bab 11 perjudian dan spekulasi: satu perbandingan dari...

12
Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah Mohd Razif & Azlin Alisa Ahmad Kegiatan spekulasi merupakan salah satu faktor utama yang mengakibatkan tercetusnya kemelesetan ekonomi. Ini bermakna, kemelesetan ekonomi amat berkait rapat dengan spekulasi seperti spekulasi mata wang dan saham di pusat-pusat kewangan antarabangsa. Pengaruh spekulasi amat besar kepada ekonomi negara kerana majoriti pemain pasaran lebih tertarik kepada keuntungan yang mudah apabila mendapat peluang untuk membuat keuntungan berdasarkan perubahan harga. Kegiatan spekulasi yang melampau juga telah mengakibatkan krisis ekonomi global yang juga dikenali sebagai krisis subprima yang terjadi pada tahun 2008. Krisis subprima tersebut berlaku rentetan daripada kegiatan spekulasi yang tidak melibatkan aset fizikal, sebaliknya pelabur dan spekulator hanya membuat transaksi ‘atas angin’ sahaja tanpa ada aset benar. Sehubungan dengan itu, spekulasi telah dianggap sebagai salah satu bentuk perjudian yang diharamkan menurut Islam. Persoalan yang timbul ialah, adakah semua bentuk spekulasi termasuk dalam kategori perjudian sedangkan aktiviti tersebut sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam dunia perniagaan dan pelaburan? Bagi merungkai persoalan ini, tulisan ini cuba untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara perjudian dan spekulasi dan seterusnya menentukan status spekulasi menurut Islam. Tulisan ini menggunakan metode kepustakaan dalam pengumpulan data-data berhubung spekulasi daripada perspektif Islam. Konsep Perjudian (Maysir) menurut Islam Maysir yang dikenali juga sebagai qimar adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud judi (gambling) (al-Qalaji 1988; Abd al-Munim 1999). Judi merupakan permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata yang mana setiap pemain bersetuju bahawa pihak yang menang akan mendapat bahagian daripada pihak yang kalah (Abu Ghuddah 2006). Perkataan maysir diambil daripada perkataan yusr (يسر), yang bermaksud mudah. Perkataan ‘mudah’ ini merujuk kepada seseorang akan mendapat sesuatu dengan mudah apabila nasib menyebelahinya. Jadi, keuntungan yang diperoleh oleh seseorang adalah dengan cara yang mudah tanpa perlu kepada sebarang usaha.

Upload: trinhbao

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Bab 11

Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam

Nor Fahimah Mohd Razif & Azlin Alisa Ahmad

Kegiatan spekulasi merupakan salah satu faktor utama yang

mengakibatkan tercetusnya kemelesetan ekonomi. Ini bermakna,

kemelesetan ekonomi amat berkait rapat dengan spekulasi seperti

spekulasi mata wang dan saham di pusat-pusat kewangan antarabangsa.

Pengaruh spekulasi amat besar kepada ekonomi negara kerana majoriti

pemain pasaran lebih tertarik kepada keuntungan yang mudah apabila

mendapat peluang untuk membuat keuntungan berdasarkan perubahan

harga.

Kegiatan spekulasi yang melampau juga telah mengakibatkan krisis

ekonomi global yang juga dikenali sebagai krisis subprima yang terjadi

pada tahun 2008. Krisis subprima tersebut berlaku rentetan daripada

kegiatan spekulasi yang tidak melibatkan aset fizikal, sebaliknya

pelabur dan spekulator hanya membuat transaksi ‘atas angin’ sahaja

tanpa ada aset benar. Sehubungan dengan itu, spekulasi telah dianggap

sebagai salah satu bentuk perjudian yang diharamkan menurut Islam.

Persoalan yang timbul ialah, adakah semua bentuk spekulasi

termasuk dalam kategori perjudian sedangkan aktiviti tersebut sesuatu

yang tidak dapat dielakkan dalam dunia perniagaan dan pelaburan?

Bagi merungkai persoalan ini, tulisan ini cuba untuk mengenal pasti

persamaan dan perbezaan antara perjudian dan spekulasi dan

seterusnya menentukan status spekulasi menurut Islam. Tulisan ini

menggunakan metode kepustakaan dalam pengumpulan data-data

berhubung spekulasi daripada perspektif Islam.

Konsep Perjudian (Maysir) menurut Islam

Maysir yang dikenali juga sebagai qimar adalah perkataan bahasa Arab

yang bermaksud judi (gambling) (al-Qal‘aji 1988; ‘Abd al-Mun‘im

1999). Judi merupakan permainan yang bergantung kepada nasib

semata-mata yang mana setiap pemain bersetuju bahawa pihak yang

menang akan mendapat bahagian daripada pihak yang kalah (Abu

Ghuddah 2006). Perkataan maysir diambil daripada perkataan yusr

yang bermaksud mudah. Perkataan ‘mudah’ ini merujuk kepada ,(يسر)

seseorang akan mendapat sesuatu dengan mudah apabila nasib

menyebelahinya. Jadi, keuntungan yang diperoleh oleh seseorang

adalah dengan cara yang mudah tanpa perlu kepada sebarang usaha.

Page 2: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

130

Menurut al-Jurjani (1909), judi terdapat dalam dua bentuk. Bentuk

pertama ialah apabila satu pihak akan mendapat bahagian harta yang

dimiliki oleh pihak yang satu lagi sedikit demi sedikit dalam satu

permainan. Manakala bentuk kedua pula merujuk kepada satu

permainan di mana kebiasaannya disyaratkan pihak yang menang

(ghalib) akan mendapat sesuatu daripada pihak yang kalah (maghlub).

Judi juga mempunyai maksud yang sama dengan pertaruhan (rihan).

Pada zaman jahiliyyah, orang Arab bertaruh untuk mendapatkan daging

unta dengan menggunakan kayu nasib. Pihak yang memenangi

pertaruhan akan mendapat daging tersebut (Rashid Reda 1947). Walau

bagaimanapun, pihak yang terlibat dalam rihan tidak terhad kepada

pemain dalam sesuatu permainan, namun turut melibatkan pihak luar

yang meletakkan harta untuk bertaruh terhadap hasilnya (Kamali 2005).

Meskipun terdapat pelbagai istilah yang digunakan, kesemua istilah

tersebut menjelaskan bahawa apa-apa aktiviti yang melibatkan

pertaruhan, iaitu pihak yang menang akan mengambil semua

pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya adalah

termasuk dalam kategori maysir (Hammad 2008). Ini bermakna,

aktiviti maysir merupakan salah satu cara mendapatkan harta secara

batil kerana bahagian pihak yang kalah dalam pertaruhan akan diambil

oleh pihak yang memenangi pertaruhan tersebut (Obaidullah 2001).

Justeru, al-Quran secara jelas mengharamkan maysir. Allah SWT

berfirman (al-Ma’idah, 5: 90-91):

ها يأ ين ٱ ي ر ٱءامنوا إنذما لذ مخ خميخس ٱو لخ نصاب ٱو ل

لم ٱو لخ زخ نخ عمل لخ س م يخطن ٱرجخ لشذ

تنبوه ٱف لحون جخ يخطن ٱيريد إنذما ٩٠لعلذكمخ تفخ ن يوقع بيخنكم لشذضاء ٱو لخعدوة ٱأ غخ لخ

ر ٱ ف مخ خميخس ٱو لخ ر لكمخ عن ذكخ ٱويصدذ ة ٱوعن للذ لو نتهون لصذ نتم م

٩١فهلخ أ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya

arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-

batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.

Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan

permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan

mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada

mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada

melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih

berdegil)?

Berdasarkan ayat di atas, para fuqaha yang terdiri daripada mazhab

Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali bersepakat mengharamkan elemen

maysir dalam mana-mana urus niaga (al-Shirazi 1985; al-Kasani 1986).

Oleh itu, pemilikan harta melalui cara maysir merupakan pemilikan

yang tidak sah. Sebaliknya pemilikan harta atau perolehan keuntungan

melalui perniagaan dan pelaburan adalah dibenarkan menurut Islam.

Page 3: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

an dari Perspektif Ekonomi IslamPerjudian dan Spekulasi: Satu Perbanding

131

Risiko dalam Perjudian

Antara yang membezakan antara maysir dengan perniagaan atau

pelaburan ialah jenis risiko yang terlibat. Peniaga atau pelabur akan

mengambil risiko yang berkaitan dengan ekonomi, yang mana risiko itu

mesti ditempuh bagi memperoleh keuntungan. Sementara pihak yang

terlibat dengan aktiviti maysir sengaja mengambil risiko yang tidak

menambahkan nilai ekonomi (Kazmi 1994). Bahkan kadar risiko dalam

maysir terlalu banyak kerana setiap pihak tidak mengetahui hasilnya

dan hanya bergantung kepada nasib semata-mata (al-Qalyubi & al-

Barlasi ‘Amirah 1956; Ibn Taymiyyah 2005; Muhammad Ayyub 2007).

Ketidakpastian terhadap hasil dalam aktiviti maysir adalah

menyamai dengan maksud gharar seperti yang dinyatakan oleh

sebahagian para fuqaha iaitu gharar merupakan ketidakpastian

terhadap akibat (majhul al-‘aqibah). Ketidakpastian menyebabkan

sesuatu aktiviti itu berisiko. Perlu diingatkan bahawa walaupun gharar

dan risiko saling berkaitan, namun bukan semua jenis risiko

diharamkan. Risiko bersifat umum manakala gharar bersifat khusus.

Ilustrasi hubungan antara gharar dengan risiko dapat dilihat dalam

Rajah 1.

Berdasarkan kepada Rajah 1 berikut, dapat difahami bahawa setiap

gharar mengandungi risiko tetapi bukan setiap jenis risiko

mengandungi gharar. Bahkan kewujudan gharar pasti menyebabkan

kewujudan risiko (elGari 2003). Jika dilihat dalam aktiviti maysir,

ketidakpastian terhadap hasilnya merupakan gharar yang menyebabkan

aktiviti tersebut berisiko tinggi. Kedudukan risiko dalam maysir perlu

difahami bagi mengenalpasti ciri-ciri maysir agar ciri-ciri tersebut

boleh menjadi kayu ukur dalam mengenalpasti elemen maysir dalam

transaksi moden.

Rajah 1: Hubungan Antara Risiko Dengan Gharar

Pada dasarnya, aktiviti maysir melibatkan risiko yang sengaja

diadakan (deliberate risk). Hal ini kerana risiko terjadi disebabkan oleh

aktiviti maysir itu sendiri yang berasaskan peluang yang rawak.

Sedangkan risiko tersebut boleh dielakkan sekiranya manusia memilih

untuk tidak terlibat dalam aktiviti maysir (Borna & Lowry 1987).

Sementara risiko dalam perniagaan dan pelaburan seperti risiko

Page 4: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

132

kerugian dalam perniagaan komoditi (di mana subjek kontrak dan harga

telah ditetapkan) atau kerugian dalam pelaburan berasaskan mudarabah

adalah di luar kawalan manusia.

Antara contoh risiko dalam perniagaan dan pelaburan ialah, risiko

kepada agen ekonomi seperti peladang, pengeluar kereta, dan pembuat

makanan memulakan perniagaan mereka dengan menanggung kos-kos

pengeluaran (cost of production) tanpa mengetahui harga sebenar

produk yang akan mereka jual pada masa hadapan. Dalam erti kata lain,

mereka sebenarnya mengambil risiko dengan memulakan perusahaan

tersebut bagi tujuan mendapatkan keuntungan hasil penjualan produk

mereka. Risiko seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam. Hakikatnya,

risiko merupakan sesuatu yang tidak diingini, namun ia perlu

ditanggung bagi mencipta nilai.

Walau bagaimanapun, sekiranya risiko yang terlibat tidak

menambah sebarang nilai, maka aktiviti yang melibatkan risiko tersebut

termasuk dalam kategori maysir (al-Suwaylem 2007). Sebagai contoh,

dua orang peserta dalam sesuatu permainan membaling syiling perlu

membayar RM10 setiap seorang. Setiap bahagian syiling mewakili

bahagian peserta. Ini bermakna pihak yang menang dan mendapat

manfaat di atas kerugian pihak lain atau dalam istilah lain, aktiviti ini

dikenali sebagai zero sum game. Dalam kes ini, tiada aktiviti yang

boleh menambahkan nilai ekonomi. Jika dilihat sudut makro ekonomi

pula, kekayaan masyarakat tidak akan bertambah kerana keuntungan

pihak yang menang adalah bersepadanan dengan kerugian pihak yang

kalah (Borna & Lowry 1987).

Penjelasan di atas bertepatan dengan apa yang diutarakan oleh Ibn

Taymiyyah bahawa risiko boleh dikategorikan kepada dua kelompok

utama iaitu risiko komersial di mana seseorang membeli komoditi

dengan tujuan untuk menjualnya bagi meraih keuntungan dengan

meletakkan pengharapan kepada Allah. Risiko seperti ini merupakan

lumrah kepada sektor perdagangan. Manakala kategori kedua ialah

risiko perjudian yang melibatkan soal memperoleh kekayaan secara

batil (Ibn Taymiyyah 1996). Pembahagian ini tidak bertentangan

dengan kenyataan beliau mengenai hakikat risiko seperti mana yang

dipetik oleh Muhammad b. ‘Abd al-Rahman (1998):

Tidak terdapat dalil syarak yang mengharamkan semua bentuk risiko,

malah Allah dan RasulNya tidak mengharamkan semua risiko, dan semua

aktiviti yang diragui sama ada mendatangkan keuntungan atau

menyebabkan kerugian atau selamat (tidak untung atau tidak rugi).

Sebaliknya risiko yang diharamkan adalah yang mengandungi unsur

memakan harta secara batil. Sebab pengharamannya di sisi Allah adalah

kerana ia berbentuk memakan harta secara batil, sebagaimana diharamkan

memakan harta secara batil walaupun tidak terdapat risiko. Risiko semata-

mata tidak haram.

Page 5: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

an dari Perspektif Ekonomi IslamPerjudian dan Spekulasi: Satu Perbanding

133

Berdasarkan kepada definisi, konsep, dalil al-Quran berhubung

maysir dan penjelasan tentang risiko yang terdapat dalam aktiviti

maysir, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri maysir adalah seperti

berikut:

a) Perolehan harta atau keuntungan berdasarkan nasib semata-mata

b) Pihak yang menang akan mendapat bahagian pihak yang kalah

c) Pendedahan kepada risiko yang tinggi dan risiko tersebut tidak

menambah nilai pada ekonomi negara.

Justeru, mana-mana kontrak yang mengandungi ciri-ciri di atas

boleh dikategorikan sebagai maysir. Persoalannya sekarang, adakah

aktiviti spekulasi termasuk dalam kategori maysir atau sebaliknya? Hal

ini kerana terdapat cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa

spekulasi merupakan salah satu bentuk maysir yang wujud dalam dunia

kewangan kini (al-Masri 2007). Berbanding maysir yang jelas

diharamkan dalam Islam, spekulasi memerlukan penelitian secara lebih

terperinci sebelum sesuatu hukum diputuskan terhadapnya. Apatah lagi

isu spekulasi tidak dibahaskan oleh fuqaha silam kerana ia merupakan

istilah baru dalam dunia kewangan moden (Mubarak b. Sulayman

2005; Suruhanjaya Sekuriti 2006). Justeru, kajian perlu dibuat bagi

mendapatkan status spekulasi menurut Islam.

Pandangan Islam terhadap Status Spekulasi

Spekulasi boleh ditakrifkan sebagai perihal (perbuatan) membeli dan

menjual sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan yang

cepat hasil daripada perubahan harga (Friedman 1987). Ini termasuklah

menjual dan membeli saham, tanah, aset hartanah, komoditi, keputusan

perlawanan atau apa-apa sahaja yang boleh menjana keuntungan luar

biasa berdasarkan risiko yang diambil (Spencer 1974). Pihak yang

membuat spekulasi disebut sebagai spekulator biasanya membeli

sekuriti bukannya untuk mendapatkan dividen tetapi untuk

mendapatkan keuntungan modal (Dewan Bahasa dan Pustaka 1993).

Misalnya, spekulator membeli saham semasa harga rendah dan

menjualnya ketika harga tinggi. Ini menjelaskan bahawa spekulasi

berkait rapat dengan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang melibatkan

risiko (Clark 2001).

Walau bagaimanapun, spekulasi adalah berbeza daripada pelaburan

yang mana pelaburan lebih berbentuk jangka panjang dan kurang

berisiko (Kunhibava 2011). Kebiasaannya pelabur membeli saham dan

memegang saham tersebut sepanjang tempoh tertentu bagi

mendapatkan dividen. Terdapat juga kes di mana pelabur menjualkan

sahamnya apabila perlu untuk mendapatkan keuntungan modal (capital

gain). Menurut American Bankers Association (1999), capital gain

ialah keuntungan yang diperoleh daripada penjualan aset. Keuntungan

tersebut ialah hasil daripada perbezaan harga beli dan harga jual

sesuatu aset bagi pemilik aset. Ini berbeza dengan spekulator yang

Page 6: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

134

membeli saham untuk menjualnya dalam masa terdekat apabila harga

meningkat. Mereka mengambil risiko yang tinggi untuk mendapatkan

untung paling maksimum dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan penerangan di atas, spekulasi merupakan aktiviti bagi

mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek (Tickell 2000).

Justeru, mengatakan spekulasi adalah aktiviti yang diharamkan adalah

kurang tepat lantaran mengambil keuntungan daripada perbezaan harga

sama ada dalam tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang tidak

dilarang dalam Islam. Contohnya, jika seseorang membeli rumah di

kawasan yang nilai hartanahnya tinggi dengan harapan harga rumah itu

akan naik dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang. Pembeli

ini turut melakukan spekulasi terhadap nilai hartanah yang baru

dibelinya itu. Namun, jual beli ini tetap diharuskan sekiranya segala

rukun dan syarat jual beli dipenuhi. Sekiranya pembeli tersebut menjual

rumah tersebut selepas satu bulan memilikinya kerana hendak

mengambil keuntungan daripada harga hartanah yang sudah meningkat,

maka jual beli tersebut dianggap sah dan keuntungan itu juga dianggap

halal untuk diambil. Sekiranya aktiviti sebegini ditegah, sudah pasti

sistem jual beli seperti bay‘ al-muzayadah yang merupakan tindakan

penjual menawarkan barangan jualan di pasaran, kemudian diikuti

pemintaan beberapa orang pembeli yang berlumba-lumba menawarkan

bayaran lebih tinggi dan bay‘ al-murabahah yang mengambil

keuntungan dengan menyebut harga asal barangan tersebut adalah

dilarang kerana kedua-duanya melibatkan kegiatan mengambil

keuntungan daripada perbezaan harga asal. Namun sistem berkenaan

adalah dibenarkan dalam Islam (al-Kasani 2003; al-Nawawi t.th.).

Justeru, apakah spekulasi termasuk dalam kategori maysir? Bagi

mendapatkan jawapannya, kita perlu mengenalpasti adakah ciri-ciri

maysir terdapat dalam spekulasi.

Ciri Pertama: Perolehan harta atau keuntungan berdasarkan nasib semata-mata

Spekulasi tidak boleh dilihat sebagai permainan berasaskan nasib

semata-mata (game of chance). Keputusan yang diambil berdasarkan

spekulasi bukanlah daripada hasil giliran kad mahupun dadu.

Sebaliknya, spekulator membuat keputusan berdasarkan analisis data

yang banyak yang dipilih dengan melihat beberapa faktor seperti

ekonomi, kewangan, politik, kerajaan, profil peribadi pengurusan, dan

status penguatkuasaan kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (El-

Ashkar 1995). Kesemua proses tersebut memerlukan komitmen kerja,

pengetahuan dan kepakaran di samping keupayaan yang tinggi untuk

membaca keputusan yang dihasilkan seterusnya membuat pilihan

tindakan. Ini menunjukkan aktiviti spekulasi memerlukan kelayakan

dan kecekapan bukan bergantung kepada nasib semata-mata. Hal ini

berbeza dengan aktiviti maysir yang bergantung kepada nasib sahaja.

Page 7: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

an dari Perspektif Ekonomi IslamPerjudian dan Spekulasi: Satu Perbanding

135

Namun tidak dinafikan bahawa terdapat juga spekulator yang hanya

inginkan keuntungan segera tanpa membuat kajian terhadap syarikat

yang ingin dilabur terlebih dahulu. Aktiviti seperti ini dikategorikan

sebagai spekulasi buta (blind speculation) (Samuelson 1958; Khan

1983; Hussin Salamon 2000). Spekulator dalam kategori ini sekadar

meneliti trend pergerakan harga dan sentimen pasaran. Bahkan kadang-

kadang mereka membuat keputusan berdasarkan khabar angin yang

tersebar dalam pasaran. Justeru, spekulasi buta ini dilihat mempunyai

ciri-ciri maysir.

Sebaliknya, spekulasi yang berasaskan kajian dan analisis yang

dikenali sebagai spekulasi wajar (rationale speculation) dapat memberi

manfaat kepada pembangunan ekonomi. Hal ini kerana spekulasi jenis

ini akan menjana pengumpulan modal di peringkat negara lantaran

pelaburan setiap pelabur adalah dengan melihat pencapaian sesebuah

syarikat (Hussin Salamon 2000).

Ciri Kedua: Pihak yang menang akan mendapat bahagian pihak yang kalah

Jika diteliti dalam aktiviti maysir, terdapat elemen permainan jumlah

sifar (zero-sum game) di mana kekalahan sesuatu pihak adalah adalah

bersepadanan dengan kemenangan pihak yang lain (al-Suwaylem

2000). Sebagai contoh, dua pihak iaitu A dan B masing-masing

bertaruh RM1000 terhadap dua pemain badminton. Sekiranya pemain

badminton yang dipilih A menang, maka A akan mendapat wang

pertaruhan sebanyak RM2000 dan begitulah sebaliknya. Ini bermakna

pihak yang kalah akan kehilangan wang pertaruhannya. Situasi ini

menunjukkan tiada kemungkinan kedua-dua pihak boleh menang.

Hakikatnya, keuntungan pihak yang menang adalah bersamaan dengan

kerugian pihak yang kalah. Hal ini menyebabkan berlaku perolehan

harta melalui jalan yang batil yang mana jelas dilarang dalam al-Quran.

Selain itu, terma “zero-sum” menggambarkan niat pemain adalah saling

berlawanan antara satu sama lain yang mana boleh membawa kepada

permusuhan dan kebencian di antara para pemain sebagaimana telah

dinyatakan dalam al-Quran dalam surah al-Ma’idah, ayat 90-91.

Berdasarkan kepada penerangan di atas, adakah wujud elemen zero-

sum game dalam aktiviti spekulasi? Jika dilihat kepada konsep

spekulasi itu sendiri, kita dapat simpulkan bahawa terdapat tiga

komponen bersepadu yang mendasari aktiviti spekulasi iaitu:

a) Aktiviti yang berdasarkan maklumat dan kajian.

b) Kajian yang dibuat adalah untuk menjangka pergerakan harga

sesuatu aset pada masa depan.

c) Tindakan membeli atau menjual aset sesuatu aset dibuat adalah

untuk merealisasikan keuntungan modal.

Page 8: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

136

Ketiga-tiga komponen utama tersebut menggambarkan bahawa

tidak wujud unsur bersaing (combative) di antara para spekulator

seperti mana yang wujud dalam zero-sum game. Apatah lagi bertujuan

untuk mengalahkan pihak lawan bagi mendapatkan hartanya.

Tambahan pula, kebiasaannya spekulator tidak mengenali

spekulator lain atau pelabur lain. Jadi, tidak timbul isu pihak yang

menang akan mendapat bahagian pihak yang kalah. Keuntungan atau

kerugian yang berlaku bukan disebabkan aktiviti perjudian, sebaliknya

harga pasaran yang berubah-ubah berdasarkan permintaan dan

penawaran yang mempengaruhi faktor keuntungan atau kerugian

spekulator.

Ciri Ketiga: Pendedahan kepada risiko yang tinggi dan risiko tersebut tidak menambah nilai kepada ekonomi

negara

Antara ciri yang boleh dilihat dalam aktiviti maysir ialah pendedahan

kepada risiko yang tinggi lantaran kemungkinan untuk rugi lebih besar

berbanding kemungkinan untuk untung (al-Suwaylem 2002). Bahkan

hanya minoriti yang akan mendapat keuntungan sementara majoriti

pemain menanggung kerugian seperti mana yang berlaku dalam

permainan loteri. Selain itu, kewujudan risiko dalam aktiviti maysir

adalah rekaan (artificial) semata-mata di mana permainan itu sendiri

yang mencipta risiko (al-Masri 2007). Ini bermakna, maysir tidak

terikat dengan aktiviti ekonomi sebenar dan ini seterusnya akan

menganggu permintaan dan penawaran dalam pasaran (Das 2006).

Berbeza dengan situasi perniagaan dan pelaburan di mana risiko-

risiko seperti risiko pasaran, risiko harga, risiko kecairan dan lain-lain

risiko memang sedia wujud dalam industri. Risiko-risiko ini perlu

ditanggung oleh pihak tertentu demi memastikan kelangsungan sesuatu

perniagaan. Peranan inilah yang dimainkan oleh spekulator yang

bertindak sebagai agen yang sanggup menanggung risiko seterusnya

menyediakan kecairan (Obiyathulla 2007). Tanpa mereka, peniaga

sukar memindahkan sesuatu risiko. Dalam hal ini, Saadiah dan

Tabatabaei (2008) telah mengatakan baawa pasaran derivatif akan

terjejas sekiranya hanya terdapat pedagang yang ingin melakukan

transaksi hadapan tanpa kewujudan pihak spekulator.

Contoh yang mudah ialah apabila pelindung nilai memasuki

pasaran, mereka sebenarnya akan berurus niaga bersama spekulator.

Katakan seorang pengeksport menjual kereta buatan Malaysia dan

harga ketika itu ialah USD10 juta bagi keseluruhan kereta yang mana

akan dibayar enam bulan kemudian. Sekiranya kadar pertukaran wang

ialah MYR3.5/USD1, perolehan yang beliau akan dapat ialah MYR35

juta. Namun, jika ringgit Malaysia dijangka akan meningkat kepada

MYR3.0/USD1 enam bulan kemudian, beliau mungkin hanya

memperoleh MYR30 juta dan mengalami kerugian MYR5 juta

Page 9: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

an dari Perspektif Ekonomi IslamPerjudian dan Spekulasi: Satu Perbanding

137

disebabkan pertukaran nilai mata wang yang berada di luar kawalan

beliau. Oleh itu, beliau boleh memasuki pasaran hadapan (forward

market) bagi mengurangkan risiko kerugian dengan membeli ringgit

Malaysia katakan MYR3.5/USD1 untuk USD 10 juta. Pada enam bulan

berikutnya, jika jangkaan beliau tepat dan ringgit Malaysia meningkat

kepada MYR3.0/USD1, maka beliau boleh menggunakan USD1 untuk

membeli MYR3.5 di pasaran hadapan. Beliau kemudian menjual

ringgit untuk mendapatkan USD. Untuk setiap USD1, beliau mendapat

keuntungan MYR0.5, dan untuk USD10 juta, beliau mendapat MYR5

juta. Jumlah yang cukup untuk melindungi beliau daripada kerugian

MYR5 juta.

Walau bagaimanapun, spekulasi dalam pasaran derivatif bertujuan

untuk mengaut keuntungan dan bukan untuk memudahkan urus niaga

atau aktiviti perniagaan sebenar kerana penyerahan aset pendasar

jarang berlaku. Ini dapat dibuktikan apabila 99 peratus daripada

kontrak niaga hadapan diselesaikan sebelum tempoh matang (al-

Suwaylem 2007). Hakikatnya, spekulator tidak memiliki aset.

Spekulator hanya membayar perbezaan harga untuk mendapat untung.

Dalam transaksi sebegini, tidak berlaku pembelian aset dalam hakikat

sebenar. Justeru, tiada berlaku sebarang pertambahan nilai dalam

aktiviti ekonomi. Sedangkan penglibatan aset dalam sesuatu transaksi

akan memberi manfaat kepada komuniti di mana mewujudkan banyak

peluang pekerjaan seperti dalam sektor penyimpanan, pengangkutan

dan pembungkusan (Khan 1988).

Justeru itu, jelas bahawa spekulasi adalah dibenarkan selagi tiada

unsur penipuan, manipulasi dan sorokan barang (ihtikar) dalam

pasaran. Langkah-langkah pengawalan seperti had dagangan harian dan

beberapa kaedah lain yang dicadangkan akan dapat membantu untuk

mengurangkan aktiviti spekulasi memandangkan unsur ini tidak dapat

dihapuskan sama sekali dalam pasaran kewangan demi kelancaran

pasaran (Mohd Daud 1998).

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, jika dilihat kepada analisis ciri-ciri

maysir dalam spekulasi dapat disimpulkan bahawa secara umumnya

spekulasi bukanlah termasuk dalam aktiviti maysir, justeru ia

diharuskan.

Walau bagaimanapun, hukum harus spekulasi boleh berubah kepada

haram apabila aktiviti tersebut dilakukan secara melampau (excessive

speculation) sehingga wujudnya ciri-ciri maysir. Dalam erti kata lain,

apabila aktiviti spekulasi bergantung sepenuhnya kepada nasib dan

melibatkan risiko yang tinggi serta wujud unsur zero-sum game

sehingga membawa kepada perolehan harta secara batil akan

menyebabkan aktiviti tersebut menjadi haram. Hakikatnya, doktrin

“perolehan harta secara batil” sebagaimana yang diperakui oleh kaedah

Page 10: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

138

Ibn Taymiyyah boleh dianggap sebagai parameter penentuan yang

membezakan spekulasi yang dibenarkan dengan spekulasi yang

dilarang. Sekiranya terdapat sebarang indikator “perolehan harta secara

batil” dalam aktiviti spekulasi, maka aktiviti tersebut adalah haram.

Dengan itu, spekulasi sebegini akan menjejaskan status keabsahan

aktiviti lindung nilai dari segi syarak.

Seiringan dengan itu, tiada pelaburan modal yang bebas daripada

spekulasi. Hal ini kerana spekulasi merupakan sesuatu yang tidak boleh

dielakkan khususnya dalam membuat keputusan berkaitan aktiviti

ekonomi. Keuntungan pula kebiasaannya bergantung kepada perubahan

harga pada masa hadapan sedangkan masa hadapan merupakan sesuatu

yang tidak pasti. Justeru itu, spekulasi adalah diharuskan menurut Islam

selagi mana tiada unsur-unsur yang membawa kepada “perolehan harta

secara batil”.

Rujukan

‘Abd al-Mun‘im, ‘Abd al-Rahman. 1999. Mu‘jam al-Mustalahat wa al-

Alfaz al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Fadilah.

Abu Ghuddah, ‘Abd al-Sattar. 2006. Buhuth fi al-Mu‘amalat wa al-

Asalib al-Masrafiyyah al-Islamiyyah. Jedah: Dallah al-Barakah.

Ahmad Ibn Taymiyyah. 1996. Tafsir Ayat Ashkalat. Riyad: Maktabat

al-Rushd.

Ahmad Ibn Taymiyyah. 2005. Majmu‘at al-Fatawa. al-Mansurah: Dar

al-Wafa’ li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘.

American Bankers Association. 1999. Banking & Finance

Terminology. Washington: The American Bankers Association.

Borna, S. & Lowry, J. 1987. Gambling and Speculation. Journal of

Business Ethics 6 (3): 219-224.

Das, Satyajit. 2006. Traders, Guns & Money, Knowns and Unknowns

in Dazzling World of Derivatives (Great Britain: Prentice Hall.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. Kamus Ekonomi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

El-Ashkar, Ahmad Abdel Fattah. 1995. Toward an Islamic stock

exchange in a transitional stage. Islamic Economic Studies 3 (1):

1-42.

Hammad, Nazih. 2008. Mu‘jam al-Mustalahat al-Iqtisadiyyah fi

Lughat al-Fuqaha’. Damshik: Dar al-Qalam.

Hussin Salamon. 2000. Speculation in the stock market from an Islamic

perspective. Review of Islamic Economics. 9: 103-126.

Ibn al-Humam. 2003. Sharh Fath al-Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.

Friedman, Jack P. 1987. Dictionary of Business Terms. New York:

Barron’s.

Page 11: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

an dari Perspektif Ekonomi IslamPerjudian dan Spekulasi: Satu Perbanding

139

Clark, John. 2001. Dictionary of International Insurance and Finance

Terms. Kent: Financial World Publishing.

al-Jurjani, ‘Ali b. Muhammad Sayyid Sharif. 1909. al-Ta‘rifat.

Istanbul: al-Astanah.

Kamali, Mohammad Hashim, 2005. “Fiqh issues in commodity

futures,” Dlm. Financial Engineering and Islamic Contracts, Pnyt.

Munawar Iqbal dan Tariqullah Khan. New York: Palgrave

Macmillan.

al-Kasani, Abu Bakr b. Mas‘ud. 1986. Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al-

Shara’i‘. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Kazmi, Aqdas Ali. 1994. Islamic financial instrument. Journal of

Islamic Banking and Finance 11:42-43.

Khan, Muhammad Akram. 1988. Commodity Exchange and Stock

Exchange in Islamic Economy. The American Journal of Islamic

Social Science 5 (1): 91-114.

Khan, Muhammad Akram. 1983. Issues in Islamic Economics. Lahore:

Islamic Publications.

Kunhibava, Sherin. 2011. Reasons on similarity of objections with

regards to gambling and speculation in Islamic finance and

conventional finance. Journal Gambling Studies 27 (2); 1-13.

al-Masri, Rafiq Yunus. 2007. Fiqh al-Mu‘amalat al-Maliyyah.

Damshik: Dar al-Qalam.

al-Masri, Rafiq Yunus. 2007. Speculation between proponents and

opponents. J.KAU Islamic Econ 20, no. 1. 42-52.

Mohd Daud Bakar, 1998. “Pasaran hadapan minyak sawit mentah:

perspektif syari`ah”. Kertas kerja Seminar Pakar Syariah Ke-3,

anjuran Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia di Hotel Pan Pacific Melaka pada 30 Oktober 1998.

Elgari, Muhammad Ali. 2003. Credit risk in Islamic banking and

finance. Islamic Economic Studies, 10 (2): 1-25.

Muhammad Ayub. 2007. Understanding Islamic Finance. England:

John Wiley & Sons.

Muhammad b. Qasim, Muhammad b. ‘Abd al-Rahman, 1998. al-

Mustadrak ‘ala Majmu‘ al-Fatawa li Ibn Taymiyyah. T.tp: T.pt.

Muhammad Rawwas al-Qal‘aji. 1988. Mu‘jam Lughat al-Fuqaha’.

Lubnan: Dar al-Nafa’is.

al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya b. Sharaf. T.th. Kitab al-Majmu‘

Sharh al-Muhadhadhab. Jeddah: Maktabat al-Irshad.

Obaidullah, Mohammed, 2001. Financial contracting in currency

markets: an Islamic evaluation. International of Islamic Financial

Services 3, no. 3. 1-18.

Page 12: Bab 11 Perjudian dan Spekulasi: Satu Perbandingan dari ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/12/11-Dr-Azlin... · Perbandingan dari Perspektif Ekonomi Islam Nor Fahimah

Isu Syariah & Undang-undang Siri 21

140

Obiyathulla Ismath Bacha. 2007. Financial derivatives: markets and

applications in Malaysia. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Samuelson, Paul A. 1958. Economic: An Introductory Analysis. New

York: McGraw Hill.

al-Qalyubi, Ahmad b. Ahmad b. Salamah and al-Barlasi ‘Umayrah,

Ahmad. 1956. Hashiyatan. Kaherah: Sharikat Maktabat wa

Matba‘at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

Rashid Rida, Muhammad. 1947. Tafsir al-Manar. Kaherah: Dar al-

Manar.

Das, Satyajit. 2006. Traders, Guns & Money, Knowns and Unknowns

in Dazzling World of Derivatives. Great Britain: Prentice Hall.

al-Shirazi, Abu Ishaq Ibrahim b. ‘Ali b. Yusuf. 1995. al-Muhadhdhab fi

Fiqh al-Imam al-Shafi‘i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Spencer, Milton H. 1974. Contemporary Economics. New York: Worth

Publishing Inc.

Sulayman b. Muhammad, Mubarak. 2005. Ahkam al-Ta‘amul fi al-

Aswaq al-Maliyyah al-Mu‘asirah. Riyad: Dar Kunuz Ishbiliya li

Nashr wa al-Tawzi‘.

Suruhanjaya Sekuriti. 2006. Keputusan Majlis Penasihat Syariah

Suruhanjaya Sekuriti. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

al-Suwaylem, Sami Ibrahim. 2002. Decision-making under uncertainty:

an Islamic perspective,” dalam Islamic Banking and Finance: New

Perspective on Profit Sharing and Risk, Pnyt. Munawar Iqbal dan

David T. Llewellyn. UK: Edward Elgar Publishing Ltd.

al-Suwaylem, Sami Ibrahim. 2007. al-Tahawwut fi al-Tamwil al-Islami.

Jeddah: al-Bank al-Islami li al-Tanmiyah, al-Ma‘had al-Islami li

al-Buhuth wa al-Tadrib.

Tickell, Adam. 2000. Dangerous derivatives: controlling and creating

risk in international money. Geoforum 31 (1): 87-99.