bab insurans
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

TINGKATAN 5
INSURANS
BAB DUA

PENGENALAN KEPADA INSURANS
Satu skim untuk memberi perlindungan kepada insured atau keluarga jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kerugian, kecacatan atau
kehilangan nyawa

KONSEP INSURANSMerupakan satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pembayaran ganti rugi kepada insured
sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan
Polisi insurans merupakan surat ikatan perjanjian atau kontrak antara insured (peserta) dan insurer (pihak insurans)
Premium yang dibayar oleh insured merupakan sumbangan ke dalam dana insurans

Jumlah premium boleh dibayar setiap bulan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau setiap tahun
Jumlah premium yang dikenakan ke atas insured bergantung pada:-
Nilai yang diinsuranskanKeadaan risiko yang diinsuranskan
Luas perlindungan yang dijanjikan oleh insurerTempoh kuatkuasa risiko / tempoh perlindungan
Pembayaran premium biasanya lebih tinggi jika dibayar secara bulanan daripada secara tahunan.

Risiko boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans
Risiko boleh insurans adalah risiko yang boleh diramalkan secara statistik berdasarkan kejadian lampau. Contoh;
kemalangan, kebakaran, kematian dll.
Risiko tidak boleh insurans adalah risiko yang tidak boleh ditentukan secara perangkaan. Contoh; bencana alam,
keadaan politik, pasaran harga barang dll.
JENIS RISIKO

PERANAN INSURANS1.Peranan insurans kepada individu
-Individu dapat menjalani hidup seperti biasa walaupun ditimpa kecelakaan sebelum ini.
-Membantu individu merancang masa depan.
-Cara menyimpan atau menabung yang baik.
2.Peranan insurans kepada peniaga
-Peniaga tidak perlu risau terhadap risiko yang bakal dihadapi kerana insurans berperanan membayar gantirugi atau pampasan

3.Peranan insurans kepada negara -Dana yang dikumpulkan melalui premium boleh dilaburkan pelbagai sektor. -Menyediakan peluang pekerjaan, taraf hidup yang lebih baik dan pembangunan negara.

PRINSIP INSURANS1. Kepentingan boleh insurans
-Pembeli insurans mestilah mempunyai kepentingan ke atas nyawa atau harta yang diinsuranskan.-Contohnya, pemilik rumah berhak menginsuranskan rumahnya dari sebarang kecelakaan tetapi penyewa rumah tidak boleh.
2. Penuh percaya mutlak-Prinsip penuh percaya perlu wujud antara insured dengan insured.-Kegagalan memberitahu maklumat penuh boleh menyebabkan polisi insurans dibatalkan.

3. Indemniti
-Dikenali juga sebagai ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured yang ditimpa kemalangan.
-Ganti rugi boleh diberikan samaada dalam bentuk tunai, barangan atau kos untuk membina semula bangunan yang telah rosak.
-Prinsip indemniti berasaskan 3 perkara iaitu:- a) Sumbangan – setiap insurer yang berhubung dengan
insured tersebut berkongsi membayarnya.
b) Subrogasi – insured tidak boleh menuntut ganti rugi drpd pihak lain setelah dapat ganti rugi insured
c) Doktrin sebab hampiran – ganti rugi dibayar untuk risiko yang diinsuranskan sahaja.

JENIS INSURANS1. Insurans terbahagi kepada 2 jenis iaitu insurans am dan insurans hayat.
2. Insurans am merangkumi:- a) Insurans kemalangan b) Insurans kebakaran c) Insurans marin / penerbangan d) Insurans lain
3. Insurans hayat merangkumi:- a) Insurans hayat seumur hidup b) Insurans endowmen c) Insurans hayat sementara

INSURANS KEMALANGAN
Insurans kemalangan terbahagi kepada:-i. Insurans motorii. Insurans kemalangan peribadiiii. Insurans liabiliti majikaniv. Insurans liabiliti am

INSURANS MOTOR
Semua kenderaan yang bergerak di atas jalan raya mesti diinsuranskan.
Terdapat 2 jenis insurans motor iaitu insurans motor komprehensif dan insurans motor pihak ketiga.
Insurans motor komprehensif memberi perlindungan kepada pihak pertama (insured) dan pihak ketiga
(pengguna jalan raya)
Insurans motor pihak ketiga memberi perlindungan kepada pihak ketiga sahaja.

INSURANS KEMALANGAN PERIBADI
Insurans ini melindungi insured terhadap kecelakaan yang dialaminya seperti dalam perjalanan,serangan,keracunan dll.
Ganti rugi atau pampasan akan dibayar apabila insured meninggal dunia atau mengalami kecederaan dlm
kemalangan sahaja.
Kadar premium yang dikenakan bergantung kepada jumlah yang diinsuranskan, umur insured dan pekerjaannya.
Jumlah pampasan yang diberikan bergantung pada jumlah yang diinsuranskan dan tahap kecederaannya.

INSURANS LIABILITI MAJIKAN
• Insurans ini melindungi pihak majikan daripada tuntutan pekerja mereka.
• Undang-undang telah mewajibkan para majikan untuk menginsuranskan para pekerja supaya dapat pampasan kepada
pekerja sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja
• Di bawah PERKESO terdapat 2 skim insurans pekerja iaitu:-
1. Skim Bencana Pekerjaan
2. Skim Pencen Ilat

• Skim Bencana Pekerjaan melindungi risiko akibat sesuatu kemalangan di tempat kerja
• Skim Pencen Ilat memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab atau tidak berkaitan dengan pekerjaan
• Majikan membayar sumbangan bulanan bagi Skim Bencana Pekerjaan sementara pekerja membayar
sumbangan di bawah Skim Pencen Ilat

Terdapat 2 jenis sumbangan iaitu:-
Sumbangan yang dibayar oleh majikan dan pekerja untuk kedua-dua skim di atas
Sumbangan oleh majikan untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan . Sumbangan ini adalah untuk pekerja yang tidak lagi layak dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat kerana telah capai usia 55 tahun ketika membuat permohonan.

INSURANS LIABILITI AM
Insurans ini melindungi pemilik premis atau perniagaandaripada tuntutan orang awam yang tercedera atau meninggal semasa berada dalam premis mereka
Selain itu, terdapat insurans liabiliti am yang lain iaitu:-
i) Insurans liabiliti yang melindungi pengeluar terhadap tuntutan pengguna yang cedera atau sakit akibat
penggunaan produk tersebut.
ii) Insurans liabiliti profesional yang memberi golongan profesional daripada tuntutan pelanggan akibat
kecuaian mereka seperti doktor atau peguam.

INSURANS KEBAKARAN
Melindungi kerugian yang diakibatkan oleh kebakaran.
Insurans ini sesuai untuk memberi perlindungan terhadap kerugian ke atas stok, wang tunai, mesin,
kenderaan, loji dan premis semasa kebakaran.
Insurans kebakaran tidak melindungi kerugian dalam kebakaran akibat peperangan, rusuhan dan kejadian
bencana alam.

INSURANS HAYATINSURANS HAYAT

INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUPINSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP
PERLU MEMBAYAR PREMIUM
SEPANJANG TEMPOH HAYAT.
MEMILIH UNTUK MEMBAYAR
PREMIUM BAGI SUATU
JANGKA MASA TERTENTU
SEPERTI 10,15 @ 20 TAHUN.
JUMLAH DIINSURANSKAN
BESERTA DENGAN BONUS
DIBAYAR KEPADA WARIS
INSURED APABILA MENINGGAL
DUNIA.
INSURANS INI SANGAT SESUAI
UNTUK KETUA KELUARGA.

INSURANS ENDOWMENINSURANS ENDOWMEN
Berikan perlindungan kepada
insured untuk suatu tempoh
tertentu, misalnya 10,15 ataupun
20 tahun.
Apabila tiba tarikh matang polisi,
insured akan dibayar balik jumlah
yang diinsuranskan beserta
dengan bonus.
Sekiranya insured mati sebelum
tarikh matang polisi, pampasan
akan dibayar kepada waris yang
dicalonkan atau waris terdekat.
Insurans pelan pendidikan
merupakan insurans endowmen
yang mendapat perhatian. Ini
kerana pelan ini membolehkan ibu
bapa menabung untuk pendidikan
tinggi anak mereka di samping
memberikan perlindungan.

INSURANS HAYAT SEMENTARA/PENGGALINSURANS HAYAT SEMENTARA/PENGGAL
Berikan perlindungan kepada
insured untuk suatu tempoh
tertentu sahaja, iaitu 10, 15 atau 20
tahun.
Jika insured meninggal dunia dalam
tempoh perlindungan, pampasan
akan dibayar kepada waris terdekat.
Jika insured masih hidup selepas
tempoh berkenaan, dia tidak akan
mendapat apa-apa perlindungan lagi.
Kadar premium bagi polisi insurans
ini adalah paling rendah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR PREMIUM INSURANS HAYAT
FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR PREMIUM INSURANS HAYAT
1 UMUR Jika umur insured semakin meningkat, kadar premium yang dikenakan lebih tinggi.
2 JANTINA Wanita dikenakan kadar premium yang lebih rendah daripada lelaki.
3 PEKERJAAN Jenis pekerjaan yang mempunyai risiko kemalangan @ kerosakan kesihatan yang tinggi akan dikenakan premium yang tinggi.
4 KESIHATAN Ia bergantung kepada kesihatan pemohon. Pemohon kurang sihat akan diberikan premium tambahan.
5TEMPOH &LIPUTAN
LINDUNGAN
Lebih lama tempoh serta liputan lindungan, lebih tinggi premiumnya.
6JENIS
INSURANS Premium yang dikenakan berbeza-beza mengikut jenis polisi.

BELIAN POLISI & TUNTUTAN GANTI RUGIBELIAN POLISI & TUNTUTAN GANTI RUGI

PROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANSPROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANS

PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGIPROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI
Hubungi syarikat insurer serta buat laporan kejadian
kepada pihak berkuasa.
Hubungi syarikat insurer serta buat laporan kejadian
kepada pihak berkuasa.Isikan borang tuntutanIsikan borang tuntutan
Serahkan borang tuntutan kepada insurer bersama-sama dengan beberapa dokumen seperti:i)Salinan polisi insuransii) Salinan laporan polis.iii) Dokumen hak milik harta
Serahkan borang tuntutan kepada insurer bersama-sama dengan beberapa dokumen seperti:i)Salinan polisi insuransii) Salinan laporan polis.iii) Dokumen hak milik harta
Insurer akan menyiasat. Jika berpuas hati,
bayaran tuntutan ganti rugi akan dibuat.
Insurer akan menyiasat. Jika berpuas hati,
bayaran tuntutan ganti rugi akan dibuat.