bab 1 hingga bab 6

56
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Penjelasan isu Barisan gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula sejak bayi. Justeru, penjagaan gigi seharusnya dibuat sejak bayi berusia enam bulan. Kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan oral (mulut termasuk gigi, gusi dan lidah ) anak mereka. Justeru, tidak hairan apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun dimana terdapat kesan-kesan seperti dibawah :- i. Gigi yang terlalu awal dicabut akan menyebabkan kehilangan fungsi pengunyah, pertuturan tidak jelas dan raut wajah tidak cantik dimana 1

Upload: siti-sakinah-salleh

Post on 03-Jul-2015

3.602 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Penjelasan isu

Barisan gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula sejak

bayi. Justeru, penjagaan gigi seharusnya dibuat sejak bayi berusia enam

bulan. Kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan

oral (mulut termasuk gigi, gusi dan lidah ) anak mereka. Justeru, tidak hairan

apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun

mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun dimana

terdapat kesan-kesan seperti dibawah :-

i. Gigi yang terlalu awal dicabut akan menyebabkan kehilangan

fungsi pengunyah, pertuturan tidak jelas dan raut wajah tidak

cantik dimana penggunaan gigi palsu tidak sesuai lagi bagi kanak-

kanak.

ii. Gigi susu yang terlalu awal dicabut akan menyukarkan gigi kekal

untuk tumbuh dengan baik. Misalnya gigi geraham kekal hanya

akan tumbuh pada usia 11 tahun. Jika gigi susu geraham rosak

dan perlu dicabut pada usia tiga tahun, kawasan itu akan kosong

1

Page 2: Bab 1 Hingga Bab 6

sehingga usia kanak-kanak mencecah 11 tahun. Apabila gigi itu

tumbuh tanpa panduan gigi susu geraham, ia tidak akan tumbuh

dengan kedudukan yang baik. Mungkin senget, terkena pipi dan

tidak tersusun. Kedudukan gigi yang lintang pukang membuatkan

gigi kelihatan tidak cantik dan memerlukan bantuan rawatan

“ orthodontic” ( pendakap gigi ). Setiap gigi ada jadual

pertumbuhan yang berbeza, bermula dengan gigi hadapan

sebelum gigi tumbuh di bahagian lain.

Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula di peringkat janin. Oleh

itu, pengambilan makanan ibu terutama kalsium ketika hamil sangat penting

kerana ia mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri. Satu lagi

yang perlu diberi perhatian, penjagaan gigi kanak-kanak bermula dengan

sikap ibu bapa sendiri. Biasakan selepas bayi selesai menyusu, lapkan batas

gusinya menggunakan kain kasa atau tuala basah dengan lembut. Langkah

mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan kesan sisa susu tertinggal

di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang. Apabila bayi

dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa

dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi habit.

Gigi kekal yang kita miliki hari ini bermula dengan perjalanan yang

sangat panjang. Ia bermula dengan gigi susu yang tumbuh pada usia enam

bulan dengan dua batang gigi hadapan di bahagian rahang bawah. Set gigi

susu yang lengkap iaitu 20 batang.10 dirahang atas dan 10 dirahang bawah

hanya akan muncul apabila bayi mencecah usia dua tahun setengah atau

kurang daripada itu. Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu

bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.

2

Page 3: Bab 1 Hingga Bab 6

Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak tidak membiarkan anak

melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak

tidak tertelan ubat gigi. Memberus gigi dua kali sehari, dengan penggunaan

ubat gigi berflourida, dan mendapatkan pemeriksaaan kesihatan oral secara

berkala kepada anak-anak yang baru berumur 2 tahun dan keatas bagi

mengelakkan berlakukan karies gigi ( gigi berlubang ).

1.1.1 Apa itu Karies gigi?

Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang mereput dan

memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras terutamanya

enamel. Bakteria yang terdapat dalam plak (lapisan tipis di permukaan gigi)

akan menghasilkan asid  dari makanan berkanji dan gula, asid ini akan

melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies (gigi berlubang sila rujuk

gambarajah 1.1 di lampiran 3). Karies gigi lebih dipengaruhi oleh kekerapan

memakan makanan manis dan bukannya berapa banyak yang dimakan yang

akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.

Dalam web stetoskopmerah.blogspot.com Cit. Harris and Christen

(1995), menyatakan karies sebagai penyakit multifaktorial iaitu adanya

beberapa faktor yang menjadi penyebab terbentuknya karies. Ada tiga faktor

utama yang memegang peranan iaitu faktor gigi (tooth), bakteria

(mikroorganisma) iaitu Streptococcus dan Lactobacillus (rujuk gambarajah

1.3 di lampiran 3), makanan (food) dan ia juga tambah faktor waktu (time),

yang digambarkan sebagai empat lingkaran yang bertindih-tindih (rujuk

gambarajah 1.2 di lampiran 3). Untuk terjadinya karies,maka kedudukan

setiap faktor tersebut harus saling berkait iaitu gigi yang rentan,

3

Page 4: Bab 1 Hingga Bab 6

mikroorganisme yang kariogenik, makanan berkanji dan bergula dan waktu

yang lama.

Karies gigi yang teruk akan menyebabkan:-

i. Halitosis Bau Mulut atau nafas berbau yang terhasil apabila gigi

dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna atau kekurangan

air liur didalam mulut.

ii. Gigi terasa ngilu apabila terkena makanan yang panas atau

sejuk, masam, dan manis.

iii. Keadaan yang teruk jika gigi tidak dicabut akan menyebabkan

radang muka (facial cellulitis), gusi bengkak terdapat nanah

(abcess) dan sebagainya.

iv. Tidak dapat tidur sehingga aktiviti seharÌ-hari terganggu.

1.2 Penyataan masalah

Prevalen karies gigi adalah tinggi dan merupakan satu masalah yang

major diantara masalah gigi yang lain. Selalunya proses kejadian karies gigi

berlaku kepada gigi yang telah tumbuh didalam rongga mulut. Pengalaman

pertama karies gigi pada bayi dan anak-anak di bawah lima tahun, yang

ditakrifkan sebagai karies bottol susu [ Early Childhood Caries - ECC],

Karies aktif (aktif caries) lesi karies yang dicirikan oleh enamel

demineralization (lesi berwarna putih) dan dentin berwarna kuning, yang

lembut. Karies rampan (rampant caries) keadaaan dimana lesi yang tidak

lagi progresif, enamel demineralization (lesi berwarna putih) berhalangan

dan dentin adalah coklat gelap berwarna hitam.

4

Page 5: Bab 1 Hingga Bab 6

Istilah EEC yang kerap digunakan untuk menggambarkan bentuk

karies yang teruk seringkali berlaku pada anak-anak dimana ianya selalu

melibatkan permukaan gigi hadapan rahang atas manakala gigi geraham

rahang atas dan rahang bawah kadar kerosokan adalah kurang. Lesi

biasanya muncul tiba-tiba dan meluas dengan cepat melibatkan gigi jadi reput

(Clinical Practice Guidelines, Bahagian Kesihatan Pergigian,

Kementerian Kesihatan Malaysia,2005)

Masalah karies gigi ini juga dikenai sebagai sindrom karies botol sering

ditemukan pada anak usia kanak-kanak toddler. Penyebabnya adalah gula

yang terdapat dalam susu dan jus buah-buahan yang diminum menggunakan

botol susu diwaktu anak sedang tidur. Bakteria pada plak gigi akan mengubah

gula tersebut menjadi asid yang akan merosakkan gigi sehingga

menimbulkan lesi gigi dan akan menghancurkan gigi jika tidak dirawat. Hal ini

dipaparkan oleh Pakar kesihatan, kajian yang bertajuk Pengaruh kebiasaan

minum susu botol terhadap potensi Karies Gigi di usia 3 - 5 tahun (akhbar

Kompas Indonesia, 22.07.2009)

Prevalen karies pada anak-anak di bawah umur 5 tahun dan kebawah

dibeberapa negara di dunia adalah sangat tinggi. Di Amerika Syarikat ECC

tersebar luas pada anak-anak berusia 3-5 tahun adalah 90%. Di Thailand

ECC pada bayi usia 15-19 bulan adalah 82,8%. Sementara di Indonesia, ECC

tersebar luas pada anak-anak berusia 3-5 tahun terus-menerus meningkat

dari tahun ke tahun (Febriana et.al.,2008 dipetik dalam laman kesihatan

kompas)

Karies gigi masih merupakan salah satu masalah yang paling

mengganggu pada kesihatan mulut di negara-negara industri (USA Dept of

5

Page 6: Bab 1 Hingga Bab 6

Health and Human Services, 2000). Selepas daripada penurunan karies

selama 40 tahun bagi kanak-kanak sekolah dan remaja, karies gigi pada

anak-anak pra-sekolah pada masa ini tetap tidak berubah Pitts et al. (2003).

Hugoson et al. (2008) menyatakan kumpulan usia ini merupakan kumpulan

berrisiko tinggi di antara banyak penduduk. Sebagai asas karies gigi ini

adalah tanda risiko dan potensi berlaku karies pada gigi kekal (Skeie et al.,

2006).

Laporan tahunan Sistem maklumat Pengurusan Kesihatan ( HMIS )

bagi Klinik Pergigian Lahad Datu menunjukan prevalen karies gigi

dikalangan kanak-kanak toddler adalah meningkat 2007 ( 1004 ), 2008

( 1362 ) dan 2009 ( 1691 ).

Kesedaran ibubapa dan penjaga akan pentingnya penjagaan kesihatan

oral perlu ditanamkan sejak kanak-kanak lagi kerana kesihatan oral ini akan

mempengaruhi kesihatan oral di bila dewasa selain itu, dapat mempengaruhi

kesihatan tubuh secara sistemik.

1.3 Hipotesis

Dalam menjayakan kajian ini, saya telah memilih hipotesis seperti yang

berikut:

i. Kebanyakan tahap kebersihan oral kanak-kanak toddler yang

hadir ke klinik pergigian untuk mendapatkan rawatan selepas

diperiksa adalah tidak memuaskan. terdapat banyak sisa makan

melekat dicelas-celah gigi mereka.

ii. Kebanyakkan kanak-kanak toddler yang hadir keklinik pergigian

didapati mempunyai karies gigi lebih dari sebatang gigi ini

6

Page 7: Bab 1 Hingga Bab 6

Kebanyakan kanak-kanak bila tersenyum mempunyai gigi

hadapan yang berkaries.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Objektif am

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan

ibubapa / penjaga bahawa penjagaan kesihatan pergigian hendaklah

dimulakan dari peringkat kanak-kanak toddler lagi bagi mengatasi masalah

kerosakan gigi yang tinggi dan mencapai kesihatan gigi yang optima.

1.4.2 Objektif spesifik

i. Mengetahui setakat mana pengetahuan tentang penjagaan

kesihatan oral di kalangan ibubapa terhadap kanak-kanak

toddler.

ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ibubapa

tentang penjagaan kesihatan gigi diperingkat kanak-kanak

toddler.

iii. Memastikan langkah-langkah penjagaan gigi yang dilakukan

oleh ibubapa/penjaga di peringkat kanak-kanak toddler.

7

Page 8: Bab 1 Hingga Bab 6

1.5 Skop kajian

Kajian yang akan dijalankan adalah tertumpu ke atas ibubapa /

penjaga yang datang bersama-sama kanak-kanak pada hari rawatan “ out

patient “di Klinik Pergigian Lahad Datu, Sabah. Perkongsian maklumat

diantara pengkaji dengan ibubapa / penjaga tentang pengetahuan penjagaan

oral, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan penjagaan oral

dikalangan kanak-kanak toddler terbiar serta memastikan apakah langkah-

langkah yang perlu dilakukan oleh ibubapa untuk menjaga kesihatan oral

anak-anak mereka pada peringkat toddler lagi.

1.6Tujuan kajian

Tujuan kajian yang akan dibuat untuk mengetahui setakat mana tahap

pengetahuan, amalan dan sikap ibubapa / penjaga dalam menjalankan

kehidupan harian terhadap keutamaan penjagaan kesihatan pergigian harus

dimulakan pada peringkat kanak-kanak toddler untuk merealisasikan slogan

“mencegah lebih baik daripada mengubati “.

1.7 Rasional Kajian

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapat maklumbalas

daripada sample kajian tentang masa, kekerapan dan apakah bahan-bahan

penjagaan gigi yang digunakan dirumah. Adakah kemungkinan tahap

pendidikan,umur,pendapatan, tempat kediaman ( bandar / luar bandar )

mempengaruhi penjagaan kesihatan gigi dan apakah program- program

penjagaan kesihatan gigi yang dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian

di Klinik Pergigian Lahad Datu selama ini diterima oleh masyarakat dan akan

8

Page 9: Bab 1 Hingga Bab 6

merealisasikan Visi Bahagian Pergigian Kesihatan Negeri Sabah iaitu

mencapai tahap kesihatan gigi yang optima dikalangan individu, keluarga

dan masyarakat .

1.8 Definasi Istilah

Dalam kajian yang akan dibuat terdapat beberapa penggunaan istilah-

istilah yang akan digunakan oleh pengkaji:-

i. Penjagaan Kesihatan Oral bermaksud penjagaan mulut yang

mengandungi gigi, gusi dan lidah.

ii. Kanak-kanak Toddler bermaksud kanak-kanak yang berumur

diantara 6 bulan hinggan ke 5 tahun. Ianya juga bersesuaian

dengan adanya Program Toddler yang dilaksanakan oleh

Bahagian Kesihatan Pergigian dimana program ini

dilaksanakan di Klinik Ibu dan anak termasuk Klinik Desa.

Aktiviti didalam program ini ialah memeriksa kesihatan gigi

kanak-kanak Toddler bersama ibubapa / penjaga dan memberi

panduan tentang penjagaan kesihatan oral.

iii. Ibubapa/penjaga –bermaksud Ibubapa kandung manakala

penjaga bermaksud sesiapa saja yang bertanggungjawab hadir

bersama kanak-kanak ke klinik.

iv. Karies Gigi bermaksud gigi yang berlubang.

v. Karies Botol Susu atau Early childhood caries – istilah

karies gigi pada kanak-kanak berumur 6 bulan dan keatas.

vi. Plak – sejenis lapisan tipis yang melekat pada permukaan gigi.

9

Page 10: Bab 1 Hingga Bab 6

vii. Orthodontic – istilah rawatan untuk mencantikkan gigi yang

berlapis-lapis.

viii. Enamel – Lapisan luar gigi.

ix. Karies aktif (aktif caries) – gigi berkaries yang merebak cepat

dan mengakibatkan gigi dicabut jika tidak ditampal.

x. Karies rampan (rampant caries) – keadaan karies yang

terkawal dan gigi tidak akan menjadi teruk.

10

Page 11: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 2

SOROTAN LITERATURE

2.1 Tahap pengetahuan kesihatan oral

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka ( 2008 ), pengetahuan boleh

ditakrifkan sebagai segala yang diketahui dan dipelajari. Pengetahuan

tentang kesihatan oral dapat disebarkan dengan mudah dengan adanya

kemudahan komunikasi yang canggih dan maju. Oleh itu masyarakat akan

dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang pentingnya kesihatan oral.

Petersen (2003) dalam kajian yang dihasilkan menunjukkan hanya segelintir

pelajar mendapat faedah daripada penjagaan kesihatan oral di sekolah. Bagi

kanak-kanak sekolah rendah keluarga memainkan peranan penting dalam

mendapatkan maklumat tentang kesihatan oral.

Freeman, Mazels dan Wyllie (1993) menyatakan bahawa tahap

pegetahuan dikalangan murid sekolah didapati bertambah dan terdapat

implikasi yang baik dalam program pencegahan kesihatan oral. Seseorang

yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan mempunyai kesedaran

terhadap penjagaan kesihatan oral adalah lebih mudah mempraktikkan

amalan pembersihan yang sempurna. Varenne dan Peterse (2004)

mendapati bahawa ramai pelajar mendapatkan sumber tentang kesihatan oral

11

Page 12: Bab 1 Hingga Bab 6

daripada keluarga (74%), Doktor / Jururawat Pergigian (45%) dan guru (33%)

sementara maklumat dari video, surat khabar dan majalah adalah kurang.

Daripada kajian-kajian di atas didapati peranan ibubapa atau penjaga

dalam memberi pendidikan awal tentang penjagaan gigi amatlah penting

kepada anak-anak.Pengetahuan penjagaan kesihatan oral (mulut) dapat

memperbaiki kebersihan mulut seseorang dan sekaligus mencegah penyakit

pergigian daripada berlaku bagi mencapai tahap kesihatan gigi yang optima

bagi pada anak-anak atau ibubapa.

2.2 Amalan penjagaan kesihatan oral

Kamus Dewan dan Pustaka (2008) Amalan adalah bermaksud

sesuatu yang dilakukan dan menjadi satu kebiasaan. Ciancios (2003) untuk

mengelakan dari penyakit oral seseorang individu perlulah dinasihatkan

supaya memberus gigi, menggunakan flos gigi dan membuat pemeriksaan

pergigian secara berkala di klinik. Penjagaan higin mulut melalui

pemberusan gigi adalah amalan yang kerap dipraktikan. Cara yang paling

mudah untuk menghapuskan plak gigi ialah dengan memberus gigi setiap

hari (Rahimah,1987) Kenyataan ini juga turut disokong oleh (Marinho,

Higgins, Sheiham dan Logan, 2003) dimana mereka membuat kesimpulan

penggunaan ubat gigi berflorida dapat mengurangkan sebanyak 24% karies

pada kegigian kekal bagi kanak-kanak dan remaja jika dibandingkan dengan

penggunaan ubat gigi yang tidak mempunyai florida.

Selain mengapikasi penggunaan bahan dan alat pergigian dirumah

bagi mengurangkan atau menghalang berlakunya karies gigi ibubapa harus

tahu bahawa kekerapan mengambil makanan yang bergula seperti biskut,

12

Page 13: Bab 1 Hingga Bab 6

coklat, gula-gula dan minuman berkarbonat juga penyebab berlakunya karies

jika tidak dikawal. Menurut kajian Cowell (1997) menyatakan kekerapan

pengambilan dan jumlah makanan kariogenik meningkatkan kejadian karies

gigi.

Amalan penjagaan oral yang baik memainkan peranan penting bagi

memastikan keadaan oral seseorang itu sihat. Amalan pergigian yang boleh

dilakukan adalah penjagaan higin mulut, penggunaan ubat gigi berflorida,

diet yang seimbang dan kehadiran ke klinik untuk pemeriksan berkala dan

mendapatkan rawatan awal. Amalan pergigian yang baik di kalangan kanak-

kanak ataupun remaja amat berkait rapat dengan latarbelakang keluarganya.

2.3 Sikap terhadap pentingnya penjagaan kesihatan oral

Sikap pula ditakrifkan sebagai pandangan dan perbuatan berdasarkan

sesuatu pendapat ( Kamus Dewan dan Pustaka ). Seseorang itu boleh

mempunyai sikap yang positif untuk mengekalkan tahap kesihatan oral yang

sempurna. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan pergigian

secara berkala dan mencari sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat

tentang kesihatan oral. Dengan adanya pengetahuan tentang penjagaan

kesihatan oral masalah kesihatan oral dapat dikurangkan.

Ibubapa digalakan membawa anak-anak mereka hadir untuk

pemeriksaan pergigian sama di klinik kerajaan atau swasta. Kehadiran ke

klinik untuk pemeriksaan secara berkala sekurang-kurangnya enam bulan

sekali dalam setahun merupakan amalan yang digalakan ( Bhg Kesihatan

Pergigian, KKM, 2005 )

13

Page 14: Bab 1 Hingga Bab 6

Masalah kesihatan oral bukan hanya bergantung kepada perangai atau

kelakuan seseorang tetapi bergantung kepada rasa bertanggungjawab

seseorang itu (Tanni, 2002). Beiruti et al (1995) menyatakan kebanyakan

kanak-kanak memberi alasan untuk tidak pergi membuat pemeriksaan

pergigian kerana mereka menganggap membuat rawatan pergigian adalah

menyakitkan. Menurut kajian Konig (2000) 9% kanak-kanak mempunyai

pengalaman gigi bermasalah untuk tempoh satu tahun, 93% menyatakan

mereka tidak pernah pergi ke Klinik gigi seumur hidup. 7% pernah ke klinik

gigi untuk sekali sahaja dan 4% pergi ke klinik pergigianuntuk tempoh tidak

sampai setahun kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Mereka yang tinggal

di kawasan Bandar selalunya pergi berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan

gigi.

Kajian di China Zhu et. al (2003) menyatakan remaja di China

mempunyai sikap mencegah karies gigi dan penyakit periodontium walaupun

informasi tentang pengetahuan kesihatan mulut mereka kurang dan tidak

berapa faham tentang penyebab utama karies gigi. Lebih tigapuluh peratus

(30%) remaja yang tinggal dibandar menyatakan mereka akan pergi

berjumpa doktor gigi apabila mempunyai simptom karies gigi Kebanyakan

mereka yang tinggal diluar bandar pula menyatakan akan cuba

menyelesaikan masalah gigi itu sendiri atau menahan sakit.

14

Page 15: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 3

REKABENTUK & METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian

Menurut Clair Turner ( 1994), kajian yang menggunakan soal selidik

didapati lebih berkesan dalam pengumpulan maklumat dan data. Lantas

penyelidik memikirkan kaedah soal selidik ini adalah sangat bersesuaian

untuk kajian ini. Cara mengumpul data secara mengajukan borang

soalselidik menjadi pilihan penyelidik kerana ia dapat dijalankan dalam masa

yang singkat berbanding kaedah lain. Data yang dikumpulkan adalah sama

dan seragam kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah sama dan

konsisten.

Kelebihan teknik soalselidik ini ialah penyelidik tidak memerlukan masa

yang panjang untuk mengumpul data, tidak perlu nama responden dan tiada

soaljawab dengan responden yang boleh membosankan mereka. Dengan

cara ini mereka menjawab dengan jujur dan iklas. Manakala setiap sesuatu

ada kelemahan dimana sesetengah jawapan ada yang diberi secara tidak

jujur atau sambil lewa sahaja.

Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk diskriptif yang mana

akan menggunakan pendekatan keratan rentas (Cross sectional) dengan

kaedah kuantitatif dimana pengkaji akan mengedarkan borang soalselidik

“Questionair” kepada semua sample yang terpilih.

15

Page 16: Bab 1 Hingga Bab 6

3.2 Populasi, Sampel Dan Kaedah Sampling

Hari rabu merupakan hari rawatan terbuka pada kanak-kanak dan

pelajar sekolah untuk mendapatkan rawatan pemeriksaaan gigi, rawatan

cabutan gigi, rawatan tampalan termasuk kaunseling kesihatan pada kanak-

kanak dan ibubapa. Populasi kehadiran “out patient” pada setiap hari rabu

adalah diantara 20 hingga ke 40 orang pesakit. Kehadiran kanak-kanak pada

hari tersebut biasanya ditemani oleh salah seorang dari ibubapa atau

penjaga kecuali pelajar-pelajar sekolah menengah biasanya hadir sendiri.

Oleh yang demikian pengkaji akan menetapkan tarikh dengan

membahagikan responden yang terpilih pada setiap tarikh yang terpilih iaitu

14.04.2010 (10 orang), 21.04.2010 (10 orang) dan 28.04.2010 (10 orang)

dimana jumlah keseluruhan responden terpilih ialah 30 orang yang terdiri

daripada ibubapa / penjaga yang hadir pada hari tersebut sebagai sample

kajian.

Kaedah pemilihan responden akan dibuat secara rawak mudah

(random samping), berdasarkan nombor giliran yang diberi kepada pesakit

dimana nombor giliran tersebut juga dilekat pada kad rawatan pesakit yang

telah didaftar. Pemilihan dibuat berdasarkan angka giliran nombor genap,

bermula dari pesakit yang mendaftar pada angkagiliran nombor 2 dan

seterusnya bagi mengenapkan 10 orang responden. Sekiranya responden

yang terpilih menolak untuk menjawab borang kajiselidik atas sebab-sebab

tertentu walaupun penerangan diberikan, pengkaji akan memilih orang/

pesakit seterusnya yang berdekatan dengan nombor responden tersebut.

Contoh:- Nombor responden yang menolak ialah 4, pengkaji secara

16

Page 17: Bab 1 Hingga Bab 6

automatik akan mengambil nombor berdekatan iaitu nombor 5 sebagai

pengganti bagi responden baru berikunya.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan instrumen yang digunakan semasa

menjalankan kajian seperti kertas kajian, pemerhatian, temubual, borang

soalselidik atau pun menggunakan pita rakaman. Teknik pengumpulan data

untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian

tindakan. Ini kerana setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk

memberikan maklumat kepada kajian yang akan dijalankan.

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian adalah

berbentuk borang soalselidik. Dimana bentuk soalan yang akan di kemukakan

pula adalah berkonsepkan ”closed-ended question”. Borang soalselidik ini

merangkumi 2 bahagian iaitu:-

3.3.1 Bahagian A ( Demografik )

Soalan-soalan di bahagian ini adalah berkaitan maklumat diri

responden dari segi jantina, umur, taraf pendidikan, status, pekerjaan,

pendapatan bulan dan tempat kediaman jarak rumah ke Klinik Pergigian.

3.3.2 Bahagian B merangkumi soalan

i) Tahap Pengetahuan ibubapa/penjaga tentang penjagaan gigi.

ii) Faktor-faktor penyebab mengapakah amalan penjagaan gigi

pada kanak-kanak terbiar dan langkah-langkah atau aktiviti

yang perlu dijalankan oleh semua ibubapa/penjaga untuk

17

Page 18: Bab 1 Hingga Bab 6

meningkatkan kesihatan oral kanak-kanak pada peringkat

toddler lagi.

3.4 PELAN DAN RASIONAL KAJIAN RINTIS

Kajian rintis (pilot study) yang akan dibuat ialah dengan memilih 5

orang anggota pergigian secara sukarela dari pelbagai jawatan yang terdiri

daripada pegawai pergigian, jururawat pergigian, juruteknologi pergigian,

pembantu pembedahan pergigian dan pembantu perawatan kesihatan.

Dimana kategori pegawai yang terpilih hendaklah yang telah berumahtangga

dan mempunyai anak, serta bertugas di Klinik Pergigian Lahad Datu, Sabah.

Kajian rintis ini akan dijalankan pada 7hb April 2010 bertempat di bilik

mesyuarat Pejabat Pergigian Lahad Datu, Sabah. Surat kebenaran

menggunakan bilik mesyuarat serta surat pelepasan kebenaran keluar

pegawai yang terpilih untuk hadir ke kajian ini akan diperolehi terlebih dari

Pegawai Pergigian Kawasan Lahad Datu.Sesi penerangan akan disampaikan

oleh pengkaji kepada semua responden kajian rintis yang terpilih sebelum

borang kajiselidik ini diedarkan.

Tujuan kajian rintis ini diadakan untuk memastikan borang soalselidik

yang disediakan oleh pengkaji adalah menepati unsur-unsur seperti dibawah

sebelum diedarkan kepada responden sebenar.

i. Memastikan kesahihan dan susunan penggunaan ayat, bahasa dan

kefahaman. Adakan bentuk soalan yang dikemukakan mudah difahami

dan senang untuk dijawab.

ii. Menganalisa soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan

kehendak objektif kajian dan mencapai sasaran yang diperlukan.

18

Page 19: Bab 1 Hingga Bab 6

iii. Memastikan bentuk soalan tidak sensitif atau tidak menyentuh isu-isu

kebudayaan dan agama.

iv. Memperbaiki atau memberi cadangan terhadap soalan-soalan yang

sediaada .

Kelemahan dan penambahbaikan semula dibuat secara berterusan

dan kajian akan dilakukan sehingga borang soal selidik ini sempurna dan

boleh digunapakai dalan kajian ini.

3.5 PELAN PROSES PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, keperluan pertama ialah untuk

mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian di Klinik Pergigian Lahad

Datu yang akan diperolehi dari Pengarah Kolej Pembantu Perubatan Ulu

Kinta Perak. Disini pengkaji juga akan menghantar surat untuk mendapatkan

kebenaran terlebih dari Pegawai Pergigian Kawasan Lahad Datu dan

Penyelia Jururawat Pergigian bagi menjalankan kajian di Klinik Pergigian

Lahad Datu termasuk penggunaan bilik mesyuarat setiap hari rabu jika

diperlukan. Pada hari kajian tersebut, pengkaji akan memastikan setiap

responden yang telah dipilih mengikut nombor giliran iaitu gombor genap

akan diberi borang soal selidik untuk diisi sementara responden menunggu

rawatan dimulakan. Sebelum borang soalselidik diedarkan, sesi penerangan

dari pengkaji tentang objektif kajian dan cara-cara mengisi borang kajiselidik

termasuk menekankan kepada semua responden agar semua soalan wajib

dijawab, setiap kemusykilan soalan yang dihadapi responden bolehlah

berbincang dengan pengkaji.

19

Page 20: Bab 1 Hingga Bab 6

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab borang soalselidik ialah 20

minit dimana responden diminta meninggalkan borang soalselidik selepas

selesai dijawab di kaunter pendaftaran kepada pegawai yang telah

dimaklumkan. Jika terdapat responden pada hari kajian tersebut yang tidak

berpendidikan, pengkaji akan membantu responden dengan membaca soalan

demi soalan, dan juga membantu menjawab soalan selepas mendapat

jawapan sebenar dari responden. Semua borang soalselidik yang telah siap

diisi akan dikumpulkan untuk proses analisa data.

3.6 PELAN ANALISIS DATA & PENEMUAN

Analisa data untuk kajian yang akan dibuat dengan menggunakan

program Statistical Package for social sciences (SPSS) Version 16. Semua

data mentah yang diperolehi akan diproses bentuk descriptive statistics

frequencies dan hasil data akan dibentangkan mengikut bentuk carta.

3.7 ISU ETIKA DALAM KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas

terhadap pengetahuan dan amalan yang dijalankan oleh responden, dimana

isu etika yang berkaitan isu sensitive, amalan kebudayaan dan adat resam

tidak akan disentuh. Segala maklumat dan hasil kajian yang bakal diperolehi

adalah sulit.

3.8 LIMITASI KAJIAN

Dalam proses menjalankan kajian, beberapa limitasi kajian yang

kemungkinan berlakuadalah seperti yang disenaraikan berikut :

20

Page 21: Bab 1 Hingga Bab 6

i. Ini merupakan kajian pertama bagi penyelidik, tidak mempunyai

pengalaman dan perlu banyak bimbingan dan tunjukajar

daripada pengajar.

ii. Pengetahuan terhadap penyelidikan akan lebih banyak dengan

membaca dan mencari bahah-bahan berkaitan.

iii. Kurang mendapat kerjasama daripada responden ( sikap malu /

tidak mahu diganggu / ingin cepat dapat rawatan )

iv. Responden mungkin memberi jawapan yang tidak jujur. (Janji

borang diisi)

v. Masa yang diberikan untuk mengedar dan mengambil balik

borang soal selidik singkat (lebih 2 minggu sahaja), kemungkin

responden yang hadir adalah tidak ramai.

21

Page 22: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 4

ANALISIS DAN PENEMUAN

Pengenalan

Dalam bab ini penumpuan akan diberikan terhadap keputusan-

keputusan hasil kajian hasil daripada pengujian hipotesis-hipotesis yang

dikemukakan. Perbincangan analisis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu

analisis deskriptif mengikut taburan kekerapan dalam bentuk carta dan

inferensi hasil kajian dalam bentuk bilangan dan peratusan .

4.1 Faktor sosio - demografik

Rajah 4.1.1 Taburan responden mengikut hubungan

Berdasarkan Jadual 4.1.1, didapati responden iaitu seramai 19(63.3%) orang

terdiri dari ibu, 10(33.3%) orang terdiri bapa manakala 1(3.3%) orang

responden terdiri dari penjaga. Graf ini telah menunjukkan majoriti responden

terlibat adalah terdiri daripada kalangan ibu. (Rujuk carta 4.1.1 di Lampiran

7)

Rajah 4.1.2 Taburan responden mengikut umur.

Berdasarkan Jadual 4.1.2, didapati seramai 16(53.3%) orang berumur 26-35

tahun, 12(40.0%) orang berumur 36-45 tahun, 1(3.3%) orang berumur 25

22

Page 23: Bab 1 Hingga Bab 6

tahun dan kebawah makakala 1(3.3%) orang berumur 46 tahun dan keatas.

(Rujuk carta 4.1.2 di Lampiran 7)

Rajah 4.1.3 Taburan responden mengikut jenis akademik.

Berdasarkan Jadual 4.1.3, didapati seramai 6(20%) orang mempunyai

kelulusan UPSR, 6(20%) orang berkelulusan PMR,12(40%) orang

berkelulusan SPM, 2(6.7%) orang berkelulusan STPM manakala 4(13.3%)

orang responden adalah berkelulusan Diploma/Ijazah. (Rujuk carta di

Lampiran 7)

Rajah 4.1.4 Pecahan pendapatan bulanan bagi responden.

Berdasarkan jadual 4.1.4, seramai 17(56.7%) orang berpendapatan RM 1000

dan kebawah, 8(26.7%) orang berpendapatan diantara RM 1001.00-RM

2000.00, 2(6.7%) orang berpendapatan RM 2001 – RM 3000.00 manakala

3(10.0%) orang berpendapatan RM 3001.00 dan keatas. (Rujuk carta di

Lampiran 7)

Rajah 4.1.5 Tabuaran jenis pekerjaan responden. Berdasarkan jadual 4.1.5, 8(26.7%) orang terdiri dari kakitangan

kerajaan,5(16.7%) orang pekerja swasta, 8(26.7%) bekerja sendiri manakala

9(30.0%) orang adalah tidak bekerja. (Rujuk carta di Lampiran 7)

Rajah 4.1.6 Taburan kawasan kediaman responden. Berdasarkan rajah 4.1.6, 20(66.7%) orang tinggal dikawasan bandar dan

10(33.3%) orang yang tinggal di kawasan luar bandar. (Rujuk carta di

Lampiran 8)

23

Page 24: Bab 1 Hingga Bab 6

Rajah 4.2.1 Taburan Responden yang terdedah dengan ceramah

kesihatan pergigian.

Berdasarkan rajah 4.1.7, 9 (30.0%) orang menyatakan pernah mendengar

ceramah di Klinik Pergigian Besar, 8(26.7%) orang di Klinik Pergigian Sekolah

sementara 13(43.3%) orang menyatakan tidak pernah mendengar ceramah

pergigian. (Rujuk carta di Lampiran 8)

Rajah 4.2.2 Taburan tahap pengetahuan responden keperluaan

memberus gigi.

Berdasarkan rajah 4.1.8, 13(43.3%) orang menyatakan gigi bersih dan nafas

tidak berbau,9(30.0%) orang menyatakan berus gigi untuk membersihkan

sisa makanan dalam mulut, 7(23.3%) orang supaya gigi tidak cepat rosak dan

1(3.3%) orang menyatakan memberus gigi agar gusi sihat. (Rujuk carta di

Lampiran 8)

Rajah 4.2.3 Taburan pengetahuan responden terhadap gigi perlu

dibersihkan pada usia 6 bulan.

Berdasarkan Rajah 4.1.9, 26(86.7%) orang tahu bahawa gigi toddler perlu

dibersihkan pada usia 6 bulan, 2(6.7%) orang kurang tahu,manakala 2(6.7%)

orang tidak tahu langsung gigi perlu dibersihkan pada usia ini. (Rujuk carta

di Lampiran 8)

24

Page 25: Bab 1 Hingga Bab 6

Rajah 4.2.4 Taburan penggunaan alat yang sesuai untuk membersihkan

gigi anak berusia 6 bulan.

Berdasarkan Rajah 4.2.4, didapati majoriti responden 21(70.0%) orang

menggunakan kain tuala, 2(6.7%) orang menggunakan kain kasa, 2(6.7%)

orang menggunakan berus gigi manakala 5 (16.7%) orang tidak tahu apa alat

yang sesuai digunakan untuk membersihkan gigi.

Rajah 4.2.5 Taburan pengetahuan responden tentang karies gigi .

25

Page 26: Bab 1 Hingga Bab 6

Berdasarkan graf 4.2.5, didapati seramai 15(86.7%) orang menyatakan gigi

rosak akibat tidak dibersihkan atau digosok, 14(46.7%) orang menyatakan

karies gigi terjadi akibat banyak makan dan minum makanan manis manakala

hanya 1(3.3%) seorang menyatakan kerap makan keropok penyebab karies

gigi.

Rajah 4.2.6 Taburan mengikut rawatan untuk gigi berlubang.

Berdasarkan Rajah 4.2.6, didapati seramai 21(70.0%) orang menyatakan

mereka akan meminta pendapat doktor pergigian tentang rawatan yang

sesuai pada gigi berlubang sementara 9(30%) orang menyatakan jika gigi

anak berlubang mereka mahukan rawatan cabut gigi.

26

Page 27: Bab 1 Hingga Bab 6

Rajah 4.2.7 Taburan amalan gigi dibersihkan jika baru tumbuh 2 batang.

Berdasarkan Rajah 4.2.7, didapati seramai 14(46.7%) orang menyatakan

akan membersihkan gigi anak mereka setiap kali semasa mandi, 6(20.0%)

orang menyatakan ya setiap kali selepas minum susu, 7(23.3%) orang

menyatakan tidak perlu pembersihan pada keadaaan manakala 3(10.0%)

langsung tidak tahu gigi ini perlu dibersihkan.

Rajah 4.2.8 Taburan keperluan gula dalam penyediaan susu.

Berdasarkan Rajah 4.2.8, didapati kesemua 30(100%) orang responden

menyatakan mereka tidak akan membubuh gula semasa penyediaan susu

untuk anak mereka.(Sila rujuk carta di lampiran 8)

Rajah 4.2.9 Taburan tahap umur yang sesuai untuk mula memberus gigi

Berdasarkan rajah 4.2.9, 19(63.3%) orang menyatakan gigi mula diberus

pada usia 1 tahun, 5(16.7%) orang menyatakan gigi anak diberus pada usia 2

tahun, 3(10.0%) orang memilih usia 4 tahun manakala 3(10.0%) menyatakan

anak mereka akan mula memberus gigi pada usia 6 tahun.

27

Page 28: Bab 1 Hingga Bab 6

Rajah 4.2.10 Taburan responden mengajar dan mengawasi anak

semasa memberus gigi.

Berdasarkan rajah 4.2.10, majoriti iaitu 30(100%) orang responden

menyatakan mereka akan mengajar dan mengawasi anak-anak mereka

semasa memberus gigi. .(Rujuk carta di lampiran 9)

Rajah 4.2.11 Taburan kekerapan anak responden memberus gigi. Berdasarkan rajah 4.2.11, majoriti iaitu 19(63.3%) orang memilih kekerapan

memberus gigi ialah 2 kali sehari, 8(26.7%) orang memastikan anak mereka

memberus gigi 3 kali sehari manakala 3(10.0%) orang menyatakan anak

mereka memberus gigi sekali sehari.

Rajah 4.2.12 Taburan amalan responden menukar berus gigi. Berdasarkan rajah 4.2.12, iaitu 30(100%) orang menyatakan mereka tahu

berus gigi perlu ditukar jika rosak. .(Rujuk carta di lampiran 9)

Rajah 4.2.13 Taburan mengikut pilihan responden amalan yang perlu

untuk gigi yang sihat.

28

Page 29: Bab 1 Hingga Bab 6

Berdasarkan graf 4.2.13, didapati 13(43.3%) orang responden menyatakan

penjagaan gigi hendaklah dimulakan semasa bayi telah tumbuh gigi,

10(33.3%) orang memastikan anak mereka memberus gigi selepas makan

dan sebelum tidur malam, 5(16.7%) orang menyatakan mereka

mengurangkan makanan manis seperti keropok, gula-gula dan minuman

manis pada anak mereka manakala 2 (6.7%) orang menyatakan untuk

mendapatkan gigi yang sihat mereka akan membawa anak untuk

mendapatkan pemeriksaan gigi seawal usia 2 tahun.(Rujuk carta di

lampiran 9)

29

Page 30: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Tahap pengetahuan terhadap kesihatan oral

Hasil daripada kajian ini, menunjukan bahawa responden sejumlah

9(30%) dan 8(26.7%) menyatakan mereka mendapat pendedahan ceramah

kesihatan pergigian di Klinik Pergigian Besar dan di Klinik Pergigian Sekolah

manakala 13(43.3%) orang menyatakan bahawa mereka tidak pernah

mendengar ceramah.

Kenyataan 13 orang responden yang menyatakan mereka tidak pernah

mendengar ceramah adalah tidak tepat ini disebabkan perkhidmatan

pergigian sekolah di daerah Lahad Datu telah dimulakan seawal tahun 1985,

dalam kajian ini hanya 5 orang berasal dari luar bandar dan berpendidikan

30

Page 31: Bab 1 Hingga Bab 6

SPM. Jika diperingkat sekolah rendah ceramah ini tidak diperolehi mereka

akan memperolehi ceramah di peringkat sekolah menengah manakala pada

peringkat dewasa pula ceramah pergigian boleh didengar di Klinik Pergigian

Besar dan kepada ibu mengandung ceramah ini akan diberi di Klinik ibu dan

anak atau Klinik Desa.

Hasil kajian menunjukan bahawa tahap pengetahuan responden n=30

di Klinik Pergigian Lahad Datu, Sabah adalah tinggi terhadap kesihatan oral.

Seramai 26(86.7%) orang menyatakan mereka tahu bahawa penjagaan gigi

bayi hendaklah dimulakan seawal usia 6 bulan, hanya 2(6.7%) orang

menyatakan kurang tahu manakala 2(6.7%) orang tidak tahu langsung.

Hasil kajian ini menyatakan bahawa 21(70.0%) orang dan 2(6.7%)

orang responden tahu bahwa alat yang sesuai untuk membersihkan gigi bayi

berusia 6 bulan adalah menggunakan kain tuala dan kain kasa dan hanya

5(16.7%) orang tidak taha bermakna mereka tidak akan membersihkan gigi

anak mereka pada usia ini.

Pengetahuan tentang apa itu karies gigi (gigi berlubang) telah

menunjukkan bahawa sejumlah besar responden tahu faktor utama penyebab

karies gigi ( gigi berlubang) adalah disebabkan gigi tidak dibersihkan seramai

15(50.0%) orang, 14(46.7%) orang menyatakan kekerapan makan dan

minum makanan manis dan hanya 1(3.3%) orang menyatakan kekerap

memakan keropok sebagai penyebab karies gigi.

Seramai 21(70.0%) orang menyatakan perlu bertanya pendapat Doktor

rawatan yang sesuai sama ada gigi tersebut perlu ditampal atau dicabut bila

anak mereka menghadapi gigi berlubang dan sakit sementara 9(30.0%) orang

31

Page 32: Bab 1 Hingga Bab 6

menyatakan jika gigi anak mereka berlubang dan sakit akan memilih rawatan

cabutan gigi.

Secara keseluruhan hasil kajian ini menunjukan tahap pengetahuan

untuk penjagaan oral oleh responden adalah tinggi atas sebab berikut:-

i. Ini mungkin disebabkan responden dalam kajian ini tinggal di

kawasan bandar iaitu seramai 20(66.7%) orang berbanding

responden tinggal di kawasan luar bandar iaitu 10(33.3%)

ii. Dari segi tahap pendidikan menunjukkan seramai 12(40%)

orang berpendidikan SPM, 2(6.7%) orang STPM, 4(13.3) orang

Diploma/Ijazah hanya 6(20%) orang berpendidikan PMR dan

6(20%) orang adal UPSR.

Kenyataan ini disokong oleh Nadanovsky & Sheiham (1995), yang

menyatakan bahawa kawasan bandar adalah lebih terdedah kepada

informasi mengenai penjagaan kesihatan pergigian melalui media massa

berbanding di kawasan luar bandar.

5.2 Tahap amalan dan sikap terhadap kesihatan oral

Hasil kajian menunjukan tahap amalan terhadap kesihatan oral

bagi kanak-kanak toddler yang dilakukan oleh setiap responden terpilih n=30

berada pada tahap yang baik. Dimana amalan penjagaan pada awal yang

dilakukan akan dapat mengurangkan berlakunya karies gigi pada peringkat

awal kerana kebanyakan responden didalam kajian ini telah mengenalpasti

penyebab karies gigi.

Hasil kajian ini menunjukan 6(20.0%) orang dan 14(46.7%) orang akan

melakukan kekerapan untuk membersihkan gigi bayi setiap kali selepas

32

Page 33: Bab 1 Hingga Bab 6

minum susu dan setiap kali semasa memandikan bayi. Manakala 7(23.3%)

orang berkata kekerapan membersihkan gigi tidak perlu dilakukan dan

3(10.0%) orang tidak tahu langsung yang gigi bayi perlu dibersihkan.

Dalam kajian ini sebanyak 30(100%) responden menyatakan bahawa

mereka tidak akan membubuh gula semasa menyediakan susu bayi. Ini

menunjukan bahawa semua responden tahu bahwa gula merupakan salah

satu faktor yang menyebabkan karies gigi. Dalam buku Panduan early

childhood oral healthcare (2008), penemuan oleh 1 kajian yang dijalankan

di Sarawak mendapati bahawa 29.1% orang tua yang disurvei berfikir bahawa

gula adalah penting untuk pertumbuhan anak dimana susu yang dibancuh

bersama gula adalah manis menyebabkan kekerapan bayi untuk minum susu

bertambah berbanding dengan susu tanpa gula (tawar).

Hasil kajian ini telah menunjukan semua responden iaitu 30(100%)

orang menyatakan amalan mengawasi dan mengajar cara memberus gigi

semasa anak mereka mandi. 30(100%) responden juga menyatakan bahawa

amalan menukar berus gigi jika rosak.

Dalam kajian ini hasil amalan kekerapan memberus gigi 2 kali sehari

menunjukan bilangan terbanyak iaitu19 (63.3%) orang, 9(26.7%) orang

menyatakan anak mereka akan memberus gigi 3 kali sehari dan hanya

3(10.0%) orang menyatakan anak mereka memberus gigi 1 kali sehari. Kajian

yang dijalankan oleh (Vigild et. al.,1999) menyatakan 54% kanak-kanak

memberus gigi 2 kali sehari dimana memberus gigi 2 kali sehari merupakan

salah satu amalan yang digalakkan dimana pendidikan mengenai penjagaan

gigi dirumah oleh ibu bapa juga mempengaruhi kebersihan mulut murid. Hasil

kajian ini turut disokong oleh kajian Zhu et al.(2003) yang dijalankan di China

33

Page 34: Bab 1 Hingga Bab 6

menunjukkan kekerapan memberus gigi dua kali sehari adalah yang paling

tinggi iaitu sebanyak 45%, berbanding dengan kekerapan memberus gigi

sekali sehari sebanyak 38%. Ini menunjukkan bahawa memberus gigi dua kali

sehari merupakan amalan yang sering dipraktikkan di kalangan murid.

Keseluruhan hasil kajian ini menunjukan amalan- amalan yang tinggi telah

dibuat oleh responden dimana mereka tahu amalan penjagaan gigi hendaklah

dimulakan seawal gigi bayi tumbuh, memberus gigi anak selepas makan dan

sebelum tidur, mengurangkan makanan yang manis dan mendapatkan

pemeriksaan berkala setiap 6 bulan di klinik berdekatan. Amalan pergigian

yang baik juga berkait rapat dengan latar belakang keluarganya dan amalan

pergigian yang ditunjukkan oleh ibubapa juga mempengaruhi sikap anak

untuk pergi ke klinik gigi.Ibubapa digalakkan membawa anak-anak mereka

hadir untuk pemeriksaan sama ada diklinik swasta atau pusat penjagaan

kesihatan awam (Rajab et .al., 2002).

Kajian yang dilakukan oleh Mahmoud, Board dan Khaled (2005)

yang menyatakan kebanyakan ibubapa tidak memberi galakan dan nasihat

kepada anak mereka untuk pergi ke klinik. Hasil kajian ini dibuktikan oleh

Taani (2002), menyatakan seramai 60.7% di kalangan pesakit hanya hadir ke

klinik pergigian sekiranya perlu untuk mendapatkan rawatan pergigian.

34

Page 35: Bab 1 Hingga Bab 6

BAB 6

RUMUSAN DAN CADANGAN

Penjagaan kesihatan oral bagi kanak-kanak toddler hendaklah

dimulakan seawal gigi tumbuh. Sebagai ibubapa/penjaga tahap pengetahuan

yang baik tentang faktor penyebab karies gigi (gigi berlubang) iaitu makanan

berkariogenik, gigi dan mulut yang kotor dan masa yang terbiar gigi tidak

dirawat .

Dari segi amalan dan sikap pula ramai responden menyatakan mereka

akan memastikan gigi bayi yang sudah tumbuh gigi dibersihkan

menggunakan kain tuala atau kain kasa setiap kali selepas minum susu dan

semasa bayi mandi. Bagi anak yang berusia 2 tahun ibubapa/penjaga akan

mengajar dan mengawasi mereka semasa memberus gigi dengan kekerapan

dua kali sehari. Pengawalan pengambilan makanan manis terhadap anak

harus dikawal terutamanya tidak akan membubuh gula dalam setiap minuman

35

Page 36: Bab 1 Hingga Bab 6

terutama susu. Amalan membawa anak berjumpa doktor gigi untuk

pemeriksaan secara berkala seawal usia 1 tahun bagi mendapatkan status

kesihatan oral disamping mendapatkan rawatan yang perlu dan juga khidmat

kaunseling.

Kesimpulannya, pada masa kini tahap pengetahuan, amalan dan sikap

ibubapa/penjaga di daerah Lahad Datu terhadap kesihatan oral adalah baik.

Walaupun terdapat segelintir ibubapa/penjaga yang tidak mempraktikkan

amalan penjagaan kesihatan oral namun hal ini pasti dapat di atasi dengan

kerjasama semua pihak.

Oleh yang demikian berberapa cadangan-cadangan yang difikirkan

pelbagai usaha dan langkah yang bijak perlu diambil bagi

meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya

pengetahuan mengenai kesihatan oral. Cadangan adalah seperti di

bawah :

i) Ceramah- ceramah kesihatan pergigian harus diberikan di

setiap sekolah- sekolah serta perlu dipertingkatkan lagi,

sama ada jururawat mahupun pegawai pergigian yang

akan memberikan ceramah tersebut perlu tahu tajuk yang

sesuai agar ceramah yang diberikan tidak membosankan

ibubapa/penjaga sebaliknya akan menarik minat

ibubapa/penjaga. Selain itu, isi kandungan dan kajian

penemuan baru boleh dimasukkan ke dalam ceramah

supaya isi kandungan yang diberi terkini dan mengikuti

perkembangan semasa. Ini bertujuan agar ceramah

tersebut dapat memberi kesan dengan mempertingkatkan

36

Page 37: Bab 1 Hingga Bab 6

lagi pengetahuan dan memberi kesedaran kepada murid-

murid. Dengan adanya peralatan yang canggih, serta

gambar-gambar yang menarik boleh diselitkan dalam

setiap ceramah yang diberikan dapat memastikan ceramah

diberikan difahami oleh ibubapa/penjaga.

ii) Kehadiran ke klinik pergigian Ibubapa/penjaga berperanan

dalam penjagaan kesihatan oral dengan mempertingkatkan

lagi kehadiran mereka ke klinik pergigian dan bukan hanya

bergantung kepada pasukan bergerak yang membuat

lawatan ke sekolah-sekolah. Pemeriksaan pergigian secara

berkala haruslah di amalkan oleh setiap murid agar

kesihatanoral mereka dapat dipelihara.

iii) Pengiklanan kempen kesihatan pergigian Media massa

seperti televisyen, majalah, surat khabar dan internet

merupakan agen yang amat penting dalam menyalurkan

maklumat kepada orang ramai. Pengiklanan kempen

kesihatan pergigian dapat disebarkan kepada orang ramai.

Maklumat yang disiarkan tersebut hendaklah ringkas,

padat dan mudah difahami setiap masyarakat yang

menonton dengan memberikan gambaran-gambaran yang

jelas terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mulut

dalam setiap individu agar tidak diabaikan.

iv) Peranan ibu bapa Ibu bapa memainkan peranan yang

penting dalam penjagaan kesihatan oral anak-anak

37

Page 38: Bab 1 Hingga Bab 6

mereka. Ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik

dengan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka

cara penjagaan kesihatan oral yang betul dan berkesan di

rumah. Di samping itu juga ibubapa/penjaga haruslah

memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk

membuat pemeriksaan pergigian dan tidak hanya

bergantung kepada personel pergigian.

v) Peranan sekolah taska/tadika kerjasama daripada pihak

sekolah amatlah diperlukan dalam menjayakan aktiviti

yang dirancang untuk mempertingkatkan tahap

pengetahuan murid-murid terhadap kesihatan oral.

Contohnya, pelajar diberi masa selama 10 minit selepas

rehat bagi membolehkan murid-murid memberus gigi.

Melalui aktiviti ini, penjagaan kesihatan oral dapat

diamalkan oleh mereka dan sedikit sebanyak dapat

mengurangkan kejadian karies gigi.

38

Page 39: Bab 1 Hingga Bab 6

39

Page 40: Bab 1 Hingga Bab 6

40