bab 3 insurans

Upload: atiah-ahmad

Post on 05-Jul-2018

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    1/28

     

    Book Manuscript

    Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition)

    Hendon Redzuan & Rubayah Yakob

    Bab 3

    INSURANS

    Objektif Pembelajaran

    Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh:

      Menerangkan mengenai takrifan insurans daripada pandangan individu dan

    masyarakat

      Membincangkan konsep pindahan risiko, perkongsian risiko dan pengurangan

    risiko dalam insurans

      Membincangkan kepentingan konsep pooling of losses dalam insurans

      Membincangkan bagaimana hukum bilangan besar membantu syarikat

    insurans membuat ramalan kerugian yang lebih tepat

      Menerangkan ciri-ciri yang patut ada pada risiko yang boleh diinsurans.

    eperti yang telah dibincangkan dalam bab yang lepas, terdapat pelbagai kaedah

    yang boleh digunakan untuk menguruskan risiko. Insurans  merupakan satu

    mekanisma kewangan yang digunakan dengan meluas dalam pengurusan risiko.

    S

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    2/28

      Bab 3 • Insurans  2

    Selama berabad-abad pengguna telah bergantung kepada insurans untuk

    membayar kerugian luar jangka yang berlaku. Syarikat insurans mempunyai

    kelebihan berbanding pelanggan mereka dalam menanggung kerugian kerana

    mereka mempunyai mekanisma untuk membuat ramalan mengenai kerugian purata

    yang akan dihadapi dan mengenakan pemium yang sewajarnya.

    Hasilnya, kos yang ditanggung oleh pengguna untuk memindahkan risiko kepada

    syarikat insurans melalui bayaran premium biasanya jauh lebih murah daripada

    menanggung risiko sendiri. Oleh itu, insurans merupakan kaedah utama untuk

    menangani risiko dalam program pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh

    organisasi perniagaan dan juga individu.

    Fungsi utama insurans adalah pembentukan keselamatan. Insurans tidak boleh

    menghalang sesuatu kejadian yang menyebabkan kerugian daripada berlaku, dan ia

     juga tidak mengurangkan kebarangkalian berlakunya kejadian tersebut.

    Kebarangkalian berlakunya sesuatu kerugian boleh dikurangkan melalui kaedahpencegahan kerugian yang telah dibincangkan dalam topik pengurusan risiko. Tetapi

    insurans boleh mengurangkan kebarangkalian kerugian kewangan yang dihadapi

    oleh pengguna jika berlaku sesuatu kerugian yang diinsuranskan. Pembelian

    perlindungan insurans yang mencukupi menghapuskan ketidakpastian terhadap

    kerugian kewangan akibat berlakunya kerugian yang diinsuranskan. Dalam keadaan

    ini, risiko yang dihadapi oleh individu terhadap kerugian tertentu dihapuskan.

    Insurans melibatkan pemindahan risiko dan kesan kewangan akibat kerugian

    yang dihadapi oleh organisasi atau individu kepada syarikat insurans. Kontrak

    insurans dibentuk antara syarikat insurans atau insurer, dengan pembeli insurans

    atau insured. Di bawah kontrak insurans, insurer berjanji untuk membayar ganti rugibagi kerugian yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi, dan insured

    dikehendaki untuk membayar premium dan mematuhi syarat-syarat kontrak

    insurans.

    Apabila insured membeli perlindungan insurans, apa yang dieproleh oleh

    insured adalah jaminan

    Unit pendedahan  merujuk kepada individu atau objek yng terdedah kepada

    risiko yang boleh menyebabkan kerugian kewangan. Sistem insurans yang ideal

    memerlukan bilangan unit pendedahan yang besar dilindungi di bawah sesuatu

    perlindungan insurans bagi membolehkan risiko yang dipindahkan daripada insured

    kepada insurer dikurangkan. Seperti yang akan kita lihat di bawah nanti,

    pengurangan risiko merupakan elemen yang sangat penting dalam sistem insurans.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    3/28

      Bab 3 • Insurans  3

    Definisi Insurans

    Terdapat berbagai definisi insurans dari pandangan pelbagai pihak. Definisi insuransyang diberikan dalam buku ini mengambarkan insurans dari perspektif individu.

    Insurans boleh ditakrifkan seperti berikut:

    Insurans adalah satu mekanisma ekonomi yang melibatkan pindahan risiko daripada

    satu pihak, iaitu insured kepada satu pihak lain, iaitu insurer. Pihak i nsurer memberi

     jaminan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerugian yang yang dilindungi

    di bawah kontrak insurans, sebagai balasan bagi premium yang dibayar oleh insured.

    Melalui insurans, insured menggantikan risiko kerugian kewangan yang besar dan

    tidak pasti (iaitu kerugian luar kawal yang mungkin berlaku), dengan kos kecil yang

     pasti (iaitu premium insurans). 

    Apabila insured membeli sesuatu polisi insurans, insured sebenarnya membeli

    perlindungan (protection). Perlindungan insurans merupakan jaminan atau janji

    insurer bahawa jika berlaku kerugian yang dilindungi di bawah kontrak insurans,

    maka insurer akan membayar ganti rugi yang sepatutnya. Walaupun kerugian

    mungkin tidak dialami oleh insured, namun insured sentiasa menikmati jaminan

    insurer untuk membayar ganti rugi andainya kerugian berlaku dalam sesuatu tempoh

    insurans. Oleh itu, perlindungan insurans boleh mengurangkan beban kebimbangan

    akibat ketidakpastian terhadap kerugian dan seterusnya memberikan ketenangan

    fikiran kepada insured.

    Ciri-ciri Asas Insurans

    Terdapat empat ciri-ciri asas yang merupakan elemen penting yang membentuk

    sistem insurans:

      Pakatan kerugian  (pooling of losses)

      Pengurangan risiko (risk reduction) 

      Perkongsian kerugian (loss sharing)

      Pindahan risiko (risk transfer). 

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    4/28

      Bab 3 • Insurans  4

    Pakatan Kerugian 

    Pooling of losses  atau perkongsian kerugian dalam satu pakatan insurans  bolehditakrifkan sebagai penyebaran kerugian yang dialami oleh sebilangan kecil insured

    kepada kesemua insured dalam satu kumpulan insurans.

    Dalam buku ini, istilah ‘ perkongsian kerugian dalam satu pakatan insurans’  akan

    diringkaskan sebagai pakatan kerugian. 

    Melalui konsep pakatan kerugian, kerugian yang dialami oleh sebilangan kecil

    insured disebarkan kepada kesemua insured dalam sesuatu kumpulan insurans.

    Perkongsian kerugian berlaku melalui bayaran premium oleh semua insured ke

    dalam tabung kutipan yang daripadanya ganti rugi dibayar kepada mana-mana

    insured yang mengalami kerugian. Oleh itu, pakatan kerugian menghasilkan

    penyebaran kerugian kewangan secara adil dalam kalangan semua ahli sesuatu

    kumpulan insurans.

    Pakatan kerugian adalah intipati kepada insurans. Konsep ini akan menghasilkan

    dua ciri-ciri asas insurans, iaitu: 

      Perkongsian kerugian dalam kalangan insured

      Pengurangan risiko yang dihadapi oleh syarikat insurans.

    Tujuan utama pakatan kerugian adalah untuk membolehkan syarikat insurans

    membuat ramalan kerugian dengan lebih tepat supaya sisihan dalam kerugian yang

    mungkin berlaku dapat dikurangkan. Sisihan dalam keputusan yang mungkin berlaku

    boleh diukur melalui sisihan piawai (standard deviation). Jika sisihan piawai sesuatukerugian dapat dikurangkan, maka risiko juga dikurangkan.

    Sebagai contoh, katalah Ali memiliki rumah yang bernilai RM100,000. Katalah

    kebarangkalian rumah tersebut musnah sepenuhnya akibat kebakaran dalam

    sesuatu tahun ialah 10%. Oleh itu, kebarangkalian Ali tidak akan mengalami kerugian

    akibat kebakaran ialah 90%. Taburan kerugian Ali boleh digambarkan seperti berikut:

    Kerugian RM0 RM100,000

    Kebarangkalian kerugian 0.9 0.1

    Kerugian purata jangka panjang yang mungkin dialami oleh Ali boleh dianggarkan

    oleh kerugian terjangka (expected loss). 

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    5/28

      Bab 3 • Insurans  5

    Kerugian terjangka = (0.9 x RM0) + (0.1 x RM100,000)

    = RM10,000.

    Sisihan piawai (standard deviation) digunakan untuk mengukur risiko atau lencongan

    yang mungkin berlaku kepada kerugian terjangka. Kita boleh menganggarkan

    ketepatan kerugian terjangka melalui nilai sisihan piawai. Pengiraan sisihan piawai

    bagi contoh ini ditunjukkan dibawah.

    Sisihan Piawai = √ 0.9(0 − 10,000)2 + 0.1(1000,000 − 10,000)2 = RM30,000.

    Oleh itu, kerugian terjangka yang dihadapi oleh Ali berkaitan dengan risikokebakaran ialah RM10,000 dan sisihan piawai bagi kerugian terjangka ini ialah

    RM30,000.

    Katalah seorang rakan Ali bernama Sammy juga mempunyai sebuah rumah yang

    serupa seperti Ali. Kedua-dua pemilik rumah ini kemudiannya bercadang untuk

    menggabungkan pendedahan kerugian mereka dalam satu pakatan (pooling), dan

    keduanya bersetuju untuk berkongsi kerugian yang mungkin berlaku secara sama

    rata. Bagi keadaan ini, terdapat 4 gabungan kerugian yang mungkin dialami oleh Ali

    dan Sammy. Taburan kerugian bagi Ali dan Sammy digambarkan seperti berikut:

    Kerugian Yang Mungkin

    BerlakuKebarangkalian

    Kerugian kepada

    setiap pemilik rumah

    Tiada kerugian berlaku keatas

    kedua-dua rumah0.9 x 0.9 = 0.81 0

    Rumah Ai musnah, rumah

    Sammy tidak0.1 x 0.9 = 0.09 50,000

    Rumah Ali tidak musnah,

    rumah Sammy musnah0.9 x 0.1 = 0.09 50,000

    Kedua-dua rumah musnah 0.1 x 0.1 = 0.01 100,000

    Pengiraan kerugian terjangka dan sisihan piawai bagi pakatan ini ditunjukkan seperti

    berikut:

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    6/28

      Bab 3 • Insurans  6

    Kerugian terjangka = (0.81 x RM0) + (0.09 x RM50,000) + (0.09 x RM50,000)

    + (0.01 x 100,000)

    = RM10,000.

    Sisihan piawai =  0.81(0 − RM10,000)2 + 0.09(RM50,000 − RM10,000)2+ 0.09(RM50,000− RM10,000)2+ 0.01(RM100,000 − RM10,000)2  = RM21, 213.

    Dalam kes ini, kerugian terjangka masih sama iaitu RM10,000 manakala sisihanpiawai pula adalah RM21,213.

    Perhatikan bahawa apabila dua pemilik rumah bergabung dalam satu kumpulan

    pakatan kerugian, sisihan piawai kerugian terjangka menjadi lebih rendah

    berbanding sisihan piawai jika setiap individu menanggung kerugian secara

    bersendirian.

    Katalah bilangan ahli pakatan (unit pendedahan) ditambah kepada 100, dan

    seterusnya kepada 1,000 dan 10,000. Anggapkan setiap ahli memiliki rumah yang

    serupa dengan kebarangkalian kerugian yang sama. Iaitu, semua unit pendedahan

    adalah homogeneous. Nilai kerugian terjangka dan sisihan piawai berkaitan dengan

    risiko kebakaran rumah bagi pakatan ini dianggarkan seperti berikut:

    Bilangan unit

    pendedahanKerugian terjangka Sisihan piawai

    100 RM10,000 RM3,000

    1000 RM10,000 RM949

    10,000 RM10,000 RM300

    Dari contoh ini kita dapat lihat bahawa semakin besar bilangan unit pendedahan yang

    bergabung di dalam sesuatu rancangan perkongsian kerugian, maka sisihan piawai

    semakin menyusut. Semakin kecil sisihan piawai bermaksud semakin hampir

    kerugian sebenar kepada kerugian jangkaan. Seperti dalam contoh ini, kerugian

     jangkaan boleh kita anggarkan daripada pengalaman lepas. Jika sisihan piawai adalah

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    7/28

      Bab 3 • Insurans  7

    kecil, maka insurer boleh meramalkan kerugian sebenar yang akan berlaku dengan

    ketepatan yang tinggi. Dengan itu, insurer boleh mengutip premium yang mencukupi

    untuk membayar kerugian yang akan berlaku.

    Penggabungan unit pendedahan dengan bilangan yang cukup besar dalam satu

    pakatan insurans membolehkan insurer meramal kerugian masa depan dengan

    ketepatan yang lebih tinggi. Dari pandangan insurer, jika kerugian masa depan boleh

    diramal, maka risiko objektif dikurangkan. Oleh itu, satu ciri insurans yang penting

    hasil daripada pooling of losses adalah pengurangan risiko. Pengurangan risiko boleh 

    dicapai melalui aplikasi satu hukum matematik yang dipanggil hukum bilangan besar 

    (law of large numbers). 

    Hukum Bilangan Besar

    Secara umumnya, hukum bilangan besar menyatakan bahawa:

    Semakin besar bilangan unit pendedahan bagi sesuatu aktiviti, maka semakin hampir

    keputusan sebenar mengenai hasil aktiviti tersebut kepada keputusan yang dijangka.

    Keputusan sebenar merujuk kepada pengalaman sebenar yang dialami,

    manakala keputusan yang dijangka merujuk kepada kebarangkalian yang

    dianggarkan mengenai keputusan yang akan dialami. Sebagai contoh, katalah kita

    melontar sekeping syiling yang betul-betul seimbang. Kebarangkalian untuk

    memperoleh “kepala”  adalah 0.5, maka keputusan yang dijangkakan adalah 50%

    daripada lontaran akan menghasilkan kepala.

    Jika kita lontarkan syiling tersebut sebanyak 10 kali, tidak ada jaminan yang kitaakan memperolehi kepala sebanyak 5 kali, walaupun kebarangkalian memperolehi

    kepala adalah 0.5. Kita mungkin akan mendapat kepala sebanyak 3 kali atau 8 kali.

    Begitu juga jika kita melontar sebanyak 100 kali, tidak semestinya kita memperolehi

    kepala 50 kali. Kebarangkalian yang diketahui tidak relevan kepada bilangan lontaran

    yang kecil. Namun demikian, berdasarkan hukum bilangan besar, dengan bilangan

    lontaran yang besar kita menjangkakan akan memperoleh hampir separuh

    daripadanya kepala dan separuh ekor. Misalnya jika lontaran dibuat 100,000 kali,

    bilangan kepala yang diperolehi akan menghampiri 50,000 kali. Iaitu semakin besar

    bilangan unit pendedahan bagi sesuatu aktiviti, maka keputusan aktiviti yang akan

    diperolehi akan semakin menghampiri keputusan yang dijangka.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    8/28

      Bab 3 • Insurans  8

    Aplikasi Hukum Bilangan Besar Dalam Insurans

    Dalam konteks insurans, hukum bilangan besar menyatakan bahawa:Semakin besar bilangan unit pendedahan yang diinsuranskan, maka semakin hampir

     pengalaman kerugian sebenar yang dialami oleh kumpulan pendedahan ini kepada

     pengalaman kerugian yang dijangka.

    Syarikat insurans biasanya tidak mengetahui kebarangkalian dan ketenatan

    kerugian sebenar. Syarikat insurans perlu membuat anggaran mengenai

    kebarangkalian sesuatu kerugian akan berlaku. Anggaran kebarangkalian ini boleh

    dibuat menggunakan pengalaman lepas. Kebarangkalian seperti ini yang dikira

    selepas kajian ke atas pengalaman lepas dipanggil kebarangkalian a posteriori.

    Misalnya, kebarangkalian kematian bagi kumpulan insured yang memiliki insurans

    hayat dan kebarangkalian kemalangan dalam kalangan insured yang dilindungi oleh

    insurans motor.Berdasarkan pengalaman lepas, insurer boleh membuat anggaran kekerapan dan

    ketenatan purata kerugian. Iaitu, insurer boleh membuat anggaran mengenai

    bilangan polisi yang akan mengalami kerugian dan saiz kerugian yang mungkin

    berlaku. Kerugian yang dijangka (atau kerugian terjangka) boleh dianggar

    menggunakan kerugian purata jangka panjang yang mungkin dialami oleh kumpulan

    pendedahan. Variasi pada kerugian terjangka diukur menggunakan sisihan piawai.

    Semakin kecil sisihan piawai, maka semakin hampir kerugian sebenar kepada

    kerugian terjangka. Dalam perkataan lain, semakin kecil sisihan piawai, maka ramalan

    bagi kerugian sebenar dapat dibuat dengan semakin tepat.

    Berdasarkan hukum bilangan besar, semakin besar bilangan unit pendedahandalam satu pakatan insurans, maka semakin kecil sisihan piawai bagi kerugian yang

    dijangka. Oleh itu, kerugian sebenar akan semakin menghampiri kerugian dijangka.

    Penggabungan unit pendedahan dengan bilangan yang cukup besar dalam satu

    kumpulan pakatan insurans membolehkan insurer meramal kerugian masa depan

    dengan ketepatan yang lebih tinggi. Dan semakin tepat ramalan kerugian sebenar,

    risiko objektif semakin berkurangan.

    Sebagai contoh, dengan merujuk pada jadual mortaliti, kebarangkalian a

     posteriori  bagi lelaki yang berumur 60 tahun akan meninggal dunia dalam tempoh

    satu tahun akan datang adalah 0.024. Oleh itu, jika insurer tersebut mempunyai

    1,000 orang insured yang berumur 60 tahun, ia menjangkakan seramai 24 orang

    darinya akan meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur 61 tahun (1,000 x

    0.024 = 24). Jika insurer tersebut mempunyai 10,000 orang insured yang berumur 60

    tahun, maka bilangan kematian dijangka dalam kalangan mereka adalah 240 orang.

    Namun, bilangan kematian sebenar bagi insured berumur 60 tahun tidak dapat

    dipastikan sehingga ia benar-benar berlaku. Tetapi berdasarkan hukum bilangan

    besar, semakin tinggi bilangan unit pendedahan terhadap sesuatu peril, maka

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    9/28

      Bab 3 • Insurans  9

    semakin kurang sisihan antara kerugian yang diperhatikan dengan kerugian

    terjangka. Kajian menunjukkan jika terdapat 500,000 insured dilindungi di bawah

    satu pakatan insurans hayat, sisihan piawai bagi kadar kematian yang diperhatikan

    (kadar kematian sebenar) adalah kurang 1% dari kadar terjangka. Merujuk kepada

    contoh di atas, katalah insurer tersebut mempunyai 500,000 insured yang berusia 60

    tahun. Maka bilangan kematian dijangka bagi kumpulan ini dalam tempoh 1 tahun

    yang akan datang adalah 12,000 (iaitu 500,000 x 0.024). Berdasarkan nilai sisihan

    piawai 1%, maka sisihan yang mungkin berlaku ke atas ramalan yang dibuat adalah

    120 (iaitu 12,000 x 1%). Oleh itu, bilangan kematian sebenar bagi kumpulan insured

    tersebut kemungkinan besar adalah antara 11,880 dan 12,120 orang (iaitu 12,000 -

    120 = 11,880 dan 12,000 + 120 = 12,120).

    Jika insurer mempunyai unit pendedahan yang besar, kerugian sebenar dimasa

    lampau boleh menjadi anggaran yang baik untuk kerugian masa depan. Seperti yang

    telah kita lihat, apabila bilangan pendedahan semakin bertambah, variasi atau sisihankerugian sebenar daripada kerugian dijangka akan berkurangan. Oleh itu syarikat

    insurans boleh meramal kerugian masa depan dengan darjah ketepatan yang lebih

    tinggi. Konsep ini sangat penting kerana insurer perlu mengutip premium yang

    mencukupi untuk membayar kerugian yang berlaku dan juga perbelanjaan yang

    ditimbulkan disepanjang tempoh perlindungan. Semakin rendah tahap risiko

    objektif, semakin tinggi keyakinan insurer bahawa premium yang dikenakannya akan

    mencukupi untuk membayar semua tuntutan dan perbelanjaan, serta menyediakan

    margin keuntungan yang berpatutan.

    Pengurangan Risiko

    Pengurangan risiko  bermaksud ketidakpastian mengenai kerugian yang dihadapi  

    oleh  syarikat insurans dikurangkan melalui ramalan kerugian masa depan yang

    berpatutan. 

    Jika kerugian masa depan boleh dianggarkan dengan baik, maka insurer boleh

    mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai kerugian yang berlaku melalui

    kutipan premium; oleh itu ketidakpastian terhadap kerugian dapat dikurangkan.

    Seperti yang telah kita lihat, konsep  pooling of losses  atau pakatan kerugian

    membolehkan risiko dikurangkan dalam insurans.

    Di samping menghapuskan risiko pada peringkat individu melalui pindahan,mekanisma insurans juga mengurangkan risiko yang dihadapi oleh masyarakat

    keseluruhannya. Risiko yang dihadapi oleh syarikat insurans bukanlah jumlah

    kesemua risiko yang dipindahkan oleh individu kepadanya. Syarikat insurans

    berupaya untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh individu, iaitu

    mengurangkan risiko yang dihadapinya. Ini dicapai dengan membuat ramalan atau

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    10/28

      Bab 3 • Insurans  10

     jangkaan ke atas amaun kerugian sebenar yang mungkin berlaku dengan ketepatan

    yang berpatutan. Semakin tinggi ketepatan ramalan yang boleh dibuat oleh insurer

    terhadap kerugian masa depan, maka semakin kecil sisihan antara kerugian sebenar

    dan kerugian jangkaan. Semakin kecil sisihan yang dihadapi, maka semakin kurang

    risiko objektif. Ramalan kerugian masa depan yang baik sangat penting kepada

    operasi insurans kerana premium dikutip terlebih dahulu sebelum kerugian berlaku,

    oleh itu ia ditetapkan berdasarkan anggaran kerugian masa depan.

    Andainya insurer boleh meramal kerugian masa depan dengan tepat, maka tidak

    ada risiko yang akan dihadapinya, kerana insurer akan mengutip premium yang

    secukupnya daripada insured untuk membayar kerugian yang berlaku dan

    perbelanjaan yang ditimbulkan. Namun, tidak mudah untuk insurer membuat

    ramalan yang betul-betul tepat. Apa yang amat dipentingkan oleh insurer adalah

    sisihan antara kerugian sebenar dan kerugian jangkaan. Sisihan yang berlaku mestilah

    berpatutan. Jika kerugian sebenar terlalu tinggi daripada kerugian terjangka,premium yang dikutip mungkin tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menjejaskan

    keupayaan insurer untuk memenuhi obligasinya membayar ganti rugi. Jika

    sebaliknya berlaku, insured mungkin dikenakan premium yang jauh lebih tinggi

    daripada yang sepatutnya, dan ini boleh menyebabkan insured mungkin mencari

    insurer alternatif. Oleh itu, keupayaan untuk membuat ramalan kerugian dengan

    darjah ketepatan yang berpatutan adalah amat penting kepada syarikat insurans.

    Perkongsian Kerugian

    Insurans adalah satu mekanisma perkongsian kerugian  yang bermaksud insured di

    dalam satu pakatan insurans bersetuju untuk sama-sama bertanggungjawab ke atas

    kerugian yang dialami oleh mana-mana insured melalui pembayaran premium.

    Melalui proses penyebaran kerugian, kerugian sebenar yang dialami oleh insured

    digantikan oleh kerugian purata. Kerugian purata merupakan amaun premium yang

    perlu dibayar oleh insured. Mana-mana insured yang mengalami kerugian sebenar

    akan dibayar ganti rugi yang diperolehi daripada kutipan premium. Oleh itu, kerugian

    sebenar yang dialami oleh mana-mana insured dikongsi oleh semua insured dengan

    membayar kerugian purata. Melalui pooling of losses, perkongsian kerugian berlaku

    melalui penyebaran kerugian yang dialami oleh sebilangan kecil insured kepada

    kesemua insured dalam sesuatu kumpulan insurans.Untuk menggambarkan bagaimana perkongsian kerugian berlaku dalam

    insurans, katalah terdapat 1000 buah rumah di satu kawasan perumahan, dan

    anggapkan nilai setiap rumah adalah RM200,000. Setiap pemilik rumah menghadapi

    risiko rumahnya akan mengalami kebakaran. Jika kebakaran berlaku, kerugian

    kewangan boleh mencapai RM200,000. Tanpa sebarang kerjasama antara pemilik-

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    11/28

      Bab 3 • Insurans  11

    pemilik rumah, mana-mana rumah yang terbakar akan menyebabkan kerugian yang

    terpaksa ditanggung sendiri oleh pemiliknya. Katalah semua pemilik rumah

    membentuk satu persetujuan untuk berkongsi kos kerugian apabila kebakaran

    berlaku, jadi tidak ada pemilik yang terpaksa menanggung keseluruhan kerugian

    sebanyak RM200,000 bersendirian. Apabila ada kebakaran berlaku, setiap daripada

    1,000 pemilik rumah akan menyumbang bahagian perkongsiannya. Jika kerugian

    yang berlaku adalah kerugian sepenuhnya, maka setiap pemilik akan menyumbang

    RM200 (RM200,000 /1,000), dan pemilik rumah yang musnah akan menerima ganti

    rugi sebanyak RM200,000. Mereka yang tidak mengalami kebakaran bersedia

    membayar kepada yang mengalaminya kerana dengan cara ini, mereka membantu

    menghapuskan kemungkinan mereka sendiri akan mengalami kerugian RM200,000

    akibat kebakaran. Melalui persetujuan untuk berkongsi kerugian, beban ekonomi

    akibat kerugian disebarkan kepada keseluruhan kumpulan, iaitu risiko dipindahkan

    daripada individu kepada kumpulan. Ini adalah gambaran ringkas bagaimanainsurans berfungsi.

    Untuk menjadikan pelan perkongsian kerugian yang digambarkan di atas lebih

    efisien, bayaran sumbangan boleh dibuat terlebih dahulu, iaitu sebelum kebakaran

    berlaku. Ini boleh menyelesaikan masalah yang mungkin timbul jika ada antara ahli

    kumpulan yang enggan membayar bahagian mereka selepas kerugian berlaku. Jika

    bayaran sumbangan hendak dibuat sebelum kerugian berlaku, maka perlulah ada

    anggaran mengenai amaun kerugian yang akan berlaku. Ini mungkin boleh dilakukan

    berdasarkan pengalaman lepas. Katalah berdasarkan pengalaman lepas, kita boleh

    menganggarkan dengan ketepatan yang berpatutan bahawa 2 daripada 1000 rumah

    akan terbakar. Jadi kita boleh mengenakan setiap ahli kumpulan RM400, supayaRM400,000 dapat dikumpulkan bagi membiayai kerugian. Disamping kos kerugian,

    pastinya akan ada perbelanjaan yang ditimbulkan untuk mengendalikanlam program

    perkongsian ini. Dan ada kemungkinan jangkaan kerugian yang dibuat tidak begitu

    tepat . Oleh itu, setiap ahli boleh dikenakan tambahan RM100 setiap orang misalnya,

    untuk membiayai perbelanjaan dan sebagai persediaan andainya kerugian yang

    berlaku lebih besar daripada yang dijangkakan. Oleh itu, setiap pemilik rumah dalam

    kumpulan ini akan membayar kos kecil sebanyak RM500 sebagai ganti untuk jaminan

    bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 jika rumahnya terbakar RM500 ini dipanggil

    premium dan ia merupakan bahagian perkongsian ahli ke atas jumlah kerugian dan

    perbelanjaan yang dihadapi oleh kumpulannya. Seperti yang telah digambarkan di

    atas, perkongsian kerugian melibatkan kerugian besar yang dialami oleh sebilangankecil ahli pakatan diagihkan secara adil kepada semua ahli pakatan melalui bayaran

    premium.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    12/28

      Bab 3 • Insurans  12

    Pindahan Risiko

    Dari perspektif individu, pindahan risiko  bermaksud risiko tulen yang dihadapi olehinsured dipindahkan kepada insurer yang biasanya mempunyai keupayaan

    kewangan yang lebih tinggi untuk membayar kerugian yang berlaku.

    Apabila insured membeli sesuatu polisi insurans, insured menikmati

    perlindungan yang merupakan jaminan daripada insurer bahawa jika berlaku

    kerugian yang dilindungi, maka insurer akan membayar ganti rugi untuk

    meringankan beban kewangan insured. Perlindungan insurans diperolehi oleh

    insured melalui bayaran premium. Oleh itu, melalui insurans, insured menggantikan

    kerugian besar yang tidak pasti dengan kerugian kecil yang pasti. Kerugian besar yang

    tidak pasti adalah kerugian luar kawal yang mungkin berlaku akibat peril tertentu

    yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan yang tinggi, misalnya kebakaran atau

    kemalangan. Kerugian kecil yang pasti merupakan premium yang dikenakan kepada

    insured bagi perlindungan yang dinikmati.

    Walaupun kerugian mungkin tidak dialami dalam sesuatu tempoh insurans,

    namun insured sebenarnya telah menerima sesuatu daripada pemilikan insurans,

    iaitu insured menikmati jaminan atau janji insurer untuk membayar ganti rugi

    andainya kerugian berlaku. Oleh itu, perlindungan insurans memberikan sesuatu

    yang berharga kepada insured iaitu kebebasan daripada beban ketidakpastian

    terhadap kerugian. Dan lagi, insurans juga memberikan ketenangan fikiran kepada

    insured kerana insured telah memindahkan risiko kerugian yang dihadapinya kepada

    syarikat insurans.

    Dari perspektif masyarakat, konsep pindahan risiko boleh dilihat sebagai  proses pindahan risiko daripada individu kepada ahli-ahli satu kumpulan pakatan yang

    dibentuk bagi tujuan perkongsian risiko yang mana semua ahli pakatan bersetuju

    untuk sama-sama bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh mana-mana

    ahli. 

    Secara idealnya, sesuatu pakatan perlu mempunyai bilangan ahli yang besar

    dengan ahli-ahlinya mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa, atau homogeneous, dan

    terdedah kepada peril yang sama. Syarikat insurans mempunyai mekanisma untuk

    membuat ramalan mengenai kerugian yang mungkin dihadapi oleh pakatan ini, dan

    kos kerugian terjangka akan diagihkan dikalangan ahli secara adil. Setiap ahli

    kumpulan akan dikenakan bayaran yang setimpal supaya insurer dapat

    menggumpulkan dana yang mencukupi untuk membiayai kerugian yang akan

    berlaku. Dalam perkataan lain, risiko yang dipindahkan kepada kumpulan dikongsi

    dalam kalangan ahli-ahli kumpulan melalui bayaran premium.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    13/28

      Bab 3 • Insurans  13

    Pendedahan Kerugian Yang Boleh Di Insuranskan

    Pernahkah anda terfikir, apakah perkara-perkara yang boleh anda insuranskan?Bolehkah anda menginsuranskan rumah anda, pakaian, barang kemas, pinggan

    mangkuk dan lain-lain? Bolehkah anda menginsuranskan anggota badan, ahli

    keluarga atau binatang kesayangan anda? Bagi organisasi perniagaan pula, bolehkah

    pemilik organisasi menginsuranskan premis serta peralatan perniagaannya?

    Ada banyak perkara yang boleh diinsuranskan, dengan syarat ia memenuhi

    syarat kebolehinsuranan yang akan kita bincangkan nanti. Pada amnya, kerugian

    yang boleh diinsuranskan mestilah yang melibatkan risiko tulen, iaitu yang

    melibatkan ketidakpastian akan berlakunya kerugian sahaja dan tidak ada

    kemungkinan berlakunya keuntungan. Kerugian yang boleh diinsuranskan boleh

    dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

      Kerugian harta,

      Kerugian diri

      Kerugian liabiliti.

    1. Kerugian Harta

    Kerugian harta (property loss) boleh dikategorikan kepada kerugian langsung (direct

    loss) dan kerugian tidak langsung atau turutan (indirect / consequential loss). 

    (a) Kerugian langsung

    Kerugian langsung merujuk kepada kerugian akibat kerosakan atau kemusnahan

    fizikal sesuatu harta yang disebabkan oleh peril tertentu. Misalnya, kemusnahan

    bangunan akibat kebakaran, kerosakan kereta akibat kemalangan, dan kecurian

    barang berharga. Ganti rugi yang akan dibayar oleh insurer tidak boleh melebihi

    dariapada kerugian yang berlaku. Saiz kerugian boleh dianggarkan daripada kos

    membaikpulih atau mengganti harta yang rosak tadi. Bagi kerugian sepenuhnya ke

    atas sesuatu harta, saiz kerugian ditentukan melalui nilai tunai sebenar (actual cash

    value) harta tersebut. Nilai tunai sebenar menyamai kos penggantian (replacement

    cost)  ditolakkan dengan amaun susut nilai (depreciation). Polisi insurans harta

    melindungi kerosakan fizikal harta akibat peril tertentu. Misalnya insurans motor

    melindungi kerosakan keatas kenderaan yang diinsuranskan akibat peril

    perlanggaran, kebakaran, kecurian dan lain-lain.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    14/28

      Bab 3 • Insurans  14

    (b) Kerugian turutan

    Jika berlaku bencana terhadap harta, pemilik harta bukan sahaja mengalami kerugian

    atas kerosakan fizikal harta, tetapi dia juga akan kehilangan kegunaan harta tadi.Kehilangan kegunaan harta boleh menyebabkan kerugian pendapatan akibat

    gangguan operasi. Selain itu, belanja tambahan boleh ditimbulkan, misalnya kos

    sewaan premis sementara. Kerugian pendapatan dan belanja tambahan merupakan

    kerugian yang boleh diinsuranskan. Sebagai contoh,  fire consequential loss policy  

    atau  profit policy   akan melindungi kehilangan pendapatan akibat gangguan

    perniagaan yang disebabkan oleh kebakaran premis perniagaan.

    2. Kerugian Diri

    Kerugian diri (personal loss) melibatkan kerugian yang mungkin dialami oleh individuyang mengakibatkan kehilangan pendapatan atau pengurangan aset. Kerugian ini

    boleh disebabkan oleh peril seperti kematian, kesihatan yang tidak baik, hilang

    upaya, umur lanjut dan pengangguran. Individu yang mengalami kerugian yang

    tersebut boleh juga menyebabkan kerugian kewangan kepada tanggungan atau

    keluarganya. Terdapat pelbagai insurans yang boleh digunakan untuk menguruskan

    kerugian diri. Misalnya, insurans hayat boleh digunakan untuk menangani risiko

    kematian, insurans perubatan bagi risiko kesihatan merosot dan polisi anuiti bagi

    risiko umur lanjut.

    3. Kerugian Liabiliti

    Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk tidak menyebabkan kecederaan

    atau kerosakan harta benda kepada orang lain. Tanggungjawab ini di panggil liabiliti

    kepada pihak ketiga. Jika seseorang individu menyebabkan kecederaan atau

    kerosakan harta kepada pihak ketiga, maka pihak ketiga ini boleh mengambil

    tindakan undang-undang dan menyaman pihak yang menyebabkan kerugian.

    Insurans liabiliti boleh melindungi risiko yang timbul daripada tanggungjawab

    terhadap pihak ketiga ini. Jika seorang insured disaman kerana menyebabkan

    kecederaan atau kerosakan hartabenda pihak ketiga, dan jika dia dilindungi oleh

    insurans liabiliti, maka insurer akan membayar ganti rugi seperti yang diarahkan oleh

    mahkamah kepada pihak ketiga yang mengalami kerugian.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    15/28

      Bab 3 • Insurans  15

    Ciri-ciri Risiko Yang Boleh DiInsuranskan

    Syarikat insurans biasanya hanya memberi perlindungan kepada risiko tulen.Namun, tidak semua risiko tulen boleh diinsuranskan. Dari pandangan insurer,

    beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk menjadikan sesuatu risiko itu sesuai untuk

    diinsuranskan. Walaupun secara teorinya semua kerugian boleh diinsuranskan,

    namun sesetengahnya tidak boleh diinsuranskan pada harga yang munasabah. Oleh

    kerana sebab-sebab yang praktikal, insurer tidak bersedia menerima kesemua risiko

    tulen yang hendak dipindahkan keapda mereka. Pendedahan yang sesuai untuk

    diinsuranskan perlu mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang disenaraikan di bawah.

    1. Perlu terdapat unit pendedahan yang hampir serupa (homogeneous) dengan

    bilangan yaang cukup besar, serta terdedah kepada peril yang sama.

    Insurans berfungsi berasaskan kepada operasi hukum bilangan besar. Bilangan unit

    pendedahan yang cukup besar meningkatkan keupayaan insurer untuk membuat

    anggaran kerugian dengan lebih baik, dengan itu memastikan insurer dapat

    memenuhi semua obligasinya terhadap pemilik polisi. Pendedahan homogenous 

    diperlukan untuk memastikan semua pendedahan menghadapi kebarangkalian

    kerugian yang hampir sama. Contohnya, sekumpulan individu yang mempunyai

    tahap kesihatan dan dalam lingkungan usia yang sama dan terdedah kepada peril

    kematian pramatang.

    2. Kerugian berlaku secara tidak sengaja dan diluar kawal.

    Kerugian yang boleh diinsuranskan perlu merupakan kerugian yag tidak dijangka dan

    diluar kawalan dan berlaku secara kebetulan (fortuitous losses). Dalam perkataan

    lain, kerugian yang menimpa individu atau harta mestilah berlaku secara tidak

    sengaja. Sebagai contoh, kemalangan jalanraya dalah kerugian yang tidak

    disengajakan. Kerugian juga mestilah merupakan satu kontingensi, iaitu sesuatu yang

    mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku, bukannya sesuatu yang pasti berlaku.

    Kerugian yang berlaku dengan sengaja tidak boleh diinsuranskan kerana ini boleh

    menimbulkan hazad moral. Kerugian yang pasti akan berlaku tidak lagi melibatkan

    risiko dan tidak lagi diluar kawal.

    3. Kerugian boleh dipastikan kejadiannya dan boleh di ukur saiznya.

    Kerugian yang berlaku mestilah boleh dibuktikan. Misalnya jika berlaku kemalangan,

    gambar yang menunjukkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan laporan polis oleh

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    16/28

      Bab 3 • Insurans  16

    pemilik kenderaan berhubung dengan kemalangan adalah bukti kemalangan benar-

    benar berlaku. Kerugian juga mesti boleh diukur tahapnya dalam nilai kewangannya.

    Misalnya bagi kenderaan yang rosak dalam kemalangan, kos membaik pulih

    kenderaan tersebut merupakan ukuran kerugian yang berlaku. Kerugian seperti

    perasaan sedih atau kecewa tidak boleh dipastikan kejadiannya dan tidak boleh

    diukur, oleh itu tidak ideal untuk diinsuranskan.

    4. Kerugian mestilah tidak bersifat katastrofik.

    Kerugian katastrofik adalah kerugian yang sangat besar yang boleh menjejaskan

    keupayaan kewangan syarikat insurans. Kerugian akibat bencana seperti taufan,

    banjir, gempabumi, peperangan dan nuklear boleh menyebabkan kerugian yang

    sangat besar. Peril-peril seperti ini boleh menyebabkan kerugian kepada sebahagian

    besar insured dalam sesuatu kumpulan pakatan kerugian, dan ini bercanggah dengankonsep perkongsian risiko yang andaiannya adalah kerugian akan dialami oleh hanya

    sebahagian kecil ahli dan dikongsi oleh keseluruhan pakatan. Syarikat insurans

    biasanya akan mengelak daripada perlu bertanggungjawab keatas kerugian besar

    seperti ini kerana keadaan sebegini boleh menyebabkan syarikat gagal memenuhi

    tuntutan yang dikemukakan.

    5. Kerugian yang berlaku akan menyebabkan kerugian kewangan yang tenat

    kepada insured.

    Harta yang hendak diinsuranskan mestilah bernilai tinggi supaya jika harta musnah,pemilik akan mengalami kerugian kewangan yang serius. Jika seseorang membeli

    insurans untuk harta yang tidak menyebabkan kerugian tenat akibat

    kemusnahannya, kos kendalian insurans mungkin lebih tinggi daripada kos

    menggantikan harta yang musnah dengan harta yang baru. Misalnya, mungkin tidak

    wajar untuk menginsuranskan buku, kasut, pakaian dan lain-lain barangan yang kecil

    nilainya, kerana jika berlaku kerosakan kepada harta ini, kos untuk membaik pulih

    atau menggantikannya tidaklah begitu tinggi.

    6. Kebarangkalian kerugian mesti boleh dianggarkan

    Insurer perlu berupaya menganggarkan purata kekerapan dan purata ketenatan bagikerugian depan dengan ketepatan yang sewajarnya. Ini perlu dilakukan supaya

    premium yang mencukupi boleh dikenakan terhadap insured untuk membayar

    semua tuntutan dan perbelanjaan yang akan timbul. Walau bagaimanapun,

    sesetengah kerugian memang sukar untuk diramal, misalnya yang berkaitan dengan

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    17/28

      Bab 3 • Insurans  17

    bencana alam seperti banjir dan gempa bumi. Biasanya, kerugian begini tidak

    dilindungi oleh syarikat insurans swasta.

    7. Premium yang munasabah

    Premium yang dikenakan kepada insured perlulah munasabah, iaitu insured mestilah

    mampu untuk membayar premium. Dan lagi, untuk menjadikan insurans menarik

    kepada pengguna, premium yang perlu dibayar mestilah jauh lebih rendah daripada

     jumlah insurans. Premium yang dikenakan kepada insured berkadaran dengan

    kebarangkalian kerugian berlaku. Semakin tinggi peluang kerugian berlaku, maka

    semakin tinggi premium yang akan dikenakan. Oleh itu, insurans lebih sesuai untuk

    risiko yang mempunyai kebarangkalian kerugian yang rendah.

    Selain memenuhi ciri-ciri risiko yang ideal untuk diinsuranskan seperti yangdibincangkan di atas, semua pendedahan yang hendak dilindungi oleh insurans perlu

    mematuhi satu prinsip insurans yang sangat penting, iaitu kepentingan boleh

    insurans (insurable interest). Kepentingan boleh insurans wujud antara seseorang

    dengan sesuatu harta jika dia akan mengalami kerugian kewangan atas kemusnahan

    harta tersebut. Kepentingan boleh insurans wujud antara seseorang individu dengan

    individu yang lain jika kematian individu yang lain itu akan menyebabkan kerugian

    kewangannya kepadanya. Insurans hanya boleh dibeli untuk sesuatu harta atau

    individu lain jika wujud kepentingan boleh insurans. Konsep kepentingan boleh

    insurans akan dibincangkan dalam bab yang akan datang.

    Walaupun ciri-ciri risiko yang ideal untuk diinsuranskan amat dipentingkan olehsyarikat insurans, namun pengecualian boleh diberikan kepada ciri bilangan

    pendedahan yang besar. Perlindungan masih boleh diberikan oleh insurer kepada

    pendedahan yang melibatkan bilangan yang kecil. Misalnya seorang pengumpul

    lukisan memiliki sebuah lukisan ciptaan Picasso. Atau pemilik barang antik yang

    mempunyai koleksi barang antik yang berharga. Begitu juga dengan ahli sukan atau

    selebriti yang mahu menginsuranskan anggota badan tertentu seperti kaki, tangan

    atau hidung. Perlindungan insurans masih boleh diberikan dalam kes-kes begini,

    namun hukum bilangan besar tidak boleh diaplikasikan dan risiko tidak dapat

    dikurangkan. Oleh kerana salah satu daripada elemen insurans yang sangat penting,

    iaitu pengurangan risiko, tidak dipenuhi, maka pindahan risiko dalam kes ini

    merupakan pindahan bukan insurans.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    18/28

      Bab 3 • Insurans  18

    Risiko Yang Tidak Sesuai Untuk DiInsuranskan

    Walaupun terdapat banyak risiko yang boleh diinsuranskan, terdapat banyak jugarisiko yang tidak sesuai untuk diinsuranskan. Kebanyakan risiko pasaran, risiko

    kewangan, risiko pengeluaran dan risiko politik tidak sesuai diinsuranskan oleh

    syarikat insurans swasta. Ini adalah kerana risiko-risiko ini bersifat spekulatif, iaitu

    insured boleh mendapat kerugian atau keuntungan daripada sesuatu kejadian yang

    berlaku. Insurans hanya sesuai untuk melindungi risiko tulen. Tujuan insurans adalah

    untuk memastikan insured dipulihkan kedudukan kewangannya kepada keadaan

    yang sama seperti sebelum kerugian berlaku. Insurans tidak boleh menyebabkan

    seseorang mendapat keuntungan daripada perkara yang diinsuranskan. Risiko

    spekulatif boleh menimbulkan hazad moral dan hazad morel jika perlindungan

    insurans diberikan.

    Selain daripada itu, risiko-risiko yang disebutkan di atas boleh menyumbang

    kepada kebarangkalian kerugian katastrofi yang tinggi. Sebagai contoh, risiko politik

    boleh mencetuskan peperangan. Risiko pasaran boleh menyebabkan keadaan

    ekonomi yang tidak stabil yang boleh memberi kesan kepada sebahagian besar

    masyarakat. Dan juga, pengiraan premium yang wajar dikenakan sukar dilakukan

    kerana kebarangkalian berlakunya kerugian akibat risiko tersebut tidak boleh

    dianggarkan dengan baik. Misalnya, tiada data yang dikumpulkan berkaitan dengan

    kerugian yang dialami oleh peruncit akibat perubahan citarasa pengguna.

    Pilihan Sakal

    Pilihan sakal (adverse selection) atau anti-pemilihan (anti-selection) merujuk kepada

    kecenderungan individu yang mempunyai kebarangkalian kerugian yang lebih tinggi

    daripada purata untuk mendapatkan insurans pada kadar purata atau kadar biasa

    (standard rate). Individu berisiko kurang baik ini (poor risk) biasanya memang lebih

    cenderung untuk membeli dan mengekalkan insurans berbanding dengan individu

    yang berisiko baik (good risk ). Jika tidak dikawal, pilihan sakal boleh mengakibatkan

    kerugian sebenar yang lebih tinggi daripada kerugian yang dijangkakan. Sebagai

    contoh, pilihan sakal boleh timbul daripada individu yang menghidap penyakit kronik

    seperti diabetis yang ingin mendapatkan insurans hayat atau insurans perubatan

    pada kadar biasa. Pilihan sakal boleh juga timbul daripada individu yang gemarmemandu laju yang mahukan perlindungan insurans motor pada kadar biasa, atau

    daripada firma perniagaan yang seringkali dirompak dan dipecah masuk yang

    mahukan perlindungan insurans jenayah pada kadar biasa.

    Syarikat insurans perlu meminimumkan pilihan sakal kerana ia mendedahkan

    syarikat kepada bilangan tuntutan yang tinggi. Tuntutan yang lebih tinggi dari yang

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    19/28

      Bab 3 • Insurans  19

    dijangkakan boleh menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Kaedah untuk

    mengurangkan pilihan sakal adalah melalui proses pengunderitan (underwriting).

    Pengunderitan adalah proses memilih dan mengelaskan risiko yang sedang

    dipertimbangkan untuk ditawarkan perlindungan insurans. Risiko atau pemohon

    insurans yang memenuhi syarat pengunderitan bagi sesuatu jenis insurans akan

    diberikan perlindungan pada kadar biasa. Jika seseorang pemohon tidak dapat

    memenuhi syarat pengunderitan yang ditetapkan kerana dia merupakan risiko yang

    kurang baik, dia masih boleh diberikan perlindungan insurans pada kadar yang lebih

    tinggi daripada purata, iaitu dengan premium tambahan atas kadar purata. Dalam

    sesetengah keadaan, permohonan daripada risiko kurang baik akan ditolak. Masalah

    pilihan sakal timbul apabila pemohon dengan kebarangkalian kerugian lebih tinggi

    daripada purata berjaya mendapatkan perlindungan pada kadar biasa atau kadar

    purata.

    Insurans dan Perjudian

    Insurans kadangkala dikelirukan dengan perjudian. Terdapat dua perbezaan utama

    antara keduanya. Pertama, perjudian mewujudkan risiko spekulatif yang baru,

    manakala insurans adalah kaedah untuk menangani risiko tulen yang memang telah

    sedia wujud. Sesebelum seseorang itu terlibat dengan perjudian, tidak wujud risiko

    sama ada dia akan menang atau kalah. Jika dia melibatkan diri dalam perjudian,

    barulah dia akan menghadapi risiko menang atau kalah dalam perjudian tersebut.

    Insurans pula akan hanya menguruskan risiko tulen, iaitu ketidakpastian yang

    melibatkan kerugian sahaja, misalnya risiko kematian, kemalangan kerosakan hartabenda. Risiko-risiko ini memang telah sedia wujud. Jika kerugian tidak berlaku,

    individu berada dalam keadaan status quo, dan tidak ada keuntungan yang diperoleh.

    Sebagai contoh, jika anda bertaruh RM100 untuk perlumbaan kuda, maka satu

    risiko spekulatif yang baru dibentuk. Tetapi jika anda membayar RM100 kepada

    syarikat insurans sebagai premium insurans kebakaran, maka risiko tulen berkaitan

    kebakaran memang telah sedia ada, dan melalui insurans kebakaran, risiko ini

    dipindahkan kepada insurer. Tiada risiko baru yang diwujudkan dalam transaksi

    insurans.

    Kedua, perjudian adalah satu aktiviti yang tidak produktif dari segi sosial. Hal ini

    disebabkan keuntungan orang yang menang diperoleh atas kerugian orang lain.

    Sebaliknya, insurans adalah produktif dari segi sosial kerana kedua-dua insured dan

    insurer tidak terdedah kepada keadaan yang keuntungan sesuatu pihak adalah

    berasaskan kepada kerugian pihak lain. Insured dan insurer kedua-duanya

    mempunyai kepentingan dalam pencegahan kerugian. Kedua-dua pihak akan

    menang jika kerugian tidak berlaku. Selain itu, transaksi perjudian yang konsisten

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    20/28

      Bab 3 • Insurans  20

    tidak akan memulihkan kedudukan kewangan orang yang sering kalah dalam

    perjudian. Namun, kontrak insurans bertujuan memulihkan kedudukan kewangan

    insured kepada paras sebelum kerugian berlaku.

    Produk Insurans

    Di kebanyakkan negara, pengeluar produk insurans biasanya terdiri daripada

    kerajaan dan juga syarikat insurans swasta. Di Malaysia, syarikat insurans swasta

    merupakan pengeluar insurans yang utama.

    Pengkelasan Produk Insurans

    Produk insurans boleh dibahagikan kepada dua kategori:

    1. Insurans Am (General insurance)

    2. Insurans Hayat (Life insurance).

    Insurans am  dikenali juga sebagai insurans harta dan liabiliti   (property and

    liability insurance) atau insurans bukan hayat  (nonlife insurance).  Insurans am terdiri

    daripada produk-produk insurans harta, insurans liabiliti dan gabungan insurans

    harta dan liabiliti. Insurans harta memberi perlindungan terhadap kerosakan atau

    kemusnahan fizikal harta benda. Jika berlaku kerosakan terhadap harta yang

    diinsuranskan, maka pemiliknya atau orang yang mempunyai kepentingan terhadap

    harta itu akan dibayar ganti rugi yang setimpal dengan kerugian yang dialami. Contohinsurans harta adalah insurans kebakaran, insurans peralatan elektronik dan insurans

    kecurian.

    Insurans liabiliti   melindungi insured daripada liabiliti yang timbul terhadap

    pihak ketiga. Liabiliti tersebut boleh timbul jika seseorang individu menyebabkan

    kecederaan atau kerosakan hartabenda kepada pihak lain, dan pihak itu mengambil

    tindakan undang-undang ke atas individu yang menyebabkan kerugian yang dialami.

    Contoh insurans liabiliti adalah insurans liabiliti awam, insurans liabiliti produk dan

    insurans liabiliti profesional. Insurans harta dan liabiliti  pula memberikan kedua-dua

    perlindungan harta dan liabiliti, misalnya insurans motor, insurans pemilik rumah dan

    insurans marin.Insurans hayat memberi perlindungan kepada insured terhadap peril kematian.

    Ini bermaksud jika insured yang dilindungi di bawah polisi insurans hayat meninggal

    dunia, maka warisnya akan dibayar sejumlah pampasan oleh syarikat insurans untuk

    meringankan bebannya. Selain kematian, kebanyakan polisi insurans hayat juga

    memberikan perlindungan terhadap hilang upaya atau penyakit yang dialami oleh

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    21/28

      Bab 3 • Insurans  21

    insured. Disamping itu, terdapat juga polisi yang khusus untuk membayar ganti rugi

    kepada insured jika insured memerlukan rawatan kesihatan akibat kecederaan atau

    penyakit. Polisi begini dipanggil insurans perubatan atau insurans kesihatan. Polisi

    anuiti pula akan membayar pendapatan tetap kepada insured selama dia masih

    hidup atau untuk tempoh tertentu. Tujuan polisi anuiti adalah untuk memastikan

    insured tidak akan kehabisan sumber pendapatan selama dia masih hidup.

    Kontrak Insurans

    Kontrak insurans dibentuk antara syarikat insurans atau insurer, dengan pembeli

    insurans atau insured. Apabila insured membeli sesuatu produk insurans dan insurer

    bersetuju untuk menawarkan perlindungan, maka kontrak insurans akan

    berkuatkuasa. Di bawah kontrak insurans, syarikat insurans berjanji untuk membayar

    faedah insurans kepada insured jika berlaku kerugian yang dilindungi akibat perilyang diinsuranskan. Syarikat insurans dirujuk juga sebagai penanggung insurans.

    Manakala insured boleh juga dirujuk sebagai empunya polisi, pemilik polisi (policy

    owner) atau pemegang polisi (policy holder). Kontrak insurans adalah kontrak undang-undang. Kedua-dua pihak insurer dan

    insured perlu memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang dinyatakan di bawah

    kontrak insurans supaya kontrak dapat berkuatkuasa. Tanggungjawab insured adalah

    untuk membayar premium dan mematuhi syarat dan terma kontrak, manakala

    tanggungjawab insurer adalah untuk membayar ganti rugi jika berlaku kerugian yang

    dilindungi. Kegagalan memenuhi tanggungjawab oleh insured boleh menyebabkan

    kontrak dibatalkan dan perlindungan insurans dihentikan; kegagalan oleh pihakinsurer boleh menyebabkannya didakwa dimahkamah. Kontrak insurans akan

    dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 4 buku ini.

    Polisi Insurans

    Apabila kontrak insurans dibentuk antara insurer dan insured, pihak insurer akan

    mengeluarkan satu dokumen kepada insured sebagai bukti perlindungan insurans.

    Dokumen ini dipanggil polisi insurans. Polisi insurans menyenaraikan maklumat

    terperinci mengenai perlindungan yang diberikan, misalnya maklumat berkenan

    pemilik polisi, individu atau harta yang dilindungi, kerugian dan peril yang dilindungi,lokasi yang dilindungi, jumlah perlindungan insurans, premium, sebarang

    pengecualian yang dikenakan terhadap perlindungan, peruntukan seperti deduktibel

    dan koinsurans, syarat serta terma kontrak insurans. Polisi insurans dan borang

    permohonan membentuk kontrak insurans diantara insured dan insurer.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    22/28

      Bab 3 • Insurans  22

    Premium

    Apabila membeli produk insurans, insured perlu membuat bayaran sebagai balasankepada perlindungan insurans yang diberikan oleh insurer. Bayaran ini dikenali

    sebagai premium.  Premium yang dibayar oleh insured kepada insurer bagi

    memperoleh perlindungan insurans dipanggil sebagai premium kasar (gross

     premium). Premium kasar dibentuk oleh sama ada premium bersih (net premium)

    atau premium tulen (pure premium) dan ditambahkan dengan bebanan (loading). 

    Bagi insurans hayat,

    Premium Kasar = Premium Bersih + Bebanan

    Bagi insurans harta,

    Premium Kasar = Premium Tulen + Bebanan.

    Premium bersih dan premium tulen ada kos sebenar bagi perlindungan insurans. Kos

    ini boleh dipanggil kos insurans atau kos kerugian. Dalam insurans hayat, ia juga

    dipanggil sebagai kos mortaliti. Bebanan pula merujuk kepada kos operasi syarikat

    seperti belanja kendalian, komisen, cukai, keuntungan dan lain-lain. Satu lagi elemen

    dalam bebanan adalah rizab bagi kerugian luar jangka. Rizab ini penting bagi

    memastikan insurer mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan

     jika kerugian sebenar lebih besar daripada yang dijangkakan. Satu lagi elemen

    bebanan adalah perolehan pelaburan. Elemen ini mengurangkan saiz bebanan yangdikenakan kepada insured. Dalam bab ini, contoh ringkas pengiraan premium

    diberikan bagi insurans harta sahaja. Premium bagi insurans hayat adalah lebih

    kompleks kerana ia melibatkan pengiraan aktuarial dan tidak dibincangkan dalam

    bab ini. Appendiks 3.1 memberikan satu contoh ringkas pengiraan premium kasar

    bagi insurans harta.

    Faedah Insurans

    Tujuan utama seseorang membeli insurans adalah untuk menerima faedah insurans

    (insurance benefit) jika berlaku sesuatu kerugian luar jangka yang dilindungi. Apabilainsured membeli insurans, insured sebenarnya memperoleh perlindungan.

    Perlindungan yang diberikan oleh insurer merupakan jaminan insurer untuk

    membayar faedah jika berlaku kerugian yang diinsuranskan.

    Di bawah insurans harta, faedah yang akan dibayar jika berlaku kerugian yang di

    insuranskan di panggil pampasan (compensation)  atau ganti rugi (indemnity). Bagi

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    23/28

      Bab 3 • Insurans  23

    insurans harta, pembayaran ganti rugi bertujuan memulihkan kedudukan kewangan

    insured kepada keadaan yang hampir sama seperti sebelum berlaku kerugian.

    Sebagai contoh, jika berlaku kebakaran, ganti rugi yang akan dibayar kepada insured

    akan memulihkan keadaan kewangan insured seperti sebelum berlaku kebakaran.

    Insured akan menerima ganti rugi setakat nilai kerugian yang berlaku sahaja dan

    insured tidak sekali-kali boleh menerima amaun ganti rugi yang melebihi amaun

    kerugian.

    Di bawah insurans hayat, faedah yang akan dibayar oleh insurer kepada waris

     jika berlaku kematian kepada insured dipanggil sebagai faedah kematian  (death

    benefit).  Faedah kematian juga dirujuk sebagai prosids  (proceed). Jumlah faedah

    yang akan dibayar biasanya menyamai amaun muka  (face amount) polisi insurans

    hayat. Amaun muka adalah jumlah perlindungan insurans yang dibeli di bawah polisi

    hayat dan dikenali juga sebagai sums insured.

    Kebaikan Insurans Kepada Masyarakat

    Sistem insurans memberikan banyak kebaikan dan faedah kepada individu dan

    masyarakat.

    1. Pembayaran Ganti rugi Terhadap Kerugian

    Pembayaran ganti rugi membolehkan individu dan keluarga pulih kepada kedudukan

    kewangan yang asal selepas berlakunya kerugian. Oleh itu, mereka boleh memelihara

    keselamatan kewangan mereka. Ganti rugi kepada organisasi membolehkan

    organisasi yang terlibat dalam kerugian meneruskan perniagaan dan membolehkan

    pekerja terus mempunyai pekerjaan. Pembekal boleh terus menerima pesanan, dan

    pengguna boleh terus menerima barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

    Secara ringkasnya, pembayaran ganti rugi insurans menyumbang kepada kestabilan

    keluarga dan perniagaan, dan ini merupakan faedah sosial dan ekonomi insurans

    yang paling penting.

    2. Mengurangkan Kebimbangan dan Kerisauan

    Kebaikan insurans yang kedua adalah kebimbangan dan kerisauan dapat dikurangkansebelum kerugian berlaku mahupun selepas kerugian berlaku. Sebagai contoh,

    seorang ketua keluarga yang mempunyai perlindungan insurans hayat yang

    mencukupi akan merasa lebih tenang dan kurang bimbang mengenai keselamatan

    kewangan tanggungannya jika dia meninggal secara pramatang. Individu yang

    memiliki insurans perubatan tidak perlu bimbang mengenai kos rawatan perubatan

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    24/28

      Bab 3 • Insurans  24

     jika dia ditakdirkan menghidap penyakit yang memerlukan rawatan atau

    penghospitalan. Pemilik harta akan berasa lebih tenteram jika hartanya dilindungi

    oleh insurans kerana jika berlaku kerugian akibat peril yang diinsuranskan, kerugian

    kewangan yang timbul akan dipulihkan oleh ganti rugi insurans.

    3. Sumber Dana Pelaburan

    Industri insurans merupakan sumber dana yang penting untuk penggumpulan dan

    pelaburan modal. Premium dikutip terdahulu daripada kerugian dan dana yang tidak

    digunakan untuk membayar kerugian dalam tempoh yang terdekat boleh digunakan

    bagi tujuan pelaburan. Dana ini boleh dipinjamkan kepada firma-firma perniagaan

    yang biasanya melabur dalam projek perumahan, pusat beli belah, bangunan

    komersial dan lain-lain. Pelaburan sebegini membantu pertumbuhan ekonomi dan

    guna tenaga sesebuah negara.

    4. Pencegahan Kerugian

    Syarikat insurans menggalakkan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerugian di

    kalangan insured. Sesetengah jenis insurans menhendaki aktiviti pencegahan

    tertentu dilaksanakan oleh insured sebelum perlindungan diberikan. Sebagai contoh,

    bagi insurans kebakaran, premis atau rumah yang hendak dilindungi mestilah

    memenuhi ciri-ciri keselamatan tertentu, misalnya pendawaian yang selamat,

    pemasangan alat pengesan asap dan penggera kebakaran. Sesetengah jenis insurans

    memberi insentif keatas aktiviti pencegahan kerugian yang boleh mengurangkanrisiko kerugian yang dilindungi melalui diskaun terhadap premium. Program

    pencegahan kerugian yang dilaksanakan oleh organisasi boleh mengurangkan

    kerugian langsung dan juga kerugian tidak langsung, dan ini boleh memberi manfaat

    kepada masyarakat pada umumnya.

    5. Peningkatan Kredit

    Insurans boleh meningkatkan kredit seseorang individu. Insurans menjadikan

    seseorang peminjam sebagai risiko kredit yang lebih baik kerana ia menjamin nilai

    cagaran peminjam atau ia memberikan keyakinan yang lebih tinggi bahawa pinjaman

    akan dibayar balik. Sebagai contoh, jika sebuah rumah dibeli mengunakan pinjaman,syarikat kewangan tempat pinjaman dibuat biasanya mensyaratkan supaya insurans

    kebakaran dibeli keatas rumah yang dibeli dan insurans gadai janji (mortgage

     protection insurance)  dibeli ke atas peminjam. Insurans kebakaran memelihara

    kepentingan peminjam jika harta rosak atau musnah akibat kebakaran. Insurans

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    25/28

      Bab 3 • Insurans  25

    gadai janji memelihara kepentingan syarikat kewangan jika peminjam meninggal

    dunia sebelum selesai membayar balik hutang.

    Kos Insurans Kepada Masyarakat

    Walaupun siatem insurans membuat sumbangan sosial dan ekonomi yang besar,

    tetapi ia juga menimbulkan kos yang perlu ditanggung oleh masyarakat.

    1. Kos Menjalankan Perniagaan Insurans

    Kos yang utama adalah kos menjalankan perniagaan. Syarikat insurans perlu

    menggunakan sumber ekonomi yang telah sedia terhad, antaranya tanah, buruh dan

    modal, dalam menyediakan insurans kepada masyarakat. Kesemua kos yang terlibatdi dalam menjalankan perniagaan diagihkan kepada pemilik polisi. Bebanan

    perbelanjaan perlu ditambahkan kepada premium tulen untuk menampung

    perbelanjaan yang ditimbulkan oleh insurer dalam operasi harian mereka. Oleh itu,

    insured perlu membayar bukan sahaja kos perlindungan insurans, tetapi juga kos

    yang berkaitan dengan operasi syarikat. Sebagai contoh, katalah sebuah negara kecil

    yang tidak mempunyai sistem insurans mengalami kerugian purata akibat kebakaran

    bernilai RM100 juta setahun. Katalah sistem insurans kemudiannya diwujudkan, dan

    bagi insurans kebakaran, kadar bebanan yang ditetapkan adalah 30% daripada

    kerugian. Oleh itu, jumlah kos untuk negara ini meningkat kepada RM130 juta.

    Walau bagaimanapun, kos tambahan yang timbul daripada operasi insurans

    boleh dijustifikasikan. Pertama, dari pandangan insured, ketidakpastian terhadap

    kerugian kewangan daripada sesuatu kerugian yang diinsuranskan dapat

    dikurangkan. Keduanya, syarikat insurans biasanya terlibat dengan berbagai aktiviti

    pencegahan kerugian yang memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Dan

    ketiganya, syarikat insurans menyediakan pekerjaan kepada ribuan penduduk.

    2. Tuntutan Palsu

    Kos insurans yang kedua melibatkan hazad moral yang dilakukan oleh insured. Ia

    berkaitan dengan tuntutan palsu, kerugian yang disengajakan dan tuntutan yang

    ditokok. Tuntutan palsu melibatkan kerugian yang sebenarnya tidak berlaku, tetapisengaja direka atau dibuat-buat seolah-olah ia berlaku supaya insured dapat

    menuntut ganti rugi daripada insurer. Antara contoh tuntutan palsu adalah kematian

    yang direka bagi mendapatkan faedah insurans hayat, kemalangan yang dibuat-buat

    bagi tuntutan insurans motor, laporan perubatan yang dipalsukan bagi tuntutan

    insurans kesihatan dan kecurian atau pecah masuk premis yang direka bagi tuntutan

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    26/28

      Bab 3 • Insurans  26

    insurans kecurian. Pelbagai lagi tuntutan palsu boleh berlaku. Bayaran gantirugi

    terhadap tuntutan palsu meningkatkan premium kepada semua insured.

    Selain daripada tuntutan palsu, syarikat insurans juga terdedah kepada kerugian

    yang disengajakan. Dalam keadaan ini, insured menyebabkan kerugian dengan

    sengaja kerana mahu mendapatkan ganti rugi insurans. Satu contoh hazad moral

    yang utama adalah arson, iaitu seseorang yang sengaja menyebabkan kebakaran

    hartanya bagi tujuan memperoleh ganti rugi insurans kebakaran. Seperti tuntutan

    palsu, kerugian sengaja merupakan kos sosial insurans.

    3. Tuntutan Yang Di Tokok

    Satu lagi kos insurans adalah berkaitan dengan tuntutan insurans yang sengaja

    ditokok atau dibesarkan melebihi daripada yang sepatutnya. Walaupun kerugian

    tidak berlaku dengan sengaja, namun amaun tuntutan mungkin melebihi daripadaamaun kerugian kewangan yang sebenar. Contoh tuntutan yang dibesarkan adalah

    insured menokok kerugian ke atas kerosakan kenderaan akibat kemalangan, mangsa

    produk rosak mengemukakan saman liabiliti pada amaun yang jauh lebih tinggi

    daripada kerugian ekonomi sebenar dan individu yang menikmati faedah

    hilangupaya dan telah pulih menipu sakit untuk terus menerima faedah tersebut.

    Kesemua kos sosial yang timbul daripada tuntutan palsu, kerugian yang disengajakan

    atau tuntutan yang ditokok terpaksa ditanggung oleh masyarakat melalui

    peningkatan premium.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    27/28

      Bab 3 • Insurans  27

    Appendiks 3.1

    Contoh Pengiraan Premium Insurans Harta

    Berdasarkan perbincangan mengenai premium sebelum ini, komponen premium

    kasar insurans harta boleh digambarkan seperti berikut:

    Premium = Premium tulen + (Kos operasi dan kendalian

    + Rizab kerugian luar jangka - Perolehan pelaburan).

    Sebagai contoh, katalah terdapat 1000 pemilik rumah di sebuah bandar dan

    kesemua pemilik rumah berhasrat membeli insurans kebakaran daripada sebuah

    syarikat insurans. Daripada data kebakaran lepas, insurer menganggarkan kerugian

    akibat kebakaran yang mungkin dihadapi oleh pakatan kerugian ini setiap tahun

    adalah 1% daripada nilai kesemua rumah. Jika setiap rumah bernilai RM200,000,

    maka nilai kesemua 1000 rumah adalah RM200,000,000. Dengan menggunakan 1%

    sebagai anggaran kerugian, maka jumlah kerugian yang dijangka adalah RM2,000,000

    (1% x RM200,000,000). Jumlah kerugian terjangka ini akan dikongsi oleh semua

    pemilik rumah, setiap pemilik akan mengalami kerugian sebanyak RM2,000

    (RM2,000,000 /1000). Kerugian terjangka yang dihadapi oleh setiap pemilik rumah

    merupakan kos perlindungan sebenar insurans, ataupun premium tulen. Jika setiap

    pemilik rumah dalam contoh di atas membeli perlindungan penuh ke atas rumah

    mereka, maka mereka perlu membayar RM2,000 seorang sebagai premium tulen.

    Amaun bebanan ditetapkan oleh syarikat insurans. Bagi contoh di atas, andaikanbahawa bagi setiap RM1 premium tulen, kos kendalian adalah 30% (atau 30 sen),

    rizab untuk kerugian luar jangka ialah 10% (atau 10 sen), dan pulangan daripada

    premium yang dilaburkan adalah 3% (atau 3 sen). Jadi, bagi setiap RM1 premium

    tulen, bebanan yang akan dikenakan adalah 30 sen + 10 sen - 3 sen = 37 sen. Oleh

    itu, setiap insured dalam pakatan kerugian yang digambarkan di atas perlu

    membayar premium tahunan sebanyak RM2,740 iaitu RM2,000 ( 1 + 0.37) bagi

    perlindungan insurans kebakaran dengan jumlah insurans RM200,000.

  • 8/16/2019 Bab 3 Insurans

    28/28

      Bab 3 • Insurans  28

    Rujukan

    1. Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th  edition.

    Prentice-Hall, New Jersey, USA.

    2. Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management &

    Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.

    3.  Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip

    Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.

    4. Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management &

    Insurance. 12th edition. Pearson Education Limited. Global Edition.

    5. Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th 

    edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.

    6. Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century

    Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.