ayat terbitan tanalakshmi

Upload: tanam-anusha

Post on 29-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Ayat terbitan

Ayat terbitanTanalakshmi SukumaranPISMP SEM 52015DEFINISIAyat Terbitan adalah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis yang melibatkan pelaksanaan rumus-rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

Proses penerbitan ayat adalah proses menghasilkan ayat baru daripada ayat yang sedia ada dengan menggugurkan subjek atau gantinama diri kedua.

Proses penerbitan ayat dalam Bahasa Melayu dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan PENGGUGURAN, PENYUSUNAN SEMULA atau PELUASAN kepada unsur-unsur struktur dalaman.PENGGUGURANSuatu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat tersebut.Terdapat 3 jenis pengguguran UTAMA dalam Bahasa Melayu :

Pengguguran Frasa nama sebagai subjek;Pengguguran Frasa Predikat Pengguguran Frasa Nama yang mendahului frasa relatif.

PENYUSUNAN SEMULABentuk kata dalam ayat asal diubah struktur

Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu

Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain

Tidak merubah makna ayatProses penyusunan semula dalambahasa Melayu kepada tiga jenis, penyusunan semula frasa nama sebagai subjek,penyusunan semula frasa nama sebagai objek,penyusunan semula melalui ayat songsang.Peluasan ayatProses yangmenambahkanunsur- unsurdalamayatbaharu.bolehberlakumelaluipeluasanfrasanamasebagaisubjek,peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Walaubagaimanapun,AbdullahHassan(2006:119)adamenambah satu lagi jenis peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba.

Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu.Terdapat empat jenis peluasan, iaitu:

> Peluasan FN sebagai subjek

> Peluasan frasa predikat

> Peluasan dengan kata hubung

> Peluasan melalui proses komplementasiSusunan kata dalam ayatSusunan BiasaSusunan SongsangSusunan biasaialah unsur Subjek mendahului unsur Predikat (S+P).

Dalam ayat bersusunan biasa, tidak terdapat penegasan atau penekanan pada mana-mana unsur atau bahagian ayat. Contohnya :-

Hisham telah menghadiri kursus itu.Gadis itu sungguh bergaya.Pelancong itu dari mana?Naim menulis surat itu dimana ?

Subjek merupakan bahagian yang diterangkanPredikat bahagian yang menerangkan subjek tersebutDalam ayat penyata (1) dan (2), susunanya ialah Susunana biasa (subjek mendahului predikat)Intonansi biasaTiada mana-mana unsurnya yang diberikan penekanan atau penegasan.

Seperti juga, ayat (3) dan ayat (4), walaupun terdiridaripada ayat tanya, namun susunanya masihsusunan biasa kerana subjeknya berada di depan.

PENEGASAN DALAM AYAT BERSUSUNAN BIASADapat dilakukan dengan meletakkan kata penegas, seperti lagi, jua, juga, pun dan sahaja. Contohnya :-

Dia masih datang lagi.Apa jua permintaanya akan kita ikuti.Zainab ingin juga mencubanya.Saya pun tidak hadir di majlis itu.

PENEGAS DALAM AYAT TUNGGAL DENGAN PARTIKEL LAH, -KAH, DAN -TAH Mengalami proses pendepanan dan ayat yang terhasil ialah ayat bersusunan songsang. Contohnya:-

1. Bapa saya Mohd Nor.(S.B)Mohd Norlah bapa saya(S.S)

2. Daya kita apa? (S.B) Apatah daya kita ?(S.S)Ayat yang mengandungi susunan songsang atau ayat terbalik iaitu unsur Predikat mendahului unsur Subjek.

PENDEPANAN PREDIKAT DI DEPAN SUBJEK APABILA DIBERI PENEGASAN PADA UNSUR PREDIKAT.Apabila penegsan atau penekana hendakdiberikan kepada mna-mana unsur, maka unsur-unsur itu didahulukandan wujudkan susunan songsang. Contohnya :-

Kereta baru abang cantik.Cantik kereta baru abang.

Ayat (1) merupakan ayat susunan biasa dan tiada penekana yanghendak diberikan. Sebaliknya, ayat (2) penegasan dilakukan padapredikat ayat dengan cara memnindahkan frasa predikat kehadapan subjek, terbentuknya susunan songsang.

Susunan songsangSusunan songsang digunakan untuk memberikan penekanan pada predikat dan dapat hadir dalam ayat penyata/ ayat tanya , sama ada yat tersebut ayat tunggal/ ayat majmuk .

Contohnya :-

Dia bapa Hasnita.(a.penyata, a.tunggal, susunan biasa)Bapa Hasnita dia. (a. penyata, ayat tunggal, susunan songsang)

Awak membaca majalah? (a.tanya, a. tunggal, susunan biasa)

Ali tidak hadir kerana bapanya kemalangan. (a.penyata, a.majmuk, susunan biasa)

Bentuk ayat songsangSusunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialahsubjek + predikat. Ayat songsang pula terbentukdaripada proses transformasi ayat biasa. (subjek +predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.Pendepanan seluruh predikat.

1. Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yangmengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)Dialah / ibu saya. (susunan songsang)Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya Dia)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)Pendepanan Frasa Kerja(i)Pendepanan kata kerja:Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

(ii) Pendepanan frasa kerja dengan objek.Zaleha membaca buku. (susunan biasa)Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

(iii) Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)(b)Pendepanan Frasa Adjektif(i)Pendepanan kata adjektif sahaja.Ramli rajin. (susunan biasa)Rajin Ramli. (susunan songsang)

(ii) Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

(iii) Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

(iv) Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguatHaji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama(i) Frasa sendi nama sebagai predikat. Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa) Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)(ii) Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

(a) Predikat dalam aya tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang berlainan. Dalam hal ini, ayat tanya itu tidak disertai kata tanya. Contohnya:-

1.Zakaria ketua pelajar?Ketua pelajar Zakaria?

2. Nurimah sudah pulang? Sudah pulang Nurimah ?

(b) Struktur ayat tanta dengan kata tanya boleh bersusunan songsang dan kata tanya itu berada pada posisi awal ayat. Contohnya :-

1.Nama kamu siapa?Siapa nama kamu?

2.Benda itu apa?Apa benda itu?

Pendepanan dalam ayat tanya.

(c) Predikat dalam ayat tanya songsang boleh menerma partikel kah untuk berfungsi sebagai tekanan. Contohnya:-

1. Isteri Muhamadiah Adawiah.Adawiah isteri Muhanadiah?Adawiahkah isteri Muhamadiah?

2.Anis Mastura sedang tidur.

(d) Bagi subjek ayat tanya yang terbentuk daripada frasa nama dengan yang, penggunaan partikel kah diwajibkan pada predikat apabila ayat tersebut disobgsangkan. Contohnya:-

1.Yang dicarinya siapa?Siapakah yang dicarinya?Siapa yang dicarinya?

2.Munirah membaca apa?Apakah yang dibaca MunirahApa yang dibaca munirah

Pendepanan dalam ayat majmuka.Pendepanan dalam ayat gabungan>>> subjek dalam ayat gabungan itu mestilah terdiri daripada pelaku yang sama. Contohnya :-

1. Samad ke sekolah atau ke padang.Ke sekolah atau ke padang Samad.

2.Kamarudin duduk sambil minum air.____________________________________

b. Pendepanan dalam ayat relatif. Contohnya:-

1.Budak yang berdiri itu adik saya.Adik saya budak yang berdiri itu.

2. Lelaki yang menolong saya itu kemalangan.______________________________________________

c.Pendepanan dalam ayat komplemenContohnya :-

1. Untuk melakukan tugas itu memang sukar.Memang sukar untuk melakukan tugas itu.

2.Saya yakin bahawa dia tidak bersalah____________________________________

d. Pendepanan dalam ayat keterangan. Contohnya:-

1.Dia tidak datang kerana neneknya sakitKerana neneknya sakit dia tidak datang.

2. Hajariah berjaya lantaran usaha yang bersungguh-sungguh.______________________________________________

kesimpulanAyat apabila dilihat dari segi unsur subjek dan predikat dapat dibezakan kepada ayat susunan biasa atau songsang. Dalam susunan biasa tidak ada unsur yang mendapat penekanan. Sebalinya, dalam susunana songsang, pendepanan dilakukan kerana mahu membuat penegasan pada unsur tertentu dalam ayat.rujukanAhmad khair Mohd Nor.(2003).Pengantar Sintaksisi Bahasa Melayu Tatabahasa : Ayat, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Faridah binti Nazir. (2014). Sintaksisi Bahasa Melayu, Siri Pengajian Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Sekian terima kasih