kesan kadar bunga dan kadar pulangan (profit- loss...

13
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA 1 Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss Sharing) Ke atas Konsep Tabungan Di Perbankan Malaysia - Indonesia Ahmad Furqan Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail :[email protected] Abstrak Lemahnya pengetahuan masyarakat awam ke atas konsep yang digunakan perbankan syariah mengakibatkan ketakutan masyarakat dalam berhubungan dengan bank syariah. Sistem bunga yang diyakini riba dan diharamkan oleh agama Islam masih lagi menjadi alasan utama masyarakat enggan dalam bermuamalat di perbankan, khususnya masyarakat Malaysia - Indonesia yang majoriti penduduknya adalah muslim. Oleh sebab itu diperlukan konsep alternatif dalam perbankan yang dapat memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat. Konsep perkongsian untung-rugi (profit-Loss Sharing), yang mengutamakan prinsip keadilan dan kebersamaan dalam berusaha baik untuk memperolehi keuntungan ataupun menghadapi risiko adalah suatu konsep alternatif yang perlu diperhatikan dan perlu dikaji lebih dalam keberkesanannya ke atas perkembangan perbankan. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep tabungan perbankan di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, sebagai perbandingan juga akan dianalisa pengaruh kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap jumlah tabungan bank konvensional dan bank syariah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Metode kuantitatif digunakan untuk menganalisis kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep (tabungan Mudharabah) di perbankan syariah dan konvensional di kedua-dua negara menggunakan kaedah regresi kuasa dua terkecil (OLS). Dengan menggunakan data dari tahun 2009-2013, hubungan jangka masa panjang antara kadar bunga dan kadar pulangan ke atas konsep tabungan perbankan di Malaysia dan Indonesia dianalisis dengan menggunakan teknik Koentegrasi Johansen. Manakala hubungan jangka masa pendek dianalisis dengan menggunakan model penyebab granger ataupun granger casuality test. Dapatan kajian ini menunjukkan pada jangka masa pendek kadar bunga dan kadar pulangan kurang berkesan disebabkan perilaku masyarakat yang dipengaruhi faktor agama- emosional (halal-haramnya bunga), manakala pada jangka masa panjang kadar bunga berhubungan positif dengan tabungan. Dimana, yang akan mempengaruhi perilaku menabung masyarakat adalah faktor bukan agama iaitu rasional dan emosi. Kata kunci: kadar bunga, kadar pulangan, profit-loss sharing, tabungan Mudhrabah

Upload: trinhtuong

Post on 24-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

1

Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss Sharing) Ke atas Konsep

Tabungan Di Perbankan Malaysia - Indonesia

Ahmad Furqan

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

E-mail :[email protected]

Abstrak

Lemahnya pengetahuan masyarakat awam ke atas konsep yang digunakan perbankan

syariah mengakibatkan ketakutan masyarakat dalam berhubungan dengan bank

syariah. Sistem bunga yang diyakini riba dan diharamkan oleh agama Islam masih

lagi menjadi alasan utama masyarakat enggan dalam bermuamalat di perbankan,

khususnya masyarakat Malaysia - Indonesia yang majoriti penduduknya adalah

muslim. Oleh sebab itu diperlukan konsep alternatif dalam perbankan yang dapat

memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat. Konsep perkongsian untung-rugi

(profit-Loss Sharing), yang mengutamakan prinsip keadilan dan kebersamaan dalam

berusaha baik untuk memperolehi keuntungan ataupun menghadapi risiko adalah

suatu konsep alternatif yang perlu diperhatikan dan perlu dikaji lebih dalam

keberkesanannya ke atas perkembangan perbankan. Kajian ini dijalankan untuk

melihat kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep tabungan

perbankan di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, sebagai perbandingan juga akan

dianalisa pengaruh kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap jumlah tabungan

bank konvensional dan bank syariah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif. Metode kuantitatif digunakan untuk menganalisis kesan kadar bunga dan

kadar pulangan (PLS) ke atas konsep (tabungan Mudharabah) di perbankan syariah

dan konvensional di kedua-dua negara menggunakan kaedah regresi kuasa dua

terkecil (OLS). Dengan menggunakan data dari tahun 2009-2013, hubungan jangka

masa panjang antara kadar bunga dan kadar pulangan ke atas konsep tabungan

perbankan di Malaysia dan Indonesia dianalisis dengan menggunakan teknik

Koentegrasi Johansen. Manakala hubungan jangka masa pendek dianalisis dengan

menggunakan model penyebab granger ataupun granger casuality test. Dapatan

kajian ini menunjukkan pada jangka masa pendek kadar bunga dan kadar pulangan

kurang berkesan disebabkan perilaku masyarakat yang dipengaruhi faktor agama-

emosional (halal-haramnya bunga), manakala pada jangka masa panjang kadar

bunga berhubungan positif dengan tabungan. Dimana, yang akan mempengaruhi

perilaku menabung masyarakat adalah faktor bukan agama iaitu rasional dan emosi.

Kata kunci: kadar bunga, kadar pulangan, profit-loss sharing, tabungan Mudhrabah

Page 2: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

2

1.0 Pengenalan

Malaysia – Indonesia telah memberikan sumbangan terbesar dalam bidang perbankan Islam iaitu

memperkenalkan kepada dunia satu sistem perbankan Islam yang unik dan biasa disebut sebagai

“dual system of banking”, di mana sistem perbankan Islam yang beroperasi di samping sistem

perbankan konvensional. Perbankan Islam merupakan salah satu komponen dalam pasaran

kewangan Islam di Malaysia – Indonesia. Sistem kewangan Islam ini merupakan fenomena yang

sedang berkembang dengan pesat dan sedang bergerak pantas kearah sistem kewangan yang

kukuh. Di Malaysia perbankan syariah bermula pada tahun 1983 dengan penubuhan sesebuah bank

Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara apabila bank-bank

konvensional juga bermula menubuhkan Islamic window demi mengikuti trend semasa. Pada akhir

tahun 2000, sektor kewangan merangkumi dua bank Islam, 47 institusi perbankan konvensional,

17 bank perdagangan domestik, empat bank asing, 14 syarikat kewangan, lima bank saudagar dan

tujuh syarikat diskaun yang menyertai Skim Perbankan Islam (SPI), pasaran wang secara Islam,

dua syarikat takaful dan pelbagai produk kewangan. Melalui proses penggabungan institusi

perbankan domestik, bilangan institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI telah menurun

kepada 33 buah yang terdiri daripada sembilan bank perdagangan domestik, empat bank asing,

lapan syarikat kewangan dan lima bank saudagar serta syarikat diskaun. Dari sudut kepentingan,

perbankan Islam telah meningkat dengan begitu mendadak dan mencatatkan pertumbuhan purata

aset sebanyak 49% dari tahun 1995 hingga 1999. Pada tahun 2000 sektor ini terus mencatatkan

pertumbuhan aset yang kukuh sebanyak 30% meningkat kepada RM 47.1 bilion manakala deposit

meningkat kepada RM 35.9 bilion dan pembiayaan meningkat kepada RM 20.9 bilion. Prestasi

secara relatif berbanding sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan konvensional pada

akhir tahun 2000 bagi peratusan aset telah meningkat kepada 8.9% deposit pula 7.4% dan

pembiyaan 5.3%

Manakala pada tahun 1992 merupakan tahun bersejarah bagi perkembangan industri perbankan

Indonesia. Pada tahun itu, PT. Bank Muamalat Indonesia, bank syariah pertama di Indonesia rasmi

beroperasi secara berdampingan dengan bank-bank konvensional. Pada tahun itu Undang-Undang

Nomor 7 tahun 1992 tentang perbankan juga disahkan. Berdasarkan undang-undang ini, wujudnya

perbankan berdasarkan prinsip bagi hasil atau bank syariah telah diakui sebagai sebahagian

daripada sistem perbankan nasional. Ertinya, sejak tahun 1992 Indonesia secara tidak langsung

telah mengakui keberadaan dwi sistem perbankan. Perkembangan sistem ekonomi syariah di

Indonesia sendiri belum seberapa pantas seperti di negara-negara lain. Secara ringkas,

perkembangan ini dibahagikan menjadi perkembangan ekonomi kewangan syariah dan

perkembangan ekonomi syariah bukan kewangan. Industri kewangan syariah biasanya bersifat

relatif iaitu boleh dilihat dan diukur perkembangannya melalui data-data kewangan yang sedia

Page 3: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

3

ada, manakala industri yang bukan kewangan memerlukan lebih banyak penyelidikan yang lebih

dalam untuk mengetahuinya.

Dalam sektor perbankan, sehingga kini terdapat tiga bank syariah, 21 unit perniagaan Islam pada

bank-bank konvensional (Islamic window), 528 cawangan (termasuk pejabat pembantu

cawangan), unit perkhidmatan syariah dan pejabat khas kewangan, dan 105 buah bank kredit untuk

rakyat syariah. Aset perbankan Islam pada bulan Mac tahun 2007 lebih daripada Rp 28 bilion

dengan beberapa dana pihak ketiga hampir mencapai Rp 22 bilion. Walaupun aset perbankan Islam

yang baru mencapai 1.63 peratus dan dana pihak ketiga yang dibangkitkan mencapai 1.64 peratus

daripada jumlah aset perbankan negara (pada Februari 2007), tetapi pertumbuhannya agak pesat

dan menjanjikan. Ia dijangka bahawa pada tahun 2008, bahagian industri perbankan Islam

dijangka mencapai 5% daripada total industri perbankan nasional. Pada sektor pasaran modal pula,

produk syariah dari segi kewangan seperti Musyarakah dan sukuk juga terus meningkat. Dana

Musyarakah mencapai Rp 638 bilion manakala, sukuk mencapai 17 buah dan menguruskan dana

sebanyak Rp 2,209 bilion. Pada sektor saham juga mengalami perkembangan yang cukup baik.

Pada 3 julai 2000 Bursa Saham Jakarta (BEJ) melancarkan indeks Islam Jakarta (JII). JII yang

merupakan indeks harga yang berlandaskan syariah terdiri daripada 30 syarikat saham yang

dianggap telah memenuhi prinsip-prinsip syariah. Data pada akhir bulan jun 2005 mencatatkan

permodalan pasaran sebanyak Rp 325,90 bilion atau 43 peratus daripada permodalan pasaran di

BEJ. Sementara itu, jumlah perdagangan saham JII sebanyak 348,9 juta lembar saham atau 39

peratus dari total perdagangan saham JII iaitu sebesar Rp 322,3 bilion, atau 42 peratus daipada

total keseluruhan nilai perdagangan saham. Dalam kes ini peranan kerajaan telahpun ditunggu-

tunggu oleh pelaku kewangan Islam di Indonesia dan dibuktikan dengan wujudnya akta perbankan

Islam dan akta sekuriti Islam. Di sektor takaful, hingga ogos 2006 ini sudah lebih 30 syarikat yang

menawarkan produk insurans dan takaful. Walau bagaimanapun, bahagian pasaran hanya

berkembang 1 peratus dari pasaran insurans nasional. Dalam bidang kewangan juga terjadi

peningkatan ini dapat dilihat dengan meningkatnya minat daripada beberapa syarikat kewangan

dengan produk pembiayaan syariah. Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan permintaan

yang semakin ramai dan kadar pulangan yang semakin stabil. Dalam sektor mikro juga terjadi

kemajuan, perkembangan mikro yang menggalakkan berkembangnya institusi kewangan mikro

Islam seperti Baitul Mal wa Tamwil (BMT) yang bertujuan menguruskan aset dan menyalurkannya

secara adil. Kini sedang dikembangkan produk-produk kewangan mikro lain seperti mikro

insurans dan mungkin mikro-mutual-fund (dana koperasi mikro), dilihat dari segi bukan

kewangan.

Page 4: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

4

Rajah 1. Pertumbuhan kadar pulangan di perbankan syariah dan konvensional

bagi negara Malaysia dan Indonesia

Dengan melihat pertumbuhan ini, ia boleh dikatakan bahawa kepentingan masyarakat awam di

kedua-dua negara ini masih lagi dipengaruhi oleh produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

perbankan Islam. fakta ini juga membuktikan bahawa kadar bunga dan kadar PLS bukan lagi

menjadi faktor penentu utama dalam mempengaruhi keinginan masyarakat untuk meletakkan dana

di suatu perbankan. Berdasarkan penerangan di atas, menarik untuk dikaji lebih dalam terhadap

bagaimana pengaruh kadar bunga dan kadar PLS untuk menentukan keputusan pelanggan dalam

meletakkan dananya, terutamanya dalam bentuk tabungan di perbankan syariah ataupun

konvensional.

Dengan pencapaian yang sangat membanggakan ini, maka kajian analisis terhadap tabungan yang

berkonsepkan profit-loss sharing ke atas perbankan Islam adalah wajar dilakukan. Tujuan kajian

ini adalah untuk melihat kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep tabungan

perbankan di Malaysia dan Indonesia. Pengkaji juga akan lebih fokus kepada menganalisis

perbandingan ke atas pengaruh kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap jumlah tabungan bank

Islam dan konvensional di Malaysia – Indonesia. Dengan merujuk kepada hasil kajian ini, maka

perbankan Islam tidak cukup hanya mengandalkan pada pendekatan religious-emosional (halal-

haram) untuk meningkatkan minat masyarakat dalam menabung. Pendekatan yang lebih efisien

0

0.2

0.4

0.6

0.8

1

1.2

1.4

01

/01

/09

01

/11

/09

01

/09

/10

01

/07

/11

01

/05

/12

01

/03

/13

MALMUDHARABAH (PLS)RATE

MAL CON.BANKSAVINGDEPOSITINTERESTRATE

0

1

2

3

4

5

6

7

30

/01

/09

30

/01

/10

30

/01

/11

30

/01

/12

30

/01

/13

IDNMUDHARABAH (PLS)RATE

IDN CON.BANKSAVINGDEPOSITINTERESTRATE

Page 5: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

5

sangat diperlukan, seperti aspek profesionalisme perlu lebih diutamakan tanpa mengabaikan aspek

patuh syariah.

2.0 Kajian Lepas

Perbankan Islam adalah suatu sistem perbankan yang konsisten dengan prinsip-prinsip hukum

Islam atau syariah dan melarang pembayaran atau penerimaan bayaran bunga (Riba’) ke atas

pinjaman wang untuk istilah tertentu, serta melabur dalam perniagaan yang menyediakan barang

atau perkhidmatan yang dinilai bertentangan dengan prinsip-prinsipnya (Haram). Perbezaan

paling ketara di antara perbankan Islam berdasarkan kepada prinsip perdagangan pembelian dan

penjualan aset. Misalnya, dalam pembiayaan pembelian rumah, harga jual (termasuk peratus

keuntungan bank) adalah tetap dari awal. Perbankan Islam juga mempunyai berbagai kelebihan

dan keunikanya tersendiri. Justeru, secara teori tidak dapat dipastikan wujud hubungan antara

kadar bunga deposit dengan untung perbankan. Sebaliknya adalah dijangkakan kadar bunga

deposit lebih dipengaruhi oleh perlaksanaan dasar makroekonomi yang mengubah kadar bunga

jangka pendek, misalnya kadar antara bank dan kadar bunga pinjaman. Justeru, berdasarkan faktor-

faktor sebelah penawaran, tidak dapat dipastikan secara apriori bentuk perkaitan antara kadar

pulangan deposit perbankan Islam dengan kadar bunga.

Sudin dan Shanmugam (1995) mengkaji tentang hubungkait kadar bunga kepada jumlah deposit

perbankan Islam di Malaysia. Hasil kajian mereka menemui wujudnya hubungan negatif antara

kadar bunga dengan deposit dalam perbankan Islam. Ini bererti pendeposit perbankan Islam

memberi respon dengan mengurangkan deposit apabila berlaku peningkatan dalam kadar bunga.

Sudin dan Norafifah (2000), mengkaji hubungan antara jumlah deposit perbankan Islam dengan

kadar pulangan yang ditawarkan perbankan Islam dan skim perbankan Islam di bank konvensional

Malaysia. Dapatan mereka menunjukkan antara kadar bunga dengan jumlah deposit perbankan

Islam mempunyai hubungan negatif.

Bashir (1999) dan Bashir (2001) melaksanakan analisis regresi data untuk menentukan penentu

dasar tahap prestasi perbankan Islam di timur tengah. Keputusannya menunjukkan bahawa prestasi

bank, dari segi keuntungan, kebanyakannya dijana daripada overhead, pelanggan, pembiayaan

jangka pendek dan aset pendapatan bukan faedah. Tambahan pula, Bashir (2001) menyatakan

bahawa sejak deposit dalam bank-bank Islam dianggap sebagai saham, rizab yang dipegang oleh

bank menunjukkan kesan-kesan negatif seperti mengurangkan jumlah dana yang ada untuk

pelaburan.

Selain itu, kajian oleh Mansor Jusoh, Antoni & Norain Mod Asri (2010) mengkaji perkaitan antara

kadar bunga deposit perbankan konvensional dengan kadar pulangan deposit perbankan Islam di

Page 6: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

6

Malaysia dengan menggunakan kaedah sebab-menyebab Granger. Kajian ini mendapati wujud

hubungan kointegrasi antara kadar bunga dengan kadar pulangan bagi deposit yang sama tempoh

matang. Walaupun kadar bunga lebih mempengaruhi kadar pulangan dalam jangka panjang,

namun perubahan kadar bunga bukanlah semata-mata faktor yang menjelaskan perubahan jangka

pendek kadar pulangan deposit perbankan Islam. selain itu, deposit perbankan Islam lebih anjal

kekayaan berbanding deposit perbankan konvensional.

Selain itu kajian oleh Zubair Hasan (2010) telah menjalankan kajian berkaitan dengan nisbah

perkongsian keuntungan pada kontrak Mudharabah dengan metode kuantatif. Hasil penemuan

kajian mendapati skim perkongsian untung secara amnya menekankan kepada kategori deposit

yang berbeza-beza dengan merujuk kepada jumlah dan masa yang perlu diperhatikan dan di

pantau.

Abdou Diaw dan Abdoulaye Mbow (2011) telah menjalankan kajian penyelidikan analisis regresi

data untuk perbandingan ke atas pulangan deposit Mudharabah (ROMD) dan pulangan ekuiti

(ROE) pada perbankan Islam. Penemuan mereka menunjukkan bahawa ROE > 2x ROMD, iaitu

pulangan ekuiti lebih besar berbanding dua kali ganda pulangan deposit Mudharabah. Tambahan

pula Abdoulaye Mbow (2011) menyatakan bahawa adanya pengaruh pulangan aset (ROA) ke atas

pulangan deposit Mudharabah (ROMD) pada Kuwait Finance House.

3.0 Metodologi Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantatif iaitu merujuk kepada

data laporan perbankan syariah dan konvensional di kedua-dua negara bagi tahun 2009-2013.

Pembolehubah terdiri daripada jumlah tabungan deposit perbankan konvensional (Scon), jumlah

tabungan deposit perbankan syariah (Ssy), kadar pulangan deposit bank syariah (PLS) dan juga

kadar bunga bank konvensional (R) yang kesemuanya merupakan jumlah keseluruhan bagi kedua-

dua negara pada tempoh berkenaan. Seterusnya perbandingan juga akan dianalisa ke atas dua

pemboleh ubah iaitu kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) terhadap jumlah tabungan

Mudharabah di bank syariah dan tabungan konvensional di kedua-dua negara menggunakan

kaedah regresi kuasa dua terkecil (OLS). Hubungan jangka masa panjang antara kadar bunga dan

kadar pulangan ke atas konsep tabungan perbankan di Malaysia dan Indonesia dianalisis dengan

menggunakan teknik koentegrasi johansen. Manakala hubungan jangka masa pendek dianalisis

dengan mengguanakan model sebab-menyebab Granger ataupun Granger Causality

Penyelidik juga menggunakan kaedah data sekunder iaitu kajian perpustakaan dengan membuat

rujukan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dilakukan. Kaedah kuantatif

Page 7: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

7

menggunakan model sederhana yang diharapkan dapat menyokong fakta yang berlaku. model

kuantatif dibina berdasarkan fungsi tabungan berikut :

S = f (R) (1.1)

Merujuk kepada persamaan (1.1), S adalah tabungan dan R adalah kadar bunga. Berdasarkan

fungsi tabungan tersebut dapat dikatakan bahawa tabungan ditentukan oleh kadar bunga.

seterusnya dengan menggunakan fungsi tersebut hubungan kuantatif antara tabungan dengan

pemboleh ubah yang mempengaruhi dapat dituliskan dalam persamaan berikut

ln S𝑡 = 𝑎o + 𝑎1 R 𝑡+ U𝑡 (1.2)

Dalam kajian ini, model dalam persamaan (1.2) untuk membezakan antara model tabungan di

perbankan syariah dan perbankan konvensional, untuk membandingkan kesan kadar bunga bank

konvensional dan kadar pulangan PLS bank syariah terhadap gelagat menabung masyarakat pada

kedua-dua sistem perbankan. Pemisahan ini dilakukan kerana berdasarkan kepada prinsip-prinsip

syariah, prinsip sistem kewangan Islam, dan prinsip perbankan Islam yang tidak diperbolehkan

menggunakan instrumen-instrumen yang berasaskan bunga (Riba).

Berdasarkan pemisahan tersebut maka dibangunkan persamaan baharu untuk model tabungan

perbankan syariah dan perbankan konvensional, seperti di bawah ;

lnSSyt = 𝑎o + 𝑎1 Plst + 𝑎2 Rt + ut (1.3)

lnSCont = 𝐵o +𝐵1Rt + 𝐵2 Plst + ut (1.4)

dimana SSy = jumlah tabungan mudharabah bank syariah, SCon = jumlah tabungan bank

konvensional, Pr = kadar pulangan (rate of returns) tabungan mudharabah bank syariah, manakala

R = kadar bunga tabungan bank konvensional; 𝑎 dan 𝐵 = koefisien yang akan dijangka kan, u

adalah disturbance term, dan ln menunjukkan logaritma natural. Model yang ditunjukkan pada

persamaan (1.3) dan (1.4) akan diuji dengan menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (ordinary

least square, OLS).

Page 8: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

8

4.0 Keputusan Empirikal

4.1 Fungsi Tabungan Bank Syariah

Berdasarkan hasil ujian kuasa dua terkecil (OLS) untuk menentukan pengaruh kadar pulangan

(PLS) dan kadar bunga terhadap tabungan mudharabah pada bank syariah, sebagaimana

diekspresikan pada persamaan (1.3), diperoleh fungsi tabungan sebagai berikut :

logSSy = 1156.318 + 0,075835Pls – 215.5333R (Indonesia)

(47.496) (5.663) (14.157)

R2 = 0,803549; F-stat = 116.5741; D-W stat = 0,988449

logSSy = 32889.09 - 55146.70Pls + 41774.81R (Malaysia)

(6571.103) (8360.392) (5698.965)

R2 = 0,520856; F-stat = 30.98102; D-W stat = 0,610752

Fungsi tabungan di atas menunjukkan bahawa kadar pulangan (PLS) dan kadar bunga tabungan

bank konvensional (R) memiliki pengaruh yang kuat dan signifikan terhadap jumlah tabungan

mudharabah bank syariah pada kedua-dua negara. Kedua-dua pemboleh ubah tersebut

memberikan pengaruh sekitar 80.3% (Indonesia) dan 52.08% (Malaysia) terhadap perubahan

jumlah tabungan pada bank syariah dengan tingkat signifikan yang cukup tinggi (α = 5%),

sebagaimana ditunjukkan oleh nilai statistik F (F-stat > Fvalue). Demikian pula pengaruh masing-

masing pemboleh ubah secara berasingan juga signifikan, sebagaimana terlihat pada nilai t-stat >

t-value.

Yang menarik dari hasil kajian ini adalah kesan kadar pulangan (PLS) yang berlawanan arah

(bersifat negatif) dengan perubahan jumlah tabungan. Maknanya, apabila kadar pulangan bank

syariah naik (turun) 1%, maka jumlah tabungan mudharabah bank syariah berkurang (bertambah)

sebanyak Rp0,07 (Indonesia) dan RM55.146 (Malaysia). Hasil kajian ini tidak sejalan dengan teori

tabungan yang menyatakan bahawa kadar pulangan (atau kadar bunga) memiliki hubungan positif

dengan jumlah tabungan.

Walau bagaimanapun, hasil yang didapati sejalan dengan hasil sebelumnya yang didasarkan pada

fakta historis (historical data). Manakala kadar bunga tabungan bank konvensional memberikan

Page 9: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

9

kesan negatif ke atas jumlah tabungan bank syariah. Oleh sebab itu, turun (naiknya) kadar bunga

tabungan bank konvensional sekitar 1% menyebabkan jumlah tabungan bank syariah bertambah

atau berkurang sebanyak Rp215 (Indonesia) dan RM41.774 (Malaysia). Hubung kait kadar bunga

dan jumlah tabungan bank syariah yang negatif ini dapat difahami kerana tabungan bank

konvensional merupakan substitusi bagi pelanggan bank syariah. Berdasarkan fungsi tabungan

tersebut dapat dikatakan bahawa kadar pulangan (PLS) yang ditawarkan bank syariah bukan

merupakan faktor penentu yang menjadi alasan utama bagi pelanggan untuk menempatkan dana

pada perbankan syariah. Pilihan masyarakat untuk meletakkan dana tabungan pada bank syariah,

utamanya pelanggan yang religious, alasan utama disebabkan oleh ketaatan agama bahawa bunga

bank adalah riba yang hukumnya haram bagi umat Islam. Sebaliknya, bagi pelanggan yang

rasional (non-religious), faktor ekonomi nampaknya masih lebih utama. Oleh sebab itu, bagi

pelanggan ini pergerakan kadar bunga tabungan bank konvensional masih menjadi pertimbangan

untuk menjadikan tabungan bank syariah hanya sebagai substitusi tabungan bank konvensional.

4.2 Fungsi Tabungan Bank Konvensional

Regresi yang dilakukan untuk fungsi tabungan bank konvensional menunjukkan hasil sebagai

berikut :

logSCon =1550990 – 303784.3R – 4351.853Pls (Indonesia)

(61896.56) (18449.67) (7381.15)

R2 = 0,826514; F-stat = 135.7785; D-W stat = 1.158394

logSCon = -480411.7 – 798693.7R + 1657364Pls (Malaysia)

(230953.4) (200300.5) (293841.2)

R2 = 0,363629; F-stat = 16.28517; D-W stat = 0.714853

Fungsi tabungan bank konvensional di atas menunjukkan bahawa kadar bunga tabungan

konvensional (R) dan kadar pulangan (Pls) tabungan mudharabah berpengaruh negatif terhadap

jumlah tabungan bank konvensional di Indonesia. Kesan kedua-dua pemboleh ubah ke atas

perubahan jumlah tabungan pada bank konvensional diperkirakan mencapai 82.6%, dengan level

signifikansi yang cukup tinggi (α = 5%), sebagaimana ditunjukkan oleh nilai statistik F (F-stat >

F-value). Demikian pula pengaruh masing-masing pemboleh ubah secara berasingan juga

signifikan, sebagaimana terlihat pada nilai t-stat >t-value. Perilaku menabung masyarakat

(pelanggan) pada bank konvensional juga hampir sama dengan yang terjadi pada bank syariah.

Ertinya, naik (turunnya) kadar bunga akan menyebabkan jumlah tabungan bank konvensional

berkurang (bertambah). Selain itu, kadar pulangan yang ditawarkan bank syariah juga menjadi

salah satu faktor penentu bagi pelanggan untuk beralih ke tabungan bank syariah kepada bank

Page 10: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

10

konvensional. Hal ini didasarkan pada pertimbangan secara rasional pelanggan yang cenderung

memilih tabungan yang menawarkan keuntungan ekonomi yang lebih menarik. Pertimbangan lain

adalah untuk pemenuhan keperluan berurus niaga dan berjaga-jaga (precautionarymotive).

4.3 Keputusan Ujian Sebab-Menyebab Granger

4.3.1 Fungsi Tabungan Syariah

Hubungan sebab-menyebab Granger akan menunjukkan hasil terhadap kumpulan koefisien yang

berkenaan dalam jangka masa pendek melalui ujian wald (statistic F). Pada persamaan 1.3 didapati

berhubungan signifikan yang bermakna penolakan H0 terhadap R melawan Ssy bermaksud R

merupakan penyebab Granger terhadap pemboleh ubah Ssy, manakala Ssy bukan penyebab

Granger terhadap pemboleh ubah R. Di bawah ini merupakan hubungan hasil daripada ujian sebab-

menyebab Granger untuk fungsi tabungan syariah di Indonesia;

Dari persamaan (1.3)

H1 = R penyebab Granger terhadap Ssy , F-stat 3.2532 > 2

H0 = Ssy bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 1.05426 < 2

H1 = Pls penyebab Granger terhadap Ssy , F-stat 3.99650 > 2

H0 = Ssy bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 1.59992 < 2

H0 = Pls bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.12557 < 2

H0 = R bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 0.28474 < 2

Manakala hasil ujian sebab-menyebab Granger pada tabungan syariah di Malaysia tidak

menunjukkan kesan yang saling berhubungan, bermakna dalam masa jangka pendek semua

pemboleh ubah bukan penyebab Granger terhadap pemboleh ubah lainnya dan tidak signifikan

pada aras 5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kadar pulangan bagi deposit perbankan Islam

bukan sepenuhnya mengikuti atau ditentukan semata-mata berdasarkan kadar bunga. Dapatan ini

didapati berbeza dengan dapatan Kaleem & Mansor (2002) yang mengkaji hubungan penyebab di

antara perbankan Islam dan konvensional di Malaysia. Hasil kajian mereka mendapati ada

hubungan sebab-menyebab sehala daripada kadar bunga kepada kadar pulangan bagi deposit.

Page 11: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

11

4.3.2 Fungsi Tabungan Konvensional

Berdasarkan keputusan kajian didapati fungsi tabungan konvensional di Malaysia sebagai berikut:

Dari persamaan (1.4)

H1 = R penyebab Granger terhadap Scon , F-stat 3.15446 > 2

H0 = Scon bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.02969 < 2

H1 = Pls penyebab Granger terhadap Scon , F-stat 3.19173 > 2

H1 = Scon penyebab Granger terhadap Pls , F-stat 5.30983 > 2

H0 = Pls bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.87034 < 2

H0 = R bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 0.69277 < 2

Keputusan sebab-menyebab Granger di atas menunjukkan Pls dan Scon mempunyai hubungan dua

hala sebab-menyebab Granger dan signifikan pada aras keertian 5% menunjukkan H0 ditolak. ini

bermaksud pada jangka pendek Pls penyebab Granger terhadap Scon dan juga sebaliknya.

manakala hasil daripada pemboleh ubah Pls melawan R menunjukkan tiada hubungan dalam masa

jangka pendek dan keduanya tidak signifikan pada aras keertian 5%. Selanjutnya hasil daripada

fungsi tabungan konvensional di Indonesia menunjukkan hanya pemboleh ubah R melawan Scon

yang memiliki hubungan sebab-menyebab Granger sehala ini ditunjukkan oleh F-stat 2.86418 > 2

pada aras keertian 5%. ini bererti pemboleh ubah lain dalam masa jangka pendek pada tabungan

perbankan konvensional Indonesia tidak memiliki hubungan sebab-menyebab Granger dan tidak

signifikan, keadaan ini mungkin berlaku disebabkan masyarakat pada masa jangka pendek ini

kurang maklumat akan pentingnya menabung dan menyimpan wang sebagai keperluan berurus

niaga pada masa hadapan.

4.4 Keputusan Ujian Kointegrasi Johansen

Pada lampiran keputusan ujian kointegrasi terdapat ujian statistic Trace dan Maximum Eigenvalue.

nilai statistik Trace 47.34677 adalah lebih tinggi daripada nilai kritikal 29.79707 pada tahap

signifikan 5%. Ini bermaksud wujud hubungan jangka panjang antara kadar bunga dan kadar

pulangan (PLS). Keputusan ujan Maximum Eigenvalue pada lampiran menunjukkan nilai statistik

40.39554 lebih besar daripada nilai kritikal 21.13162. Ini bermaksud memang wujud hubungan

jangka panjang antara kadar bunga dan kadar pulangan bank Islam.

Page 12: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

12

Berdasarkan keputusan kointegrasi johansen seperti dalam lampiran, satu model kointegrasi dapat

dibentuk bagi menunjukkan hubungan jangka panjang antara kadar bunga dengan kadar pulangan

bagi perbankan Islam. Secara keseluruhan, Jumlah deposit tabungan perbankan konvensional

(Scon), jumlah deposit tabungan perbankan Islam (Ssy), kadar bunga (R) dan kadar pulangan (Pls)

di perbankan syariah saling mempengaruhi pada masa jangka panjang dan ini terjadi di dua sistem

perbankan yang berbeza dan juga di dua negara yang berbeza.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan hasil perhitungan dan analisa seperti yang dijelaskan pada bahagian sebelumnya

dapat disimpulkan bahawa adanya kesan perubahan kadar bunga dan kadar pulangan di perbankan

syariah dan perbankan konvensional baik itu dalam jangka masa pendek ataupun jangka masa

panjang. Untuk mengelakkan agar tiadanya unsur riba dan gharar maka perbankan Islam perlu

mengambil inisiatif menggunakan alternatif lain dalam menentukan kadar pembiayaan dan kadar

pulangannya. Selain itu, kadar pulangan yang ditawarkan bank syariah bukan lagi merupakan

faktor utama yang mempengaruhi gelagat menabung masyarakat. Bagi sebahagian besar

pelanggan Muslim, penempatan dana tabungan pada bank syariah lebih banyak dipengaruhi oleh

faktor religious-emosional bahawa kadar bunga bank adalah riba yang hukumnya haram.

Seterusnya pelanggan bank syariah yang tidak mendasarkan keputusan menabung pada

pertimbangan religious-emosional (nonreligious-rasional) masih menjadikan tabungan bank

syariah sebagai substitusi bagi bank konvensional. Gelagat menabung seperti ini masih bersandar

pada perbandingan antara manfaat (keuntungan) dari kadar pulangan bank syariah dan kadar bunga

tabungan bank konvensional. Maka dari itu semua pihak perlu berupaya untuk memikirkan cara

agar meningkatkan minat masyarakat dalam menempatkan tabungan pada bank syariah, kalangan

perbankan syariah tidak cukup hanya mengandalkan pada pendekatan religious-emosional (halal-

haram). Pendekatan yang memperhatikan aspek profesionalisme harus lebih dikedepankan. Hal

ini dapat diupayakan dengan melakukan inovasi produk-produk yang akan ditawarkan dengan

tetap memperhatikan syariah compliance, melakukan strategi, perluasan cawangan dan

penambahbaikan perkhidmatan. Hal yang terpenting iaitu kalangan perbankan syariah tetap harus

mengupayakan kadar pulangan yang kompetitif, meskipun dari hasil kajian ini diperoleh

kesimpulan bahawa kadar pulangan berpengaruh negatif terhadap jumlah tabungan.

Pihak kerajaan pun diharapkan dapat memberikan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan

pembaikan sistem kerja perbankan syariah. Kerajaan diharapkan memberikan perlakuan yang

sama pada level of playing field dengan perbankan konvensional, misalnya kesamaan dalam

pengenaan cukai.

Page 13: Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/... · Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

13

Rujukan

Bank Negara Malaysia. (2012). Laporan Bulanan BNM 2010 – 2012. Kuala Lumpur : Bank

Negara Malaysia.

Bank Indonesia, (2001), ”Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di

Jawa Barat”, Jakarta.

Bank Indonesia, (2001), ”Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di

Sumatera Barat”, Jakarta.

Bank Indonesia, (2004), “Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di

Wilayah Kalimantan Selatan”, Hasil Penelitian KerjasamaDirektorat Perbankan Syariah -

Bank Indonesia dengan Institut Pertanian Bogor, Jakarta.

Iqbal, Munawar., Ahmad, Ausaf., and Khan, Tariqullah., (1998), “Challenges Facing Islamic

Banking”, Occasional Paper – No. 1, Islamic DevelopmentBank, Islamic Research and

Training Institute, Jeddah.

Rosamiza Meor Razak. Zulkefly Abdul Karim. Mohd Azlan Shah Zaidi.(2012). Dasar Kewangan

dalam dwi sistem perbankan : Suatu kajian VAR berstruktur di Malaysia. Prosiding

PERKEM VII, (1) : 111 – 125.

Samad. Abdul. (1999). Comparative efficiency of the Islamic bank Malaysia vice versa

conentional bank. Journal of Economics and Management 7(1) : 1 – 8.

Solé, Juan., (2007), “Introducing Islamic Banks into Conventional Banking Systems”, IMF

Working Paper, Number 07/175, July, Monetary andCapital Markets Department,

International Monetary Fund, WashingtonDC.

Snowdon, Brian. and Vane, Howard R., (2005), “Modern Macroeconomics : Its Origins,

Development and Current State”, Edward Elgar Publishing, Inc.,Massachusetts, USA.