apakah signifikan akta perkhidmatan ... -...

17
270 APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (APKI) 2013 KE ATAS TINGKAHLAKU PENERIMAAN DANA DEPOSIT OLEH INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA Muhammad Haffiz Muhamad Isa 1 Shahida Shahimi 2 Pusat Kajian Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Alliance Islamic Bank Berhad telah memulakan perniagaan perbankan Islam pada 1 April 2008, setelah memegang portfolio perniagaan perbankan Islam keseluruhan Alliance Bank. Selepas penguatkuasaan APKI 2013, semua institusi perbankan Islam telah menukar dan mengkelaskan semula deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan dibawah akta tersebut. Maka, berkuatkuasa dari 01 Jun 2014, mana-mana produk deposit bertempoh Alliance Islamic bank yang berasaskan kontrak syariah Mudharabah yang telah matang akan ditukar kepada produk deposit bertempoh baharu yang berasaskan kontrak Syariah komoditi Murabahah (penjualan komoditi pada kos berserta keuntungan) pada tarikh matang deposit sedia ada. Oleh itu, wujud perbezaan ketara bagi produk-produk yang ditawarkan sebelum dan selepas APKI 2013. Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang berkaitan dengan produk deposit disamping cabaran-cabaran dan tindakan yang diambil oleh Alliance Islamic Bank sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 ke atas akaun deposit. Isu-isu Syariah yang timbul dalam produk deposit ini juga akan dibincangkan dalam kajian ini. Dapat dilihat disini bahawa pengkelasan akaun deposit dan pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 memberi persaingan antara produk deposit Islam dan konvensional dan Alliance Islamic Bank perlu memikirkan produk-produk baharu yang patuh syariah dalam persaingan ini. Kajian ini hanya tertumpu kepada akaun deposit Alliance Islamic Bank sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Sumber maklumat atau data diperoleh daripada kajian kepustakaan dan Laporan Tahunan Alliance Islamic Bank (tahun-tahun). Hasil kajian menunjukkan bahawa Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memberi cabaran kepada perbankan Islam dalam penyataan kadar keuntungan untuk akaun-akaun Wadi’ah. Alliance Islamic Bank pula tidak boleh menetapkan kadar keuntungan dalam akaun Wadi’ah yang akan mendatangkan isu-isu syariah. Impak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terhadap operasi perbankan Islam adalah begitu menyeluruh. Sesetengah impaknya adalah segera, seperti pengkelasan semula akaun deposit. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan AKPI 2013 menjadi tunjang shariat rabbani dalam menghadapi cabaran kewangan semasa. Kata kunci: Perbankan Islam; Akaun deposit; Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 1 Student of Master of Islamic Economics, School of Economics, Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] Corresponding author. 2 Assoc. Prof. (PhD.) of Islamic Economics and Finance, School of Economics, Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected].

Upload: truongbao

Post on 30-Jan-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

270

APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (APKI)

2013 KE ATAS TINGKAHLAKU PENERIMAAN DANA DEPOSIT OLEH

INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA

Muhammad Haffiz Muhamad Isa1

Shahida Shahimi2

Pusat Kajian Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS)

Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Alliance Islamic Bank Berhad telah memulakan perniagaan perbankan Islam pada 1 April

2008, setelah memegang portfolio perniagaan perbankan Islam keseluruhan Alliance Bank.

Selepas penguatkuasaan APKI 2013, semua institusi perbankan Islam telah menukar dan

mengkelaskan semula deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan dibawah akta tersebut.

Maka, berkuatkuasa dari 01 Jun 2014, mana-mana produk deposit bertempoh Alliance

Islamic bank yang berasaskan kontrak syariah Mudharabah yang telah matang akan ditukar

kepada produk deposit bertempoh baharu yang berasaskan kontrak Syariah komoditi

Murabahah (penjualan komoditi pada kos berserta keuntungan) pada tarikh matang deposit

sedia ada. Oleh itu, wujud perbezaan ketara bagi produk-produk yang ditawarkan sebelum

dan selepas APKI 2013. Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 yang berkaitan dengan produk deposit disamping cabaran-cabaran dan tindakan

yang diambil oleh Alliance Islamic Bank sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam (APKI) 2013 ke atas akaun deposit. Isu-isu Syariah yang timbul dalam

produk deposit ini juga akan dibincangkan dalam kajian ini. Dapat dilihat disini bahawa

pengkelasan akaun deposit dan pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

(APKI) 2013 memberi persaingan antara produk deposit Islam dan konvensional dan

Alliance Islamic Bank perlu memikirkan produk-produk baharu yang patuh syariah dalam

persaingan ini. Kajian ini hanya tertumpu kepada akaun deposit Alliance Islamic Bank

sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Sumber maklumat

atau data diperoleh daripada kajian kepustakaan dan Laporan Tahunan Alliance Islamic

Bank (tahun-tahun). Hasil kajian menunjukkan bahawa Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 telah memberi cabaran kepada perbankan Islam dalam penyataan kadar

keuntungan untuk akaun-akaun Wadi’ah. Alliance Islamic Bank pula tidak boleh

menetapkan kadar keuntungan dalam akaun Wadi’ah yang akan mendatangkan isu-isu

syariah. Impak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terhadap operasi perbankan

Islam adalah begitu menyeluruh. Sesetengah impaknya adalah segera, seperti pengkelasan

semula akaun deposit. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan AKPI 2013

menjadi tunjang shariat rabbani dalam menghadapi cabaran kewangan semasa.

Kata kunci: Perbankan Islam; Akaun deposit; Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

1 Student of Master of Islamic Economics, School of Economics, Faculty of Economics and Management,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected]

Corresponding author. 2 Assoc. Prof. (PhD.) of Islamic Economics and Finance, School of Economics, Faculty of Economics and

Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia.

[email protected].

Page 2: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

271

WHAT IS SIGNIFICANT OF ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT (IFSA)

2013 TO THE BEHAVIOUR OF INCOME FUND DEPOSIT BY MALAYSIAN

ISLAMIC BANKING INSTITUTIONS

ABSTRACT

Alliance Islamic Bank Berhad has started Islamic banking business on April 1, 2008, after

holding a portfolio of Islamic banking business of the entire Alliance Bank. After the

enforcement of the IFSA 2013, all the Islamic banking institutions have changed and

reclassified Islamic deposits as defined under the Act. Then, with effect from 1 June 2014,

any product term deposit Alliance Islamic bank based contract Shariah Mudharabah

matured will be converted to a product term deposit the new contract-based Shariah

commodity Murabaha (sale of commodities at cost plus profit) on the maturity date of the

deposit existing. Therefore, there is a major difference in the products offered prior to and

after the IFSA 2013. This study will focus on Islamic Financial Services Act 2013 with

regard to deposit products in addition to the challenges and the measures taken by the

Alliance Islamic Bank prior to and after the IFSA 2013 on deposit accounts. Shariah issues

that arise in deposit products will also be discussed in this paper. Can be seen here that the

classification of deposit accounts and investment under Islamic Financial Services Act

(IFSA) 2013 grant competition between conventional and Islamic deposit products and

Alliance Islamic Bank needs to think about new products that Shariah compliant in this

competition. The study only focused on deposit accounts Alliance Islamic Bank prior to

and after the Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013. Source of information or data

obtained from the literature review and the Annual Report Alliance Islamic Bank (years).

The results showed that the Islamic Financial Services Act 2013 has been a challenge to

Islamic banking in the statement of profit rates for Wadi'ah accounts. Alliance Islamic Bank

also can not set the rate of profit in the accounts Wadi'ah that will bring Islamic issues.

Impact of Islamic Financial Services Act 2013 against the Islamic banking operations are

so extensive. Some of the impact is immediate, as the reclassification of deposit accounts.

It can be concluded that the implementation of Shariah through IFSA 2013 backbone

Rabbani in the current financial challenges.

Key words: Islamic banking; deposit account; Islamic Financial Services Act 2013,

PENGENALAN

Penulisan ini berhasrat melakukan kajian dan melihat sejauh mana kesan salah satu elemen

penting dalam akta baharu kewangan Islam, iaitu definisi dan skop liabiliti perniagaan,

terhadap sesebuah perbankan Islam. Bank kajian untuk penulisan ini ialah Alliance Islamic

Bank. Kajian khusus kepada kesan ke atas akaun deposit Alliance Islamic Bank sebelum

dan selepas Akta Kewangan Islam (APKI) 2013. “Perniagaan perbankan Islam”, menurut

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), bahagian 1 permulaan, seksyen 2.

didefinisikan sebagai perniagaan yang:

a) Menyetuju terima deposit Islam atas akaun semasa, akaun deposit, akaun

simpanan atau akaun lain yang serupa, dengan atau tanpa perniagaan

membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan;

atau

b) Menyetujui terima wang di bawah suatu akaun pelaburan; dan

c) Penyediaan pembiayaan; dan

Page 3: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

272

d) Apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3

Peraturan dan penyeliaan merupakan elemen penting dalam industri perbankan Islam.

Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja undang-undang yang komprehensif untuk

industri perbankan Islam yang dikenali sebagai Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

(APKI) 2013. Objektif utama memperkenalkan undang-undang baharu ini adalah untuk

menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Syariah. Oleh itu, adalah penting bagi

mana-mana bank Islam termasuk bank kajian iaitu Alliance Islamic Bank seperti

termakstub dalam akta bahan ini untuk memastikan bahawa operasinya akan dikendalikan

dalam batas-batas undang-undang Syariah, sepertimana yang termaktub dalam akta baharu

ini.

Kajian ini hanya akan menyentuh akaun deposit Alliance Islamic Bank sebelum dan selepas

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 sahaja, kerana ia merupakan sumber

dana utama bagi Alliance Islamic Bank. Sebelum berkuatkuasanya akta baharu ini, bank

dibenarkan untuk menggunakan asas akaun-akaun deposit ke atas mana-mana jenis kontrak

selagi kontrak diterima dalam Syariah. Sebagai contoh, Alliance Islamic Bank

menggunakan mudharabah sebagai asas kontrak untuk akaun simpanan, semasa, deposit

jangka pendek, dan deposit pelaburan.

Kajian ini akan melihat cabaran dan tindakan yang telah diambil oleh Alliance Islamic

Bank ke atas akaun deposit selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013.

Penulisan kertas ini akan dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian pertama,

pengenalan bank kajian dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Bahagian

kedua, permasalahan kajian untuk melihat bagaimana bank kajian mengkelaskan akaun-

akaun deposit sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dan

melihat cabaran ke atas bank kajian selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI)

2013. Bahagian ketiga menyentuh tentang metodologi kajian. Bahagian keempat meneliti

keputusan kajian yang mana dalam bahagian ini akan menunjuk kepada aliran dan kesan

akaun deposit dari tahun 2013-2014. Bahagian kelima melihat implikasi dasar penawaran

produk-produk baharu selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013

berlandaskan Syariah atau tidak. Akhir sekali kesimpulan dibentangkan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan menyentuh tiga perkara;

1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 berkaitan dengan produk

deposit

2) Cabaran-cabaran dan tindakan yang diambil oleh Alliance Islamic Bank

sebelum dan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 ke atas

akaun deposit

3) Isu-isu Syariah dalam produk deposit

LATAR BELAKANG BANK

Page 4: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

273

Pada Jun 2007, Alliance Islamic Bank Berhad telah ditubuhkan sebagai sebuah anak

syarikat milik Alliance Bank iaitu selepas Bank Negara Malaysia menyarankan semua bank

perdagangan menubuhkan anak syarikat perbankan Islam. Alliance Islamic Bank Berhad

telah memulakan perniagaan perbankan Islam pada 01 April 2008, setelah memegang

portfolio perniagaan perbankan Islam keseluruhan Alliance Bank. Ketika itu, produk dan

perkhidmatan Alliance Islamic Bank adalah melalui rangkaian cawangan Alliance Bank

Malaysia Berhad yang sedia ada dan juga dua Pusat Perbankan Islam yang telah ditubuhkan

di cawangan Square Modal dan Ampang Point. Setakat tahun 2015, terdapat sembilan Pusat

Perbankan Islam dalam rangkaian cawangan Alliance Bank Malaysia Berhad yang masing-

masing terletak di Dataran Capital, Ampang Point, G Tower, Kota Damansara, Melaka,

Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Putrajaya.

Alliance Islamic Bank menduduki kedudukan ke-14 dalam jumlah keseluruhan aset

berbanding institusi perbankan Islam yang lain. Segmen tumpuan Alliance Islamic Bank

banyak memfokus kepada Industri Kecil Sederhana (IKS), di mana Alliance Islamic Bank

telah menerima anugerah bank terbaik kepada Industri Kecil Sederhana selama tiga tahun

berturut-turut dan pada tahun 2016 Alliance Islamic Bank merangkul anugerah Kawan

Sebenar (True Friend) kepada Industri Kecil Sederhana dan perbankan dalam talian terbaik

di Asia.

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (APKI) 2013

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 adalah akta yang mengawal dan

menyelia institusi kewangan Islam untuk mempromosikan kestabilan kewangan dan

pematuhan Syariah dan juga apa-apa perkara yang berkaitan, berbangkit atau sampingan.

Akta tersebut memperkenalkan dua klasifikasi utama produk untuk penerimaan wang

daripada pelanggan oleh bank-bank Islam sama ada ke dalam akaun deposit atau akaun

pelaburan Islam. Di bawah definisi baharu ini, semua produk deposit bertempoh yang

mengguna pakai kontrak syariah Mudharabah (perkongsian keuntungan) dan Wakalah bi

al-Istithmar (perwakilan untuk tujuan pelaburan) akan diklasifikasikan sebagai produk

pelaburan, bukannya produk deposit. Oleh yang demikian, segala manfaat dan

keistimewaan sebagai produk deposit tidak lagi diguna pakai, contohnya perlindungan

daripada Perlindungan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Antara lain, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 juga memperjelas

perbezaan klasifikasi antara produk deposit Islam dan produk pelaburan Islam seperti

berikut:

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), Bahagian 1 Permulaan, Seksyen 2,

“Deposit Islam”ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar mengikut Shariah:

a) Atas terma yang di bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan

atau tanpa perolehan, pulangan atau apa-apa balasan berupa wang atau

nilaian wang lain, sama ada dituntut atau pada masa atau dalam hal

keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat

bayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya; atau

b) Di bawah suatu perkiraan, atas terma yang hasil di bawah perkiraan itu

akan dibayar kepada orang yang membayar jumlah wang itu tidak kurang

Page 5: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

274

daripada jumlah wang sedemikian, tetapi tidak termasuk wang yang

dibayar secara bona fide-

i. Sebagai pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu

kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan

lain, dan hanya boleh bayar balik sekiranya harta atau

perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau disediakan

selainnya;

ii. Sebagai jaminan pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan

berkenaan dengan apa-apa kerugian yang boleh disebabkan oleh

ketidaklaksanaan suatu kontrak;

iii. Tanpa menghadkan perenggan (ii), sebagai jaminan bagi

penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada

dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan

iv. Dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana

orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual ;

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), Bahagian 1 Permulaan, Seksyen

2,“Akaun Pelaburan”, ertinya suatu akaun yang mana wang dibayar dan diterima bagi

tujuan pelaburan, termasuk bagi penyediaan pembiayaan, mengikut Shariah atas terma

bahawa tiada obligasi nyata atau tersirat untuk membayar balik wang itu sepenuhnya dan

a) Sama ada hanya keuntungan, atau kedua-dua keuntungan atau kerugian,

yang hendaklah dikongsi antara orang yang membayar wang itu dan orang

yang menerima wang itu; atau

b) Dengan atau tanpa apa-apa pulangan

Perbankan Islam telah dimantapkan dengan kelulusan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

(APKI) 2013. Penambahbaikan utama kepada Sistem Kewangan Islam yang telah

ditonjolkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 merupakan keperluan

Institusi Kewangan Islam untuk mematuhi kehendak Syariah (Hassan & Abdul Azeez

Bello, 2014). Akta ini telah memperkenalkan dua klasifikasi utama produk untuk

penerimaan wang daripada pelanggan oleh bank-bank Islam, iaitu sama ada ke dalam akaun

deposit atau akaun pelaburan Islam. Oleh itu, kontrak Mudharabah sangat terkesan dengan

perubahan ini dan perlu diubahsuai supaya mengikut piawaian yang telah ditetapkan di

bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013.

PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ke Atas Akaun Deposit Alliance Islamic Bank Selepas Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam (APKI) 2013

Semua perbankan Islam termasuk Alliance Islamic Bank diwajibkan untuk memulakan

pelaksanaan penukaran untuk pengkelasan semula deposit Islam sebagaimana yang

ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Untuk Alliance

Islamik Bank , berkuatkuasa dari 01 Jun 2014, mana-mana produk deposit bertempoh yang

berasaskan kontrak syariah Mudharabah telah matang akan ditukar kepada produk deposit

Page 6: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

275

bertempoh baharu yang berasaskan kontrak Syariah komoditi Murabahah (penjualan

komoditi pada kos berserta keuntungan) pada tarikh matang deposit sedia ada.

Dengan mengambil kira tarikh matang akaun pelanggan penukaran kesemua deposit

bertempoh di bawah kontrak Mudharabah kepada kontrak komoditi Murabahah

dijadualkan untuk dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 01 Jun 2015. Semua

pelanggan sedia ada (individu & bukan individu) yang mempunyai penempatan di bawah

Mudharabah akan terlibat. Penukaran akaun akan dilakukan tanpa sebarang gangguan ke

atas akaun sedia ada dan tanpa sebarang kos kepada pelanggan. Nombor akaun pelanggan

tidak bertukar dan pelanggan akan terus menikmati perkhidmatan atas talian (sekiranya

anda melanggan perkhidmatan ini) tanpa sebarang gangguan.

Pertukaran ini perlu dilakukan kerana kesemua produk akaun deposit sedia ada yang

berasaskan kontrak syariah Mudharabah dan Wakalah bi al-Istithmar tidak lagi berada di

bawah deposit. Sebaliknya, ia akan diklasifikasikan semula sebagai akaun pelaburan.

Penukaran produk-produk ini adalah perlu bagi memastikan akaun pelanggan kekal sebagai

deposit untuk ianya terus layak dilindungi oleh PIDM. Selain daripada mematuhi keperluan

peraturan, produk-produk deposit bertempoh baharu juga menawarkan manfaat yang lebih

menarik daripada deposit bertempoh sedia ada seperti keuntungan tetap pada awal

penempatan dan penyediaan ciri-ciri pengeluaran separa bagi Deposit Bertempoh-i yang

turut dinikmati oleh pemegang Akaun Pelaburan sedia ada. Sekiranya pendeposit tidak

berhajat untuk menukarkan deposit sedia ada, pendeposit dikehendaki merujuk langsung

ke cawangan Alliance Islamic Bank bagi melakukan pengeluaran awal daripada akaun

pendeposit. Pendeposit seterusnya boleh mendeposit dana pendeposit ke dalam produk-

produk deposit lain seperti akaun simpanan atau akaun semasa.

SOROTAN LITERATUR

Menurut kajian Qaed (2014), Institusi Perbankan Islam akan menjalankan penilaian

kesesuaian terhadap pelanggan bagi memastikan mereka memilih akaun pelaburan yang

sesuai dengan tahap keupayaan mengambil risiko, profil serta kapasiti kewangan masing-

masing. Ini selaras dengan teras utama Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013

yang mengutamakan perlindungan pelanggan. Melalui penawaran produk baharu ini,

pemegang akaun Mudharabah yang sedia ada boleh memilih sama ada akaun pelaburan

atau akaun deposit. Institusi perbankan Islam yang menawarkan akaun pelaburan perlu

memaklumkan ciri-ciri utama produk tersebut kepada pelanggan masing-masing. Ini

membolehkan bank menyesuaikan produk mereka menurut profil dan tahap keupayaan

pelanggan untuk mengambil risiko. Mereka yang bersedia untuk mengambil risiko

pelaburan yang lebih tinggi mungkin berpotensi memperoleh pulangan yang lebih tinggi.

(Hassan & Abdul Azeez Bello, 2014).

Bagi akaun deposit berasaskan kontrak Mudharabah pemegang amanah (bank),

bertanggungjawab menjaga barang amanah yang diberikan oleh pemberi amanah. Di dalam

kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di

bank. Bank akan menjamin keselamatan wang tunai atau barang yang disimpan bagi pihak

pelanggannya. Pelanggan bank pada kebiasaannya akan membenarkan Institusi Kewangan

Islam menggunakan deposit yang disimpannya, maka Institusi Kewangan Islam

bertanggungjawab untuk menjamin deposit tersebut. Atas budi bicara Institusi kewangan

Islam, pelanggan akan diberikan hibah sebagai penghargaan kepadanya kerana

Page 7: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

276

membenarkan depositnya digunakan oleh Institusi kewangan Islam tersebut (Dariah,

Sundaya, & Nurhasanah, 2015). Walau bagaimanapun, harus dijelaskan di sini bahawa

deposit pelanggan dijamin manakala dividen atau hibah adalah tidak dijamin oleh bank.

Berbeza dengan akaun pelaburan Mudharabah iaitu akad atau perjanjian yang mana

penyimpan menyerahkan wang (modal) kepada bank untuk diusahakan dalam perniagaan

yang halal. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan mengikut nisbah yang

dipersetujui. Ianya merupakan suatu bentuk perkongsian dan kerjasama di atas sesuatu

pelaburan iaitu pemilik modal dengan bank, yang mana bank bertindak sebagai pengusaha

modal ke arah memanfaatkan deposit tersebut dengan bermatlamatkan keuntungan

(AlShattarat & A Atmeh, 2016). Walau bagaimanapun, seperti juga pelaburan yang lain,

amaun prinsipal bagi akaun pelaburan tidak dijamin. Oleh kerana akaun pelaburan tidak

dikategorikan sebagai deposit di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013,

maka ianya tidak dilindungi oleh skim Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) .

Konsep Syariah yang digunakan oleh Alliance Bank Selepas Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013

1. Wadi’ah Yad Dhamanah

Ini adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Wadi’ah Yad Dhamanah di mana barangan

atau wang didepositkan dengan pihak lain iaitu depositori yang bukan pemilik, untuk

disimpan dengan selamat. Oleh sebab Wadi’ah Yad Dhamanah adalah simpanan dengan

jaminan, bank sebagai depositori dalam kes ini menjadi penjamin dan dengan itu menjamin

pembayaran balik keseluruhan jumlah deposit, atau mana-mana bahagiannya, yang masih

berada di dalam akaun pendeposit apabila diminta. Pendeposit,dalam erti kata lain,

memberi persetujuan kepada bank untuk berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana

bahagian wang yang ada di dalam kredit akaun mereka dalam mana-mana perniagaan

perbankan? (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembiayaan atau pelaburan) yang tidak

bercanggah dengan prinsip Syariah. Pendeposit tidak berhak mendapat apa-apa daripada

keuntungan tetapi depositori boleh memberikan hibah kepada pendeposit sebagai tanda

penghargaan.

2. Mudharabah

Ini adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Mudharabah tidak bersyarat di mana

perjanjian telah dibuat antara penyedia dana (pendeposit) dan usahawan (bank), di mana

pendeposit bersetuju untuk melabur dalam usaha perniagaan bank atas dasar perkongsian

keuntungan menurut satu nisbah yang telah ditentukan seperti, yang telah dipersetujui. Jika

berlaku kerugian, kerugian adalah ditanggung oleh pendeposit, kecuali dalam kes-kes di

mana terdapat bukti kecuaian dan atau salah laku yang disengajakan oleh bank dalam

menguruskan dana pendeposit. Dana yang diterima melalui akaun Mudharabah akan

digunakan tanpa sekatan dalam pelbagai mod pelaburan dan pembiayaan yang dibenarkan

oleh undang-undang syariah. Nisbah perkongsian keuntungan sekiranya dinyatakan semasa

pembukaan akaun, keuntungan akan dikongsi antara pihak-pihak berdasarkan nisbah

perkongsian keuntungan yang dipersetujui.

3. Komoditi Murabahah

Page 8: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

277

Prinsip komoditi Murabahah atau Tawarruq melibatkan jual beli aset (komoditi) dengan

pendedahan harga kos aset dan kadar keuntungan. Pelanggan (pendeposit) melantik bank

sebagai ejen untuk membeli komoditi dari pembekal dan kemudian menjual komoditi

kepada bank secara bayaran tertangguh. Seterusnya, pihak bank menjual komoditi semula

kepada pihak ketiga. Pada penghujung matang deposit, pihak bank akan memulangkan

wang deposit berserta kadar keuntungan yang telah ditetapkan kepada pendeposit.

4. Wakalah bi al-Istithmar

Merujuk kepada kontrak “agensi pelaburan” di mana pelanggan (pelabur) melantik bank

sebagai wakilnya (ejen) untuk menjalankan aktiviti pelaburan. Bank bertindak dalam dua

kapasiti iaitu sebagai ejen untuk menerima deposit daripada peserta yang merancang untuk

melabur, dan sebagai pengurus pelaburan untuk menjalankan aktiviti pelaburan yang patuh

syariah seperti yang dipersetujui oleh pihak yang berkenaan. Bank sebagai ejen dan atau

pengurus pelaburan tidak dapat menjamin keuntungan yang diharapkan daripada

pelaburan. Dana yang diterima melalui akaun Wakalah bi al-Istithmar akan digunakan

tanpa sekatan untuk pelaburan dan pembiayaan yang dibenarkan oleh undang-undang

syariah.

Akaun Deposit Alliance Islamic Bank yang akan terlibat dengan Akta Baru Ini

Produk-produk Deposit Alliance Islamik Bank sedia ada sebelum penukaran ialah:

Produk Deposit

Kontrak Shariah Sebelum APKI 2013

Akaun Simpanan

Alliance Saving Account-i

Alliance My eSaving Account-i

Mudharabah

Mudharabah

Akaun Semasa

Alliance Current Account-i

Alliance Hybrid Account-i

Mudharabah

Mudharabah

Deposit Berjangka

Akaun Perlaburan Am-i

Akaun Perlaburan Wakalah-i

Mudharabah

Wakalah

Pengkelasan Konsep Syariah selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ke

Atas Akaun Deposit Alliance Islamic Bank

Untuk Basic Current Account-I dan Alliance Hybrid Account-I/ Alliance Elite Account-i,

akaun ini berdasarkan prinsip syariah Wadi’ah Yad Dhamanah. Begitu juga Basic Saving

Page 9: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

278

Account-I/ Saving Account-i, Alliance My eSavings Account-i, dan Junior Smart Saver-i

(JSS-i), kesemua akaun ini menggunakan prinsip Syariah Wadi’ah Yad Dhamanah.

Manakala bagi Alliance Term Deposit-i dan Junior Smart Term Deposit-i (JSTD-i), akaun

ini berdasarkan prinsip syariah komoditi Murabahah/ Tawarruq.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa penambahan produk baru selepas Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dimana Alliance Islamik Bank telah memperkenalkan

produk baru iaitu Alliance Fixed Investment-I berdasarkan pronsip syariah komoditi

Murabahah/Tawarruq manakala akaun Perlaburan Am-I yang sebelum ini menggunakan

konsep Mudharabah dan Akaun Perlaburan Wakalah-I telah digantikan dengan akaun

Alliance Term Deposit-I menggunakan konsep syariag baru iatitu komoditi

Murabahah/Tawarruq

Nama Produk

Jenis Deposit

Kontrak Syariah

1 Alliance Fixed

Investment-i

Komoditi

Murabahah

Tawarruq

2 Alliance Hybrid Account-i Deposit Permintaan Mudharabah tidak

Bersyarat

3 Alliance My eSaving

Account-i

Deposit Simpanan Mudharabah tidak

Bersyarat

4 Basic Current Account-i Deposit Permintaan Wadiah

5 Basic Savings Account-i Deposit Simpanan Wadiah

6 Alliance Term Deposit-i Komoditi

Murabahah

Tawarruq

7 Money Market Deposit-i Deposit Jangka

Pendek

Mudharabah tidak

Bersyarat

8 Mudharabah Current

Account-i

Deposit Permintaan Mudharabah tidak

Bersyarat

9 Mudharabah Current

Account-i

Deposit Simpanan Mudharabah tidak

Bersyarat

10 Wadiah Current Account-

i

Deposit Simpanan Wadiah

11 Wadiah Savings Account-i Deposit Simpanan Wadiah

Keuntungan atau Hibah bagi Setiap Akaun Deposit Alliance Islamic Bank Sebelum

dan Selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013

Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 diperkenalkan, Alliance

Islamic Bank memberi dua jenis pulangan kepada pemilik akaun deposit iaitu keuntungan

di atas mudharabah dan rebat ketika buat pinjaman. Selepas Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam yang tidak membenarkan akaun simpanan untuk mendapat keuntungan, Alliance

Islamic Bank telah melakukan sedikit perubahan pendekatan bagi setiap akaun deposit.

Untuk Current Account-i, hibah boleh diberikan atas budi bicara bank dan rebat di atas

pinjaman sekiranya mengekalkan simpanan dalam akaun semasa dan tiada lagi dividen di

atas keuntungan mudharabah. Hibah kepada pemegang akaun adalah sebagai tanda

Page 10: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

279

penghargaan. Sekiranya baki purata bulanan pendeposit berada di bawah RM1,000.00,

yuran setengah tahun sebanyak RM10.00 atau jumlah yang akan ditetapkan dari semasa ke

semasa oleh bank akan dikenakan.

Untuk Savings Account-i juga hibah boleh diberikan atas budi bicara mutlak bank pada

kadar yang ditentukan oleh bank dari semasa ke semasa dan layak juga mendapat rebat

diatas pinjaman sekiranya mengekalkan simpanan dalam akaun simpanan, dan tiada lagi

dividen di atas keuntungan mudharabah, dan akan dikreditkan setiap setengah tahun atau

selang masa lain yang akan ditentukan oleh bank. Hibah, jika ada akan dikira berasaskan

baki harian atau menggunakan sebarang kaedah lain yang akan ditentukan atas budi bicara

mutlak bank. Pelanggan hendaklah mengemukakan buku simpanan untuk mencatatkan

hibah, yang diberikan oleh bank (jika ada).

Untuk Alliance Term Deposit-i (ATD-i) dan Junior Smart Term Deposit-i (JSTD-i),

keuntungan yang perlu dibayar bergantung kepada kadar keuntungan yang dipersetujui

seperti yang dinyatakan di dalam resit penempatan ATD-i dan JSTD-i. Bank akan

mengkreditkan keuntungan (jika ada) daripada ATD-i kepada akaun ATD-i atau akaun

semasa atau simpanan pelanggan pada tarikh matang. Bagi JSTD-i, bank akan

mengkreditkan keuntungan (jika ada) daripada JSTD-i kepada JSTD-i atau akaun simpanan

pelanggan pada tarikh matang. Bayaran keuntungan mesti dikreditkan ke dalam akaun

milik pelanggan.

Cabaran ke atas Alliance Islamic Bank selepas Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam (APKI) 2013

Sebagai sebuah Perbankan Islam yang relatif kecil, Alliance Islamic Bank perlu menangani

kebimbangan pendeposit tentang perlaburan di bawah akta baru yang tidak lagi menjamin

simpanan pokok. Pendeposit boleh kehilangan simpanan pokok sekiranya bank mengalami

kerugian. Kebimbangan ini memerlukan pihak bank untuk memperkenalkan produk-

produk baharu yang patuh syariah dan boleh menjamin pokok dengan memberi hibah.

Pengoperasian akaun perlaburan yang rumit menyebabkan semua perbankan Islam

termasuk Alliance Islamic Bank perlu melakukan penambahbaikkan dari sudut sistem dan

kaedah pengurusan perlaburan untuk menarik kepercayaan pendeposit.

Pengkelasan akaun deposit dan pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

(APKI) 2013 memberi persaingan antara produk deposit Islam dan konvensional. Dalam

persaingan sebarang ketidakyakinan terhadap produk deposit Islam yang telah diberi nafas

baru oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 akan menyebabkan berlakunya

pengaliran keluar ke akaun konvensional. Alliance Islamic Bank sekali lagi perlu

memikirkan produk-produk baharu yanng patuh syariah dalam persaingan ini. Alliance

Islamic Bank perlu membangun produk yang mampu menguruskan risiko kecairan dalam

perbankan Islam. Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 bank

bergantung kepada akaun wadi’ah dan mudharabah yang menjamin pokok (principal).

Selepas pengutkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, jangkaan

kecenderungan pendeposit untuk tidak kekal di dalam akaun mudharabah agak tinggi.

Kebanyakan mereka memilih akaun yang menjamin pokok (principal). Ketidakpastian

karakter pendeposit menyebabkan bank sukar untuk menjangkakan aliran keluar masuk.

Oleh sebab itu Alliance Islamic Bank terpaksa menukar akaun yang berkonsepkan

Page 11: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

280

Mudharabah kepada komuditi Murabahah bagi memperoleh mudah tunai yang banyak

dalam tempoh yang lama.

Cabaran dan Tindakan yang Diambil Alliance Islamic Bank Apabila Akaun Deposit

Islam dan Akaun Pelaburan Islam Diklasfikasikan Semula

Pada permulaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 diperkenalkan,

Alliance Islamic Bank sebenarnya tidak bersedia untuk mematuhi rangkakerja pelaburan

yang ditetapkan dengan menukar status deposit kepada perlaburan. Ketidaksediaan ini

adalah berdasarkan kepada status Alliance Islamic Bank yang merupakan sebuah

perbankan Islam yang kecil. Kebimbangan terhadap penurunan deposit amat tinggi apabila

Akta ini dikuatkuasakan.

Langkah awal yang diambil oleh Alliance Islamic Bank dalam mematuhi Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 adalah dengan menukarkan semua akaun

berasaskan Mudharabah & Wakalah kepada Wadiah pada 01 Mei 2014. Akaun Simpanan

dan Akaun Semasa individu ditukar sepenuhnya kepada Wa’diah. Alliance Islamic Bank

juga mengekalkan rebat pinjaman kepada yang mengekalkan simpanan dalam Akaun

Simpanan dan Akaun Semasa Untuk Akaun Korporat Alliance Islamic Bank telah

dipecahkan kepada dua. Bagi Akaun Simpanan dan Akaun Semasa Korporat telah ditukar

kepada Wadiah dengan pemberiah Hibah yang lebih tinggi daripada Akaun Simpanan dan

Akaun Semasa Individu. Manakala bagi Akaun Korporat yang berbentuk pelaburan

berjangka telah ditukarkan konsep Tawarruq pada Februari 2016. Walaupun begitu,

pertukaran akaun pelaburan berjangka ini tidak berlaku secara automatik, sebaliknya

kesemua pertukaran berlaku selepas tarikh matang secara berperingkat.

Cabaran yang terbesar bagi Alliance Islamic Bank untuk pengadaptasian undang-undang

baharu ini adalah kepada status Akaun Simpanan dan Akaun Semasa yang bersandarkan

kepada pinjaman yang menggunakan Mudharabah, dan dengan penguatkuasaan akta

baharu, tempoh yang diberikan kepada Bank Negara Malaysia telahpun tamat. Apa yang

telah dilakukan oleh Alliance Islamik Bank adalah dengan memisahkan Akaun Simpanan

dan Akaun Semasa daripada bersandarkan kepada pinjaman dan ini dilakukan pada 29 Jun

2015. Pada waktu ini, akaun Mudharabah di Alliance Islamic Bank masih wujud.

Kewujudan ini hanyalah kepada pelanggan asal yang akaun mereka masih bersandarkan

pinjaman dan belum matang. Akaun-akaun ini hanya menunggu tarikh matang untuk

ditukar kepada Tawarruq. Untuk pelanggan baru kesemuanya telah menggunakan konsep

Tawarruq. Bagi Akaun Pasaran Mata Wang, Alliance Islamik Bank telah menukarkan

daripada konsep wakalah kepada konsep Tawarruq pada tahun 2014.

Cabaran berikutnya adalah dalam usaha mengkelaskan semula akaun pelaburan, di mana

menurut Romzie Rosman dalam kajian isu-isu Perakaunan dalam laporan Perkongsian

Keuntungan bagi Akaun Pelaburan dalam Penyata Kewangan Bank Islam, di Bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah menyatakan akaun Pelaburan Perkongsian

Keuntungan tidak lagi dianggap sebagai deposit tetapi akan dianggap sebagai satu

pelaburan secara Mudharabah. Polemik utama yang muncul setelah ini adalah sama ada

untuk mengiktiraf akaun pelaburan sebagai yang perlu dinyatakan dengan jelas atau tidak

dalam penyata kewangan, dan ini adalah perkara yang mencerminkan kebenaran

persembahan dalam penyata kewangan. Jika deposit Mudharabah dianggap sebagai

perkara yang tidak perlu dinyatakan dalam penyata kewangan, maka ketiadaan laporan

Page 12: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

281

pada kunci kira-kira akan mempunyai implikasi signifikan terhadap kebolehan akaun

pengguna utama untuk membuat pertimbangan berdasarkan maklumat mengenai

kedudukan kewangan bank-bank Islam. Isu akaun pelaburan, sama ada perlu dinyatakan

atau tidak di dalam penyata kewangan bergantung kepada pelaburan yang ditawarkan

kepada pendeposit. Kebiasaan bank hanya menyatakan dalam dengan jelas sekiranya ada

menawarkan pelaburan tidak bersyarat dan bukan kepada akaun perlaburan bersyarat.

Alliance Islamic Bank hanya menawarkan pelaburan tidak bersyarat kepada pendeposit.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai tindakan yang diambil oleh Alliance

Islamic Bank terhadap akaun deposit selepas Akta Perkhidmatan Islam (APKI) 2013.

Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk

kajian, data kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data. Reka bentuk kajian ini

adalah berbentuk satu kajian kualitatif. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah

mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang

dilakukan. Pendekatan deskriptif kualitatif ini juga supaya pengkaji memiliki kebebasan

dan ruang yang lebih luas untuk memaknai dan mentafsirkan data yang dikumpul.

Kajian kualitatif, iaitu kajian yang mengutamakan proses dan persepsi dimana kajian yang

dilakukan dapat mengungkap pelbagai maklumat kualitatif dengan mendeskripsikan dan

menganalisis maklumat tersebut secara cermat dan penuh makna, di samping tidak

menepikan maklumat bersifat kuantitatif yang berbentuk angka-angka. Kajian ini

menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian kepustakaan dengan mengambil

rujukan daripada data-data sekunder seperti buku, jurnal dan laman sesawang.

Pengumpulan dan analisis data kajian hanya bergantung kepada Penyata kewangan

Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad bagi tahun 2013 hingga 2015 dan Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Kedua-dua sumber ini dijadikan sumber

utama dalam kajian ini. Data-data yang diperoleh kemudian dianalisis dengan

menggunakan kaedah analisis deskriptif bagi memberi kefahaman yang lebih lengkap

berkaitan akaun-akaun deposit yang ditawarkan oleh Alliance Islamic Bank Malaysia

Berhad, sebelum dan selepas pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI)

2013.

KEPUTUSAN DAN HASIL KAJIAN

Akaun deposit Alliance Islamic Bank dari tahun 2013 sehingga 2015

2015

RM’000

2014

RM’000

2013

RM’000

Deposit Permintaan (Demand deposits)

- Wadiah 1,700,856 1,240,956 1,223,687

- Mudharabah 509,988 505,905 423,122

Deposit Simpanan (Savings deposits)

- Wadiah 314,363 171,400 176,727

- Mudharabah - 139,837 122,905

Page 13: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

282

Deposit Berjangka (Term deposits)

- Komoditi Murabahah 2,668,627

- Sijil Hutang Islam Boleh Niaga

- Bai’ Inah 789,442 958.535

- Akaun Pelaburan Am

- Mudharabah 282,291 555,159 875,188

-Wakalah 157,400 2,303,967 1,228,139

- Deposit Pasaran wang

- Mudharabah 1,243,820 546,940 879,171

7,966,013

6,253,606

5,887,474

Merujuk Penyata kewangan Alliance Islamic Bank dari tahun 2013-2015, dapat dilihat

kesan daripada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam pada akaun deposit. Alliance Islamic

Bank telah mengkelaskan semua akaun deposit mulai 01 Jun 2014 mengikut Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pengkelasan akaun deposit dan akaun pelaburan

boleh dilihat daripada rajah di atas.

Deposit permintaan menampakkan lonjakan yang agak besar daripada tahun 2014-2015

berbanding tahun 2013. Pada tahun 2014, deposit permintaan melonjak kepada peningkatan

sebanyak 1.3% iaitu sejumlah RM 1,240,956,000 daripada RM 1,223,687,000 pada tahun

2013. Deposit permintaan Wadi’ah pada tahun 2015 melonjak 33% daripada RM

1,240,956,000 pada tahun 2014 kepada RM 1,700,856,000 pada tahun 2015. Menurut

laporan Pengarah Syarikat di dalam laporan kewangan 2015, lonjakkan 33% di dalam

akaun deposit merupakan antara yang tertinggi dalam kalangan Perbankan Islam. Faktor

utama lonjakkan ini bukan disebabkan pengkelasan akaun deposit dalam kalangan

perlaburan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, tetapi kerana

kebimbangan kehilangan deposit. Sebagai sebuah bank yang relatif kecil, Alliance Islamic

Bank bergantung penuh kepada pendeposit. Faktor utama lonjakan ini adalah kerana

berjaya mendapat pelanggan baru dari sektor kerajaan dan dapat mengekalkan pelanggan

sedia ada yang memberikan angka signifikan kepada jumlah deposit seperti Pos Malaysia,

Jakel, Upin Ipin dan Hulu Hypermarket.

Tiada lagi akaun deposit Mudharabah mulai 2015 yang ditawarkan oleh Alliance Islamic

Bank. Jumlah akaun Wad’iah Mudharabah pada tahun 2014 berjumlah RM 311,237,000.

Manakala akaun Wadi’ah sahaja pada 2015 berjumlah RM 314,363,000. Trend

menunjukkan pendeposit memilih untuk menyimpan dalam wadiah yang dijamin nilai

pokok.

Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan, akaun pelaburan di

dalam Alliance Islamic Bank dinamakan Akaun Pelaburan Am dan ianya terbahagi kepada

dua iaitu Mudharabah dan Wakalah. Akaun ini menyumbang kepada jumlah pendeposit

terbesar mencecah dua billion. Akaun Wakalah pada tahun 2013 berjumlah RM

1,230,139,000 telah meningkat kepada RM 2,303,967,000 iaitu peningkatan sebanyak

46%. Alliance Bank membuat keputusan untuk menguatkuasa Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 mulai 01 Jun 2014 dan dengan itu Alliance Islamic Bank telah

mewujudkan akaun komoditi Murabahah berdasarkan Tawarruq yang boleh menjamin

pokok dan memberi keuntungan kepada deposit. Pergerakan akaun pendeposit daripada

Page 14: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

283

akaun pelaburan am kepada Komoditi Murabahah amat ketara. Akaun pelaburan am pada

tahun 2014 berjumlah RM 2,859,126,000 turun kepada RM 439,691,000. Pemindahan ini

adalah kepada akaun komoditi murabahah ini dilaksanakan secara automatik kepada akaun

Mudharabah dan Wakalah yang telah matang. Pada tahun 2015, hanya tinggal akaun yang

belum matang. Menjelang Februari 2016 semua akaun Mudharabah dan Wakalah perlu

ditukar ke akaun komuditi Murabahah dan sekiranya pelabur tidak berminat mereka boleh

mengeluarkan perlaburan lebih awal dari tempoh matang.

Pelaburan Mudharabah deposit pasaran wang (money market deposits) juga telah ditukar

kepada konsep Tawarruq, dan bukan lagi konsep Mudharabah menjelang tahun 2014.

Akaun ini menunjukkan penurunan daripada RM 879,171,00 pada tahun 2013 kepada RM

546,940.00 pada tahun 2014, iaitu peratus penurunan sebanyak 40%.. Walau

bagaimanapun pada tahun 2015, lonjakkan yang agak tinggi berlaku di dalam akaun

pelaburan. Ini adalah disebakan kemasukan perlaburan oleh Allince Group sendiri iaitu

peningkatan 56% dari tahun 2014. Pelaburan pasaran wang pada 2015 meningkat sebanyak

RM 1,243,820,000 berbanding RM 546,940,000. Portfolio yang ditawarkan oleh Alliance

Islamic Bank dianggap sebagai agak selamat, seperti ‘Private Debt Securities” (PDS),

Malaysia Government Securities ( MGS), Cagamas, Treasury dan Bank Negara Bills.

IMPLIKASI DASAR

Oleh sebab pelaksaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dikuatkuasa mulai 2015,

maka Alliance Islamic Bank mencari kaedah dengan menukar deposit Islam kepada kontrak

Murabahah (komoditi Murabahah), Wadi’ah atau Qard. Kita akan cuba teliti kesesuaian

ketiga-tiga asas produk-produk ini. Produk berasaskan komoditi Murabahah atau dikenali

juga dengan Tawarruq buat masa ini merupakan satu-satunya alternatif bagi akaun deposit

Islam kerana ia mempunyai ciri jaminan ke atas modal dan keuntungan. Ia juga

membolehkan keuntungan diberi terdahulu kepada pendeposit sebaik sahaja wang mereka

didepositkan. Kadar keuntungan tetap juga dapat dipaparkan dan disebarkan kepada para

pendeposit. Tawarruq adalah berkonsepkan pembelian barangan dengan harga tangguh

sama ada secara musawamah ataupun murabah, kemudian menjualnya kepada selain

individu yang dibeli barangan tersebut daripadanya untuk mendapatkan wang tunai (harga

tunai). Tawarruq telah difatwakan harus oleh Majma’ Fiqh Islami li Rabitah Al-Alam Al-

Islami: “Jual beli tawarruq adalah harus dari segi syarak dan itulah pandangan majoriti

para ulama’ kerana hukum asal bagi kontrak jual beli adalah harus”. Walau

bagaimanapun pihak bank terpaksa mengeluarkan kos bayaran agensi komoditi.

Wadi’ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah kepada

seseorang yang lain. Melalui kontrak Wadi’ah, pemegang amanah bertanggungjawab

menjaga barang amanah yang diberikan oleh pemberi amanah. Dalam kontrak ini,

pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank

akan menjamin keselamatan wang tunai atau barang yang disimpan bagi pihak

pelanggannya. Pelanggan bank pada kebiasaanya akan membenarkan Institusi Kewangan

Islam menggunakan deposit yang di simpannya, maka Institusi Kewangan Islam

bertanggungjawab untuk menjamin deposit tersebut. Atas budi bicara Istitusi Kewangan

Islam, pelanggan akan diberikan hibah sebagai perhargaan kepadanya kerana

membenarkan depositnya digunakan oleh Institusi Kewangan Islam tersebut. Menurut

jumhur fuqaha`, kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah adalah al-Qard, yang bermaksud hutang.

Jadi, dana daripada pendeposit (pemberi hutang) diuruskan oleh bank (penerima hutang)

Page 15: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

284

serta bank bertanggungjawab sebagai penjamin kepada dana pendeposit. Oleh itu, setiap

ganjaran yang di berikan di atas pemberi hutang diklasifikasikan sebagai riba berasaskan

dalil. Maka, perkara ini akan membatalkan kontrak kerana mempunyai unsur riba.

Qard bermaksud memberikan harta kepada pihak yang memanfaatkan harta tersebut dan

dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya. Para ‘ulama’ sependapat bahawa hukum

Qard adalah harus berdasarkan dalil al-Quran, Hadith, dan Ijma’. Secara praktiknya,

sekiranya kontrak Qard digunakan untuk deposit Islam, secara tidak langsung ianya

menguntungkan pihak bank kerana tiada kos yang terlibat untuk pihak bank gunakan wang

pendeposit untuk memberikan pembiayaan kepada pelanggannya. Dalam masa yang sama,

pendeposit tidak dapat menikmati sebarang pulangan daripada akaun depositnya. Oleh itu,

ada sebahagian bank yang membangunkan produk deposit dengan mewujudkan dua akaun

deposit berasaskan komoditi Murabahah dan Qard. Kedua-dua akaun ini akan

dihubungkan di antara satu sama lain. Ini bermakna pendeposit masih boleh mendapat

keuntungan daripada akaun komoditi Murabahahnya.

Pada ketika ini tiada penyelesaian terbaik yang dapat dilakukan oleh Alliance Bank selain

menawarkan konsep syariah untuk akaun deposit bagi menarik para pendeposit.

Pembahasan isu syariah ke atas konsep ini mempunyai banyak pandangan. Semua Institusi

Kewangan Islam termasuk Alliance Islamic Bank mengambil pandangan Jumhur Ulama’.

Manakala implikasi dasar kepada akaun pelaburan berasaskan Mudharabah ialah kategori

akaun pelaburan yang perlu ditawarkan. Akaun Pelaburan Bersyarat atau Akaun Pelaburan

Tidak Bersyarat. Kebanyakan bank menawarkan Akaun Pelaburan Tidak Bersyarat untuk

memberi lebih kebebasan kepada bank untuk membuat pelaburan. Isu terbit dalam operasi

Akaun Pelaburan Bersyarat, di mana pihak bank perlu mencari potensi perniagaan yang

memerlukan dana (setelah dinilai boleh menjana keuntungan), seterusnya pihak bank perlu

mencari pendeposit yang berminat dan ini akan mengambil masa yang lama.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan perbincangan di atas, Alliance Islamic Bank telah cuba mematuhi Akta

kewangan Islam lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Disebabkan had tempoh

telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia selama dua tahun, Alliance Islamic Bank

bertindak awal menerangkan kepada pendeposit tentang perubahan akaun deposit sebagai

strategi untuk mendapatkan lebih banyak deposit. Deposit merupakan salah satu sumber

dana terbesar bagi pihak Institusi Kewangan Islam.

Impak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam terhadap operasi perbankan Islam adalah

begitu menyeluruh. Sesetengah impaknya adalah segera, seperti pengkelasan semula akaun

deposit. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga telah memberi cabaran kepada

perbankan Islam dalam penyataan kadar keuntungan untuk akaun-akaun Wadi’ah. Alliance

Bank tidak boleh menetapkan kadar keuntungan dalam akaun Wadi’ah yang akan

mendatangkan isu-isu syariah. Ini menjadi cabaran kepada perbankan Islam berhadapan

penawaran kadar yang lebih tinggi oleh bank-bank konvensional. Penawaran deposit

menggunakaan prinsip tawaruq juga terpaksa berdepan dengan kos agensi komoditi yang

lebih tinggi menyebabkan perbankan Islam tidak mampu menandingi kadar bunga bank-

bank konvensional.

Page 16: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

285

Tidak dinafikan banyak cabaran yang dihadapi oleh Intitusi Kewangan Islam termasuklah

bank kajian terutama menyediakan bajet yang besar untuk patuh kepada Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam. Walau bagaimanapun Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

mempunyai kelebihannya sendiri. Akta Kewangan Islam 2013 melindungi pendeposit dan

bank terlibat dengan riba. Akta ini juga menekankan rangka kerja tadbir urus syariah

sesebuah perbankan Islam supaya semua kakitangan yang releven perlu mahir dan fasih

mengenai produk deposit yang ditawarkan selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

2013 termasuk pemahaman mengenai kontrak asas syariah.

Alliance Islamic Bank perlu memastikan bekalan deposit bank sentiasa mencukupi, stabil

serta menjanjikan kadar pulangan yang kompetitif dari semasa ke semasa. Deposit

merupakan sumber utama bagi pembiayaan dan pendahuluan kepada para pelanggan.

Ketidakstabilan deposit akan menjejaskan aktiviti memberi pembiayaan perbankan Islam.

Jurang tempoh masa deposit berjangka pendek dan pembiayaan bersifat jangka panjang

juga perlu dikurangkan melalui pendekatan bersesuaian.

Dicadangkan juga supaya Alliance Islamik Bank mempelbagaikan produk deposit bagi

memastikan bank mempunyai kecukupan kecairan. Perbankan Islam hendaklah menarik

minat pelanggan supaya pendeposit lebih berminat untuk mendeposit dalam perbankan

Islam. Alliance Islamik Bank hendaklah bijak merancang strategi supaya akaun deposit dan

lain-lain lebih diminati orang ramai dengan menawarkan pelbagai keunikan seperti

melakukan cabutan bertuah dan memberikan hadiah kepada pendeposit yang menyimpan

dalam tempoh yang lama dan jumlah yang banyak.

RUJUKAN

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,Kuala Lumpur: Malaysia

AlShattarat, W. k., & A Atmeh, M. (2016). Profit-Sharing Investment Accounts in Islamic

Banks or Mutualization, Accounting Perspective. Journal of Financial Reporting

and Accounting, 14(1), 1-31.

Archer, S., & Abdel Karim, R. (2009). Profit-sharing Investment Accounts in Islamic

Banks: Regulatory Problems and Possible. Journal of Banking Regulation 10(4),

300-306.

Atmeh, M. A., & Abdul Hadi, R. (2012). A Critique on Accounting for the Mudarabah

Contract. Journal of Islamic Accounting and Business Research 3(1), 7-19.

Bank Negara Malaysia 2014, Investment Account Guidelines. Kuala Lumpur, Bank Negara

Malaysia

Dariah, A. R., Sundaya, Y., & Nurhasanah, N. (2015). Income Distribution Measurement

In Islamic Perspective. International Journal of Advanced Research, 3(9), 917-922.

Hassan, R., & Abdul Azeez Bello, S. (2014). The Concept of Mudarabah Investment

Deposits. International Journal of Business Management & Research (IJBMR),

4(2), 81-92.

Khir, M. F., Bouheroua, S., Md Hashim, A., Sairally, B., & Hussain, L. (2013). The

Shariaah Ruling on Capital Guarantee in A Mudarabah Contract. (pp. 1-20).

International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance.

Laporan Tahunan Alliance Islamic Bank Malaysia tahun 2013. (2016, June 13). Retrieved

from https://www.allianceislamicbank.com.my/AnnualReports.

Page 17: APAKAH SIGNIFIKAN AKTA PERKHIDMATAN ... - …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/23-Muhammad... · Kajian ini akan memfokuskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

286

Laporan Tahunan Alliance Islamic Bank Malaysia tahun 2014. (2016, June 13). Retrieved

from https://www.allianceislamicbank.com.my/AnnualReports

Laporan Tahunan Alliance Islamic Bank Malaysia tahun 2015. (2016, June 13). Retrieved

from https://www.allianceislamicbank.com.my/AnnualReports

Qaed, I. Q. (2014). The Concept of Wadiah and its application in Islamic Banking. Journal

of Research in Humanities and Social Science, 2(11), 70-74.

Rahman, Z. A., & Zainuddin, Y. (2016, May 15). www.researchgate.net. Retrieved from

wbiconpro.com: http://www.wbiconpro.com/4--Zainab-Malay.pdf

Rosman, R., Abdul Khir, M., Mohd Saat, N., & Abdul Rahman, A. (2015). Accounting

Issue in Reporting of Profit Sharing Investment Accounts in Islamic Bank Financial

Statetment Under IFSA 2013. ISRA International Journal Of Islamic Finance,

7(11), 129-137.

Wibowo, M. G., Setyono, J., & Rahman Abadi, K. (2013). Accounting Treatment for

Unrestricted Investment Deposits and its Implication to Islamic Financial

Institution. Global Review of Islamic Economics and Business, 119-132.