ruju’: kaedah dan aplikasi kajian kes di...

21
RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH SEREMBAN Nur Majidah Binti Majemi Zaini Nasohah PENDAHULUAN Setiap individu yang berkahwin sudah pasti tersemat dihati mengimpikan satu kehidupan harmoni dan bahagia. Sebuah keluarga yang bahagian perlu diterap dengan saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah wa rahmah), maka pasti perlu bersandarkan kepada beberapa prinsip sepertimana yang disarankan dalam Islam. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik dalam rumahtangga. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa krisis, pergolakan di antara suami isteri mustahil tidak berlaku, bak kata pepatah melayu “Sedangkan lidah lagi tergigitapatah pula suami isteri, Keadaan ini hanya boleh diatasi dengan ilmu dan kebijaksanaan suami di samping sokongan daripada isteri yang pengasih. Islam telah meletakkan garis panduan,tanggungjawab yang wajib dilaksanakan bagi seorang suami mahupun isteri. Apabila tanggungjawab dan peranan tersebut diabaikan oleh mana-mana pihak, maka sudah pasti bahtera yang dibina akan menghadapi masalah (shiqaq) yang boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga. Justeru, Islam memberi jalan keluar (shiqaq) dengan cara perceraian. Walaupun Islam telah menghalalkan perceraian tetapi ia merupakan suatu perbuatan yang dibenci oleh Allah s.w.t. Berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w, menyebut: ال ا ا Maksudnya: “Perkara halal yang dibenci Allah adalah perceraian (thalaq)” Walau bagaimanapun, perceraian yang berlaku bukanlah bermaksud berakhir terus selama-lamanya ikatan pernikahan kerana peluang untuk kembali sebagai pasangan suami isteri masih ada melalui kaedah ruju‟. Kaedah yang dianjurkan oleh Islam sangat baik untuk umatnya kerana memberi ruang yang luas dalam tempoh masa iddah pasangan dapat berfikir dan membetulkan kesilapan atau ketelanjuran antara suami isteri. Ruju‟ dalam perkahwinan merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam sistem kekeluargaan Islam. Dalam munakahat terdapat tiga istilah yang saling berhubung kait dan tidak dapat dipisahkan dalam perbincangan ialah nikah, cerai dan ruju‟. 1 Bagi mudah difahami istilah ruju‟ ia berlaku selepas perceraian dengan adanya perkahwinan yang sah. Namun, perceraian bukanlah suatu yang diingini dalam sebuah perkahwinan yang dibina tetapi ianya sebagai jalan keluar yang terbaik apabila berlaku shiqaq yang berpanjangan dalam perkahwinan. 1 Raihanah Abdullah dan Zuzaidi Mahmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan Pelaksanaanya di Malaysia, JH, Jil 18, Universiti Malaya. Hlm, 26.

Upload: hoangmien

Post on 02-Mar-2019

313 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI MAHKAMAH

SYARIAH SEREMBAN

Nur Majidah Binti Majemi

Zaini Nasohah

PENDAHULUAN

Setiap individu yang berkahwin sudah pasti tersemat dihati mengimpikan satu

kehidupan harmoni dan bahagia. Sebuah keluarga yang bahagian perlu diterap dengan

saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

wa rahmah), maka pasti perlu bersandarkan kepada beberapa prinsip sepertimana

yang disarankan dalam Islam. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada

persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka

untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik dalam rumahtangga.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa krisis, pergolakan di antara suami isteri

mustahil tidak berlaku, bak kata pepatah melayu “Sedangkan lidah lagi tergigit”

apatah pula suami isteri, Keadaan ini hanya boleh diatasi dengan ilmu dan

kebijaksanaan suami di samping sokongan daripada isteri yang pengasih.

Islam telah meletakkan garis panduan,tanggungjawab yang wajib dilaksanakan bagi

seorang suami mahupun isteri. Apabila tanggungjawab dan peranan tersebut

diabaikan oleh mana-mana pihak, maka sudah pasti bahtera yang dibina akan

menghadapi masalah (shiqaq) yang boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga.

Justeru, Islam memberi jalan keluar (shiqaq) dengan cara perceraian. Walaupun Islam

telah menghalalkan perceraian tetapi ia merupakan suatu perbuatan yang dibenci oleh

Allah s.w.t. Berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w, menyebut:

أ بحل أ ض احلأ أ ل ل أ ال الط أ ض Maksudnya: “Perkara halal yang dibenci Allah adalah perceraian (thalaq)”

Walau bagaimanapun, perceraian yang berlaku bukanlah bermaksud berakhir terus

selama-lamanya ikatan pernikahan kerana peluang untuk kembali sebagai pasangan

suami isteri masih ada melalui kaedah ruju‟. Kaedah yang dianjurkan oleh Islam

sangat baik untuk umatnya kerana memberi ruang yang luas dalam tempoh masa

iddah pasangan dapat berfikir dan membetulkan kesilapan atau ketelanjuran antara

suami isteri.

Ruju‟ dalam perkahwinan merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam sistem

kekeluargaan Islam. Dalam munakahat terdapat tiga istilah yang saling berhubung

kait dan tidak dapat dipisahkan dalam perbincangan ialah nikah, cerai dan ruju‟.1Bagi

mudah difahami istilah ruju‟ ia berlaku selepas perceraian dengan adanya

perkahwinan yang sah. Namun, perceraian bukanlah suatu yang diingini dalam

sebuah perkahwinan yang dibina tetapi ianya sebagai jalan keluar yang terbaik apabila

berlaku shiqaq yang berpanjangan dalam perkahwinan.

1 Raihanah Abdullah dan Zuzaidi Mahmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaanya di Malaysia, JH, Jil 18, Universiti Malaya. Hlm, 26.

Page 2: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

97

Walau bagaimanapun, Islam telah membuka ruang kepada suami bagi

mengembalikan ikatan perceraian dengan kaedah ruju‟. Perbahasan ruju‟ telah

dibincangkan oleh fuqaha dari segi hukum syarak tetapi tidak diperhalusi bagaimana

keteranagan diambil dalam memutuskan ruju‟ tersebut oleh hakim. Realiti pada hari

ini kes ruju‟ kian meningakat apabila perceraian banyak berlaku ia bukan sahaja

terjadi dengan cara lafaz tetapi melalui perbuatan. Dalam peruntukan Undang-undang

Keluarga Islam terdapat seksyen berkaitan dengan ruju‟ secara khusus di setiap negeri

di Malaysia. Tetapi hal ini tidak dinyatakan secara jelas bagaimana ruju‟ boleh

berlaku dan boleh diterima perbuatan tersebut sebagai ruju‟ yang sah di mahkamah

syariah. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai ruju‟ dari segi kaedah

dan aplikasi kajian kes di Mahkamah Syariah Senayan Seremban Negeri Sembilan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Islam telah menyediakan satu garis panduan yang jelas berkaitan talaq dan ruju‟.

Sekiranya berlaku perceraian talaq raj‟ie iaitu talaq satu dan dua maka Allah s.w.t

telah memberi ruang kepada suami untuk mengembalikan ikatan perkahwinan melalui

kaedah ruju‟ tanpa perlu kepada akad nikah yang baru.2 Oleh itu, Islam menuntut

supaya sesuatu perceraian mahupun ruju‟ dilakukan dengan cara yang baik

sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian

mereka hampir habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka

rujuk Dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.

(Surah al-Baqarah: 2: 231)

Dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijma‟ telah menyatakan dengan jelas berkaitan

kebenaran ruju‟ bagi suami yang telah menceraikan isterinya dengan talaq raj‟ie,

malahan para ulama juga turut membahaskan ruju‟ dari segi syarak di dalam kitab-

kitab fiqh, karya fiqh klasik bermula pada zaman Rasullulah s.a.w. sehingga kini

dalam bab-bab munakahat. Ringkasnya, ruju‟ bertujuan mengembalikan isteri setelah

diceraikan bukan dengan talaq ba‟in dan ianya dilakukan dalam tempoh iddah.3 Bagi

menentukan sesuatu kesahan ruju‟yang dilakukan, ruju‟ tersebut hendaklah memenuhi

beberapa rukun sepertimana yang digariskan oleh syarak.4 Perkara ruju‟ didapati

banyak dibincangkan dari segi hukum syarak atau teori sahaja, namun aplikasi ruju‟

secara praktikalnya di Mahkamah Syariah dan persoalan berkaitan perlaksanaannya

masih belum terdapat kajian atau penulisan yang khusus.

Melihat kepada perbincangan hukum syarak berkenaan dengan isu ruju‟, seperti ruju‟

dilakukan melalui perbuatan, kerelaan isteri untuk kembali bersama suami, kesaksian

2 . Munsur bin Yunus al-Bahuti (t.t). al-Rawd al-Mawd al-Murbbi’ Sharh Zad al-

Mustaqni. Kaherah: Mu‟assasah al-Risalah. Hlm, 586.

3 Syaikh Zainuddin Bin Abdul Aziz Al-Malbariy. 2009. Fathul Mu;in. Jil I, II, III. Jahabersa,

hlm 524.

4 Raihanah Abdullah dan Zuzaidi Mahmod. 2010., Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaanya di Malaysia, JH, Jil 18, Universiti Malaya, hlm 47.

Page 3: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

98

dalam ruju‟ merupakan suatu isu yang penting yang memerlukan kepada penjelasan

dan kupasan dari segi pandangan fuqaha. Para fuqaha berbeza pendapat dalam

menentukan kesahan ruju‟ yang dilakukan melalui kaedah perbuatan samada ia boleh

diterima atau tidak. Perselisihan pendapat dikalangan ulama dalam hal ini agak ketara,

tetapi ianya boleh diaplikasikan kepada masyarakat awam mengikut uruf dan

maslahah umum.5

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 terdapat

satu peruntukan yang khusus berkenaan dengan ruju‟ di bawah seksyen 52 iaitu

“Hidup Semula Sebagai Suami Isteri atau Ruju‟”. Di bawah seksyen ini, antara

perkara yang turut disentuh adalah berkaitan prosedur seperti laporan ruju‟, proses

penyiasatan ruju‟, pendaftaran ruju‟ dan berkaitan dengan jawatankuasa pendamai

serta apabila berlaku ruju‟ pasangan suami isteri yang terlibat tidak melaporkan ruju‟

tersebut kepada Jabatan Agama Islam dan jika ruju‟ berlaku tanpa pengetahuan isteri,

suami tidak memaksa isteri kembali bersamanya dan suami boleh meruju‟ isteri

kembali dalam tempoh talaq raj‟ie dan isteri berhak membuat rayuan kepada

mahkamah apabila tidak bersetuju atas alasan yang dibenarkan oleh syarak.6 Melalui

penelitian dibuat seksyen 52 ini lebih menyentuh tentang prosedur bahagian pendaftar

Nikah Cerai dan Ruju‟ (PNCR) di Jabatan Agama Islam dan peruntukkan yang

menyentuh tentang Mahkamah hanya dalam beberapa Subseksyen sahaja. Hal ini

menunjukkkan bahawa terdapat kekaburan dari segi peruntukan undang-undang yang

sedia dalam proses menentukan ruju‟ yang berlaku boleh diterima atau tidak.

Pada tahun 2007 satu Arahan Amalan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman

Islam (JKSM) telah menetapkan segala berhubung dengan pertikaian sah atau tidak

ruju‟ perlu dibuat di mahkamah syariah.7 Maka dengan adanya arahan amalan ini

wujudlah satu prosedur baru berhubung proses pengesahan ruju‟ dimana semua

pengesahan perlu mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum dibawa

kejabatan Agama Islam. Kemudian (JKSM) turut mengeluarkan satu buku panduan

iaitu Proses Nikah dan Ruju‟ sebagai panduan bagi memudahkan masyarakat Islam

untuk berurusan dalam hal ehwal munakahat.8 Walau bagaimanapun, hal ini masih

tidak jelas dan terdapat kekaburan berkenaan prosedur semasa mengenai ruju‟ yang

digunapakai dan aplikasinya dalam memutuskan kes pengesahan ruju‟ kerana tidak

terdapat garis panduan yang khusus atau kaedah sebagai panduan hakim di

Mahkamah Syariah. Hal ini telah menyebabkan wujud situasi di mana kes ruju‟ yang

dikemukakan mempunyai fakta yang sama tetapi keputusan yang diputuskan adalah

berbeza. Justeru, satu kajian yang khusus perlu dilakukan bagi membincangkan,

mengkaji dan melihat bagaimana kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh hakim

dalam memutuskan kes ruju‟ terutamnya ruju‟ melalui perbuatan.

5 Raihanah Abdullah dan Zuzaidi Mahmod. 2010., Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaanya di Malaysia, JH, Jil 18, Universiti Malaya, hlm 47.

6 Seksyen 52. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

7 Arahan Amalan No. 13.2007.

8 Buku Panduan Proses Nikah Cerai dan Ruju‟. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Carta 9,

Hlm. 12.

Page 4: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

99

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Berdasarkan penelitian penulis, isu ruju‟ masih belum dikaji oleh mana-mana pihak

kecuali tulisan jurnal, artikel, tulisan-tulisan umum yang dimuatkan di dalam majalah

dan akbar sahaja. Oleh itu, terdapat ruang dan timbul isu yang hendak dibangkitkan

dalam kajian ini ialah pertama berkaitan perbezaan pendapat ulama tentang kaedah,

ruju‟ dengan lafaz dan perbuatan. Isu kedua kekaburan peruntukan undang-undang

dan prosedur semasa mengenai ruju‟. Manakala isu ketiga pula mengenai aplikasi dan

kaedah pendekatan yang digunakan di Mahkamah Syariah Rendah Seremban Negeri

Sembilan.

Perbezaan Pendapat Ulama Tentang Kaedah dan Lafaz Ruju’

Melihat kepada isu dan permasalahan yang berlaku dalam amalan ruju‟ pada masa

kini semakin rumit apabila banyak permohonan kes ruju‟ berlaku melalui perbuatan

sahaja, ianya tidak dilakukan dengan lafaz yang sorih, bahkan berlaku juga keadaan di

mana suami meruju‟ tanpa persetujuan isteri. Walaupun pada hakikatnya ruju‟

menjadi hak mutlak suami, namun permasalahan ruju‟ dari segi kaedahnya turut

menjadi perbahasan dikalangan ulama-ulama mazhab. Maka timbul pelbagai

persoalan sama ada ruju‟ melalui perbuatan dalam tempoh talaq raj‟ie boleh di terima

atau tidak.9 Sebahagian fuqaha turut memperakui bahawa ruju‟ boleh berlaku tanpa

lafaz, sedangkan menurut ijma ulama ruju‟ hendaklah dilakukan dengan lafaz kerana

ianya termasuk dalam rukun ruju‟.

Menurut pandangan mazhab Syafie ruju‟ perlu dinyatakan secara jelas dengan

mengunakan lafaz bagi menjelaskan maksud ruju‟. Manakala menurut pandangan

mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Hambali pula mereka membenarkan

ruju‟ dilakukan dengan menggunakan kaedah perbuatan tanpa lafaz. Walaupun

golongan ini membolehkan ruju‟ dilakukan dengan perbuatan tetapi terdapat khilaf

dikalangan mereka berkenaan dengan perbuatan bagaimana yang boleh diterima

sebagai ruju‟.10

Justeru, perbahasan dikalangan ulama berkenaan perkara ruju‟ ini perlu di kupas satu

persatu bagi mengetahui dengan jelas bagaimana sebenarnya ruju‟ yang boleh di

terima pakai dalam permohanan pengesahan ruju‟ mengikut hukum syarak dan

pengamalan di mahkamah syariah khususnya di Seremban Negeri Sembilan.

Berdasarkan observasi penulis, didapati pada masa kini kes ruju‟ bukan sahaja berlaku

secara lafaz sorih atau lafaz kinayah, malah terdapat juga di dalam kebanyakan kes

yang dikemukakan untuk pengesahan ruju‟ tersebut adalah ruju‟ yang telah dilakukan

melalui perbuatan. Oleh itu, perkara ini harus diperhalusi dan difahami secara

terperinci kerana ianya melibatkan hukum syarak yang mana akan memberi impak

yang besar dalam insitusi kekeluargaan jika ruju‟ yang di lakukan oleh suami tidak

sah.

9 Taqiy al-Din Abi Bakr bin Muhammad al-Husayni. 2001. Kifayayah al-Akhyar fi Halli

Ghayah al-Ikhtisar. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah. Hlm. 339.

10 Qudamah. 1997. Al-Kafi’i. Jid. 4. Gaza. Hajr al-Tiba‟ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‟ wa al-

„ilam. Hlm, 515.

Page 5: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

100

Kekaburan Peruntukan Undang-undang dan Prosedur Semasa Mengenai Ruju’

Setiap negeri di Malaysia terdapat peruntukan yang khusus berkaitan dengan ruju‟

dalam tempoh iddah talaq raj‟ie di bawah peruntukan “Hidup Semula Sebagai Suami

Isteri atau Ruju‟ di dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.11

Peruntukan ruju‟ yang terdapat di negeri-negeri adalah hampir sama hanya yang

membezakan sesetengah negeri dari segi kedudukan seksyen sahaja.

Umumnya, perkara ruju‟ yang diperuntukan di dalam Enakmen Undang-undang

Keluarga Islam Negeri-negeri tersebut adalah berkaitan tempoh masa yang

dibolehkan bagi suami merujuk kembali isteri yang berada dalam iddah talaq raj‟ie,

prosedur ruju‟ dan penyiasatan ruju‟, pihak yang tidak melaporkan sekedudukan

semula, pendaftaran ruju‟, pelantikan jawatankuasa pendamai dalam kes ruju‟ dan

berkaitan dengan kesalahan tidak melaporkan ruju‟, isteri tidak bersetuju atas alasan

yang dibenarkan oleh hukum syarak boleh membuat permohonan di mahkamah

syarikah jika enggan untuk kembalikan bersama sebagai suami isteri.

Selain itu, peruntukan tersebut juga turut menyatakan peranan dan tanggungjawab

Jabatan Agama Islam dalam mengendalikan hal ehwal yang berkaitan perkahwinan

dan penceraian iaitu di bawah bahagian Pendaftaran Nikah, Cerai dan Ruju‟ (NCR).

Pada awalnya, NCR mempunyai bidangkuasa untuk mengendalikan permohonan

ruju‟ sepenuhnya di mana NCR berperanan dalam membuat siasatan atau membuat

pengesahan berkaitan ruju‟ dan hanya dalam kes tertentu sahaja ianya akan

dipanjangkan ke mahkamah syariah.12

Kemudian pada tahun 2007 Jabatan

Kehakiman Malaysia telah mengeluarkan satu arahan amalan berkaitan dengan ruju‟

iaitu Arahan Amalan No.13 Tahun 2007 pengesahan ruju‟. Maka selepas adanya

arahan amalan tersebut semua kes permohoan pengesahan ruju‟ hendaklah dibuat di

mahkamah syariah bagi memutuskan status kes permohonan ruju‟ tersebut sama ada

sah atau tidak. 13

Selepas itu, barulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah

syariah di bawa ke Jabatan Agama Islam dibahagian Pendaftar Nikah dan Ruju‟ bagi

tujuan daftar dan rekod.

Berdasarkan peruntukan Undang-undang Keluraga Islam (Negeri Sembilan) 2003,

seksyen 52 (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) dan (10) hanya terdapat dua subseksyen

yang menyentuh tentang bidang kuasa mahkamah syariah berkaitan ruju‟ iaitu

subseksyen (9) memberi hak kepada suami bagi merujuk kembali isteri dalam tempoh

iddah talaq raj‟ie dan mahkamah boleh memerintahkan isteri kembali kepada suami,

melainkan dalam keadaan tertentu yang bertentangan dengan hukum syarak, dan

subseksyen (10) memberi ruang kepada seorang isteri yang diceraikan untuk membuat

permohanan rayuan atau bantahan kepada mahkamah apabila tidak bersetuju terhadap

ruju‟ yang dibuat oleh suami atas alasan yang dibenarkan oleh syarak, maka dalam

keadaan ini mahkamah boleh melantik jawatankuasa pendamai sepertimana di bawah

11 Lihat Enakmen Johor s.52, Kedah, s.52, Kelantan. 2002. S.52. Melaka, 2002. S.52. Pahang,

2005. S.52. Perak, 2004. S.52. Perlis, 1991, s.51. Pulau Pinang 2004. S.52. Sabah, 2004. S52. Serawak,

2001. 50. Selangor, 2003.S.52.Terangganu, 1985. 48. Wilayah Persekutuan.s.51. Negeri Sembilan,

2003. S.52.

12Raihanah Abdullah, Zulzaidi Muhmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaannya di Malaysia.Jurnal Hukum, Jid.18.Bil 1, Hlm. 38.

13 Arahan Amalan. JKSM No. 13, Tahun 2007.

Page 6: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

101

peruntukan seksyen 47 enakmen yang sama.14

Manakala subseksyen lain hanya

berkaitan dengan prosedur dan bidangkuasa (NCR) pendaftaran pengesahan ruju‟.

Secara praktikalnya, aplikasi seksyen-seksyen tersebut masih tidak dilaksanakan

secara menyeluruh di mahkamah syariah di mana sehingga kini belum terdapat kes

ruju‟ yang dibawa ke peringkat jawatankuasa pendamai sebagaimana dalam kes Siti

Hawa lwn Mohamed Redzuan15

mahkamah telah memutuskan permohonan rayuan

terhadapat ruju‟ yang dibuat oleh suami tanpa kerelaannya isteri adalah sah kerana

ruju‟ adalah hak suami. Hakim dalam kes ini berhujah berdasarkan ayat al-Quran, al-

Hadith dan pandangan fuqaha. Berdasarkan kes ini dapat dilihat bahawa kes ruju‟

tanpa persetujuan isteri boleh dibawa ke mahkamah syariah dan mahkamah boleh

membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan berpandukan pandangan fuqaha.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Islam Malaysia (JKSM)

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes permohonan pengesahan ruju‟ di

mahkamah syariah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini khususnya di

Mahkamah Syariah di Daerah Senayan Negeri Sembilan. Antara kes permohonan

pengesahan ruju‟ yang paling banyak berlaku ialah ruju‟ dibuat di luar mahkamah

melalui perbuatan berbanding ruju‟ secara lafaz. Maka hal ini perlu diberi perhatian

yang serius bagi menjelaskan garis panduan dalam kes ruju‟. Contohnya kes Masrina

binti Abdul Rahman lwn Mohd Norhamzah Bin Hamid,16

dalam kes ini ruju‟

dilakukan melalui perbuatan tetapi pihak suami menafikan berlakunya ruju‟ melalui

persetubuhan antara pemohon. Maka hakim memutuskan telah berlaku ruju‟ dalam

kes ini. Selain itu, dalam kes Mohd Fadzil Hazimi bin Zainal lwn Noraini binti

Ambuar,17

mahkamah turut memperakui ruju‟ berlaku melalui perbuatan. Manakala

dalam kes-kes permohonan ruju‟ yang lain mahkamah memerintah ruju‟ tidak sah

dibuat secara perbuatan. Dalam sesetengah kes ruju‟ mendapati hakim menerima

pakai keterangan saksi sebagai praktikal bagi mendapat keterangan sejauhmana wujud

kebenaran lafaz ruju‟ bagi mencapai keadilan.

Justeru, berdasarkan kepada kes di atas menunjukkan bahawa wujud

ketidakseragaman hakim dalam memutuskan kes-kes ruju‟ di mahkamah syariah

khususnya ruju‟ berlaku melalui perbuatan. Selain itu, dalam proses pembuktian kes-

kes ruju‟ di mahkamah syariah terdapat juga keadaan tertentu di mana keteranagn

saksi digunapakai untuk tujuan pengesahan kes ruju‟ berkenaan, sedangkan dalam

peruntukan undang-undang tidak terdapat peruntukan berkaitan perkara tersebut.

Maka di sinilah terlihatnya wujud isu kekaburan peruntukan yang sedia ada yang

mana menjadikan pelaksanaan atau penghakiman yang diputuskan dalam sesuatu kes

itu tidak konsisten.

Oleh itu, sewajarnya penelitian dibuat bagi mengadakan suatu kaedah atau garis

panduan yang jelas berkenaan pelaksanaan di mahkamah syariah dalam

mengendalikan kes ruju‟. Berdasarkan tinjawan yang dilakukan masih belum terdapat

perbincangan sarjana yang mengupas berkaitan isu ruju‟, peruntukan undang-undang

14 Seksyen 52. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

15 Siti Hawa lwn Mohamed Redzuan (1990) 7 JH 180.

16 Kes Mal. No. 05005-061-0366-2013.

17 Kes Mal. No. 05005-061-0133-2013.

Page 7: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

102

dan pelaksaananan amalan di mahkamah syariah menurut hukum syarak. Hal ini

membuka ruang kepada penulis untuk mengkaji berkaitan dengan permasalahan ini.

Kaedah dan Aplikasi Mahkamah Syariah Seremban Negeri Sembilan.

Islam turut memberi ruang yang luas kepada suami isteri untuk mengembalikan

semula ikatan perkahwinan mereka selepas suami melafazkan talaq kepada isterinya.

Maka dalam tempoh iddah talaq raj‟ie suami boleh mengembalikan hubungan yang

sah melalui cara ruju‟18

. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju‟ akan)

isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak

berdamai. (Surah Al-Baqarah: 228)

Ruju‟ dari perspektif hukum syarak dan peruntukan Undang-undang Kekeluarga

Islam di Malaysia memperlihatkan terdapat permasalahan dari sudut aplikasinya.

Berdasarkan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri tidak

dinyatakan tentang kesaksian dalam masalah ruju‟. Hal ini memberi implikasi kepada

pasangan secara tidak langsung kerana berlaku penafian oleh suami apabila wujud

dakwaan telah berlaku ruju‟ sedangkan tiada saksi. Dari segi syarak ulama berselisih

pandangan tentang penerimaan kesaksian dalam kes ruju‟.19

Sebilangan fuqaha

menyatakan kesaksian merupakan suatu perkara yang dituntut sahaja. Namun, isu

kesaksian tidak berlaku bagi ruju‟ yang dilakukan secara perbuatan sebaliknya

menjadi perbahasan ruju‟ apabila berlaku secara lafaz ia bagi membuktikan isu

penzahiran lafaz ruju tersebut. Manakala menurut pandangan mazhab Syafie

kesaksian merupakan suatu perkara yang wajib dalam ruju‟ bagi mengelakkan

sebarang pertikaian yang berlaku seperti hal perwarisan apabila berlaku salah satu

pihak meninggal dunia.20

Walaupun kesaksian bukan suatu perkara yang wajib dalam

ruju‟ tetapi sekiranya keperluan saksi dimasukkan ke dalam Akta/Enakmen Undang-

undang Keluarga Islam ia dapat memberi kesan yang besar dalam isu permasalahan

yang berbangkit dalam kes ruju‟ terutama dalam masalah perwarisan.

Begitu juga, tidak terdapat kaedah atau cara ruju‟ secara jelas yang dibenarkan oleh

mahkamah syariah. Peruntukan berkenaan ruju‟ melalui lafaz juga dan perbuatan

tidak dinyatakan dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri.

Naman, menurut, pandangan mazhab syafie ruju‟ suami telah melalui lafaz sahaja

diterima jika ruju‟ dilakukan melalui perbuatan maka hendaklah dikenakan hukuman

terhadap suami tersebut.21

18 Al-Jalil al-Hafiz „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma‟il bin Kasir al-Dimashqi. 2000. Tafsir al-

Quran al-Azim.Jid 2. Kaherah: Mu‟assasah Qurtubah. Hlm, 339.

19 Raihanah Abdullah, Zulzaidi Muhmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaannya di Malaysia. Jurnal Hukum, Jid.18.Bil 1, Hlm. 35.

20 Shafi‟i, Muhammad bin Idris. 2001. Al-Umm. Jil 6. Mansurah: Dar al-Wafa‟. Hlm 623.

21 Ibit. Hlm. 46

Page 8: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

103

Seterusnya di Negeri Sembilan berdasarkan tinjauan yang di buat daripada kes yang

telah diputuskan mendapati masalah ruju‟ turut berlaku kerana ruju‟ bukan sahaja

berlaku melalui lafaz yang sorih atau melalui lafaz kinayah sebaliknya banyak kes

permohonan pengesahan ruju‟ berlaku melalui perbuatan. Antara masalah yang

terdapat dalam ruju‟, suami meruju‟ dihadapan saksi tetapi isteri enggan menerima

dan kembali kepada suami. Selain itu, terdapat juga dakwaan isteri bahawa telah

berlaku ruju‟ dengan cara perbuatan namun suami menafikan adanya ruju‟ dengan

cara perbuatan dalam keadaan ini mahkamah turut memutuskan bahawa telah berlaku

ruju‟bagi kes tertentu.

Sebagai contoh dalam kes Mohad Fadzil Hamizi bin Zainal berdasarkan perhakiman

yang diputuskan ruju‟ melalui perbuatan adalah sah. Mankala dalam kes Hussen bin

Abdul Nasir penghakiman memutuskan bahawa ruju‟ hendaklah dibuat melalui lafaz

yang jelas. Berdasarkan penghakiman yang diputuskan mendapati berlaku

ketidakseragaman dalam keputusan kes dan tidak terdapat pandaan atau kaedah yang

khusus digunakan sebagai kayu ukur bagi hakim-hakim baru dan pengamal undang-

undang dalam menjelaskan kaedah pendekatan ruju‟ yang aplikasikan di mahkamah

syariah khususnya di Seremban Negeri Sembilan.

Rentetan itu, secara tidak langsung dapat melihat dari aspek perundangan Islam

mahkamah syariah lebih cenderung mengambil pandangan mazhab syafie kecuali di

negeri perlis tidak terikat dengan mazhab-mazhab tertuntu sahaja.22

Maka dalam kes

pengesahan ruju‟ adakah hakim mahkamah syariah khususnya Seremban Negeri

Sembilan turut menerima pakai mazhab yang muktabar dalam lingkungan Ahli al-

Sunnah wa al-Jama’ah , atau hanya terikat pada satu mazhab sahaja, maka dalam hal

akan memberi kesan dalam keputusan kes pengesahan ruju‟ di mahkamah syariah.

Justeru, penulis berpandangan bahawa satu panduan khusus mengenai kaedah

pelaksanaan perlu diwujudkan secara lebih jelas dalam kes pengesahan ruju‟ dan kes

pengesahan ruju‟ perlu direkodkan lebih banyak dalam jurnal agar ia boleh menjadi

panduan kepada masyarakat memahami kaedah bagaimana mahkamah melihat

keterangan bagi mensabitkan sahnya ruju‟ yang dilakukan. Oleh itu, wujud

kelompangan bagi mengkaji ruju‟ dari segi kaedah pendekatan serta aplikasi yang

digunakan dalam kes permohonan pengesahan ruju‟ di mahkamah syariah.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat perbezaan pandangan ulama antara mazhab-mazhab dalam

ruju‟.

2. Bagaimana ruju‟ boleh disabitkan sah atau tidak sah di Mahkamah Syariah.

3. Bagaimana prosedur dan kaedah ruju‟ dalam Enakmen Undang-undang

(Negeri Sembilan) 2003.

4. Bagaimana kaedah dan aplikasi yang digunakan dalam dalam kes-kes ruju‟ di

mahkamah syariah.

22 Inarah Ahmad Farid, Saadah Man. 2012.Keterbukaan Bermazhab Dalam Realiti Di

Malaysia: Keperluan Atau Kecelaruan. Jurnal Hukum, Jid.20.Bil 3.

Page 9: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

104

OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik, haruslah meletakkan

matlamat serta objektif kajiannya yang tersendiri. Ia bertujuan untuk menjelaskan

tujuan sebenar penyelidikan dilakukan untuk mengetahui, menjelaskan, menganalisis,

mendedahkan dan memberi pendapat serta pandangan dalam sesuatu kajian tersebut.

Oleh yang demikian, di sini penulis telah menetapkan beberapa objektif dalam

menjalankan kajian ini seperti berikut:

1. Memahami dan menghuraikan dengan lebih jelas pandangan-pandangan

fuqaha‟ tentang ruju‟ menurut syariat Islam.

2. Mengkaji peruntukan Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003,

kaedah dan prosedur yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

3. Menganalisis kes-kes ruju‟ yang diputuskan di Mahkamah Syariah Negeri

Sembilan dari tahun 2009 hingga 2013.

4. Mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan ruju‟ dan melihat

bagaimana kebanyakan ruju‟ yang dilakukan oleh orang ramai untuk

mengembalikan hubungan suami isteri mengikut hukum syarak.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ilmiah, metodologi merupakan suatu perkara yang

penting untuk menjayakan sesuatu penyelidikan. Ia merupakan langkah-langkah

usaha yang teratur dalam kajian bagi mencari jawapan kepada sebarang persoalan

khusus yang sudah dikenal pasti pada hakikatnya. Maka metodologi penyelidikan

merupakan aktiviti yang berhubung dengan usaha memperolehi dan menganalisis

maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sesuatu masalah.23

Oleh itu, secara keseluruhannya dengan penggunaan metode yang baik dan

bersesuaian, maka secara tidak langsung akan menghasilkan suatu kajian ilmiah yang

bermutu tinggi. Maka metodologi kajian ini hanya akan membincangkan mengenai

reka bentuk kajian, instrument kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara

penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

Terdapat pelbagai reka bentuk kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam

menjalankan kajian. Setiap reka bentuk kajian mempunyai ciri-ciri khusus serta

mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Hal ini kerana reka bentuk

kajian ialah perancangan untuk menyelenggara kajian. (Muchinsky,P.M, 2003)

Penyelenggaraan kajian yang efektif amat bergantung kepada pemilihan kaedah

pengumpulan data yang bersesuaian dengan permasalahan yang ingin dikaji

(Kerlinger,F.N, 1986) kerana ia mungkin dilihat sebagai satu proses yang linear dan

berurutan daripada pernyataan masalah sehinggalah kesimpulan. Walau

bagaimanapun, menurut Grady, Wallston dalam Maxwell reka bentuk mempunyai

23 Ahmad Mohd Zan Ayob. 1997. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi 2. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm.3.

Page 10: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

105

banyak faedahnya dalam kajian kuantitatif namun ianya tidak mencukupi untuk

menggambarkan logik dan proses dalm penyelidikan kualitatif. Walau bagaimanapun,

kajian yang dijalankan ini adalah dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif

kerana bentuk kajian ini dilihat dapat menerangkan dengan jelas tentang sesuatu

fenomena adalah merupakan pertimbangan yang penting bukan sahaja daripada

perspektif penyelidik tetapi juga daripada perspektif pembaca seperti yang

dikemukakan oleh Lincoln dan Guba, “ If you want people to understand better that

they otherwise might, provide them information in the form in which they usually

experience it”. Menurut Othman Lebar, reka bentuk dalam kajian kualitatif adalah

bersifat fleksibel dan mengikut andaian serta persoalan kajian. Reka bentuk yang

dipilih ialah kajian dokumen, kajian kes dan kajian temubual. Bagi tujuan ini pengkaji

menggunakan dokumen-dokumen dan kajian literatur untuk memperolehi data.

Berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan menunjukkan kajian ini adalah

bersifat kualitatif. Pengumpulan data serta analisis yang mendalam amat diperlukan

bagi mengetahui mengenai ruju‟ dan kaedah pendekatan yang digunakan di

mahkamah syariah dalam memutuskan pengesahan ruju‟ sepertimana yang

dibenarkan dalam perundangan dan hukum syarak. Oleh itu, kaedah penyelidikan

yang bersesuaian sebagai mekanisma kajian ini adalah kaedah deskriptif. Pendekatan

kajian ini adalah menerusi kajian kepustakaan dan kajian kes.

Pengumpulan Data dan Maklumat

Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kepustakaan. Walau bagaimanapun, penulis

turut melakukan kajian dalam bentuk lapangan dengan menggunakan kaedah temu

bual separa struktur. Bagi menghasilkan kajian ini, penulis menggunakan Metode

berikut bagi mendapatkan dan membuat penilaian terhadap fakta-fakta yang

diperoleh, iaitu:

Metode Dokumentasi

Analisa kandungan digunakan secara keseluruhan bagi mendapatkan data dan

dibahagikan kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder. Antara sumber

primer yang digunakan bagi mendapatkan data melalui analisa kandungan adalah

seperti berikut:

a) Al-Quran, al-Hadis, kitab-kitab fiqh seperti Ali Haydar (1991) Durar al-

Hukkum Sharh, Majallat al-Ahkam, Muhammad al-Khatib al-Syarbini, Mugni

al-Muhtaj fi Fiqhi al-Munakahat, Syaikh Abdul Rahman Al- Jazairi, Fiqh

Mazhab, Wahbah al-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam. Syiikh Zainuddin

Bin Abdul Aziz Al-Malbariy, Fathul Mu’in. Mawardi & Abu al-Hassan Ali

Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri al-Baghdadi (t.th.) Adab al-Qadi, Bahnasi,

Ahmad Fathi (1962): dirasah fiqhiyyah muaqaranah, Ibn Rushd, Abu al-Walid

Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ahmad al-Qurtubi

(1390H/1970), Syawkat Muhammad (1398H/1978), Ihya’ Ulumuddin (al-

Ghazali 1957), Al-Wajiz fi al-dawa wa al-ithbat fi al-shariah al- Islamiyyah,

Muhammad Mustafa al-Zuhaili (1982), dan banyak lagi.

b) Data-data dan statistik mengenai kes yang dikeluarkan oleh Jabatan

Kehakiamn Syariah (JKSM) kes direkodkan yang telah berlaku di Mahkamah

Rendah Syariah Negeri Sembilan.

Page 11: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

106

c) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 Arahan

Amalan dan buku panduan Proses Nikah Cerai dan Ruju‟.

d) Jurnal-jurnal penyelidikan seperti Jurnal Syariah, Jurnal Kanun, Jurnal

Undang-undang dan Masyarakat, Jurnal Pemikir, Jurnal Ikim, Jurnal Hukum,

Jurnal Fiqh dan banyak lagi.

e) Akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News

Strait Time dan lain-lain.

f) Laman sesawang seperti Laman web E-Syariah dalam kes Mal, dan google

scholar, www.questia.com, ejournal UKM, dan lain-lain.

Metode Temu bual

Kajian ini turut menggunakan Metode temubual bagi mendapatkan data berbentuk

interaksi secara langsung dengan responden. Tatacara pengumpulan data ini

digunakan agar responden dapat memberikan jawapan secara langsung mengenai isu

ruju‟. Hal ini sekaligus akan dapat mengelakkan jawapan yang berunsurkan andaian

dan tafsiran. Temubual yang ingin dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk

temubual separa berstruktur bagi membolehkan responden menghuraikan apa yang

difikirkan kepada pengkaji.

Temubual ini akan dibuat terhadap seorang hakim di Mahkamah Rendah Syariah dan

dan juga Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju‟ di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan

sebagai salah satu cara bagi mengumpul maklumat. Penulis memilih seorang hakim

yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan kes ruju‟. Ia bertujuan

mengetahui bagaimana kaedah dan mendekatan yang digunakan dalam memutuskan

kes-kes pemohonan pengesahan ruju‟ di mahkamah syariah. Manakala Pendaftar

Nikah Cerai dan Ruju‟ bagi melihat kaedah dan prosedur yang di digunakan dalam

mengendalikan kes ruju‟ sebelum dan selepas keluar Arahan Amalan 2007.

PENGANALISISAN DATA DAN MAKLUMAT

Dalam menganalisis dan menyusun atur data yang dalam penyelidikan, penulis akan

menggunakan tiga Metode untuk merumuskan data. Bagi data-data yang berbentuk

analisa kandungan penulis menggunakan Metode induktif, deduktif dan komparatif.

Manakala, bagi data-data yang diperoleh melalui temu bual mendalam separa struktur

akan di analisa dengan menggunakan pendekatan secara deskriptif.

Metode Induktif

Metode Induktif ialah suatu proses penganalisisan maklumat secara berterusan bagi

menjelaskan atau menghuraikan sesuatu permasalahan yang dikaji. Maksudnya

pendekatan, induktif melibatkan pencarian dan pengumpulan maklumat-maklumat

yang bersifat khusus dan merumuskannya kepada pernyataan yang umum. Contoh

mengupas perbahasan tentang pandangan fuqaha mengenai ruju‟ dengan cara lafaz

sorih dan lafaz kinayah, perbahasan ruju‟ dengan cara perbuatan yang dibahaskan

mengikut pandangan-pandangan ulama yang boleh menerima ruju‟ dengan cara

perbuatan tertentu. Namun, semua makluamat tersebut akan rumuskan. Maka Metode

ini akan digunakan secara berterusan dalam setiap bab.

Page 12: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

107

Metode Deduktif

Metode deduktif pula bermaksud cara menganalisis data dan merumuskan fakta

berdasarkan pola berfikir melalui pencarian dan pengumpulan maklumat-maklumat

yang bersifat umum dan merumuskannya kepada pernyataan khusus. Contohnya

Metode ini digunakan bagi membuktikan bahawa tidak terdapat prosedur yang khusus

dalam mengendalikan kes permohonan pengesahan ruju‟ ini akan member kesulitan

kepada hakim dan juga pengamal undang-undang bagi merujuk dalam mengendalikan

kes pengesahan ruju‟ di mahkamah syariah. Metode ini juga akan digunakan secara

berterusan dalam setiap bab.

Metode Komparatif

Metode ini digunakan bagi membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan

terhadap beberapa fakta yang diperoleh semasa penelitian. Penulis menggunakan

Metode ini bagi membuat perbandingan berkaitan antara kes pengesahan ruju‟ yang

diputuskan melihat bagaimana hakim mengeluarkan hujah-hujah dalam penghakiman

bagi setiap kes khususnya permohanan ruju‟ melalui perbuatan.

Metode Pendekatan deskriptif

Metode ini digunakan bagi menganalisis data-data yang diperoleh menerusi temu bual

mendalam separa struktur. Ia akan di analisa dengan menggunakan perisian NVivo

bagi memasukkan segala data-data yang telah diperoleh melalui temu bual tersebut.

Data temu bual yang dirakam melalui pita suara dan juga nota akan ditaip kembali di

dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa

data. Ini bagi membolehkan penyelidik memetik ungkapan sebenar informan dan

dijadikan bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian dan ia adalah

selari dengan persoalan dan objektif kajian.

LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian ini berdasarkan hukum syarak serta mengupas perbahasan pandangan

fuqaha dalam permasalahan ruju‟. Seterusnya melihat Peruntukan Undang-undang

Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan arahan amalan serta prosedur yang

digunakan dalam mengendalikan kes permohonan pengesahan ruju‟ di mahkamah

syariah. Penulis juga memfokuskan dari segi kaedah dan aplikasi yang digunakan di

mahkamah syariah dalam memutuskan pengesahan ruju‟ serta tatacara mengendalikan

mengendalikan kes pengesahan ruju‟.

Dari segi lokasi, kajian penulis memilih Mahkamah Rendah Syariah Senayan (Negeri

Sembilan) sebagai tempat kajian penulis. Berdasarkan kes-kes yang direkodkan di

dalam jurnal mendapati di negeri-negeri lain banyak permohonan pengesahan ruju‟

yang berlaku dengan cara perbuatan. Maka kajian ini juga bagi melihat adakah turut

berlaku ruju‟ melalui perbuatan di Negeri Sembilan seperti negeri-negeri lain dan

bagaimana pendekatan dan penghakiman diputuskan dalam kes ruju‟.

Negeri Sembilan secara umumnya masyarakat Islam turut mengamalkan adat pepatih

dimana ia lebih mementingkan hak kaum wanita daripada lelaki. Oleh itu, antara

tujuan penulis memilih Negeri Sembilan Sebagai tempat kajian adalah bagi melihat

samada dalam ruju‟ adakah terdapat elemen adat atau tidak bagi kaedah ruju‟ yang

dilakukan dalam permohonan pengesahan ruju‟ dibuat di mahkamah syariah.

Page 13: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

108

Selain itu, dari segi subjek kajian akan menyentuh keseluruhan peruntukan dalam

statut yang diguna pakai di Mahkamah Syariah Rendah Senayan Negeri Seremban

seperti Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembin) 2003 Arahan

Amalan dan Prosedur dan Panduan Proses Nikah Cerai dan Ruju‟ Jabatan Agama

Islam dan Mahkamah Syariah Seremban Negeri Sembilan. Seterusnya kesemua kes-

kes ruju‟ bermula daripada 2009 sehingga tahun 2013 akan dianalisiskan dan

membuat perbandingan antara data-data dalam permohonan kes pengesahan ruju‟ di

Mahkamah Negeri Sembilan.

KAJIAN TERDAHULU

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah meliputi tiga aspek utama sebagai topik

perbincangan. Oleh itu, kajian literatur ini hanya akan memfokuskan perbincangan

terhadap tiga aspek utama seperti berikut a) perbahasan mazhab mengenai ruju‟ nikah,

b) perbincangan ruju‟ nikah dari aspek perundangan dan c) aplikasi dan kaedah

semasa yang berlaku dalam kes-kes yang melibatkan ruju‟ nikah.

Terdapat banyak penulisan dalam kitab mahupun kitab turath dan terkini mengenai

ruju‟ dalam bab munakahat iaitu nikah, cerai dan ruju‟. Kebanyakan penulis lebih

menumpukan kepada pensyariatan ruju‟ menurut hukum syarak serta khilaf ulama

dalam ruju‟. Selain rukun ruju‟ terdapat terdapat beberapa perkara tidak disyariatkan

dalam perbuatan ruju‟ namun hal ini turut terdapat perselisihan pendangan ulama.

Perbahasan mazhab

Pebahasan fuqaha dalam keadah penerimaan ruju‟ bukan suatu perkara yang baru

kenara terdapat banyak penulis ulama memperbahasakan pandangan mazhab Imam

Syarie antaranya Shirazi,24

Muhammad al-Khatib al-Syarbaini,25

Syaikh Abdul

Rahman,26

Wahbah al-Zuhaili,27

Muhammad bin al-Shafi‟i,28

menyatakan bahawa

menurut pandangan Imam Syarie ruju‟ perlu diucapkan dengan lafaz sorih mahupun

kinyah. Manakala, ada pula menyatakan haram seorang suami meruju‟ isteri dengan

cara menyetubuhi kecuali dengan melafaskan kata-kata ruju‟ dan ada diantaranya

menyatakan ruju‟ wajib dibuat melalui lafaz. Kemudian Iman Nawawi turut

menyokong pandangan tersebut dan menyatakan bahawa ruju‟ diterima melalui

kaedah lafaz sahaja, perbuatan seperti mengucup isteri, bercumbu-cumbuan, dan

bersetubuh merupakan susatu perbuatan yang tidak jelas untuk menzahirkan

wujudnya ruju‟.

Menurut Ibn Abidin, dalam mazhab Syafie seorang suami yang ingin merujuk

kembali isteri yang berada dalam tempoh iddah perlu melafazkan ruju‟ tersebut tidak

dikira sah dengan perbuatan bagi membezakan hubungan suami isteri sebelum

24 Shirazi, Abu Ishaq bin Ali bin Yusuf al-Fayruzabadi. 1995. Al-Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam

al-Shafi’i. jid 3. Beirut: Dar al-Kutub al-Wafa. Hlm, 47.

25 Muhammad al-Khatib al-Syarbaini. 2012.Mughni al-Muhtaj fi Fiqhi al-Munakahad.

Jahabersa. Hlm, 555.

26 Syikh Abdul Rahman al-Jazari. 2011. Fiqh Empat Mazhab. Jahabersa. Hlm, 334.

27 Wahbah al-Zuhaili. 2001. Fiqh & Perundangan Islam. Jid VII. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur: hlm, 590.

28 Muhammad bin al-Shafi‟i. 2001. Al-Umm. Jid.6. Mansurah: Dar al-Wafa. Hlm, 621.

Page 14: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

109

bercerai dan selepas bercerai. Walau bagaimanapun, terdapat perbagai perbahasan

ulama yang menghuraikan bekenaan kaedah ruju‟ mengikut pandangan mazhab

Syafie dalam perbagai cara tetapi perbezaan tersebuat dari aspek penjelasan mahupun

kaedah huraian sahaja, tetapi asasnya adalah sama dimana meraka bersepakat

menyatakan bahawa ruju‟ hendaklah dilakukan hanya dengan lafaz sahaja.

Seterusnya mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Hanabilah turut berbeza

pandangan menurut Ibn Qudamah,29

ketiga-tiga mazhab ini mereka membenarkan

ruju‟ berlaku melalui perbuatan. Muhd Fauzi Muhamad 30

menyakatan menurut

mazhab Hanafi, ia lebih ringan perbuatan seperi persetubuhan, bercium, bersentuh

atau melihat faraj isteri dengan bernafsu turut diterima sebagai ruju‟. Abu Muhammad

„Abd Allah,31

pula menghuraikan mengikut mazhab Maliki ruju‟ melalui perbuatan

perlu disertakan dengan niat, sekiranya persetubuhan berlaku tanpa niat maka

perbuatan tersebut tidak boleh untuk mensabitkan berlaku ruju. Manakala mazhab

Hanabilah hanya menerima ruju‟ dengan cara persetubuhan tidak dengan cara

perbutan lain.32

Walau bagaimanapun, dalam kitab Hashiyyah Ibn Abidin yang

membincangkan cara dan kaedah menyatakan bahawa ruju‟ di katakan sah walaupun

ruju‟ tersebut berlaku secara perbuatan tanpa ada lafaz ruju‟ secara jelas namun ruju‟

melalui perbuatan hanya dikatakan makruh.33

Maka ini menunjukan bahawa

berdasarkan kepada keempat-empat mazhab ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah tersebut

terdapat perbezaan pandangan dalam menentukan kaedah yang boleh diterima sebagai

sah atau tidak ruju‟. Berdasarkan daripada hujahan yang dikemukakan oleh fuqaha

tentang kaedah-kaedah ruju‟yang boleh diterima mereka berhujah berdasrkan kepada

ijtihad kerana tidak terdapat dalil atau nas yang qat’i dalam menentukan kaedah ruju‟.

Justeru itu, wujudnya persoalan adakah sah ruju’ berlaku tanpa lafaz dan boleh

diterima melalui cara perbuatan sahaja dalam ruju’?

Menurut Raihanah Abdullah dalam artikelnya telah menyatakan bahawa ruju‟ belaku

selepas kewujudan perkahwinan yang sah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu

berlaku dalam tempoh iddah talaq raji‟e. Namun, terdapat kaedah ruju‟ yang tidak

dibenarkan sisi syarak kerana terdapat tempoh yang tidak relevan setelah berlakunya

perceraian dan lafaz yang dinyatakan seperti secara nyata atau kinayah34

. Hal ini

kerana, terdapat perselisihan pendapat ulama terhadap isu ini seperti pendapat yang

dikemukakan oleh Iman Nawawi menyatakan saksi tidak diperlukan dalam kes ruju‟.

Namun, pendapat ini kemudiannya telah disangkal oleh Imam Syafie beliau

menyatkan saksi diperlukan dalam kes ruju‟. Hal ini menjadikan wujudnya

29 Qudamah. Muwaffaq al-Din Abi Muhammad „Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad. 1997.

Al-Kafi. Jid 4. Ciza: Hajr li al-Tiba‟ah wa al-Nashr wa al-Tawzi wa al-„ilan. Hlm, 518.

30 Muhd Fauzi Muhamad. 2003. Pembubaran Keluarga Undang-undang Keluarga Islam

Dalam Empat Mazhab. Jid 2. Selangor: Synergymate Sdn.Bhd. hlm, 152.

31 Abu Muhammad „Abd Allah bin „Abd al-Rahman Abi Zayd al-Qayrawani. 1999. al-Nawadir

wa al-Ziyadit. Jid 5. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami. Hlm 383.

32 Mohamad Som bin Sujimon, Abdul Basir bin Mohamad.2006. Fikah Kekeluargaan.

Diterbitkan: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hlm, 161.

33 Abu Muhammad Abd Allah bin Abd al-Rahman Abi al-Zayd al-Qayrawani. 1999. Al-

Nawadir wa al-Ziyadat. Jid 5. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami, Hlm 227.

34Raihanah Abdullah, Zulzaidi Muhmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaannya di Malaysia.Jurnal Hukum. Jid.18.Bil 1.Hlm, 25-52.

Page 15: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

110

kelompangan dari aspek keperluan saksi dalam kes ruju‟. Oleh itu, timbul isu pada

masa sekarang bagaimana menentukan ruju’ berlaku dan diterima oleh

mahkamah syariah dalam mensabitkan kaedah ruju’.

Kaedah dan aspek perundangan

Ahmad Ibrahim35

turut menyentuh tentang ruju‟ dalam penulisannya ruju‟ suatu

peratuaran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan perkara yang dinyatakan dalam

peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 perlu

dipatuhi, apabila talaq dijatuhkan satu persatu ini memberi peluang seorang suami

menggunakan haknya untuk merujuk semua isteri yang diceraikan dan berpandangan

jika dalam tempoh iddah suami tidak mengguna haknya untuk meruju‟ kembali isteri

yang diceraikan ia masih berpeluang untuk mengembalikan ikatan perkahwinan

dengan cara akad yang baru berdasarkan syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak.

Manakala menurut Raihanah36

dalam atikelnya mengulas ruju‟ menurut Undang-

undang Keluarga Islam di Malaysia. Ia turut mengulas tentang prosedur ruju‟ yang

digunapakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pendaftar Nikah, Cerai dan ruju‟

turut bertangggungjawab dalam mengendalikan kes ruju‟ sepertimana yang ditetapkan

sebelum adanya arahan amalan, seterusnya kuasa diberi sepenuhnya kapada

mahkamah syariah maka hakim akan memutuskan ruju berlaku atau tidak ruju‟‟.cara

ini secara tidak langsung dapat melincinkan proses pentadbiran disamping dapat

mengelak daripada berlaku tohmahan berkenaan hukum syarak.

Dalam kes Siti Hawa lwn Mohamed Redzuan,37

ruju‟ berlaku dihadapan dua orang

saksi dan hakim memutuskan ruju‟ tersebut adalah sah. Rayuan dibuat dimana isteri

tidak bersetuju terhadap ruju‟ tersebut. hakim memebuat penghakiman ruju‟ yang

dibuat adalah bukan kerelaan isteri dan mahkamah memutuskan berdasarkan

peruntukan undang terdapat dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam

(Selangor) 1984 dan hukum syarak. Seterusnya dalam kes Suzana Binti Zainudin lwn

Rosman Bin Salim38

, hakim turut menyatakan menyabitkan sah ruju‟ walaupun isteri

tidak bersetuju. Selain itu, dalam kes Saleh Ali lwn Anisah,39

mahkamah memintak

pihak memohon membawa dua orang saksi untuk membuktikan ruju‟ tersebut telah

berlaku. Justeru itu, timbul kelompangan dalam sesuatu kes yang di putuskan

oleh mahkamah dari segi pempuktian adalah berbeza dalam menentukan sah

ruju’ atau tidak?

Selain itu, dalam kes merujuk dalam kes Mohad Fadzil Hazimi bin Zainal lwn

Noraini binti Ambuar 40

dimana ruju‟ berlaku melalui cara perbuatan. Dalam

penghakiman hakim telah mensabitkan telah berlaku ruju‟. Manakala dalam kes

35 Profesor Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-undang Keluarga Islam. Malayan

Low Jornal Sdn Bhd. Hlm, 106.

36 Raihanah Abdullah, Zulzaidi Muhmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan

Pelaksanaannya di Malaysia.Jurnal Hukum. Jid.18.Bil 1.Hlm, 25-52.

37 Siti Hawa lwn Mohamed Redzuan [1990] 7 JH 180.

38 Kes Mal Bil. No. 100012-054-212/2002.

39 Saleh Ali lwn Anisah. 1988. VI JH 23.

40 Kes Mal Bil. No. 05005- 061-0958-2013.

Page 16: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

111

Hussein bin Abdul Nasir lwn Karmilah 41

ruju‟ turut berlaku dengan cara perbuatan.

Namun, hakim memutuskan ruju‟ melalui perbuatan tidak sah. Persoalannya,

bagaimana mahkamah syariah melihat keterangan dan mengsabitkan kesahan

ruju’ yang berlaku dengan cara perbuatan?

Penjelasan lanjut akan dijelaskan dalam rajah seperti dibawah:

Rajah 1: Menunjukkan kerangka teoritikel mengenai pandangan mazhab

Aplikasi semasa

Penghakiman yang telah diputuskan dalam kes Siti Hawa lwn Mohamed Redzuan42

menyaksikan bahawa ruju‟ adalah dibenarkan dalam perundangan syariah. Namun

aplikasi yang berlaku menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menjadi asas

kepada penentuan sah lafaz ruju‟. Hakim bagi kes ini menyatakan bahawa keizinan

isteri adalah faktor penentu bagi mengesahkan lafaz rujuk. Pendapat kemudiannya

telah di sangkal oleh penghakiman yang telah diputuskan dalm kes Fauziah Binti

Saari.43

Hakim menyatakan tempoh masa atau waktu adalah perkara penting untuk

penghakiman bagi kes ruju‟. Melalui penghakiman dan aplikasi semasa menjelaskan

bahawa wujudnya ketidakseragaman terhadap faktor yang mennetu kaedah ruju‟

41 Kes Mal Bil. No. 05005-061-0958

42 Siti Hawa Mohamed lwn Mohamed Redzuan Hussain, [2004] CLJ .Sya.

43 Kes Mal. No. 14600-061-0156-2010.

PANDANGAN MAZHAB

KERELAAN

ISTERI

LAFAZ UNTUK

MENGESAHKAN

RUJU‟

SAKSI

JUMLAH

SAKSI

KEPERLUAN

SAKSI

MELALUI

PERBUATAN

KEPERLUAN

LAFAZ

Page 17: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

112

nikah di mahkamah syariah. Oleh sebab itu, timbulnya persoalan apakah faktor

penting menentukan kaedah ruju’ nikah berdasarkan aplikasi semasa?

KERANGKAKERJA TEORITIKAL

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini terdapat tiga isu utama yang akan dikupas oleh

penulis antaranya berkaitan dengan pandangan mazhab sebagai garis panduan dalam

memutuskan sama ada ruju‟ boleh disabitkan atau tidak. Seterusnya berkatan

peruntukan Undang-undang dan kaedah amalan. Oleh iu, berdasarkan kepada

pandanagn ulama dan peruntukan undang-undang ini pengkaji akan membentuk satu

kerangka teoritikal bagi mengguna pakai dan membentuk proses kajian serta dijadikan

rujukan dalam kajian ini.

Pandangan Mazhab

Para fuqaha berselisih pendapat berkaitan dengan lafaz ruju‟ sekiranya ruju‟

dilakukan tanpa lafaz atau secara kinayah dan dari segi pembuktian. Terdapat juga

perbincangan berkaitan ruju‟ melalui perbuatan. Walau bagaimanapun, menurut ijma

ulama yang menerima ruju‟ melalui lafaz kinayah mahupun dari segi perbuatan.

Dalam domain yang pertama iaitu perkara yang dibincangkan berkaiatan keperluan

saksi dalam dan jumalah saksi dalam pembuktian ruju‟. Seterusnya turut menjelaskan

mengenai lafaz ruju‟ secara kinayah dan sorih yang diguna pakai dalam kes ruju‟.

Namun, walaupun ruju‟ menjadi hak suami secara jelas telah ditetapkan oleh hukum,

ulama turut membahaskan adakah menjadi syarat persetujuan isteri dalam ruju‟.

Seterusnya dalam domain kedua pula membincangkan berkaitan dengan peruntukan

Undang-undang dan prosedur pentadbiran yang diguna pakai di Mahkamah Syariah

dan Jabatan Agama Islam Seremban (Negeri Sembilan).

Penjelasan lanjut akan dijelaskan dalam rajah seperti di bawah:

Page 18: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

113

K

Rajah 2: Menunjukkan kerangka teoretikel mengenai peruntukan undang-undang dan

kaedah amalan.

Peruntukan Undang-undang dan kaedah amalan

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 diwujudkan

adalah untuk memberi panduan berkaitan prosedur ruju‟ mengenai tindakan

melaporkan ruju‟, pendaftaran ruju‟ dan juga berkaitan perlantikan jawatan kuasa

pendamai kes ruju‟ dan jika terdapat kesalahan ruju‟ yang tidak dilaporkan.

Seterusnya, amalan yang diguna pakai dalam memutuskan wujud ruju‟ atau tidak. Hal

ini, berlaku dari segi kaedah pendekatan dan amalan oleh hakim di mahkamah

berdasarkan peruntukan undang-undang juga hukum syarak.

Domain yang digunakan adalah untuk mengkaji kaedah yang diguna pakai di

mahkamah dan prosedur undang-undang yang diguna pakai di mahkamah syaraiah

sebelum memboleh merekodkan ruju‟ berlaku antara pihak-pihak. Dari segi priktis

yang diguna pakai di Jabatan Agama Islam Seremban kesaksian tidak disyaratkan.

Sekiranya pihak-pihat hendak merujuk kembali, pasangan cukup akan melafazkan di

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN KAEDAH

AMALAN

PROSEDUR

SEKSYEN 52

KAEDAH AMALAN

DI MAHKAMAH

SYARIAH

PROSEDUR NIKAH,

CERAI DAN RUJU‟

BUKU PANDUAN

PROSES NIKAH

CERAI DAN RUJU‟

PROSEDUR DI

JABATAN AGAMA

ISLAM

PENYELIDIKAN

STATUT

LAIN

ENAKMEN UNDANG-

UNDANG KELUARGA

ISLAM

ENAKMEN

KETERANGAN

ENAKMEN TATACARA

MAL

ARAHAN AMALAN

KES-ES RUJU‟

25

Page 19: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

114

hadapan PNCR tanpa kehadira saksi. Menurut peruntukan undang-undang seksyen 52

tidak dinyaatakan berkatan dengan keperluan saksi dalam ruju‟. Dalam kontek

Undang-undang Kekeluargaan Islam di Seremban (Negeri Sembilan), pentadbiran dan

prosedur yang di aplikas kini dalam kes ruju‟ pihak perlu mendapat pengesahan

terlebih dahulu daripada mahkamah syariah bagi membolehkan pendaftaran ruju‟ di

rekodkan di Jabatan Agama.

DEFINISI OPERASI KAJIAN

Ruju‟ dalam perkahwinan merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam bab

perbincanagn munakahat. Ruju‟ dari segi bahasa ialah kembali. Manakala menurut

istilah mengambil isteri kembali kepangkuan suami dalam tempoh iddah talaq raj‟ie

berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.44

Menurut pandangan golongan Mazhab Hanafi mendefinasikan ruju‟ dari bahasa ialah

sekali ruju‟. Menurut istilah mengekalkan hak suami tanpa perlua ada sebarang

balasan selagimana isteri masih berada dalam iddah talaq raj‟ie.

Seterusnya, terdapat rukun menurut hukum syarak yang perlu di terlebih dahulu oleh

suami sebelum merujuk isteri. Ruju‟ merupakan satu terminologi fiqh yang dapat di

fahaami berdasarkan firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah

itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang

sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara yang baik”.

(Surah al-Baqarah, 2: 229)

Terdapat syarat-syarat tertentu bagi mengesahakan ruju‟ dalam tempoh iddah, walau

bagaimanapun, hal ini terdapat khilaf fuqaha dari segi lafaz, niat ruju‟, kesaksian.

Selain itu terdapat jugak perceraian yang tidak dapat dirujuk semula selain melalui

akad nikah yang baru.

Menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Tidak

terdapat secara jelas berkaiatan dengan cara dan kaedah ruju‟ dan berkaitan dengan

saksi dalam hal ruju‟. Ini memberi implikasi secara tidak langsung kepada pasangan

suami isteri yang tidak memahami dari segi hukum dan prosedur. Maka Undang-

undang Keluarga Islam memaikan peranana yang besar terhadap intitusi

kekeluargaan, hal ini akan menimbulkan perkara yang berbangkit kepada kaedah yang

di gunakan di mahkamah syariah dan ketidak fahaman masyarakat dalam hal

berkaitan dengan ruju‟.45

RUMUSAN

Proposal cadangan ini adalah langkah awal dan latihan dalam menyediakan proposal

sebenar untuk penulisan sebenar kelak setelah selesai menamatkan bahagian pertama

44 Azhar Bin Abd Aziz, Barerah binti Alias, Fatimah binti Salleh.2006. Undang-Undang

Keluarga Islam. Ibook Publication Sdn.Bhd. Hlm. 175.

45 Seksyen 52. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Page 20: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

115

iaitu kursus. Walaupun ini sebagai titik permulaan dalam penulisan disertasi nanti

fokus penulisan saya adalah tidak lari dari aspek hukum syarak dan isu-isu Undang-

undang keluarga Islam di Malaysia.

Proposal ini telah dirangka untuk mengkaji dengan mengfokuskan tiga kata kunci

secara keseluruhannya iaitu terdiri daripada isu utamanya ruju‟ menurut syarak dan

perbahasan fuqaha, kedua Undang-Undang keluarga Islam. Dan ketiga aplikasi di

mahkamah syariah serta kaedah amalan ruju‟ yang diamalkan oleh masyarakat. Di

samping itu untuk menyokong data-data yang diperolehi melalui kajian ini analisa

turut dilakukan dan data-data berkaitan ruju‟ akan dikemukan oleh penyelidik.

Walaupun, proposal ini telah dirangka sedemikan akan tetapi penyelidik merasakan

proposal ini masih banyak kekurangan dan penambahbaikan perlu dibuat dan

diperkemaskan lagi pada masa akan datang, dan untuk itu teguran dan keritikan serta

tunjuk ajar yang berterusan daripada para pensyarah sangatlah dikehendaki oleh

pengkaji disamping bantuan-bantuan daripada rakan-rakan dan semua pihak yang

akan terlibat dalam proses menyelidik dan mendapatkan maklumat untuk menyiapkan

sebuah penyelidikan yang lengkap.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Karim

Ahmad Mohd Zan Ayob. 1997. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi 2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Dawud (t.t). An-Nasai, Bab Al-Talaq, Hadis No. 2283, Jil 6. Di Dalam Imam

Taqiyuddin Abi Bakar B. Muhammad Husaini Husni. Kifayatul Akhyar

Hallighayati. Damsyik Assyafie.

Al-Jalil al-Hafiz „Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma‟il bin Kasir al-Dimashqi. 2000.

Tafsir al-Quran al-Azim.Jid 2. Kaherah: Mu‟assasah Qurtubah.

Abdullah Muhammad B. Ismail Al-Bukahri, Al-Jami‟ Al-Sahih Bab Al-Talaq, Hadis

No. 5251. Jil 3, Kaherah Maktabah Al-Salafiyyah.

Abu Muhammad Abd Allah bin Abd al-Rahman Abi al-Zayd al-Qayrawani. 1999. Al-

Nawadir wa al-Ziyadat. Jid 5. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Azhar Bin Abd Aziz, Barerah binti Alias, Fatimah binti Salleh. 2006. Undang-

Undang Keluarga Islam. Ibook Publication Sdn.Bhd. Dewan Bahasa Dan

Pustaka, DBP: Kuala Lumpur.

Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E.:389:1993. How To design and Evaluate

Research in Education. New York: McGraw-Hill.

Inarah Ahmad Farid, Saadan Man. 2012. Keterbukaan Bermazhab Dalam Realiti Di

Malaysia: Keperluan Atau Keceraruan. Jurnal Hukum, Jid.20.Bil 3.

Qudamah. Muwaffaq al-Din Abi Muhammad „Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad.

1997. Al-Kafi. Jid 4. Ciza: Hajr li al-Tiba‟ah wa al-Nashr wa al-Tawzi wa al-„ilan

Mohammad Som Bin Sujimon dan Abdul Basir Mohamad. 2007. Fikah

Kekeluargaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 21: RUJU’: KAEDAH DAN APLIKASI KAJIAN KES DI ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09...saling berkasih sayang, agar dapat membina sebuah keluarga bahagian (mawaddah

116

Muhd Fauzi Muhamad. 2003. Pembubaran Keluarga Undang-undang Keluarga

Islam Dalam Empat Mazhab. Jid 2. Selangor: Synergymate Sdn.Bhd

Muhammad bin al-Shafi‟i. 2001. Al-Umm. Jid.6. Mansurah: Dar al-Wafa

Muhammad al-Khatib al-Syarbaini. 2012.Mughni al-Muhtaj fi Fiqhi al-Munakahad.

Jahabersa.

Raihanah Abdullah, Zulzaidi Muhmod. 2010. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang

dan Pelaksanaannya di Malaysia.Jurnal Hukum, Jid.18.Bil 1.

Shirazi, Abu Ishaq bin Ali bin Yusuf al-Fayruzabadi. 1995. Al-Muhadhdhab fi Fiqh

al-Imam al-Shafi’i. jid 3. Beirut: Dar al-Kutub al-Wafa.

Taqiy al-Din Abi Bakr bin Muhammad al-Husayni.2001. Kifayayah al-Akhyar fi Halli

Ghayah al-Ikhtisar. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Wahbah al-Zuhaill terjemahan oleh Ahmad Shahbari Salamoon et al, 2001.Fiqh dan

Perundangan Islam.DBP: Kuala Lumpur.

KES

Siti Hawa Mohamed lwn Mohamed Redzuan Hussain, [2004] CLJ .Sya.

Suzana Binti Zainudin lwn Rosman Bin Salim

Saleh Ali lwn Anisah. 1988. VI JH 23.

Kes Mal Bil.100012-054-054-212/2002

Kes Mal Bil. 14600-061-0156-2010

Kes Mal Bil. No. 05005- 061-0958-2013.

Kes Mal Bil. No. 05005-061-09582002

STATUT

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Arahan Amalan No. 13 Tahun 2007

Arahan Amalan No.9 Tahun 2001.