skim ar rahnu koperasi: kajian perbandingan...

17
24 SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AR RAHNU YAPEIM DAN POS AR RAHNU MALAYSIA Asiah Alkharib Shah 1 *, Salmy Edawati Yaacob 2 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bandar Bangi, Selangor, Malaysia *[email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat kemampuan dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang boleh dijadikan model dalam kalangan koperasi iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pos Malaysia. Tiga parameter yang dinilai bagi kajian ini ialah strategi menjana keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengawasan dalaman. Kajian telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui temubual dan pemerhatian ke atas dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang dijalankan oleh Koperasi YaPEIM dan Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). Data dianalisis menggunakan kaedah tematik dan perbandingan. Hasil kajian mendapati setiap agensi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yapeim dilihat terkhadapan dari sudut pengurusan Ar Rahnu manakala Pos Ar Rahnu mendahului aspek perkhidmatan dan ciri-ciri produk yang ditawarkan. Kata kunci : Ar Rahnu, YaPEIM, Pos Malaysia, koperasi, pajak gadai Islam PENGENALAN Institusi Ar Rahnu semakin rancak berkembang dikalangan institusi kewangan bank dan bukan bank. Realitinya, institusi Ar-Rahnu sedia ada wujud dalam empat bentuk kategori iaitu syarikat di bawah rangkaian negeri seperti Ar-Rahnu MAIDAM, melalui institusi 1 Asiah Alkharib Shah merupakan pelajar sarjana Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Salmy Edawati merupakan pensyarah Jabatan Syariah fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Upload: doxuyen

Post on 11-Feb-2018

333 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

24

SKIM AR RAHNU KOPERASI:

KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AR RAHNU YAPEIM DAN POS AR RAHNU

MALAYSIA

Asiah Alkharib Shah1*, Salmy Edawati Yaacob2

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bandar Bangi, Selangor, Malaysia

*[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat kemampuan dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang

boleh dijadikan model dalam kalangan koperasi iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YaPEIM) dan Pos Malaysia. Tiga parameter yang dinilai bagi kajian ini ialah

strategi menjana keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengawasan

dalaman. Kajian telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui temubual dan

pemerhatian ke atas dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang dijalankan oleh Koperasi

YaPEIM dan Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). Data dianalisis menggunakan

kaedah tematik dan perbandingan. Hasil kajian mendapati setiap agensi mempunyai

kelebihan yang tersendiri. Yapeim dilihat terkhadapan dari sudut pengurusan Ar Rahnu

manakala Pos Ar Rahnu mendahului aspek perkhidmatan dan ciri-ciri produk yang

ditawarkan.

Kata kunci : Ar Rahnu, YaPEIM, Pos Malaysia, koperasi, pajak gadai Islam

PENGENALAN

Institusi Ar Rahnu semakin rancak berkembang dikalangan institusi kewangan bank dan

bukan bank. Realitinya, institusi Ar-Rahnu sedia ada wujud dalam empat bentuk kategori

iaitu syarikat di bawah rangkaian negeri seperti Ar-Rahnu MAIDAM, melalui institusi

1 Asiah Alkharib Shah merupakan pelajar sarjana Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia

2 Salmy Edawati merupakan pensyarah Jabatan Syariah fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Page 2: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

25

kewangan seperti AgroBank dan Bank Rakyat, dalam bentuk syarikat iaitu Al-Amin Habib

Jewels Sdn. Bhd dan juga dalam kategori koperasi seperti Ar Rahnu YaPEIM dan Pos

Malaysia. Namun, rata-rata Ar Rahnu dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan dalam

kalangan koperasi. Berdasarkan sumber Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sehingga

awal tahun 2016, sebanyak 85 buah koperasi telah berdaftar dan menjalankan aktiviti Ar

Rahnu dengan pembukaan sebanyak 476 cawangan Ar Rahnu.

Skim Ar Rahnu di peringkat koperasi telah bermula melalui inisiatif beberapa

kerajaan negeri. Bermula pada Januari 1997, kerajaan Perlis menubuhkan pajak Gadai Islam,

Pahang menubuhkan Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Kecil Perak

Berhad dan Koperasi Badan Berkanun Berhad (Kokanun) di Terengganu (Shamsiah &

Safinar Salleh 2008). Semua koperasi adalah berlesen di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM) iaitu di bawah Akta Koperasi 1993. Ar-Rahnu dilihat lebih mendekati

prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan) oleh anggota.

Melalui wang tabungan tersebut, ia dijadikan pinjaman kepada anggota atau ahli koperasi

yang memerlukan (Abdul Halim 2015: 76). Malah risikonya terlalu kecil jika dibandingkan

dengan pinjaman peribadi atau mikro kredit lain berdasarkan wujudnya sandaran marhun

yang berupaya untuk mengembalikan kecairan modal yang diperlukan sebagai pusingan.

Di peringkat koperasi Ar-Rahnu dijalankan dalam dua keadaan sama ada dalam

bentuk francais ataupun dengan mengguna pakai model tersendiri. Ketika ini operasi

perniagaan Ar Rahnu menerusi sistem francais boleh didapati melalui jenama Ar-Rahnu

X’Change yang disediakan oleh Rakyat Management services Sdn Bhd (RMS) sebagai

sebuah anak syarikat Bank Rakyat ataupun melalui Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Pelaksanaan francais (format perniagaan) ini adalah berkonsepkan pemindahan kepakaran

dan pengalaman institusi induk dalam Ar-Rahnu kepada francaisi dalam usaha membantu

membangunkan usahawan dan koperasi. Antara kelebihan Francais Ar-Rahnu X’Change iaitu

jenama Ar-Rahnu Bank Rakyat yang telah kukuh dan berpengalaman sejak tahun 1993,

mendapat latihan yang sistematik dari tenaga pelatih yang berpengalaman, mempunyai

manual, garis panduan, prosedur dan sistem perisian yang sistematik di samping kos pakej

francais yang rendah berbanding prospek keuntungan yang tinggi (Norwatim et.al 2011 : 55).

Menurut kajian (Norwatim et.al 2011 : 54) lagi, perniagaan francais Ar-Rahnu

X’Change ini dilihat berpotensi dan menguntungkan kerana skim Ar Rahnu itu sendiri

Page 3: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

26

mendapat permintaan yang tinggi, saiz pasaran yang besar, peningkatan penggunaan

barangan kemas bersandarkan nilai emas yang kukuh, peningkatan kesedaran emas sebagai

instrumen pelaburan dan sumber modal perniagaan selain bersifat mesra pelanggan. Selain

francais, sebahagian koperasi turut menjalankan Ar-Rahnu dalam bentuk model tersendiri.

Antara koperasi yang menjalankan Ar-Rahnu dengan model sendiri ialah Ar-Rahnu koperasi

YaPEIM, Koperasi Pekerja Bank (COBE) Berhad, Koperasi Seruan Emas Perak Berhad dan

Koperasi UNIKEB Berhad.

Berdasarkan literatur lepas, telah banyak kajian yang menyentuh modus operandi

sistem Ar Rahnu di antara penyedia perkhidmatan. Misalnya kajian Selamah Maamor &

Abdul Ghafar Ismail (2007) menunjukkan pelaksanaan operasi Ar-Rahnu tajaan bank seperti

Bank Rakyat dibuktikan lebih cekap berbanding operasi Ar-Rahnu yang lain atas faktor

teknologi dalam pengendalian Ar-Rahnu. Kajian Mohamed Nazim, A.R., Kalaithasan, K.,

(2005) terhadap amalan Ar Rahnu di MGIT, Bank Rakyat, PKB, Bank Islam dan Kedai Ar

Rahn Perlis turut melihat kepada modus operandi setiap penyedia perkhidmatan dengan

harapan tahap kesedaran orang ramai dapat ditingkatkan. Manakala Mohamad Sollehin

(2012) menyentuh perbandingan operasi di antara Yapeim dan Bank Rakyat. Hasil dapatan

beliau mendapati tidak wujud banyak perbezaan dalam modus operandi kedua-dua agensi

berkenaan. Othman & Hashim (2013) pula menyentuh pelaksanaan sistem dan latar belakang

Ar Rahnu MAIDAM.

Namun, kajian secara khusus menyentuh amalan skim Ar Rahnu di kalangan koperasi

masih banyak untuk diteroka. Kajian Mohd Rafi, Ghazali et.al (2011) ke atas 109 responden

menunjukkan terdapat lima faktor kritikal yang mempengaruhi keupayaan Ar Rahnu yang

dijalankan oleh koperasi dan francais. Lima faktor kritikal tersebut meliputi kepercayaan

pelanggan, caj upah simpan yang kompetitif, kompetensi pekerja, sistem dan lokasi

perniagaan. Kajian (Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad 2014) turut menunjukkan caj

upah simpan yang rendah menjadi faktor kepada peningkatan jumlah pelanggan Ar Rahnu

MAIDAM.

Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dan strategi yang digunakan

oleh kedua-dua penyedia perkhidmatan Ar Rahnu dalam tiga aspek iaitu strategi menjana

keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengawasan dalaman.

Page 4: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

27

METODOLOGI

Dua institusi Ar Rahnu dalam kalangan koperasi dipilih sebagai responden bagi kajian ini

iaitu Ar Rahnu YaPEIM dan Pos Ar Rahnu Malaysia. Dapatan diperoleh melalui temu bual

separa berstruktur yang dijalankan ke atas informan Encik Salleh bin Bakar; Ketua Jabatan

Penyelidikan INPUT YaPEIM dan Encik Khairul Nizan bin Che Nik; Pengurus Operasi Pos

Ar Rahnu yang mewakili pihak pengurusan tertinggi bagi kedua-dua agensi. Ar Rahnu

YaPEIM dipilih berdasarkan prestasi dan merupakan pelopor kepada skim Ar Rahnu di

Malaysia sejak awal pengenalan Ar Rahnu. Manakala Pos Ar Rahnu merupakan koperasi

baru dalam Ar Rahnu namun telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

a. Ar Rahnu YaPEIM

YaPEIM merupakan Yayasan yang ditubuhkan di bawah kerajaan persekutuan pada 13

Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Penglibatan

aktif YaPEIM dalam Ar Rahnu bermula pada 21 Ogos 1993 apabila Bank Negara Malaysia

mengumumkan skim Ar-Rahnu akan dilaksanakan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama

YaPEIM melalui satu memorandum persefahaman yang diwujudkan pada ketika itu.

Beberapa faktor pemilihan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) untuk

melaksanakan Ar-Rahnu adalah kerana pindaan akta Pemegang Pajak Gadai 1972 akan

mengambil masa yang panjang dan Bank Rakyat sebagai sebuah koperasi dikecualikan

daripada akta tersebut, Bank Rakyat mempunyai cawangan yang banyak di setiap negeri dan

komited dalam menjalankan aktiviti selaras dengan kehendak syarak.

Kemudiannya, melalui inisiatif dan kerjasama dengan pihak YaPEIM, Ar-Rahnu terus

berkembang di Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1998. Model Ar Rahnu YaPEIM

hanya bermula pada 2 Oktober 2002 melalui penubuhan Koperasi YaPEIM dengan matlamat

untuk membantu masyarakat setempat melalui kemudahan mikro kredit Ar Rahnu. Tujuan

penubuhan koperasi ini antara lainnya adalah bagi membolehkan YaPEIM menjalankan

sistem Ar Rahnu tanpa tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972 yang memberikan

pengecualian kepada koperasi melalui seksyen 46. Sebagaimana koperasi lain, koperasi

YaPEIM telah didaftarkan di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Akta

Koperasi 1993 serta tertakluk segala peraturan di bawahnya. Sehingga kini, YaPEIM telah

berjaya mengembangkan cawangan Ar Rahnu kepada 202 cawangan di seluruh Malaysia.

Page 5: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

28

Pencapaian Operasi

Dianggarkan seramai 1.2 juta kumpulan sasar telah menerima manfaat pembiayaan DARI Ar

Rahnu YaPEIM semenjak 11 tahun operasi (2004-2013) (Utusan Malaysia, 29/3/2013).

Perkembangan aktiviti Ar Rahnu YaPEIM semenjak awal permulaan dapat dilihat

sebagaimana berikut :

Jadual 1 : Perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM 2002 hingga 2014

Butiran Ar Rahnu YaPEIM

Jumlah cawangan 202 buah dan 6 premis bergerak

(perkhidmatan melalui kaunter bergerak)

Transaksi gadaian 2.23 juta (396,125 orang keahlian)

Jumlah pembiayaan RM3.70 bilion

Sumber : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, 10 Mac 2016

Pengalaman dan kepakaran YaPEIM dalam pembangunan Ar-Rahnu tidak hanya terhad di

Malaysia malah diperluaskan ke peringkat negara serantau. YaPEIM telah menggerakkan

Sekretariat Ar Rahnu Serantau dengan penglibatan strategik negara-negara seperti Malaysia,

Indonesia, Brunei, Thailand, kemboja dan Timor Leste. Matlamat penubuhan Sekretariat ini

adalah menggalakkan perkembangan perkhidmatan Ar Rahnu di kalangan negara anggota di

samping perkongsian kepakaran dan maklumat seperti penipuan emas bagi tujuan

penyelarasan.

b. Pos Ar Rahnu

Pos Malaysia merupakan sebuah syarikat yang pernah diletakkan di bawah seliaan kerajaan

sebelum menjadi sebuah GLC pada tahun 1992 dan akhirnya bertukar kepada sebuah institusi

korporat pada tahun 2010. DRB Hicom merupakan pemegang saham terbesar bagi Pos

Malaysia walaupun kerajaan masih memegang saham utama (golden share). Atas peranannya

sebagai penghubung dan komunikasi utama di Malaysia, ia telah diletakkan di bawah seliaan

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan tertakluk di bawah peraturan-

peraturannya. Di sebalik peranan Pos Malaysia yang utama dalam industri perhubungan, Pos

Malaysia telah meluaskan lagi fungsinya dengan menggerakkan aktiviti pajak gadai Islam Ar

Rahnu melalui penubuhan koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). KOPONAS telah

didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sejarah pengenalan koperasi di

Malaysia yang pertama hakikatnya telah melibatkan Jabatan Pos ketika itu yang namanya

Page 6: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

29

Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan

Telekom Berhad pada 21 Julai 1922. Kini nama tersebut dikenali sebagai Koperasi Pos

Nasional Berhad dan Koperasi Kakitangan Telekom Malaysia Berhad. Matlamat kewujudan

aktiviti Ar Rahnu oleh Pos Malaysia adalah bermatlamatkan untuk mendidik masyarakat dan

niat murni tersebut disertai dengan memberi perkhidmatan yang tidak membebankan rakyat.

Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti Ar Rahnu dari SKM, jenama Pos Ar

Rahnu telah bermula pada 2 Julai 2012 dengan pembukaan outlet pertama Ar Rahnu di

Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu. Dalam tempoh 3 tahun, Pos Malaysia telah

mengembangkan cawangan Ar Rahnu kepada 70 cawangan di mana operasinya berjalan

dengan memanfaatkan bangunan pos Malaysia sedia ada.

Pencapaian Operasi

Walaupun Pos Ar Rahnu baru menjangkau usia empat tahun, Pos Ar Rahnu telah mencipta

pelbagai pencapaian yang memberangsangkan apabila jumlah pembiayaan yang dikeluarkan

dalam tempoh Ar Rahnu berjalan melebihi 1 bilion manakala pangkalan data pelanggan Pos

Ar Rahnu dalam anggaran 200 ribu orang. Dengan pencapaian tersebut menjadikan Pos Ar

Rahnu sebagai penyedia perkhidmatan Ar Rahnu ketiga terbaik selepas Bank Rakyat dan

YaPEIM (Khairul Nizan 2015).

Jadual 2 : Perkembangan pelaksanaan Pos Ar Rahnu Malaysia 2012 hingga 2016

Butiran Ar Rahnu YaPEIM

Jumlah cawangan 70 buah cawangan

Transaksi gadaian 200 ribu orang

Jumlah pembiayaan RM 1 bilion

Sumber : Pos Ar Rahnu Malaysia, 25 Mac 2016

1. Strategi Menjana Hasil

a. YaPEIM

YaPEIM memperoleh modal pusingan untuk menggerakkan operasi Ar Rahnu melalui dua kaedah

iaitu bantuan pinjaman dari pihak kerajaan (soft loan) dan pelaburan dari pelabur-pelabur luar

antaranya Majlis Agama Islam Negeri. Selain daripada dua sumber tersebut, YaPEIM menjana hasil

melalui pendekatan meluaskan jumlah cawangan Ar Rahnu.

YaPEIM melihat strategi meningkatkan jumlah cawangan sebagai satu pendekatan untuk meraih

keuntungan. Oleh yang demikian, YaPEIM menyasarkan 400 jumlah cawangannya di seluruh

Page 7: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

30

Malaysia pada tahun 2018. Berdasarkan temu bual dengan Salleh Bakar (2015) yang mewakili

YaPEIM menyatakan jumlah keuntungan yang minimum boleh dijana melalui cawangan yang

banyak.

b. Pos Ar Rahnu

Bagi Pos Ar Rahnu, aspek modal pusingan tidak menjadi satu masalah besar kerana sumber

modal pusingan diperoleh daripada badan induk Pos Malaysia yang mempunyai kewangan

yang kukuh. Dalam masa yang sama kos dana (cost of fund) dibantu dengan dana tambahan

melalui pinjaman bank dengan kadar faedah berubah. Bentuk pinjaman bank memberi kesan

terhadap hasil yang diperoleh kerana bagi dana dalam bentuk pinjaman bank kos kewangan

(cost of fund) yang dikenakan oleh pihak bank agak tinggi. Oleh yang demikian, antara

strategi yang diambil oleh Pos Ar Rahnu adalah dengan membuat aktiviti rightsizing dan

mempelbagaikan (business diversifications) saluran hasil tambahan bukan kewangan bagi

meminimumkan pinjaman bank.

Buisness rightsizing merupakan pendekatan yang diambil oleh Pos Ar Rahnu untuk

memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan. Cawangannya yang berjumlah 100 outlet

pada awal tahun 2011, kemudiannya telah dikurangkan kepada 70 cawangan sahaja sekarang.

Tujuan pengurangan jumlah cawangan ini dilakukan bagi meningkat hasil di samping

mengawal kos yang terpaksa dibelanjakan. Oleh sebab Pos Malaysia telah mempunyai premis

sedia ada bagi setiap daerah, tindakan menambah atau mengurangkan jumlah cawangan tidak

memberi kesan yang besar kepada pelanggan malah faktor pengurangan telah berjaya

mengurangkan kos operasi perniagaan yang dianggarkan antara RM200 ribu hingga RM250

ribu setahun. Ini kerana operasi Ar Rahnu hanya dipindahkan kepada cawangan yang

berhampiran. Antara jumlah kos yang dapat dikurangkan termasuklah kos pekerja dan bil

elektrik. Berdasarkan temu bual dengan Khairul Nizan (2015) yang mewakili Pos Ar Rahnu,

strategi yang diambil masih dapat mengekalkan momentum hasil yang disasarkan dan kekal

positif ke arah hasil dan penurunan kos.

2. Keistimewaan Produk dan Perkhidmatan

a. YaPEIM

i. Mewujudkan Kelab MASA

Polisi Ar-Rahnu YaPEIM adalah menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

sesuai dengan matlamat kewujudannya. Oleh itu, YaPEIM telah membantu mereka yang rata-

ratanya bergadai untuk tujuan perniagaan dengan menghimpunkan mereka dalam Kelab

Page 8: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

31

Masa. Penggadai yang layak akan menerima manfaat daripada latihan dan bimbingan yang

yang digerakkan oleh pusat keusahawanan YaPEIM atau dipanggil YaPEIM Entrepreneur

Centre (YEC). Antara program yang diberikan adalah program pembangunan komuniti,

program latihan dan bimbingan usahawan (Teori), mempertingkatkan latihan kemahiran

(Praktikal) program lawatan sambil belajar dan program pemasaran produk dan

perkhidmatan. Selain itu penggadai mendapat sokongan bantuan & insentif seperti Skim

Sahabat Emas (pembiayaan 100% Ar Rahnu), sokongan bantuan berasaskan projek

PERKASA dan anugerah tokoh Sahabat Ar Rahnu.

i. Kadar Upah Simpan Rendah E-Kasih

YaPEIM turut menawarkan kadar khas (caj istimewa) iaitu kos upah simpan RM0.10 kepada

penggadai yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan negara khususnya bagi mereka

yang berdaftar dalam pangkalan Data e-Kasih.

ii. Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT)

INPUT merupakan Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM yang berperanan untuk

meningkatkan penyelidikan YaPEIM termasuklah dalam bidang Ar Rahnu. Antaranya,

YaPEIM telah menerajui beberapa aspek penyelidikan bagi membangunkan Ar Rahnu.

Antaranya YaPEIM menjadi pembekal dan penyelenggara mesin Spectrometer XRF yang

mempunyai keupayaan menilai logam dan emas yang lebih baik berbanding peralatan sedia

ada. Hasil penyelidikan yang dijalankan, YaPEIM turut mewujudkan Pusat Pemurnian Emas

dan menghasilkan produk emas YaPEIM termasuk mempunyai gold bar tersendiri. Selain itu,

YaPEIM dalam usaha untuk mewujudkan Pusat Pencerakinan Emas yang mana akan menjadi

rujukan kepada industri Ar Rahnu untuk menilai ketulenan emas.

iii. Pengukuhan evolusi SOP Ar Rahnu YaPEIM

Dengan mengambil kira keperluan semasa YaPEIM telah membangunkan SOP secara

berperingkat dalam tempoh operasinya sebagaimana jadual di bawah :

Jadual 2 : Evolusi dalam SOP Ar Rahnu YaPEIM

Page 9: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

32

Aspek Fasa I

Permulaan

(2000-2004)

Fasa II

(2005-2008)

Fasa III

(2009-Sekarang)

Keselamatan Perlindungan Takaful

bagi marhun dan tunai

Sistem penggera

keselamatan

Perlindungan Ar Rahnu

dan lain-lain perlindungan

Takaful (Money in Transit

(MIT), Money In Transit

(MIP), risiko dan

kejujuran staf

Sistem penggera

keselamatan

Pengawal keselamatan

CCTV Berkomputer

Penggunaan pintu besi

pada bilik kebal

Perlindungan Takaful Ar

Rahnu (Jewelers Block)

secara lengkap

Sistem penggera lebih

sistematik dan

kepelbagaian fungsi

CCTV DVR (online)

Peti besi dilengkapi time

lock

Pintu besi bilik kebal

(custom made)

Sistem/Rekod Rekod transaksi dan

laporan harian secara

manual di komputer

masing-masing

Pelaksanaan sistem Ar

Rahnu.net secara on line

Pelaksanaan sistem Ar

Rahnu.net diperkukuh

dengan beberapa Pakej

Mikro Kredit Ar Rahnu

mengikut kategori

pelanggan

Infrastruktur/

kaedah

pengujian

barang gadaian

(emas)

Kaunter Ar Rahnu

berkonsepkan ‘money

changer’

Peralatan komputer

asas

Alat asas pengujian

emas asas seperti asid,

batu asah

Peti besi manual

Kaunter terbuka dan

mempunyai ruang

menunggu

Penambahan peralatan

ICT bagi menyokong

sistem pengoperasian

online dan real time

Penambahan

teknologi/alat pengujian

emas seperti densimeter

Penggunaan Kebuk Udara

(FumeBox) bagi

pengujian asid

Wujud kaunter yang lebih

moden dan kemas

Sitem QMS bagi

kemudahan pelanggan

Kaunter Khidmat

Pelanggan termasuk

kaunter premier dan OKU

Sistem dan peralatan ICT

terkini

Pengujian barang kemas

melalui teknologi XRF

dan densimeter

Peti besi (custom made)

Perkhidmatan Harga emas

berdasarkan Harga

Bank Negara Malaysia

Harga emas berdasarkan

Harga Bank Negara

Malaysia

Penggunaan harga emas

YaPEIM

Kadar khas kepada

kumpulan sasar

berdasarkan pengkalan

data kerajaan Malaysia –

Data eKasih

Sumber : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, 2014 melalui Buku

Inovasi Dalam Industri Emas dan Ar Rahnu

Page 10: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

33

a. Pos Ar Rahnu

i. Menjadikan Harga Emas Mentah Sebagai Penentu Harga Emas

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Pos Ar Rahnu adalah menawarkan harga emas

berdasarkan harga emas mentah sebagai penentu harga emas harian. Ini bermakna harga emas

semasa yang digunakan dalam Pos Ar Rahnu adalah lebih rendah berbanding harga emas

yang mempunyai factors iaitu selepas mengambil kira tambahan harga. Dalam masa yang

sama, Pos Ar Rahnu menawarkan margin pinjaman yang tinggi iaitu sebanyak 75% daripada

nilai marhun yang memberi nilai pinjaman lebih kepada pelanggan. Justeru, pelanggan akan

mendapat caj upah simpan harian yang lebih rendah kerana upah simpan diperoleh

berdasarkan harga emas mentah dan dalam masa yang sama memberikan margin pinjaman

yang tinggi iaitu 75% daripada nilai marhun. Selain itu, Pos Ar Rahnu membenarkan

pelanjutan transaksi gadaian untuk tempoh 6 bulan selanjutnya dan ini menjadikan tempoh

gadaian berjalan selama setahun maksimum.

ii. Kaedah Pelelongan melalui Pemborong

Keunikan operasi Pos Malaysia dapat dilihat melalui kaedah lelongan yang memberi

kelebihan kepada pelanggan. Untuk memastikan wujud keadilan ketika proses lelongan

dibuat, Pos Ar Rahnu melindungi hak pengguna berdasarkan jaminan harga yang sama

dengan nilai pasaran semasa apabila proses lelongan dijalankan. Demi menjaga kepentingan

pelanggannya, Pos Ar Rahnu memilih untuk menguruskan proses lelongan secara tertutup

dengan lantikan pemborong emas yang dapat memberi harga premium.

Pos Ar Rahnu telah mengikat kontrak dengan pemborong emas yang akan mengambil

emas lelong dengan penolakan 2% dari nilai harga emas semasa di pasaran. Dengan ini,

pelanggan akan menerima tawaran harga lelongan semasa apabila proses lelongan dijalankan.

Demi menjaga kepentingan pelanggannya, Pos Ar Rahnu memilih untuk menguruskan proses

lelongan secara tertutup dengan lantikan pemborong emas yang dapat memberi harga

premium. Pos Ar Rahnu telah mengikat kontrak dengan pemborong emas yang akan

mengambil emas lelong dengan penolakan 2% dari nilai harga emas semasa di pasaran.

Dengan ini, pelanggan akan menerima tawaran harga lelongan berdasarkan nilai pasaran dan

tidak perlu menanggung kerugian atau wujud manipulasi dari pihak-pihak tertentu kerana

Page 11: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

34

pemborong yang terlibat dipilih secara eksklusif dan tertakluk kepada perjanjian bersama Pos

Malaysia. Pendekatan yang diambil oleh Pos Malaysia ini bertujuan untuk menjaga

kepentingan pelanggan khasnya bagi penggadai yang tidak mampu melakukan penebusan.

Pendekatan ini bukan sahaja dilihat strategik malah memberi kelebihan kepada perkhidmatan

Pos Ar Rahnu berbanding penyedia perkhidmatan Ar Rahnu yang lain.

iii. Produk One-Stop Gold Centre

Dalam tempoh empat tahun operasi (2012-2016), Pos Ar Rahnu telah mencetuskan beberapa

produk dan perkhidmatan yang memberi tambah nilai kepada agensi ini. Bermula dengan

perkhidmatan gadaian semata-mata pada tahun 2012, sebanyak 2 produk baru diwujudkan

pada tahun 2013 iaitu Ar Rahnu Simpan dan cuci emas. Ar Rahnu simpan mempunyai

konsep yang sebagaimana peti simpanan deposit yang diamalkan di institusi perbankan.

Melalui perkhidmatan tersebut caj upah simpan yang minima bagi membiayai kos dikenakan

kepada mereka yang berhasrat untuk menyimpan barang kemas dengan selamat dan terjamin.

Seterusnya, perkhidmatan Ar Rahnu cuci diperkenalkan dengan mengenakan bayaran upah

cuci sebanyak RM3 bagi setiap cucian. Walaupun kedua-dua perkhidmatan tersebut nampak

kecil tetapi menurut Khairul Nizan (2015), hasil yang diperoleh memberikan pulangan

sehingga mencecah sejuta ringgit setahun.

Selain itu, Pos Ar Rahnu telah merangka pelbagai bentuk perkhidmatan yang bersifat

produk kewangan dan jualan dari tahun ke tahun. Perkembangan yang ditunjukkan bukan

sahaja menjadikan Pos Ar Rahnu sebagai one stop gold centre malah turut menjana

keuntungan yang lumayan. Antaranya, Pos Malaysia telah mencipta emas tersendiri dan

diiktiraf sebagai organisasi perkhidmatan pos yang pertama di dunia mencipta emas sendiri.

Produk emas yang dikeluarkan ini diiktiraf sebagai Logam Pelaburan Bernilai (Investement

Precious Metal) atau ringkasnya IPM dan dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST). Seterusnya pada tahun 2015, Pos Ar Rahnu memperkenalkan dua bentuk aliran hasil

(revenue stream) dalam bentuk jualan.

Pertama, penggadai berhasrat untuk menjual barang gadaian yang digadai kepada

pihak Pos Ar Rahnu. Sebanyak 90% daripada jumlah margin barang berdasarkan harga

semasa akan diberikan kepada pelanggan. Berdasarkan amalan tersebut, pelanggan akan

cenderung untuk memilih perkhidmatan ini kerana harga jualan yang tinggi dalam pasaran

Page 12: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

35

tanpa dikenakan caj upah simpan. Malah Pos Ar Rahnu turut menerima semua jenis emas 750

ke atas.

Kedua, Pos Ar Rahnu membuat jualan IPM dari serendah setengah gram hingga 1

kilogram. Penjualan IPM tersebut merupakan kaedah mampu milik yang boleh dibeli oleh

mereka yang berminat kepada simpanan dalam bentuk pelaburan emas. Secara keseluruhan,

Pos Malaysia bukan sahaja telah menyediakan pelbagai perkhidmatan emas secara berpusat,

malah inisiatif yang diambil telah memberi pulangan dan manfaat untuk menjana kos dan

modal operasi yang berjalan. Berdasarkan perkembangan tersebut, kajian merumuskan

evolusi perkembangan produk yang ditawarkan oleh Pos Ar Rahnu sebagaimana carta berikut

:

Carta Evolusi bagi Produk Pos Ar Rahnu

Fasa I

(2012)

Fasa II

(2013)

Fasa III

(2015 – Sekarang)

Produk /

perkhidmatan

Transaksi gadaian Memperkenalkan Ar

Rahnu Simpan

Menawarkan

perkhidmatan Cuci

Emas

Membeli emas dengan

harga 90% daripada

harga semasa emas

Menjual IPM

serendah 0.5 gram

sehingga 1 kilogram

j. Pengawasan Dalaman

a. YaPEIM

i. Audit Dalaman

Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan selari dengan matlamat organisasi dan

kehendak pemegang taruh, YaPEIM mengambil inisiatif dengan melaksanakan audit dalam,

memastikan audit luaran yang dilakukan oleh pihak SIRIM pada setiap tahun serta

menyelaras aktiviti dengan mewujudkan pusat rujukan setempat. Semakan audit dalam ini

dilakukan pada setiap hari sejam sebelum operasi ditutup iaitu antara pukul 4 dan 5 petang.

Page 13: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

36

Pihak audit dalam akan menyemak simpanan emas, dan kira-kira kewangan agar sentiasa

selari dengan transaksi yang berjalan pada hari tersebut. Selain itu, audit secara berkala turut

dilakukan dan pengauditan meliputi aspek penyemakan proses kerja, pemeriksaan dokumen

dan pemeriksaan fizikal barang gadaian.

Untuk memastikan kemudahan penyelarasan dan perhubungan di antara cawangan,

YaPEIM turut mewujudkan Pejabat Pengurusan Negeri (PPN) sebagai pusat rujukan

setempat di peringkat pusat dan negeri untuk memastikan segala arahan dan maklumat dapat

diselaraskan dengan baik di peringkat cawangan-cawangan operasi setiap negeri. PPN ini

berperanan sebagai rujukan bagi setiap permasalahan dan kemusykilan serta akan

melaksanakan audit di peringkat cawangan pada setiap bulan.

ii. Panel Pengawasan Syariah

Dalam aspek pematuhan syariah pula, YaPEIM mempunyai dua jawatankuasa yang

bertanggungjawab untuk memantau aspek syariah ini iaitu Jawatankuasa Khas Program

Mikro Kredit Ar Rahnu serta Jawatankuasa Penasihat Syariah. Jawatankuasa Penasihat

Syariah ini diketuai oleh mantan mufti Wilayah Persekutuan; Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Kesemua program dan perkara berbangkit akan dirujuk kepada panel ini sebelum sesuatu

keputusan dilaksanakan. Dalam masa yang sama, YaPEIM turut mewujudkan panel khas

syariah untuk memantau perjalanan operasi Ar Rahnu yang bertanggungjawab untuk melihat

aspek pematuhan syariah terpelihara. Sehubungan dengan itu, YaPEIM sedang berusaha

untuk mendapatkan pengiktirafan ISO Syariah daripada pihak SIRIM

iii. Audit luaran

Selaras dengan matlamat YaPEIM untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada

pelanggan dan pelabur khususnya serta masyarakat amnya, YaPEIM telah memilih untuk

memperkukuh sistem pengurusan kualiti agensi dengan membuat penambahbaikan SOP yang

berterusan. Pendekatan yang diambil ini penting bagi meningkatkan kepuasan pelanggan

selaras dengan kehendak Standard Antarabangsa. Sehubungan itu, YaPEIM telah

memperoleh pengiktirafan MS ISO 90001:2008 – Sistem Pengurusan Kualiti dari Jabatan

Standard Malaysia semenjak 2009 sehingga sekarang. Pengiktirafan MS ISO 90001:2008 ini

diperoleh berdasarkan 3 prosedur yang diamalkan YaPEIM iaitu Prosedur Gadaian, Prosedur

Jualan dan Prosedur Penebusan.

Page 14: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

37

b. Pos Ar Rahnu

Aspek pematuhan syariah Pos Ar Rahnu disandarkan kepada Jawatankuasa Syariah DRB

Hicom selaku pemegang saham terbesar Pos Malaysia. Oleh itu, operasi Ar Rahnu yang

berjalan perlu mengikut Garis Panduan Syariah yang disediakan. Khususnya dalam aspek

harga dan akad, audit pematuhan akan dilakukan pada setiap bulan berserta pengawasan

CCTV 24 jam.

RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menyingkap keistimewaan tadbir urus dan perkhidmatan yang

diberikan oleh kedua-dua agensi utama dalam kalangan penyedia perkhidmatan Ar Rahnu

iaitu YaPEIM dan Pos Malaysia. Parameter yang digunakan adalah strategi yang digunakan

untuk menjana hasil dan keuntungan, keistimewaan produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan serta bentuk pengawasan dalaman yang dipraktikkan untuk memastikan

keberkesanan dan kestabilan kedua-dua agensi.

Ar Rahnu YaPEIM Pos Ar Rahnu

Strategi Menjana

Keuntungan

- Mengembangkan

cawangan

- Mengembangkan dan

business rightsizing

- Menggunakan premis

sedia ada

Keistimewaan Produk dan

perkhidmatan

- Kelab Masa

- Pakej e-Kasih dengan

pakej harga upah

simpan terendah

- Institut Penyelidikan

dan Perundingan

YaPEIM (INPUT)

- Kaedah Pengujian

Emas Berteknologi

Tinggi

- Pengukuhan Evolusi

Ar Rahnu YaPEIM

- Harga Emas Mentah

Sebagai Penentu

Harga Emas

- Kaedah Pelelongan

Melalui Pemborong

- One Gold Stop Centre

- Pengukuhan Evolusi

Pos Ar Rahnu

Pengawasan Dalaman - Audit Dalaman

Harian dan Berkala

- Audit Luaran berkala

- Panel Pengawasan

Syariah Khusus

- Audit Bulanan

- Pengawasan CCTV

24 Jam seminggu

- Panel Syariah dari

DRB Hicom

Page 15: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

38

Berdasarkan strategi untuk menjana hasil, kedua-dua agensi telah mengambil pendekatan

yang berbeza di mana YaPEIM bertindak untuk mengembangkan cawangannya dari semasa

ke semasa manakala Pos Malaysia mengambil pendekatan business rightsizing iaitu

penyusunan jaringan berdasarkan keperluan. Hakikatnya kedua-dua agensi berusaha untuk

meluaskan jaringan cawangan masing-masing namun Pos Malaysia mengambil pendekatan

business rightsizing sebagai strategi mengurangkan kos secara efisien. Kajian melihat kaedah

meluaskan cawangan bukan sahaja dilihat mampu memperoleh jenama dan pengaruh malah

mampu menjana keuntungan dengan lebih efisien jika dibandingkan dengan kadar upah

simpan yang diperoleh melalui satu cawangan. Kedua, kajian mendapati, strategi Pos Ar

Rahnu yang menggunakan premis sedia ada sebagai operasi lebih menjimatkan berbanding

keperluan mengeluarkan modal yang lebih besar. Melihat kepada realiti sedia ada, gabungan

antara koperasi yang berkapasiti kecil dengan koperasi yang lebih besar sudah tentu akan

memberi penjimatan.

Secara umum untuk parameter kedua, kajian dapat membuat beberapa rumusan.

Pertama, YaPEIM dan Pos Ar Rahnu masing-masing berusaha untuk menjalankan

tanggungjawab sosial dengan memberikan perkhidmatan yang tidak membebankan kumpulan

sasar. Oleh yang demikian, YaPEIM memberi pelbagai insentif kepada kumpulan sasar iaitu

golongan peniaga kecil dengan mewujudkan Kelab Masa di samping menyantuni golongan

kurang berkemampuan melalui pakej e-kasih. Manakala Pos Ar Rahnu menerima kadar harga

emas mentah dalam transaksi sebagai mengelakkan caj upah simpan tinggi dikenakan ke atas

penggadai. Apa yang lebih menarik adalah kaedah pengendalian lelongan melalui pemborong

yang dilaksanakan oleh Pos Ar Rahnu bukan sahaja memberi kepuasan kepada pelanggan,

malah dilihat efisien dan mampu mengurangkan kos dan risiko agensi. Kedua, kedua-dua

agensi berusaha untuk menjadikan agensi lebih kompetitif. Ini dibuktikan apabila YaPEIM

telah mewujudkan satu institut penyelidikan khusus Ar Rahnu yang menjadi nadi kepada

peningkatan operasi YaPEIM khasnya dalam bidang penyelidikan dan teknologi pengujian

emas. Manakala Pos Ar Rahnu juga tidak hanya selesa dengan menawarkan perkhidmatan

gadaian semata-mata sebaliknya terus memenuhi hasrat dan keperluan pelanggannya yang

pelbagai dengan menjadikannya sebagai ‘one stop gold centre’. Kelebihan yang ada pada

kedua-dua agensi menjadikan mereka lebih bersifat kompetitif dan inovatif.

Seterusnya, dalam memastikan pengurusan organisasi berjalan secara efisien

pengawasan dalaman merupakan aspek yang tidak harus dipandang remeh. Dalam aspek ini

YaPEIM menunjukkan konsistensi agensi untuk mendapatkan reputasi tadbir urus yang

Page 16: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

39

tersusun. Oleh itu, strategi pengawalseliaan dan penyelarasan di antara pusat dan cawangan

dan di antara agensi diperkukuh melalui kewujudan PPN dan audit dalaman secara harian dan

berkala. Tidak cukup dengan itu, YaPEIM turut mewujudkan Jawatankuasa Syariah yang

berperanan dalam menasihati, memantau dan memutuskan setiap perkara yang bersangkutan

dengan syariah. Seterusnya, YaPEIM dilihat lebih terkehadapan bagi memperkukuh sistem

kualiti pengurusan yang diamalkan melalui pengiktirafan ISO. Manakala Pos Ar Rahnu yang

masih baru dalam industri Ar Rahnu dilihat bergantung pada pengawasan syariah daripada

induk iaitu DRB Hicom.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua agensi dilihat mempunyai kelebihan yang berbeza

dalam aspek penawaran perkhidmatan dan tadbir urus. Kesemua faktor yang memberi

kelebihan kepada agensi boleh dijadikan rujukan kepada penyedia perkhidmatan Ar Rahnu

yang lain. Dalam masa yang sama, agensi perlu sentiasa memberi tambah nilai kepada tadbir

urus sedia ada untuk memastikan momentum kecemerlangan organisasi dikekalkan.

KESIMPULAN

Pengurusan yang efisien bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan industri malah ia

mampu menjadi rujukan dan model kepada industri Ar Rahnu sama ada dalam kalangan

koperasi mahupun bukan koperasi. Apa yang penting, industri Ar Rahnu perlu sentiasa kreatif

untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak pasaran di

samping memperkukuh tadbir urus pengurusan sesuai jumlah cawangan Ar Rahnu yang

banyak. Keistimewaan produk dan perkhidmatan serta pengukuhan tadbir urus merupakan

dua aspek penting untuk meningkatkan bilangan pelanggan yang sekali gus menyumbang

kepada keuntungan agensi. Selain itu, ia mampu meningkatkan keyakinan umum terhadap

agensi serta menjadi tarikan kepada pelabur.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim bin Zulkifli. 2015. Kontrak hubungan penggadai dan pemegang gadaian dalam

pelaksanaan ar-rahnu di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azila binti Abdul Razak, Fidlizan Muhammad, M. Y. M. H. & N. M. 2014. Kemapanan dan

Daya Saing Pajak Gadai Islam di Malaysia. Prosiding PERKEM ke-9 (2014), hlm.Vol.

9, 551–560. Kuala Terengganu, Terengganu.

Mohamad Sollehin bin Mohamad Hair. 2012. Ar-Rahnu : Kajian Perbandingan Antara Islam

Page 17: SKIM AR RAHNU KOPERASI: KAJIAN PERBANDINGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/01-Asiah... · prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan)

40

dan Konvensional di Bank Rakyat dan Yapeim. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Nazim, A.R., Kalaithasan, K., & N. 2005. Practices of Islamic Oawn Broking

Operators in Malaysia. Prosiding 3rd International Islamic Banking and Finance

Conference 2005,. Petaling Jaya, Selangor: Monash University Malaysia.

Mohd Rafi bin Yaazob, Ghazali bin Ahmad, Mohamed Dahlab bin Ibrahim, Norwatim bt

Abd Latiff, Noraesyah bt Shari, Shamsul Khairi b Abu Hasan, Norsyeirawani bt Shari,

R. Z. bt M. A. K. 2011. Islamic Pawn Broking (Ar-Rahnu) : Critical Success Factor And

Application For Co-operatives. Kelantan.

Norwatim Abd Latiff, Noraesyah Saari, Shamsul Khairi Abu Hassan, R. Z. N. A. K. dan N.

S. 2011. Ar-Rahnu Sebagai Sumber Pembiayaan Mikro kredit : Amalan Penyedia

Perkhidmatan. Maktab Koperasi Malaysia.

Othman, A. & Hashim, N. 2013. Perkembangan Ar-Rahnu di Terengganu : Kajian Kes

Terhadap Ar- Rahnu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ).

Prosiding Perkem viii, hlm.Vol. 2, 951–959. Kolej Perniagaan Universiti Utara

Malaysia.

Selamah binti Maamor & Abdul Ghafar Ismail. 2007. The Ar-Rahnu Efficiency and Its

Determinants. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, Volume-6, 105–126.

Shamsiah Mohamad & Safinar Salleh. 2008. Upah Simpan Barang Dalam Skim Ar-Rahnu:

Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh, 5, 47–65. Retrieved from

http://myais.fsktm.um.edu.my/8000/

Salleh bin Bakar. 2016. Temu bual cabaran bagi industri Ar Rahnu. Yayasan Pembangunan

Ekonomi Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 10 Mac

Khairul Nizan Che Nik. 2016. Temu bual cabaran bagi industri Ar Rahnu. Pos Malaysia,

Kuala Lumpur. Temu bual, 25 Mac