konsumerisme form 3

56
KONSUMERISME

Upload: nazie-war

Post on 19-Jun-2015

597 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsumerisme form 3

KONSUMERISME

Page 2: Konsumerisme form 3

Pengguna dan Konsumerisme

Konsep Pengguna

1. Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barang, perkhidmatan, dan sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri.

Page 3: Konsumerisme form 3

2. Setiap individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya kerana menggunakan segala yang ada dalam alam ini.

3. Pengguna menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.

Page 4: Konsumerisme form 3

4. Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan.

Page 5: Konsumerisme form 3

Konsep Konsumerisme

1. Konsumerisme atau kepenggunaan bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.

2. Konsumerisme bertujuan untuk membela kepentingan pengguna terhadap manipulasi dan penindasan daripada pihak peniaga.

Page 6: Konsumerisme form 3

3. Konsumerisme mewujudkan keadaan seimbang bagi pasaran barang dan perkhidmatan dengan a) Memastikan harga yang berpatutan b) Keluaran yang selamat dan tahan lama.c) Penerangan yang lengkap dan jujur.d) Kebebasan memilih dan mendapat ganti rugi.

Page 7: Konsumerisme form 3

Hak dan Tanggungjawab Pengguna

1. Setiap individu yang mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau teraniaya.

2. Pengguna yang bertanggungjawab dapat bertindak dengan bijaksana ketika membeli barang tanpa dipengaruhi oleh muslihat pengeluar.

Page 8: Konsumerisme form 3

Hak-hak pengguna

Terdapat lapan hak pengguna yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia, iaitu:a) Hak mendapat keperluan asasb) Hak mendapat perlindunganc) Hak mendapatkan maklumatd) Hak membuat pilihane) Hak bersuara

Page 9: Konsumerisme form 3

f) Hak mendapat ganti rugig) Hak mendapat pendidikan penggunah) Hak menikmati alam sekitar yang bersih dan sihat.

Page 10: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab pengguna

1. Pengguna bertanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat apabila membeli barang dan perkhidmatan.

2. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan demi menjamin kehidupan yang sejahtera.

Page 11: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab terhadap diri

1. Membeli secara rasional dan bijaka) Pengguna mesti bertindak secara rasional

dan bijak ketika membeli barang.b) Perbandingan harga dan kualiti barang perlu

dilakukan sebelum membeli-belah.c) Barangan penting perlu diutamakan dan

barangan tidak penting boleh ditangguhkan.

Page 12: Konsumerisme form 3

d) Pengguna perlu mengelakkan daripada membeli barang-barang semata-mata terpengaruh dengan iklan atau iri hati terhadap jiran.e) Pengguna perlu mendapatkan maklumat dahulu tentang barang yang hendak dibelinya.

Page 13: Konsumerisme form 3

2. Membuat belanjawan peribadi

a) Belanjawan peribadi adalah satu rancangan perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan yang diperoleh.

b) Belanajwan peribadi dapat membantu pengguna untuk mengendalikan kewangan dengan teratur dan mengamalkan tabiat berbelanja secara rasional.

c) Perancangan belanjawan dapat mengelakkan pengguna daripad berbelanja melebihi pendapatannya dan mengelakkan pembaziran berlaku.

Page 14: Konsumerisme form 3

d) Wang yang tidak dibelanjakan boleh disimpan untuk kegunaan masa depan atau masa kecemasan.

Page 15: Konsumerisme form 3

3. Penglibatan dan Tindakan

a) Para pengguna harus melibatkan diri dan bertindak secara proaktif dalam segala usaha atau kegiatan sosial yang memelihara kepentingan pengguna.

b) Penglibatan pengguna dalam kegiatan sosial anjuran pertubuhan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan akan membantu memperjuangkan sesuatu isu, menyelesaikan sesuatu masalah, dan memelihara hak –hak pengguna.

Page 16: Konsumerisme form 3

c) Pengguna juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menentukan hak-hak pengguna terpelihara.

d) Pengguna harus bertindak tegas sekiranya hak mereka tidak dilayani secara adil dalam

sesuatu urus niaga jual beli.

e) Tindakan yang diambil haruslah berdasarkan penyelidikan dan pengetahuan yang sempurna.

Page 17: Konsumerisme form 3

4. Kesedaran mengkritik

a) Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyuarakan pendapat atau membuat kritikan jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

b) Pengguna harus memberitahu atau menyampaikan ketidakpuasan mereka kepada pengeluar atau penjual jika barangan yang diperoleh tidak bermutu atau dalam keadaan tidak sempurna.

Page 18: Konsumerisme form 3

c) Kesedaran ini dapat membantu pengguna memperoleh barangan yang sempurna.

Page 19: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab terhadap Masyarakat

1. Bersatu padu dan bekerjasama.a) Pengguna haruslah bersatu padu dan

bekerjasama untuk mewujudkan kekuatan demi menjaga kepentingan bersama.

b) Pengguna haruslah sedar bahawa tindakan secara individu adalah kurang berkesan berbanding dengan tindakan secara kumpulan.

Page 20: Konsumerisme form 3

c) Menyertai persatuan pengguna merupakan satu tindakan yang bijak untuk mengatasi masalah berkenaan dengan kepenggunaan.

Page 21: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab Sosial

a) Pengguna harus menjaga kepentingan golongan lain semasa membuat sesuatu tindakan.

b) Pengguna harus bertimbang rasa dan bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial terhadap semua ahli dalam masyarakat.

c) Pengguna harus memastikan tingkah laku atau perbuatan mereka tidak menimbulkan kesulitan kepada golongan tertentu.

Page 22: Konsumerisme form 3

3. Menjaga alam semula jadi

a) Alam sekitar perlu dijaga supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang bersih, indah dan sihat.

b) Pengguna harus sedar bahawa pemeliharaan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera untuk masyarakat sekarang dan generasi akan datang.

c) Pengguna perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk memastikan bahawa alam sekitar adalah sentiasa bersih dan tidak dicemari.

Page 23: Konsumerisme form 3

4. Tanggungjawab pengguna dapat diringkaskan dalam rajah di bawah

Tanggungjawab pengguna

Diri

• Membeli secara rasional dan bijak

• Membuat belanjawan peribadi.

• Penglibatan diri dan tindakan

• Kesedaran mengkritik

Masyarakat

• Bersatu padu dan bekerjasama

• Tanggungjawab sosial• Menjaga alam semula jadi.

Page 24: Konsumerisme form 3

Latihan

Antara berikut, yang manakah tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat?I Menjaga alam sekitarII Tanggungjawab sosialIII Bersatu padu dan bekerjasamaIV Menyediakan belanjawan peribadi

Page 25: Konsumerisme form 3

Jawapan

A.IV adalah tanggungjawab pengguna terhadap diri sendiri.

Page 26: Konsumerisme form 3

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak sebagai Pengguna

1. Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu a) Pengguna yang mengetahui hak-haknya

akan menjadi pengguna yang lebih bijak dan tidak mudah ditipu.

b) Mereka akan membeli barang mengikut keutamaan dan merancang perbelanjaannya. Mereka juga tidak mudah terpedaya dengan iklan pengeluar dan tawaran istimewa peniaga.

Page 27: Konsumerisme form 3

2. Tidak berlaku penyelewengan oleh peniaga.a) Pengeluar atau peniaga tidak berani

melakukan penyelewengan apabila pengguna tahu akan hak-hak mereka.

b) Amalan-amalan perniagaan yang tidak bermoral seperti menjual barang tiruan, barang-barang dicampur dengan bahan yang murah, dan sebagainya akan dikurangkan.

Page 28: Konsumerisme form 3

3. Menjadi individu yang bermaklumata) Pengguna yang mempunyai pengetahuan

dan bermaklumat tentang kepenggunaan adalah pengguna yang biasanya lebih rasional dan lebih bijak.

b) Pendidikan kepenggunaan akan membuat seseorang pengguna berpengetahuan dan bermaklumat.

Page 29: Konsumerisme form 3

4. Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa.a) Setiap individu yang tahu kepentingannya

sebagai pengguna akan juga menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab.

b) Mereka akan bertindak secara bersama untuk kepentingan bersama, misalnya mereka akan bersatu padu dan menolong antara satu sama lain dalam menangani masalah.

Page 30: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna

1. Menjual pada harga yang berpatutuana) Pengeluar harus meletakkan harga yang

berpatutan. Harga barang tidak diletakkan terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna.

b) Pengeluar mestilah memastikan bahawa ejen-ejen jualannya tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada yang dipersetujui.

Page 31: Konsumerisme form 3

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang-undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan tanda harga dan menjual barangan tidak melebihi harga kawalan.

Page 32: Konsumerisme form 3

2. Menjual pada kuantiti yang tepat

a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan, dan ukuran bagi barang-barang yang dijual adalah tepat.

b) Pengeluar mestilah menggunakan alat timbangan yang disahkan oleh kerajaan supaya timbangan dan sukatan adalah tepat.

Page 33: Konsumerisme form 3

3. Menjual produk yang berkualiti

a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau yang diberi adalah berkualiti.

b) Pengeluar perlu sedar bahawa barang yang berkualiti akan memberi keyakinan kepada pengguna dan menjamin keuntungan yang lumayan kepada pengeluar.

Page 34: Konsumerisme form 3

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan

a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna.

b) Semua produk mest menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melindungi kepentingan pengguna.

c) Barang-barang yang sudah luput tarikh perlu dihapuskan supaya tidak digunakan.

Page 35: Konsumerisme form 3

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat

a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat barangan adalah tepat dan lengkap.

b) Semua pembungkusan perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan mengandungi semua maklumat seperti kandungan bahan, cara penggunaan, cara simpanan, harga, tarikh luput, dan sebagainya.

Page 36: Konsumerisme form 3

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar

a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan alam sekitar dan kesihatan pengguna semasa proses pengeluaran produk.

b) Pengeluar harus memilih cara pengeluaran yang mesra alam dan berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk pembuangan sisanya.

Page 37: Konsumerisme form 3

Tanggungjawab Pengeluar kepada pengguna

Harga berpatutanKuantiti tepatProduk berkualitiSelamat digunakanMaklumat tepatMesra alam

Tanggungjawab pengeluar

kepada pengguna

Page 38: Konsumerisme form 3

1. Menjual pada harga yang berpatutan

a) Pengeluar harus meletakkan harga yang berpatutan. Harga barang tidak boleh diletakkan terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna.

b) Pengeluar mesti memastikan bahawa ejen-ejen jualannya tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada yang dipersetujui.

Page 39: Konsumerisme form 3

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang-undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan tanda harga dan menjual barangan tidak melebihi harga kawalan.

Page 40: Konsumerisme form 3

2. Menjual pada kuantiti yang tepat

a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan dan ukuran bagi barang-barang yang dijual adalah tepat.

b) Pengeluar mesti menggunakan alat timbangan yang disahkan oleh kerajaan supaya timbangan dan sukatan adalah tepat.

Page 41: Konsumerisme form 3

3. Menjual produk yang berkualiti

a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau yang diberi adalah berkualiti.

b) Pengeluar perlu sedar bahawa barang yang berkualiti akan memberi keyakinan kepada pengguna dan menjamin keuntungan yang lumayan kepada pengeluar.

Page 42: Konsumerisme form 3

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan

a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna.

b) Semua produk mesti menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melindungi kepentingan pengguna.

c) Barang-barang yang sudah luput tarikh perlu dihapuskan supaya tidak digunakan.

Page 43: Konsumerisme form 3

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat.

a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat barangan adalah tepat dan lengkap.

b) Semua pembungkusan perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan mengandungi semua maklumat seperti kandungan bahan, cara penggunaan, cara simpanan, harga, tarikh luput, dan sebagainya.

Page 44: Konsumerisme form 3

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan alam sekitar

a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan alam sekitar dan kesihatan pengguna semasa proses pengeluaran produk.

b) Pengeluar harus memilih cara pengeluaran yang mesra alam dan berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik untuk pembuangan sisanya.

Page 45: Konsumerisme form 3

Bentuk-bentuk Penyelewengan Pengeluar

1. Harga barang tinggi dan tidak stabila) Menjual barang-barang pada harga yang mahal

demi mengaut keuntungan yang lebih tinggi.b) Pengeluar sering mengambil kesempatan

menaikkan harga sesuka hati terutamanya pada musim-musim perayaan.

c) Harga barang juga dinaikkan sewenang-wenangnya apabila kos bahan mentah meningkat.

Page 46: Konsumerisme form 3

2. Mutu barangan rendah

a) Menjual barang-barang yang tidak berkualiti, cacat, dan tidak sempurna untuk kegunaan.

b) Pengeluar mengeluarkan produk yang berkualiti rendah dengan menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti dalam pengeluarannya.

c) Misalnya pemaju perumahan menggunakan bahan yang murah tetapi menjual rumah dengan harga yang tinggi.

Page 47: Konsumerisme form 3

3. Barangan tidak selamat digunakan

a) Menjual barang-barang yang boleh membahayakan pengguna seperti menjual alatan elektrik yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

b) Terdapat juga pengeluar yang mengeluarkan barang yang boleh mengancam kesihatan pengguna seperti menggunakan bahan aditif yang dilarang oleh kerajaan dalam makanan.

Page 48: Konsumerisme form 3

4. Timbangan dan sukatan tidak betul.

a) Barang-barang yang dijual tidak mengikut timbangan, sukatan, dan ukuran yang betul.

b) Pengeluar sering menggunakan alat timbang yang telah diubahsuai dan memberi berat barang yang kurang dari sepatutnya untuk mendapatkan untung yang lebih.

Page 49: Konsumerisme form 3

5. Menyorokkan barang

a) Menyorokkan barang-barang untuk membuatkan keadaan kekurangan bekalan dalam pasaran.

b) Barang yang mengalami kekurangan akan meningkatkan harganya kerana permintaan melebihi penawaran.

Page 50: Konsumerisme form 3

Maklumat yang mengelirukan

a) Membuat dakwaan pengiklanan yang palsu dan mengelirukan. Pengeluar sering memberikan maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat, dan mengelirukan sehingga pengguna tertipu.

b) Misalnya iklan kosmetik yang mendakwa penggunanya dapat menjadi pengguna lebih cantik dan muda dalam masa yang singkat.

Page 51: Konsumerisme form 3

Bentuk Penyelewengan pengeluar

Harga Tinggi

Maklumat mengelirukan

Menyorokkan barang

Timbang/sukatan tidak betul

Tidak selamat

Mutu rendah

Page 52: Konsumerisme form 3

Cara membuat Aduan

1. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat aduan:

a) Mengenal pasti masalah seperti penipuan, penindasan, dan sebagainya yang disebabkan oleh peniaga.

b) Mengetahui hak-hak sebagai pengguna dan tindakan yang boleh diambil.

Page 53: Konsumerisme form 3

c) Mendapatkan bukti belian barang seperti resit.d) Menghubungi penjual atau bahagian yang berkenaan.e) Tindakan akan diambil oleh pihak peniaga dengan menggantikan barang tersebut, memperbaikinya, atau membayar ganti rugi.f) Sekiranya tindakan tidak diambil, pengguna patut menghubungi Persatuan Pengguna atau badan-badan kerajaan yang akan dapat membantunya.

Page 54: Konsumerisme form 3

g) Tindakan akhir jika tiada penyelesaian ialah mengambil tindakan undang-undang.

2. Aduan boleh dibuat dalam bentuk lisan (secara terus ) atau bertulis.

Page 55: Konsumerisme form 3

3. Aduan secara terus

a) Pengguna membawa barang dan resit ke kedai peniaga untuk berunding, mendapatkan penjelasan, ganti rugi/pampasan daripada peniaga.

b) Sekiranya aduan tidak dilayan oleh peniaga, peniaga, pengguna boleh membuat aduan bertulis kepada pihak penguat kuasa atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Page 56: Konsumerisme form 3

4. Aduan Bertulis

a) Pengguna menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan pembelian dalam fail.

b) Mendapatkan segala bukti yang kukuh berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

c) Rujuk akta dan undang-undang yang berkaitan.d) Tulis surat aduan secara ringkas dan jelas serta

lampirkan segala dokumen sokongan untuk rujukan.

e) Catatkan mengikut kronologi dan buat tindakan susunan.