bab 3 kajian persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu...

21
Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni Ilmu faraid atau ilmu pembahagian harta pusaka, adalah salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam. Rasulullah SAW meletakkan ilmu ini di tempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu lain. Baginda SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-As yang bermaksud: Ilmu itu ada tiga dan selain daripada tiga itu hanyalah sebagai lebihan sahaja, iaitu Ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), sunnah yang sahih diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil. (Riwayat Abu Dawud dan al- Hakim). Sejak kebelakangan ini didapati ilmu faraid seolah-olah telah dilupakan orang. Bahkan semakin kurang mereka yang berkeupayaan dalam ilmu ini sehinggakan ia semakin kurang dibicarakan dalam majlis-majlis pengajaran, kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama sama ada di masjid, surau, sekolah dan di mana sahaja. Ia dianggap seperti suatu ilmu yang khusus bagi golongan tertentu sahaja untuk mempelajarinya. Oleh yang demikian, masyarakat hari ini semakin ketinggalan dalam memahami ilmu ini sehingga timbul bermacam- macam karenah dan masalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Malahan ada di kalangan ahli waris mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka. Permasalahan dalam pengurusan harta pusaka perlu ditangani dengan baik. Masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan mempunyai pengetahuan dalam pengurusan harta pusaka. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk menangani permasalahan ini agar segala kekusutan dalam pengurusan harta pusaka dapat diatasi dengan berkesan. Kajian terperinci perlu dilakukan untuk meletakkan ilmu ini pada tempat yang sewajarnya. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti dan menganalisis persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM agar ia menjadi satu langkah untuk memberi kesedaran kepada penggubal kurikulum Pendidikan Islam peringkat

Upload: doanngoc

Post on 30-Jan-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Bab 3

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum

Pendidikan Islam KBSM

Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni

Ilmu faraid atau ilmu pembahagian harta pusaka, adalah salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam. Rasulullah SAW meletakkan ilmu ini di tempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu lain. Baginda SAW bersabda yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As yang bermaksud:

Ilmu itu ada tiga dan selain daripada tiga itu hanyalah sebagai lebihan

sahaja, iaitu Ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan),

sunnah yang sahih diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dan ilmu untuk

membahagikan harta pusaka yang adil. (Riwayat Abu Dawud dan al-

Hakim).

Sejak kebelakangan ini didapati ilmu faraid seolah-olah telah dilupakan orang. Bahkan semakin kurang mereka yang berkeupayaan dalam ilmu ini sehinggakan ia semakin kurang dibicarakan dalam majlis-majlis pengajaran, kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama sama ada di masjid, surau, sekolah dan di mana sahaja. Ia dianggap seperti suatu ilmu yang khusus bagi golongan tertentu sahaja untuk mempelajarinya. Oleh yang demikian, masyarakat hari ini semakin ketinggalan dalam memahami ilmu ini sehingga timbul bermacam-macam karenah dan masalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Malahan ada di kalangan ahli waris mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka.

Permasalahan dalam pengurusan harta pusaka perlu ditangani dengan baik. Masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan mempunyai pengetahuan dalam pengurusan harta pusaka. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk menangani permasalahan ini agar segala kekusutan dalam pengurusan harta pusaka dapat diatasi dengan berkesan. Kajian terperinci perlu dilakukan untuk meletakkan ilmu ini pada tempat yang sewajarnya.

Oleh itu, kajian ini mengenal pasti dan menganalisis persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM agar ia menjadi satu langkah untuk memberi kesedaran kepada penggubal kurikulum Pendidikan Islam peringkat

Page 2: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 24

kebangsaan untuk merangka satu kurikulum khas ilmu faraid berdasarkan persepsi masyarakat tentang pentingnya mempelajari ilmu tersebut.

Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah dalam bentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan sampel melalui soal selidik. Tinjauan adalah cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi.

Kajian ini bertujuan menilai persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM berdasarkan ciri-ciri demografi dan pengetahuan ilmu faraid terhadap hubungannya dengan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar yang digunakan di dalam kajian ini adalah terdiri daripada faktor-faktor demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan dan lokasi (bandar/luar bandar). Pemboleh ubah tidak bersandar yang kedua dalam kajian ini ialah pengetahuan ilmu faraid.

Kajian ini melibatkan sampel seramai 150 orang yang mewakili populasi masyarakat Islam di Malaysia terdiri daripada kumpulan bandar (sekitar Putrajaya dan Bandar Baru Bangi) dan kumpulan luar bandar (sekitar Kuala Lipis dan Temerloh, Pahang). Ia juga melibatkan sampel seramai 150 orang guru Pendidikan Islam sebagai mewakili populasi guru-guru Pendidikan Islam seluruh Malaysia, di samping enam orang pegawai kurikulum Pendidikan Islam di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia mewakil kumpulan pembuat dasar.

Pada asasnya, pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah two-stage random sampling yang menggabungkan persampelan berkelompok (cluster sampling) dan persampelan rawak berlapis atau berstrata (stratified random sampling) (Ahmad Mahdzan 2002: 104-107).

Instrumen Kajian

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian dan menjawab hipotesis kajian, dua instrumen utama telah dibina iaitu; soal selidik berdasarkan skala Likert terhadap masyarakat dan guru Pendidikan Islam serta protokol temu bual terhadap pegawai-pegawai kurikulum Pendidikan Islam.

Soal selidik ini distrukturkan dalam empat bahagian. Bahagian (A) merupakan profil demografi responden. Bahagian (B) merupakan kenyataan berhubung pengetahuan responden terhadap ilmu faraid. Bahagian (C) berhubung dengan kenyataan tentang persepsi responden terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam

Page 3: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 25

KBSM. Bahagian (D) merupakan pandangan responden tentang keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Tatacara Penganalisaan Data

Dalam analisis data, dua kaedah statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferences. Analisis statistik menggunakan kaedah deskriptif digunakan seperti min, kekerapan dan peratus. Ia bertujuan bagi melihat frekuensi dan peratusan responden berdasarkan ciri-ciri demografi terpilih seperti jantina, umur, tahap akademik, tahap pendidikan Islam tertinggi dan lokasi yang terkandung dalam Bahagian A soal selidik. Seterusnya, item-item yang terkandung di dalam Bahagian B soal selidik, bertujuan untuk menilai pernyataan mengenai pengetahuan responden terhadap ilmu faraid. Sementara Bahagian C soal selidik bertujuan untuk menilai persepsi responden terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Teknik pengukuran menggunakan analisis min kekerapan. Satu taburan min kekerapan hasil skor pengukuran persepsi dilakukan. Ukuran min kekerapan persepsi ditentukan berdasarkan taburan kekerapan skor yang diperolehi. Tujuannya bagi menentukan sama ada responden tersebut mempunyai tahap yang positif atau negatif terhadap pengetahuan ilmu faraid dan persepsi yang positif dan negatif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Manakala statistik inferences digunakan untuk menguji kesemua hipotesis yang telah dibentuk. Analisis statistik inferences yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA dan Kolerasi Pearson ‘r’. Semua ujian statistik adalah dijalankan pada aras keertian p=0.05. Jika nilai p<0.05 perbezaan adalah signifikan, tetapi jika nilai p>0.05, ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

Untuk menerangkan tahap pengetahuan asas responden terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM, alat uji min skor dan sisihan piawai digunakan. Bagi melihat sama ada ciri-ciri demografi mempunyai pengaruh ke atas persepsi responden terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM, ANOVA dan ujian-t digunakan. Kolerasi pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan kefahaman asas ilmu faraid dan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Analisis Dapatan dan Perbincangan

Pengetahuan Ilmu Faraid di Kalangan Masyarakat

Berdasarkan dapatan kajian, majoriti masyarakat hanya mengetahui sebahagian kecil asas ilmu faraid. Ini dibuktikan dengan peratusan tinggi yang diperolehi melalui pengakuan masyarakat tentang perkara ini, iaitu 67.4%. Apabila dikaitkan dengan persoalan “pernahkah anda mempelajari ilmu faraid”, 35.3% mengakui tidak pernah, 13.3% tidak pasti dan 51.3% mengakui pernah mempelajari ini faraid. Kadar peratusan yang agak tinggi iaitu 51.3% menunjukkan bahawa responden memandang penting ilmu faraid perlu dipelajari.

Page 4: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 26

Untuk melihat min kekerapan pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid, nilai min bagi setiap item disusun daripada min yang tertinggi kepada yang terendah. Pengkategorian dilakukan berdasarkan skala berikut:

Julat min Kriteria

0.0 hingga 3.0 Tidak Setuju

3.1 hingga 5.0 Setuju

Keputusan min kekerapan yang diperolehi, nilai min 3.67 dicatatkan bagi item “saya mendapat pengetahuan ilmu faraid melalui pembacaan buku-buku, majalah dan internet”. Dapatan ini menunjukkan bahawa 73.4% responden mempunyai minat terhadap ilmu faraid kerana mereka berusaha memperolehinya melalui pembacaan buku-buku, majalah atau melayari internet. Keadaan ini disebabkan mereka tidak berpeluang mempelajarinya semasa di sekolah menengah atau mana-mana pusat pengajian. Berdasarkan min kekerapan item-item berhubung dengan sumber ilmu faraid yang diperolehi dari pusat-pusat pengajian menunjukkan bahawa majoriti responden memberikan jawapan tidak bersetuju. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak memperoleh ilmu faraid dari sama ada sekolah menengah, sekolah agama rakyat, pengajian pondok, surau atau masjid, pusat pengajian tinggi dan seminar-seminar anjuran kerajaan atau swasta. Jadual 1 di bawah memberikan gambaran tentang perkara ini.

Nilai min bagi item-item 2 hingga 5 menunjukkan bahawa min kekerapannya berada pada julat min 0.0 hingga 3.0 pada kriteria ‘tidak bersetuju’. Perkara ini menggambarkan majoriti responden tidak memperoleh pengetahuan ilmu faraid dari mana-mana pusat pengajian secara formal. Situasi ini membawa kesan terhadap tahap kefahaman asas dan kefahaman ilmu faraid di kalangan masyarakat kerana mereka tidak mempelajarinya secara mendalam daripada guru-guru yang berkemahiran. Natijahnya ramai di kalangan masyarakat mempunyai pengetahuan dan kefahaman ilmu faraid yang rendah.

Page 5: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 27

Menurut Wan Abdul Halim Wan Harun (2006), hasil pengalaman beliau yang berkecimpung dalam urusan pembahagian harta pusaka, didapati ramai di kalangan masyarakat yang masih tidak memahami hukum faraid dan tidak mengetahui bagaimana menguruskan harta orang telah meninggal dunia. Kenyataan beliau tersebut adalah bertepatan dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid masih rendah. Kesan daripada pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid yang masih rendah mengakibatkan timbul isu-isu pertelingkahan dalan tuntutan harta pusaka. Kes tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Temerloh yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 50 tahun yang melibatkan tanah seluas dua ekar (Utusan Malaysia, 2005) memberi sedikit gambaran tentang hal ini. Begitu juga kes di Kampung Baru, Kuala Lumpur (New Sunday Times, 2007) yang melibatkan seramai 100 orang yang berhak terhadap sebidang tanah berukuran 371.6 meter persegi (4,000 kaki persegi) dan tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang merupakan sebahagian contoh kelemahan masyarakat dalam memahami ilmu faraid.

Merujuk dapatan hasil kajian, 43.4% masyarakat mengetahui tentang dalil al-Quran dan al-Sunnah berkaitan pensyariatan faraid. Manakalah 36% tidak mengetahui tentang dalil-dalil tersebut dan 20.7% tidak pasti sama ada mengetahui atau tidak. Berdasarkan peratusan ‘tidak mengetahui’ dan ‘tidak pasti’ menunjukkan majoriti masyarakat tidak memahami dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah tentang pensyariatan faraid. Pengetahuan berhubung dengan ahli waris, pembahagian saham setiap ahli waris, al-hajb, al-radd, al-‘awl, asal masalah dan kaedah pengiraan faraid terdapat 7.4% hingga 21.3% responden sahaja yang mengetahui. Ini menggambarkan peratusan tinggi di kalangan masyarakat tidak mempunyai pengetahuan asas ilmu faraid. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan terdahulu, ada hubungannya dengan tahap pembelajaran mereka terhadap ilmu ini dan dari sumber mana mereka memperoleh ilmu ini.

Dapatan kajian ini membenarkan apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis riwayat ‘Abdullah bin Mas‘ud RA bahawa ilmu ini akan mudah dilupakan oleh umat Islam dan mengakibatkan berlaku fitnah dalam urusan pembahagian harta pusaka. al-Hakim meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia Pelajarilah faraid

serta ajarkanlah ia. Sesungguhnya aku adalah seorang yang tetap diambil

nyawa (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan diangkat, dan

nanti akan timbul fitnah, sehingga dua orang berselisih mengenai

pembahagian harta pusaka dan masalahnya, dan tidak ada orang yang dapat

menyelesaikan antara keduanya.

Hadis di atas memberikan kita satu gambaran bahawa akan datang satu masa kelak umat Islam akan mengabaikan ilmu faraid dan mengakibatkan berlaku perbalahan dan perselisihan dalam

Page 6: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 28

pembahagian harta pusaka. Keadaan ini jelas telah terbukti melalui dapatan hasil kajian yang menunjukkan tahap pengetahuan ilmu faraid di kalangan umat Islam di Malaysia masih rendah.

Kesimpulannya, pengetahuan ilmu faraid di kalangan masyarakat adalah rendah. Hal ini disebabkan pengajian ilmu faraid di Malaysia tidak secara menyeluruh kepada masyarakat. Ia dipelajari oleh golongan-golongan tertentu sahaja seperti pelajar aliran agama dan pengajian tinggi serta mereka yang berusaha mempelajarinya secara bersendirian. Ditambah lagi dengan pandangan masyarakat yang menyatakan bahawa ilmu ini susah untuk dipelajari dan tiada guru boleh mengajarnya dengan baik. Akibatnya wujud pelbagai masalah dalam pengurusan harta pusaka dan kes-kes tuntutan pusaka.

Pengetahuan Ilmu Faraid di Kalangan Guru Pendidikan Islam

Secara keseluruhannya, 100% responden mempunyai pengetahuan ilmu faraid. Ini disebabkan kesemua responden adalah guru Pendidikan Islam yang mempunyai latar belakang pengajian Islam secara formal di sekolah-sekolah kerajaan persekutuan, negeri dan sekolah agama rakyat. Ditambah lagi dengan penafian responden bahawa 100% tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan mereka tidak mengetahui sesuatu pun tentang ilmu faraid. Cuma wujud sedikit perbezaan pengetahuan ilmu ini di kalangan guru-guru Pendidikan Islam. Berdasarkan hasil kajian, terdapat majoriti guru-guru Pendidikan Islam menguasai sebahagian kecil ilmu faraid, iaitu 46.7%. Tetapi terdapat juga 41.3% guru-guru Pendidikan Islam menguasai sebahagian besar ilmu ini. Walau bagaimana pun 14.3% guru-guru Pendidikan Islam mengaku menguasai keseluruhan ilmu faraid. Ini menggambarkan pengetahuan ilmu faraid di kalangan mereka adalah berbeza.

Untuk melihat min kekerapan pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap ilmu faraid, nilai min bagi setiap item disusun daripada min yang tertinggi kepada yang terendah. Pengkategorian dilakukan berdasarkan skala berikut:

Julat min Kriteria

0.0 hingga 3.0 Tidak Setuju

3.1 hingga 5.0 Setuju

Buktinya dapat dilihat pada nilai min kekerapan, iaitu daripada 10 item yang ditanya, 8 item berada pada julat min 3.1 hingga 5.00, iaitu kriteria bersetuju dengan segala persoalan yang dikemukakan. Susunan nilai min yang tertinggi ialah 4.07 hingga 3.07 untuk 8 item soal selidik dan terendah 2.97 hingga 2.89 untuk 2 item soal selidik. Berdasarkan Jadual 2 majoriti responden mengetahui tentang dalil al-Quran dan al-Sunnah berkaitan pensyariatan faraid, iaitu nilai min 4.07. Mengikut analisis frekuensi, 91.3% daripada 150 guru yang dikaji bersetuju dengan kenyataan di atas. Mereka juga menguasai perkara-perkara asas dalam ilmu faraid. Buktinya dapat dilihat kepada nilai min yang positif

Page 7: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 29

diperoleh pada setiap item yang dikemukakan dan berada dalam julat min yang menyatakan ‘bersetuju’ terhadap item yang diberi. Contohnya; maklumat berhubung dengan senarai ahli ashab al-furud, 3.83, senarai rukun, sebab dan syarat perwarisan, 3.81, senarai ahli ‘asabah, 3.67, peruntukan bahagian ashab al-furud, 3.51, al-hajb, 3.42, senarai ahli dhawu al-arham, 3.38, al-radd dan al-‘awl, 3.07. Walau bagaimanapun guru-guru Pendidikan Islam mempunyai kelemahan atau kekurangan untuk menguasai hal-hal berkaitan dengan asal masalah dan kaedah pengiraan, dengan nilai min negatif 2.97 dan kes-kes pengecualian dalam undang-undang pusaka Islam, nilai min negatif 2.89.

Sebahagian besar guru Pendidikan Islam mempelajari ilmu faraid semasa di universiti, iaitu 72%. Tidak ramai yang bersetuju bahawa mereka telah mempelajari ilmu ini semasa di sekolah menengah, iaitu 44%. Ini menunjukkan bahawa guru-guru ini mula menguasai asas faraid pada peringkat pengajian tinggi. Malahan ramai yang mula mengenali asas ilmu ini semasa berada di universiti. Pada ketika ini sepatutnya mereka berada di peringkat mendalami ilmu bukannya peringkat asas. Oleh itu natijahnya, berlaku perbezaan pemahaman dan penguasaan di kalangan mereka mengenai ilmu faraid. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan kepada mereka sebagai penyampai ilmu. Seandainya ilmu faraid dijadikan sebahagian kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah, maka guru-guru perlu mengulang kaji dan menguasai kembali ilmu yang telah mereka pelajari. Walaupun begitu ada usaha di kalangan mereka untuk menguasai ilmu ini melalui

Page 8: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 30

pembacaan buku-buku dan majalah serta melayari internet. Terdapat 80% responden mengaku mendapat pengetahuan ilmu faraid melalui pembacaan buku, majalah dan melayari internet. Ini merupakan satu usaha yang harus dipuji.

Kesimpulannya, tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap ilmu faraid adalah sederhana tinggi. Ini kerana hanya 14.3% sahaja yang berkeyakinan menguasai keseluruhan ilmu ini dan 41.3% menguasai sebahagian besarnya. Manakala majoriti guru menguasai sebahagian kecil pengetahuan ilmu faraid, iaitu 46.6%. Tetapi tiada seorang pun di kalangan guru yang tidak mengetahui tentang ilmu ini. Oleh itu, kefahaman ilmu faraid di kalangan guru-guru Pendidikan Islam boleh dipertingkatkan lagi kerana mereka telah memperoleh asas-asas ilmu ini.

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Pada keseluruhannya, majoriti masyarakat bersetuju bahawa ilmu faraid perlu diajar dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Berdasarkan pernyataan tentang ilmu faraid sangat penting untuk dipelajari, 97.4% daripada 150 orang responden bersetuju. Manakala masing-masing 1.3% responden menyatakan ia tidak perlu dan tidak pasti. Ini menggambarkan bahawa masyarakat memberikan satu pandangan yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Berdasarkan nilai min yang diperoleh dalam Jadual 3, secara keseluruhannya, masyarakat mempunyai persepsi yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Susunan nilai min kekerapan bagi item C1 hingga C5 daripada yang paling tinggi (4.59) kepada yang paling rendah (1.73). Nilai min tertinggi 4.59 menunjukkan masyarakat sangat bersetuju ilmu faraid penting untuk dipelajari.

Page 9: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 31

Berhubung tentang ilmu faraid perlu dipelajari oleh semua pelajar di peringkat sekolah menengah, 92% responden bersetuju dan 2.7% tidak bersetuju, sementara 5.3% tidak pasti. Ini bermakna masyarakat amat mengharapkan anak-anak mereka diberikan pendedahan awal tentang ilmu ini. Responden seramai 88.7% tidak bersetuju ilmu faraid hanya dipelajari oleh pelajar-pelajar aliran agama sahaja. Walau bagaimanapun, 8% responden menyatakan persetujuan bahawa ilmu faraid perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar aliran agama sahaja, manakala 3.3% tidak pasti tentang hal ini. Ini memberi satu gambaran bahawa masyarakat tidak bersetuju ilmu faraid hanya dipelajari oleh segelintir pelajar sahaja dengan mengetepikan sebahagian besar yang lain. Mereka mahu ia dipelajari oleh semua pelajar di Malaysia kerana ilmu ini perlu diketahui oleh semua umat Islam.

Berhubung dengan ilmu faraid perlu dijadikan kurikulum khas dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 91.4% responden bersetuju, 6% tidak pasti dan 2.6% tidak bersetuju. Berkaitan dengan item C5 soal selidik, 88.7% responden bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia perlu segera menyediakan kurikulum ini kepada pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan, 8.7% tidak pasti dan 2.6% tidak bersetuju.

Berdasarkan soal selidik yang dikemukakan, masyakarat telah memberikan pelbagai alasan kenapa ilmu faraid perlu atau tidak perlu dijadikan sebagai sebahagian kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Di antara alasan dan hujah yang dikemukakan oleh 91.4% masyarakat yang bersetuju ilmu faraid dijadikan kurikulum khas Pendidikan Islam KBSM adalah seperti berikut:

a) Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang wujudnya ilmu pengurusan dan pembahagian harta pusaka dalam syariat Islam.

b) Mendedahkan pelajar tentang keadilan Islam dalam pembahagian harta pusaka.

c) Supaya umat Islam tidak bertelagah dalam pembahagian harta pusaka dan dapat menyelesaikan masalah-masalah tuntutan harta pusaka dengan baik.

d) Memberi peluang kepada semua pelajar mempelajari dan memahami ilmu faraid sama ada mereka daripada aliran agama atau tidak, berjaya ke universiti atau gagal ke universiti.

Terdapat 2.6% masyarakat yang tidak bersetuju ilmu faraid ini dipelajari oleh semua pelajar Islam di sekolah menengah. Mereka telah memberikan alasan dan hujah seperti berikut:

a) Ilmu faraid sesuai dipelajari di peringkat universiti dan khusus kepada mereka yang layak sahaja kerana ia adalah ilmu fardu kifayah.

b) Para pelajar masih lemah dalam menguasai ilmu fardu ain. Sepatutnya tumpuan diberikan untuk mereka menguasai ilmu fardu ain.

Page 10: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 32

c) Sukatan pelajaran sedia ada masih belum mampu dikuasai oleh pelajar.

d) Ilmu faraid menambahkan beban pelajar untuk mengingati pelajaran.

Secara keseluruhan, masyarakat bersetuju tentang keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Nilai min kekerapan yang terhasil menunjukkan masyarakat bersetuju ilmu faraid sangat penting untuk dipelajari. Mereka juga sangat bersetuju ilmu faraid perlu dipelajari oleh semua pelajar di peringat sekolah menengah. Lantaran itu, masyarakat bersetuju menyarankan agar Kementerian Pelajaran perlu segera menyediakan kurikulum khas ilmu faraid kepada pelajar-pelajar sekolah menengah peringkat Pendidikan Islam KBSM. Walau bagaimana pun mereka tidak bersetuju ilmu faraid dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah aliran agama sahaja dengan menafikan peluang pelajar aliran lain mempelajari ilmu ini.

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut Faktor-

Faktor Demografi

Analisis terhadap hipotesis yang dibentuk adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM berdasarkan faktor-faktor demografi. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa kesemua hipotesis diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor demografi. Faktor-faktor demografi dalam kajian ini tidak mendatangkan kesan dalam menentukan perbezaan persepsi masyarakat. Walau bagaimana pun, hipotesis untuk melihat hubungan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid mempunyai hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah. Oleh itu hipotesis nolnya ditolak.

Secara statistiknya ujian-t dilaksanakan untuk menganalisis persepsi masyarakat Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut jantina. Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi masyarakat di kalangan lelaki dan perempuan terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Nilai sig. p = 0.650 > 0.05. Maka hipotesis nol diterima.

Page 11: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 33

Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa, faktor demografi (jantina) tidak memainkan peranan dalam menentukan perbezaan persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Oleh itu masyarakat di kalangan kaum lelaki dan perempuan telah memberikan persepsi yang sama terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Penyelesaian hipotesis melalui analisis statistik inferences menunjukkan bahawa persepsi masyarakat berhubung keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut tahap umur adalah tidak signifikan. Dalam hal ini, tafsiran statistik output pada Jadual 5 menunjukkan p > 0.05, iaitu p = 0.308, maka hipotesis nol gagal untuk ditolak. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan signifikan persepsi masyarakat Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam mengikut umur. Ini bermakna perbezaan umur tidak memberikan kesan kepada perbezaan persepsi di kalangan masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Ringkasan data dalam Jadual 6 mendapati bahawa kesan tahap pendidikan adalah tidak signifikan dalam menentukan persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Dalam hal ini, tafsiran statistik output adalah menunjukkan p > 0.05, iaitu p = 0.757, maka hipotesis nol diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan signifikan persepsi masyarakat Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam mengikut tahap pendidikan. Ini menunjukkan bahawa

Page 12: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 34

tahap pendidikan yang berbagai-bagai tidak mendatangkan kesan persepsi yang berbeza di kalangan masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Merujuk kepada Jadual 7 di bawah, secara statistiknya ujian-t dilaksanakan untuk menganalisis persepsi masyarakat Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut lokasi. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi masyarakat di kalangan mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Nilai sig (2-tailed) p = 0.557 > 0.05. Oleh itu hipotesis nol diterima. Ini menunjukkan bahawa masyarakat di bandar dan luar bandar mempunyai persepsi yang sama terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Mereka mempunyai pandangan yang sama tentang pentingnya ilmu faraid diajar kepada pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah. Oleh itu faktor lokasi tidak memberikan persepsi yang berbeza terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Satu ujian kolerasi pearson dilakukan untuk melihat hubungan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid. Dapatan dari analisis statistik pada Jadual 8 di bawah menunjukkan kolerasi di antara keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM dengan pengetahuan ilmu faraid di kalangan masyarakat Islam di Malaysia mempunyai hubungan positif yang sederhana kuat. Dapatan

Page 13: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 35

hasil analisis kolerasi pearson ini mendapati nilai r = .331** dan signifikan pada aras ke ertian p = 0.000 < 0.01 . Keadaan ini menggambarkan bahawa pengetahuan ilmu faraid di kalangan masyarakat mempunyai hubungan yang sederhana kuat dengan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Oleh itu terdapat hubungan yang signifikan persepsi masyarakat Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan pengetahuan ilmu faraid. Maka hipotesis nol ditolak.

Hubungan yang sederhana kuat ini terjadi disebabkan wujud kumpulan masyarakat yang mempunyai tahap pengetahuan ilmu faraid yang baik tetapi memberikan persepsi yang positif tentang pentingnya ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Tambahan pula terdapat kumpulan masyarakat yang mempunyai pengetahuan ilmu faraid yang rendah memberikan persepsi positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Wujudnya kedua-dua kumpulan masyarakat yang memberikan satu persepsi yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM menyebabkan hubungan kolerasi ini sederhana kuat.

Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Majoriti guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa ilmu faraid perlu diajar dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Berdasarkan pernyataan tentang ilmu faraid sangat penting untuk dipelajari, 98% daripada 150 orang responden bersetuju. Manakala masing-masing 2% responden menyatakan tidak pasti. Tiada seorang pun daripada kalangan guru Pendidikan Islam menafikan kepentingan mempelajari ilmu faraid. Berhubung dengan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM, guru-guru telah memberikan satu pandangan yang positif terhadapnya. Berdasarkan nilai min yang diperoleh, secara keseluruhannya, mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM dan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan umat Islam. Nilai min kekerapan tertinggi 4.11 hingga 4.71 dalam Jadual 9 menunjukkan guru Pendidikan Islam sangat bersetuju ilmu faraid penting untuk dipelajari khususnya di seluruh aliran sekolah menengah. Ini terbukti nilai min

Page 14: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 36

bagi pernyataan bahawa ilmu faraid hanya perlu dipelajari oleh pelajar aliran agama sahaja adalah rendah, iaitu 2.00.

Guru-guru Pendidikan Islam bersetuju ilmu faraid perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah. Terdapat 88% atau 4.39 nilai min kekerapan guru-guru menyatakan persetujuan tersebut, manakala 4.7% tidak bersetuju dan bakinya 7.3% tidak pasti adakah ia perlu atau tidak. Walau bagaimanapun masing-masing mempunyai alasan untuk menyatakan sama ada setuju atau tidak setuju terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Kumpulan guru-guru yang bersetuju ilmu faraid dijadikan sebahagian kurikulum dalam Pendidikan Islam KBSM telah memberikan alasan-alasan berikut:

a) Pembelajaran ilmu faraid merupakan suatu pendedahan awal kepada para pelajar untuk memperkenalkan sistem pengurusan harta pusaka Islam.

b) Setiap individu Islam terlibat dengan permasalahan harta pusaka apabila berlaku kematian ahli keluarga. Maka setiap individu perlu tahu bagaimana pengurusan harta pusaka menurut cara yang sah dan betul.

c) Pengetahuan ilmu faraid yang ada pada setiap individu boleh mengelakkan perebutan dan perbalahan harta pusaka di kalangan ahli waris.

d) Ilmu Faraid merupakan satu cabang ilmu Islam yang penting sesuai dengan maqasid syariah dari segi penjagaan, pemeliharaan dan pengurusan harta.

Di kalangan guru-guru yang tidak bersetuju ilmu faraid diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah melalui Pendidikan Islam KBSM memberikan pandangan dan alasan-alasan tertentu seperti berikut:

Page 15: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 37

a) Kurikulum sedia ada setakat ini masih belum mampu dikuasai oleh para pelajar. Dibimbangi akan menambahkan beban pembelajaran pelajar.

b) Ilmu-ilmu yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sedia ada sudah cukup untuk dipelajari. Penguasaan mereka terhadap ilmu-ilmu tersebut yang merangkumi ilmu fardu ain dan fardu kifayah perlu dimantapkan lagi.

c) Sesuatu kurikulum yang hendak digubal perlu memberi keutamaan kepada yang lebih utama. Adakah ilmu faraid lebih utama daripada ilmu-ilmu yang sedia ada dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM?

d) Ilmu ini tidak sesuai dipelajari oleh pelajar sekolah menengah. Ia sesuai untuk pelajar pengajian tinggi.

e) Beban kerja guru akan bertambah kerana terpaksa membuat persediaan menguasai ilmu yang mereka kurang faham. Ini disebabkan guru-guru Pendidikan Islam bukan semuanya dari aliran syariah, malahan ada yang masih lemah dalam memahami ilmu ini.

Jika dilihat kepada alasan-alasan yang diberikan oleh guru-guru dan masyarakat sama ada kumpulan yang bersetuju atau tidak bersetuju, didapati ia hampir mempunyai kesamaan hujah. Kumpulan guru-guru dan masyarakat yang bersetuju ilmu faraid dijadikan kurikulum dalam Pendidikan Islam KBSM secara umumnya memberi alasan bahawa ilmu faraid perlu diajar kepada para pelajar kerana mereka perlu didedahkan kepada sistem pengurusan harta pusaka Islam bagi mengelakkan berlaku perselisihan dan pergaduhan dalam pembahagian harta pusaka di kalangan umat Islam. Manakala kumpulan guru dan masyarakat yang tidak bersetuju ilmu faraid dijadikan kurikulum Pendidikan Islam KBSM memberi alasan bahawa ilmu ini tidak sesuai dipelajari pada peringkat sekolah menengah kerana tahap pemikiran mereka tidak mampu menguasai ilmu ini.

Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut

Faktor-Faktor Demografi

Merujuk kepada Jadual 10 secara statistiknya ujian-t dilaksanakan untuk menganalisis persepsi guru Pendidikan Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengikut jantina. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Nilai sig (2-tailed) p = 0.405 > 0.05. Oleh itu hipotesis nol diterima. Ini bermakna guru lelaki dan guru perempuan mempunyai persepsi yang sama terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Page 16: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 38

Output analisis ujian ANOVA yang dijalankan untuk menguji hipotesis mendapati bahawa tahap umur tidak memberikan kesan yang signifikan bagi menentukan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Tafsiran statistik output pada Jadual 11 adalah menunjukkan kebarangkalian kita memperoleh perbezaan sekurang-kurangnya sebesar perbezaan yang ditunjukkan dalam sampel adalah dianggarkan sebesar 0.408. Kebarangkalian berlakunya fenomena ini adalah besar (lebih daripada α / 2 (two-tailed) iaitu 0.025 atau 2.5%). Dengan ini, p > 0.05, iaitu p = 0.408, maka hipotesis nol diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan signifikan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam mengikut umur.

Pada asalnya ujian ANOVA dicadangkan untuk menganalisis hipotesis berhubung persepsi responden mengikut tahap pendidikan, tetapi setelah data diperoleh didapati kesemua responden adalah mempunyai tahap pendidikan tertinggi ijazah pertama dan ijazah lanjutan. Oleh itu ujian-t adalah bersesuaian untuk menganalisis dua kumpulan ini. Berdasarkan hasil yang diperoleh dalam Jadual 12 di bawah, didapati tahap pendidikan tidak memberi kesan yang signifikan dalam menentukan persepsi guru terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Page 17: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 39

Dalam hal ini, tafsiran statistik output adalah menunjukkan p > 0.05, iaitu p = 0.981, maka hipotesis nol gagal untuk ditolak. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan signifikan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam mengikut tahap pendidikan. Ini bermakna walaupun guru-guru Pendidikan Islam memiliki tahap pendidikan tertinggi di peringkat sarjana atau doktor falsafah, mereka tetap memberikan persepsi yang sama dengan kumpulan guru-guru Pendidikan Islam berkelulusan sarjana muda terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Berdasarkan kepada Jadual 13, secara statistiknya ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru Pendidikan Islam di kalangan mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Nilai p = 0.448 > 0.05. Oleh itu hipotesis nol tidak dapat ditolak. Dapatan ini membuktikan bahawa guru-guru di bandar mempunyai persepsi yang sama dengan guru-guru di luar bandar terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Faktor demografi mengikut lokasi tidak memberi kesan kepada persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Ujian kolerasi pearson dilaksanakan untuk melihat hubungan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap ilmu faraid. Jadual 14 di bawah menunjukkan kolerasi keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM dengan pengetahuan ilmu faraid di kalangan guru Pendidikan Islam mempunyai hubungan positif yang lemah.

Page 18: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 40

Dapatan hasil analisis kolerasi pearson ini mendapati nilai r = .172* dan signifikan pada aras keertian p = 0.038 < 0.05 . Keadaan ini menggambarkan bahawa pengetahuan ilmu faraid di kalangan guru Pendidikan Islam mempunyai hubungan positif yang lemah dengan keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Ini disebabkan bahawa guru-guru Pendidikan telah mempunyai pengetahuan ilmu faraid yang baik berdasarkan kepada analisis min kekerapan persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap pengetahuan mereka mengenai ilmu faraid. Pengetahuan ilmu faraid yang baik tidak menghalang guru-guru Pendidikan Islam untuk memberikan persepsi yang positif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Begitu juga guru-guru yang lemah pengetahuan asas ilmu faraid telah memberikan persepsi yang positif terhadap perkara ini. Keadaan ini mengakibatkan hubungan positif tersebut adalah lemah. Walau bagaimanapun ia mempunyai perkaitan yang signifikan pada aras keertian p = 0.038 < 0.05. Maka hipotesis nol berjaya ditolak. Oleh itu terdapat hubungan yang signifikan persepsi guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan kefahaman asas ilmu faraid.

Kesimpulannya, dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua faktor demografi tidak dapat membuktikan wujud perbezaan yang signifikan persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Oleh itu kesemua guru tersebut telah memberikan persepsi positif yang sama terhadap kajian ini sama ada dari segi jantina, umur, tahap pendidikan dan lokasi mereka. Pandangan mereka terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM tidak jauh bezanya.

Persepsi Pegawai Kurikulum Pendidikan Islam Terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam

KBSM

Kajian ini juga dilakukan untuk melihat persepsi pegawai-pegawai kurikulum Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM kerana mereka adalah kumpulan pembuat dasar dan penggerak kepada sebarang perubahan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Para pegawai tersebut telah diminta memberikan pandangan berhubung dengan kajian ini.

Page 19: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 41

Hasil kajian mendapati bahawa pegawai-pegawai kurikulum Unit Pendidikan Islam di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan persepsi yang baik terhadap kajian ini. Mereka memberikan kerjasama dengan mengemukakan alasan-alasan secara positif dan negatif terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Mereka tidak secara total menerima atau menolaknya. Menurut mereka ilmu faraid boleh diajar sebagai maklumat asas untuk pelajar berhadapan dengan isu-isu tuntutan dan agihan harta pusaka. Ilmu ini juga adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah yang perlu dipelajari oleh semua pelajar Islam di Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam matlamat semakan semula kurikulum Pendidikan Islam Tahun 2003.

Walau bagaimanapun menurut mereka, untuk menjadikan ilmu faraid sebagai sebahagian kurikulum Pendidikan Islam perlu dilihat kepada tahap kemampuan penerimaan pelajar dan guru terhadap ilmu ini. Adakah ia sesuai dengan pelajar peringkat sekolah menengah? Adakah ia tidak akan membebankan pelajar dan guru terhadap mata pelajaran ini? Adakah guru bersedia untuk mengajar ilmu ini? Persoalan-persoalan ini perlu difikirkan dan dibincangkan dengan teliti oleh penggubal-penggubal kurikulum dan pakar-pakar pendidikan.

Seandainya masyarakat mencadangkan ilmu faraid dimasukkan ke dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM, pegawai-pegawai kurikulum yang ditemui bersedia untuk merancang, merangka dan melaksanakannya setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak kementerian. Setakat ini masih belum ada sebarang perancangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia tentang keperluan ilmu faraid dimasukkan ke dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Satu kajian terperinci perlu dilakukan supaya pelaksanaannya tidak membebankan guru dan pelajar.

Penutup

Secara keseluruhannya kajian ini merupakan langkah awal untuk melihat sejauh mana persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Di samping itu, persepsi guru-guru dan pegawai-pegawai kurikulum Pendidikan Islam juga dinilai dalam kajian ini. Objektif kajian ini telah berjaya dicapai melalui analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada soal selidik kajian. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat di Malaysia terhadap ilmu faraid. Majoriti masyarakat Islam di Malaysia mempunyai tahap pengetahuan ilmu faraid yang rendah. Seterusnya kajian terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam menunjukkan bahawa masyarakat amat memerlukannya.

Kajian ini juga telah berjaya merumuskan bahawa masyarakat dan para pendidik Pendidikan Islam bersetuju bahawa ilmu faraid perlu diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Sementara itu, pihak pengurusan kurikulum Pendidikan Islam bersedia untuk

Page 20: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 42

menjadikan ilmu faraid sebagai sebahagian kurikulum Pendidikan Islam KBSM sekiranya kajian terperinci terhadap keperluan ini dilakukan dan mendapat arahan atau kelulusan daripada pihak atasan kementerian.

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menjawab segala persoalan kajian dan mencapai objektif kajian. Kajian ini juga telah berjaya mencapai matlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis persepsi masyarakat terhadap keperluan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSM. Di samping diperkukuhkan oleh persepsi para pendidik dan pihak pengurusan kurikulum Pendidikan Islam terhadap kajian ini. Pihak pengurusan kurikulum, Kementerian Pelajaran seharusnya memandang serius dan mengambil tindakan terhadap persepsi positif masyarakat yang mahukan ilmu faraid dijadikan sebagai sebahagian kurikulum Pendidikan Islam KBSM.

Penghargaan

Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan menggunakan dana Penyelidikan Tindakan/Strategik 2014 PTS-2014-065, UKM.

Rujukan

Ahmad ibn ‘Ali. 1993. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al- Fikr.

Ahmad Mahdzan Ayob. 2002. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Ed. II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam. 2004. Kurikulum Semakan Pendidikan Islam KBSM 2004. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Analisis Bilangan GPI Ikut Skim Khidmat. Pangkalan data Pendidikan Islam.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: 7 November.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Peperiksaan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Syariah STPM. t.tp: t.pt.

Peter F. Olivia. 2004. Eveloping the Curriculum. Ed. ke-6. California: Pearson Education. Inc.

Page 21: Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/03-Dr-Noor... · Analisis statistik menggunakan ... digunakan ialah

Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid 43

Radhuan Hussain. 2005. 50 tahun baru selesai kes tuntutan tanah pusaka. Utusan Malaysia. 18 Ogos: 5.

al-Shawkani, Muhammad ibn ‘Ali Muhammad. 1961. Nayl al-Awtar. Kaherah: Sharikah wa Maktabat wa Matba‘at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

Sheikh Abdullah Basmeih. 1416H/1995M. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (30 Juz.). Cetakan ke-6. Kuala Lumpur: BHAEIS, Jabatan Perdana Menteri.

al-Sufi, ‘Abd al-‘Azim Fayyad Judah. 1955. Nizam al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah. Cet. II. Kaherah: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Syed Ali Ashraf. 1994. Faith-based education: A theoritical shift from the secular to the transcendent. The First Conference on Muslim Education. MEQ 11 (2): 1-4 April. 314.

Tyler, Ralph Winfred. 1949. Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of Chicago Press.

Utusan Malaysia. 2007. 10 Julai. Utusan Online. http//www.utusan.com.my [28 Julai 2007].

Wan Abdul Halim Wan Harun. 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.