bm pentinggggg

10
• Disediakan oleh : - Wan Nur Atiqah bt Mazli - Afiqah bt Mohd Husni - Nur Afifah bt Norudin - Nik Shafwan Saniy - Mohd Hafizuddin bin Abdul Rahman

Upload: fyqa-husni

Post on 27-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Pentinggggg

• Disediakan oleh : - Wan Nur Atiqah bt Mazli- Afiqah bt Mohd Husni- Nur Afifah bt Norudin- Nik Shafwan Saniy - Mohd Hafizuddin bin Abdul Rahman

Page 2: Bm Pentinggggg

soalan

Program 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran Malaysia banyak memberikan manfaat kepada murid.Namun begitu, program ini tidak mencapai kejayaan sepenuhnya . Huraikan manfaat 1 Murid 1 Sukan tersebut kepada murid serta kekangan pelaksanaan program tersebut.

Page 3: Bm Pentinggggg

PendahuluanKemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudka nperpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. .

Page 4: Bm Pentinggggg

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”.Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.Persoalannya , apakah manfaat yang dapat diperolehi daripada program 1 Murid 1 Sukan serta kekangan yang dihadapi bagi menlaksanakan program 1 Murid 1 Sukan ?

Page 5: Bm Pentinggggg

Isi 1Manfaat Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan kerajaan ini membolehkan murid-murid mencungkil bakat terpendam mereka dalam bidang sukan atau permainan.Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Sebagai contoh, murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya supaya mereka memperoleh pengalaman luar daripada pertandingan – pertandingan yang disertai untuk mengasah bakat.Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan.Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Sekiranya bakat yang terpendam dalam diri seseorang murid itu tidak dicungkil sudah tentu perkara tersebut menjadi kerugian kepada pihak sekolah .Hal ini demikian kerana, pihak sekolah pasti hanya akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik tetapi tidak aktif dalam bidang sukan.Malah dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan ini, pihak sekolah dapat mengesan bakat murid-murid sejak kecil lagi.Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei dan Datul Nicol David telah berjaya melakarkan nama mereka di persada dunia dalam bidang sukan masing masing adalah kerana bersukan sejak sekolah rendah lagi. oleh itu, penting bagi pihak sekolah melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan di sekolah dengan jayanya untuk mewujudkan remaja yang lebih istimewa.Jelaslah bahawa,dasar 1 murid 1 sukan ini berupaya membolehkan murid-murid mencungkil bakat terpendam mereka dalam bidang sukan atau permainan.

Page 6: Bm Pentinggggg

Isi 2Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Amalan gaya hidup dan cergas oleh masyarakat malaysia sememangnya menjadi hasrat perdana menteri kita YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak bagi memastikan purata jangka hayat rakyat Malaysia menjadi lebih lama.Oleh itu, amalan gaya hidup bersukan merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal.Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian.Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun.Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka.Pada tahun 2011 sahajja , dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia.Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.Sekiranya kerajaan mengambil tindakan untuk berdiam diri dan tidak mengambil langkah pencegahan awal untuk mengatasi masalah seperti ini sudah tentu masyarakat malaysia akan berada dalam persekitaran gaya hidup yang tidak sihat.Jelaslah bahawa memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah juga merupaka antara manfaat yang diperoleh daripada dasar 1 murid 1 sukan.

Page 7: Bm Pentinggggg

Isi 3Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Bidang sukan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan ‘minda yang cergas terletak pada tubuh yang sihat’ Dalam konteks ini bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.Disebabkan itu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan yang boleh memberikan akses kepada semua murid bagi mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif dalam bidang sukan.Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik.Sebagai contoh, kebanyakan pelajar Malaysia yang memperoleh keputusan yang cemerlang, mereka gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati terutamanya bidang perubatan dan kejuruteraan.Seharusnya pelajar cemerlang perlu menyeimbangkan akademik dan bidang sukan untuk melayakkan diri mereka terpilih ke dalam kursus yang dinginkan.Namun begitu yang berlaku adalah sebaliknya.Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa dan meletihkan mereka sahaja.Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik.Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.Jelaslah bahawa, dasar 1 Murid 1 Sukan yang dijayakan oleh pihak kerajaan dapat memberikan keseimbangan anatara keperluan akademik dengan keperluan fizikal para pelajar.

Page 8: Bm Pentinggggg

Isi 4Terdapat juga kekangan dalam menjayakan program 1 murid 1 sukan ini antaranya termasuklah segelintir pelajar yang tidak mahu mengambil bahagian dalam program ini. Sesetengah pelajar berpendapat bahawa bersukan tidak dapat menjamin masa hadapan. Sebaliknya pelajaran amat penting kerana dapt menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Pelajar ini menanggap yang program 1 murid 1 sukan ini hanya membuang masa. Bagi mereka juga setiap detik amat berharga dan perlu diisi dengan pembelajaran kerana masa itu emas dan tidak dapat diputarkan kembali. Terdapat juga sesetengah ibu bapa para pelajar yang berfikiran sempit sehingga melarang anaknya daripada mengikuti program 1 murid 1 sukan ini keran menganggap program ini hanya sia-sia. Bagi mereka masa hadapan anak-anak mereka lebih penting malah mereka langsung tidak terfikir tentang kesihatan anak-anak mereka . Mereka juga tidak terfikir yang bersukan amat penting untuk seseorang terutamanya pelajar kerana bersukan dapat menyihatkan badan dan mencergaskan minda. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas.Sebagai contoh seorang atlet yang sentiasa bersukan dapat meningkatkan daya ketahanan jantung mereka. Jadi para pelajar sepatutnya mengikuti program 1 murid 1 sukan ini kerana terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini. Jelaslah bahawa para pelajar

Page 9: Bm Pentinggggg

Isi 5• Kekangan program 1 Murid 1 Sukan yang seterusnya ialah kekurangan infrastruktur di

sekolah. Infrastruktur dan kelengkapan sukan yang tersedia di sekolah kebanyakannya sudah lama dan tidak boleh digunakan lagi. Ada juga infrastruktur yang tidak menepati spesifikasi yang digariskan dan hal ini boleh mendatangkan kecederaan dan kecelekaan kepada murid. Selain itu, sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan sukan seperti padang bola, gelanggang tenis dan juga trek larian. Hal ini akan mengekang keprluan murid untuk bersukan. Lantas, murid hilang minat dalam bersukan dan hal ini menjadi kekangan bagi program 1 Murid 1 Sukan untuk dilaksana. Bukan itu sahaja, kelengkapan sukan yang tidak diselenggara dengan baik akan mengalami kerosakan dan memerlukan kos penyelenggaraan yang banyak. Pihak sekolah tidak mampu untuk menampung perbelanjaan tersebut dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengabaikan aspek sukan dalam kerangka operasi mereka. Di samping itu, kes kemalanagan akibat kelengkapan sukan yang rosak sering sahaja dilaporkan di portal berita. Sebagai contoh, seorang pelajar di SMK Ketereh telah mendapatkan 17 jahitan akibat terjatuh dari papan terjun dan menyebabkan kepalanya terhantuk di lantai. Pelajar tersebut kini trauma dan tidak lagi berminat untuk bersukan. Justeru, pihak kementerian Pelajaran dan agensi sukan haruslah mengadakan usahasama dalam membangunkan kemudahan infrasturuktur sukan yang baik di setiap sekolah bagi menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Jadi, jelaslah bahawa kekurangan kemudahan infrastuktur sukan di sekolah adalah faktor kekangan bagi menjayakan program 1 Murid 1 Sukan.

Page 10: Bm Pentinggggg

penutup Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita.Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan.Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai.ka Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka seharusnya menjalankan obligasi mereka untuk mendidik murid-murid menjadi modal insan yang berguna dan berbakti kepada negara dengan cara yang sewajarnya.Tambahan pula, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan perkara ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap agar murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam bidang sukan demi kemajuan dan kecemerlangan sukan negara.Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.