big 2015 lawatan sekolah semester 7

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) LAPORAN DOKUMENTASI BINA INSAN GURU (BIG) FASA IV (2015) WAJ 3114 NAMA PELAJAR : AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY NO.K.P : 680625-05-5688 AMBILAN : FEBRUARI 2012 UNIT : SAINS SEMESTER : 7/PPG 2012 PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HAJI CHE AZMI BIN HARUN

Upload: thinagaran-mahendran

Post on 26-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)LAPORAN DOKUMENTASI BINA INSAN GURU (BIG) FASA IV (2015) WAJ 3114

NAMA PELAJAR: AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMYNO.K.P : 680625-05-5688AMBILAN: FEBRUARI 2012UNIT : SAINSSEMESTER: 7/PPG 2012 PENSYARAH PEMBIMBING: TUAN HAJI CHE AZMI BIN HARUN LAPORAN

LAWATAN PENANDA ARASSEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

NAMA:AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMYUNIT:PENGAJIAN SAINS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tajuk :Lawatan ke sekolah kluster kecemerlangan Tempat:SJK(T) Simpang Lima,Taman Andalas, KlangKumpulan Sasaran :Guru-guru Pelatih dari Institut Perguruan Raja Melewar (PPG) Semester 7Tarikh :29.04-2015

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum .Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistk dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan yang menggambarkan watak sekolah

Pewujudan Sekolah Kluster dalam sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat merealisasikan teras strategik. Sekolah ini diwujudkan bertujuan untuk melonjakkan Kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia juga bertujuan untuk membangun sekolah yang dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok serta menjadi showcase di peringkat antarabangsa. Model sekolah kluster pada prinsipnya boleh berasaskan kepada beberapa kelompok seperti lokasi, jenis sekolah, jenis program dan kebitaraan

2.0 RASIONAL Untuk membina insan guru yang berkualiti dan efektif, lawatan ini memberi pendedahan kepada guru dalam segala gerak kerja dalam pengurusan sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi satu gambaran yang jelas tentang tugas guru.Dengan ini guru dapat menyesuaikan diri dalam era globalisasi yang dipenuhi dengan cabaran.3.0 OBJEKTIF3.1 Untuk meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan ciri-ciri kempimpinan sekolah cemerlang, sistem pengurusan serta infrastruktur dan budaya sekolah.3.2 Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.3.3 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.3.4 Untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program, memimpin program, bekerjasama serta mengambil peranan secara aktif dalam satu kumpulan3.5 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang dengan teratur dan sistematik3.6 Memiliki semangat berpasukan dan semangat berjuang yang tinggi serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.3.7 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dengan mempunyai sikap muhibah d iantara satu sama lain.3.8 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim sekolah dengan menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan

AJK PELAKSANAPengerusi:Pn.S. AmuthaNaib Pengerusi:Pn. M;.KanakavalliSetiausaha:Pn.K.SelviPen.Setiausaha:Pn.D.Anthonyammal Bendahari:En.K.Lingamani

Ahli JawatankuasaPengacara Majis:Pn.V.Nirmala / Pn.S.VImala Devi: Penyambut Tetamu:Pn.P.Yeogasavary Pn.Zarina Binti AbdBacaan Doa:Pn.V.Gunasundari / Pn.P. KogilaBrosur : Pn.K.Punitha / Pn.P.Tamil Selvi

Rakaman Video:Pn.M.Rekha / Pn.M. YuganeswaryFotografi:Pn.R.Malar / Pn.P. UmavathiDokumentasi:Pn.S.Saraswathy / Pn. R.GunasundariHadiah/ Sijil :Pn.M.Sirwesyary / Pn.T. Shoba Makanan:Pn.P. Jagatheswary / Pn.NirmalaBuku Program:Pn. K. Genga Devi / Pn.M.SanthiCenderahati: Pn. M. Mala / Pn. A. KamuthaPersiapan Tempat:Pn.K .Amuthavalli / Pn.KasiSurat Edaran:Pn T. PanusriyaPengangkutan :En.M. Kumaran

JADUAL ATURCARA PROGRAM YANG DIJALANKANMASAAKTIVITI YANG DIJALANKAN

8.00 pagiGuru-guru PPG berkumpul di SJKT Simpamg Lima

8.30 pagiSarapan pagi

9.00 pagiTaklimat dan penerangan tentang sekolah Kluster dari segi pencapaian sekolah, profil sekolah dan perihal sekolah Kluster

11.00 pagiSei soal jawab diantara guru PPG dengan pentadbir sekolah

11.30 pagiLawatan ke bilik-bilik khas termasuk bilik darjah serta persekitaran kawasan sekolah

1,00 tengahariPenyampaian cenderahati dan sesi fotografi

1.30 tengahariMakan tengahari

LAPORAN PERBELANJAAN PROGRAM BILPERKARA/BUTIRANJUMLAH(RM)

1Cenderahati90.00

2Makanan (sarapan pagi, Makan tengahari)250.00

3Fotostat30.00

4Lain-lain50.00

JUMLAH KESELURUHANRM 420.00

LAPORANPada tahun ini , Kursus Bina Insan Guru (BIG) fasa ini menghendaki kami menjalankan satu aktiviti Lawatan Penanda Aras yang merupakan program melawat ke sekolah kluster kecemerlangan yang dianjurkan oleh guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) .Program lawatan ini telah dilaksanakan seperti mana dirancangkan dan dapat mencapai objektifnya .Aktiviti Bina Insan Guru telah diadakan pada hari Rabu 29.04.2015 iaitu pada hari hari Rabu bertempat di SJKT Simpang Lima, Taman Andalas, Klang Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dengan melibatkan kehadiran seramai 27 orang guru-guru PPG dengan gabungan unit pengajian Bahasa Tamil dan Sains dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan insan yang guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada para guru tentang segala aktiviti sekolah dan pengurusan sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberikan satu gambaran tugas guru sebenarnya supaya guru mampu menyesuaikan diri dalam mengendalikan tugasan yang dipenuhi dengan begitu cabaran sekali.Lawatan Penanda Aras ini bermula dengan ucapan guru besar sekolah tersebut. Diikuti dengan maklumat barisan pentadbir sekolah untuk kedua-dua sesi pagi dan petang. Seterusnya diberikan malumat tentang profail sekolah yang terdiri daripada sejarah sekolah, visi, misi sekolah dengan menghubungkaitkan perihal sebagai sekolah kluster kecemerlangan. Penerangan yang terperinci telah diberikan dalam segala aktiviti sekolah yang dijalankan termasuk pencapaian sekolah dari segi akademik mahupun aktiviti kokurikulum. Selain daripada itu, kami juga diberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti spesifik yang dijalankan serta cara pengendalian sesuatu aktiviti diperingkat sekolah, ,daerah , negeri sehinggakan ada di antara kebanyakkan aktiviiti yang dijalankan adalah diperingkat antara bangsa.Satu pendedahan yang cukup luas dapat juga diterima mengenai kawasan persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas yang terdiri daripada bilik sumber, bilik komputer, bilik sains, bilik Kemahiran Hidup, bilik pemulihan, bilik kaun seling dan bilik guru,serta bilik darjah yang dipenuhi dengan maklumat dan penerangan yang cukup jelas. Selain itu,didapati infrastruktur disekolah termasuk dari segi keceriaan , kebersihan dan keselamatan juga mewujudkan satu hubungan yang mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.Akhirnya ,lawatan benchmarking ini telah meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan ciri-ciri kepimpinan sekolah cemerlang dalam sistem pengurusan di dalam budaya sekolah. Kekuatan program ini adalah lawatan ini telah dapat membina hubungan erat dikalangan guru sekolah dengan mendapat idea ataupun pendapat yang bernas dikalangan mereka. Kesimpulannya, para guru dapat memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugasan kita..Secara tidak langsung ,pengalaman lawatan ini membantu mereka meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENUTUPAdalah diharapkan agar guru-guru PPG dapat menerima manfaat daripada lawatan penanda aras terhadapa sekolah kluster kecemerlangan ini..Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi akan membantu guru-guru PPG menyedari betapa pentingnya untuk mewujudkan satu suasana sekolah yang bukan sahaja sebagai cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek JERIS. Akhir kata, mudah-mudahan program lawatan seumpama ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada bakal pensiswazahan guru untuk mempraktikannya disekolah masing-masing kelak.

Disediakan oleh,..(AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY)Pelajar PPG Kampus Raja Melewar Program Lawatan Penanda Aras

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARASMASAAKTIVITI

8.00 pagiGuru-guru PPG berkumpul di SJKT Simpamg Lima

8.30 pagiSarapan pagi

9.00 pagiTaklimat dan penerangan tentang sekolah Kluster dari segi pencapaian sekolah, profil sekolah dan perihal sekolah Kluster

11.00 pagiSei soal jawab diantara guru PPG dengan pentadbir sekolah

11.30 pagiLawatan ke bilik-bilik khas termasuk bilik darjah serta persekitaran kawasan sekolah

1,00 tengahariPenyampaian cenderahati dan sesi fotografi

1.30 tengahariMakan tengahari