noor arfa batik

52
Hasil Kajian Noor Arfa Batik PENGASAS NOR ARFA BATIK 1) Maklumat asas produk tempatan a) Nama produk Noor Arfa Batik b) Kategori Batik c) Nama pengusaha/ syarikat/statu hak milik NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long USIA : 51 tahun ASAL : Kampung Tanjung, Kuala Terengganu JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah (Pengarah Eksekutif) d) Lokasi

Upload: yong-kok-ken

Post on 24-Jul-2015

8.308 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Noor Arfa Batik

Hasil Kajian

Noor Arfa Batik

PENGASAS NOR ARFA BATIK

1) Maklumat asas produk tempatan

a) Nama produk

Noor Arfa Batik

b) Kategori

Batik

c) Nama pengusaha/ syarikat/statu hak milik

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long

USIA : 51 tahun

ASAL : Kampung Tanjung, Kuala Terengganu

JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.

ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah (Pengarah Eksekutif)

d)      Lokasi

Syarikat Noor Arfa Batik beribu pejabat di Cendering Kuala Terengganu dan kilangnya

juga disitu. Namun, ia mempunyai beberapa cawangan seperti di Wisma Noor Arfa

kampong Baru, Melaka, one Utama dan jalan Tuanku Abdul Rahman.

Page 2: Noor Arfa Batik

2) Latar Belakang

a) Sejarah Kewujudan

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana

namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas

Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa

menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga

Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat

70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang

tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah

dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor

Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula

segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan

ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan.

b) Punca dan Jumlah Modal

Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan lagi dengan minatnya yang mendalam dalam

bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, meletakkan jawatan untuk menceburi

perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik

negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini

secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala

Page 3: Noor Arfa Batik

Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara

sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor

ArfaBatek ialah kaftan batik.

c) Tujuan / Kepentingan Produk

Kepentingan produk ini adalah bertujuan menengahkan kreativiti dan kemahiran

Orang Melayu Terengganu dalam menghasilkan produk batik. Secara tidak langsung,

industry Batik akan dapat memberi peluang pekerjaan dan memupuk minat masyarakat

Malaysia supaya mencintai produk tempatan.

d) Keistimewaan / Kelebihan/ Keunikan

Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula

dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang

untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi

di sana. Seterusnya, menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke

atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu.

Produk Noor Arfa batik dihasilkan di dalam bentuk lukisan tangan yang menggunakan

canting serta cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta

cenderamata. Ini menjadikan produk batik Noor Arfa begitu unik dari segi corak, rekaan

dan pembuatannya.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan

pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.Keluaran batik

Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak

Page 4: Noor Arfa Batik

terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan

selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.

BEZA BATIK NOR ARFA: 

Pelbagai produk untuk jantina dan kumpulan umur yang berbeza

Barisan produk yang merangkumi memakai formal dan kasual

Batik di bawah jenama Noor Arfa

Produk adalah terkenal kerana kualiti dan eksklusif

Page 5: Noor Arfa Batik

3) Kaedah / Cara Penghasilan

a) Senarai bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk Batik lukis ialah kain

sutera putih. Kain ini selalunya diimport dari negar China. Manakala untuk kain kapas

diimport dari Indonesia. Seterusnya, lilin juga diperlukan. Lilin yang digunakan adalah

diperbuat daripada campuran resin (dammar) dan paraffin (lilin putih). Lemak haiwan

atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan lilin lancer dan tidak tersekat atau

pecah.

Kemudian, bahan seperti pewarna yang lazimnya diimport dari Jerman. Pewarna ini

jenis “reactive dye” yg biasanya digunakan dengan hanya dicampurkan dengan air.

Bahan lain ialah ‘sodium silicate/ batik fixer’ digunakan untuk mematikan atau

mengekalkan warna pada kain yang telah decanting. Bahan seterusnya ialah ‘soda ash’

digunakan untuk menanggalkan lilin digunakan untuk mencanting. “soda ash” ini

kelihatan seperti sabun.

b) Senarai peralatan

Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Batik ialah ‘canting’, kain

putih yang dapat meresap cecair lilin. Pemidang (frame) berfungsi menegangjan kain

bagi memudahkan proses mencanting, dapur untu memanaskan lilin.Selain itu periuk atau

kuali atau kawah untuk merebus kain yg telah decanting bagi mematikan warna. Besen

Page 6: Noor Arfa Batik

digunakan untuk membilas kain yang telah direbus, penyidai digunakan untuk menjemur

kain , berus untuk mewarna dan bekas plastic untuk menyimpan warna.

c) Proses peringkat penghasilan

(1) Langkah pertama

Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih

berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi

abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera

berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih

memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif

boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.

(2) Langkah kedua

Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin

perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan

sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan

semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk

lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.

(3) Langkah ketiga

Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan

untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj

(4) Langkah keempat

Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan

direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah

Page 7: Noor Arfa Batik

digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi

memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali

lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat

dijamin ketahan dan kualitinya

d) Spesifkasi produk (timbangan/sukatan ukuran)

Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran

kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan

saiz yang lebih besar ialah 3m.

Manakala untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa

ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.Pemidang atau frame yang diperlukan ialah

5m panjang dan lebar 45 inci.

Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40%

damar.

Page 8: Noor Arfa Batik

4) Perkembangan produk

a) Rangkaian pemasaran

Syarikat Noor Arfa Batik memasarkan produk Batiknya dengan 4 strategi

pemasaran iaitu Pusat Perlancongan, Pusat Jualan, Pusat Borong dan Pusat Tempahan.

Selain itu, melalui usaha dan sokongan Allahyarhamah Datin Seri Paduka Endon, isteri

kepada Tun Abdullah Badawi, arwah menggalakkan semua kakitangan kerajaan Malaysia

memakai batik sebagai pakaian rasmi pada setiap hari Sabtu dan kini pada hari Khamis.

Usaha ini secara tidak langsung telah menaikan imej Batik di mata masyarakat.

b) Pengiktiran/sambutan daripada pengguna/ penghargaan.

Perkembangan Batik di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada

Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang

ini. Selain itu Kementerian Perlancongan turut sama dengan memartabatkan batik di

persada antarabangsaan. Syarikat Noor ARfa Batik juga mendapat pelbagai pengiktiran

antaranya ialah seperti Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 pembangunan Jenama

Malaysia.

Page 9: Noor Arfa Batik

c) Kemajuan yang dicapai

Berikut adalah anugerah yang diperolehi oleh Noor-Arfa:

1. " Anugerah Pengeluar Batik Terbesar" oleh Malaysia Book of Records, 1997.

2. Anugerah Usahawan muda untuk sektor pembuatan oleh Kementerian Belia dan

Sukan, Malaysia pada tahun 1988.

3. Pusat, Anugerah Jualan Aked MARA "Tempat pertama untuk Persembahan

Terbaik" oleh MARA, Terenggannu, 1999.

4. Sijil Anugerah Khas untuk "5 S" oleh Majlis Produktiviti Negara (NPC) pada tahun

2001.

5. Pemenang "Pertandingan Amalan 5S" antara organisasi bagi kategori industri

kecil, yang dianjurkan oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001

6. Sijil Produktiviti 2001 "bagi kategori syarikat tempatan dengan

modal setiaptahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001

7"Keusahawanan Terengganu 2002" bagi kategori Handicraf yang dianugerahkan

oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Yayasan Pembangunan Usahawan

8. Sijil Produktiviti 2002 bagi kategori syarikat tempatan dengan

modal setiaptahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2002

Page 10: Noor Arfa Batik

9. Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2003 - Aked MARA Jualan Pusatkatego

ri penyewa Terbaik oleh MARA, Terengganu

10. "Anugerah Usahawan 2003" oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk

IndustriKecil (IKS) Kejuruteraan / Pembuatan kategori dan Yayasan

PembangunanUsahawan Negeri

11. Anugerah "Membeli-belah yang Menyokong Outlet (Specialty Store)Pelancongan

Malaysia - 2003" oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan Malaysia

12. Kelayakan "Harga Patut Kedai Anugerah 2003" oleh Menteri Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - 2003

13. Anugerah dan Sijil Khas "Produktiviti Anugerah -

2003" bagi kategori syarikattempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10

juta oleh MajlisProduktiviti Negara, 2003

14. Anugerah Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah Kategori “Kedai Specialty” by

Tourism Malaysia 2003

15. Kelayakan "Noor Arfa sebagai Francaisor" yang dianjurkan oleh

KementerianPembangunan Usahawan dan Pembangunan dan Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MECD)

16. "Industri Cemerlang 2004" - Pembangunan Jenama Malaysia bagi kategorisyarikat

tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10

juta yangdiberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Page 11: Noor Arfa Batik

17. "Anugerah Produk Bermutu - 2004" anugerah

khas oleh KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2005

18. Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 Pembangunan Jenama Malaysia

19. National "Anugerah Usahawan Berjaya

2005" daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA)

20. National "Anugerah Usahawan Berjaya

2005" daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA)

21. Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Industri 2005 oleh Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri

22. Anugerah Kedai Harga Adil 2006 - 2007 Kategori Tekstil, Batik & Songketoleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

23. "Sasterawan Jenama" Anugerah Grammy untuk Penjenamaan untuk JenamaFesyen B

atik 2007 Best

24. Anugerah "KEDAI HARGA PATUT" Kategori Handicraft & Antik Pada Tahun

2007-2008 Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Malaysia 

25. Anugerah ‘BRANDS LAUREATE’ Asia Pacific Oleh Brands Laureate

26. Sijil Anugerah Khas 2008 bagi kategori syarikat tempatan dengan

modalsetiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2008

Page 12: Noor Arfa Batik

27. Sijil 'Program Pembangunan Francais" bagi jenama noor arfa di bawah program

pembangunan francais, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan

kepenggunaan

28. Anugerah Usahawan Terengganu 2008

29. Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

30. Universo DE ’ Commercio Business Awards Hereby Awarded Noor Arfa Holdings

Sdn Bhd for UDC Best Fashion Design Of The Year 2011

31. Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA 2011

Peringkat Kebangsaan

d) Cabaran dan masalah yang dihadapi

Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari lokasi lebih

luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang sebelah mata keupayaannya

kerana stigma yang masih menebal - orang Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia

perniagaan.

Permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak.

Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk

mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan

bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong.

Page 13: Noor Arfa Batik

Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan

Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000.Dengan

tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli

kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak.

Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima

bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan

pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada

RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60.

Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian

berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah

ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.Bagaimanapun seperti kata pepatah,

“langit tidak selalu cerah”, kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan

di Asia Timur pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.Bagi

memastikan syarikat terus beroperasi dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan

Mohd Ariffin meminta 120 pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir.

Beliau juga mengambil pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam

syarikat dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai

pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu dipulihkan.Hasil

sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan sehingga sekarang.

Page 14: Noor Arfa Batik

Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan

Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di

Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan

usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan

70:30 sejak tiga tahun lalu.

Page 15: Noor Arfa Batik

Akhbar

· Utusan Malaysia ·

21/1/2003

ARKIB : 20/06/2009

Memartabat batik di Melaka

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

[email protected]

MELAKA 19 Jun - Industri batik negara yang telah

wujud dan berkembang sejak hampir satu abad

lalu dan kini menjadi salah satu akar budaya

rakyat Malaysia.

Walaupun tidak dapat dipastikan dengan tepat

bagaimana sejarahnya bermula, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia.

Jika diikuti rentetannya, pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung

dari zaman awal tamadun Melayu.

Ia dipakai oleh semua golongan bermula daripada raja kepada bangsawan sehinggalah rakyat jelata.

Industri batik hari ini pula menyaksikan pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membolehkan

pembangunan industri batik negara terus berdaya maju.

Pengkajian semula dan pengemasan strategi pemasaran batik tempatan diberi penekanan untuk melihat

kejayaannya.

BARISAN model yang memperagakan baju batik koleksi Noor

Arfa.

Page 16: Noor Arfa Batik

Malah, langkah kerajaan mewajibkan pemakaian batik kepada kakitangan awam berkuat kuasa 1 November

2004 antara tindakan bijak demi memperkasa seni tempatan negara itu.

Usaha tersebut, dilihat bukan saja dapat memartabatkan kembali seni batik tetapi juga menjadi wahana

kepada pembangunan perusahaan batik tempatan secara menyeluruh.

Pengkomersialan batik pula bukan saja memberi pendapatan kepada para pengusaha, bahkan melonjakkan

nama kampung pengusaha kepada masyarakat dunia untuk melihat sendiri cara pembuatannya.

Justeru, tidak hairanlah mengapa industri batik hari ini dilihat kembali berkembang pesat hasil usaha keras

semua pihak yang ingin melihat kejayaannya.

Dalam kesibukan pelbagai persiapan menuju ke arah menjadi negeri maju tahun hadapan, Melaka juga

tidak terkecuali untuk melihat batik yang menjadi seni dan budaya tempatan itu dipertahankan.

Pembukaan Melaka Batik House (MBH) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh

dimiliki Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. pada 11 Jun lalu, menjadi titik permulaan usaha itu.

Pengerusi Eksekutif Noor Arfa Batek, Wan Mohd. Ariffin Wan Long berkata, MBH yang terletak di kawasan

seluas 0.6 hektar akan menjadi pusat batik bersepadu kepada semua pengeluar batik di Malaysia.

Malah, MBH juga akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengusaha-pengusaha batik dari seluruh

negara.

Menurut Wan Mohd. Ariffin, selain itu, rumah batik seluas 1,700 meter persegi itu juga akan bertindak

sebagai pusat pemasaran batik di pantai barat Semenanjung.

"Selepas ini, penggemar batik dari Pantai Barat Semenanjung tidak perlu lagi bersusah-payah ke

Terengganu atau Kelantan untuk membeli batik.

"Mereka boleh terus datang ke sini kerana jaraknya lebih dekat sekali gus menjimatkan wang, tenaga dan

masa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, pengunjung MBH juga akan dapat dapat menilai dan melihat sendiri kualiti pengeluaran batik oleh

pengusaha batik tempatan.

Page 17: Noor Arfa Batik

"Malah, jenama terkenal batik keluaran pengusaha Malaysia boleh diperolehi di sini," katanya.

Menurutnya, sebagai negeri pelancongan beliau optimis dengan sambutan yang bakal di terima terhadap

permintaan batik di negeri ini.

Katanya, pada masa kini banyak pelancong dari Singapura datang ke Kelantan atau Terengganu semata-

mata ingin membeli batik.

"Selain batik dari Terengganu, Kelantan dan Johor, kami turut menjual batik dari Indonesia.

"Pengunjung boleh mendapatkan baju batik di sini dari harga serendah RM29 sehelai," katanya sambil

menambah rumah batik itu dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 6 petang.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan jualan RM12 juta setahun di Melaka Batik House dan ia akan

menjadi produk pelancongan baru di Melaka.

Noor Arfa Batek, syarikat milik bumiputera adalah pengeluar batik terkenal di negara ini yang memulakan

perniagaannya di Kuala Terengganu sejak 29 tahun lalu.

Ia kini mempunyai 14 pusat jualan di seluruh negara.

Majalah

Page 18: Noor Arfa Batik

· MyBatik · May- Jun- July · Noor Arfa Batik Sdn.Bhd.

Melawat Tempat

Page 19: Noor Arfa Batik

· Nama tempat: Noor Arfa Batik House

·Alamat: MELAKA BATIK HOUSE, PT 15251, Melaka International Trade

Centre75450 Ayer Keroh, Melaka.

Internet

http://kedaihyper.com/noorarfa/

Page 20: Noor Arfa Batik

Penghargaan

Page 21: Noor Arfa Batik

Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada pengetua

SMK.Tingggi St.David, En. Chay Yew Choon kerana telah memberikan kebenaran

kepada saya untuk manjalankan kerja kursus ini.

Tidak lupa lagi kepada guru Sejarah saya iaitu Pn.Siti Zawiyah yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta rujukan sepanjang kajian ini dijalankan.

Begitu juga ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas bimbinagn

dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini. Terima kasih yang tidak

terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.

Tambahan pula, saya juga berterima kasih kepada rakan rakan sekelas kerana

telah memberikan cadangan. Idea dan pengetahuan yang telah anda berkongsi bersama-

sama saya serta memberikan laman-laman web yang dapat memudahkan saya mencari

makluamt penting.

Ojektif Kajian

Page 22: Noor Arfa Batik

Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi

ekonomi dan social

Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran

tempatan di negara kita.

Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur

dan langkah.

Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran kraf tangan tempatan di negara kita.

Kaedah Kajian

Page 23: Noor Arfa Batik

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan

Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah :

√ Melayari Internet

Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan

tajuk kajian dengan lebih mendalam .

√ Lawatan dan pemerhatian

 Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut

berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.

√ Temu Ramah

Kaedah ini membolehkan saya menanya soalan dan mendapat jawapan yang tepat sekali.

√ Penyelidikan Perpustakaan

 Kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi

mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Rumusan

Page 24: Noor Arfa Batik

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan

pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk

mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya

lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui

kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kita harus bersyukur kerana hidup di dalam sebuah negara yang aman damai dan yang

pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa

kepada perkembangan dan kemajuan pesat Noor Arfa Batik House adalah kerana nilai-

nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus ,

penyelia , staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai

murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, bersatu padu,  hormat menghormati

dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri ,

untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap peserta Noor Arfa Batik House. Ia

melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga

merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai

pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini

dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Page 25: Noor Arfa Batik

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang

pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai

dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

Page 26: Noor Arfa Batik

“BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat

patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998,

menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat

mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana

ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh

mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa

matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna

dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli

barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih

penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya

tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi

negara

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada

barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan

keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya

telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.

Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan

kehendak masyarakatnya.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi

mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah

Page 27: Noor Arfa Batik

setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran

negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan

negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini

bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat

yang bersatu padu

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan

mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi

rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran

tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan

sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi

cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak

menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia

perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat

“Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan

sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu

membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga

mencapai matlamat yang diharapkan.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya

kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran

negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik

seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama

buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti

Page 28: Noor Arfa Batik

pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk

luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang

kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak

diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat

mengembangkan produk tempatan negara ini. Sebagai konklusinya, rakyat negara ini

wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan

negara.

Page 29: Noor Arfa Batik
Page 30: Noor Arfa Batik

Lampiran 1Gambar- gambar

Page 31: Noor Arfa Batik
Page 32: Noor Arfa Batik

ELEMEN 1

Page 33: Noor Arfa Batik

MENGUMPUL

FAKTA

SEJARAH

ELEMEN 2

Page 34: Noor Arfa Batik

MEREKOD

FAKTA SEJARAH

Page 35: Noor Arfa Batik

PRODUK

TEMPATAN DI

NEGARA KITA

Page 36: Noor Arfa Batik

ELEMEN 3

PENERAPAN

UNSUR

PATRIOTISME

Page 37: Noor Arfa Batik

Soalan Temu Bual

Kok Ken : Selamat sejahtera, Puan Lum.

Puan Chin : Selamat sejahtera, adik Kok Ken.

Kok Ken : Sebenarnya, saya datang di sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih

terperinci tentang Noor Arfa Batik House. Bilakah Noor Arfa Batik House ditubuhkan ?

Puan Chin : Melaka Batik House mula beroperasi pada Mei 2009, perasmian telah

disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datik Hk. Mohd Rustam pada 11 Jun 2009.

Kok Ken : Oh, begitu rupanya. Berapa lamakah Melaka Batik House beroperasi?

Puan Chin : Melaka Batik House beroperasi 7 hari seminggu bermula jam 9.00 am

sehingga 7.00 pm pada hari Isnin hingga Khamis, jam 9.00 am sehingga 9.00 pm pada

hari Jumaat hingga Ahad.

Kok Ken : Selain daripada menjual batik, adakah barangan lain yang dijualkan di sana?

Puan Chin : Selain menjual produk-produk batik, Melaka Batik House telah

mempelbagaikan lagi produk di dalam galeri jualan dengan menjalin kerjasama dengan

usahawan-usahawan kecil.

Kok Ken: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini.

Puan Chin: Sama- sama.

Page 38: Noor Arfa Batik

Lampiran 2

Peta

Melaka Batik House (MBH) PT 15251,

Melaka International Trade Centre,

75450 Ayer Keroh, Melaka

Page 39: Noor Arfa Batik

Lampiran 3

Page 40: Noor Arfa Batik

Lampiran 4

Page 41: Noor Arfa Batik

Rujukan

Internet

· http://www.noor-arfa.com/

· http://www.google.com.my/

Majalah

· MyBatik, May-Jun-July

Akbar

· Utusan Malaysia, 21/3/2003

Orang Sumber

· Chin Lee Tai, 52 tahun, 20, Jalan Sri Duta 4, Taman Muzaffar Shah, 75450 Air Keroh,

Melaka.

Senarai Kandungan

Bil. Tajuk Halaman

Page 42: Noor Arfa Batik

1 Penghargaan

2 Objektif Kajian

3 Kaedah Kajian

4 Hasil Kajian

5 Rumusan

6 Lampiran

7 Rujukan