microekonomi bab 1 bab 6

35
STPM Mikroekonomi Bab 1: Ilmu Ekonomi: Konsep dan Masalah * click graphs to enlarge them! :) Definisi ekonomi: Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad * barangan = barang dan perkhidmatan Skop mikroekonomi: analisis secara terperinci dan tersendiri peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi serta interaksi antara setiap unit ekonomi dalam menjalankan kegiatan ekonomi Faktor-faktor pengeluaran: * Buruh -- penduduk yang berada dalam lingkungan umur bekerja (17- 65 tahun) yang dapat/sanggup menjalankan aktiviti pengeluaran -- dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir -- merupakan input berubah dalam jangka pendek & panjang -- mempunyai daya pengeluaran yang berbeza -- pulangan untuk buruh: upah/gaji * Tanah -- sumber asli yang terdapat di bumi yang dapat digunakan untuk tujuan pengeluaran -- kuantiti penawaran tetap dan berkekalan mengikut lokasi dan geografi -- nilai tanah berbeza mengikut lokasi dan geografi -- pulangan untuk tanah: sewa * Modal

Upload: dexlinux-gasparos

Post on 28-Jul-2015

228 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Microekonomi bab 1 bab 6

STPM

Mikroekonomi

Bab 1: 

Ilmu Ekonomi: Konsep dan Masalah* click graphs to enlarge them! :)

Definisi ekonomi: Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad* barangan = barang dan perkhidmatan

Skop mikroekonomi: analisis secara terperinci dan tersendiri peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi serta interaksi antara setiap unit ekonomi dalam menjalankan kegiatan ekonomi

Faktor-faktor pengeluaran:* Buruh  -- penduduk yang berada dalam lingkungan umur bekerja (17-65 tahun) yang dapat/sanggup menjalankan aktiviti pengeluaran  -- dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir  -- merupakan input berubah dalam jangka pendek & panjang  -- mempunyai daya pengeluaran yang berbeza  -- pulangan untuk buruh: upah/gaji* Tanah  -- sumber asli yang terdapat di bumi yang dapat digunakan untuk tujuan pengeluaran  -- kuantiti penawaran tetap dan berkekalan mengikut lokasi dan geografi  -- nilai tanah berbeza mengikut lokasi dan geografi  -- pulangan untuk tanah: sewa* Modal  -- sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan pengeluaran  -- dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain  -- pembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan  -- pulangan untuk modal: bunga/faedah atau dividen (ekonomi Islam)* Usahawan  -- individu yang sanggup dan bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menjalankan pengeluaran  -- membuat keputusan pengeluaran, melibatkan diri dalam aktiviti inovasi dan mengambil risiko dalam menjalankan kegiatan ekonomi  -- pulangan untuk usahawan: untung

Page 2: Microekonomi bab 1 bab 6

Pengelasan barang:* Barang ekonomi  -- barang yang terhad penawarannya  -- penggunaannya melibatkan harga dan kos melepas  -- terbahagi kepada:     ~ barang pengguna/akhir (digunakan terus oleh pengguna, contohnya kipas, radio)     ~ barang modal (digunakan untuk menghasilkan barang lain, contohnya mesin)     ~ barang perantaraan (digunakan sebagai faktor dalam firma lain, contohnya nanas yang digunakan untuk hasilkan jem nanas)* Barang percuma  -- merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa kos, contohnya air dan udara  -- penawaran tidak terhad, tidak mempunyai harga dan kos lepas adalah sifar  -- akibat pencemaran, barang percuma tidak 'percuma' dalam erti kata sebenar* Barang awam  -- barang yang tidak bersaing dan tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (sesiapa pun boleh menggunakannya tanpa halangan), contohnya jalan raya dan telefon awam  -- disediakan oleh kerajaan dan dibiayai secara tidak langsung melalui cukai* Barang persendirian  -- barang yang dibiayai oleh pengguna sendiri, contohnya rumah dan kereta  -- tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu barangan hanya boleh digunakan sekiranya dibayar harganya/dapat persetujuan pemiliknya

Konsep kos lepas* Wujud akibat kekurangan sumber ekonomi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad* Merupakan barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barangan yang terbaik* Barangan terbaik = barangan yang memberikan kepuasan maksimum (pengguna) atau keuntungan maksimum (pengeluar)

Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)* Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah negara berdasarkan sumber ekonomi dan tingkat teknologi yang sedia ada* Andaian dalam analisis KKP:  -- Negara hanya mengeluarkan dua jenis barang  -- Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap  -- Tingkat teknologi adalah tetap

Page 3: Microekonomi bab 1 bab 6

  -- Ekonomi berada dalam tahap guna tenaga penuh* Titik-titik dalam KKP menunjukkan kombinasi pilihan untuk pengeluaran:

KKP dan kos lepas

KKP dan pertumbuhan ekonomi

Unit/Pelaku ekonomi* Isi rumah  -- unit manusia (keluarga/individu) yang membuat keputusan tentang penggunaan barangan untuk memaksimumkan kepuasan dengan pendapatan yang ada  -- pendapatan isi rumah diperoleh daripada upah, sewa, bunga, dan bantuan/pinjaman* Firma  -- unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran

Page 4: Microekonomi bab 1 bab 6

  -- kelompok firma yang sama jenis dikenali sebagai industri  -- kos yang ditanggung firma adalah kos untuk mendapatkan input manakala pendapatan adalah bayaran isi rumah kepada firma untuk mendapatkan barangan firma  -- matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan (untung = pendapatan - perbelanjaan)* Kerajaan|  -- badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara  -- kerajaan akan mengawasi aktiviti isi rumah dan firma untuk memelihara kebajikan masyarakat  -- kerajaan juga mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan firma untuk penggunaan masyarakat  -- perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh cukai yang dikenakan terhadap isi rumah dan firma

Masalah asas ekonomi:* Apakah/berapakah barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? (isi yang sama, huraian berbeza)** Apakah yang hendak dikeluarkan?  -- wujud akibat sumber ekonomi yang terhad  -- pengeluar harus membuat pilihan tentang barang yang hendak dikeluarkan  -- barang yang dikeluarkan perlu merupakan kehendak manusia yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan keuntungan kepada firma** Berapa banyak barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?  -- masalah ini diatasi melalui menilai jumlah permintaan pengguna  -- pengeluaran harus dibuat dalam jumlah yang tepat agar tidak wujud lebihan permintaan/penawaran  -- jumlah barangan yang dikeluarkan juga bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran yang sedia ada* Bagaimanakah barang/perkhidmatan itu hendak dikeluarkan?  -- merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran untuk menjalankan pengeluaran  -- pengeluar harus menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap, iaitu dengan kos pengeluaran minimum dan keuntungan maksimum  -- teknik pengeluaran:    ~ kaedah pengeluaran berintensifkan buruh    ~ kaedah pengeluaran berintensifkan modal* Untuk siapakah barang/perkhidmatan itu dikeluarkan? -- merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat -- pengagihan barangan bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli masyarakat -- barangan dikeluarkan kepada golongan yang mampu membayarnya -- lebih banyak barangan dan barangan yang mahal dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi; begitu juga sebaliknya

Page 5: Microekonomi bab 1 bab 6

Aliran pusingan pendapatan* menunjukkan hubungan antara pelaku-pelaku ekonomi melalui aliran fizikal (barangan) dan aliran wang (perbelanjaan dan pendapatan) di sesebuah ekonomi* Pasaran faktor = pasaran penjualan/pembelian faktor-faktor pengeluaran* Pasaran barang = pasaran penjualan/pembelian baranganAliran pusingan pendapatan dalam:* Pasaran bebas

* Pasaran campuran

Page 6: Microekonomi bab 1 bab 6

Bab 2:

Sistem Ekonomi dan Peranan Kerajaan

Pengenalan* Definisi sistem ekonomi = cara/peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan ekonominya* Terdiri daripada 4 jenis iaitu:  -- sistem ekonomi pasaran bebas  -- sistem ekonomi perancangan pusat  -- sistem ekonomi campuran  -- sistem ekonomi Islam

Ciri-ciri sistem ekonomi

Sistem ekonomi pasaran bebas* Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan berdasarkan mekanisme pasaran tanpa campur tangan kerajaan. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis/laissez faire* Ciri-ciri:  -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu dan pengeluar  -- Pembuat keputusan: pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga  -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan  -- Penentuan harga: mengikut kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga  -- Persaingan: bebas  -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum

Sistem ekonomi perancangan pusat* Definisi: sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran* Ciri-ciri:  -- Pemilikan sumber: dimiliki oleh kerajaan segalanya  -- Pembuat keputusan: kerajaan melalui arahan unit perancang ekonomi  -- Pilihan: tidak bebas, terbatas, ditentukan oleh kerajaan  -- Penentuan harga: ditetapkan oleh kerajaan; tiada kuasa permintaan dan penawaran  -- Persaingan: tidak wujud  -- Motif pengeluaran: memaksimumkan kebajikan rakyat

Sistem ekonomi campuran* Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan oleh pihak swasta dan kerajaan dengan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Merupakan gabungan antara

Page 7: Microekonomi bab 1 bab 6

sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat* Ciri-ciri:  -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu, pengeluar, dan kerajaan  -- Pembuat keputusan: individu, pihak swasta, dan kerajaan  -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan  -- Penentuan harga: mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan  -- Persaingan: bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil  -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum; kerajaan - kebajikan maksimum

Sistem ekonomi Islam* Definisi: sistem ekonomi yang berlandaskan hukum-hukum syarak untuk menggunakan sumber-sumber alam secara cekap dan adil. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi ini adalah al-Quran dan Hadis* Ciri-ciri:  -- Pemilikan sumber: hak milik mutlak Allah  -- Pembuat keputusan: pengguna, pengeluar, dan kerajaan  -- Pilihan: bebas tetapi tertakluk kepada hukum syariah  -- Penentuan harga: mekanisme harga dan kerajaan tanpa mengenepikan nilai etika dan moral  -- Persaingan: persaingan sihat, adil, dan saksama  -- Motif pengeluaran: motif utama pengeluar adalah untuk mendapatkan keredaan Allah

Penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi

Sistem ekonomi pasaran bebas* Apa yang hendak dikeluarkan?  -- bergantung pada permintaan atau kehendak masyarakat* Berapa yang hendak dikeluarkan?  -- bergantung pada jumlah permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga* Bagaimana hendak dikeluarkan?  -- gunakan faktor yang harga relatifnya paling rendah; teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos* Untuk siapa dikeluarkan?  -- bergantung pada corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat; golongan kaya menikmati barang yang lebih banyak

Sistem ekonomi perancangan pusat* Apa yang hendak dikeluarkan?  -- barang yang meningkatkan kebajikan dan taraf hidup masyarakat* Berapa yang hendak dikeluarkan?  -- bergantung pada jumlah keperluan dan permintaan rakyat* Bagaimana hendak dikeluarkan?  -- gunakan teknik yang mencapai matlamat kerajaan seperti berintensif buruh untuk mengatasi penggangguran* Untuk siapa dikeluarkan?

Page 8: Microekonomi bab 1 bab 6

  -- untuk semua rakyat dan menggunakan sistem catuan untuk pengagihan yang lebih adil dan saksama

Sistem ekonomi campuran* Apa yang hendak dikeluarkan?  -- barang persendirian - bergantung pada permintaan; barang awam - ditentukan oleh kerajaan* Berapa yang hendak dikeluarkan?  -- kuasa pasaran dan kerajaan memastikan barang cukup dan boleh kawal kuantiti* Bagaimana hendak dikeluarkan?  -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat* Untuk siapa dikeluarkan?  -- kerajaan campur tangan melalui percukaian dan subsidi untuk menjamin bekalan keperluan cukup untuk golongan kurang mampu

Sistem ekonomi Islam* Apa yang hendak dikeluarkan?  -- barang persendirian - bergantung pada permintaan dan mesti halal; barang awam - ditentukan oleh kerajaan* Berapa yang hendak dikeluarkan?  -- mekanisme harga dan kerajaan memastikan wujud kestabilan ekonomi* Bagaimana hendak dikeluarkan?  -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat dan tidak menimbulkan eksternaliti negatif* Untuk siapa dikeluarkan?  -- kerajaan campur tangan melalui sistem zakat untuk pengagihan pendapatan yang lebih adil , saksama dan menjamin bekalan keperluan cukup

Kebaikan dan kelemahan sistem-sistem ekonomi

Sistem ekonomi pasaran bebas* Kebaikan  -- kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan  -- kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi  -- menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap  -- mendorong kemajuan teknologi dan inovasi  -- pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengeluar* Kelemahan  -- ketidakstabilan ekonomi  -- agihan pendapatan yang tidak saksama  -- kegagalan mengeluarkan barang awam  -- menggalakkan amalan monopoli  -- kos sosial dan kesan luaran (eksternaliti negatif)

Page 9: Microekonomi bab 1 bab 6

Sistem ekonomi perancangan pusat* Kebaikan  -- pengeluaran secara skel besar-besaran  -- kesaksamaan agihan pendapatan  -- pengeluaran tanpa persaingan  -- kestabilan ekonomi* Kelemahan  -- kesilapan dalam membuat keputusan  -- kurang motivasi dan insentif  -- teknologi dan inovasi tidak berkembang

Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi* mewujudkan kestabilan ekonomi* menyediakan barang awam* mengelakkan amalan monopoli* merapatkan jurang pendapatan masyarakat* menghapuskan kesan luaran yang negatif (eksternaliti negatif)

Bentuk campur tangan kerajaan dalam ekonomi campuran* peraturan dan undang-undang* penentuan tingkat harga - dasar harga maksimum/minimum, kuota* percukaian* subsidi* pemilikan kerajaan (monopoli semula jadi)

Page 10: Microekonomi bab 1 bab 6

Bab 3

Permintaan, Penawaran & Keseimbangan Pasaran)

3.1 Permintaan

Definisi: Kesanggupan, keinginan & kemampuan pengguna untuk membeli sesuatu kuantiti barang dan/atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu

Hukum: Hubungan songsang/negatif- Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin rendah kuantiti diminta (begitu juga sebaliknya)

Sebab keluk permintaan bercerun negatif: (untuk semua sebab di bawah, keadaan sebaliknya juga benar)* faktor penggantian   apabila harga sesuatu barang naik, harga barang penggantinya menjadi lebih murah secara relatifnya* faktor pendapatan benar   apabila harga sesuatu barang turun, kuasa beli pengguna naik   (pengguna mempunyai lebih banyak wang dalam tangan untuk membuat pembelian)* faktor utiliti sut berkurangan   apabila utiliti sut/ringgit untuk sesuatu barang turun, pengguna akan mengurangkan pembelian    (untuk mencapai kepuasan maksimum yang boleh dicapai dengan pendapatan yang sedia ada)

Keluk permintaan: rajah yang menunjukkan kuantiti barang yang sanggup/ingin/mampu dibeli oleh pengguna pada pelbagai tingkat harga

Permintaan pasaran: jumlah barang yang diminta oleh semua individu (jumlah permintaan individu)

Fungsi permintaan: Qd = a - bP(a = nilai Qd apabila P = 0, 1/b = kecerunan/keanjalan)

Page 11: Microekonomi bab 1 bab 6

Perubahan kuantiti diminta:* melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk permintaan* disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri

Perubahan permintaan:* melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri:   - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!)   - Cita rasa   - Musim   - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, dasar kewangan, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengguna)   - Jangkaan harga masa depan   - Pendapatan individu/pengguna dan kaitannya dengan jenis barang (normal/bawahan/mesti/mewah)   - Saiz/struktur penduduk (isi sama, huraian berbeza!)   - Kadar faedah/kemudahan kredit (isi sama, huraian berbeza!)

3.2 Penawaran

Definisi: Jumlah kuantiti barang/perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar/firma pada pelbagai tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu

Hukum: Hubungan langsung/positif - Semakin tinggi harga ditawar, semakin tinggi kuantiti ditawar (begitu juga sebaliknya)

Sebab keluk penawaran bercerun positif: matlamat pengeluar dalam ekonomi, iaitu memaksimumkan keuntungan. Peningkatan harga/kuantiti akan menambahkan jumlah hasil firma

Keluk penawaran:  keluk yang menunjukkan kuantiti barang yang sedia dikeluarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga

Penawaran pasaran/industri: jumlah penawaran semua firma dalam pasaran Fungsi penawaran:  Qs = c + dP

(c = nilai Qs apabila P = 0, 1/d = kecerunan/keanjalan) Perubahan kuantiti ditawar:

* melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk penawaran* disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri

Page 12: Microekonomi bab 1 bab 6

Perubahan penawaran:* melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri:   - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!)   - Harga faktor pengeluaran (kos input)   - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengeluar)   - Matlamat pengeluar (maksimumkan untung atau jualan)   - Teknologi pengeluaran (peningkatan teknologi)   - Kaedah pengeluaran (berintensifkan buruh atau modal)   - Faktor luar jangka (cuaca, peperangan dsb.)

3.3 Keseimbangan Pasaran

Definisi pasaran: tempat pertukaran/urus niaga berlaku antara penjual dengan pembeli Keseimbangan pasaran: permintaan = penawaran (Qd = Qs)

Lebihan penawaran/permintaan:* Qs > Qd (lebihan penawaran):   - Harga cenderung jatuh   - Qs turun, Qd naik sehingga Qs = Qd   - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd* Qs < Qd (lebihan permintaan):   - Harga cenderung naik   - Qs naik, Qd turun sehingga Qs = Qd   - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd

Faktor-faktor dan kesan perubahan keseimbangan:- akibat perubahan Qd sahaja- akibat perubahan Qs sahaja- perubahan Qd dan Qs pada kadar yang sama/berbeza

3.4 Peranan Kerajaan dalam Penentuan Tingkat Harga

Page 13: Microekonomi bab 1 bab 6

Dasar harga maksimum- harga pasaran ditetapkan < harga pasaran- wujud lebihan Qd yang dijual oleh kerajaan untuk mengekalkan harga

Dasar harga minimum- harga pasaran ditetapkan > harga pasaran- wujud lebihan Qs yang dibeli oleh kerajaan untuk mengekalkan harga

Quota- pengehadan Qs, mewujudkan keluk penawaran yang tidak anjal sempurna

Cukai/subsidi- Fungsi: Qs = c + d (P - cukai per unit) atau Qs = c + d (P + subsidi per unit)- menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri (cukai)/kanan (subsidi)

Bab 4

Page 14: Microekonomi bab 1 bab 6

Keanjalan Permintaan & Penawaran

Pengenalan: Apa itu keanjalan?- Keanjalan = satu ukuran kuantitatif tentang magnitud/darjah penambahan/pengurangan permintaan atau penawaran

Keanjalan titik & keanjalan lengkuk- keanjalan titik

- keanjalan lengkuk

Jenis-jenis keanjalan

Keanjalan permintaan- Keanjalan permintaan harga: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri- rumus:

Page 16: Microekonomi bab 1 bab 6

- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan permintaan:  -- bilangan barang pengganti  -- nisbah perbelanjaaan daripada pendapatan negara  -- kegunaan barang tersebut  -- kepentingan sesuatu barang  -- jangka masa  -- penangguhan penggunaan sesuatu barang  -- jenama- Hubungan jumlah hasil/jumlah perbelanjaan dengan keanjalan permintaan harga:  -- anjal: jumlah hasil baru lebih kecil apabila harga naik dan juga sebaliknya  -- tidak anjal: jumlah hasil baru lebih besar apabila harga naik dan juga sebaliknya  -- anjal satu: jumlah hasil baru tidak berubah dengan perubahan harga

Page 17: Microekonomi bab 1 bab 6

- Keanjalan permintaan silang: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang lain- rumus:

- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang:  -- Es bernilai positif = barang pengganti  -- Es bernilai negatif = barang penggenap  -- Es sifar = barang tidak berkaitan- Keanjalan permintaan pendapatan: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat pendapatan pengguna- rumus:

- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang:  -- Ey sifar = barang mesti  -- Ey > 0, < 1 = barang biasa  -- Ey > 1 = barang mewah  -- Ey < 1 (negatif) = barang bawahan

Page 18: Microekonomi bab 1 bab 6

Keanjalan penawaran- Keanjalan penawaran harga: perubahan dalam kuantiti ditawar bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri- rumus:

- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak):

Page 19: Microekonomi bab 1 bab 6

- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan penawaran:  -- kos pengeluaran tambahan  -- corak penggunaan faktor pengeluaran  -- faktor masa  -- bilangan firma dalam industri  -- keupayaan firma dalam industri  -- teknologi  -- jenis barang  -- mobiliti faktor pengeluaran

Page 20: Microekonomi bab 1 bab 6

Keanjalan dan dasar-dasar kerajaan- Percukaian * Permintaan:  -- anjal: beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli  -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli  -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli  -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual  -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli * Penawaran:  -- anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli  -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli  -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli  -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli  -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual- Subsidi* Permintaan  -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli  -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih kecil daripada subsidi dinikmati pembeli  -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli  -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh penjual  -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh pembeli * Penawaran:  -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih kecil daripada subsidi dinikmati pembeli  -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli  -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli  -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh pembeli  -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh penduduk

Page 21: Microekonomi bab 1 bab 6

Bab 5

Teori Permintaan dan Perlakuan Pengguna

5.1 Teori Utiliti Kardinal

Utiliti: kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sesuatu barang/perkhidmatan

Jumlah utiliti (TU): jumlah kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sejumlah barangan tertentu

Utiliti sut (MU): Perubahan kepuasan akibat perubahan penggunaan satu unit barangan tertentu pada jangka masa tertentu. Formulanya ialah MU = TU/Q (Q = kuantiti)

Hukum utiliti sut berkurangan: tambahan utiliti yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang akan berkurangan apabila penggunaan terhadap sesuatu barang bertambah

Hubungan antara TU dan MU:* TU semakin bertambah, maka MU akan semakin berkurangan* Apabila TU = maksimum, MU = sifar (0)* Selepas tahap maksimum, TU akan semakin berkurangan, maka MU semakin berkurangan dan bernilai negatif (MU < 0)

5.2 Syarat Keseimbangan Pengguna

Untuk pembelian satu barang: MU = P (P = harga seunit barang tersebut) Untuk pembelian > satu barang pada pelbagai tingkat harga: (andaian terdapat dua jenis

produk iaitu X dan Y)

* Syarat 1: MUx/Px = MUy/Py, di mana MU/P = utiliti sut per ringgit

* Syarat 2: Y = PxQx + PyQy, di mana Y = jumlah pendapatan/perbelanjaan pengguna

 ** Rumus Y > PxQx + PyQy boleh digunakan apabila tiada cara untuk memaksimumkan kepuasan/apabila berlaku perubahan harga barang (iaitu, tiada kombinasi yang dapat mencapai syarat 2 dengan tepat)

Terbitan keluk permintaan individu: berlaku akibat perubahan MU/P* Apabila MUx/Px > MUy/Py,   - pembelian X harus ditambah, atau   - pembelian Y harus dikurangkan, atau   - pembelian X harus ditambah dan pembelian Y harus dikurangkan secara serentak untuk mencapai keseimbangan (iaitu, mencapai syarat 1)

Page 22: Microekonomi bab 1 bab 6

5.3 Konsep Lebihan Pengguna

Lebihan pengguna = perbezaan antara harga yang sudi dibayar/mampu dibayar oleh pengguna untuk sesuatu barang dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran

Rumus: 1/2 x tapak x tinggi (rujuk gambar rajah di bawah) Peralihan keluk DD/SS akan mengubah jumlah lebihan pengguna.

Page 23: Microekonomi bab 1 bab 6

Bab 6

Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran - Bahagian 1

Konsep-konsep dalam pengeluaran- Loji: unit fizikal yang digunakan dalam pengeluaran, contohnya kilang, mesin, kedai dll.- Firma: Organisasi yang memiliki loji-loji untuk menghasilkan barang/perkhidmatan, contohnya KFC, Maxis dll.- Industri: Gabungan semua firma yang menghasilkan barang/perkhidmatan yang sama/hampir sama, contohnya industri perabot, industri perbankan dll.- Jangka masa pendek: tempoh di mana firma tidak dapat mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana wujud 1 atau lebih faktor tetap- Jangka masa panjang: tempoh yang cukup untuk firma mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana tidak wujud faktor tetap (semua faktor adalah faktor berubah)- Input tetap: Faktor pengeluaran yang tidak dapat diubah jumlahnya/dikembangkan kerana firma tidak berupaya berbuat demikian pada jangka masa pendek- Input berubah: Faktor pengeluaran yang boleh diubah jumlahnya/dikembangkan oleh firma pada jangka masa pendek; dalam jangka masa panjang, semua input adalah input berubah

Fungsi pengeluaran (Hubungan jumlah input dengan jumlah output)- Jangka panjang (tiada input tetap): Qx = f (T,B,M,P) di mana Qx = kuantiti keluaran x dan TBMP = faktor-faktor pengeluaran)- Jangka pendek: Qx = f (T,B) di mana T (tanah) = tetap. (Huruf T sepatutnya ditulis dengan garis melintang atas hurufnya sebagai simbol tetap)- Andaian:  * Hanya 2 faktor pengeluaran (tanah dan buruh) digunakan  * Semua buruh mempunyai kecekapan yang sama/homogen  * Tingkat teknologi adalah tetap

Konsep-konsep keluaran dalam fungsi pengeluaran jangka pendek- Jumlah keluaran (TP): Jumlah barang yang dapat dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat input berubah (buruh) tertentu- Keluaran purata (AP): Keluaran per unit input berubah (buruh)  * AP = TP/TVF di mana dalam jangka pendek, TVF(jumlah input berubah) = bilangan buruh- Keluaran sut (MP): Perubahan TP akibat perubahan 1 unit TVF

Page 24: Microekonomi bab 1 bab 6

  * MP = △ TP/△TVF- Hubungan TP, MP dan AP (click picture to zoom)

- Hukum pulangan berkurangan untuk pengeluaran  * Apabila TVF ditambah secara terus-menerus ke atas input tetap, TP akan bertambah dengan cepat, kemudian semakin perlahan dan ahkirnya merosot.  * Hukum ini berlaku selepas Q0 (MP), selepas Q1 (AP) dan selepas Q2 (TP).

Jenis-jenis kos pengeluaran- Definisi: bayaran/perbelanjaan firma atas faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang/perkhidmatan. Terdiri daripada kos explisit dan implisit- Kos explisit: perbelanjaan nampak/sebenar firma terhadap faktor pengeluaran bukan milik firma yang digunakan dalam proses pengeluaran- Kos implisit: bayaran atas penggunaan faktor milik pengusaha/firma sendiri (kos lepas pengeluaran) yang digunakan dalam perniagaan, contohnya gaji lepas, sewa tanah/premis perniagaan milik sendiri, bunga atas modal yang disimpan di bank

Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran - Bahagian 2

Kos pengeluaran jangka pendek- Jumlah kos tetap (TFC): Perbelanjaan firma atas input tetap  -- bersifat malar (tidak berubah/constant)- Jumlah kos berubah (TVC): Perbelanjaan firma untuk memperoleh input berubah  -- berkadar langsung/positif dengan tingkat keluaran: TVC naik, Q naik dan juga sebaliknya- Jumlah kos (TC): TFC + TVC- Fungsi TC jangka pendek: TC = TFC + TVC(Q)

Page 25: Microekonomi bab 1 bab 6

- Kos tetap purata (AFC): Kos tetap bagi seunit keluaran  -- AFC = TFC/Q  -- Hubungan AFC dan Q adalah songsang tetapi nilai AFC sentiasa positif dan melebihi 0- Kos berubah purata (AVC): Kos tetap bagi seunit keluaran  -- AVC = TVC/Q  -- Keluk AVC berbentuk "U" (semakin turun, mencapai minimum, kemudian semakin naik)- Kos purata (AC): Jumlah kos per unit keluaran  -- AC = TC/Q atau AC = AFC + AVC  -- Keluk AC berbentuk "U"- Kos sut (MC): perubahan TC akibat perubahan satu unit keluaran  -- MC = △ TC/△Q atau  -- MC = △ TVC/△Q kerana TFC = malar/tetap  -- Keluk MC berbentuk "U"- Keluk AFC, AVC dan AC

- Hubungan AC, AVC dan MC

- Keluk kos purata jangka pendek (SAC)

Page 26: Microekonomi bab 1 bab 6

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kos pengeluaran jangka panjang- Semua input adalah input berubah- Pembentukan LAC

- Ciri-ciri keluk kos purata jangka panjang (LAC)  -- terdiri daripada bahagian keluk-keluk SAC yang memberikan kos per unit terendah pada pelbagai tingkat output  -- juga dikenali sebagai keluk kandung/keluk perancangan  -- LAC berbentuk "U"disebabkan oleh ekonomi dan disekonomi bidangan dalaman- Hubungan SAC dan LAC

Page 27: Microekonomi bab 1 bab 6

- Hubungan kos sut jangka pendek (SMC) dan kos sut jangka panjang (LMC)

- Ekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC)  -- merupakan pertambahan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya menurun, hasil daripada:   ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman)   ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran)  -- Punca ekonomi bidangan dalaman:   ~ Ekonomi pengkhususan   ~ Ekonomi pengurusan   ~ Ekonomi kewangan   ~ Ekonomi pemasaran   ~ Ekonomi teknikal  -- Punca ekonomi bidangan luaran:   ~ Kemudahan infrastruktur   ~ Bekalan tenaga buruh   ~ Kewangan   ~ Teknologi dan maklumat   ~ Ekonomi integrasi-- Kesan ekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC

Page 28: Microekonomi bab 1 bab 6

- Disekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC)  -- merupakan kemerosotan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya naik, hasil daripada:   ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman)   ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran)  -- Punca disekonomi bidangan dalaman:   ~ Ekonomi pengkhususan   ~ Ekonomi pengurusan   ~ Ekonomi pemasaran   ~ Ekonomi teknikal  -- Punca disekonomi bidangan luaran:   ~ Kekurangan faktor pengeluaran   ~ Kos kesesakan   ~ Masalah pencemaran-- Kesan disekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC