konsep penjagaan dan pemuliharaan alam...

20
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19 122 KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Ahmad Dahlan Salleh PENDAHULUAN Isu alam sekitar merujuk kepada isu yang mempunyai perkaitan dengan aktiviti dan pengoperasian yang mendatangkan impak kepada kualiti alam sekitar. Antara impak pembangunan ke atas alam sekitar ialah pencemaran udara, air dan udara; hakisan dan tanah; kepupusan hidupan laut; keracunan makanan; tumpahan minyak; dan sebagainya. Isu tersebut bersifat kontemporari dan sentiasa berkembang mengikut situasi dan peredaran masa. Dalam konteks perspektif Islam, penjagaan kualiti alam sekitar amatlah dititik beratkan semenjak dahulu lagi. Tulisan ini membincangkan isu ini dengan memperkenalkan konsep dan prinsip pengurusan alam sekitar menurut perspektif Islam. Diharapkan ia dapat memperkukuhkan piawaian pengurusan alam sekitar bertaraf antarabangsa dan untuk mencapai keharmonian, keamanan dan kelangsungan hidup insan dunia dan akhirat. DEFINISI ALAM SEKITAR (ECOLOGY) DAN PEMBAHAGIAN Definisi Alam Sekitar Menurut Bahasa: Alam sekitar (al-biah) diambil daripada perkataan َ اءَ ب َ ءَ : َ عَ جَ ر) ) yang bermaksud: kembali. ( َ َ ال َ َ ب: َ َ ) maksudnya: rumah itu telah disediakan. Allah SWT berfirman: Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga. (Surah al- „Ankabūt: 58) Dan ( َ ا اَ َ ال َ ََ : بَ ااَ َ َ َ اََ ) maksudnya: datang dan tinggal menetap di tempat itu.

Upload: nguyenkien

Post on 02-Feb-2018

312 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

122

KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Ahmad Dahlan Salleh

PENDAHULUAN

Isu alam sekitar merujuk kepada isu yang mempunyai perkaitan dengan aktiviti dan pengoperasian yang mendatangkan impak kepada kualiti alam sekitar. Antara impak pembangunan ke atas alam sekitar ialah pencemaran udara, air dan udara; hakisan dan tanah; kepupusan hidupan laut; keracunan makanan; tumpahan minyak; dan sebagainya. Isu tersebut bersifat kontemporari dan sentiasa berkembang mengikut situasi dan peredaran masa.

Dalam konteks perspektif Islam, penjagaan kualiti alam sekitar amatlah dititik beratkan semenjak dahulu lagi. Tulisan ini membincangkan isu ini dengan memperkenalkan konsep dan prinsip pengurusan alam sekitar menurut perspektif Islam. Diharapkan ia dapat memperkukuhkan piawaian pengurusan alam sekitar bertaraf antarabangsa dan untuk mencapai keharmonian, keamanan dan kelangsungan hidup insan dunia dan akhirat.

DEFINISI ALAM SEKITAR (ECOLOGY) DAN PEMBAHAGIAN

Definisi Alam Sekitar Menurut Bahasa:

Alam sekitar (al-bi’ah) diambil daripada perkataan ءُب َ ْو – بَاَء (َرَجَع : َ ُب ْو ) yang bermaksud: kembali. ( َ َّو ُب : بَ َّو َ اَل ْو ِز ََ ) maksudnya: rumah itu telah disediakan.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga. (Surah al-„Ankabūt: 58)

Dan ( maksudnya: datang dan tinggal menetap di ( ََ اَ ُب َ َ َاَا بِز ِز : َ َ َّو َ اَلَ ااَ tempat itu.

Page 2: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

123

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka. (Surah al-Hashr : 9)

ء) ) .maksudnya: tetap dan tenang ( اتَّو َ ُّ bermaksud juga: rumah ( ا ِزيْوئَة(Majma al-Lughah t.th.).

Definisi Alam Sekitar Menurut Istilah:

Alam sekitar merupakan istilah moden yang lahir seiring dengan kemunculan pemikiran mengenai alam sekitar yang semakin diperbahaskan. Umumnya perkataan „alam sekitar‟ adalah menyerupai perkataan „ecology‟ yang bermaksud kajian terhadap hubungan ekosistem makhluk hidup melalui alam semulajadi. Perkataan „ecology‟ diambil daripada bahasa Greek iaitu oikos yang bermaksud kediaman, dan logos yang bermaksud kajian mengenai sesuatu. Menurut para saintis, ungkapan perkataan ini adalah sama dengan bahasa arab iaitu istilah al-bi’ah, dan mereka mengambil maksudnya pula daripada perkataan yang berasal daripada bahasa Greek tadi. Antara oikos dan al-bi’ah maknanya sama iaitu tempat tinggal. Ekoran daripada itu, pelbagai takrifan telah disarankan untuk istilah ini, termasuk yang berikut:

a) Ekologi ialah kajian tentang hubungan yang terdapat atau berlaku antara hidupan-hidupan di dalam habitat semula jadinya.

b) Ekologi ialah kajian tentang hidupan berhubungan dengan persekitaran semula jadinya.

c) Ekologi ialah kajian tentang interaksi antara hidupan-hidupan dan alam sekitarnya.

d) Ekologi ialah kajian tentang struktur dan fungsi alam semula jadi, dengan menganggap manusia sebagai sebahagian alam semula jadi.

e) Ekologi ialah kajian jumlah keseluruhan hubungan antara hidupan-hidupan dan alam sekitarnya.

Page 3: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

124

Dengan itu, para saintis mendefinisikan alam sekitar ialah: Kumpulan beberapa realiti dan aspek-aspek luaran di mana makhluk-makhluk hidup bertempat di dalamnya, dan ia mempengaruhi proses kehidupan makhluk-makhluk tadi (al-Najjar 1983). Manakala definisi alam sekitar (ecology) ialah: Alam yang didiami oleh manusia yang terdiri daripada alam semula jadi yang dimanfaatkan oleh manusia sendiri (al-Faqi 1993). Oleh itu, pengertian alam sekitar (ecology) ialah tempat kediaman manusia dan persekitarannya yang bermanfaat untuk melangsungkan kehidupan, sama ada daripada aspek makanan, pakaian, ubat-ubatan dan tempat berlindung dan berinteraksi antara satu sama lain (al-Makkawi 1995: 17-18).1

Kesimpulan daripada definisi di atas, dapatlah dibahagi alam persekitaran (ecology) kepada dua bahagian iaitu:

a) Alam Persekitaran Semulajadi

Segala sesuatu yang wujud di persekitaran manusia yang terdiri daripada benda-benda hidup dan mati yang telah dicipta oleh Allah SWT di atas permukaan bumi iaitu gunung-ganang, bukit-bukit, sungai-sungai, danau-danau, padang pasir dan lain-lain. Ia juga termasuk unsur-unsur udara yang pelbagai seperti panas, sejuk, angin, hujan dan benda-benda hidup yang muncul di daratan sama ada pokok-pokok atau haiwan-haiwan yang hidup di darat dan di air sama ada air tawar atau air masin (Zayn al-Din, 2000: 24). Kesemua ini juga meliputi sumber alam yang tetap seperti: matahari, udara, air atau sumber alam yang baru seperti: haiwan, pokok dan debu atau sumber alam yang terhasil seperti bahan bakar yang terdiri daripada minyak, gas dan arang batu. Dan logam seperti emas, perak, besi dan tembaga.

1Definisi lain, alam persekitaran (ecology) itu ialah apa-apa yang wujud di

sekeliling manusia termasuk makhluk-makhluk hidup atau mati, dengan syarat bahawa

manusia itu dapat mempengaruhi dan dipengaruhi olehnya dan di antara kedua-duanya

saling mempengaruhi. Berdasarkan hierarki atau putaran kehidupan, ekologi ialah

kajian mengenai aras organisasi biologi yang lebih tinggi daripada organisma individu,

iaitu populasi, komuniti, ekosistem dan biosfera.

Sistem ecology merupakan satu rumpun lengkap yang terdiri daripada makhluk

hidup, makhluk yang mati di suatu tempat tertentu dan kedua-duanya mempunyai

pertautan atau pertalian serta terbentuk secara dinamis dalam rangka menghadapi

pelaburan kehidupan yang baik. Oleh itu, sistem ini dikenali dengan sistem

keseimbangan hidup.

Page 4: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

125

b) Alam Persekitaran Buatan (Kemanusiaan)

Tempat buatan dan ciptaan manusia akibat kesan perilaku mereka terhadap alam persekitaran semula jadi, seperti pembinaan kilang, kenderaan atau binaan yang dibina dengan cara moden. Alam persekitaran buatan ini bukan hanya terdiri daripada sumber-sumber alam yang dimanfaatkan oleh manusia untuk menjadi perantara di dalam kelangsungan hidupnya, kerana ia mengandungi perhubungan tiga dimensi kehidupan yang telah ditetapkan oleh syariat agama, peraturan-peraturan manusia, adat setempat, dan etika-etika tertentu dalam masyarakat. Lebih daripada itu, manusia itu boleh berinteraksi dengannya melalui gejala-gejala yang ada dan gejala-gelaja inilah yang boleh membentuk perhubungannya dengan makhluk yang lain, atau perhubungan antara kesemua komponen-komponen yang ada (al-Faqi 1993: 18).

Keserasian antara makna dari segi bahasa dan istilah dalam pengertian alam sekitar ini, yang menyebabkan fungsi istilah alam persekitaran sangat dekat dengan pemahaman yang telah dikenal pada masa kini (al-Najjar, t.th.b). Istilah inipun tidak lari daripada istilah yang telah digunapakai dalam penggunaaan terhadap benda-benda warisan ulama terdahulu sepertimana yang telah disebutkan dalam sejarah bahawa Ibn „Abd Rabbu dalam kitabnya al-Jamanah telah menggunapakai istilah alam persekitaran, untuk menunjukkan kepada kewujudan alam semula jadi atau budaya yang terdapat di persekitaraan manusia (al-Faqi, 1993: 9).

Bertolak daripada makna dari segi bahasa yang telah dibincangkan tadi, perkataan alam persekitaran adalah sejajar dengan istilah asing iaitu „environment‟ dalam bahasa Inggeris atau Perancis dan yang telah digunapakai oleh seorang saintis yang bernama Sant Hiler pada tahun 1835M yang bermaksud benda-benda yang wujud di alam persekitaran, sama ada makhluk hidup atau mati dan kesemua unsur-unsur alam terjalin hubungan yang kukuh termasuk juga manusia itu sendiri (al-Faqi, 1993: 9)2 iaitu manusia itu telah dapat memanfaatkannya melalui hubungan timbal balik antara kedua-duanya.

2Oleh itu, istilah alam persekitaran telah diterima di dalam pelbagai bidang

penyelidikan yang mengambilberat aspek ini, iaitu dimulakan sejak munculnya

pemikiran Islam yang mempunyai peranan besar ketika membicarakan topik ini.

Walaupun pemahaman mengenai istilah ini tidak tersebar ketika awal kemunculannya

Page 5: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

126

PENCEMARAN DAN KEROSAKAN

PENCEMARAN

Pencemaran menurut bahasa Arab berasal daripada perkataan lawwatha yang bermaksud mencemar sesuatu dengan sesuatu yang lain atau mencampuradukkannya dan merosakkannya (Ibn Manzur, 1996: 535).

Pencemaran menurut istilah meliputi beberapa pengertian berikut:

1. Merosakkan kewujudan alam sekitar daripada unsur-unsur yang

mengandungi manfaat kepada unsur-unsur yang membahayakan

(mencemarkan) sehingga dapat menghilangkan peranannya untuk

membina kehidupan (Zayn al-Din, t.th.: 111).

1. Penglibatan manusia sama ada secara langsung atau tidak

langsung terhadap sumber alam yang terdapat dalam alam sekitar

yang boleh menyebabkan unsur membahayakan terhadap

kesihatan manusia atau membahayakan sumber-sumber penting di

dalam kehidupan atau peraturan alam sekitar sehingga ianya tidak

lagi boleh dimanfaatkan, bahkan boleh menghalang terhadap

perkhidmatan kerja-kerja penyelenggaraan (Sahar t.th.: 8).

2. Perubahan yang terjadi kerana perilaku manusia, sama ada secara

langsung atau tidak terhadap penciptaan situasi yang boleh

mengganggu penggunaan dan aktiviti yang dijalankan dengan

pemanfaatan alam yang semulajadi (Salamah 1996: 28).

Jenis-jenis pencemaran adalah dalam pelbagai sudut, ia boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Pencemaran semula jadi iaitu perubahan persekitaran fizikal yang

tiada hubungkait dengan perilaku manusia seperti gas, debu yang

terjadi akibat jerebu.

dengan pemakaian istilah yang tepat dan komprehensif, tetapi ia boleh berubah

mengikut perubahan yang digunakan oleh pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai

alam persekitaran yang tidak pernah selesai dan sentiasa berkembang. Ia juga boleh

bersepadu dengan aktiviti berterusan yang digunakan oleh penyelidikan secara saintifik

yang memberi penemuan-penemuan baru dan boleh mencapai peraturan-peraturan

saintifik serta hakikat alam yang sebelumnya belum diketahui.

Page 6: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

127

2. Pencemaran yang dicipta oleh manusia terhadap alam sekitar yang

menyebabkan kepupusan sumber semula jadi, seperti pencemaran

sisa pepejal yang berupa sampah-sarap yang dihasilkan oleh

masyarakat atau apa yang dicipta, seperti pembinaan kilang,

pembangunan dan pembuatan bahan-bahan peledak (nuklear) atau

yang lahir daripada alat komunikasi dan kenderaan.

Dan dari aspek sistem pengurusan alam sekitar, pencemaran terbahagi kepada beberapa bahagian berikut:

1. Pencemaran biologi, iaitu makhluk-makhluk hidup yang terdapat

di suatu tempat atau masa dengan bilangan yang terlalu banyak

yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit sama ada terhadap

manusia, tumbuhan, haiwan atau munculnya pelbagai binaan yang

menjadi tempat tinggal masyarakat namun dari tempat itu virus

dan bakteria telah menyebarkan penyakit ke dalam air, udara dan

akhirnya menimbulkan pelbagai penyakit terhadap makhluk-

makhluk tersebut.

2. Pencemaran akibat kimia atau pencemaran udara akibat

pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas

beracun oleh sektor perindustrian, jerebu akibat pembakaran

hutan, lava gunung berapi dan bahan pembuangan kilang-kilang

industri, bahan kimia yang mencair yang boleh menjejaskan unsur-

unsur dan realiti alam sekitar secara negatif dan juga makhluk-

makhluk hidup melalui udara yang dihirup dan air yang diminum

serta makanan yang dimakan (al-Makkawi, 1995: 7; Sahar, t.th.:

8).

3. Pencemaran akibat fizikal, antaranya peningkatan aras bunyi

bising tanpa kawalan seperti perlombongan batu kapur, kenderaan

bermotor, peningkatan iklim mikro dan makro, peningkatan

konsentrasi gas pencemar udara, penggunaan bahan nuklear yang

tidak sebenar yang boleh menjejaskan kehidupan manusia,

menyebabkan berjangkitnya pelbagai penyakit kanser, merosakkan

sendi-sendi utama, fungsi otak di dalam tubuh manusia,

menyebabkan kelumpuhan, kematian janin, merosakkan

pencernaan pada janin, penyakit paru-paru, hati dan organ

dalaman manusia („Adil, 2000: 20).

Page 7: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

128

4. Pencemaran akidah, syariat dan akhlak, iaitu kesan daripada

kewujudan alam sekitar yang tidak seimbang atau tindakan-

tindakan yang berhubungkait dengan alam sekitar yang tidak

bertanggungjawab sehingga negara-negara industri menanggung

segala bentuk pencemaran ini. Mereka juga membebankan negara-

negara penghasil minyak agar menjaga dan mengeluarkan biaya

dalam mengawal kebersihan alam sekitar daripada pencemaran

iaitu dengan menjalankan sistem cukai yang tinggi bagi setiap 1

barel minyak, padahal negara-negara penghasil minyak itu sendiri

bukan merupakan negara-negara industri yang pada hakikatnya

negara-negara penghasil minyak tidak menjejaskan alam sekitar

akan tetapi sebaliknya.

KEROSAKAN

Kerosakan menurut bahasa adalah berasal daripada perkataan fasada yang bermaksud rosak, terbalik, basi dan batal. Daripada perkataan tersebut, terbit perkataan al-fasad (kerosakan) yang bermaksud al-talaf, al-asb, al-ittirab, al-khalal dan al-qaht yang bermaksud binasa, tidak stabil, mengarut dan kekeringan. Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Surah al-Rum: 41)

Sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya dan menyebabkan kerosakan sama ada dalam bentuk permainan dan lain-lain (Ibn Manzur, 1996: 688). al-Raghib al-Asfahani (T.th.: 393) membuat pengertian tentang kerosakan iaitu: “Terkeluarnya sesuatu daripada yang biasa, sama ada sedikit atau banyak dan terbalik daripada suatu yang baik. Ia juga digunapakai dalam perkara yang berkenaan dengan jiwa, badan dan perkara-perkara yang keluar daripada naluri biasa. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai kerosakan yang dicipta oleh manusia di dunia atau bagi dirinya dalam kehidupan.

Page 8: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

129

Oleh itu, pengawalan dan pemuliharaan terhadap sumber-sumber alam semula jadi menjadi perkara yang berhubungkait dengan kehidupan manusia yang sememangnya hidup dengan sumber-sumber ini. Pemuliharaan alam sekitar di sini bermaksud tidak menggunapakai dalam hal yang merosak atau tidak pula melampau dalam penggunaannya. Contoh yang dapat diambil daripada wujudnya penggunaan yang tidak baik terhadap sumber-sumber alam semula jadi ini ialah dengan merosak tanah pertanian, pencemaran sumber air, pengeluaran bahan-bahan galian secara liar, pembalakan dan pembakaran hutan, tiadanya pengawalan terhadap ekosistem darat, pembinaan bandar-bandar yang tidak pada tempatnya, pencemaran udara dengan segala macam, merosakkan tempat-tempat yang indah dan menarik, pemilihan ladang-ladang pertanian baru yang tidak melalui penyelidikan ilmiah atau penggunaan bahan-bahan yang tidak sesuai dengan keperluan asas manusia (al-Najjar, t.th.a: 234).

TEORI ISLAM TERHADAP PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Teori Islam dalam pemuliharaan alam sekitar adalah tertumpu kepada asas-asas berikut:

a) Penghargaan (al-taqdir)

Alam sekitar telah dicipta dengan penuh teliti dan sempurna. Hal ini boleh dilihat daripada wujudnya sumber-sumber dan unsur-unsur yang sedia ada dengan kadar yang terhad dan dengan segala perhitungannya. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar: 49)

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Surah al-Ra„d: 8)

Page 9: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

130

Peraturan alam sekitar ini telah pun dicipta oleh Allah SWT dan telah ditetapkan dalam satu unit sempurna yang terdiri daripada makhluk-makhluk hidup dan mati di tempat yang telah ditentukan, antara satu dengan yang lain saling berhubungkait, sesuai dengan peraturan yang teliti dan seimbang dalam dinamika kewujudannya, agar sentiasa berterusan untuk melaksanakan peranannya menghadapi kehidupan ini. Oleh itu peraturan alam sekitar telah pun disebut sebagai peraturan terhadap perlindungan kehidupan (al-Faqi 1993: 22). Peraturan alam sekitar terdiri daripada empat unsur dan jenis iaitu: Unsur produksi, konsumsi (pengguna), penempatan dan unsur-unsur nature yang mati (Ahmad Midhat Islam, 1999: 9-10).

Maksudnya: Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (Surah al-Furqan: 2)

b) Alam sekitar itu dicipta dengan keseimbangan (mutawazinah)

Alam sekitar telah pun dicipta mengikut aturan yang telah sempurna unsur-unsurnya, di mana setiap unsur tidak memiliki kekurangan di dalamnya, dan setiap satu unsur mempunyai tugas yang telah ditentukan pula. Prinsip ini telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran sepertimana berikut:

Maksudnya: Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka

Page 10: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

131

dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (Surah al-Hijr: 19-22)

Daripada gambaran keseimbangan yang telah Allah SWT ciptakan bagi alam sekitar itu ialah: Wujudnya kadar air yang terdapat di permukaan bumi, bahawa kadar ini telah mencapai 71.1 peratus yang terdapat di atasnya, kemudian air itu kembali lagi ke dalam bumi. Dapat diketahui, bahawa awan yang muncul dari laut dan samudera telah dibawa oleh angin sehingga menjadi gumpalan dan dapat menimbulkan petir, maka selepas itu mulai turun air hujan agar sungai-sungai dan denai-denai boleh mengalir. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya. (Surah al-Ra„d: 17)

Air hujan itu disimpan kembali dalam perut bumi dan menjadi air yang basah dan apabila hujan itu turun maka semua makhluk hidup dapat meminum daripadanya dan bumi pun boleh meminumnya. Tidak mungkin ada usaha untuk mengendali turunnya hujan sebab air itu akan kembali mengalir ke lautan lagi sama ada melalui makhluk-makhluk hidup atau bumi itu sendiri. Maka proses di atas akan kembali berulang tanpa berhenti bertukar ganti. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (Surah al-Hijr: 22)

Kita tidak boleh melarang turunnya hujan atau naiknya awan dari lautan itu, kemudian air yang lenyap dari bumi ini yang berupa awan, ia akan kembali melalui turunnya hujan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan

Page 11: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

132

sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. (Surah al-Mu‟minun: 18)

Keseimbangan alam sekitar itu telah nampak dengan gambaran yang indah dengan bentuk proses terhadap unsur-unsur yang sedia ada.

c) Pemuliharaan (al-Himayah)

Alam sekitar telah dicipta secara terkawal, yang berbentuk peraturan-peraturan pemuliharaan, maka bagi setiap peraturan itu mesti berupa peraturan pemuliharaan, agar boleh menjamin kelangsungannya dan boleh mengawal daripada datangnya unsur luaran yang menghalang peraturan yang ada. Apa jua benda atau peraturan mestilah melalui proses pemuliharaan dan tindakan pencegahan yang boleh menjaga daripada kekurangan, kerosakan, kehancuran dan campur tangan musuh-musuh. Pemuliharaan ini dapat menjalankan fungsinya dan kewajipannya di atas dunia dengan penuh teliti dan tetap. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Surah Saba‟: 21)

Sebagai contoh wujudnya pemuliharaan terhadap pelbagai unsur kehidupan seperti: wujudnya atom yang terdapat di dalamnya molekul-molekul yang memelihara kekuatan yang tinggi daripada kemusnahan apabila hal itu terjadi, molekul itu akan keluar dan membuat daya dan tenaga baru. Bumi dan langit, kedua-duanya dipelihara oleh Allah SWT. FirmanNya:

Maksudnya: Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal. (Surah al-Anbiya‟: 32).

FirmanNya lagi:

Page 12: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

133

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak daripada peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya. (Surah Fatir: 41)3

Bukanlah kekuatan ini merupakan satu-satunya peraturan dalam memulihara bumi ini, kerana lebih daripada itu terdapat unsur-unsur yang boleh membahayakan kewujudan bumi ini. Contoh pemeliharaan bumi ini ialah: ruang udara yang terdiri daripada lapisan gas yang pelbagai yang menjalankan fungsi berlainan dalam menjaga keseimbangan bumi. Awan, asap dan oksigen berfungsi mengawal gas yang melenyapkan kewujudan udara, sepertimana sinar matahari menjaga keperitan atau bahang sinar yang berbahaya yang timbul daripada ozon dan menjaga daripada pertembungan antara satu planet dengan yang lainnya, ia juga menjaga kepanasan bumi serta mengawal adanya petir, halilintar dan bunyi-bunyi yang muncul di permukaan bumi itu.

Daripada gambaran keseimbangan alam sekitar terbentuk pula peraturan putaran bagi unsur-unsur dan sumber-sumber alam itu sendiri kerana unsur-unsur yang terdapat dalam alam semula jadi telah hilang, berkurang atau bertambah melampau sehingga hal ini menyebabkan ketidakseimbangan alam sekitar dan peraturannya. Biasanya kecuaian ini disebabkan oleh perilaku manusia dan berkesan terus sama ada secara langsung atau tidak terhadap peraturan-peraturan itu. Kemungkinan peraturan-peraturan alam sekitar ini terdiri dari haiwan-haiwan, pokok-pokok atau makhluk-makhluk yang sangat kecil yang masih boleh dijangkau (Naek Muhammad Salt 1992).

d) Alam sekitar itu dicipta untuk keperluan manusia, dan telah ditundukkan bagi mereka dan manusia itu telah dijadikan khalifah baginya, agar dapat merasai kenikmatan yang wujud di dalamnya, berseronok dengan keindahannya.

Allah SWT telah menyediakan, membentang bumi bagi mereka agar fungsi kekhalifahan mereka benar-benar dijalankan. Allah SWT berfirman:

3Allah SWT yang memulihara dan menetapkan bintang-bintang dan planet-planet

lain agar tidak bertembung antara satu sama lain, dan memelihara bumi ini dengan

peraturan pengawalan yang menarik, dimulakan daripada adanya keseimbangan dan

ketetapan putaran bumi pada gravitinya dengan kekuatan sinar matahari dan kekuatan

gravitinya dan kesemua kekuatan ini tidak mengalami pergeseran sedikit pun.

Page 13: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

134

Maksudnya: Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. (Surah Nuh: 19)

Maksudnya: Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. (Surah al-Dhariyat: 48)

Maksudnya: Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya. (Surah al-Naml: 61)

Maksudnya: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (Surah al-Mulk: 15)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa kejadian-kejadian alam sekitar yang sangat menarik dan di ayat-ayat yang terakhir pada surah Ibrahim ini Allah SWT mengguna kalimah “telah menundukkan” (al-taskhir) sebanyak empat kali, hal ini menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Sempurna dalam menciptakan ciptaanNya, dan menggalakkan manusia agar sentiasa bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan, terutama ditundukkannya makhluk-makhluk yang lain kepada manusia. Manusia hanya dituntut melaksanakan tugas khalifah untuk memulihara alam sekitar ini.

Terdapat banyak ayat yang menjelaskan tentang hubungan khalifah manusia dengan kemudahan alam sekitar kepada manusia. Masalahnya adalah manusia itu sendiri yang melalaikan tugas khalifah, bahkan mereka membuat kerosakan di atas dunia, merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak. Allah SWT berfirman:

Page 14: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

135

Maksudnya: Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia). (Surah al-Baqarah: 205).

Ayat inilah memberi maksud hubungan antara pencemaran dan kerosakan.

e) Pemilikan (al-Milk)

Bumi ini milik Allah SWT sedangkan manusia itu dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah agar mereka dapat mengambil manfaat daripadanya, dan juga merupakan amanah yang telah dibebankan Allah SWT kepada mereka. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya. (Surah Fussilat: 49)

Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah dalam kekuasaanNya dan menjadikan mereka sebagai pemegang amanah serta mewajibkannya agar berfungsi sebagai orang yang beramanah dalam melakukannya, maka tidak boleh bagi mereka untuk mencemari udara, air dan merosakkan tanaman.

PRINSIP ISLAM DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Perundangan Islam telah menetapkan prinsip-prinsip pemuliharaan alam sekitar dan menjadi kewajipan setiap individu, agensi-agensi dan masyarakat sejagat. Kewajipan individu yang mesti dilakukan terhadap Tuhannya, begitu pula dengan kewajipan pertubuhan, kerana manusia itu mempunyai hak untuk memanfaatkan sumber-sumber alam sekitar itu. Manfaat ini merupakan hak bersama antara individu dalam masyarakat berkenaan. Setiap individu itu berhak untuk mengambil manfaat sumber-sumber alam yang boleh memenuhi keperluannya tanpa mengetepikan hak orang lain. Apabila individu tersebut melakukan kerosakan terhadap sumber-sumber tadi, maka wajib baginya menghilangkan kerosakan tadi demi menjaga kemaslahatan

Page 15: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

136

(kebaikan), kerana yang demikian boleh menjadi penghalang bagi hak orang lain.

Termasuk juga kewajipan setiap individu dalam masyarakat agar tidak membazir dan melampau dalam mengguna sumber alam, dan tidak merosakkan apa jua sumber tanpa kepentingan tertentu atau manfaat bersama yang diperolehi daripadanya. Antara kewajipan mereka juga ialah tidak membuat kerosakan bagi alam semulajadi secara umum dan tidak merosakkannya dengan apa cara sekalipun. Setiap individu juga mesti memelihara alam sekitar, tanah, air, udara dan lain-lain. Mereka mestilah bergotong-royong melaksanaannya, iaitu dengan mengawal setiap individu agar tidak membuat kerosakan terhadap alam sekitar berdasarkan kepada kehancuran suatu masyarakat akan meluas jika tiada seorang pun yang menghalangnya. Baginda Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Perumpamaan seseorang yang menjalankan hukum-hakam Allah dan menceburi ke dalamnya adalah seperti suatu kaum yang menaiki perahu; satu kumpulan berada di tingkat atas dan satu kumpulan lagi berada di bawah. Kumpulan yang berada di sebelah bawah, apabila hendak mengambil air, mereka melalui kumpulan yang berada di sebelah atas, kemudian mereka berkata: Kalau kita mengambil bahagian kita dengan cara menebuk lubang, maka tidak akan membahayakan kumpulan yang berada di atas kita. Apabila mereka (kumpulan yang di atas) tidak menegah daripada berbuat demikian, pastilah semua akan mengalami musibah (lemas) tetapi apabila mereka bekerjasama antara satu sama lainnya, maka kesemuanya akan selamat (Hadis riwayat al-Bukhari, al-Tirmidhi dan Ahmad. Lihat: Tuhfat al-Ahwadhi 11628).

Kewajipan pemimpin atau pemerintah pula terhadap pemuliharaan alam sekitar dan sumber-sumbernya adalah sepertimana berikut:

1. Merawat kemudaratan dan pencemaran yang terjadi. 2. Tindakan pencegahan bahaya sebelum terjadi.

Page 16: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

137

Tugas-tugas pemimpin dalam menangani bahaya dan bencana telah diasaskan kepada hadis Baginda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan.

Hadis ini merangkumi teori-teori Islam terhadap pemuliharaan alam sekitar, dan daripada hadis ini muncul beberapa prinsip-prinsip berikut:

1. Kemudaratan dihilangkan atau dihindarkan ( ) (Ibn Majah kitab Hukum-hakam, no. 2331 daripada hadis „Ubadah bin al-Samit). Pemerintah atau pihak berkuasa mempunyai hak untuk memaksa seseorang yang boleh mendatangkan bahaya sama ada di rumah, di jalan-jalan raya, di pasar dengan menghapuskan bahaya dan kemudaratan yang muncul akibat daripada perbuatan dan perilaku mereka, yang kadang-kadang boleh mendatangkan bahaya terhadap alam sekitar. Islam telah melaksanakan konsep ini melalui penguatkuasa atau qadi hisbah dan terdapat banyak buku-buku yang membincangkan topik ini berserta contoh yang banyak (al-Qurashi, 1976; al-Mawardi, t.th.; al-Shirazi, t.th.).

2. Menolak kerosakan lebih utama daripada menarik kemaslahatan ( ) Pemerintah boleh menegah atau menghalang sesuatu yang harus atau mubah sekiranya menyebabkan bahaya terhadap alam sekitar adalah lebih banyak daripada manfaat yang diperolehi. Contohnya: Pencegahan terhadap projek-projek industri, ekonomi dan pertanian yang akan mendatangkan bahaya. Pemerintah juga boleh mencegah penggunaan alat-alat pembasmi yang mengandung hormon, pencegahan kuman atau racun serangga dan sebagainya yang mendatangkan bahaya terhadap manusia. Umum mengetahui, bahawa hasil daripada pertanian itu akan digunakan oleh pengguna dan kilang-kilang akan membawa pelbagai penyakit antaranya udara dan asap yang mengandungi racun.

3. Memilih perkara yang lebih sedikit atau ringan kadar kemudaratannya. ( ), iaitu dengan membakar sampah-sarap yang terletak berhampiran dengan penempatan yang sedikit penduduknya daripada penempatan yang ramai penduduknya, jika pemindahan sampah-sarap itu sukar untuk dipindahkan ke kawasan yang tidak didiami manusia.

Page 17: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

138

4. Kemudaratan itu tidak boleh dihindarkan dengan kemudaratan yang serupa. ( ). Contoh dalam perkara ini ialah penggunaan benda-benda pembasmi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan hanya kerana hendak menghapuskan haiwan-haiwan yang melata.

5. Mendahulukan kepentingan umum ke atas kepentingan khusus. ( ) Contohnya ialah: Projek-projek pembinaan dengan pelbagai kelengkapannya seperti pembinaan jalan raya, jambatan, memanjangkan rel kereta api, pembinaan lapangan terbang di tempat-tempat tertentu yang tidak mungkin ia boleh dibina. Projek-projek ini biasanya mendahulukan kepentingan umum sehingga menyebabkan pemindahan segelintir penduduk daripada tempat tinggal mereka ke kawasan baru dan projek semacam ini tidak mesti dibina sekiranya berbahaya kepada golongan tertentu. Oleh itu, pemerintah perlu membayar gantirugi atau pampasan kepada penduduk dan menyediakan kawasan yang sesuai didiami bagi mereka dengan mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan khusus.

6. Jika yang wajib tidak sempurna kecuali dengan perkara lain, maka perkara itu menjadi wajib ( ). Oleh itu, wajib bagi pemerintah untuk mencegah pencemaran sumber air dan aliran air keroh ke tempat air jernih. Kewajipan ini tidak akan sempurna kecuali dengan membina sistem perairan yang sihat untuk mencegah pencemaran dan membahayakan manusia. Pejabat kerajaan mesti mengambilberat terhadap pelupusan sampah sarap dengan membina kilang yang boleh mengitar semula sampah-sarap tersebut.

7. Tindakan yang dijalankan oleh pemimpin negara tertakluk kepada wujudnya kepentingan (maslahah) ( ). Kewajipan pemimpin ialah mengawal segala kepentingan umatnya dan sentiasa melaksanakan hukum-hakam yang telah sedia ada. Pemimpin itu merupakan wakil bagi kaumnya dalam menjalankan perkara-perkara yang telah disyariatkan oleh Allah SWT dalam negara dan mesti menjalankan fungsi dakwah Islam ke seluruh dunia dengan konsep jihad. Oleh itu, tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat mesti tertakluk kepada kepentingan mereka dan sentiasa memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka.

Page 18: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

139

Amalan prinsip ini berserta prinsip-prinsip yang lain bagi seorang pemimpin merupakan suatu cara yang boleh mencegah kepada berlakunya pencemaran alam dan boleh menjaga keseimbangannya (al-Subki, t.th. 1: 41; al-Suyuti, t.th.: 86; al-Burnu, 1416H: 48).

KESIMPULAN

Melalui isu-isu penting di atas, jelas kepada kita bahawa Islam mengambil berat tentang alam sekitar dan masalah pencemaran dan meletakkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi. Pihak kerajaan serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mestilah mewujudkan pelbagai kaedah untuk mengawal kemerosotan kualiti alam sekitar dan pengurusan persekitaran. Badan-badan tertentu perlu giat menjalankan pelbagai program untuk tujuan pendidikan alam sekitar, kesedaran awam, dan penyebaran informasi dalam mempertingkat dan memperkuatkan pengurusan alam sekitar secara mapan.

RUJUKAN

„Adil Fahmi Badr, al-Qur‟an wa al-Sunnah wa Tahdhir al-Sama„ min Talawwuth al-Bi‟ah, Kertas kerja yang dibentang di Muktamar al-„Ilmi al-Thani Kulliyyat al-Shari„ah bertajuk “Qadaya al-Bi‟ah min Manzur Islami” 21-23 November 2000.

Ahmad Midhat Islam, al-Talawwuth Muskilat al-„Asr, vol. 102 dalam Silsilat „Alam al-Ma„rifah. al-Majlis al-Watani li al-Thaqafah wa al-Funun, Kuwait. Ogos 1999.

al-Asfahani, al-Raghib. T.th. Mu‘jam Mufradat Alfaz al-Qur’an. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi.

Badawi, Mahmud al-Shaykh. 2000. Qadaya al-Bi’ah min Manzur Islami. Kaherah: al-Dar al-„Arabiyyah li al-Nashr. Cet. I.

al-Burnu, Muhammad Sidqi bin Ahmad. 1416H. Mawsu‘at al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah. Cet. I. Riyad: Maktabat al-Tawbah

al-Faqi, Muhammad „Abd al-Qadir. 1993. al-Bi’ah, Mashakiluha wa Qadayaha wa Himayatuha min al-Talawwuth, Ru’yah Islamiyyah. Kaherah: Maktabat Ibn Sina li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Ibn Manzur. 1996. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Page 19: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

140

Majma„ al-Lughah al-Arabiyyah. T.th. al-Mu‘jam al-Wasit. Beirut. Dar al-Hadith li al-Tab„ wa al-Nashr.

al-Makkawi, „Ali. 1995. al-Bi’ah wa al-Sihhah, Dirasah fi ‘Ilm al-Ijtima‘ al-Tibbi. Iskandariyyah: Dar al-Ma„rifah al-Jami„iyyah.

al-Makkawi, „Ali. al-Athar al-Sihiyyah al-Mutarattibah ala al-talawwuth al-Biiyy dakhil al-Masna' wa Kharijihi, kertas kerja yang dibentang Persidangan Antarabangsa yang ke 15 tentang alam sekitar bagi pembancian dan statistik saintifik. Kaherah, 8-21 Mac 1990.

al-Mawardi. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah. Mansurah: Dar al-Wafa‟.

Naek Muhammad Salt. 1992. al-Mafahim al-Asasiyyat fi ‘Ilm al-Bi’ah. Iskandariah: Maktabat Dar al-Nasr.

al-Najjar, „Abd al-Hadi. 1983. al-Islam wa al-Iqtisad. Kuwait: al-Majlis al-Watani li al-Thaqafah wa al-Funun wa al-Adab.

al-Najjar, „Abd al-Majid. 1999. Qadaya al-Bi’ah min Manzur Islami. Doha: Markaz al-Buhuth al-Islamiyyah.

al-Qurashi, Ibn al-Ikhwah, Muhammad bin Muhammad bin Hamad. 1976. al-Qurbah fi Ahkam al-Hisbah. T.tp: T.pt.

Sa„id al-Haffar, al-Talawwuth al-Bi‟i, al-Kimya‟iyyat „ammah wa al-Musarratanat minha khassah, kertas kerja yang dibentang sempena seminar mengenai alam sekitar dan pengawalannya daripada pencemaran, Maktab al-Tarbiyah al-„Arabi. Kuwait, 25-28 Oktober 1986.

Sa„id al-Haffar. 1990. Bi’ah min ajl al-Baqa’. Doha: Dar al-Thaqafah li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Sahar Mustafa Hafiz. al-Tanmiyah al-Sina„iyyah wa al-Himayah al-Tashri„iyyah li al-Bi‟ah min al-Talawwuth, kertas kerja yang dibentang sempena Persidangan Antarabangsa yang ke 15 tentang Alam Sekitar bagi Pembancian dan Statistik Saintifik. Dar al-Buhuth al-„Ilmiyyah al-Ijtima„iyyah.

Page 20: KONSEP PENJAGAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/09-Dr-Ahmad... · pembakaran terbuka, asap kenderaan, pelepasan asap atau gas beracun

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

141

Salamah, Ahmad „Abd al-Karim. 1416H/1996. Qanun Himayat al-Bi’ah al-Islami Muqaranah bi al-Qawanin al-Wad‘iyyah. Kaherah: T.Pn. Cet. I.

al-Shirazi, „Abd al-Rahman bin Nasr. 1946. Nihayat al-Rutbah fi Talab al-Hisbah. Kaherah: Matba„at Lajnat al-Ta‟lif wa al-Tarjamah wa al-Nashr.

al-Subki, Taj al-Din „Abd al-Wahhab bin „Ali. 1991. al-Ashbah wa al-Naza’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

al-Suyuti, Jalal al-Din bin „Abd al-Rahman. T.th. al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa‘id wa Furu‘ al-Shafi‘iyah. Makkah al-Mukarramah: Dar al-Baz li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Zayn al-Din „Abd al-Maqsud. 1981. al-Bi’ah wa al-Insan. Kuwait: Dar al-Buhuth al-„Ilmiyyah.