kejohanan mini olahraga laporan individu i.docx

11
KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PPG IPG KAMPUS KENT AMBILAN JUN 2013 ( 16 MAC 2013 ) Laporan Kejohanan Mini Olahraga Padang & Balapan PPG IPG Kent Ambilan Jun 2013 Tarikh : 16 Mac 2013 Hari : Sabtu Masa : 7.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Padang IPG Kampus Kent Pada 13 Mac 2013 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, PPG IPG Kampus Kent, buat julung kalinya telah melaksanakan Kejohanan Mini Olahraga Padang & Balapan bertempat di padang IPG Kent, Tuaran dengan meriah dan penuh bermakna. Acara meriah ini ini telah diadakan dalam keadaan cuaca yang cerah cukup mengizinkan untuk menjalankan kejohanan dengan jayanya. Kami sebagai pelatih PPG bagi IPG Kampus Kent telah diberi kepercayaan untuk menganjur dan mengelola bersama kejohanan Mini Olahraga selaras dengan modul PPG yang kami ikuti. Sebelum kejohanan ini bermula, semua warga PPG telah dibahagikan kepada empat buah rumah iaitu Rumah Hijau, Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.

Upload: robiyahbaco

Post on 26-Dec-2015

166 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PPG IPG KAMPUS KENT AMBILAN JUN 2013 ( 16 MAC 2013 )

Laporan Kejohanan Mini Olahraga Padang & Balapan PPG IPG Kent Ambilan Jun

2013

Tarikh : 16 Mac 2013

Hari : Sabtu

Masa : 7.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Padang IPG Kampus Kent

Pada 13 Mac 2013 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, PPG IPG Kampus

Kent, buat julung kalinya telah melaksanakan Kejohanan Mini Olahraga Padang &

Balapan bertempat di padang IPG Kent, Tuaran dengan meriah dan penuh bermakna.

Acara meriah ini ini telah diadakan dalam keadaan cuaca yang cerah cukup

mengizinkan untuk menjalankan kejohanan dengan jayanya.

Kami sebagai pelatih PPG bagi IPG Kampus Kent telah diberi kepercayaan untuk

menganjur dan mengelola bersama kejohanan Mini Olahraga selaras dengan modul

PPG yang kami ikuti.

Sebelum kejohanan ini bermula, semua warga PPG telah dibahagikan kepada empat

buah rumah iaitu Rumah Hijau, Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.

Kejohanan mini olah raga yang buat julung kalinya ini, amat bermakna bagi kami

pelatih PPG. Kami yang datang dari seluruh pelusuk Sabah dan Daerah Lawas di

Sarawak telah berjaya berkumpul dan menjayakan bersama di satu lokasi yang indah

iaitu di Padang IPG Kampus Kent

Page 2: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Dengan penuh semangat kesukanan dan kekitaan, kami warga PPG berkumpul seawal

7.00 pagi di Padang IPG. Tanpa mengira tugas dan jawatan, kami saling bantu

membantu membuat persiapan akhir sebelum acara dimulakan.

Sebelum acara rasmi, dimulakan , Setiap ketua rumah yang terdiri daripada Rumah

Kuning, Hijau, Merah dan Biru telah mengemaskini senarai peserta bagi setiap acara.

Antara acara yang dipertandingkan ialah :

1. Lompat jauh kategori lelaki dan perempuan

2. Lontar peluru kategori lelaki dan perempuan3. Lari 60 meter kategori lelaki dan perempuan4. Lari berganti-ganti 8 X 50 meter (acara campuran)

5. Lompat tinggi kategori lelaki dan perempuan

Acara telah dimulakan se awal pukul 8.00 pagi. Masing-masing mengambil tempat

mengikut acara yang disertai. Pingat pertama diperolehi ialah daripada acara lompat

jauh perempuan. Untuk memastikan perancangan masa mengikut jadual, diadakan

dua acara serentak iaitu acara lompat jauh dan lontar peluru.

Selesai acara lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori lelaki dan perempuan,

menyusul pula acara lompat tinggi, Acara ini merupakan acara yang paling mencabar

khususnya bagi peserta perempuan memandangkan faktor usia masing-masing.

Bagaimanapun, dengan semangat kesukanan yang kental penyertaan tetap

menggalakkan.

Acara lari pecut 60 meter lelaki dan perempuan diadakan sejurus selepas acara

lompat tinggi selesai. Suasana semakin meriah, bila mana peserta perempuan yang

merupakan kaum ibu-ibu terus bersemangat menunjukkan bakat yang telah lama tidak

diuji. Walaupun tidak dapat menyamai rekod larian di zaman sekolah, namun

semangat dan bakat tetap menyerlah. Begitu juga dengan peserta lelaki yang tidak

kurang hebatnya.

Page 3: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Acara kemuncak mini olahraga pada kali ini ialah acara 8 X 60 meter campuran.

Dalam acara ini setiap rumah berusaha untuk meraih kemenangan. Persaingan yang

betul-betul senget dapat dilihat di antara semua wakilrumah masing-masing.

Acara ini juga merupakan acara penentu juara rumah antara biru dan kuning

yang setakat ini terikat dengan mata yang sama. Namun akhirnya kemenangan

berpihak kepada rumah Kuning.

Maka dengan rasminya kejohanan mini olahraga pada kali ini diungguli oleh

pasukan Rumah Kuning dengan kutipan 4 dari 9 pingat emas . Keputusan lengkap

adalah seperti berikut:

Johan: Rumah Kuning

Naib Johan: Rumah hijau

Ketiga: Rumah Biru

Selesai acara pertandingan, Warga PPG dan pensyarah-pensyarah yang hadir

menikmati jamuan ringan yang disediakan. Setelah itu dijalankan pula acara

penyampaian hadiah bagi pemenang dari setiap kategori. Wakil daripada IPG Kent iaitu

Ketua unit KK IPG Kent berkenan menyampaikan hadiah. Seterusnya penyampaian

hadiah hamper kepada rumah yang menang dan cedera hati kepada wakil IPG.

Selesai acara penyampaian hadiah, acara penutupan rasmi diadakan di Astaka

IPG Kent. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengurus kejohanan iaitu En

Masni Bin Nanun. Beliau melahirkan penghargaan kepada pihak IPG yang memberikan

kepercayaan penuh kepada AJK dalam menganjurkan kejohanan ini. Ucapan terima

kasih juga beliau rakamkan di atas kerjasama semua AJK dan semua peserta dalam

menjayakan kejohanan mini olahraga ini.

Acara berikutnya ialah ucapan perasmian penutupan oleh wakil IPG Kempus

Kent Iaitu Ketua Unit Ko kurikulum En. Dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah

diatas usaha dan kejayaan menganjurkan kejohanan mini olahraga ini. Beliau juga

berpesan supayan warga PPG IPG Kent sentiasa menjaga mengharumkan nama

baik pendidikan khususnya IPG Kent sendiri.

Page 4: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Sebelum bersurai pada kira-kira pukul 12.00 tegahari, warga PPG sekali lagi

bergotong-royong mengemas dan memastikan peralatan disimpan sebaiknya. Setelah

itu barulah semua peserta beransur pulang ke destinasi masing-masiing dengan

membawa bersama kenangan manis tentang kejohanan ini.

CANDID SUASANA DI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA

Penftaran peserta Memanaskan badan sebelum acara

Page 5: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Hamper dan hadiah untuk para pemenang

Sebelum wisel berbunyi…

Page 6: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Kegarisan…. Mengambil tempat untuk acara lari berganti-

ganti

Papan markah Taklimat daripada pensyarah

-En Victor

Page 7: KEJOHANAN  MINI    OLAHRAGA laporan individu I.docx

Bekerja……..berehat … bertanding……berposing…he..hee