big report

10
1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDPM) untuk memenuhi syarat mendapat Latihan Perguruan dalam pendidikan. Melalui penyertaan dan pengelibatan guru pelatih, matlamat program dalam menetapkan nilai-nilai hidup yang bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Oleh itu, segala pengisian program yang yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Oleh itu, segala pengisian program yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan guru yang berpaksikan kepada pengangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara bangsa. Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar juga dapat menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan

Upload: ammlawlier

Post on 30-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

report on bench-marking visit in school for BIG including introduction and reflection

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDPM) untuk memenuhi syarat mendapat Latihan Perguruan dalam pendidikan. Melalui penyertaan dan pengelibatan guru pelatih, matlamat program dalam menetapkan nilai-nilai hidup yang bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Oleh itu, segala pengisian program yang yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Oleh itu, segala pengisian program yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan guru yang berpaksikan kepada pengangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara bangsa.

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar juga dapat menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dan sebagainya. Selain itu, program Bina Insan Guru ini juga berfungsi untuk melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang tinggi dan mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Justeru itu, pengisian-pengisian positif serta penerapan nilai-nilai murni ini juga perlu dalam diri guru agar menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU 6

Program Bina Insan Guru 6 dijalankan pada 7 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Taman Megah. Pada kali ini, kami dikehendaki untuk menyediakan program lawatan penanda aras di sekolah berprestasi tinggi. Setelah beberapa perbincangan dijalankan, kami memilih Sekolah Kebangsaan Taman Megah. Pemilihan sekolah dijalankan dengan mengambil kira dari segi jarak dan kebanaran dari pihak sekolah. Seramai 25 guru pelatih dan 2 pensyarah mengikuti program ini. Semua guru pelatih dikehendaki berkumpul di pintu hadapan Universiti SEGi pada jam 7 pagi. Apabila sampai ke sekolah, kami mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah. Kami diberi sedikit penerangan oleh guru besar sekolah sebelum lawatan bermula. Kemudian, kami dibawa untuk melihat para pelajar yang sedang berlatih untuk pertandingan bicara berirama (choral speaking). Pada pandangan saya, kerjasama antara guru dan murid adalah sangat baik. Ini adalah kerana persembahan para pelajar sangat baik dan bersemangat. Di akhir persembahan, kami diberi peluang untuk mengutarakan soalan dan pendapat. Semasa sesi soal jawab, kami diberitahu bahawa antara tenaga pengajar bicara berima adalah ibu bapa murid. Maka, guru besar memberi kami kebenaran untuk mengutarakan soalan kepada ibu bapa murid. Menurut mereka, kehadiran mereka bukanlah satu paksaan, tetapi mereka dating secara sukarela. Mereka percaya penglibatan murid dalam bicara berirama boleh membantu anak-anak mereka dari segi perkembangan sosial dan komunikasi. Dari sudut pandangan mereka, aktiviti seperti ini membantu pelajar untuk lebih berjaya dalam kehidupan harian serta masa akan datang. Selepas itu, kami dibawa ke bengkel robotik. Terdapat pelbagai ciptaan yang mengkagumkan dipamerkan. Kesemua ciptaan tersebut adalah hasil kerja murid. Selain itu, murid yang terlibat dalam aktiviti robotik juga tampil untuk membentangkan hasil kerja mereka. Saya berasa terpegun melihat pembentangan dan ciptaan mereka. Daripada pembentangan mereka, terdapat banyak pencapaian yang membanggakan sepanjang penglibatan mereka didalam robotik. Menurut salah seorang pelajar robotik, mereka sanggup meluangkan masa lapang mereka untuk menyiapkan ciptaan untuk dibawa ke pertandingan. Walaupun mereka meluangkan masa untuk aktiviti tersebut, mereka tidak lupa pada pelajaran dan kerja sekolah. Semasa berada di dalam bengkel robotik, kami diberi peluang untuk berinteraksi bersama wakil PIBG sekolah. Kami diberitahu bahawa ibu bapa sering meluangkan masa mereka bersama murid di sekolah. Terutamanya pada hari Selasa dan Khamis jam 7 pagi sehinggan 7.45 pagi. Hari selasa merupakan hari Mind Your English Day manakala hari Khamis merupakan hari Jom Cerita. Pada hari tersebut, ibu bapa akan menyediakan aktiviti untuk para pelajar. Contohnya, cerita dongeng, syair, drama pendek dan berkongsi pengalaman. Hasilnya, bilangan pelajar ponteng sekolah berkurangan. Ini merupakan salah satu keunikan yang ada pada sekolah ini dimana para ibu bapa memberi sokongan yang tidak putus di dalam semua acara yang diadakan oleh pihak sekolah.Setelah selesai, kami dibawa ke perpustakaan sekolah. Guru besar membentangkan sejarah, sistem, pencapaian dan pelbagai informasi sekolah. Kemudian, kami dipecahkan mengikut kumpulan yang telah di atur sebelum kami sampai ke sekolah. Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan yang diberi tugas untuk mengumpul maklumat tentang ko-kurikulum sekolah. Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya dapati bahawa sekolah ini semeamngnya aktif dalam pelbagai pertandingan. Contohnya robotik, catur, scrabble, syair dan sajak. Malahan terdapat juga pertandingan luar yang disertai oleh pelajar seperti gimnastik dan squash. Penglibatan pelajar kebiasaan datang dari minat mereka. Menurut guru besar sekolah, mereka memberi galakan melalui mempamerkan pencapaian mereka sebagai tanda penghargaan. Setiap pencapaian akan di pamerkan di laman sosial sekolah dan papan kenyataan sekolah. Jadi, para pelajar akan merasa bangga dan memberi semangat untuk berjaya dalam setiap pertandingan. Selain itu, penghargaan juga akan diberi semasa Hari anugerah Cemerlang. Pada hari tersebut, pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik akan merima anugerah penghargaan dari pihak sekolah. Kegiatan sukan, kelab dan unit beruniform akan diadakan secara selang-seli setiap minggu selama satu jam. Setiap murid diwajibkan untuk menghadari setiap perjumpaan yang dijalankan. Jadual akan disediakan sebelum persekolah bermula bagi memudahkan perjalanan aktiviti. Setiap tahun, mesyuarat akan diadakan pada bulan November dan Disember untuk merancang aktiviti tahun yang akan datang. Justeru itu, masalah seperti jadual bertindih atau tidak tersusun dapat dielakkan.Setelah selesai temubual, kami dijamu makanan dan minuman daripada pihak sekolah. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pensyarah dan guru besar serta pemberian hadiah sebagai tanda penghargaan pada pihak sekolah.

3.0 REFLEKSIBagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai setiausaha program. Mulanya saya tidak bersetuju kerana faham akan cabaran dan tugas berat yang terpaksa dipikul sebagai seorang setiausaha. Akan tetapi, setelah dilantik maka saya pasrah dan terima dan menganggapkannya sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna semasa di sekolah kelak. Sebagai setiausaha, saya telah menyiapkan kertas kerja bersama naib setiausaha iaitu Nik Fatihah di mana ia dipersetujui dan diluluskan oleh mentor kami iaitu Encik Subra. Melalui tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya akui amat berat, namun ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan pengurusan serta perancangan dimana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan dalam program Bina Insan Guru 6.Selain itu, saya rasa sangat berpuas hati dari pelbagai aspek terutamanya layanan yang diberi oleh pihak sekolah. Malahan, melalui temuramah yang dijalankan, banyak ilmu-ilmu baru mengenai kepimpinan dan pentadbiran yang telah saya pelajari. Pada pandangan saya, program ini akan bertambah baik jika diadakan pada akhir tahun. Ini adalah kerana peperiksaan telah berakhir, maka, para pelajar dan guru mempunyai kelapangan untuk menerima lawatan. Menurut guru besar, kebanyakan guru tidak berkesempatan untuk menyertai lawatan kami kerana jadual mereka yang padat. Oleh itu, saya cadangkan supaya lawatan ini sewajarnya diadakan pada akhir tahun.Kesimpulannya Program Bina Insan Guru ini berupaya melahirkan pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dari semua sudut fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin pengalaman kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.4.0 LAMPIRAN