risiko dan insurans

45
-peningkatan kemungkinan berlakunya kerugian akibat daripada sikap cuai *sesorang yang gagal untuk pastikan keretanya sentiasa dikunci sewaktu diletakkan ditempat letak kereta dengan anggapan jika berlaku kecurian, pampasan boleh dituntut daripada syarikat insurans Hazad morel

Upload: zuraidah-abu-bakar

Post on 30-Jun-2015

345 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

-peningkatan kemungkinan berlakunya kerugian akibat daripada sikap cuai *sesorang yang gagal untuk pastikan keretanya sentiasa dikunci sewaktu diletakkan ditempat letak kereta dengan anggapan jika berlaku kecurian, pampasan boleh dituntut daripada syarikat insurans

Hazad undang-undang undangPeningkatan kekerapan dan ketenatan kerugian akibat daripada doktrin undangundang yang digubal oleh badan perundangan Doktrin undang undang yang cenderung untuk memihak kepada orang yang mengemukakan saman merupakan hazad kepada individu @ organisasi yang disaman

Hukum bilangan besar (law of large number)Semakin meningkat bilangan unit pendedahan bagi sesuatu aktiviti,keputusan sebenar mengenai hasil aktiviti tersebut akan semakin hampir kepada jangkaan keputusan Untuk menganggarkan kebarangkalian dengan ketepatan yang wajar , syarikat insurans perlu mempunyai sample yang besar Swmakin besar sample , semakin tepat anggaran kebarangkalian yang dibuat Apabila anggaran kebarangkalian telah dibuat , perlu diaplikasikan ke atas bilangan unit pendedahan yang cukup besar Semakin besar bilangan pendedahan iaitu anggaran yang diaplikasi , semakin baik ramalan yang boleh dibuat

pilihan sakal (adverse selection)y Nama lainnya anti-pemilihan y Merujuk kepada kecenderungan individu yang

mempunyai kebarangkalian kerugian yang lebih tinggi daripada purata untuk mendapatkan insurans pada kadar purata @ kadar biasa y Individu berisiko kurang baik lebih cenderung untuk membeli dan mengekalkan insurans berbanding dengan individu yang bernasib baik y Jika tidak dikawal , pilihan sakal boleh mengakibatkan kerugian yang sebenar yang lebih tinggi daripada kerugian yang dijangka

Sokongan (subsidization)y Kecenderungan syarikat insurans

mengenakan kadar premium sama rata antara individu yang berisiko kurang baik dengan individu yang berisiko baik

Pendedahan kerugian yang boleh dan tidak boleh diinsuranskanBoleh diinsuranskan y 1-harta:kerugian langsung dan kerugian turutan y 2-individu:hayat , kesihatan , hilang keupayaan dan persaraan y 3-liabiliti:kecederaan dan kematian pihak ke3 serta kerosakan harta pihak ke-3 Tidak boleh diinsuranskany Tidak ada ketenatan

kewangan y Menyumbang kepada kebarangkalian kerugian katastrofik yang tinggi y Risiko spekulatif

Element bagi risiko yang boleh diinsuranskany Kumpulan pendedahan yang besar dan serupa serta y y y y y y

terdedah kepada peril yang sama Kerugian berlaku dengan tidak sengaja dan luar kawalan Kerugian boleh dipastikan kejadiannya dan boleh diukur Kerugian mestilah tidak bersifat katastrofi Kerugian akan menyebabkan kerugian kewangan yang tenat kepada insured Kebarangkalian kerugian mesti boleh dianggarkan Premium yang munasabah

Pengkelasan produk insurans (skop perlindungan) perlindungan)Insurans hayat

Insurans konvensionalInsurans am

Insurans hayaty Memberi perlindungan kepada insured terhadap peril y y

y

y

kematian Jika insured meninggal dunia , warisnya akan dibayar sejumlah pampasan untuk meringankan bebannya Kebanyakan polisi insurans hayat juga memberikan perlindungan terhadap hilang upaya @ penyakit yang dialami oleh insured Insurans kesihatan:polisi khusus untuk membayar gantirugi kepada insured jika insured memerlukan rawatan kesihatan akibat kecederaan @ penyakit Polisi anuiti:membayar pendapatan tetap kepada insured selama insured masih hidup @ untuk tempoh tertentu dengan tujuan memastikan insured tidak kehabisan sumber pendapatan selama insured masih hidup

Insurans sementaray Memberi perlindungan untuk suatu tempoh

tertentu y Jika pihak pemegang insurans meninggal dunia dalam tempoh tersebut , waris @ penama akan mendapat pampasan y Sekiranya insured tidak meninggal dunia pada akhir tempoh insurans , premium yang telah dibayar tidak akan dikembalikan

Insurans endowminy Bersifat tabungan y Memberi perlindungan untuk suatu tempoh y Jika insured meninggal dunia dalam tempoh

insurans tersebut , pampasan akan dikembalikan y Insured akan menerima faedah kematangan pada akhir tempoh insurans tersebut

Insurans seumur hidupy Memberi perlindungan seumur hidup y Sekiranya insured meninggal dunia , maka

warisnya akan menerima pampasan daripada insurer untuk seluruh hidupnya

Insurans amy Terdiri daripada produk produk insurans: y 1)insurans harta y 2)insurans liabiliti y 3)insurans harta dan liabiliti

Insurans hartay Memberi perlindungan terhadap kerosakan @

kemusnahan fizikal harta y Pemilik @ orang yang memiliki kepentingan ke atas harta tersebut akan dibayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang dialami

Insurans liabilitiy Melindungi insured daripada liabiliti yang timbul

terhadap pihak ke-3 y Liabiliti wujud apabila seseorang individu menyebabkan kecederaan @ kerosakan pada hartabenda pihak lain dan pihka tersebut mengambil tindakan undang - undang

Jenis jenis insurans amy Kenderaan y Kebakaran y Liabiliti y Kemalangan diri y Marin y Kecurian y Jaminan kesetiaan (fidelity guarantee) y Semua risiko

Skop takafulTakaful keluargatakaful

Takaful am

Takaful keluargay Menyediakan satu sumber kewangan untuk

tujuan simpanan dan pelaburan @ untuk keluarganya sekiranya malapetaka menimpa dirinya y Perlindungan yang diberikan:kematian , keilatan kekal (kecacatan kekal ) kemudahan kesihatan y Turut memberi perlindungan kepada beberapa skim lain iaitu pendidikan , rawatan , persaraan dan lain-lain

Tujuan pelan pelan takafuly Peserta menyimpan @ menabung secara

berterusan y Kumpulan wang dilaburkan mengikut hukum syarak bagi mendapatkan pendapatan y Menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat takaful untuk waris insured yang meninggal dunia

Takaful amy Menyediakan perlindungan bagi menghadapi

bencana bencana yang menyebabkan kerugian ke atas harta benda yang dimiliki oleh peserta seperti rumah , bangunan @ kenderaannya

Klasifikasi syarikat insuransy Insurans hayat:menjalankan perniagaan insurans

hayat sahaja y Insurans am:menjalankan perniagaan insurans harta dan liabiliti y Insurans komposit:menjalankan perniagaan insurans hayat dan am

Fungsi fungsi syarikat berkaitan industri insuransy Broker insurans: - Badan profesional yang diberi lesen oleh bank

negara malaysia ( BNM ) untuk bertindak bagi pihak pembeli insurans untuk mengatur keperluan insurans mereka dengan insurer - Menyediakan nasihat pakar dalam semua hal berkaitan insurans dan membuat cadangan terhadap program insurans yang komprehensif yang sesuai dengan operasi pelanggannya

Fungsi fungsi syarikat berkaitan industri insuransy Agensi insurans - Agen ialah individu yang diberi kuasa oleh insurer

untuk mendapatkan , merunding @ mewujudkan kontrak insurans antara insurer dengan insured - Merupakan wakil insurer - Segala maklumat yang disampaikan kepada ejen oleh insured @ segala tindak tanduk ejen akan mengesahkan hak dan tanggungjawab insurer ke atas pihak ke-3

Perbezaan antara broker dengan ageny Broker insurans berhak membuat rundingan

dengan mana mana insurer di malaysia bagi mendapatkan perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelanggannya MANAKALA agen hanya dibenarkan oleh undang undang untuk mewakili tidak lebih daripada 2 buah insurer pada satu masa y Broker dilantik oleh pelanggan MANAKALA agen dilantik oleh insurer

Penyelarasan kerugiany Menyiasat laporan kerugian y Menentukan samada insurer bertanggungjawab

y -

membayar gantirugi @ mencadangkan insurer menolak tuntutan jika fakta fakta tidak dapat menyokong tuntutan yang dibuat Langkah langkah penyelarasan : Siasatan Tentukan samada polisi mengandungi @ tidak berkaitan tuntutan yang dituntut Tentukan jumlah kerugian Cadangan bayaran tuntutan kepada insured

Prinsip prinsip asas insuransy Dokumen dokumen yang membentuk kontrak y y y y y

insurans Prinsip prinsip utama kontrak insurans Prinsip kepentingan boleh insurans Subrogasi Fasal pro-rata Penuh percaya mutlak (utmost good faith)

Dokumen dokumen yang membentuk kontrak insuransy Borang cadangan - Borang permohonan insurans oleh individu yang

memohon perlindungan insurans yang disediakan oleh insurer untuk dipenuhi dan dikemukakan kepada insurer - Borang cadangan mengandungi maklumat diri , butir- butir perlindungan yang dipohon dan perkara yang hendak diinsuranskan

Dokumen dokumen yang membentuk kontrak insuransy Polisi - Dokumen yang mengandungi segala maklumat

tentang perlindungan yang ditawarkan dan disediakan oleh syarikat insurans - Menyatakan nama syarikat insurans , jenis perlindungan , insured @ harta yang dilindungi , jumlah yang diinsuranskan , premium , tempoh perlindungan dan lain lain termasuk syarat- syarat dan pengecualian polisi - Bukti terbentuknya kontrak insurans- (penting untuk membuat tuntutan)

Dokumen dokumen yang membentuk kontrak insuransy Pengikat ( binder) - Kontrak sementara sebelum polisi insurans harta

dapat dikeluarkan - Mesti memenuhi semua syarat untuk kontrak sah - Merupakan dokumen yang dikeluarkan untuk memberikan perlindungan serta merta sementara menunggu proses pengeluaran polisi oleh insurer

Dokumen dokumen yang membentuk kontrak insuransy Resit bersyarat - Bukti sementara bagi perlindungan insurans

hayat - Bergantung kepada kebolehan pemohon dalam memberikan bukti bukti boleh insurans

Prinsip prinsip utama kontrak insuransy Prinsip gantirugi (indemnity) - Insurer akan membayar gantirugi kepada insured

-

-

*

sekiranya berlaku kerugian yang diinsuranskan pada amaun yang tidak melebihi kerugian yang tertakluk kepada jumlah perlindungan yang diinsuranskan Perlindungan insurans meletakkan insured dalam kedudukan kewangan yang sama , sebelum dan selepas berlakunya kerugian yang dilindungi Prinsip indemniti hanya digunapakai dalam insurans harta sahaja dan dikecualikan di dalam insurans hayat Fasal fasal yang berkaitan dengan prinsip indemdini: kepentingan boleh insurans , subrogasi dan fasal pro-rata

Prinsip kepentingan boleh insuransy Merujuk kepada insured mempunyai kepentingan

ke atas dirinya @ individu tertentu dan hartabenda yang membolehkannya membeli insurans y Wujud jika seseorang mempunyai kepentingan kewangan ke atas seseorang individu @ sesuatu harta

Kepentingan boleh insurans dalam insurans harta:y Kepentingan boleh insurans ke atas sesuatu

y

-

hartabenda itu wujud pada ketika kerugian berlaku dan insured membuat permohonan tuntutan Pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas sesuatu harta benda adalah seperti: Pemilik harta Penyewa harta Pemegang amanah/baili

Kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat:y Wujud sewaktu kontrak insurans dibentuk dan tidak y -

semestinya sewaktu kerugian berlaku Pihak pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat: Individu Suami dan isteri Ibu bapa ke atas anak anak minor 18 dan ke bawah Penjaga ke atas relatif (saudara) Tanggungan-anak angkat Majikan ke atas pekerja Pemiutang ke atas penghutang

Subrogasiy Jika insured mengalami kerugian akibat y

y y

y

kecurian/kesalahan pihak ke-3 , insured boleh memperoleh gantirugi dari insurernya @ menyaman pihak ke-3 tersebut Jika insured memilih untuk menerima gantirugi dari insurernya , insured tidak boleh menyaman pihak ke-3.hak insured untuk menyaman pihak ke-3 diserah kepada insurernya. Penyerahan hak menyaman pihak ke-3 kepada insurer setelah gantirugi dibayar dipanggil subrogasi Setelah insurer membayar gantirugi kepada insurednya,insurer boleh menyaman pihak ke-3 yang menyebabkan kerugian untuk mendapatkan sejumlah pampasan Pengecualian kepada prinsip subrogasi:insurans hayat dan insurans liabiliti majikan

Fasal pro- ratay Sekiranya sesuatu harta dilindungi oleh lebih

daripada satu insurans , maka bayaran gantirugi akan dikongsi oleh semua polisi yang berkenaan secara pro-rata y Gantirugi akan diagihkan antara semua polisi yang melindungi harta tersebut mengikut nisbah amaun perlindungan setiap polisi berbanding amaun keseluruhan semua polisi yang terlibat

Penuh percaya mutlak (utmost good faith)y Memerlukan tahap kejujuran yang tinggi daripada

insured dan insurer y Insured dikehendaki menjawab semua soalan yang ada dalam borang cadangan dengan benar dan jujur serta mendedahkan semua fakta matan (fakta yang boleh mempengaruhi keputusan insurer )walaupun tidak ditanya y Insurer dikehendaki menerangkan dengan jelas mengenai perlindungan yang ditawarkan kepada insured

Elemen elemen risiko yang boleh diinsuranskany Kumpulan pendedahan yang besar dan serupa serta y y y y y y

terdedah kepada peril yang sama Kerugian berlaku dengan tidak sengaja @ diluar kawalan Kerugian boleh dipastikan kejadiannya dan boleh diukur saiznya Kerugian tidak bersifat katastrofik Kerugian yang berlaku akan menyebabkan kerugian kewangan yang tenat kepada insured Kebarangkalian kerugian mesti boleh dianggarkan Premium yang munasabah

Kumpulan pendedahan yang besar dan serupa serta terdedah kepada peril yang samay Berfungsi berasaskan hukum bilangan besar y Bilangan unit pendedahan yang cukup besar

meningkatkan keupayaan insurer untuk membuat anggaran kerugian dengan lebih baik y Memastikan insurer dapat memenuhi semua obligasinya terhadap pemilik polisi y Pendedahan seragam diperlukan untuk memastikan semua pendedahan menghadapi kebarangkalian kerugian yang hampir sama

Kerugian berlaku dengan tidak sengaja @ diluar kawalany Kerugian yang menimpa mestilah berlaku secara

tidak sengaja y Kerugian yang berlaku secara sengaja tidak boleh diinsuranskan y Kerugian juga mestilah merupakan kontigensi (sesuatu yang mungkin berlaku @ mungkin tidak berlaku )

Kerugian boleh dipastikan kejadiannya dan boleh diukur saiznyay Kerugian yang berlaku mestilah boleh dibuktikan y Kerugian mestilah boleh diukur tahapnya dalam

nilai wang

Kerugian tidak bersifat katastrofiky Kerugian yang sangat besar yang boleh

menjejaskan keupayaan kewangan syarikat insurans y Bercanggah dengan konsep perkongsian risiko y Syarikat insurans akan mengelak dari bertanggungjawab

Kerugian yang berlaku akan menyebabkan kerugian kewangan yang tenat kepada insuredy Harta yang hendak diinsuranskan mesti bernilai

tinggi y Jika seseorang itu membeli insurans ke atas harta yang tidak menyebabkan kerugian tenat akibat kemusnahan , kos kendalian insurans insurans mingkin lebih tinggi daripada kos menggantikan harta yang musnah dengan yang baru

Kebarangkalian kerugian mesti boleh dianggarkany Insurer perlu berupaya menganggarkan purata

kekerapan dan purata ketenatan bagi kerugian depan dengan ketepatan yang sewajarnya y Perlu dilakukan supaya premium yang mencukupi boleh dikenakan ke atas insured untuk membayar semua tuntutan dan perbelanjaan yang akan timbul y Kerugian yang tidak dapat dianggarkan tidak akan dilindungi oleh mana mana syarikat insurans.

Premium yang munasabahy Premium yang dikenakan kepada insured y y y y

perlulah munasabah dari segi ekonomi Insured mesti mampu untuk membayar premium Premium yang perlu dibayar mestilah jauh lebih rendah daripada jumlah insurans Premium berkadar terus dengan kebarangkalian kerugian berlaku Insurans lebih sesuai untuk risiko yang mempunyai kebarangkalian yang rendah.