bab 5 prinsip insurans
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
1/25
Book Manuscript
Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition)
Hendon Redzuan & Rubayah Yakob
Bab 5
PRINSIP INSURANS
Objektif Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh:
Membincangkan prinsip-prinsip utama dalam kontrak insurans
Menerangkan prinsip idemniti dan kepentingannya
Menerangkan prinsip subrogasi
Menerangkan prinsip kepentingan-boleh-insurans
Menerangkan prinsip penuh percaya mutlak
Membincangkan perkara-perkara yang boleh melanggar prinsip-prinsip
insurans dan kesannya kepada kontrak insurans.
ontrak insurans merupakan kontrak yang dikuatkuasakan pada undang-undang.Kontrak insurans yang sah mengenakan obligasi kepada pihak insurer untuk
menyediakan ganti rugi, jika berlaku kerugian luar jangka yang dilindungi, selagi
insured memenuhi syarat kontrak. Matlamat insurans adalah untuk meringankan
beban kewangan insured yang mengalami kerugian. Mekanisma insurans disokong
oleh beberapa prinsip undang-undang asas insurans (fundamental legal principles of
K
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
2/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 2
insurance) supaya ia boleh berfungsi dengan berkesan bagi memenuhi matlamatnya.
Bab ini akan membincangkan prinsip undang-undang asas insurans yang menjadi
dasar kontrak insurans.
Terdapat 4 prinsip insurans yang akan dibincangkan dalam bab ini, iaitu:
Prinsip indemniti
Prinsip subrogasi
Prinsip kepentingan boleh insurans
Prinsip penuh percaya mutlak.
1. Prinsip Indemniti
Prinsip indemniti (the principle of indemnity) menyatakan bahawa syarikat insurans
akan membayar ganti rugi yang tidak melebihi daripada jumlah sebenar kerugian
yang berlaku kepada insured. Melalui bayaran gantirugi, insured diletakkan dalam
kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian seperti sebelum berlakunya
kerugian. Insured tidak boleh memperolehi keuntungan daripada kerugian yang
berlaku, iaitu insured tidak boleh menerima ganti rugi yang lebih besar daripada
kerugian yang dialami.
Tujuan insurans adalah untuk memberikan perlindungan dalam bentuk
pembayaran ganti rugi kepada insured yang mengalami kerugian. Insured berhak
menerima ganti rugi hanya jika dia telah mengalami kerugian dan ganti rugi tersebuthanyalah setakat kerugian yang berlaku. Sekiranya tiada sebarang kerugian yang
berlaku, maka pembayaran ganti rugi insurans tidak akan dibuat.
Prinsip indemniti menekankan bahawa insurer akan membayar ganti rugi kepada
insured sekiranya berlaku kerugian yang diinsuranskan. Amaun ganti rugi yang akan
dibayar hanya setakat jumlah kerugian kewangan yang dialami sahaja. Ganti rugi
yang dibayar adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan insured kepada
kedudukan seperti sebelum berlakunya kerugian. Insurer bersetuju untuk membayar
gantirugi pada amaun yang tidak melebihi kerugian yang dialami dan tertakluk
kepada jumlah perlindungan insurans yang dibeli. Insured tidak sekali-kali boleh
mendapat keuntungan daripada kerugian yang berlaku. Insured dikatakan mendapat
keuntungan daripada kerugian yang berlaku jika ganti rugi yang dibayar oleh insurer
melebihi daripada kerugian sebenar.
Prinsip indemniti mempunyai dua tujuan utama. Pertamanya, untuk memastikan
insured menerima ganti rugi yang setimpal dengan kerugian yang berlaku dan tidak
mengaut keuntungan daripada kerugian yang dialami. Sebagai contoh, jika sebuah
rumah yang diinsuranskan dan bernilai RM300,000 mengalami kebakaran, dan
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
3/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 3
kerugian akibat kebakaran dianggarkan sebanyak RM50,000, maka insurer perlu
membayar ganti rugi setakat RM50,000 sahaja kepada pemilik rumah. Keduanya,
prinsip indeminiti bertujuan untuk mengurangkan berlakunya hazad moral seperti
kerugian yang disengajakan atau dirancang, atau tuntutan yang ditokok (inflated
claims). Jika insured boleh memperolehi keuntungan daripada kerugian yang berlaku,
maka ada kemungkinan insured cenderung untuk menyebabkan kerugian dengan
sengaja dengan niat untuk memperolehi keuntungan.
Kebanyakan kontrak insurans harta adalah kontrak indemniti, manakala kontrak
insurans hayat pula bukan berbentuk kontrak indemniti. Jika berlaku kerugian keatas
harta yang diinsuranskan, insurer patut membayar ganti rugi yang setimpal dengan
kerugian dan tidak melebihi daripada amaun kerugian sebenar yang berlaku. Walau
bagaimanapun, kontrak indemniti tidak bermaksud semua kerugian yang dilindungi
akan dibayar sepenuhnya oleh insurer. Dalam kebanyakan kes, ganti rugi yang
dibayar mungkin lebih rendah daripada kerugian sebenar yang dialaminya. Iniberlaku kerana wujudnya klausa-klausa di dalam peruntukan kontrak insurans yang
menghadkan bayaran ganti rugi, misalnya klausa deduktibel dan klausa had atas
amaun yang dibayar.
Jika insured memiliki lebih daripada satu perlindungan insurans untuk sesuatu
harta, dia masih akan menerima jumlah ganti rugi yang tidak melebihi kerugian yang
berlaku. Terdapat mekanisma yang akan dilaksanakan dibawah prinsip indemniti
yang membolehkan syarikat-syarikat insurans yang terlibat berkongsi pembayaran
ganti rugi mengikut nisbah masing-masing supaya jumlah ganti rugi yang akan
dibayar kepada insured tidak akan melebihi daripada kerugian yang berlaku. Ini
penting bagi memastikan prinsip indemniti dipatuhi dan hazad moraldiminimumkan.
Kaedah Untuk Menguatkuasakan Prinsip Indemniti
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh syarikat insurans untuk
menentukan amaun ganti rugi yang akan dibayar kepada insured bagi memastikan
prinsip indemniti dipenuhi. Kaedah ini membantu menentukan amaun gantirugi yang
setimpal dengan kerugian yang berlaku dan memastikan insured tidak memperolehi
keuntungan daripada kerugian yang dialami. Kaedah-kaedah ini adalah
Nilai tunai sebenar
Peruntukan insurans-lain
(a) Nilai Tunai Sebenar
Nilai tunai sebenar (actual cash value) merupakan amaun ganti rugi maksimum yang
akan dibayar oleh insurer kepada insured dalam insurans harta. Konsep nilai tunai
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
4/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 4
sebenar menyokong pelaksanaan prinsip indemniti. Dalam insurans harta, kaedah
asas pembayaran ganti rugi adalah berasaskan kepada nilai tunai sebenar harta yang
musnah pada waktu keugian berlaku. Dua kaedah utama untuk menentukan nilai
tunai sebenar sesuatu harta adalah:
Kos penggantian tolak susut nilai
Nilai pasaran semasa.
Kos Penggantian Tolak Susut Nilai
Melalui kaedah ini, nilai tunai sebenar bagi sesuatu harta ditakrifkan sebagai kos
penggantian ditolak susut nilai (replacement cost less depreciation). Kos penggantian
adalah kos semasa untuk memulihkan harta yang rosak dengan menggunakan bahan
baru yang serupa dari segi jenis dan kualiti. Susut nilai merujuk kepada pengurangan
nilai aset akibat haus dan lusuh dan keusangan ekonomi (economic obsolescence).
Nilai tunai sebenar boleh dianggarkan seperti formula berikut:
manakala kadar susut nilai dikira seperti berikut :
Sebagai contoh, bangunan Saturn Holdings telah mengalami kerosakan akibat tanah
runtuh yang memusnahkan keseluruhan struktur bangunannya. Anggaran kos untuk
membina semula bangunan yang serupa adalah sebanyak RM500,000. Bangunan
tersebut telah digunakan selama 10 tahun. Jangka hayat bangunan tersebut yang
dinyatakan oleh pemaju ialah 40 tahun.
Pengiraan nilai tunai sebenar bagi contoh ini ditunjukkan seperti berikut:
Dalam contoh diatas, syarikat insurans akan membayar ganti rugi maksimum
sebanyak RM375,000 kepada Saturn Holdings bagi kebakaran yang berlaku.
Di bawah kaedah nilai tunai sebenar, Saturn Holdings akan menerima
RM375,000 gantri rugi, kerana kos penggantian adalah RM500,000 dan susutnilai
Nilai tunai sebenar = (Kos penggantian) – (Kos Penggantian) (Kadar susut nilai)
Kadar susutnilai = Tempoh struktur telah digunakan
Jangka hayat struktur
Nilai tunai sebenar = RM500,000 – RM500,000(10/40)
= RM375,000.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
5/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 5
adalah RM125,000 (RM500,000 x 10/40). Jika syarikat ini menerima ganti rugi yang
sama dengan kos penggantian iaitu RM500,000, maka prinsip indemniti telah dicabuli
kerana syarikat ini menerima ganti rugi yang sama nilai dengan bangunan baru, dan
bukan nilai bangunan yang berusia 10 tahun. Dalam kes ini, pampasan RM375,000
merupakan ganti rugi keatas bangunan yang telah digunakan selama 10 tahun. Dalam
lain perkataan, melalui konsep nilai tunai sebenar, harta yang lama akan diganti
semula dengan nilai harta yang lama juga. Ini bertujuan untuk meletakkan insured
kembali dalam kedudukan kewangan seperti sebelum berlakunya kerugian dan untuk
mengelakkan insured memperoleh keuntungan daripada kerugian yang dialaminya.
Nilai Pasaran Semasa
Nilai pasaran semasa (current market value) adalah harga sesuatu harta yang akan
dibayar oleh pembeli yang sanggup membeli kepada penjual yang sanggup menjualsecara rela dalam pasaran bebas. Dalam sesetengah kes, nilai pasaran semasa
sesuatu harta boleh jadi lebih rendah daripada nilai kos penggantian tolak susut nilai.
Ini boleh berlaku disebabkan faktor-faktor seperti lokasi, kejiranan, dan kemudahan
awam. Bangunan Saturn Holdings seperti dalam contoh diatas mungkin mempunyai
nilai pasaran semasa yang lebih rendah daripada RM375,000 jika bangunan itu
terletak dalam kawasan yang tidak membangun atau kawasan yang mempunyai
kadar jenayah yang tinggi.
(b) Peruntukan Insurans-Lain
Peruntukan insurans-lain (other-insurance provision) diaplikasikan jika lebih daripada
satu polisi insurans melindungi kerugian yang sama. Tujuannya adalah untuk
menghalang insured daripada menerima ganti rugi berganda. Jika insured boleh
mendapat gantirugi penuh daripada setiap insurer yang melindungi kerugian yang
sama, maka insured akan memperolehi keuntungan daripada kerugian yang berlaku.
Ini boleh membawa kepada peningkatan hazad moral yang mana insured mungkin
menyebabkan kerugian dengan sengaja untuk mendapat ganti rugi berganda.
Peruntukan ini biasanya digunakan dalam insurans harta dan liabiliti dan juga
insurans perubatan untuk memelihara prinsip indemniti. Ia terdiri daripada:
Liabiliti pro rata Sumbangan melalui bahagian yang sama
Insurans utama dan lebihan.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
6/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 6
(i) Liabiliti Pro Rata
Seseorang insured boleh memiliki lebih dari satu polisi untuk melindungi sesuatu
hartanya, tetapi sekiranya ada tuntutan kerugian, bayaran ganti rugi akan dikongsi
oleh semua polisi yang melindungi harta tersebut. Liabiliti pro rata (pro rata liability)
adalah klausa yang akan dilaksanakan jika dua atau lebih polisi insurans melindungi
harta dan kerugian yang sama. Di bawah klausa ini, amaun ganti rugi yang perlu
dibayar oleh sebuah insurer dikira mengikut nisbah amaun insurans yang dilindungi
oleh insurer tersebut kepada amaun keseluruhan insurans semua polisi yang
melindungi kerugian yang sama.
Sebagai contoh, sebuah bangunan bernilai RM1,000,000 dan pemilik
bangunan berhasrat untuk mendapatkan perlindungan insurans kebakaran .
Sesetengah insurer menghadkan jumlah perlindungan insurans yang akan diberikan
keatas sesuatu harta. Ini menyebabkan pemilik bangunan perlu mendapatkan lebihdaripada satu polisi untuk perlindungan sepenuhnya. Katalah pemilik membeli
perlindungan insurans kebakaran berjumlah RM600,000 daripada Insurer A,
RM200,000 daripada Insurer B dan RM200,000 daripada insurer C. Andaikan berlaku
kerugian sebanyak RM300,000, maka setiap insurer akan hanya membayar bahagian
pro ratanya keatas kerugian. Pengiraan pro rata ini ditunjukkan dalam Paparan 5.1
Paparan 5.1 : Contoh Liabiliti Pro Rata
Syarikat
Insurans
Jumlah insurans Pengiraan Amaun Gantirugi
A RM600,000RM600,000 x RM300,000 = RM180,000
RM1,000,000
B RM200,000RM200,000 x RM300,000 = RM60,000
RM1,000,000
C RM200,000RM200,000 x RM300,000 = RM60,000
RM1,000,000
Jumlah keseluruhan perlindungan
insurans = RM1,000,000Jumlah ganti rugi = RM300,000
Klausa liabiliti pro-rata biasanya dimasukkan kedalam kontrak insurans harta
bertujuan bagi memenuhi prinsip indemniti iaitu meletakkan insured dalam keadaan
kewangan yang sama seperti sebelum berlakunya kerugian dan menghalang insured
daripada mengaut sebarang keuntungan daripada kerugian yang berlaku. Oleh itu,
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
7/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 7
dalam kontrak insurans harta biasanya terdapat syarat yang menyatakan insured
perlu mengisytiharkan jika ada syarikat-syarikat insurans lain yang juga melindungi
harta yang sama.
(ii) Sumbangan Dengan Bahagian Yang Sama
Sumbangan dengan bahagian yang sama (contribution by equal share) adalah satu
lagi klausa yang digunapakai dalam peruntukan insurans-lain. Klausa ini digunakan
dengan meluas dalam insurans liabiliti. Di bawah klausa ini, setiap insurer pada
mulanya akan berkongsi membayar ganti rugi secara sama rata, hinggalah jumlah
gantirugi yang dibayar oleh mana-mana insurer menyamai had perlindungannya
keatas polisi tersebut, atau sehingga keseluruhan gantirugi habis dibayar.
Sebagai contoh, katalah jumlah perlindungan insurans yang diberikan oleh
Insurer A, B dan C adalah RM100,000, RM200,000 dan RM400,000. Jika kerugian yangberlaku berjumlah RM180,000, maka setiap insurer akan membayar ganti rugi secara
sama rata iaitu RM60,000. Kerugian ini dikongsi secara sama rata oleh setiap insurer
kerana amaun ganti rugi yang perlu dibayar oleh setiap insurer masih di bawah had
perlindungan insurer. Contoh ini digambarkan dalam Paparan 5.2
Paparan 5.2: Sumbangan Dengan Bahagian Sama (Contoh 1)
Kerugian = RM180,000
Insurer Jumlah Insurans Sumbangan DenganBahagian Sama
Ganti Rugi
A RM100,000 RM60,000 RM60,000
B RM200,000 RM60,000 RM60,000
C RM300,000 RM60,000 RM60,000
Jumlah Ganti Rugi = RM180,000
Katalah kerugian yang berlaku berjumlah RM400,000. Mula-mula setiap insurer akan
membayar secara sama rata sehingga sampai had maksimum perlindungan salah
satu insurer. Selepas itu, setiap insurer yang belum mencapai had maksimum akan
terus berkongsi kerugian hingga had maksimum dicapai atau hingga semua ganti rugi
habis dibayar. Contoh ini digambarkan dalam Paparan 5.3.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
8/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 8
Paparan 5.3: Sumbangan Dengan Bahagian Sama (Contoh 2)
Kerugian = RM400,000
Insurer Jumlah InsuransSumbangan Dengan
Bahagian SamaJumlah Ganti Rugi
A RM100,000 RM100,000 RM100,000
B RM200,000 RM100,000 + RM50,000 RM150,000
C RM300,000 RM100,000 + RM50,000 RM150,000
Jumlah Ganti Rugi = RM400,000
Contoh 3 dan Contoh 4 menunjukkaan pengiraan sumbangan dengan bahagian sama
bagi kerugian RM500,000 dan RM550,000. Sila rujuk Paparan 5.4 dan Paparan 5.5.
Paparan 5.4: Sumbangan Dengan Bahagian Sama (Contoh 3)
Kerugian = RM500,000
Insurer Jumlah InsuransSumbangan Dengan Bahagian
SamaGanti Rugi
A RM100,000 RM100,000 RM100,000
B RM200,000 RM100,000 + RM100,000 RM200,000
C RM300,000 RM100,000 + RM1000,000 RM200,000
Jumlah Ganti Rugi = RM500,000
Paparan 5.5: Sumbangan Dengan Bahagian Sama (Contoh 4)
Kerugian = RM550,000
InsurerJumlah
InsuransSumbangan Dengan Bahagian Sama Ganti Rugi
A RM100,000 RM100,000 RM100,000
B RM200,000 RM100,000 + RM100,000 RM200,000
C RM100,000 RM100,000 + RM1000,000 + RM50,000 RM250,000
Jumlah Ganti Rugi = RM550,000
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
9/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 9
(iii) Insurans Utama dan Lebihan
Klausa insurans utama dan lebihan (primary and excess insurance) juga
mengendalikan kerugian yang dilindungi oleh dua atau lebih perlindungan insurans.
Insurer pertama dipanggil sebagai insurer utama (primary insurer), manakala insurer
kedua dipanggil insurer lebihan (excess insurer). Jika berlaku kerugian, insurer utama
akan membayar dahulu ganti rugi hingga sampai had maksimum perlindungannya,
dan ganti rugi selebihnya akan dibayar oleh insurer lebihan.
Sebagai contoh, katalah Sarah dilindungi oleh insurans perubatan kelompok
yang diberikan oleh majikannya dengan had perlindungan RM50,000. Suami Sarah,
Ali, dilindungi oleh insurans kelompok yang ditawarkan oleh majikannya dengan had
perlindungan RM100,000. Polisi Ali juga melindungi tanggungan Ali, termasuk
isterinya. Jika Sarah memerlukan rawatan perubatan berjumlah RM70,000, maka
polisi insurans perubatannya adalah polisi utama dan akan membayar sebanyakRM50,000, manakala polisi suaminya adalah polisi lebihan yang akan membayar
gantriugi selebihnya sebanyak RM20,000.
Pengecualian Prinsip Indemniti
Prinsip indemniti tidak digunapakai dalam beberapa polisi insurans. Tiga jenis polisi
yang dikecualikan dari prinsip ini adalah:
● Insurans hayat ● Insurans kos penggantian
● Insurans ternilai
(i) Insurans Hayat
Prinsip indemiti sukar untuk diaplikasikan kepada insurans hayat kerana konsep nilai
tunai sebenar tidak boleh digunapakai dalam menentukan nilai hayat seseorang
individu. Kontrak insurans hayat sebenarnya adalah polisi ternilai (valued policy)
yang akan membayar jumlah amaun muka yang telah ditetapkan kepada waris jika
insured meninggal dunia.
Insurans hayat bukan merupakan kontrak indemniti kerana jumlah kerugian yang
ditanggung akibat kematian seseorang individu tidak boleh diukur dengan tepat.
Nyawa seseorang itu tidak oleh dinilai dari segi kewangan. Perlu ditekankan bahawa
amaun muka insurans hayat atau jumlah perlindungan polisi yang dibeli oleh insured
bukan menggambarkan nilai hayatnya. Amaun muka tersebut merupakan
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
10/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 10
perlindungan dalam bentuk kewangan untuk waris berdasarkan keperluan insurans
waris dan kemampuan insured untuk membayar premium.
Oleh kerana prinsip indemniti tidak diguna pakai dalam insurans hayat, maka
jika seorang insured mempunyai lebih dari satu perlindungan insurans hayat, maka
setiap insurer perlu membayar amaun muka penuh yang dinyatakan di dalam polisi
andainya insured meninggal dunia. Klausa liabiliti pro rata tidak diguna pakai dalam
kontrak insurans hayat. Sebagai contoh, katalah Chong memiliki insurans hayat
seumur hidup dengan jumlah insurans RM200,000, insurans endowmen dengan
jumlah insurans RM75,000 dan insurans hayat kelompok dengan jumlah insurans
RM500,000. Jika Chong meninggal dunia sewaktu ketiga-tiga polisinya masih
berkuatkuasa, maka waris Chong akan menerima pampasan berjumlah RM200,000 +
RM75,000 + RM500,000 = RM775,000.
(ii) Insurans Kos Penggantian
Insurans penggantian kos (replacement cost insurance) adalah perlindungan insurans
yang mana susut nilai tidak diambil kira dalam penentuan amaun ganti rugi. Polisi
insurans harta biasanya akan membayar ganti rugi berdasarkan nilai tunai sebenar
harta. Namun, ganti rugi yang menyamai nilai tunai sebenar harta kadang-kala
menyebabkan insured masih menanggung kerugian yang agak besar. Oleh itu,
insured boleh memilih unutk membeli insurans yang melindungi hartanya dengan
ganti rugi yang menyamai kos penggantian tanpa mengambil kira susut nilai keatas
harta.
Sebagai contoh, katalah peralatan dalam sebuah kilang telah digunakanselama 5 tahun dan jangka hayatnya adalah 20 tahun. Ktalah peralatan tersebut
rosak akibat banjir dan kos penggantian adalah RM50,000. Dibawah kaedah nilai
tunai sebenar, pemilik kilang akan menerima ganti rugi sebanyak RM37,500
(RM50,000 –RM50,000(5/20)). Di bawah insurans kos penggantian, pemilik kilang
akan menerima ganti rugi sebanyak RM50,000 (ditolak deduktibel, jika ada). Oleh
kerana pemilik kilang menerima nilai yang sama seperti harta yang baru, maka prinsip
indemniti jelas tidak dipenuhi.
Insurans kos penggantian semula bukanlah satu polisi tersendiri, tetapi ia
merupakan klausa yang boleh dimasukkan dalam polisi insurans harta. Polisi ini
boleh dibeli untuk melindungi rumah, bangunan, perniagaan dan harta peribadi.
Dalam keadaan tertentu, insured mungkin berhasrat untuk melindungi hartanyadengan perlindungan insurans kos penggantian supaya insured tidak perlu
menanggung sebarang kerugian akibat gantirugi yang perlu ditolak susutnilai harta.
Jika insured dilindungi oleh insurans harta yang mempunyai klausa insurans
penggantian semula, maka insured berhak menerima kos penggantian penuh tanpa
ditolak susut nilai. Oleh yang demikian, mungkin boleh berlaku keadaan yang insured
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
11/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 11
menerima ganti rugi berdasarkan kos penggantian yang lebih tinggi dari nilai buku
harta tersebut. Dengan itu, insurer perlu berhati-hati sewaktu mengeluarkan polisi
yang sedemikian dan perlu menyiasat kerugian yang berlaku dengan rapi untuk
mengelakkan kehadiran sebarang hazad moral.
(iii) Polisi insurans ternilai
Polisi insurans ternilai (valued insurance policy) adalah polisi yang akan membayar
amaun perlindungan insurans penuh jika berlaku kerugian menyeluruh keatas
sesuatu harta yang diinsuranskan. Polisi ini biasanya digunakan dalam insurans marin
dan insurans untuk melindungi barang-barang peribadi yang berharga seperti kolesi
intan berlian, lukisan berharga dan barang-barang antik.
Polisi insurans ternilai akan menetapkan nilai pasaran (market value) sesuatu
harta sewaktu polisi mula-mula dibeli. Nilai harta yang diinsuranskan perludipersetujui oleh pihak insurer dan insured sebelum polisi dikeluarkan. Setelah nilai
harta dipersetujui, nilai ini akan dicatatkan dalam polisi sebagai amaun perlindungan
insurans. Jika berlaku kerosakan menyeluruh keatas harta yang diinsuranskan,
amaun perlindungan yang dinyatakan dalam polisi akan dibayar kepada insured
sebagai ganti rugi.
Ganti rugi akan dibayar tanpa mengambil kira samada kerugian kewangan
yang dialami oleh insured adalah lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai harta
yang telah dipersetujui. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa insurans ternilai ini
membayar gantirugi berdasarkan had liabiliti yang telah ditetapkan tanpa mengambil
kira jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh insured. Kegunaan polisi ternilai ini
biasanya terhad kepada harta yang dari segi nilai pasarannya tidak stabil ataupun
sukar menentukan nilai pasarannya secara tepat selepas kerugian berlaku.
2. Prinsip Subrogasi
Prinsip subrogasi (the principle of subrogation) menyatakan bahawa jika insured
mengalami kerugian akibat kecuaian pihak ketiga, dan jika insured telah menerima
gantirugi daripada syarikat insurans, maka hak insured untuk menyaman pihak
ketiga diserahkan kepada syarikat insurans. Hanya insurer dibenarkan menyaman
pihak ketiga yang menyebabkan kerugian kepada insured setelah insurer membayar
gantirugi kepada insured. Insured tidak boleh menyaman pihak ketiga yang
menyebabkan kerugian kepadanya selepas menerima ganti rugi daripada insurer.
Prinsip ini jelas menyokong prinsip indemniti kerana ia menghalang insured daripada
menerima pampasan dua kali, iaitu dari insurer dan juga dari pihak ketiga.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
12/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 12
Sebagai contoh, katalah Ahmad memandu kereta dengan cuai dan gagal
berhenti dipersimpangan lampu isyarat yang sedang berwarna merah. Kereta Ahmad
melanggar belakang kereta Eddie yang berhenti dipersimpangan tersebut. Kerosakan
kereta Eddie dianggarkan berjumlah RM8,000. Eddie boleh mengemukakan tuntutan
kepada syarikat insuransnya dan insurer akan membayar ganti rugi yang sepatutnya
kepada Eddie. Di bawah prinsip subrogasi, insurer kemudiannya boleh mendapatkan
pampasan daripada Ahmad yang menyebabkan kemalangan. Eddie tidak lagi boleh
menyaman Ahmad setelah menerima ganti rugi daripada insurer.
Istilah subrogasi bermaksud penggantian insurer di tempat insured untuk
tujuan tuntutan ganti rugi daripada pihak ketiga yang cuai dan telah menyebabkan
kerugian kepada insured. Penggantian ini berlaku kerana pihak insurer telah
membuat bayaran ganti rugi keatas kerugian yang disebabkan oleh perbuatan pihak
lain. Dalam insurans, subrogasi timbul apabila insurer membayar ganti rugi kepada
insured walaupun insured sebenarnya berhak untuk mengambil tindakan terhadappihak ketiga yang menyebabkan kerugian kepadanya. Selepas membayar ganti rugi,
hak insured untuk mendakwa pihak ketiga diserahkan atau dipindahkan kepada
insurer.
Prinsip subrogasi merupakan satu fasal yang membenarkan insurer
menyaman atau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak ketiga yang
bertanggungjawab menyebabkan kerugian kepada insured dengan syarat insurer
telah membayar ganti rugi kepada insurednya. Jika subrogasi dilaksanakan oleh
insurer, maka insured tidak lagi boleh menyaman pihak yang menyebabkan kerugian
kepadanya. Hanya insurer yang berhak untuk mendapatkan kembali bayaran yang
dibuat kepada insurednya daripada pihak ketiga yang melakukan kecuaian. Prosessubrogasi digambarkan dalam Appendiks 5.1 diakhir bab ini.
Pilihan Kepada Insured Yang mengalami Kerugian Akibat kecuaian
Pihak Ketiga
Jika seseorang insured mengalami kerugian akibat kecuaian atau kesalahan pihak
ketiga, dan jika kerugian yang berlaku dilindungi di bawah polisi insurans, maka
insured tersebut boleh memperoleh ganti rugi melalui salah satu cara yang berikut:
1. Mengemukakan tuntutan kepada insurernya, atau
2. Menyaman pihak ketiga yang menyebabkan kerugian.
Sekiranya insured memilih untuk menerima ganti rugi dari insurernya, maka
insured boleh mengemukakan tuntutan kepada insurer. Setelah insured dibayar ganti
rugi oleh insurer, insured tidak lagi dibenarkan oleh undang-undang untuk
menyaman pihak ketiga. Hak insured untuk menyaman pihak ketiga diserahkan
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
13/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 13
kepada syarikat insurans. Inilah yang dinamakan sebagai subrogasi. Setelah insurer
membayar ganti rugi kepada insurednya, insurer boleh menyaman pihak ketiga yang
menyebabkan kerugian untuk memperoleh sejumlah pampasan.
Pilihan lain bagi insured yang mengalami kerugian akibat kecuaian pihak
ketiga adalah menyaman pihak ketiga itu sendiri. Jika insured memilih untuk
menyaman pihak ketiga yang menyebabkan kerugian kepadanya, maka subrogasi
tidak perlu dilaksanakan, kerana insurer tidak membayar ganti rugi kepada
insurednya. Sekiranya berlaku keadaan yang mana pihak ketiga membayar sejumlah
wang sebagai bayaran ganti rugi kepada insured dan pada masa yang sama insured
juga menerima ganti rugi daripada insurernya, maka berdasarkan prinsip subrogasi,
insured perlu mengembalikan bayaran ganti rugi yang diterimanya dari pihak ketiga
kepada insurer.
Seperti dalam contoh yang diberikan diatas, Eddie mengalami kerugian akibat
kecuaian Ahmad. Maka Eddie boleh membuat tuntutan gantirugi daripadainsurernya jika kerugian itu dilindungi oleh insurans. Selepas insurer membayar ganti
rugi kepada Eddie, maka insurer boleh mendapatkan pampasan daripada Ahmad atas
kecuaiannya. Sebagai alternatif lain, Eddie boleh juga cuba mendapatkan ganti rugi
terus daripada pihak yang menyebabkan kemalangan, iaitu Ahmad. Jika ganti rugi
dibayar oleh Ahmad kepada Eddie, maka insurer tidak lagi perlu membayar gantirugi
kepada Eddie. Dalam kes ini, insurer tidak boleh menyaman pihak yang menyebabkan
kerugian. Subrogasi hanya diguna pakai jika insurer membayar gantirugi kepada
insurednya.
Kepentingan Prinsip Subrogasi
Kepentingan dan rasional prinsip subrogasi ini adalah seperti berikut:
1. Subrogasi boleh menghalang insured dari memungut ganti rugi sebanyak dua kali
untuk kerugian yang sama. Tanpa prinsip subrogasi, insured boleh memperolehi
pampasan dari insurernya dan dari pihak yang menyebabkan kerugian. Jika ini
berlaku, maka prinsip indemniti dilanggari kerana insured boleh mendapat
keuntungan daripada kerugian yang dialami.
2. Melalui subrogasi, pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian akan
dipertanggungjawabkan keatas kesalahannya. Ini perlu sebagai pengajarn kepada
mereka supaya mereka lebih berhati-hati dimasa depan dan tidak mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan.
3. Subrogasi membantu untuk mengurangkan kadar premium insurans. Melalui
subrogasi, ganti rugi yang dibayar kepada insured dapat diperolehi semula
sebahagiannya daripada pihak ketiga. Faktor ini diambilkira dalam penetapan
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
14/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 14
premium dan dapat mengurangkan kadar premium yang perlu dibayar oleh
insured.
Pengecualian Prinsip Subrogasi
Dalam insurans, konsep subrogasi ini hanya diaplikasikan pada insurans harta sahaja.
Prinsip subrogasi tidak diaplikasikan dalam insurans hayat. Jika seseorang individu
meninggal dunia akibat kecuaian atau perbuatan orang lain, maka waris individu ini
boleh memperoleh pampasan daripada syarikat insurans sekiranya individu ini
dilindungi oleh insurans hayat, dan juga daripada pihak yang menyebabkan
kematiannya. Oleh kerana hayat seseorang itu sangat tinggi nilainya, maka waris
insured dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapat pampasan dari kedua-dua
pihak iaitu insurer dan pihak ketiga yang bertanggungjawab atas kematian insured.
Oleh itu, walaupun waris telah menerima faedah kematian di bawah polisiinsurans hayat milik insured, dia masih boleh menyaman pihak yang menyebabkan
kematian untuk mendapatkan sejumlah pampasan. Insurer pula tidak diberikan hak
oleh undang-undang untuk menyaman dan mendapatkan pampasan daripada pihak
yang menyebabkan kematian setelah insurer membayar faedah kematian kepada
waris insured.
3. Prinsip Kepentingan Boleh Insurans
Prinsip kepentingan boleh insurans (the principle of insurable interest) menyatakan
bahawa insured mestilah berada dalam kedudukan yang mana dia akan mengalami
kerugian kewangan sekiranya berlaku kerugian yang diinsuranskan. Kepentingan
boleh insurans wujud apabila seseorang mempunyai kepentingan kewangan
terhadap seseorang individu lain atau terhadap sesuatu harta. Seseorang yang
mempunyai kepentingan boleh insurans keatas seseorang individu akan mengalami
kerugian kewangan jika individu itu meninggal dunia. Seseorang yang mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas sesuatu harta akan mengalami kerugian
kewangan jika harta tersebut rosak atau musnah.
Sebagai contoh, anda mempunyai kepentingan boleh insurans keatas kereta
anda, kerana anda akan mengalami kerugian kewangan jika kereta anda rosak atau
hilang. Seorang isteri mempunyai kepentingan boleh insurans keatas suaminya,kerana kematian suami akan mendatangkan kerugian kewangan kepada isteri.
Kepentingan boleh insurans wujud apabila insured memperolehi manfaat
kewangan (pecuniary benefit) melalui kewujudan berterusan sesuatu perkara yang
diinsuranskan, dan mengalami kerugian kewangan (pecuniary loss) jika berlaku
kerosakan atau kemusnahan ke atas perkara yang diinsuranskan. Kontrak insurans
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
15/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 15
hanya sah disisi undang-undang jika insured mempunyai kepentingan yang signifikan
keatas perkara yang diinsuranskan.
Tujuan Prinsip Kepentingan Boleh Insurans
Kontrak insurans mestilah disokong oleh prinsip kepentingan boleh insurans untuk
membolehkannya dikuatkuasakan. Terdapat beberapa tujuan penting bagi
pelaksanaan prinsip ini.
Pertama, kepentingan boleh insurans diperlukan untuk mengelakkan
perjudian. Jika kepentingan boleh insurans tidak diperlukan, maka kontrak yang
dibentuk serupa dengan kontrak perjudian dan ini adalah bertentangan dengan
kepentingan awam dan tidak mematuhi elemen bagi pembentukan kontrak insurans
yang sah. Sebagai contoh, jika anda boleh menginsuranskan rumah milik orang lain
pasti anda berharap kerugian akan berlaku supaya anda akan menerima pampasan.
Sebab kedua perlunya prinsip ini dalam sistem insurans adalah untuk
mengurangkan hazad moral. Jika kepentingan boleh insurans tidak diperlukan dalam
sistem insurans, seseorang boleh membeli insurans keatas harta orang lain dan
menyebabkan kerugian dengan sengaja supaya dia boleh memperolehi gantirugi
tanpa mengalami kerugian kewangan. Dengan adanya kepentingan boleh insurans,
insured tidak cenderung untuk menyebabkan kerugian dengan sengaja kerana dia
akan mengalami kerugian kewangan andainya hartanya musnah. Dalam insurans
hayat pula, kepentingan boleh insurans boleh mengurangkan kemungkinan kematian
insured berlaku secara dirancang bagi mendapatkan pampasan.
Ketiga, dalam insurans harta, kepentingan boleh insurans digunakan untukmengukur amaun kerugian yang dialami oleh insured. Jumlah gantirugi yang dibayar
kepada insured tidak sepatutnya melebihi daripada kepentingan boleh insurans yang
wujud keatas harta yang diinsuranskan.
Dalam sistem insurans, terdapat perbezaan prinsip kepentingan boleh insurans
antara insurans harta dengan insurans hayat. Perbezaan-perbezaan tersebut adalah
daripada dua aspek yang berikut:
1. Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans
2. Waktu atau masa kepentingan boleh insurans perlu dibuktikan oleh insured
kepada insurer
Kepentingan Boleh Insurans Dalam Insurans Harta
Kepentingan boleh insurans wujud diantara seorang individu dengan sesuatu harta
jika individu itu akan mengalami kerugian kewangan andainya harta tadi mengalami
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
16/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 16
kerosakan atau kemusnahan. Individu yang mempunyai kepentingan boleh insurans
ketas sesuatu harta boleh membeli insurans keatas harta tersebut.
(i) Pihak Yang Mempunyai Kepentingan Boleh Insurans Dalam Insurans Harta
Terdapat beberapa pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas
sesuatu harta, antaranya adalah pemilik harta, penyewa harta dan baili.
(a) Pemilik harta
Pemilik harta mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap harta yang
dimiliknya. Sekiranya sesuatu harta hilang, rosak ataupun musnah, pemilik harta
akan menanggung kos kewangan sama ada untuk membaik pulih harta ataupun
untuk mengganti harta yang rosak dengan yang baru. Dengan kata lain, kemusnahan
atau kehilangan sesuatu harta akan dirasai oleh pemilik harta dari sudut kerugiankewangan. Malahan, pemilik harta mungkin juga akan kehilangan kegunaan (loss of
use) harta yang rosak. Sebagai contoh, sebuah syarikat memiliki sebuah bangunan
perniagaan. Sekiranya berlaku kebakaran yang memusnahkan bangunan tersebut,
maka pemilik bangunan akan menanggung kos kerugian untuk membina semula
bangunan dan pada masa yang sama operasi perniagaan di bangunan tersebut turut
terganggu.
(b) Penyewa Harta
Sesetengah kontrak pajakan meletakkan penyewa bertanggungjawab ke atas
kerosakan harta benda yang disewanya. Dalam kes ini, penyewa mempunyaikepentingan ke atas harta yang disewanya. Jika harta itu musnah, penyewa
bertanggungjawab ke atas kos pembaikan harta itu. Seorang penyewa premis
perniagaan misalnya akan mengalami kerugian jika premis yang disewanya rosak
akibat tanah runtuh kerana dia perlu menanggung kos untuk membaiki kerosakan
yang berlaku. Atau jika sebuah syarikat menyewa sebuah mesin, maka syarikat perlu
menanggung kesemua kos sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan mesin.
(c) Baili
Baili adalah seseorang atau sesuatu pihak yang diberi kepercayaan untuk menjaga
harta orang lain bagi tujuan tertentu untuk tempoh sementara. Contoh-contoh baili
adalah seperti berikut:
Pemilik kedai emas yang menerima barangan emas dari pelanggan untuk
diubah suai.
Pemilik bengkel baik pulih kenderaan yang bertanggungjawab membaiki
kenderaan yang rosak.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
17/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 17
Kedai dobi pakaian yang membersihkan pakaian pelanggan.
Baili yang merupakan pemegang amanah bertanggungjawab ke atas harta orang
lain yang diserahkan kepadanya untuk tujuan urus niaga tertentu. Sekiranya berlaku
kerosakan atau kemusnahan ke atas harta yang diserahkan akibat peril-peril tertentu,
baili akan dipertanggungjawabkan keatas kerugian yang dialami. Oleh yang demikian,
baili mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas harta benda di bawah jagaan
mereka.
(ii) Bilakah Kepentingan Boleh Insurans Perlu Wujud Dalam Insurans Harta?
Di dalam insurans harta, kepentingan boleh insurans ke atas sesuatu harta perlu
dibuktikan wujud sewaktu kerugian berlaku. Kepentingan boleh insurans boleh
ditunjukkan melalui pemilikan harta. Bukti pemilikan seseorang individu ke atassesuatu harta ialah melalui dokumen undang-undang yang menunjukkan beliau
adalah pemilik yang sah ke atas harta tertentu. Contohnya kad pendaftaran
kenderaan yang menyatakan nama pemilik kenderaan tersebut.
Namun, ini bukanlah bermakna bukti kepentingan boleh insurans tidak perlu
wujud sewaktu kontrak insurans hendak dibentuk. Kepentingan boleh insurans
keatas sesuatu harta perlu wujud untuk membolehkan insurans dibeli keatas harta
tadi. Tetapi dalam kes-kes tertentu, misalnya pembelian kenderaan, dokumen
pemilikan yang sah tidak dapat dikeluarkan oleh pihak berkuasa selagi bakal pemilik
tidak menunjukkan polisi insurans.
Sebagai contoh, Nathan baru membeli sebuah kereta baru. Kad pendaftarankenderaan belum dapat dikeluarkan sehingga beliau menunjukkan polisi insurans
yang melindungi kenderaan yang hendak dibeli. Setelah polisi dibeli dan ditunjukkan
kepada pihak berkuasa, barulah kad pendaftaran dikeluarkan. Sekiranya kemalangan
berlaku yang mengakibatkan kerosakan kenderaan tersebut, Nathan perlu
mengemukakan kad pendaftaran tersebut kepada insurer yang membuktikan beliau
masih lagi pemilik yang sah ke atas kenderaan tersebut. Katalah Nathan kemudiannya
menjual keretanya dan membuat pindah milik pada kad pendaftaran. Jika
kemalangan berlaku, maka Nathan tidak lagi layak mendapat ganti rugi kerana dia
bukan lagi pemilik kereta tersebut. Selepas menjual keretanya, Nathan tidak lagi
mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas kereta itu. Oleh itu, dalam insurans
harta, kepentingan boleh insurans perlu wujud sewaktu kerugian berlaku.
Kepentingan Boleh Insurans Dalam Insurans Hayat
Dalam insurans hayat, seseorang individu mempunyai kepentingan boleh insurans
yang tidak terhad keatas dirinya sendiri. Oleh itu, seseorang individu itu boleh
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
18/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 18
membeli insurans hayat keatas dirinya sendiri pada sebarang amaun yang
dimahukan, tertakluk kepada keupayaannya untuk membayar premium dan had
maksimum yang ditetapkan oleh syarikat insurans keatas amaun perlindungan.
Seseorang individu mempunyai kepentingan boleh insurans keatas orang lain
hanya jika wujud ikatan perkahwinan atau ikatan keluarga yang rapat. Misalnya
seorang suami mempunyai kepentingan boleh insurans keatas isterinya, dan isteri
mempunyai kepentingan keatas suami. Datuk dan nenek mempunyai kepentingan
boleh insurans keatas cucu. Seorang individu boleh membeli insurans hayat keatas
individu lain hanya jika kepentingan boleh insurans wujud.
Selain daripada ikatan keluarga, seseorang individu boleh mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas individu lain jika wujud kepentingan kewangan
diantara keduanya. Sebagai contoh, sebuah firma mempunyai kepentingan boleh
insurans keatas pekerja mahir firma tersebut, atau pemiutang mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas penghutang.
(i) Pihak Yang Mempunyai Kepentingan Boleh Insurans Dalam Insurans Hayat
Seseorang individu itu boleh mengambil insurans bagi dirinya sendiri kerana dia
mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas dirinya sendiri. Secara teorinya,
insured yang membeli insurans hayat keatas dirinya sendiri juga boleh melantik
sesiapa sahaja sebagai waris, walaupun tidak wujud kepentingan boleh insurans
diantara insured dan waris tersebut. Namun demikian, bagi mengelakkan hazad
moral, syarikat insurans lazimnya mensyaratkan bahawa waris yang dinamakan perlu
mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas insured. Syarat ini dibuat untukmengurangkan kemungkinan kematian keatas insured berlaku dengan disengajakan
dengan tujuan mendapat bayaran pampasan insurans hayat.
Jika seseorang itu mahu mengambil insurans hayat keatas individu lain,
kepentingan boleh insurans perlu wujud. Berikut adalah pihak-pihak yang
mempunyai kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat:
● Suami dan isteri
● Ibu bapa dan anak-anak minor
● Datok nenek dan cucu
● Majikan dan pekerja mahir (key-employee)
● Pemiutang dan penghutang● Rakan kongsi perniagaan
(a) Suami dan isteri
Undang-undang mengiktiraf bahawa suami dan isteri mempunyai kepentingan boleh
insurans keatas satu sama lain disebabkan ikatan perkahwinan. Kebiasaannya,
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
19/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 19
seseorang isteri itu bergantung hidup dengan pendapatan yang diperolehi oleh
suami. Sekiranya suami meninggal dunia, isteri akan kehilangan sumber pendapatan
disamping kehilangan kasih sayang. Jadi seorang isteri jelas mempunyai kepentingan
boleh insurans keatas hayat suaminya. Lazimnya pihak suami tidak bergantung
pendapatan kepada isteri. Namun, jika isteri meninggal dunia, walaupun suami
mungkin tidak mengalami kerugian kewangan, tetapi dia akan kehilangan kasih
sayang dan layanan. Kedua-dua suami dan isteri mempunyai kepentingan boleh
insurans antara satu sama lain kerana mereka pastinya saling mengharapkan
pasangan mereka akan terus hidup untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian
suami dan isteri boleh saling membeli insurans hayat untuk satu sama lain.
(b) Ibu Bapa dan Anak-anak
Undang-undang membuat anggapan bahawa ibu bapa mempunyai kepentingan
boleh insurans keatas anak-anak mereka. Walaupun ibubapa tidak bergantungpendapatan kepada anak-anak mereka, namun mereka pastinya sentiasa
mengharapkan agar anak-anak mereka akan terus hidup untuk tempoh yang lama.
Ikatan kasih sayang ini mencukupi untuk membolehkan ibu bapa membeli
perlindungan insurans ke atas anak mereka. Biasanya ibubapa boleh membeli
insurans keatas anak yang minor. Minor merujuk kepada anak berusia di bawah
umur 15 tahun. Namun, anak-anak umur minor ini tidak boleh mengambil insurans
hayat ke atas ibu bapa kerana dianggap tidak kompeten untuk memasuki kontrak
insurans dan juga kemungkinan besar tidak mempunyai kemampuan untuk
membayar premium.
(c) Datok nenek dan cucu
Datok dan nenek juga diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai kepentingan
boleh insurans keatas cucu mereka. Hubungan keluarga yang rapat dan perasaan
kasih sayang diantara datok dan nenek dengan cucu membolehkan kepentingan ini
wujud dalam hubungan mereka.
(d) Majikan dan Pekerja
Majikan mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas pekerja mahirnya. Sekiranya
pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu jatuh sakit, hilang
upaya atau meninggal dunia, maka majikan akan kehilangan khidmat dan kepakaran
pekerja tersebut bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya. Ini boleh menyebabkanaktiviti pengurusan dan pengeluaran syarikat yang melibatkan pekerja tersebut akan
terganggu. Begitu jugalah seorang pekerja mahir mempunyai kepentingan boleh
insurans terhadap majikannya kerana kematian majikannya boleh menjejaskan
pekerjaan dan pendapatan pekerja tersebut.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
20/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 20
(e) Pemiutang dan Penghutang
Pemiutang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas penghutang setakat
jumlah hutang yang belum langsai. Sekiranya penghutang meninggal dunia atau
mengalami hilang upaya sebelum hutang habis dibayar balik, pemiutang akan
mengalami kerugian kewangan kerana tidak dapat mengutip baki hutang yang belum
langsai. Walau bagaimanapun, amaun insurans yang boleh dibeli oleh pemiutang
keatas penghutang mestilah bersesuaian dengaan pinjaman yang dibuat.
(f) Rakan kongsi Perniagaan
Rakan kongsi dalam satu perkongsian (partnership) saling mempunyai kepentingan
boleh insurans antara satu sama lain. Kematian salah satu akan kongsi boleh
menyebabkan kerugian kepada rakan kongsi yang lain kerana kehilangan kepakaran
dan sumbangan dari rakan kongsi yang meninggal dunia. Dan lagi, dalam sesetengah
keadaan, kematian salah seorang rakan kogsi boleh menyebabkan perkongsian tadiperlu dibubarkan. Ini boleh menyebabkan kerugian kewangan kepada rakan kongsi
yang masih hidup.
(ii) Bilakah Kepentingan Boleh Insurans Perlu Wujud Dalam Insurans Hayat?
Dalam insurans hayat, kewujudan kepentingan boleh insurans perlu dibuktikan pada
waktu kontrak insurans mula-mula dibentuk. Kewujudannya tidak perlu dibuktikan
sewaktu kerugian berlaku. Bukti kepentingan boleh insurans ketika kontrak hendak
dibentuk adalah amat penting untuk mengelakkan hazad moral.
Sebagai contoh, seorang isteri yang membeli insurans hayat keatas suaminyamestilah menunjukkan bukti kepentingan boleh insurans sewaktu kontrak insurans
dibentuk. Katalah pasangan ini bercerai setelah perlindungan insurans berkuatkuasa.
Jika isteri tadi tidak mengarahkan pembatalan polisi tersebut, maka polisi akan terus
berkuatkuasa walaupun kepentingan boleh insurans sudah tidak wujud lagi. Jika
suami tersebut meninggal dunia, isteri berhak mendapat pampasan dari polisi
insurans hayat bekas suaminya.
4. Prinsip Penuh Percaya Mutlak
Prinsip penuh percaya mutlak (the principle of utmost good faith) membawa maksud pihak-pihak yang memasuki kontrak insurans adalah terikat kepada tahap kejujuran
yang tinggi . Pihak insured dan insurer dikehendaki bersikap sangat jujur dengan
mendedahkan sepenuhnya semua maklumat yang relevan dengan kontrak insuran
yang dibentuk. Dalam bahasa latin prinsip ini disebut sebagai Uberrimae fidei.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
21/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 21
Kontrak insurans adalah satu persetujuan undang-undang yang menghendaki
tahap kejujuran yang paling tinggi diantara pihak-pihak yang terlibat. Syarikat
insurans bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pemohon insurans untuk
membuat keputusan pengunderaitan (undewriting decision), iaitu sama ada
perlindungan insurans akan ditawarkan atau sebaliknya. Jika perlindungan insurans
ditawarkan, ini bermakna syarikat insurans bersetuju untuk berkongsi kerugian
dengan insured. Oleh itu, adalah sangat penting bagi insured untuk bersikap jujur
dengan mendedahkan sepenuhnya semua maklumat yang boleh memberi kesan
kepada paras risiko syarikat insurans. Pendedahan sepenuhnya mengenai maklumat
yang relevan kepada perlindungan insurans membolehkan insurer untuk membuat
keputusan pengunderaitan yang sesuai dengan risiko yang dibawa oleh insured.
Prinsip penuh percaya mutlak juga meletakkan tanggungjawab kepada
syarikat insurans untuk memberikan tahap kejujuran yang tinggi. Pihak insurer
dikehendaki mendedahkan sepenuhnya mengenai perlindungan insurans yangditawarkan termasuk skop perlindungan, terma dan syarat, peruntukan dan
pengecualian yang terdapat dalam polisi insurans.
Prinsip ini asalnya bermula daripada perlindungan insurans marin. Insurer
yang menawarkan insurans marin pada waktu itu harus meletakan kepercayaan yang
tinggi kepada kenyataan dan maklumat yang diberikan oleh pemohon insurans
mengenai kargo dan kapal yang hendak diinsuranskan tanpa memeriksa sendiri kargo
dan kapal tersebut. Ini kerana kontrak insurans mungkin dibentuk jauh daripada
lokasi kargo dan kapal yang hendak diinsuranskan. Oleh itu, prinsip penuh percaya
mutlak diperkenalkan supaya pemohon insurans perlu benar-benar jujur dalam
memberikan maklumat yang diperlukan oleh insurer. Tahap kejujuran yang lebihtinggi dikenakan ke atas pihak insured dan insurer dalam kontrak insurans
berbanding dengan pihak yang memasuki kontrak-kontrak lain. Prinsip ini
dikuatkuasakan dalam kontrak insurans melalui tiga doktrin undang-undang iaitu
Pernyataan
Penyembunyian
Waranti.
(a) Pernyataan
Pernyataan (representations) merupakan kenyataan yang dibuat oleh pemohondalam permohonan insurans. Sebagai contoh, jika anda memohon perlindungan
insurans hayat, di dalam borang permohonan insurans terdapat soalan mengenai
umur, keadaan kesihatan, hobi, sejarah kesihatan ibubapa dan lain-lain soalan yang
berkaitan. Jawapan anda bagi soalan-soalan yang ditanya oleh insurer adalah
pernyataan.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
22/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 22
Pernyataan merupakan perkara yang sangat penting dalam pembentukan
kontrak insurans. Keputusan samada insurer akan memberikan perlindungan
insurans atau sebaliknya kepada pemohon bergantung kepada pernyataan yang
diberikan di dalam borang permohonan insurans (atau borang cadangan). Di bawah
prinsip penuh percaya mutlak, pemohon insurans perlu bersifat jujur dan
memberikan semua pernyataan yang benar dan tepat. Pernyataan yang tidak benar
atau palsu dipanggil salahnyataan (misrepresentation) . Insurans kontrak yang sedang
berkuatkuasa boleh dibatalkan oleh insurer andainya berlaku perkara berikut
berkaitan pernyataan yang diberikan:
Pernyataan adalah material
Pernyataan yang diberikan palsu
Pernyataan digunakan oleh insurer dalam membuat keputusan
prngunderaitan.
Pernyataan yang material bermaksud sesuatu fakta yang boleh mempengaruhi
keputusan pengunderaitan insurer. Sekiranya fakta material ini diketahui oleh insurer
maka ada kemungkinan perlindungan tidak ditawarkan, atau perlindungan
ditawarkan dengan syarat dan premium tambahan. Pernyataan palsu bermaksud
kenyataan yang diberikan oleh pemohon insurans adalah tidak benar atau
mengelirukan. Pernyataan palsu yang diberikan mungkin telah digunakan oleh
insurer untuk membuat keputusan bagi menawarkan perlindungan insurans pada
kadar premium tertentu.
Sebagai contoh, katalah Sarah memberikan kenyataan didalam borang
cadangan insurans hayat bahawa dia tidak pernah dimasukkan kehospital dalam
tempoh 5 tahun yang lepas. Sebenarnya Sarah pernah menjalani surgeri untuk
merawat infeksi sinus setahun yang lalu. Sarah telah ditawarkan perlindungan
insurans hayat pada kadar premium tertentu berdasarkan pernyataan yang diberikan
dalam borang cadangan. Dalam kes ini, sarah telah memberikan pernyataan yang
material, palsu dan digunakan oleh insurer dalam membuat keputusan untuk
menawarkan perlindungan insurans. Andainya insurer mengetahui bahawa Sarah
telah melakukan salahnyataan, maka insurer diberi opsyen untuk membatalkan
perlindungan.
Walau bagaimanapun, hanya salahnyataan yang melibatkan fakta material
sahaja yang membolehkan insurer membatalkan kontrak atau menolak permohonan
tuntutan. Insurer tidak berhak menolak tuntutan atau membatalkan kontraksekiranya salahnyataan yang berlaku melibatkan fakta yang tidak material. Ujian
untuk menentukan samada sesuatu fakta itu material atau pun tidak diberikan dalam
Appendiks 5.2 diakhir bab ini.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
23/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 23
(b) Penyembunyian
Penyembunyian (concealment) merujuk kepada kegagalan pemohon insurans untukmendedahkan maklumat material kepada syarikat insurans. Atau pemohon insurans
sengaja menyembunyikan maklumat material daripada pegetahuan insurer. Konsep
penyembunyaian adalah serupa dengan ketakdedahan (non-disclosure). Kesan
undang-undang penyembunyian fakta material adalah serupa dengan salahnyataan
fakta material, iaitu insurer dibenarkan untuk membatalkan kontrak insurans.
Kita sudah sedia maklum bahawa prinsip penuh percaya mutlak merupakan
satu tanggung jawab untuk mendedahkan kesemua fakta material, samada yang
ditanya atau pun tidak. Maka sebarang penyembunyian yang sengaja untuk tujuan
menipu akan membolehkan insurer membatalkan kontrak atau menolak
permohonan tuntutan. Tetapi sekiranya penyembunyian fakta material itu berlaku
kerana insured tidak maklum atau tidak sengaja, maka perlindungan masih bolehditeruskan.
Penyembunyian fakta material bukan sahaja tidak dibenarkan kepada
insured, tetapi juga kepada insurer. Sekiranya penyembunyian dilakukan oleh
insurer, maka insured dibolehkan untuk meminta supaya kontrak dibatalkan dan
premium berbayar dipulangkan kepadanya.
(c) Waranti
Waranti (warranty) adalah kenyataan yang diberikan oleh insured, yang merupakan
jaminan mengenai sesuatu perkara. Waranti ini biasanya dibuat oleh insured untukmenyakinkan insurer untuk menawarkan perlindungan insurans. Kenyataan yang
diberikan insured itu akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans dan ia
perlulah benar dalam semua aspek.
Sebagai contoh, sebuah bank memberi jaminan untuk memasang alat
penggera kecurian dan mengupah pengawal bagi meningkatkan tahap keselamatan
seperti yang dikehendaki oleh insurernya. Seorang pemilik bangunan yang mahu
membeli insurans kebakaran memberi jaminan bahawa sistem perenjis air automatik
akan dipasang dan akan berfungsi sepanjang masa. Seorang pemilik kapal yang mahu
membeli insurans marin kapal perlu memberi jaminan bahawa kapalnya berada
dalam keadaan layaklayar (seaworthy). Insured yang mahu membeli insurans marin
kargo perlu menyatakan kandungan kargo yang akan dibawa dan laluan yang akan
diikuti. Jika insured membawa kargo yang berlainan atau mengikut laluan yang
berbeza, maka insurer berhak menolak tuntutan sekiranya berlaku kerugian.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
24/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 24
Doktrin waranti digunapakai dalam insurans harta sahaja dan ia perlu sentiasa
dipatuhi. Sebarang perlanggaran waranti membolehkan insurer menolak tuntutan
atau membatalkan kontrak insurans.
Rujukan
1. Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th edition.
Prentice-Hall, New Jersey, USA.
2. Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management &
Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.
3. Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip
Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.
4. Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management &
Insurance. 12th edition. Pearson Education Limited. Global Edition.
5. Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th
edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.
6. Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century
Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.
-
8/16/2019 Bab 5 Prinsip Insurans
25/25
BAB 5 • PRINSIP INSURANS 25
Appendiks 5.1
Illustrasi Proses Subrogasi
Appendiks 5.2
Test of Materiality
Ujian ini boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada sesuatu fakta itu material atau
sebaliknya. Hanya perlu menjawab soalan berikut.
Sekiranya sesuatu fakta diketahui dan didedahkan kepada insurer, adakah
polisi insurans dapat dikeluarkan atau tidak? Sekiranya dikeluarkan, adakah
sebarang perbezaan syarat dan premium dikenakan? Andainya jawapan adalah polisi tidak dikeluarkan, atau polisi dikeluarkan
dengan syarat dan premium yang berbeza, maka fakta tersebut adalah
material.
Andainya jawapan adalah polisi dikeluarkan tanpas sebarang syarat atau
premium yang berbeza, maka fakta tersebut adalah tidak material.
Pihak ketiga melakukan
kecuaian dan
nenyebabkan kerugian
ke ada insured
Insurer membayar
gantrirugi kepada
insured
Insurer
mendapatkan
bayaran
daripada pihak ketiga
INSURED
INSURER
PIHAK KETIGA