bab i.docx d056266

18

Upload: umieyna-balqis

Post on 21-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

  • 1

    LATIHAN ILMIAH

    (ISMP YIK)

    TUGASAN INDIVIDU

    TAJUK TUGASAN:

    BAB 1

    SAHSIAH KEPIMPINAN PELAJAR DI MAAHAD

    MUHAMMADI PASIR PEKAN, KOTA BAHARU KELANTAN

    NAMA NO.MATRIK

    ROHANA BINTI RAMLI D20112056266

    PENSYARAH:

    DR ABDUL MUNIR ISMAIL

    TARIKH SERAHAN:

    17 MEI 2015

  • 2

    SENARAI KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA/SURAT

    1.1 Pengenalan 3

    1.2 Latar belakang kajian 4

    1.3 Pernyataan masalah 7

    1.4 Objektif Kajian 9

    1.5 Persoalan kajian 10

    1.6 Kepentingan Kajian 10

    1.7 Batasan kajian 10

    1.8 Definisi konsep 11

    1.9 Kajian Lepas 14

    1.10 Sistematika Penulisan 16

    1.11 Rumusan 17

  • 3

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Antara kejayaan akademik dan kejayaan sahsiah, sudah jelas yang menjadi pilihan ibu bapa

    dan para pelajar ialah kejayaan akademik. Itu merupakan ukuran kejayaan seseorang pelajar di

    peringkat sekolah lagi sehingga di universiti. Ibu bapa pasti akan merasa bangga dengan

    kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Kejayaan akademik dinilai melalui peperiksaan

    yang diadakan sepanjang persekolahan atau pengajian seseorang pelajar. UPSR menjadi penilai

    kejayaan akademik anak-anak di peringkat sekolah rendah. PMR pula adalah garis penilaian

    kejayaan pelajar-pelajar di peringkat menengah rendah, manakala SPM pula tahap yang menilai

    kejayaan pelajar peringkat menengah tinggi. Begitu juga dengan STAM atau STPM dan

    seterusnya pengajian di IPTA/IPTS.

    Namun tidak ramai yang memberi nilai tinggi terhadap perkembangan sahsiah, harga diri dan

    kepimpinan seseorang anak atau pelajar. Mungkin pihak sekolah, terutama sekolah berasrama

    penuh, memberikan sedikit penekanan kepada aspek pembinaan sahsiah diri dan kepimpinan.

    Tetapi majoritinya tidak ramai yang memberi perhatian mendalam di dalam aspek berkenaan.

    Bagaimana pula dengan mahasiswa di institut pengajian tinggi?. Mahasiswa yang cemerlang

    akademiknya belum pasti menjamin kecemerlangan sahsiah dirinya. Justeru itu semua pihak

    terutama ibu bapa dan pihak universiti perlu mengambil peranan untuk memastikan mahasiswa

    disediakan dengan latihan dan aktiviti yang berfaedah seperti kokurikulum supaya turut

    cemerlang dari segala aspek kehidupan terutamanya sahsiah diri.

    Dari sudut kepimpinan pula merupakan antara aspek yang mendapat perhatian pelbagai pihak

    dalam menyediakan golongan muda yang juga terdiri dari kalangan mahasiswa sebagai golongan

    yang bakal menjadi pemimpin negara. Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses

    mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang

    ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang

    cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Abdullah, 2008).

    Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma.

    Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang.

    Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semula jadi,

  • 4

    sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman

    persekolahan (Khairina, 2009).

    Justeru, pelajar perlu mempersiapkan diri dengan segala keperluan asas yang merangkumi

    tiga fakulti keinsanan iaitu rohani, jasmani dan intelek. Pelajar perlu memahami falsafah di

    sebalik pengajaran dan pembelajaran yang dilalui di sekolah. Pendidikan menjadi alat ataupun

    mekanisme utama ke arah membentuk individu yang berilmu, beretika tinggi dan berdaya saing.

    Di samping itu, mereka perlu meletakkan diri sebagai global player dalam mendepani dunia

    tanpa sempadan atau cabaran globalisasi. Sejarah silam menunjukkan bahawa pendidikan

    menjadi teras dalam pembangunan individu yang kental, pembinaan masyarakat yang utuh dan

    pembentukan kehidupan negara harmoni. Dunia hari ini amat memerlukan keperibadian pelajar

    yang ampuh daripada aspek keintelektualan, keterampilan dan keteguhan sahsiah. Semua ini

    hanya boleh dicapai jika bermula dengan penghayatan kepada ilmu serta memiliki kefahaman

    yang jelas terhadap konsep ilmu sebenar yang perlu kepada keseimbangan aspek rohani, jasmani

    dan intelek.

    Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang

    berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan

    pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat

    diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu

    pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah.

    Pengawas dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam

    membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input

    kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut

    sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

    1.2 Latar belakang kajian

    Sekolah Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan telah ditubuhkan pada tahun 1938. Asal sekolah

    ini diasaskan Almarhum Tuan Haji Wan Adam Haji Wan Abdullah,anak tempatan Pasir Pekan,

    seorang tuan guru yang terkenal pada masa itu.

    Penubuhan awal sekolah ini di akhir tahun 1938 dengan nama Madrasah Falahiah Pasir Pekan.

    Tuan Guru Haji Wan Adam sendiri sebagai guru besarnya. Muridnya seramai lebih kurang 30

  • 5

    orang (1 kelas sahaja). Beberapa tahun kemudian, sekolah ini diambil alih oleh Majlis Agama

    Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

    Apabila Tuan Guru Haji Wan Adam meninggal dunia pada tahun 1957, digantikan dengan ustaz

    Haji Wan Mahmud bin Wan Muhammad sebagai mudir sehinnga 1969. Kemudian ustaz Haji

    Muhammad Radhi Haji Ishak hingga pertengahan tahun 1972. Selepas itu,disandang pula oleh

    ustaz Haji Wan Omar Ismail hingga bulan Mac 1977.

    Pada tahun 1974, Madrasah Falahiah ditadbir oleh Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA)

    sehingga 1978, kemudian ditukar nama kepada Yayasan Islam Kelantan pada tahun 1979.

    Sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Malaysia pada 1983 dengan Almarhum ustaz

    Haji Wan Lokman Wan Ahmad sebagai mudir, apabila beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan

    ke tempat lain, jawatan ini digantikan oleh ustaz Haji Mustafa Haji Nik Abdul Rahman.

    Pada tahun 1984, pelajar-pelajar sekolah ini telah di pindahkan ke bangunan lain yang disediakan

    oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak jauh dari tapak bangunan asal yang diberi nama

    S.M.K.A Falahiah. Pada tahun 1985, bangunan Madrasah asal ditempatkan pelajar lelaki dari

    Maahad Muhammadi Lelaki iaitu pelajar tingkatan enam bawah dan enam atas sahaja kerana

    kelas yang ada di Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Pengkalan Chepa tidak mencukupi.

    Walaubagaimanapun,kedua-dua diletakkan dibawah satu pentadbiran (seorang pengetua) iaitu

    Tuan Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad hinggalah ke tahun 1988.

    Pada tahun 1989, sekolah ini telah ditempatkan pelajar lelaki dan perempuan dengan nama

    Maahad Muhammadi Pasir Pekan hingga tahun 1994. Pada tahun 1995, pelajar lelaki disatukan

    ke bangunan Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Pengkalan Chepa manakala disini dikhaskan

    untuk pelajar perempuan sahaja,atas nama Maahad Muahammadi Pasir Pekan. Ini bertepatan

    dengan hasrat Yayasan Islam Kelantan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar

    perempuan khasnya yangt tinggal di seberang jambatan Sultan Yahya Petra untuk belajar disini.

    Alfadhilah ustazah Mariam Omar memegang jawatan pengetua bermula 20 Februari 2000

    sehingga 30 oktober 2004 dan dengan Puan Hajjah Che Zainah Ab.lah pada 1 November 2004

  • 6

    sehingga Disember 2008 dan digantikan pula dengan Alfadhil ustaz Muslim bin Che Yusof

    sebagai mudir sehingga sekarang.

    Bilangan pelajar sekolah ini dalam masa enam tahun kebelakangan ini lebih daripada 900-1000

    orang dan bilangan gurunya 61 orang. Sekolah ini mempunyai 3 bangunan yang menyelesakan

    iaitu bangunan A,B dan C. Jika ditinjau dari aspek kedudukan dan fizikal,bangunan A yang

    asalnya telah dirobohkan dan kini telah didirikan bangunan A yang baru di duduki selama satu

    tahun oleh pelajar tingkatan 5 dan 6. Bangunan A adalah sebuah bangunan 2 tingkat dan

    merupakan bangunan utama bagi sekolah ini. Bangunan ini telah di bina sekitar tahun 2007 dan

    mula diduduki pada tahun 2008. Perbelanjaan bagi pembinaan bangunan ini dianggarkan

    sebanyak RM200 000. Manakala bangunan C pula terletak di belakang bangunan B dan

    berhadapan dengan bangunan A. Kos perbelanjaan adalah hasil kutipan derma orang ramai dan

    sumbangan YIK. Kerja pembinaan di jalankan pada tahun 1991 dan siap pada tahun itu juga.

    Pada 26 Januari 1992,bangunan ini mula digunakan sepenuhnya.

    Pada awal tahun 1993, bangunan B dirobohkan untuk didirikan bangunan baru bagi menampung

    jumlah pelajar yang semakin meningkat. Bangunan baru tiga tingkat ini menelan belanja

    sebanyak RM1.5 juta, hasil sumbangan daripada YIK dan orang ramai. Bangunan ini siap dibina

    pada tahun 1995 dan telah dirasmikan oleh Menteri Bsar Kelantan, YB Tuan Guru Nik Abdul

    Aziz Nik Mat. Pada hari sabtu,11 Rabiulawal 1417 Hijrah bersamaan 27 Julai 1996, bangunan

    ini sekali lagi telah dicemar duli oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Satu

    blok bangunan 3 tingkat yang terdiri daripada kantin, musolla dan dewan terbuka telah didirikan

    pada tahun 1999 yang menelan belanja lebih daripada RM100 ribu hasil kerjasama PIBG dan

    YIK. Pada tahun 2002, bangunan kantin dan musolla telah siap dibina sepenuhnya dan dewan

    terbuka pula pada tahun 2004.

    Pada awal tahun 2007 bangunan asrama sekolah mula dibina.Anggaran kos perbelanjaan pula

    adalah sebanyak RM300 ribu. Bangunan asrama sekolah dapat didirikan hasil kutipan derma

    orang ramai. Pada tahun 2008, asrama sekolah atau dikenali Maskan Tuan Haji Wan Adam mula

    diduduki oleh para pelajar yang datang dari luar negeri mahupun dalam negeri.Bangunan asrama

    terletak disebelah bangunan B dan bangunan ini adalah bangunan empat tingkat. Asrama juga

    dilengkapi dengan musolla dan tandas. Manakala tingkat paling atas adalah ruang serbaguna

    untuk kemudahan para pelajar asrama. Di samping itu tingkat yang paling bawah pula dijadikan

  • 7

    kedai untuk disewakan kepada orang awam. Pelajar asrama dianggarkan seramai 100 orang

    termasuk warden.

    Dengan kemudahan yang telah disediakan, ia telah dapat membantu para pelajar dan

    pembelajaran mereka. Mereka dapat menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik dan

    mempunyai akhlak yang mulia hasil daripada kerjasama semua pihak terutama pihak guru dan

    para pelajar. Dengan pencapaian akedemik pelajar cemerlang, ini telah membuktikan bahawa

    pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan juga adalah pelajar yang mampu menaikkan

    martabat sekolah ke peringkat yang lebih baik dan mampu merealisasikan harapan sekolah

    samada dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

    Dengan permasalahan yang dibentangkan telah muncul suatu persoalan, iaitu sejauh

    manakah pembinaan Maahad Muhammadi Pasir Pekan ( MMPP ) telah memenuhi matlamatnya

    dalam melahirkan kepimpinan pelajar bersahsiah mulia dengan keputusan peperiksaan yang

    cemerlang. Oleh itu satu kajian lanjutan perlu dilakukan mengenai sahsiah kepimpinan pelajar

    Maahad Muhammadi Pasir Pekan ( MMPP ).

    1.3 Pernyataan masalah

    Kajian mengenai sahsiah kepimpinan pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan (MMPP)

    sehingga kini belum pernah lagi dilakukan. Maklumat-maklumat awal mengenai sahsiah

    kepimpinan pelajar diperolehi dengan mendapatkan maklumat daripada buku-buku, kertas kerja-

    kertas kerja yang lalu, internet dan maklumat daripada pihak sekolah. Kajian ini dibuat

    memandangkan sahsiah kepimpinan pelajar di sekolah ini semakin menyerlah bakat kepimpinan

    mereka dalam kalangan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

    Umum diketahui bahawa setiap pelajar adalah pewaris yang akan membangunkan

    sesebuah negara. Namun, adakah pelajar yang dikatakan sebagai pewaris dapat menjadi

    pemimpin yang berkualiti dalam membangunkan sesebuah negara? Bagi membangunkan

    sesebuah negara, memerlukan seseorang yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

    mencakupi semua aspek iaitu kewibawaan, intelek, sahsiah dan rohani. Pelbagai inisiatif telah

    diatur di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bagi menggalakkan nilai-nilai kepimpinan

  • 8

    dalam institusi pendidikan di Malaysia. Bermula dengan tertubuhnya Majlis Perwakilan Pelajar

    (MPP) yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin mereka. Hal ini telah

    mendidik golongan pelajar agar bersifat lebih rasional dan bijak dalam memilih pemimpin

    mereka. Bagi para calon yang bertanding, mereka perlulah mengadakan kempen dan

    mengemukakan manifestor yang realistik, poster dan sebagainya. Hal ini merupakan satu latihan

    awal untuk para pelajar memilih atau menjadi pemimpin yang hebat dan berkualiti. Bak kata

    pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lebih membanggakan lagi, melalui sistem di

    MRSM, pendedahan berbentuk demokrasi ini sudah diajar bermula di tingkatan satu lagi.

    Bertitik tolak dari situlah, hari ini semakin banyak sekolah di bawah Kementerian Pelajaran

    Malaysia yang mengaplikasikan sistem sebegini rupa. Hal ini merupakan satu bentuk reformasi

    yang baik bagi bersama-sama kita melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti.

    Bahkan slot pidato di bawah akta AUKU 1971 juga telah dibenarkan semula di mana-

    mana IPT. Slot ini dirancang untuk menggalakkan pemikiran yang matang, kritis dan kritikal

    dalam kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk melahirkan golongan yang bijak dan mempunyai

    tahap pemikiran yang di luar kotak dan berintelektual tinggi. Selain itu, terdapat juga persatuan-

    persatuan pelajar yang ditubuhkan bertujuan mengemukakan ideologi, pemikiran dan luahan rasa

    golongan pelajar terhadap segala dasar-dasar kerajaan. Misalnya, Gabungan Pelajar

    Semenanjung Malaysia (GPSM) yang sentiasa duduk semeja bersama-sama pemimpin negara

    membincangkan isu-isu yang berteraskan institusi pendidikan dan hal pelajar. Hal ini merupakan

    satu indikator yang baik dan memberangsangkan damlam membentuk nilai-nilai kepimpinan

    dalam kalangan pelajar.

    Sedarkah bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola,

    zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih

    menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia moden kini, modal insan

    bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam membentuk

    ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang perlu diaplikasikan, subjek Sivik dan

    Kewarganegaraan mesti dimantapkan, pengisian kokurikulum diperhebatkan, Dasar 1 Murid 1

    Sukan telah dilancarkan, kempen budi bahasa telah dijayakan, bahkan disiplin pelajar perlu

    ditingkatkan.

  • 9

    Lantaran itulah, sistem pendidikan terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang

    kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh,

    menerusi transformasi pendidikan yang mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar seperti

    Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato Nicol Ann David, lebih ramai

    tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf.

    Hakikatnya jelas, sahsiah kepimpinan yang unggul dapat Melahirkan Modal Insan Gemilang

    yang berkualiti Demi Memacu Kejayaan Negara Terbilang.

    Oleh itu, pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi yang simbiotik antara institusi

    pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan kemenjadian pelajar bakal pemimpin

    turut berkualiti. Apabila kesemua ramuan ini mampu diadun bersama, maka pendidikan akan

    menjadi lebih bermakna sekaligus dapat melahirkan pelajar sebagai pewaris pemimpin yang

    berkualiti.

    1.4 Objektif Kajian

    1.4.1 Objektif Umum

    Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar, guru dan pentadbir sekolah dalam

    pembentukan sahsiah kepimpinan pelajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

    1.4.2 Objektif khusus

    1.4.2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.

    1.4.2.2 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.

    1.4.2.3 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan role model oleh orang lain.

    1.4.2.4 Membina individu yang berkeyakinan dan berktrampilan dalam potensi diri.

    1.4.2.5 Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan

    tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.

  • 10

    1.5 Persoalan kajian

    Berdasarkan objektif-objektif di atas, kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan

    berikut:

    1.5.1 Mampukah pimpinan pelajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan membina daya

    kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.

    1.5.2 Apakah usaha pihak sekolah dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi

    yang berkesan dalam kalangan pimpinan pelajar.

    1.5.3 Sejauhmanakah pemimpin pelajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan dapat dijadikan

    role model oleh orang lain.

    1.5.4 Cara bagaimanakah untuk membentuk kepimpinan pelajar merasa berkeyakinan dan

    berktrampilan dalam sahsiah atau potensi diri mereka.

    1.5.5 Sejauhmanakah perbezaan dapat dilihat setelah pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan

    apabila dilantik menjadi salah seorang pimpinan pelajar sekolah.

    1.6 Kepentingan Kajian

    Daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak pentadbir sekolah untuk

    mencari suatu penyelesaian terhadap bakat kepimpinan pelajar sekaligus meningkatkan sahsiah

    kepimpinan pelajar seterusnya memudahkan urusan organisasi sekolah menguruskan perjalanan

    aktiviti di sekolah tersebut. Ini untuk mengembalikan matlamat penubuhan Maahad Muhammadi

    Pasir Pekan oleh kerajaan negeri supaya menjadi model sebagai Sekolah Menengah Agama

    Kerajaan Negeri yang unggul. Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai maklum balas

    kepada pihak pengetua sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat tentang keadaan sebenar yang

    terdapat di sekolah dengan harapan mereka lebih prihatin terhadap pembinaan sahsiah pelajar.

    Seterusnya laporan kajian ini diharap akan menjadi blue print kepada sekolah lain yang

    menghadapi masalah membentuk sahsiah kepimpinan pelajar.

    1.7 Batasan kajian

    Kajian ini tertumpu kepada sahsiah kepimpinan pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan yang

    terdiri daripada kalangan pimpinan sekolah daripada tingkatan 2 sehingga tingkatan 6 iaitu

    seramai 100 orang pimpinan perempuan sahaja, ini kerana pelajar Maahad Muhammadi Pasir

  • 11

    Pekan hanya dihuni oleh pelajar perempuan sahaja. Subjek kajian adalah terbatas kepada tiga

    kumpulan seperti berikut:

    i. Pimpinan pelajar asrama MMPP.

    ii. Pimpinan pelajar sekolah MMPP.

    iii. Warden asrama MMPP yang dipilih.

    iv. Pentadbir dan guru-guru MMPP yang dipilih; dan

    Dua set soal selidik digubal khas untuk mengumpul data tentang sahsiah kepimpinan pelajar

    Maahad Muhammadi Pasir Pekan. Masa kajian dijalankan bermula 15 Januari hingga 16

    Februari 2015.

    1.8 Definisi Konsep

    Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini agar pembaca dapat

    gambaran jelas mengenainya. Kajian bertajuk:

    SAHSIAH KEPIMPINAN PELAJAR DI MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN,

    KOTA BAHARU KELANTAN"

    1.8.1 Sahsiah

    Sahsiah atau personaliti mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan,

    2001, 1169). Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini

    bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih

    kurang sama dari sehari ke sehari (Khairina, 2009:50). Kagan (1988) mentakrifkan sahsiah

    sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,

    bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan alam sekitar. Begitu juga menurut takrifan EE Ah

    Meng (1997:131) yang mengatakan sahsiah merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang

    individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,

    kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Menurut Gordon (1973: 14-15) sahsiah adalah apa yang

    sebenarnya terdapat dalam diri seseorang. Seterusnya beliau menyatakan bahawa sahsiah adalah

    sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan

    tingkahlaku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh

    berlaku di dalam kualiti tingkahlaku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa

    semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya pujuk adalah saling berkait. Sistem psikofizikal

    pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan emosi dan sentimen yang

  • 12

    terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan

    tubuh badan.

    Daripada definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa sahsiah merujuk kepada

    perwatakan dan tindakan individu bergantung kepada keadaan, situasi dan juga persekitaran.

    Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenal pasti dan seterusnya boleh diperihalkan (Asmah &

    Herman,1995:29).

    1.8.2 Kepimpinan

    Kepimpinan adalah suatu subjek yang menjadi perhatian umum. Secara umumnya, kepimpinan

    menggambarkan sesuatu yang berkuasa, individu yang dinamik, empayar korporat yang

    diibaratkan seperti mencakar langit dan sebagainya. Al. Ramaiah (2004) menyatakan kepimpinan

    adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dalam konteks sekolah, Al. Ramaiah (2004)

    menjelaskan kepimpinan merujuk kepada satu aspek tingkah laku pelajar dan juga sejenis

    pengaruh. Kepimpinan Pelajar disifatkan sebagai kepimpinan formal kerana bergantung kepada

    kedudukan formal dalam struktur organisasi badan induk sekolah.

    Terma atau definisi kepimpinan bergantung kepada seseorang individu, di mana setiap

    individu mempunyai pandangan mereka yang tersendiri terhadap definisi kepimpinan.

    Tannenbaum et al. (1961 dalam Gary Yukl, 2002 ) mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh

    interpersonal, di mana individu tersebut dilatih dan dilaksanakan secara langsung menerusi

    proses komunikasi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diingini. Kepimpinan merupakan

    suatu proses yang kompleks di mana seseorang itu mampu mempengaruhi orang lain bagi

    mencapai misi, tugasan atau objektif bagi sesebuah organisasi. Pendapat tokoh yang terdapat

    dalam Gary Yukl (2002) menyatakan:

    Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti

    kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama.

    (Hemphill & Coons, 1957:7 dipetik dari Gary Yukl, 2002)

    Menurut Stogdills (2008), kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti

    sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi.

  • 13

    Mohamed (2003) mendefinisikan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi orang supaya

    berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan .

    Menurut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004), kepimpinan boleh menentukan

    sama ada satu-satu entiti itu berjaya atau gagal. Kepimpinan yang bijak dapat memberi wawasan

    dan pemisi dan dorongan yang baik kepada kakitangan dan dapat mengembleng seluruh tenaga

    ukiran strategik kepada sesuatu pertubuhan. Selain itu, kepimpinan yang berwibawa dapat

    memberi inpirasi dan dorongan yang baik kepada kakitangan dan dapat menggembleng seluruh

    tenaga pertubuhan untuk bergerak pantas ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Yukl pula,

    (2002, hal. 3) telah mengumpulkan beberapa pandangan sarjana mengenai definisi

    kepemimpinan ini, di antaranya :

    1. Kepemimpinan adalah tingkah laku seseorang individu yang membentuk pengarahan segala

    aktiviti dalam kumpulan bagi tujuan mencapai perkongsian matlamat (Hemphill & Coons, 1957,

    hal.7)

    2. Kepemimpinan merupakan latihan kepada seseorang dari segi politik, psikologi dan sumber

    lain bagi tujuan memotivasikan pengikutnya (Burns, 1978, hal.18).

    3. Kepemimpinan merupakan proses untuk mempengaruhi segala aktiviti dalam organisasi bagi

    mencapai matlamat bersama (Rauch & Behling, 1984, hal 46).

    4. Kepemimpinan adalah proses untuk mencapai pengarahan yang Berjaya dalam bentuk kolektif

    bagi mendapatkan sesuatu matlamat (Jacobs & Jaques, 1990, hal. 281).

    5. Kepemimpinan adalah satu proses membentuk satu perasaan dalam kumpulan yang dapat

    menyatukan rasa persefahaman dan komited dalam mencapai sesuatu tujuan (Drath & Pulus,

    1994, hal. 4)

    6. Kepemimpinan merupakan satu daya penarik membentuk minat pengikut, memotivasi dan

    meningkatkan penglibatan yang lebih berkesan di kalangan pengikut dalam organisasi (House, et

    al., 1999).

    Jelasnya, maksud kepemimpinan ini dapat diterjemahkan dalam berbagai bentuk dan

    perspektif bergantung kepada mereka yang ingin menterjemahkannya. Namun, apa yang jelas,

    kepemimpinan ini selalunya dikaitkan dengan hubungan antara pemimpin dan pengikut dari

    sudut kemanusiaan, psikologi, stail interaksi, persepsi di antara mereka, bentuk hubungan,

    pengaruh yang diwujudkan dan sistem pentadbiran yang dipratikkan.

  • 14

    1.8.3 Pelajar

    Pelajar menurut kamus dewan ialah orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut

    maktab dan sebagainya) atau orang yang mengkaji ilmu (menyelidiki ilmu). Pelajar dalam kajian

    ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama

    Kerajaan Johor, Kluang, Johor.

    1.8.4 Maahad Muhammadi Pasir Pekan

    Maahad Muhammadi Pasir Pekan merupakan tempat tumpuan kajian penulis. Sekolah yang

    terletak di Pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1938. Asal sekolah

    ini diasaskan Almarhum Tuan Haji Wan Adam Haji Wan Abdullah,anak tempatan Pasir Pekan,

    seorang tuan guru yang terkenal pada masa itu.

    Penubuhan awal sekolah ini di akhir tahun 1938 dengan nama Madrasah Falahiah Pasir

    Pekan. Para pelajar di sekolah ini semuanya telah menamatkan persekolahan di peringkat rendah

    dan syarat kemasukan adalah berdasarkan 2A keputusan UPSR. (sila rujuk sejarah penubuhan di

    1.2 Latar Belakang Kajian ).

    1.9 Kajian Lepas

    Sekolah merupakan suatu organisasi yang berperanan membentuk proses sosialisasi dengan

    budayanya yang tersendiri. Oleh itu kajian mengenai sahsiah pelajar di sekolah mestilah melihat

    sekolah sebagai suatu organisasi sosial yang mempunyai struktur pentadbiran yang tersendiri. Di

    samping sekolah berfungsi sebagai sebuah organisasi yang formal, sekolah juga merupakan

    sebuah organisasi tidak formal yang wujud akibat daripada berlakunya interaksi sosial iaitu

    proses di mana manusia bertindak atau bertindakbalas dengan orang lain antara individu atau

    kumpulan dalam organisasi itu (Nasurdin, 2006).

    Menurut Paul B. Horton (2000:296) sistem interaksi di sekolah boleh dilihat sekurang-

    kurangnya dari dua perspektif iaitu interaksi antara pelajar di dalam sekolah tersebut dengan

    pelajar sekolah lain atau interaksi antara pelajar dalam sekolah yang sama. Melalui kegiatan atau

    aktiviti di sekolah yang sentiasa dipenuhi oleh interaksi sosial, komunikasi dan kerjasama antara

    ahli-ahli akan membantu pembentukan sahsiah para pelajar dalam suatu organisasi sekolah

    tersebut. Perkembangan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri

  • 15

    samaada perubahan itu positif atau ke arah negatif. Seandainya perubahan itu wujud ke arah

    positif maka ianya akan berusaha agar dapat berdikari dengan segala nilai positif yang murni

    (Yahya, 2007). Dengan itu sekolah berfungsi sebagai tempat untuk membentuk masyarakat

    pelajar yang sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan dan pembaharuan.

    Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1994:153) pula pembinaan sahsiah terdiri daripada

    empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan

    moral) dan penampilan (mazhar). Manakala Jaafar (2008: 34) menyatakan bahawa proses

    perkembangan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses perkembangan insan Allah

    yang cemerlang, diikuti dengan proses perkembangan anak cemerlang dan seterusnya proses

    perkembangan individu cemerlang. Islam melihat pembangunan sahsiah seseorang bukan sahaja

    berdasarkan kepada pembangunan insan dari aspek jasmani, naluri dan akal tetapi juga dalam

    aspek kerohanian. Imam al-Ghazali melihat pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan

    aspek diri individu iaitu pengetahuan agama, akidah, ibadah, penghayatan al-Quran, adab

    kehidupan, kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak dan

    budi pekerti dan pembangunan jiwa dan hati. Bagi Imam al-Nawawi pula melihat pembangunan

    sahsiah terangkum dalam lapan aspek yang utama iaitu aspek pembangunan akhlak kepada

    Tuhan, akhlak sesama insan, sosial, adab kehidupan, ibadat, jihad, ilmu dan pengetahuan batasan

    agama (Kamarul Azmi, 2001 :20).

    Dari sudut pengkaji Barat pula seperti Mark, Weber dan Maslow berpendapat

    pembangunan manusia lebih kepada perjuangan memenuhi keperluan jasmani manusia itu

    sendiri seperti memenuhi keperluan fizikal dan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa

    dan agama di samping meningkatkan kelas sosial ekonomi yang menjadi tunjang dalam

    menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Husin 2003).

    Menurut penyelidikan yang dilakukan di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,

    Ayesha Dias (http://www.undp.org/hdro/Dias2000.html) menyatakan pembangunan manusia

    diukur kepada peningkatan pembangunan dalam empat aspek. Aspek pertama adalah aspek

    pembangunan sosial seperti kekurangan kemiskinan, populasi yang dinamik, pendidikan,

    kesihatan dan perumahan. Kedua, aspek pembangunan ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar

    Negara, perubahan penggunaan barangan dan penggunaan transaksi berteknologi. Ketiga, aspek

    pembangunan persekitaran, sumber air bersih, lautan, sungai, penggunaan dan pengurusan tanah,

    kepelbagaian dalam biologi, bioteknologi, pertanian, sistem pembuangan yang cekap seperti

  • 16

    sampah sarap, sisa toksid, bahan kimia dan bahan radioaktif. Keempat dan terakhir sekali ialah

    aspek pembangunan institusi seperti integrasi persekitaran, dan

    peningkatan dalam membuat keputusan, institusi yang saintifik, institusi yang berdaftar dan

    kapasiti bangunan.

    Jika ditinjau dari sudut pengkaji Islam dan Barat, pembangunan diri pelajar yang selari

    dengan Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dan

    cemerlang sekaligus menghilangkan sama sekali masalah sosial dikalangan pelajar.

    Pembentukan sahsiah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ciri-ciri biologi yang

    diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya (,Razali 2006). Begitu juga menurut Khairina (2009)

    yang menyatakan bahawa pembentukan sahsiah adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

    Masalah sosial ialah gejala abnormal atau tingkahlaku yang tidak bermoral dan bersifat

    merosakkan (Yahya, 2007: 153). Oleh itu masalah sosial dalam sekolah yang dianggap masalah

    sosial sekolah ialah tingkahlaku yang menyimpang daripada norma-norma dan nilai-nilai yang

    telah ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

    Dalam konteks kajian yang akan dilakukan berkisar dalam lingkungan sekolah seperti

    kehidupan di asrama dan sekolah serta aktivitinya, kemudahan yang disediakan, peranan guru-

    guru dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah yang memainkan

    peranan dalam pembentukan sahsiah pelajar.

    1.10 Sistematika Penulisan

    Skripsi ini disusun dalam lima bab yang saling berkaitan antara bab satu dengan bab lainnya, dan

    tiap-tiap bab terdiri daripada beberapa sub bahagian yang disusun secara sistematika sebagai

    berikut:

    Bab pertama merupakan Pendahuluan, bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang

    kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian,

    definisi konsep, kajian lepas, sistematika penulisan dan rumusan.

    Bab kedua mengemukakan hakikat sahsiah yang mengandungi pengertian sahsiah,

    sumber dan jenis-jenis sahsiah serta kepentingan sahsiah. Selain itu disertakan juga hakikat

    pelajar iaitu pengertian dan dasar-dasar keperluan pelajar menjadi pemimpin. Dan yang terakhir

  • 17

    mengandungi pengaruh sahsiah dalam kepimpinan pelajar yang terdiri daripada kerangka berfikir

    dan hipotesa penelitian.

    Bab ketiga mengandungi tentang gambaran umum Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan

    metodologi kajian yang terdiri daripada waktu dan tempat kajian, populasi dan sampel, teknik

    pengumpulan data dan teknik analisa data.

    Bab keempat merupakan gambaran pengolahan data, analisa data dan interpretasi data

    serta ulasan.

    Bab kelima merupakan bab terakhir ini berisi tentang kesimpulan dan saranan penulis.

    1.11 Rumusan

    Bagi mencapai pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah dinamik, mempunyai

    kepimpinan berkesan, berkualiti dan cemerlang serta perubahan yang berlaku dirancang,

    dilaksanakan dan dipantau secara sistematik supaya menjadi institusi penghasilan generasi

    cemerlang, terbilang, gemilang dan berakhlak mulia. Malahan cabaran dalam sesebuah

    organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan kearah

    menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam

    sesebuah organisasi bagi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga organisasi.

    Pemimpin merupakan unsur terpenting dalam sesebuah organisasi untuk mewujudkan iklim

    disiplin yang baik. Oleh yang demikian, kepimpinan pelajar harus diberi latihan dan input

    kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin dalam

    kalangan pelajar sekolah amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua

    pihak. Kepimpinan pelajar perlu dipupuk seawal peringkat sekolah rendah lagi iaitu setiap anak-

    anak perlu dibina sahsiah kepimpinan mereka.

  • 18

    RUJUKAN

    Abdul Aziz Yusof (2003). Kepimpinan rumahtangga menuju kebahagiaan. Kuala Lumpur :

    ISBA Publication.

    Abdullah Ahmad Badawi (2004). Dasar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Mingguan Malaysia. 8 Februari 2004.

    Abdullah, A. G., Aziz, A. R. A. & Ahmad, M. Z. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam

    Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publislishing Sdn. Bhd.

    Al. Ramaiah (2009). Kepimpinan Pendidikan. Puchong: IBS Buku Sdn. Bhd.

    Bass, B.M (1990). Bass and Stogdills handbook of leadership : Theory, research and

    managerial application. 3th.

    Husin Mahmood, (2003). Kepimpinan Berkesan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka.

    Jaafar Muhammad (2008). Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

    Jurnal Akademik IPGM Kampus Kota Bharu Bil. 1/2009.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

    Puterajaya: Perpustakaan Negara Malaysia.

    Khairina Yasin (2009). Kepemimpinan dinamik. Berita Harian 8-September-2009.

    Kamarul Azmi (2008). Komunikasi kepemimpinandari perspektif Islam. Majalah

    Pengembangan, No.7. (2). UPM, Serdang, Selangor : Pusat Pengembangan

    Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan.

    Mohamed, B. (t.th). Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV. Johor: Penerbitan UTHM.

    Nasurdin, A. M., Osman, I. & Ahmad, Z. A. (2006). Penghantar Pengurusan. Kuala Lumpur:

    Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Razali Mat Zan (2006). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and

    Distributors Sdn. Bhd.

    Yahaya, A., Yahaya, N., & Ismail, S. (2007). Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan

    Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, di beberapa Buah

    Sekolah Terpilih di Negeri Sembilan.

    Yukl, G. (2002). Leadership in organizations. 5th edition. New York: Prentice-Hall

    International, Inc.