konsumerisme dan aplikasinya dalam kehidupan … · (latar belakang responden) 4.2.1 tingkatan 33...

22
KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN MD JOHADI BIN BORHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamhanh

Post on 03-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARIT SULONG, BATU

PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN

MD JOHADI BIN BORHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat
Page 3: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat
Page 4: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARIT SULONG, BATU

PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN

MD JOHADI BIN BORHAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

ii

Page 6: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

iii

DEDIKASI

Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi Kepada

AYAHANDA DAN BONDA

( Semoga rohmu dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala)

dan

Teristimewa untuk pengorbanan isteriku

SAERAH BTE MUHAMMAD

serta putera puteriku

SITI HAJAR, SITI RAUDHAH, MOHD ARIFFUDIN DAN MOHD ISKANDAR

Serta sahabat-sahabatku yang tersayang.

Page 7: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan keizinannya, maka saya telah dapat

menyempurnakan penulisan dalam penyelidikan ini dengan jayanya walaupun banyak

halangan dan rintangan yang dihadapi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang

tulus ikhlas kepada penyelia tesis, En Md Yusup Bin Kayat yang telah banyak

membantu dan memberi sokongan padu yang berterusan sehingga kajian ini dapat

disiapkan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Penghulu Saat, di atas kerjasama yang diberikan dan juga kepada mana-

mana individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang

turut membantu dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 8: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

v

ABSTRAK

Kementerian Pendidikan telah menyerapkan pendidikan konsumerisme ke dalam

komponen perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di

peringkat menengah rendah. Daripada kajian lepas masih ramai pelajar kurang kesedaran

tentang hak-hak mereka sebagai pengguna disebabkan sikap mereka sendiri. Penyelidikan

ini bertujuan melihat dan menghuraikan sikap, pengetahuan, tanggungjawab pendidikan

pengguna itu diaplikasi melalui amalan konsumerisme dalam kehidupan seharian di

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Penghulu Saat, Parit Sulong, Batu Pahat. Johor. Responden terdiri dari pelajar tingkatan

dua dan empat sekolah tersebut. Kajian ini melibatkan 226 orang pelajar sebagai

responden. Dapatan kajian dianalisis berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal

selidik mengikut Skala Likert dan hasil analisis data dibuat dalam bentuk kekerapan dan

peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan responden masih tidak mengaplikasikan

sepenuhnya pendidikan konsumerisme di dalam kehidupan harian mereka. Di akhir kajian

ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu seperti guru

dan pihak-pihak yang tertentu untuk kebaikan bersama di masa hadapan. Hasil kajian ini

serta cadangan diharap dapat membantu pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan dalam

merancang strategi dan kaedah yang sesuai bagi mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar

khasnya dan masyarakat tentang hak-hak mereka sebagai pengguna dan mengaplikasikan

dalam kehidupan seharian mereka.

Page 9: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

vi

ABSTRACT

Ministry of Education had absorbed the consumer education into the commerce

component in the Living Skill Education for lower secondary level.

From the previous research shows that many students are less aware of their rights

as a consumer due to their own attitude. The objectives of this research is to see and to

analyse the consumerism studies so that it can be applied into daily life of the student of

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman and Sekolah Menengah Kebangsaan

Penghulu Saat, Parit Sulong, Batu Pahat. Johor. The respondent are the student of form

two and four this school. In this research, 226 student are selected as the respondent. The

data are being analysed in the form of descriptive using questionnaire based on the 'Likert

Scale' and the result from the data analysis is being explained in frequency and percentage.

This study shown respond is still not applied evenly into the consumer education in their

everyday life. At the end of research, researcher had suggested some suggestion to certain

party like the teacher and other parties for good future to be felt by all the people.

Hopefully, the result from this research and suggestions are able to help the school and

Ministry of Education in planning the best strategy and a suitable procedure in order to

awake the student and the society about their rights as the consumers and apply them into

their daily life.

Page 10: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

Page 11: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

viii

1.7 Skop Kajian 5

1.8 Definisi Istilah Kajian 6

1.8.1 Pengguna 6

1.8.2 Konsumerisme 6

1.8.3 Aplikasi 6

1.8.4 Kehidupan seharian 7

1.8.5 Tanggungjawab 7

1.8.6 Sikap 7

1.9 Penutup 7

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Konsumerisme 9

2.2.1 Faktor Sikap Terhadap Amalan

Konsumerisme. 12

2.2.2 Faktor Pengetahuan Tentang

Hak-Hak Pengguna. 14

2.2.3 Faktor Tanggungjawab Pengguna

Dalam Amalan Konsumerisme 17

2.2.4 Faktor Pengaplikasian Amalan

Konsumerisme dan Peraturan 19

Dalam Kehidupan Seharian

2.3 Penutup 24

Page 12: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Populasi 26

3.4 Pemilihan Sampel 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Tatacara Kajian 29

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Penutup 32

BAB IV ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden)

4.2.1 Tingkatan 33

4.2.2 Jantina 34

4.2.3 Umur 34

4.2.4 Pernah Belajar Tajuk

Konsumerisme 34

4.2.5 Minat Dalam Mata Pelajaran

Perdagangan dan Keusahawanan 35

4.2.6 Sekolah Ada Persatuan Pengguna 35

4.2.7 Adakah Anda Ahli Persatuan

Pengguna Di Sekolah Anda 36

4.2.8 Berapa Wang Saku Diberi Oleh

Ibu Bapa Dalam Seminggu 36

4.2.9 Pendapatan Ibu Bapa 37

Page 13: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

x

4.2.10 Bilangan Ahli Dalam Keluarga

Yang Masih Dalam Tanggungan 37

Ibu Bapa / Penjaga

4.3 Analisis Data Bahagian B 38

4.3.1 Mengenal pasti

sikap pelajar terhadap amalan

konsumerisme dalam kehidupan

seharian? 38

4.3.2 Mengenal pasti pengetahuan

pelajar tentang hak-hak mereka

sebagai pengguna? 41

4.3.3 Mengenal pasti tanggungjawab

pelajar dalam amalan konsumerisme

dalam kehidupan seharian mereka? 43

4.3.4 Mengenal pasti pengaplikasian

pelajar terhadap peraturan yang

mereka perolehi ke dalam kehidupan

seharian mereka ? 45

4.4 Penutup 47

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 51

5.3.1 Mengenal pasti sikap pelajar

terhadap amalan konsumerisme

dalam kehidupan seharian? 51

5.3.2 Mengenal pasti pengetahuan

pelajar tentang hak-hak

mereka sebagai pengguna? 53

Page 14: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

xi

5.3.3 Mengenal pasti tanggungjawab

pelajar dalam amalan konsumerisme

dalam kehidupan seharian mereka? 55

5.3.4 Mengenal pasti pengaplikasian

amalan konsumerisme dan peraturan

yang mereka perolehi dalam

kehidupan seharian mereka? 56

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Kepada Pelajar 58

5.4.2 Kepada Guru 58

5.4.3 Pihak Pentadbir Sekolah 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 59

RUJUKAN 60 - 63 LAMPIRAN Lampiran A – F 64 – 74

Page 15: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai populasi dan sampel 26

3.2 Taburan item 28

3.3 Perubahan Skala Likert Lima kepada Skala

Tiga Mata 31

3.4 Kriteria penilaian skor 31

4.1 Taburan frekuensi dan peratusan responden

mengikut tingkatan 33

4.2 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut

jantina 34

4.3 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut

umur 34

4.4 Taburan frekuensi dan peratusan pernah belajar

tajuk konsumerisme 34

4.5 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut

minat dalam mata pelajaran Perdagangan dan

Keusahawanan 35

4.6 Taburan frekuensi dan peratusan sekolah ada

persatuan pengguna 35

4.7 Taburan frekuensi dan peratusan responden adakah

anda ahli persatuan pengguna di Sekolah. 36

4.8 Taburan frekuensi dan peratusan responden berapa

wang saku diberi oleh Ibu Bapa dalam seminggu 36

4.9 Taburan frekuensi dan peratusan responden pendapatan

Ibu bapa 37

Page 16: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

xiii

4.10 Taburan frekuensi dan peratusan responden bilangan

ahli dalam keluarga yang masih dalam tanggungan

ibu bapa / penjaga 37

4.11 Analisis mengenal pasti sikap pelajar terhadap amalan

konsumerisme dalam kehidupan seharian? 38

4.12 Analisis mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang

hak-hak mereka sebagai pengguna? 41

4.13 Analisis mengenal pasti tanggungjawab pelajar dalam

amalan konsumerisme dalam kehidupan seharian? 43

4.14 Mengenal pasti pengaplikasian pelajar terhadap amalan

konsumerisme dalam kehidupan seharian mereka? 45

Page 17: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

xiv

SENARAI SINGKATAN

BIL SINGKATAN

APP Akta Perlindungan Pengguna

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

DPN Dasar Pengguna Negara

EAPM Etika Amalan Perniagaan Malaysia

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

ERA Konsumer

Malaysia Pendidikan dan Penyelidikan Malaysia

FOMCA Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia

IOCU International Organisation Of Consumer Union

ITM Institut Teknologi Mara

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KPDN & HEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan

Hal Ehwal Pengguna.

MPPN Majlis Pengguna Negara

MPPPK Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan

PKBS Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah.

PPIM Pengujudan Persatuan Pengguna Islam

SPSS Statistical Package For Social Science

TTPM Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

UTM Universiti Teknologi Mara

Page 18: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 64

B Surat Kebenaran Dari Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan 69

Malaysia

C Surat Kebenaran Dari Jabatan

Pendidikan Negeri Johor 70

D Surat Kebenaran UTM 71

E Kajian Rintis 72

F Borang Sampel 74

Page 19: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pendidikan telah menyerapkan pendidikan konsumerisme ke

dalam komponen perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup bagi tingkatan satu hingga tiga dan mata pelajaran perdagangan bagi tingkatan 4

dan 5. Perkembangan ini sesuai dengan keadaan sebilangan besar pengguna di negara

ini yang masih tidak tahu tentang hak-hak pengguna dan tindakan yang boleh di ambil

ke atas peniaga.

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna

Kebangsaan ( MPPPK) untuk menyelaras kegiatan perlindungan pengguna pada 14 hb.

Julai 1973 oleh Tun Hussein Onn yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia

merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah

mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) pada tahun

2000 yang berperanan menasihati kementerian melibatkan isu-isu kepenggunaan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan MPPN itu seiring dengan

penggubalan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Pada masa sekarang di Malaysia

undang-undang ini dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna. Penubuhan MPPN itu menurutnya di lihat akan menampung

kekurangan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna-Pengguna Kebangsaan (MPPPK)

yang mempunyai bidang kuasa terhad iaitu hal-hal di bawah Akta Kawalan Harga

1946.

Page 20: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

2

Mengikut kurikulum komponen perdagangan dan keusahawanan dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah menyatakan tujuan penting dalam

pelajaran tersebut supaya pelajar-pelajar dapat mengamalkan kemahiran asas

perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira serta keusahawanan yang

berkemahiran tentang konsumerisme. Walaupun banyak kempen-kempen yang

dilakukan oleh persatuan-persatuan pengguna tetapi masih lagi tidak tahu tentang hak-

hak mereka sebagai seorang pengguna.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat pengguna. Pelajar sering

menjadi mangsa keadaan akibat dari sikap tidak bertanggungjawab para peniaga. Ramai

pelajar tidak mengambil tahu apakah makanan yang dimakan oleh mereka semasa di

luar kawasan sekolah. Terutamanya sewaktu menunggu bas atau sebelum dijemput

untuk pulang selepas waktu persekolahan. Penjualan makanan ringan berleluasa

terdapat berhampiran pintu masuk sekolah atau di luar pagar kawasan sekolah.

Terdapat berbagai aduan mengenai keracunan makanan, sakit perut dan

sebagainya. Namun demikian, peniaga tidak menghiraukan kebersihan, kesihatan dan

kesejahteraan kanak-kanak atau pelanggan kecil mereka masih meneruskan penjualan

makanan yang bukan sahaja tidak berkhasiat, malah tidak bertanggungjawab langsung

untuk memberi sedikit perhatian kepada aspek kebersihan. ( Buletin perlindungan

Pengguna, Mac 2001 )

Ini menunjukkan ramai pelajar masih tidak sedar tentang perlunya pengetahuan

terhadap perkara yang tidak selamat yang boleh membawa kemudaratan ke atas diri

mereka supaya dapat dielakkan daripada membeli barangan tersebut. Sikap peniaga

yang sentiasa memandang kepada keuntungan menyebabkan berlaku perkara yang

memudaratkan pelanggan mereka.

Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan ( 2000), Sikap “tidak apa” di kalangan

pengguna telah berkembang dalam diri pengguna disebabkan peningkatan taraf hidup

Page 21: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

3

juga. Ini menyebabkan mereka tidak berasa perlu untuk mempelajari kaedah penerapan

tabiat membeli dan mengguna secara bijak atau untuk melobi pihak pembuat dasar

untuk mengundi kepada peraturan yang menjurus kepentingan pengguna.

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho

berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang menaikkan harga

barangan tanpa kebenaran. Dari kenyataan beliau membawa maksud pengguna sering

kali menjadi mangsa dan tersepit di tengah-tengah golongan peniaga yang membuat

keuntungan lumayan. (Utusan Malaysia, 5.Okt. 2000)

Para Peniaga di seluruh negara telah diberi amaran supaya tidak menjadikan

alasan untuk menaikkan harga barangan keperluan pengguna sesuka hati selaras dengan

kenaikan harga minyak dunia. Peniaga dengan sesuka hati sahaja akan menaikkan

harga barangan dan ini akan menjejaskan harga barang di pasaran. Tindakan peniaga

yang ingkar mengikut cita rasa mereka akan mengakibatkan kenaikan harga barangan

tanpa dapat dibendung.

Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan (2000), sebenarnya teknologi juga telah

memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pendidikan terhadap corak

kefahaman pengguna dalam penyelesaian masalah dan kerumitan pasaran moden

supaya dapat mengurangkan kejahilan, kekeliruan dan kekecewaan pengguna.

Penggunaan internet secara meluas akan meningkatkan jurang maklumat antara

pengguna kaya dan pengguna miskin. Kesan dari teknologi ini mengakibatkan

meningkatnya taraf kehidupan yang pesat yang telah mencipta skop yang luas terhadap

barang dan perkhidmatan yang boleh dipilih oleh pengguna dan menyebabkan

pengguna sukar membuat pilihan.

Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan ( 2000), kebanyakan pengguna berbelanja

mengikut rasa hati dan nafsu mereka. Alat sebaran am pula digunakan secara meluas

untuk memujuk pengguna membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan

yang ditawarkan. Iklan banyak menggoda pengguna dengan berbagai janji dan rayuan

supaya membeli produk dan perkhidmatan mereka. Tidak hairanlah pengguna hari ini

semakin menghadapi masalah untuk membahagi atau mengagihkan pendapatan mereka

dengan bijak.

Page 22: KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33 4.2.2 Jantina 34 4.2.3 Umur 34 4.2.4 Pernah Belajar Tajuk Konsumerisme 34 4.2.5 Minat

4

1.3 Pernyataan Masalah

Sekarang ini kita telah menghadapi pelbagai masalah berkaitan konsumerisme.

Oleh kerana terdapat pelbagai masalah, maka pengkaji ingin mengkaji masalah ini

dengan mengkaji tajuk konsumerisme dan aplikasinya dalam kehidupan seharian

pelajar di sekolah Menengah di Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat dari aspek sikap,

pengetahuan dan kefahaman, tanggungjawab serta pengaplikasian terhadap amalan

konsumerisme yang mereka perolehi di dalam kehidupan seharian mereka.

1.4 Objektif Kajian.

a) Mengenal pasti sikap pelajar terhadap amalan konsumerisme dalam

kehidupan seharian.

b) Mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang hak-hak mereka sebagai

pengguna.

c) Mengenal pasti tanggungjawab pelajar dalam amalan konsumerisme dalam

kehidupan seharian mereka.

d) Mengenal pasti pengaplikasian pelajar terhadap amalan konsumerisme yang

mereka perolehi ke dalam kehidupan seharian.

1.5 Persoalan kajian

a) Adakah sikap pelajar terhadap amalan konsumerisme dalam kehidupan

seharian mereka.

b) Adakah pelajar mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai

pengguna

c) Adakah pelajar bertanggungjawab dalam amalan konsumerisme dalam

kehidupan seharian mereka.

d) Adakah pelajar mengaplikasikan amalan konsumerisme yang mereka

perolehi ke dalam kehidupan seharian mereka.