laporan big lawatan penanda aras (1)

14
LAPORAN BINA INSAN GURU “LAWATAN PENANDA ARAS” TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM MASAI JOHOR BAHRU. MASA : 8.45 AM – 5. 00 AM HARI : SELASA 1.0 Pengenalan Program bina insan guru ini merupakan subjek wajib yang harus dilaksanakan oleh semua pelajar PISMP, program ini disertai oleh 2 buah kelas dari 5 PISMP iaitu TESL 2 dan Pendidikan Jasmani. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada persekitaran sekolah terutamanya dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut. Sekolah kebangsaan

Upload: zulhilmi-rahazat

Post on 22-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

LAPORAN BINA INSAN GURU “LAWATAN PENANDA ARAS”

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM MASAI

JOHOR BAHRU.

MASA : 8.45 AM – 5. 00 AM

HARI : SELASA

1.0Pengenalan

Program bina insan guru ini merupakan subjek wajib yang harus

dilaksanakan oleh semua pelajar PISMP, program ini disertai oleh 2 buah

kelas dari 5 PISMP iaitu TESL 2 dan Pendidikan Jasmani. Lawatan ini

bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada persekitaran sekolah

terutamanya dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.

Sekolah kebangsaan Bandar Seri Alam menjadi pilihan pelajar untuk

membuat lawatan kerana sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah

kluster, sekolah ini terdiri daripada 2 ribu murid dan seramai seratus lebih

kakitangan mengajar.

2.0Perjalanan program

Seawal 8.00 pagi semua peserta program bertolak dari kampus

menuju ke destinasi, perjalanan mengambil masa selama 30 minit

disebabkan kesesakan lalu lintas. Pada jam 8.45 am, para peserta

program dan pensyarah pengiring sampai ke sekolah dan disambut oleh

pihak sekolah. Peserta program disambut oleh pihak sekolah dengan

persembahan silat daripada murid sekolah tersebut. Setelah

persembahan selesai, semua peserta bergerak ke dewan/ bilik mesyuarat

untuk sesi program seterusnya.

Page 2: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

Rajah 1: Ketibaan peserta program ke destinasi.

Rajah 2: Murid sekolah mempersembahkan silat kepada para peserta

program

Tepat jam 9.00 pagi, taklimat diteruskan oleh pihak pengurusan

sekolah, majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ustaz sekolah,

seterusnya ucapan dari wakil peserta program iaitu Muhd hamiduddin.

Rajah 3: Ketua program Muhd Hamiduddin memberikan ucapan alu-

Page 3: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

aluan

2.1Taklimat daripada pentadbir sekolah (Guru Besar)

Guru besar memulakan taklimat berkaitan pengenalan diri beliau,

guru besar menceritakan latar belakang diri sendiri tentang perjalanan

hidupnya sebagai seorang guru sehinggalah sekarang. Seterusnya

guru besar meneruskan ucapannya berkaitan pengenalan kepada

latar belakang sekolah serta selok belok kawasan persekitaran

sekolah. Guru besar menerangkan struktur sekolah serta sejarah

penubuhan sekolah dari awal hinggalah sekarang. Bangunan sekolah

dibina pada tahun 2001. Jumlah guru dalam sekolah seramai 112

orang dan jumlah muridnya seramai 2035. Sekolah mempunyai 2 sesi

pagi dan petang. Guru besar juga memberitahu bahawa jumlah

kakitangan mengajar tidak mencukupi kerana jumlah muridnya sangat

ramai.

Guru besar menjelaskan juga bidang tugas menjadi seorang guru

dan tugasnya sendiri sebagai pengurus sekolah. Guru besar

menekankan bahawa kerja sebagai guru besar 90% tugasnya adalah

membuat keputusan.

Setelah habis ucapan , diteruskan pula dengan tayangan video

berkaitan dengan sekolah.

Page 4: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

Rajah 4: Guru Besar sk seri alam memberikan taklimat kepada

para peserta program.

2.2Taklimat dari unit kurikulum

Sesi taklimat seterusnya pada jam 10.00 am dan diteruskan oleh

Pn. Nor Liana. Taklimat ini dimulakan dengan pengenalan kepada

carta organisasi bahagian kurikulum. Antara isi kandungan dalam

taklimat dari unit ini ialah:

i. Carta organisasi SPSK 2015 (standard pengurusan sekolah

kualiti)

ii. Bermula pada tahun 2009

iii. Hanya ada di negeri johor

iv. Piagam guru

v. Piagam pelanggan

vi. Lencana sekolah berserta huraian

vii. Bilik-bilik khas

viii. Aktiviti-aktiviti sekolah (aktiviti tahunan)

ix. Program nilam

x. Pembentangan berkaitan pencapaian UPSR

2.3Taklimat dari pengurusan hal ehwal murid (unit disiplin)

Taklimat diteruskan dari unit hal ehwal murid pada jam 10.25 am.

Taklimat ini disempurnakan oleh guru penolong kanan disiplin. Guru

disiplin menerangkan bidang-bidang kuasa sebagai guru disiplin.

Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah adalah berkaitan dengan:

i. Enrolmen murid

ii. Masalah disiplin murid

iii. Lembaga disiplin

iv. Pengawas

v. Skim pinjaman buku teks (SPBT)

Page 5: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

vi. KWAM

vii. Pengurusan kantin sekolah

viii. Kehadiran murid

ix. Jawatankuasa bantuan sekolah

x. Aktiviti-aktivit yang dijalankan awal tahun 2015

xi. Program guru penyayang

Rajah 5: Puan Normah memberikan taklimat berkenaan unit

disiplin

2.4Taklimat unit kokurikulum

Taklimat diteruskan dari unit kokurikulum. Taklimat ini

disampaikan oleh En. Mohd Senin. Taklimat ini berkaitan dengan

aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan oleh pikah sekolah serta

program sukan yang disertai sekolah. Dalam taklimat ini juga

menjelaskan tentang pencapaian-pencapaian yang di capai oleh

murid sepanjang penyertaan dalam bidang sukan yang disertai. En.

Mohd Senin juga menjelaskan program kokum sepanjang minggu

yang dilaksanakan oleh pihak sekolah iaitu badan beruniform, kelab

Page 6: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

dan persekutuan dan juga permainan. Selain itu aktiviti program 1

murid 1 sukan disertai dan dilaksanakan oleh sekolah dimana semua

murid diwajibkan melibatkan diri dalam program ini.

Rajah 6: Taklimat daripada unit kokurikulum oleh En.Mohd Senin

3.0Aktiviti bersama murid

Tepat jam 11.00 pagi, setelah selesai taklimat daripada pihak

pentadbiran sekolah, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti bersama

murid. Aktiviti ini bertujuan sebagai pengisian guru pelatih kepada pihak

sekolah. Dalam sesi ini, murid dari tahun 4 Adab dipilih sepagai peserta

aktiviti.

Dalam aktiviti ini, murid diberikan beberapa kumpulan yang terdiri

daripada 5 ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan

lagi hubungan antara guru pelatih dengan warga sekolah. Dalam aktiviti

ini, setiap kumpulan murid akan diiringi oleh 2 atau 3 orang guru pelatih,

dalam kumpulan guru pelatih akan membimbing murid untuk bersama-

sama dalam sepanjang akitviti. Sebelum bermula, ketua aktiviti

menerangkan perjalanan aktiviti kepada semua murid.

Dalam aktiviti ini, terdapat beberapa stesen yang perlu dilalui oleh

Page 7: Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)

murid, murid perlu menyelesaikan Tugasan yang diberikan dalam stesen

tersebut berdasarkan masa yang ditentukan oleh penganjur aktiviti.

Setelah selesai menyelesaikan tugasan dalam stesen tersebut, murid

dikhendaki bertukar stesen dengan kumpulan yang lain. Carta aktiviti

boleh dirujuk dalam lampiran yang disertakan.

Aktiviti bersama murid selesai lebih kurang jm 12.15 tengah hari dan

diteruskan dengan sesi bergambar antara guru pelatih dengan warga

sekolah.

4.0Penutup

Setelah aktiviti selesai, semua guru pelatih dijemput oleh pihak

sekolah untuk menjamu selera di kantin. Selepas menjamu selera, aktiviti

penutupan diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada pihak

sekolah dan disempurnakan oleh ketua program iaitu Muhd Hamiduddin.

Setelah majlis penutupan selesai, guru pelatih bersalam-salaman dengan

warga sekolah sebelum bertolak balik semula ke kampus.

Rajah 7: Pemberian cenderahati daripada wakil peserta kepada pihak

sekolah