pengenalan kepada insurans
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PENGENALAN KEPADA INSURANS
Dalam kehidupan seharian seseorang akan menghadapi pelbagai risiko seperti kemalangan,
kecurian, kebakaran dan sebagainya. Jika berlaku risiko ianya akan membawa kerugian yang
besar kepada pihak yang berkenaan. Melalui insurans seseorang dapat mengurangkan atau pun
mengelakkan kerugian akibat berlakunya sesuatu risiko. Insurans merupakan satu perjanjian di
antara insured, iaitu orang yang menghadapi sesuatu risiko dengan syarikat insurans (insurer)
iaitu pihak yang memberi perlindungan terhadap sesuatu risiko

KONSEP INSURANS
Insurans pada asasnya ialah suatu rancangan kerjasama yang melibatkan usaha saling bantu-
membantu di kalangan ahli yang menyertainnya. Insurans ialah suatu usaha perkongsian atau
pengumpulan risiko. Pengumpulan risiko Jumlah premium yang dikumpulkan dalam tabung
amanah akan dibayar kepada insured yang menghadapi risiko. Risiko dapat disebarkan di
kalangan pemegang polisi

ISTILAH-ISTILAH INSURANS
Insured
Orang yang diinsuranskan atau pemegang polisi
Insurer
Syarikat insurans yang memberi perlindungan kepada insured
Polisi
Surat ikatan perjanjian antara insured dengan insurer
Premium
Bayaran yg dikenakan insurer untuk memberi lindungan kepada insured
Nota Lindungan
Polisi sementara sebelum siapnya polisi sebenar
Lindungan
Had pampasan atau ganti rugi yang akan dibayar oleh insurer
Borang Cadangan
Borang permohonan untuk mengambil insurans

JENIS RISIKO
i) Risiko Boleh Insurans
risiko yang berkemungkinan berlakunya risiko tersebut dapat dijangka dan ditentukan
secara kaedah statistik atau perangkaan
contohnya: kebakaran, kemalangan, kecurian, pecah amanah dan kematian
ii) Risiko Tidak Boleh Insurans
risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan
contohnya: gempa bumi, peperangan, perubahan fesyen dan sebagainya

PERANAN INSURANS
(Individu)
Memberi perlindungan diri
Memperoleh pampasan
Memupuk tabiat menyimpan wang
(Peniaga)
Memberikan perlindungan perniagaan
Memperoleh ganti rugi
Berniaga tanpa ragu-ragu
(Negara)
Menyumbang kepada ekonomi negara
Membeli bon dan sekuriti kerajaan
Melakukan pelaburan

Kepentingan Boleh Insurans
Insured hanya boleh menginsuranskan harta benda dan nyawa yang akan memberi kesan
kerugian kepadanya jika berlaku risiko
Tujuannya: mengelakkan sesuatu pihak mengambil kesempatan ke atas harta orang lain
Prinsip Penuh Percaya Mutlak
Insurans merupakan satu kontrak yang memerlukan kepercayaan penuh semua pihak
Insured mestilah memberi keterangan dan maklumat yang benar secara ikhlas berkaitan
dengan risiko yang hendak diinsuranskan semasa mengisi borang cadangan
Jika maklumat yang diberi tidak ikhlas atau benar, insurer berhak menolak bayaran
pampasan
Prinsip ini juga perlu dipatuhi oleh insurer sewaktu menyatakan syarat perlindungan yang
ditawarkan kepada insured
Jika prinsip ini di langgar mana-mana pihak, polisi insurans boleh dibatalkan
Tujuannya: mengelakkan penipuan

Indemniti
Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured apabila berlaku kerugian ke atas
risiko yang diinsuranskan
Prinsip indemniti meliputi semua kontrak insurans kecuali insurans hayat dan
kemalangan
Ganti rugi di beri oleh insurer melalui empat cara iaitu;
bayaran tunai
mengganti barang yang hilang dengan yang baru
membaik pulih kenderaan yang rosak @ musnah
membina semula premis yang hangus
Prinsip indemniti berasakan kepada 3 perkara iaitu, sumbangan, subrogasi dan dokrtin
sebab hampiran

JENIS-JENIS INSURANS
INSURANS AM
o INSURANS KEMALANGAN
o INSURANS KEBAKARAN
o INSURANS MARIN/PENERBANGAN
o INSURANS LAIN
INSURANS HAYAT
o INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP
o INSURANS HAYAT SEMENTARA
o INSURANS ENDOWMEN

INSURANS KEMALANGAN
Insurans kemalangan ~ melindungi insured terhadap kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja
Terdapat pelbagai jenis iaitu: Insurans Motor
i) Insurans motor komprehensif
memberi perlindungan yang lengkap kepada insured dan kenderaannya serta
pihak ketiga dan harta bendanya
semua kenderaan baru yang di beli secara sewa beli diwajibkan
ii) Insurans motor pihak ketiga
melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga apabila berlaku kecederaan,
kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga
pihak ketiga ialah pengguna jalan raya dan harta bendanya

Insurans Kemalangan Peribadi
memberi perlindungan kepada sesorang individu terhadap kerugian yang berpunca
daripada kemalangan seperti kemalangan dalam perjalanan dan beberapa jenis
permainan, pembunuhan, kejadian rusuhan, keracunan dan serangan
Kadar premium dikenakan mengikut
a. jenis pekerjaan
b. jumlah amaum yang diinsuranskan
c. tingkat umur
Jumlah pampasan bergantung kepada
a. jumlah amaum yang diinsuranskan
b. tingkat parah kecederaan
Insurans Liabiliti Majikan
- memberi perlindungan kepada majikan terhadap tuntutan pekarja yang mengalami
kemalangan semasa bekerja
Insurans Liabiliti Am
- melindungi diri pemilik perniagaan daripada sebarang tuntutan orang awam yang di
timpa kemalangan semasa berada dalam premis perniagaan akibat kecuaian pelanggan atau
pekerja
- Jenis insurans liabiliti am yang lain ialah
i. Insurans liabiliti produk
ii. Insurans liabiliti professional

INSURANS KEBAKARAN
Insurans kebakaran ~ memberi perlindungan terhadap kerugian yang berpunca
daripada kebakaran
Biasanya dibeli peniaga untuk melindungi stok perniagaan, mesin, premis, wang
tunai dan harta benda lain daripada kebakaran
Insurans kebakaran juga melindungi kehilangan keuntungan akibat kebakaran
Faktor-faktor yang menentukan kadar insurans kebaakaran ialah;
Jenis bahan binaan
Jenis barang atau bahan yang disimpan dalam bangunan
Lokasi atau bahaya sekeliling
Tempoh masa lindungan polisi
Jumlah amaun atau nilai diinsuranskan
Langkah-langkah keselamatan yang diadakan
Kemudahan perkhidmatan bomba

INSURANS MARIN DAN PENERBANGAN
Insurans Marin
Memberi perlindungan kepada kapal dan muatannya termasuk anak kapal, penumpang
dan kargo terhadap risiko semasa di laut
Antara risiko tersebut ialah:
Kehilangan dan kerosakan kapal termasuk jenteranya
Kehilangan, kerosakan dan kecurian kargo
Tuntutan oleh pihak tertentu
Insurans Penerbangan
Memberi perlindungan terhadap risiko berkaitan penerbangan
Risiko yang dilindungi ialah:
i. Kerosakan dan kemusnahan kapal terbang
ii. Liabiliti terhadap penumpang dan anak kapal
iii. Liabiliti terhadap pihak ketiga
iv. Kerosakan kargo atau barang

INSURANS LAIN
Insurans Kecurian
Melindungi pemegang polisi daripada kerugian yang disebabkan oleh kecurian,
rompakan dan pecah rumah
Insurans Jaminan Setia
Memberi perlindungan kepada majikan atau syarikat terhadap kerugian akibat
penipuan atau ketidakjujuran pekerjanya
Insurans Kesihatan
Memberi perlindungan terhadap kos perbelanjaan untuk merawat sesuatu penyakit
atau kecederaan
Insurans Pendidikan
Sejenis insurans endowmwn yang membayar jumlah diinsuranskan pada tarikh
matang untuk membiayai pendidikan anak di pusat pengajian tinggi
Insurans Gadaian
Sejenis insurans hayat sementara
Tempoh penggal hayat boleh disamakan dengan tempoh bayar balik pinjaman
gadaian

INSURANS HAYAT
Membayar pampasan ke atas kerugian yang disebabkan oleh kematian, kecacatan
dan hilang upaya
Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemniti kerana nyawa tidak dapat
diganti dengan wang ringgit
Seseorang boleh menginsuranskan diri dengan seberapa banyak polisi daripada
insurer yang berlainan tertakluk kepada persetujuan syarikat yang berkenaan
Insurans hayat memberikan faedah perlindungan seperti berikut:
o Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan kepada keluarga insured jika dia
meninggal dunia
o Menyediakan satu pelan simpanan masa depan untuk insured dan keluarganya
o Sebagai sumber pendapatan tetap apabila bersara
Antara beberapa jenis insurans hayat ialah:
o Insurans hayat seumur hidup
o Insurans endowmen
o Insurans hayat sementara

Insurans Hayat Seumur Hidup
o Insured yang membeli polisi ini boleh membayar premium denagan 2 cara iaitu:
i. Perlu membayar premium sepanjang hayatnya
ii.Membayar premium untuk tempoh tertentu
(Insurans hayat Seumur Hidup bayaran Terhad)
o Jumlah yang diinsuranskan berserta bonus akan dibayar kepada waris insured apabila di
meninggal dunia
o Pembayaran juga akan di buat oleh insurer jika insured hilang upaya kekal
Insurans Endowmen
o Perlindungan mengikut tempoh tertentu dan wang premium dipulangkan semula apabila
sampai tempoh matang bersama-sama bonus
o Hilang upaya dan penyakit kritikal juga dilindungi
Insurans Hayat Sementara
o Premium dibayar mengikut tempoh tertentu
o Pampasan dibayar jika kematian berlaku dalam tempoh tersebut
o Premium terendah
o Insurans ini bukan satu cara tabungan kerana insured akan hilang semua premiumnya
tanpa sebarang bayaran daripada insurer apabila polisi tamat

Faktor – faktor yang menentukan kadar premium Insurans Hayat
Umur
Jantina
Pekerjaan
Kesihatan
Tempoh dan liputan lindungan
Jenis insurans
Kebaikan Insurans Hayat kepada Insured
Tabungan untuk masa depan
Pengecualian cukai pendapatan
Nilai serahan balik
Mendapat perlindungan dan pelaburan
Boleh dicagar

TAKAFUL
Skim insurans yang diuruskan berdasarkan hukum syariah.
Pakatan antara individu berdasarkan konsep saling bantu-membantu dalam menghadapi
sebarang kemungkinan
Takaful adalah berlandaskan prinsip mudharabah dan ‘tabarruk’
Mudharabah perkongsian keuntungan antara peserta dan syarikat takaful dalam
sesuatu skim pelaburan
‘Tabarruk’ menderma dengan ikhlas atau membuat kebajikan untuk mewujudkan dana
bagi menyediakan bantuan bersama
Tidak membenarkan unsur seperti maisir, gharar dan riba dalam operasinya

PRODUK TAKAFUL
Menawarkan 2 produk utama iaitu
i) Takaful Keluarga
- memberikan perlindungan kepada individu atau keluarga akibat
daripada kemalangan atau kematian diri peserta
- Antara produk yang ditawarkan:
a. Plan Takaful Keluarga
b. Plan Takaful Keluarga Berkelompok
c. Plan Takaful Kesihatan
ii) Takaful Am
- memberikan perlindungan terhadap barang, harta, bangunan dan
sebagainya daripada risiko kerosakan
Antara produk yang ditawarkan:
a. Skim Takaful Kebaakran
b. Takaful Liabiliti Majikan
c. Plan Takaful Liabiliti Am
d. Plan Takaful Kenderaan
e. Plan Takaful Kemalangan Diri

PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL
Persamaan Insurans Konvensional dan Takaful
Kedua-duanya menyediakan pelan perlindungan atau bantuan kepada insured / peserta
apabila mereka mengalami penderitaan akibat sesuatu risiko
Kedua-duanya juga beroperasi berlandaskan tiga prinsip asas insurans iaitu kepentingan
boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti
Perbezaan Insurans Konvensional dan Takaful
Antara perbezaannya ialah
Prinsip insurans
Unsur gharar (ketidakpastian)
Unsur maisir (perjudian)
Unsur riba (faedah)

BELIAN POLISI DAN TUNTUTAN GANTI RUGI
Prosedur membeli polisi
-Apabila hendak membeli insurans:
Langkah pertama
o Hubungi insurer atau ejen
Langkah kedua
o Isikan borang cadangan
–Ikut prinsip penuh percaya mutlak
Langkah ketiga
o Serahkan kepada insurer
dengan wang premium pertama
Langkah Keempat
o Jika insurer berpuashati
- Insurer akan mengeluarkan nota
Langkah kelima
o Selepas 1 bulan, polisi insurans dikeluarkan
insurer – ini merupakan kontrak sah.
Nota lindungan terbatal dengan sendirinya

BELIAN POLISI DAN TUNTUTAN GANTI RUGI
PROSEDUR MEMBUAT TUNTUTAN GANTI RUGI
Apabila risiko yang diinsuranskan berlaku:
Hubungi insurer serta buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa
Isikan borang tuntutan
Serahkan borang tuntutan kepada insurer bersama-sama:
a. Salinan polisi insurans
b. Salinan laporan polis
c. Dokumen hak milik harta
Insurer akan menyiasat. Jika berpuashati insurer akan membuat bayaran tuntutan ganti
rugi
