah sahaja. Tetapi

leksikal ini turut digunakan untuk menerangkan sejenis model kereta iaitu Proton Saga.

Seterusnya saya akan mengaitkan leksikal saga ini dengan paradigmatik. Pada

perenggan sebelum ini saya telah menerangkan makna paradigmatik. Oleh itu, saya tidak akan

menerangkan maknanya dalam perenggan ini. Dalam hal ini, leksikal saga boleh digantikan

dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu.

Leksikal saga yang mendukung makna sejenis buah boleh digantikan dengan leksikal labu,

nanas, betik dan sebagainya. Manakala leksikal saga kedua yang telah mengalami peluasan

makna dapat digantikan dengan leksikal Wira, Rusa dan lain-lain lagi. Hal ini dapat dilihat

dengan lebih jelas berdasarkan contoh di bawah :

Adik Nadirah sedang mengutip buah saga.

labu

nanas

betik

Ayah Emer baru sahaja membeli kereta Saga.

Wira

Rusa

Berdasarkan contoh di atas, leksikal saga dalam ayat pertama mempunyai hubungan

paradigmatik dengan labu, nanas dan betik. Manakala leksikal saga yang kedua mempunyai

hubungan paradigmatik dengan leksikal Wira dan Rusa. Berdasarkan contoh ayat di atas, pada

masa dahulu leksikal ini hanya mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal saga yang

mendukung makna sejenis buah sahaja. Tetapi pada masa kini, leksikal saga yang telah

mengalami peluasan makna ini turut mempunyai hubungan paradigmatik dengan sejenis nama

kereta nasional.

8

Page 9: Kajian semantik berkaitan leksikal

Sesuatu leksikal itu boleh digantikan dengan leksikal yang lain tetapi leksikal tersebut

mestilah tergolong daripada satu kumpulan yang sama atau hampir sama. Dalam kes ini, dapat

dikatakan bahawa leksikal saga, labu,nanas dan betik tergolong dalam golongan hiponim yang

mempunyai superodinat buah. Manakala leksikal saga dalam ayat kedua tergolong dalam

golongan hiponim yang mempunyai superodinat kereta nasional. Seterusnya, saya akan mengkaji

hubungan antara leksikal saga dengan sintagmatik. Hubungan sintagmatik leksikal saga dapat

dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Mata Shasha merah seperti saga.

hijau

biru

Kereta Saga ayah telah dilanggar oleh jirannya sendiri.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal merah mempunyai hubungan sintagmatik dengan

leksikal saga. Hal ini kerana saga berwarna merah bukannya berwarna hijau atau biru.

Manakala dalam ayat kedua pula, leksikal saga ini mempunyai hubungan sintagmatik dengan

ayah telah dilanggar. Hal ini dapat membezakan penggunaan leksikal saga ini. Pada masa

dahulu, leksikal saga ini hanya mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal merah sahaja.

Tetapi pada masa kini, leksikal ini mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan ayat ayah

telah dilanggar.

Selain itu juga, leksikal merah berkolokasi dengan saga dalam ayat pertama. Manakala

leksikal saga dalam ayat kedua berkolokasi dengan kereta. Hal ini jelas menunjukkan pada

masa dahulu, leksikal ini hanya berkolokasi dengan leksikal merah sahaja. Tetapi pada masa

kini, leksikal saga ini turut berkolokasi dengan leksikal kereta. Proses seterusnya yang akan saya

kaji ialah makna konteks. Makna sesuatu kata itu bergantung kepada konteks ayat. Leksikal

saga ini mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Sebagai contoh dapat

diterangkan seperti ayat di bawah :

Proton Saga itu baru saja dibeli oleh Asraff.

9

Page 10: Kajian semantik berkaitan leksikal

Adik bermain congkak dengan menggunakan buah saga.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas ini, leksikal saga dalam ayat pertama ini bukanlah

membawa maksud sejenis buah tetapi mendukung maksud sejenis nama model kereta nasional.

Manakala leksikal saga dalam ayat kedua mendukung makna sejenis buah.

Seterusnya, leksikal saga ini turut mempunyai kaitan dengan makna berhubung

kebudayaan. Sesuatu makna tersebut dipergaruhi oleh budaya sesuatu penutur. Sebagai

contohnya, budaya Melayu berkemungkinan melihat saga dari segi fungsi buah tersebut atau

sifat fizikal buah tersebut yang berwarna merah. Seterusnya ia mempengaruhi penggunaan kata

tersebut dalam rutin harian sehingga terbentuknya perumpamaan merah seperti saga.

10

Page 11: Kajian semantik berkaitan leksikal

4.0 Leksikal kancil

Leksikal kancil ini telah mengalami satu proses iaitu peluasan makna. Pada masa dahulu, makna

leksikal kancil terhad iaitu hanya merujuk kepada sejenis mamalia menceruh yang kecil dan

tidak bertanduk. Tetapi akibat perkembangan budaya dan teknologi, makna leksikal ini telah

terbuka. Pada masa kini, makna bagi leksikal kancil merujuk kepada sejenis mamalia menceruh

yang kecil dan tidak bertanduk serta sejenis model kereta nasional. Hal ini dapat dilihat seperti

ayat di bawah :

Mar 56a ..... dan lembu, dan banteng, dan kijang menjangan, dan kancil, dan beberapa puluh ayam, dan itik, dan angsa. Setelah sudah, ..Abd.H 84:3 ... rusa, kijang, pelanduk dan napuh, bengkunang dan kancil dan sebagainya. Dan lagi, adalah ia menaruh sebuah kitab besar, Imam 481:27 .. luka peluru meriam dua tiga liang. Apa kata pada kancil dengan garisnya juga boleh membawa mati. Maka setelah habis ....

Berdasarkan contoh di atas, leksikal kancil hanya merujuk kepada sejenis binatang.

Tetapi pada masa kini, penggunaan leksikal ini tidak hanya merujuk kepada sejenis mamalia

menceruh yang kecil dan tidak bertanduk tetapi juga merujuk kepada nama model kereta

nasional. Hal ini dapat dilihat seperti contoh di bawah ini :

... asal Kassim pada 1 Ogos adalah untuk Perodua Kancil 660 cc model GX berwarna perak ataupun merah. ... pengurus syarikat itu dibuatnya ketika dua kereta Perodua Kancil GX 650 cc sama seperti yang saya tempah, ... ... Intan (Perak) yang memintanya memperbaharui polisi insurans kereta kancil dengan nombor pendaftarannya ACW 8973 yang tamat November ...

11

Page 12: Kajian semantik berkaitan leksikal

Khadijah memanfaatkan cerita rakyat di Nusantara dan memilih kancil

haiwan rimba yang kecil tetapi terkenal dengan kebijaksanaan ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang pertama, kedua dan ketiga merujuk kepada

nama model kereta. Manakala ayat yang keempat merujuk kepada sejenis mamalia menceruh

yang kecil dan tidak bertanduk. Oleh itu peluasan makna telah berlaku. Seterusnya saya akan

mengkaji hubungan antara leksikal kancil dengan sintagmatik. Hubungan antara leksikal kancil

dengan sintagmatik dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah ini :

Kereta Kancil merupakan produk keluaran PERODUA.

Budak itu cerdik seperti kancil.

Berdasarkan ayat di atas, pada masa kini kereta Kancil menpunyai hubungan secara

sintagmatik dengan produk keluaran PERODUA. Manakala leksikal kancil dalam ayat kedua

mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal cerdik. Hal ini dapat membuktikan pada

masa dahulu, leksikal kancil ini hanya berhubungan secara sintagmatik dengan leksikal cerdik.

Tetapi akibat peluasan makna, leksikal ini turut mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan

produk keluaran PERODUA.

Selain itu juga, leksikal kancil juga berkolokasi dengan leksikal kereta. Pada masa

dahulu, leksikal kancil hanya berkolokasi dengan leksikal cerdik. Selain itu, saya akan

mengaitkan leksikal kancil ini dengan hubungan paradigmatik. Leksikal kancil boleh digantikan

dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu.

Leksikal kancil yang telah mengalami peluasan makna ini boleh digantikan dengan leksikal

Wira, Rusa dan Kelisa. Hal ini dapat dibuktikan seperti di bawah ini :

Kereta Kancil merupakan produk keluaran PERODUA.

rusa

Wira

Kelisa

12

Page 13: Kajian semantik berkaitan leksikal

Daripada contoh ayat di atas, leksikal kancil mempunyai hubungan paradigmatik

dengan leksikal rusa, kijang dan sebagainya. Leksikal ini boleh bertukar ganti dengan leksikal

yang lain tetapi mestilah dengan unit-unit yang serupa. Dalam kes ini, dapat dikatakan bahawa

leksikal kancil, Kelisa, Wira dan Rusa tergolong dalam golongan hiponim yang mempunyai

superodinat kereta nasional. Pada masa dahulu, leksikal kancil ini hanya mempunyai hubungan

paradigmatik dengan kijang, rusa dan sebagainya yang mempunyai superodinat binatang. Hal

ini dapat dilihat seperti contoh di bawah :

Kancil merupakan binatang yang hidup di hutan.

Rusa

Kijang

Dari segi makna konteks pula, leksikal Kancil mempunyai makna yang berbeza

mengikut konteks ayat yang digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Kancil itu berkeliaran di pinggir hutan mencari makanan.

Encik Shamin menghadiahkan sebuah kereta Kancil kepada anak sulungnya.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal kancil dalam ayat pertama bukanlah merujuk kepada

model kereta tetapi merujuk kepada sejenis binatang. Manakala leksikal kancil dalam ayat kedua

pula merujuk kepada sejenis model kereta. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa setiap

penggunaan leksikal mempunyai makna yang berlainan bergantung kepada konteks ayat.

Seterusnya akan mengaitkan leksikal kancil dengan hubungan makna dengan kebudayaan.

Lyons (1969 ) mengatakan proses menjadi dwibahasa itu merupakan proses penyerapan

dua kebudayaan oleh penutur tersebut. Dengan kata lain, bahasa amatlah rapat berhubung

dengan kebudayaan dalam mana bahasa itu dituturkan ( Abdullah Hassan, Linguistik Am untuk

Guru Bahasa Malaysia : 226 ). Mengikut kebudayaan Melayu, leksikal kancil sering

digambarkan seekor binatang yang bijak sehingga terbentuknya perumpamaan bijak seperti

kancil.

13

Page 14: Kajian semantik berkaitan leksikal

5.0 Leksikal parut

Leksikal parut telah mengalami satu proses iaitu proses peluasan makna. Hal ini dapat dilihat

dari segi penggunaannya. Pada masa dahulu, leksikal parut hanya merujuk kepada bekas luka.

Tetapi pada masa kini leksikal parut turut mendukung makna parutan alat utk mengukur kelapa

dan lain-lain ( e-Kamus versi 5.01 ). Hal ini dapt dibuktikan seperti contoh ayat yang dimuat

turun dari Malay Concordance Project di bawah :

Abd.PK 91 dan mukanya bulat dan hidungnya mancung. Maka adalah parut cacar sedikit di pipinya, giginya lentik lagi berkilat hitam. ...S 27Jul32:6 ...-orang kita Melayu ke hadapan, seperti bagaimana parut daripada satu luka yang besar iktu tidak hilang selama-lamanya. .KSPB Yoh20:25 kena paku di tanganNya dan mencocokkan jariku di parut itu,

dan aku mencocokkan tanganku di rusukNya, tiadalah aku ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal parut hanya mendukung makna bekas luka.

Pada masa ini, maknanya agak terhad. Pada masa kini, leksikal parut mendukung dua makna

yang berbeza. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah ini.

Halim menunjukkan parut disebabkan kemalangan jalan raya yang dialaminya. ... dan polio dos tambahan kedua BCG (jika tiada parut Lelaki itu yang bertanda parut di pipi juga mempunyai telefon bimbit. ... disenaraikan, kacang panjang, kubis bulat, cili merah, kelapa parut bawang merah kecil, ubi kentang dan tomato.

14

Page 15: Kajian semantik berkaitan leksikal

Daripada contoh ayat di atas, leksikal parut pada masa kini mendukung dua makna yang

berbeza. Leksikal parut dalam ayat pertama sehingga ketiga mendukung makna bekas luka

tetapi leksikal parut dalam ayat keempat mendukung makna parutan alat untuk mengukur

kelapa.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan sintagmatik

dan paradigmatik. Hubungan antara leksikal parut dengan sintagmatik dapat dilihat seperti

dalam ayat di bawah :

Peristiwa hitam itu akan meninggalkan parut untuk selama-lamanya.

Emak menyuruh adik membeli kelapa parut.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal meninggalkan dengan leksikal parut mempunyai

hubungan sintagmatik. Tetapi akibat peluasan makna pada masa kini, leksikal parut ini juga

mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan leksikal kelapa. Seterusnya saya akan

menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan paradigmatik. Dalam hal ini, leksikal

parut boleh digantikan dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam

lingkungan yang tertentu. Leksikal parut ini boleh digantikan dengan leksikal kukur. Manakala

leksikal parut yang mendukung makna bekas luka boleh digantikan dengan leksikal bekas dan

kesan. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah:

Emak menyuruh adik membeli kelapa parut dan buah terung.

kukur

Parut luka Mira akibat kemalangan itu akan kekal untuk selama-lamanya.

Kesan

Bekas

Berdasarkan ayat di atas, leksikal parut dalam ayat pertama mempunyai hubungan

paradigmatik dengan leksikal kukur. Hal ini kerana kedua-dua leksikal ini boleh bertukar ganti

15

Page 16: Kajian semantik berkaitan leksikal

antara satu sama lain tanpa menjejaskan makna ayat. Manakala leksikal parut dalam ayat kedua

mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal bekas dan kesan. Dari segi kolokasi pula,

leksikal parut berkolokasi dengan leksikal kelapa dalam ayat Emak menyuruh adik membeli

kelapa parut dan buah terung. Pada masa dahulu, leksikal parut hanya berkolokasi dengan

leksikal luka seperti dalam ayat kedua sebelum peluasan makna berlaku.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan makna

konteks. Leksikal parut mempunyai makna yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Hal ini

dapat diliht seperti ayat berikut :

Parut akibat kemalangan jalan raya itu akan kekal untuk selama-lamanya.

Harga kelapa parut di pasaran pada masa kini ialah RM 2.00 sekilogram.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas ini, leksikal parut dalam ayat yang pertama bukanlah

mendukung makna parutan alat untuk mengukur kelapa tetapi mendukung makna bekas luka.

Manakala leksikal parut dalam ayat yang kedua mendukung makna parutan alat untuk mengukur

kelapa. Seterusnya hubungan antara leksikal parut dengan kebudayaan. Mengikut kebudayaan

Melayu, leksikal parut digambarkan perbuatan memarut sesuatu sehingga ke butir-butir yang

halus. Oleh sebab itu, jika dilihat dari segi penggunaan parut dalam kelapa parut, kelapa yang

dihasilkan itu bukanlah masih dalam keadaan yang asal tetapi kelapa dalam butir-butir yang

halus.

Hipotesis Sapir Whorf menjelaskan penggabungan linguistik determinisme iaitu bahasa

menentukan pemikiran dengan linguistik relativiti iaitu tidak ada batasan pada kepelbagaian

struktural bahasa-bahasa. Dalam penerangan yang lain, sebenarnya bahasa ditentukan oleh cara

penutur berfikir. Cara untuk seseorang penutur berfikir dalam melihat bahasa menerusi

perkataan itu lebih meluas. Hal ini kerana seseorang penutur cuba memaksimumkan fungsi

sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan.

16

Page 17: Kajian semantik berkaitan leksikal

Hal ini dapat diterangkan dengan menggunakan leksikal parut. Dalam untuk

mengungkapkan konsep bekas luka, penutur boleh menggunakan ungkapan kesan dan bekas

selain daripada leksikal parut. Oleh itu, dalam mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa,

penutur boleh mempelbagaikan penggunaan perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan

sahaja. Manakala untuk mengungkapkan konsep alat parutan untuk mengukur kelapa, penutur

boleh menggunakan leksikal kukur selain daripada leksikal parut.

6.0 Leksikal pupuk

Leksikal pupuk telah mengalami proses penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,

leksikal pupuk mendukung dua makna iaitu sejenis ubat yang dibuat daripada daun herba yang

ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun dan makna yang kedua ialah menjadikan atau

menyebabkan subur ( maju, berkembang dan lain-lain ) ( e-Kamus versi 5.01 ). Hal ini dapat

dilihat seperti contoh ayat di bawah :

PK 221:2a sekalian segeralah hela. | Kebangsaan kita segeralah pupuk , jangan dibiarkan sampai berlapuk , bagailah dia walau berkepuk CJen.P 15:15 ..... pun pergilah mencari daun genggayang membuat pupuk kepala anaknya itu. Sepeninggal* 'Mak Andih pergi itu, Pak ......

Berdasarkan ayat di atas, leksikal pupuk dalam ayat pertama mendukung makna

menjadikan atau menyebabkan subur ( maju, berkembang dan lain-lain ). Manakala leksikal

pupuk dalam ayat kedua mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada daun herba yang

ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun. Pada masa dahulu, leksikal ini mempunyai makna yang

agak meluas namun pada pada masa kini makna leksikal ini makin terhad. Hal ini dapat dilihat

seperti ayat di bawah :

... gagal untuk menunjukkan nilai murni yang kita ingin pupuk di kalangan pelajar kita.

Jadi, ia perlu kita pelihara, perlu kita pupuk agar ia terus hidup subur hingga ke akhir ...

17

Page 18: Kajian semantik berkaitan leksikal

Pupuk kemahiran meletakkan tabiat anak anda dalam perspektif yang ...

Berdasarkan contoh ayat yang dimuat turun dari konkordans Dewan Bahasa dan Pustaka,

leksikal pupuk dalam ketiga-tiga ayat ini mendukung makna menjadikan atau menyebabkan

subur. Tetapi tiada leksikal pupuk yang mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada

daun herba yang ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun dalam sumber ini. Hal ini menunjukkan

bahawa leksikal ini telah mengalami proses penyempitan makna.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan sintagmatik

dan paradigmatik. Hubungan antara leksikal pupuk dengan sintagmatik dapat dilihat seperti

dalam ayat di bawah :

Emak mencari daun bambu untuk dibuat pupuk di kepala adik.

Marilah bersama-sama kita pupuk bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

semai

Berdasarkan ayat di atas, leksikal pupuk dengan bahasa kebangsaan mempunyai

hubungan sintagmatik. Tetapi pada masa dahulu, leksikal pupuk turut mempunyai hubungan

secara sintagmatik dengan di kepala adik. Namun pada masa kini leksikal pupuk telah

mengalami proses penyempitan makna. Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara

leksikal pupuk dengan paradigmatik. Dalam hal ini, leksikal pupuk boleh digantikan dengan

unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu. Leksikal

pupuk ini boleh digantikan dengan leksikal semai. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat

kedua di atas.

Leksikal pupuk dalam ayat di atas mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal

semai. Hal ini kerana kedua-dua leksikal ini boleh bertukar ganti antara satu sama lain tanpa

menjejaskan makna ayat. Selain itu, leksikal pupuk yang telah mengalami proses penyempitan

makna berkolokasi dengan leksikal bahasa kebangsaan dalam ayat di atas. Seterusnya saya akan

menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan makna konteks. Makna bagi sesuatu

18

Page 19: Kajian semantik berkaitan leksikal

leksikal bergantung kepada konteks sesuatu ayat. Hal ini dapat dijelaskan melalui contoh ayat di

bawah :

"Sebagai wakil jualan, saya perlu pupuk inisiatif bergerak aktif memperkenal dan

memasarkan barangan Avon”

Emak mencari daun bambu untuk dibuat pupuk di kepala adik.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas, mengikut konteks ayat pertama, leksikal pupuk

dalam ayat ini mendukung makna menjadikan atau menyebabkan subur. Manakala leksikal

pupuk mengikut konteks ayat kedua pula mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada

daun herba yang ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun. Oleh itu, walaupun leksikal yang

digunakan sama tetapi jika digunakan dalam konteks yang berlainan, maksud sesuatu leksikal

tersebut akan berubah.

Leksikal pupuk ini juga mempunyai hubungan dengan kebudayaan. Mengikut

kebudayaan Melayu, pupuk merupakan sejenis ubat yang digunakan oleh masyarakat dahulu.

Ubat ini ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun kepala. Berkemungkinan, perbuatan meletakkan

ubat ini di ubun-ubun menyebabkan ia dipanggil pupuk seolah-olah menepuk-nepuk ubat

tersebut di kepala. Seterusnya ia mempengaruhi penggunaan kata tersebut dalam rutin harian

masyarakat Melayu.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan hipotesis

Sapir Whorf. Hipotesis ini menyatakan bahawa bahasa ditentukan oleh cara seseorang penutur

berfikir. Seseorang penutur akan cuba memaksimumkan penggunaan fungsi sesuatu perkataan

untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan. Hal ini dapat dilihat menerusi leksikal

pupuk . Dalam untuk mengungkapkan konsep untuk menjadikan atau menyebabkan subur

penutur boleh menggunakan ungkapan semai selain daripada leksikal pupuk. Oleh itu, dalam

mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa, penutur boleh mempelbagaikan penggunaan

perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan sahaja.

19

Page 20: Kajian semantik berkaitan leksikal

7.0 Leksikal hulu

Leksikal hulu ini telah mengalami penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,

leksikal ini mendukung makna bahagian sungai yang paling atas, hujung pangkal, kepala ubun-

ubun, pemegang dan pedalaman ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005 : 551 ) . Tetapi pada

masa kini, leksikal hulu ini hanya mendukung makna bahagian sungai yang paling atas dan

pedalaman sahaja. Leksikal hulu yang mendukung makna kepala ubun-ubun tidak lagi

digunakan pada masa kini. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh ayat di bawah :

Siak katanya, "Patik derhaka, tuanku," lalu diparangnya, kena hulu baginda, keluar darah putih, memancar seperti santan dan kulit ...SM 51:38 ..... anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan ulu baginda menjadi lembang sama tengah, tinggi kiri kanan. Maka ......S 24Jan31:6 ...... buat mengajar kami sekalian di dalam Kampung Ulu Beranang. Dapatlah kami melanjutkan pemandangan memilih di antara .Maul 997c ... besar berhentilah dahulu , air pun pasang arus ke hulu , berdayunglah masuk bertalu-talu | Tenku Alang Naga perahunya ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal hulu mendukung makna bahagian sungai yang

paling atas, kepala ubun-ubun dan pedalaman. Pada masa dahulu, leksikal ini mempunyai

makna yang agak meluas namun pada pada masa kini makna leksikal ini makin terhad. Hal ini

dapat dilihat seperti ayat di bawah :

... mengenai projek pembangunannya di kawasan Felda Sungai Buaya, Hulu Selangor.

20

Page 21: Kajian semantik berkaitan leksikal

... mutu bekalan air yang berterusan di sepanjang persekitaran hulu Sungai Kelantan, sekali gus mengurangkan kejadian banjir di ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya muat turun dari korkondans Dewan Bahasa dan

Pustaka, leksikal hulu pada masa kini mendukung makna pedalaman dan bahagian sungai yang

paling atas. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan leksikal hulu ini hanya mendukung

makna pedalaman dan bahagian sungai yang paling atas sahaja berbanding pada masa dahulu.

Seterusnya, saya akan menerangkan hubungan antara leksikal hulu dengan hubungan

sintagmatik dan kolokasi . Hubungan sintagmatik dapat ditunjukkan melalui contoh ayat di

bawah :

Kumb 91c .... , Hilanglah arwah di dalam dada , Segera disambut hulu ayahanda , Sambil menangis memangku ayahanda | Ayuhai ayahanda ...

Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) sudah dinaikkan tarafnya kepada `perbandaran' pada 3 Januari 2003.

Berdasarkan contoh ayat dia atas, leksikal hulu mempunyai hubungan secara sintagmatik

dengan leksikal Langat. Tetapi pada masa dahulu, leksikal hulu ini turut mempunyai hubungan

secara sintagmatik dengan leksikal ayahanda. Tetapi pada masa kini makna hulu semakin terhad

dan hanya mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal hulu yang mendukung makna

bahagian sungai paling atas serta pedalaman. Manakala dari segi kolokasi pula, leksikal hulu

berkolokasi dengan leksikal Langat dalam ayat kedua. Manakala leksikal hulu dalam ayat

pertama berkolokasi dengan leksikal ayahanda.

Pada masa dahulu, leksikal hulu berkolokasi dengan kepala ubun-ubun, pemegang,

pedalaman, bahagian sungai paling atas dan pemegang. Tetapi pada masa kini leksikal hulu

hanya berkolokasi dengan pedalaman dan bahagian sungai paling atas sahaja. Seterusnya saya

akan menerangkan hubungan antara leksikal hulu dengan makna konteks. Makna bagi sesuatu

leksikal bergantung kepada konteks sesuatu ayat. Hal ini dapat dijelaskan melalui contoh ayat di

bawah :

21

Page 22: Kajian semantik berkaitan leksikal

Kebanyakan saudara ayah saya menetap di Hulu Chepor, Perak.

Air sungai di bahagian hulu lebih deras berbanding hlir sungai.

Berdasarkan contoh ayat di atas, penggunaan leksikal hulu dalam ayat pertama bukanlah

mendukung makna bahagian sungai paling atas tetapi mengikut konteks ayat ini leksikal hulu

mendukung makna pedalaman. Manakala dalam ayat kedua pula leksikal hulu mengikut konteks

ayat ini mendukung makna bahagian sungai paling atas. Konteks ayat perlulah dilihat terlebih

dahulu sebelum menafsir makna ayat tersebut.

22

Page 23: Kajian semantik berkaitan leksikal

8.0 Leksikal kait

Leksikal kait ini telah mengalami peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu leksikal kait

ini mendukung makna besi yang bercangkuk hujungnya dan melakukan sesuatu dengan

menggunakan besi yang bercangkuk hujungnya ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 656 ). . Tetapi

pada masa kini, leksikal kait ini juga turut digunakan untuk menghubungkan atau sangkut paut

serta tipu muslihat. Hal ini dapat dibuktikan seperti ayat yang saya perolehi daripada Malay

Concondance Project di bawah :

S 13Jun31:8 ... yang terjadi sebelum getah selam (slump) mereka kait beberapa pokok-pokok durian, macang, mangga, kelapa, kekabu-......S 31Oct36:7 .......... di sekolah iaitu ajaran2 jahit menjahit, kait mengkait, kesihatan membela anak, masak memasak dan ekonomi rumah KSPL Yeh29:4 ..... diriku sendiri! Sebab itu Aku kelak membubuh kait pada insangmu dan melekatkan kelak segala ikan sungaimu itu pada .

Berdasarkan contoh ayat di atas, dapat dilihat leksikal kait ini hanya merujuk kepada

sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk

dihujungnya seperti dalam ayat pertama iaitu … mereka kait beberapa pokok-pokok durian…

serta dalam ayat kedua …kait mengait…Manakala leksikal kait dalam ayat ketiga pula merujuk

kepada besi yang mempunyai cangkuk di hujungnya. Tetapi pada masa kini, leksikal kait ini

turut mendukung makna sangkut paut, sesuatu yang terselindung dan tipu muslihat. Hal ini

dapat dilihat seperti di bawah :

23

Page 24: Kajian semantik berkaitan leksikal

"Tetapi kalau (soalan) yang ditolak itu mempunyai hubung kait dengan

pentadbiran, itu nampak seolah-olah dia takut dan ...

... juga katanya, suka bercerita hal yang tiada hubung kait dengan kes, konon

untuk mencari simpati tanpa kesedaran ...

... Umno banyak terbabit dalam badan yang ada hubung kait dengan

pembangunan di peringkat kampung, daerah, mukim hinggalah ...

Baju panas dari benang kait boleh didapati dalam pelbagai warna lembut seperti merah ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya perolehi daripada korkondans Dewan Bahasa dan

Pustaka, leksikal kait dalam ayat pertama sehingga ayat ketiga mendukung makna sangkut paut,

sesuatu yang terselindung atau tipu muslihat. Manakala dalam ayat keempat pula leksikal kait

ini mendukung makna sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang

mempunyai cangkuk dihujungnya. Oleh itu, telah terbukti bahawa leksikal kait pada masa kini

turut merujuk kepada makna yang baru.

Seterusnya saya akan menerangkan hubung kait antara leksikal kait dengan hubungan

sintagmatik dan kolokasi. Pada masa dahulu, leksikal kait hanya bersintagmatik dengan unit-unit

lain secara terhad. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Bau benang kait yang berwarna merah lembut itu kepunyaan Mirah.

Jika dilihat seperti contoh ayat di atas, leksikal kait mempunyai hubungan secara

sintagmatik dengan berwarna merah lembut …Dari segi kolokasi pula, leksikal kait berkoloksi

dengan leksikal benang pada masa dahulu. Manakala pada masa kini, leksikal ini turut

mempunyai hubungan sintagmatik dengan unit-unit yang baru. Hal ini dapat dilihat seperti

contoh ayat di bawah :

24

Page 25: Kajian semantik berkaitan leksikal

Perkara itu tidak mempunyai hubung kait dengan saya.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal kait ini mempunyai hubungan sintagmatik

dengan leksikal dengan saya. Dari segi kolokasi pula, pada masa kini selain berkolokasi dengan

benang, leksikal kait juga berkolokasi dengan leksikal hubung. Seterusnya, saya akan

menerangkan dari segi makna menurut konteks ayat. Setiap makna leksikal akan berubah

apabila konteks ayat yang berbeza digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Mereka kait buah kelapa sawit apabila menjelang bulan Oktober.

Pakcik Amran mempunyai hubung kait dengan kes rompakan dua hari lepas.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal kait dalam ayat pertama mendukung makna

sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk

dihujungnya mengikut konteks ayat ini. Manakala leksikal kait dalam ayat kedua mendukung

makna sangkut paut, sesuatu yang terselindung dan tipu muslihat mengikut konteks ayat ini.

Seterusnya, leksikal kait ini dapat dikaitkan dengan makna berhubung dengan

kebudayaan. Mengikut kebudayaan Melayu, leksikal kait merupakan sesuatu perbuatan yang

dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk dihujungnya. Dalam

kebudayaan Melayu, jika perbuatan tersebut tidak dilakukan dengan menggunakan besi yang

mempunyai cangkuk dihujungnya, masyarakat Melayu tidak akan memanggilnya perbuatan kait.

Berkemungkinan menggunakan leksikal yang lain seperti memotong, menghiris dan sebagainya.

Seterusnya penggunaan leksikal kait mempergaruhi penggunaan kata tersebut dalam rutin harian.

25

Page 26: Kajian semantik berkaitan leksikal

9.0 Leksikal bunga

Leksikal bunga telah mengalami proses peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,

leksikal bunga ini mendukung makna sejenis tumbuhan, nyala api yang berterbangan iaitu bunga

api dan bunga wang iaitu bayaran tambahan yang dikenakan ke atas atau diperolehi daripada

wang yang dipinjamkan ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 212 ). Tetapi pada masa kini, makna

bagi leksikal ini semakin terbuka. Pada masa kini, leksikal bunga turut merujuk kepada bunga

tayar iaitu bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan ( ukiran atau corak ). Leksikal

bunga yang mendukung makna bunga tayar masih tidak digunakan pada masa dahulu. Hal ini

dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Abd.S KGT 65a tinggilah amat , Gegak gempita terlalu sangat. | Bunga api

berterbangan seperti burung , Penuhlah orang2 berlari .......

S 24Oct40:12 ........... peperangan dengan tiada akan mengambil bunga atau faedah

apa2 di atasnya dan wang yang tersebut itu tidak ....

Bid 5:5c . puspa warna , Eloknya bagai anakan kencana , Laksana bunga cempaka warna , Maka digubah seorang rana | Setelah bersalin ....

Berdasarkan ayat di atas, leksikal bunga yang saya perolehi dari Malay Concondance

Project ini merujuk kepada nyala api yang berterbangan, bayaran tambahan atas pinjaman wang

dan sejenis tumbuhan. Tiada ayat yang merujuk kepada penggunaan bunga yang mendukung

26

Page 27: Kajian semantik berkaitan leksikal

makna bunga tayar. Tetapi pada masa kini, penggunaannya semakin meluas. Hal ini dapat

dilihat dalam contoh ayat di bawah :

Syarikat itu turut menjual bunga mawar merah sempena memperingati hari

kekasih yang jatuh ...

Proses menyongket benang iaitu membuat motif atau bunga songket

adalah yang paling sukar.

... semua pemandu berlumba menggunakan tayar yang masih ada bunga untuk mengelak perkara sedemikian tetapi bantahannya termasuk dakwaannya ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal bunga dalam ayat pertama dan kedua

mendukung makna sejenis tumbuhan dan lukisan pada kain. Manakala leksikal bunga dalam

ayat ketiga mendukung makna bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan. Hal ini

dapat membuktikan bahawa peluasan makna telah berlaku. Seterusnya saya akan menerang

proses sintagmatik dan kolokasi. Contoh penggunaan leksikal bunga dalam hubungan

sintagmatik dan kolokasi dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Emak saya membeli beberapa kuntum bunga mawar.

Abang memilih tayar yang mempunyai bunga tayar yang berkualiti tinggi.

Berdasarkan ayat di atas, pada masa dahulu leksikal bunga dalam ayat pertama hanya

mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan leksikal mawar sahaja. Tetapi pada masa kini,

leksikal bunga turut mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan tayar yang berkualiti

tinggi. Dari segi kolokasi, pada masa dahulu leksikal mawar hanya berkolokasi dengan leksikal

bunga. Tetapi pada masa kini, leksikal tayar turut berkolokasi dengan leksikal bunga.

Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal ini dari segi makna menurut

konteks. Leksikal bunga ini mempunyai makna yang berbeza jika digunakan dalam konteks

yang berlainan. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di atas. Berdasarkan contoh ayat di atas,

leksikal bunga dalam ayat pertama mendukung makna sejenis tumbuhan. Manakala leksikal

27

Page 28: Kajian semantik berkaitan leksikal

bunga dalam ayat kedua pula mendukung makna bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti

hiasan ( ukiran atau corak ).

Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal bunga ini mengikut makna

berhubung kebudayaan. Menurut budaya Melayu, bunga merupakan sejenis tumbuhan yang

mempunyai corak dan bentuk yang menarik serta cantik. Oleh itu, berkemungkinan orang

Melayu mengaplikasikan bentuk dan corak bunga ini kepada tayar. Oleh sebab itu, penggunaan

leksikal bunga yang merujuk kepada tayar terbentuk akibat bentuk dan corak bunga tayar ini

seakan-akan bentuk dan corak bunga.

10.0 Leksikal mencanai

Leksikal mencanai ini telah mengalami proses peluasan makna akibat perkembangan teknologi,

masa dan budaya masyarakat. Leksikal mencanai pada masa dahulu hanya mendukung makna

membentuk, mengacu, menyelesaikan dan menyelaraskan serta mengasah sesuatu dengan

menggunakan batu canai ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 242 ). Tetapi pada masa kini, leksikal

mencanai ini juga turut mendukung makna yang sama seperti dahulu cuma terdapat peluasan

makna yang baru iaitu menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Hal ini dapat dilihat seperti

contoh ayat di bawah :

MG Jun32:103 ...... dalam Semenanjung. Untuk tempat melepas dan mencanai fikiran guru. Untuk tempat guru-guru yang lebih pandai .......Abd.H 358:8 pun berkerumunlah orang membaiki senjata dan orang mencanai pun berpuluh2 tempat, istimewa orang menyarung hampir ........

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal mencanai dalam ayat pertama mendukung

makna membentuk, mengacu, menyelesaikan dan menyelaraskan. Manakala leksikal mencanai

dalam ayat kedua mendukung makna mengasah sesuatu dengan menggunakan batu canai. Tiada

ayat yang digunakan untuk merujuk kepada menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Tetapi

pada masa kini, penggunaan leksikal ini telah meluas. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di

bawah :

28

Page 29: Kajian semantik berkaitan leksikal

... kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa IPT sebagai produk yang serba boleh

... diterjemahkan seperti Rethinking Islam, memberi penemuan mutakhir dalam mencanai dunia berhadapan dengan modenisme dan pascamoden. ... Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung, mesin pengisar tepung dan mesin pengisar gula ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya perolehi dari korkondans Dewan Bahasa dan Pustaka,

leksikal mencanai dalam ayat pertama dan kedua mendukung makna membentuk, mengacu,

menyelesaikan dan menyelaraskan. Manakala dalam ayat kedua pula, leksikal ini mendukung

makna menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Hal ini membuktikan bahawa peluasan

makna telah berlaku. Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal mencanai

dengan hubungan paradigmatik, sintagmatik dan kolokasi. Hubungan antara leksikal mencanai

dengan paradigmatik dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa IPT

sebagai produk yang serba boleh. membentuk

Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung dan mesin

pengisar kepada usahawan muda tersebut. menggelek

Berdasarkan contoh ayat di atas, pada masa dahulu leksikal mencanai dalam ayat pertama

hanya mempunyai hubungan secara paradigmatik dengan leksikal membentuk sahaja. Hubungan

paradigmatik ialah satu keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui

pertentangan atau penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit yang serupa.

Dalam ayat ini, leksikal mencanai turut boleh digantikan dengan leksikal membentuk tanpa

menjejaskan makna ayat. Seterusnya, dalam ayat kedua pula leksikal mencanai yang telah

mengalami peluasan makna turut mempunyai hubungan secara paradigmatik dengan leksikal

menggelek.

29

Page 30: Kajian semantik berkaitan leksikal

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan sintagmatik pula. Berdasarkan contoh ayat

dia atas, jika dilihat dari segi penggunaan pada masa dahulu, leksikal ini hanya mempunyai

hubungan secara sintagmatik dengan leksikal siswa IPT. Tetapi akibat peluasan makna leksikal

mencanai ini turut mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal tepung. Dari segi

kolokasi, hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat dia bawah :

MG Jun32:103 ...... dalam Semenanjung. Untuk tempat melepas dan mencanai fikiran guru. Untuk tempat guru-guru yang lebih pandai .......

Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung dan mesin pengisar kepada usahawan muda tersebut.

Berdasarkan contoh ayat tersebut, sebelum mengalami peluasan makna leksikal

mencanai ini hanya berkolokasi dengan leksikal fikiran. Tetapi setelah mengalami peluasan

makna, leksikal ini juga turut berkolokasi dengan leksikal mesin. Seterusnya saya akan

menerangkan perkaitan antara leksikal mencanai dengan makna mengikut konteks. Hal ini dapat

dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Restoran Samy membeli dua mesin mencanai tepung untuk meningkatkan pengeluaran

produk mereka.

Kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa IPT

sebagai produk yang serba boleh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal mencanai dalam ayat pertama mendukung

makna menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata jika berdasarkan konteks ayat tersebut.

Manakala leksikal mencanai dalam kedua mendukung makna membentuk, mengacu,

menyelesaikan dan menyelaraskan jika dilihat dari segi penggunaan kata mengikut konteks ayat.

Seterusnya saya akan mengaitkan leksikal mencanai dengan hipotesis Sapir Whorf. Menurut

hipotesis ini, seseorang penutur bahasa akan cuba memaksimumkan penggunaan katanya untuk

mengungkapkan satu konsep yang sama.

30

Page 31: Kajian semantik berkaitan leksikal

Berdasarkan kepada leksikal mencanai, untuk mengungkapkan konsep berkaitan hal

adunan supaya nipis dan rata, penutur turut boleh menggunakan leksikal menggelek selain

leksikal mencanai. Bagi mengungkapkan konsep membentuk, mengacu, menyelesaikan dan

menyelaraskan, penutur boleh menggunakan leksikal membentuk selain leksikal mencanai.

11.0 Leksikal pangsa

Leksikal pangsa telah mengalami peluasan makna tetapi pada masa yang sama turut mengalami

penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu, leksikal pangsa ini mendukung makna

menunjukkan bangsa dan petak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan dan lain-lain

( Kamus Dewan Edisi Keempat : 1132 ). . Tetapi pada masa kini leksikal ini juga mendukung

makna rumah iaitu satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai kediaman. Leksikal ini

mengalami penyempitan pada masa yang sama jika dilihat contoh ayat dari kedua-dua

korkondans. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh ayat di bawah :

Pwng 22 .. Guna) yang bertegak di pintu bumi di Bukit Kaf. / Bantara Alam di awan-awan / Sang Rangga Buana di angin / Berangga Kala di gunung / Tambar Boga di bukit / Langgi Tambar Boga di pangsa tanah / Berangga Kala di barat / Sang Begor (ialah Nasahi) di timur / Sang Degur (ialah Nasahu) di utara / Sang Rangga Gempita (ialah Nasahah) di selatan / Sang Rangga ......Pwng 263 ..-lain, `alamat beroleh sahaya adanya. Jika bermimpi minum air madu atau melihat dia, `alamat bertudungan orang kaya-kaya adanya. Jika bermimpi tuma di kain atau di baju, `alamat pangsa [?] yang baik-baik, jikalau [?] adanya. Jika bermimpi belalang makan padi, `alamat satrunya datang adanya. Jika bermimpi berbang [?] juga [?] `alamat satrunya kembali .......

Berdasarkan ayat di atas yang saya peroleh dari Malay Concondance Project, leksikal

pangsa dalam ayat ini mendukung makna petak. Manakala dalam ayat kedua leksikal pangsa

31

Page 32: Kajian semantik berkaitan leksikal

mendukung makna menunjukkan bangsa. Tetapi pada masa kini, leksikal ini juga turut

mendukung makna rumah iaitu satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai kediaman.

Hal ini dapat dilihat seperti dalam ayat di bawah :

... jagaan dan makanan yang cukup di sebuah rumah pangsa dekat Tangkak akhir tahun lalu, dihukum penjara enam ... Lebih mengecewakan Jasmir, berbuih mulutnya memohon rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tapi setiap kali ...

"Katanya penghuni rumah pangsa seharusnya tidak membuang sampah sesuka hati kerana ia ...

Berdasarkan contoh ayat di atas Berdasarkan ayat di atas, leksikal pangsa dalam ketiga-

tiga ayat di atas mendukung makna sejenis bentuk kediaman. Tiada satu pun contoh ayat yang

mendukung makna menunjukkan bangsa dan petak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan

dan lain-lain. Hal inilah yang menyebabkan saya mengatakan bahawa dua proses berlaku

serentak dalam satu tempoh masa. Seterusnya, saya akan menerangkan hubungan antara leksikal

paradigmatik, sintagmatik dan kolokasi. Leksikal pangsa ini mempunyai hubungan secara

paradigmatik. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Adik bongsu saya baru saja berpindah ke rumah pangsa di Jalan Imbi.

teres

banglo

Pwng 263 ..-lain, `alamat beroleh sahaya adanya. Jika bermimpi minum air madu atau melihat

dia, `alamat bertudungan orang kaya-kaya adanya. Jika bermimpi tuma di kain atau di baju,

`alamat pangsa [?] yang baik-baik, jikalau [?] adanya.

bangsa

32

Page 33: Kajian semantik berkaitan leksikal

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mempunyai

hubungan secara paradigmatik dengan leksikal teres dan banglo. Manakala leksikal pangsa

dalam ayat kedua boleh bertukar ganti dengan leksikal bangsa. Oleh itu, leksikal pangsa dalam

ayat kedua juga turut mempunyai hubungan paradigmatik dengan kata ini. Seterusnya dari segi

sintagmatik pula, leksikal berpindah berhubungan secara sintagmatik dengan leksikal ke rumah

pangsa dalam ayat pertama. Pada masa dahulu, leksikal pangsa hanya mempunyai hubungan

secara sintagmatik dengan leksikal yang baik-baik seperti dalam ayat kedua di atas.

Dari segi kolokasi pula, pada masa dahulu leksikal pangsa hanya berkolokasi dengan

leksikal alamat seperti contoh ayat di atas. Tetapi pada masa kini, leksikal ini turut berkolokasi

dengan leksikal rumah seperti contoh ayat di atas. Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan

antara leksikal ini dengan makna konteks. Hal ini dapat diterangkan melalui contoh ayat di

bawah :

Durian Siam itu mempunyai pangsa yang sedikit sahaja.

Harga rumah pangsa di Kuala Lumpur mahal.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mendukung makna petak

atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan mengikut konteks ayat tersebut. Manakala leksikal

pangsa dalam ayat kedua mendukung makna rumah yang satu set bilik serba lengkap yang

digunakan sebagai tempat kediaman. Oleh sebab itu, walaupun leksikal yang digunakan sama

tetapi jika digunakan dalam konteks yang berlainan, maksud sesuatu leksikal tersebut akan

berubah.

Seterusnya saya akan menerangkan makna berhubung kebudayaan berdasarkan leksikal

pangsa ini. Mengikut kebudayaan Melayu, petak atau bahagian dalam buah-buahan dipanggil

pangsa kerana petak-petak ini seakan-akan bertingkat-tingkat. Oleh itu, berkemungkinan orang

Melayu mengaplikasikan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan yang bertingkat-tingkat

ini kepada rumah pangsa. Jika kita lihat, rumah pangsa merupakan rumah yang bertingkat-

tingkat yang hampir menyerupai pangsa dalam buah-buahan. Oleh sebab itu, penggunaan

leksikal pangsa yang merujuk kepada rumah terbentuk akibat bentuk rumah pangsa ini seakan-

akan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan.

33

Page 34: Kajian semantik berkaitan leksikal

12.0 Kesimpulan

Proses seperti peluasan atau penyempitan makna merupakan satu proses yang biasa berlaku

dalam sesuatu bahasa. Melalui proses peluasan ini, penggunaan sesuatu leksikal itu dapat

dimaksimumkan. Proses-proses ini terjadi akibat perkembangan budaya dan teknologi yang

semakin meluas dalam masyarakat pada masa kini. Selain itu, penggunaan sesuatu leksikal

dalam bahasa mengikut konteks-konteks ayat yang tertentu. Jika konteks sesuatu ayat itu tidak

dipertimbangkan, penutur dan pendengar tidak dapat menafsir makna sesuatu ayat.

Oleh sebab itu, penutur bahasa mestilah dapat membezakan penggunaan sesuatu leksikal

mengikut konteks ayat. Dalam analisis ini, saya turut membincangkan satu hipotesis. Hipotesis

tersebut ialah Hipotesis Sapir Whorf. Dalam hipotesis ini, Sapir Whorf menyatakan bahawa

bahasa ditentukan oleh cara seseorang penutur berfikir. Hal ini bermaksud seseorang penutur

akan cuba memaksimumkan penggunaan fungsi sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea

yang hendak disampaikan.

Dalam analisis ini, hipotesis ini dikaitkan dengan leksikal-leksikal yang telah saya pilih.

Dalam untuk mengungkapkan sesuatu konsep atau idea, penutur boleh menggunakan ungkapan

yang pelbagai untuk mengungkapkan sesuatu konsep. Analisis ini juga menghuraikan konsep

paradigmatik, sintagmatik, kolokasi dan hubungan makna dengan kebudayaan. Budaya

34

Page 35: Kajian semantik berkaitan leksikal

memainkan peranan penting dalam sesuatu makna leksikal. Secara keseluruhannya, bahasa

Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri terutama dari segi semantik.

35