sintesis ayat terbitan

20

Upload: nash-exora

Post on 24-May-2015

2.332 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

KHAS UNTUK STUDENT PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU ( BMM 3110 )

TRANSCRIPT

Page 1: Sintesis Ayat Terbitan
Page 2: Sintesis Ayat Terbitan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA. BMM 3110 – SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Terbitan adalah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis yang Ayat Terbitan adalah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis yang melibatkan pelaksanaan rumus-rumus transformasi, yang berfungsi mengubah melibatkan pelaksanaan rumus-rumus transformasi, yang berfungsi mengubah

aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. frasa.

Proses penerbitan ayat adalah proses menghasilkan ayat baru daripada ayat yang sedia ada dengan menggugurkan subjek atau gantinama diri

kedua.

Proses penerbitan ayat dalam Bahasa Melayu dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan PENGGUGURAN,

PENYUSUNAN SEMULA atau PELUASAN kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Page 3: Sintesis Ayat Terbitan
Page 4: Sintesis Ayat Terbitan

1. Pengguguran subjek KGN orang kedua dalam Ayat Perintah

2. Pengguguran subjek yang serupa dalam Ayat Majmuk

a) Kamu keluar = Keluar!b) Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini!c) Engkau makanlah dahulu = Makanlah dahulud) Awak jangan ganggu saya = Jangan ganggu saya!

a) Dia sangat pandai. Dia rajin belajar = Dia sangat pandai kerana rajin belajar.b) Ali sangat kecewa. Ali gagal dalam peperiksaan = Ali sangat kecewa kerana gagal

dalam peperiksaan.

Subjek + Predikat => Ø + Predikat

Subjek + Predikat. Subjek +Predikat => Subjek + predikat Δ + Ø + Predikat

Page 5: Sintesis Ayat Terbitan

2) Pengguguran Frasa Predikat

i) Pengguguran seluruh Frasa Predikat yang terdiri daripada : FK, FN, FA dan FSN

i) Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England ( FK yang serupa digugurkan ) > Adik Ali dan sepupunya belajar di England. ii) Bendera Malaysia lambang negara Lagu Kebangsaan lambang negara. ( FN yang sama digugurkan ) > Bendera Malaysia dan Lagu

Kebangsaan lambang negara.iii) Adik saya sangat rajin. Adik Ali sangat rajin. ( FA serupa digugurkan )

.>Adik saya dan adik Ali sangat rajin.iv) Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. ( FSN serupa

digugurkan ) > Dia dan isterinya masih di kampung.

Page 6: Sintesis Ayat Terbitan

Pengguguran bahagian-bahaagian

Frasa Predikat

i) Oleh + FN dalam ayat pasifDia dipukul oleh bapanya. > Dia dipukul.

ii) Kata Bantu yang serupa Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari.

Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.> Dia boleh menyanyi dan menari.

iii) Pengguguran Frasa Nama sebagai objek yang sama Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu.

Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu. Daud memukul dan menumbuk penjahat itu

iv) Pengguguran FN sebagai Frasa objek KK yang membawa makna

Adjektif – yang menggambarkan

perasaan. Contohnya : mengagumkan,

memeranjatkan. Kelakuannya amat

mendukacitakan. ( kami ).> Kelakuannya amat

mendukacitakan.

Page 7: Sintesis Ayat Terbitan

Pengguguran FN yang mendahului FR

Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai FR, FN yang serupa yang mendahului

FR itu boleh digugurkan.

Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu yang memakai serban.Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.

=>Yang memakai serban itu bapa saya

Adiknya memilih beg itu. Beg itu biru.Adiknya memilih beg yang biru itu.=> Adiknya memilih yang biru itu.

Page 8: Sintesis Ayat Terbitan

Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FNPengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN

KN yang terkandung di dalam binaan FN, KN inti + penerang, boleh KN yang terkandung di dalam binaan FN, KN inti + penerang, boleh digugurkan sehingga yang tinggal hanyalah penerangnya sahaja. digugurkan sehingga yang tinggal hanyalah penerangnya sahaja.

TabiatTabiat merokok membahayakan kesihatan. merokok membahayakan kesihatan.Merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.

Kegiatan Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.bersenam boleh menyihatkan badan.=> Bersenam boleh menyihatkan badan.=> Bersenam boleh menyihatkan badan.

Page 9: Sintesis Ayat Terbitan

Proses Penyusunan SemulaProses Penyusunan Semula

Proses penyusunan semula dalambahasa Melayu kepada tiga jenis, i)penyusunan semula frasa nama sebagai subjek,ii)penyusunan semula frasa nama sebagai objek,iii)penyusunan semula melalui ayat songsang.

Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980:80)ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif.

Page 10: Sintesis Ayat Terbitan

i) Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek

• berlaku melalui proses transformasi pasif, di mana struktur ayat aktif berubah menjadi pasif, manakala objek pula menjadi judul ayat.

Contohnya dalam ayat-ayat berikut:i) Ayah memandu kereta besar itu. ii) Kereta besar itu dipandu oleh ayah.

Page 11: Sintesis Ayat Terbitan

ii) Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek

berlaku dalam ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya dalam ayat-ayat dibawah:

i) Kami sekeluarga membacakan nenek Surah Yaasin.ii) Yang Dipertuan Agong menganugerahi Azhar Mansor bintang kehormatan.

Page 12: Sintesis Ayat Terbitan

iii) Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang

melibatkan penjudulan predikat atau adverba (frasa keterangan).contohnya :i) Lambat-lambat dia mengemaskan kedudukannya. (A-S-P-O)ii) Dia mengemaskan kedudukannyalambat-lambat . (S-P-O-A)

• Dalam ayat (i), keterangan lambat-lambat (frasa adverba) telah dikedepankan.

Page 13: Sintesis Ayat Terbitan

Proses Peluasan Ayat

• Proses yang menambahkan unsur- unsur dalam ayat baharu.

• boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan(2006:119) adamenambah satu lagi jenis peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba.

Page 14: Sintesis Ayat Terbitan

i) Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek

• FN sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu memancangkan frasa relatif pada iaitu klausa induk. Frasa relatif ini terbina denganmenggunakan

kata relatif .• Asmah Haji Omar (1993:368) menyebut proses ini sebagai

pelapisan terbatas. Contohnya:i) Baju baharu adik itu dilepaskan.ii)Baju baharu adik itu masih erat dipegangnya.

> Baju baharu adik yang masih erat dipegangnya itu dilepaskan.

Page 15: Sintesis Ayat Terbitan

ii) Peluasan Frasa Predikat

• FN yang berfungsi sebagai predikat juga boleh diperluas dengan syarat frasa nama dalam ayat pertama mestilah menjadi subjek dalam ayat yang ingin dipancangkan. Contohnya dalam ayat berikut:i) Mama menjual kerongsang itu.ii)Kerongsang itu cantik.

> Mama menjual kerongsang yang cantik itu.

Page 16: Sintesis Ayat Terbitan

iii) Peluasan dengan Kata Hubung• ayat yang mempunyai konstituen yang sama

digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi, kerana, jika, dan sebagainya.

• menggabungkan dua ayat atau lebih bagi menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan.

• Peluasan dengan kata hubung ini disebut sebagai penggabungan.

• Contoh dalam ayat berikut : i) Abangnya pandai bermain bola sepak.ii) Adiknya tidak pandai bermain bola sepak.> Abangnya pandai bermain bola sepak tetapi adiknya tidak pandai.

Page 17: Sintesis Ayat Terbitan

iv) Peluasan Melalui Proses Komplementasi

• proses mengubahsesuatu ayat menjadi frasa nama, dan memancangkannya pada suatu ayat lain sehingga menghasilkan peluasan dalam ayat tersebut. Contoh seperti dalam ayat:i) Azri memberitahu sesuatu.ii) Salina telah berkahwain.> Azri memberitahu bahawa Salina telah berkahwin.

Page 18: Sintesis Ayat Terbitan

v) Peluasan dengan Frasa Adverba

• Penambahan unsur keterangan dalam ayat dasar. Contohnya seperti dalam ayat : i) Orang alim itu solat.ii) Orang alim itu solat dengan khusyuk

> dengan kusyuk adalah frasa adverba.

Page 19: Sintesis Ayat Terbitan

KESIMPULAN

• Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar

• (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam Bahasa Melayu iaitu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula

Page 20: Sintesis Ayat Terbitan