bank, insurans, konsumerisme

7
KAJIAN KES KUMPULAN 1 1. Tajuk 1. Perbankan dan Institusi Kewangan Lain 2. Insurans 3. Konsumerisme Bidang Pembelajaran 8.2 Jenis-jenis bank - Bank Perdagangan 8.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan 9.1 Insurans (c) Jenis risiko 9.2 Prinsip Insurans 15.2 Perlindungan Pengguna (a) Hak dan Tanggungjawab Pengguna 2. Soalan Aras 1 1. Menerangkan bentuk-bentuk perkhidmatan bank perdagangan dan kegunaannya 2. Mengenal pasti jenis-jenis risiko 3. Menerangkan prinsip-prinsip insurans 4. Mengenalpasti hak dan tanggungjawab pengguna Aras 2 1. Menjelaskan kepentingan setiap bentuk perkhidmatan bank perdagangan kepada pelanggan bank 2. Menghuraikan bagaimana menjadi pengguna yang bertanggungjawab Aras 3 1. Membuat keputusan pemilihan perkhidmaatan bank yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan bank 3. Bina kes mengikut soalan yang dikehendaki 1. Terangkan perkhidmatan bank perdagangan yang perlu digunakan oleh peniaga

Upload: ichasulo

Post on 10-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kajian kes 2

TRANSCRIPT

KAJIAN KES

KAJIAN KES KUMPULAN 1

1.Tajuk

1.Perbankan dan Institusi Kewangan Lain

2.Insurans

3.Konsumerisme

Bidang Pembelajaran

8.2Jenis-jenis bank - Bank Perdagangan

8.3Perkhidmatan Bank Perdagangan

9.1Insurans

(c)Jenis risiko

9.2Prinsip Insurans

15.2 Perlindungan Pengguna

(a)Hak dan Tanggungjawab Pengguna2.Soalan

Aras 1

1.Menerangkan bentuk-bentuk perkhidmatan bank perdagangan dan kegunaannya

2.Mengenal pasti jenis-jenis risiko

3.Menerangkan prinsip-prinsip insurans

4.Mengenalpasti hak dan tanggungjawab pengguna

Aras 21.Menjelaskan kepentingan setiap bentuk perkhidmatan bank perdagangan kepada pelanggan bank

2.Menghuraikan bagaimana menjadi pengguna yang bertanggungjawabAras 31.Membuat keputusan pemilihan perkhidmaatan bank yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan bank

3.Bina kes mengikut soalan yang dikehendaki1.Terangkan perkhidmatan bank perdagangan yang perlu digunakan oleh peniaga

2.Terangkan prinsip insurans yang perlu dipenuhi oleh peniaga apabila membuat tuntuan3.Tindakan yang perlu diambil oleh pengguna untuk memastikan haknya terpelihara

Kajian Kes Kumpulan 1Perbankan dan Institusi Kewangan Lain, Insurans, Konsumerisme

Baca petikan kes berikut dan jawab semua soalan seterusnya.

Encik Tukiman adalah pemilik Syarikat Sapu Bersih Sendirian Berhad yang telah ditubuhkan 5 tahun yang lalu. Syarikat beliau mengeluarkan syampu berjenama Mayang Sari di pekan Meru, Klang. Memandangkan permintaan yang menggalakkan, syarikat tersebut terpaksa beroperasi selama 24 jam sehari dengan 3 syif. Syarikat tersebut telah membuang sisa kimia tanpa dirawat ke dalam Sungai Meru. Berhampiran sungai tersebut terdapat penternak ikan air tawar yang menggunakan air sungai sebagai sumber bekalan air ke kolam. Pencemaran ini telah menyebabkan ikan peliharaan penternak mati di samping bau busuk yang terpaksa dihidu oleh penduduk berhampiran.

Beberapa kali aduan telah dibuat oleh penduduk dan TV New Era juga pernah membuat pendedahan mengenai kes tersebut. Satu saman telah difailkan oleh penduduk bagi menuntut ganti rugi daripada syarikat Sapu Bersih Sendirian Berhad. Encik Tukiman telah menghadapi jalan buntu kerana beliau terpaksa membina loji rawatan sisa kimia yang bernilai RM100 000.00. Pihak syarikat pernah mengambil polisi insurans liabiliti am daripada Syarikat Insurans Amanah Berhad bagi melindungi syarikat daripada tuntutan gantirugi daripada orang awam. Dengan itu beliau telah cuba memohon ganti rugi daripada syarikat insurans tetapi tuntutan tersebut telah ditolak mentah-mentah.Berdasarkan kes di atas, jawab soalan yang berikut.

(a)(i)Apakah jenis perkhidmatan bank yang dapat membantu Encik Tukiman mengatasi masalah kekurangan modal? Huraikan.

(6 markah)

(ii)Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan permohonan tersebut?

(3 markah)

(b)Mengapakah tuntutan Encik Tukiman ditolak oleh Syarikat Insurans Amanah?

(5 markah)

(c)Huraikan tiga hak dan tiga tanggungjawab pengguna yang berkaitan dengan kes

di atas.

(11 markah)

Fakta Jawapan Kajian Kes Kumpulan 1Markah

(a)(i)

(ii)- Kemudahan pembiayaan- Pinjaman

- Sejumlah wang yang didahulukan kepada Encik Tukiman oleh pihak bank

- Pinjaman yang dipilih ialah pinjaman perniagaan - Untuk membeli kelengkapan merawat sisa kimia /membina loji

- Pinjaman berbentuk jangka panjang / RM100 000.00- Iaitu melebihi 1 tahun

-Kadar faedah bergantung kepada tempoh / jumlah keseluruhan pinjaman

- Sama ada pinjaman bercagar / tidak bercagar

Faktor yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank:

- Tujuan pinjaman

- Kedudukan kewangan

- Nilai aset yang dicagarkan

- Dasar Bank Pusat11

1

1

1

1

1

1

1

Maksimum 6 markah

1

1

1

1

Maksimum 3 markah

(b)Tuntutan ditolak oleh pihak insurans kerana:- Melanggar prinsip doktrin sebab hampiran

- Ganti rugi hanya akan dibayar kepada insured sekiranya kerugian atau kemalangan yang dialaminya adalah berpunca daripada risiko yang diinsuranskan

- Tetapi Encik Tukiman membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk membayar tuntutan ganti rugi ke atas pencemaran yang dilakukan olehnya

- Polisi insurans liabiliti am hanya melindungi peniaga daripada tuntutan orang awam yang cedera - ketika berada dalam premis perniagaan

- pencemaran alam termasuk dalam risiko yang tidak boleh diinsuranskan

- Oleh itu gantirugi / pampasan tidak akan dibayar

1

1

1

111

1

Maksimum 5 markah

(c)Hak-hak pengguna:Hak mendapatkan keselamatan

- Pengguna berhak dilindungi daripada pemprosesan yang membahayakan kesihatanHak mendapat ganti rugi

- Kerana mengalami kerugian / menjejaskan kesihatan akibat pembuangan sisa-sisa kimia

Hak untuk bersuara

- Untuk mewujudkan perwakilan bagi menyuarakan / menuntut kepentingan mereka

Hak mendapat alam sekitar yang sihat / selamat

- Berhak untuk hidup / bekerja dalam persekitaran yang bebas daripada keadaan yang membahayakan kesihatan

Jawab mana-mana 3Tanggungjawab pengguna:

Kesedaran mengkritik

- Menyuarakan pendapat bagi mendapatkan barang / perkhidmatan yang sempurna

Penglibatan dan tindakan

- Melibatkan diri dalam kegiatan sosial untuk menjaga kepentingan pengguna / ambil tindakan berasaskan penyelidikan / tindakan yang sempurna

Tanggungjawab sosial

- Bertanggungjawab atas kesan perbuatan / tingkah laku terhadap masyarakat / tidak menjejaskan golongan lain

Tanggungjawab terhadap alam semula jadi

- Tanggungjawab melindungi muka bumi untuk generasi akan datang

Jawab mana-mana 3

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Maksimum 11 markah

DISEDIAKAN OLEH :

KAJIAN KES KUMPULAN 1 TAHUN 2006

KURSUS PENINGKATAN PRESTASI DAN KEILMUAN GURU-GURU PERDAGANGAN NEGERI SELANGOR

GENTING VIEW RESORT, GENTING HIGHLANDS

30 JULAI 2006 2 OGOS 2006

NUR LAILY BINTI JOHDI

- SMK HULU KLANG

KHOBSAH BINTI JAAFAR

-SMK JALAN BUKIT

KAMARUDDIN BIN THAHIR- SMK SERI DESA

FAIZAH BINTI DERIS

-SMK TELOK DATOK