transaksi emas secara bertangguh dan ansuran: analisis...

16
International Conference of Global Islamic Studies 2014 253 Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis Fatwa MUI Mat Noor Mat Zain Salmy Edawati Yaacob Azlin Alisa Ahmad Zamzuri Zakaria Zuliza Mohd Kusrin Abstrak Emas adalah salah satu bahan yang kategorikan sebagai bahan ribawai yang terikat dengan syarat-syarat khusus dalam melakukan transaksi dengannya. Antara syarat yang mesti adalah syarat al-hulul, iaitu secara tunai, maka tidak boleh dilakukan secara bertangguh atau secara ansuran kerana berlaku riba dan boleh merosakkan kontrak tersebut. Kedudukan tersebut hampir disepakati oleh semua ulama. Namun demikian, ada terdapat segelintir ulama yang membolehkannya kerana illah riba pada emas dan perak pada masa sekarang tidak wujud. Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga telah membuat fatwa membolehkan jual beli emas secara tidak tunai, baik melalui jual beli biasa atau jual beli murabahah. ). Fatwa ini sememangnya membawa kepada kontrovesi kerana bertentangan dengan majoriti ulama. Oleh itu, kertas kerja ini akan menilai balik pandangan dan hujah yang dipegang oleh MUI tersebut. Kajian ini dilakukan secara kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen terhadap fatwa MUI dan bahan-bahan daripada kitab-kitab turath dan moden, artikel, fatwa semasa. Bahan-bahan tersebut akan dianalisis secara deduktif untuk mencapai kesimpulan yang pasti kedudukan sebenar dalam masalah. Gold Transactions with a Deferred Price (on Credit) and Installments: An Analysis of MUI Fatwa Gold is considered as one of ribawi material that binds to particular conditions during its transaction. Among the conditions that have to be followed during the transaction are the condition of al-hulul, that is the payment must be in cash, cannot be delayed or pay by installment because it will cause riba/usury that can destroy the contract. That ruling is unanimously agreed by majority of the Islamic scholars. However, there is few of the Islamic scholars allow that kind of transactions based on the reasoning that nowadays there is no illah for the transaction of gold and silver. The Majelis Ulama Indonesia (MUI) also made a fatwa that permitted the transaction of gold by way of other than cash, whether through ordinary transaction or murabahah transaction. The fatwa indeed has cause controversy because their opinion is inconsistent with the majority opinion of the Islamic scholars. Thus, this article will review on the opinion and reasons taken by the MUI. The study will analyses other discussion and opinion on the issues as mentioned in the classical and contemporary book of fiqh, articles and other contemporary fatwas that also discussed on the same issue. The data gathered will be analyzed deductively in order to gain a definite solution and ruling on that issue.

Upload: dinhnhan

Post on 06-Jun-2018

286 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

253

Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis Fatwa MUI

Mat Noor Mat Zain

Salmy Edawati Yaacob

Azlin Alisa Ahmad

Zamzuri Zakaria

Zuliza Mohd Kusrin

Abstrak

Emas adalah salah satu bahan yang kategorikan sebagai bahan ribawai yang terikat

dengan syarat-syarat khusus dalam melakukan transaksi dengannya. Antara syarat

yang mesti adalah syarat al-hulul, iaitu secara tunai, maka tidak boleh dilakukan

secara bertangguh atau secara ansuran kerana berlaku riba dan boleh merosakkan

kontrak tersebut. Kedudukan tersebut hampir disepakati oleh semua ulama. Namun

demikian, ada terdapat segelintir ulama yang membolehkannya kerana illah riba pada

emas dan perak pada masa sekarang tidak wujud. Majelis Ulama Indonesia (MUI)

juga telah membuat fatwa membolehkan jual beli emas secara tidak tunai, baik

melalui jual beli biasa atau jual beli murabahah. ). Fatwa ini sememangnya membawa

kepada kontrovesi kerana bertentangan dengan majoriti ulama. Oleh itu, kertas kerja

ini akan menilai balik pandangan dan hujah yang dipegang oleh MUI tersebut. Kajian

ini dilakukan secara kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen terhadap fatwa MUI

dan bahan-bahan daripada kitab-kitab turath dan moden, artikel, fatwa semasa.

Bahan-bahan tersebut akan dianalisis secara deduktif untuk mencapai kesimpulan

yang pasti kedudukan sebenar dalam masalah.

Gold Transactions with a Deferred Price (on Credit) and Installments: An

Analysis of MUI Fatwa

Gold is considered as one of ribawi material that binds to particular conditions during

its transaction. Among the conditions that have to be followed during the transaction

are the condition of al-hulul, that is the payment must be in cash, cannot be delayed or

pay by installment because it will cause riba/usury that can destroy the contract. That

ruling is unanimously agreed by majority of the Islamic scholars. However, there is

few of the Islamic scholars allow that kind of transactions based on the reasoning that

nowadays there is no illah for the transaction of gold and silver. The Majelis Ulama

Indonesia (MUI) also made a fatwa that permitted the transaction of gold by way of

other than cash, whether through ordinary transaction or murabahah transaction. The

fatwa indeed has cause controversy because their opinion is inconsistent with the

majority opinion of the Islamic scholars. Thus, this article will review on the opinion

and reasons taken by the MUI. The study will analyses other discussion and opinion

on the issues as mentioned in the classical and contemporary book of fiqh, articles and

other contemporary fatwas that also discussed on the same issue. The data gathered

will be analyzed deductively in order to gain a definite solution and ruling on that

issue.

Page 2: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

254

Pengenalan

Emas dan perak adalah antara sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan manusia.

Kedua-duanya sememangnya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sama ada

usahawan-usahawan, peniaga-peniaga mahupun individu persendirian, terutamanya

kaum wanita. Selain dijadikan harta simpanan berharga, kedua-duanya dijadikan

sebagai hiasan pada diri seperti cincin, rantai, gelang dan pelbagai lagi. Emas sering

dikaitkan dengan kemewahan dan dianggap harta paling bernilai bagi manusia selain

daripada wang ringgit. Manakala perak pula sering mendapat tempat oleh pereka-

pereka barangan hiasan diri dan hiasan rumah. Oleh itu, masyarakat zaman dahulu

hingga sekarang berlumba-lumba untuk mendapatkan emas dan perak dengan

pelbagai cara yang sesuai dengan perkembangan teknologi. Dengan ini, kedua-dua

bahan tersebut sememangnya menentukan kedudukan dan prestej kepada pemiliknya.

Ia adalah antara harta tidak ternilai kepada manusia. Firman Allah SWT (al-Qur`an,

Al Imran, 3 : 14):

Maksudnya:

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu

iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-

timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan

haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah

kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali

yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan

berkembang. Ia juga dijadikan sebagai matawang dalam bentuk dinar dan dirham

yang menjadi alat pertukaran berzaman. Dikatakan matawang emas dan perak

merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

Selain itu, emas dan perak juga memberi pulangan yang besar kepada sesiapa yang

terlibat dengan urusniaga kedua-duanya dengan membeli dan menjual emas fizikal

pada harga yang kompetitif. Platform urus niaga emas berasaskan konsep syariah

membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan

penyusutan nilai mata wang. Oleh itu, memiliki emas serta menyimpan emas pada

masa kini semakin hangat diperkatakan di sana sini. Datuk Seri Najib Tun Razak

berkata ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat

Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari 2007 (Fauzi

Jaafar 2007): “Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi

berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk

melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,”

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah

terbaik dan terunggul. Pelbagai cara untuk mendapatkan dan memperolehinya tetapi

cara cara yang paling banyak berlaku adalah melalui proses urusniaga jual beli dan

pelaburan.

Page 3: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

255

Setiap urusniaga yang berkaitan dengan emas dan perak ini bukanlah semudah seperti

barang-barang perniagaan lain. Ini kerana emas dan perak boleh menyebabkan

berlaku riba di dalam aktiviti jualbelinya lantaran kedua-duanya adalah termasuk

barangan ribawi. Proses serta syarat-syarat yang tertentu telah ditetapkan oleh syarak

yang wajib dipatuhi bagi orang-orang Islam dalam melakukan transaksi terhadapnya.

Latar Belakang

Amalan jualbeli barang yang melibatkan semua jenis barang keperluan manusia

berlaku dahulu kala lagi sama ada jual beli barang dengan barang (barter trade) atau

jual beli dengan sesuatu mata wang tertentu. Semua bentuk jual beli ini dalam Islam

dibolehkan tetapi dengan peraturan dan ketetapan hukum tertentu. Perlanggaran

ketetapan tesebut akan menyebabkan sesuatu transaksi itu akan terbatal atau

membolehkan pihak yang berakad memafasakhkan akad. Antara peraturan itu adalah

bebas daripada sebarang unsur riba yang telah jelas-jelas dilarang oleh Allah dalam

apa juga transaksi sekalipun, terutamanya melibatkan bahan-bahan ribawai, iaitu emas

dan perak serta empat jenis komoditi makanan iaitu gandum, barli, kurma dan garam.

Firman Allah SWT yang maksudnya (al-Qur`an, 2 : 275): "Allah menghalalkan jual

beli dan mengharamkan riba".

Dalam al-Mucjam al-Wasit dinyatakan bahawa maksud kalimah ‘riba’ adalah

berkembang dan bertambah. Sementara riba dari segi istilah syarak adalah (al-

Syarbini al-Khatib, 2:210, Daud al-Fatani, Furuk al-Masail, 2:11): “Aqad atas

pertukaran dengan benda tukaran yang tertentu yang tidak diketahui persamaan antara

keduanya pada timbangan syarak pada waktu aqad atau dengan dilewatkan

(penyerahan) tukaran keduanya atau salah satunya”.

Riba boleh terjadi dengan dua sebab, iaitu hutang dan jual beli. Riba hutang terjadi

bila disyaratkan pembayaran yang lebih dalam pinjaman atau hutang. Sebagai contoh,

hutang RM1000.00, wajib dibayar RM1200.00. Syarat pembayaran yang lebih ini

menjadikan aqad tadi sebagai satu aqad riba, sekalipun dengan persetujuan dan

kerelaan kedua-dua belah pihak. Manakala Riba dalam jual beli berlaku dalam

uruniaga beberapa jenis benda tertentu yang dinamakan barangan ribawi (Wahbah al-

Zuhayli 5: 353).

Pada asasnya barangan ribawi telah dinyatakan di dalam hadith Nabi SAW yang

diriwayatkan daripada Ubadah bin al-Samit RA yang menyatakan (Bukhariyy, No.

2067, 2 : 761 ; Muslim, No. 1584, 693):

Maksudnya:

Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w melarang menjual beli emas

dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan

syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam kecuali bersamaan, ain

Page 4: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

256

denga ain, maka sesiapa yang menambah ataun minta tambah maka dia telah

melakukan riba”.

Hadis menyatakan terdapat enam jenis barangan ribawi iaitu emas, perak, gandum,

barli, tamar dan garam barangan. Segala urusniaganya tertakhluk kepada hukum riba,

iaitu riba jual beli (riba al-buyuc). Selain daripada enam komoditi yang telah

dinyatakan di dalam hadis, majoriti ulama berpendapat mengatakan bahawa komoditi

lain juga boleh terlibat dengan riba asalkan barangan itu mempunyai cillah yang sama

dengan barangan ribawi tersebut.

Berdasarkan hadith di atas juga bahan-bahan ribawi dapat dikategorikan kepada dua

kelompok iaitu; bahan logam dan bahan makanan. Emas dan perak adalah bahan

ribawi dari kelompok logam dan kedua-duanya adalah sama dari segi illah tetapi

berlainan jenis. Sementara bahan ribawi dari kelompok makanan yang disepakati

adalah tamar, gandum, syair, garam yang masing-masing daripada jenis yang

berlainan tetapi sama dari segi illah.

Emas dan perak merupakan antara unsur yang sangat jelas mengandungi riba dalam

urusniaga jualbelinya. Pemilik emas dan perak yang terlibat dengan urusniaga emas

dan perak adalah terdedah dengan riba. Hal ini kerana, emas dan perak boleh

menyebabkan ke arah berlakunya riba.

Syarat dalam menjalankan jual beli barang ribawi jika dari jenis yang sama dan illah

yang sama seperti emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum

hendaklah memenuhi tiga syarat (Lihat al-Haythami, 16:459 ; al-Uthaymin, 8:399 ;

al-Husayni, 233):

i) al-Mumathalah iaitu persamaan kuantiti sama ada dari segi timbangan

mahupun sukatan maka tidak boleh menukar 3g emas dengan 3.1g emas, 4kg

gandum dengan 4.1kg gandum.

ii) al-Hulul iaitu pertukaran secara tunai. Maksudnya penyerahan barang itu

dilakukan secara terus dan tunai dalam majlis akad jual beli. Dengan ini, tidak

boleh menjual secara bertangguh atau ansuran.

iii) al-Taqabud iaitu serah terima berlaku dalam majlis akad. Maka tidak sah

melakukan jual beli dengan dilewatkan penyerahan salah satu subjek akad,

iaitu barang jualan atau harga belian.

Namun demikian, jual beli berlaku antara barang ribawi yang sama illah tetapi

berlainan jenis seperti emas dengan perak, gandum dengan syair maka mesti

memenuhi dua syarat, iaitu al-hulul dan al-taqabud (al-Husayni, 235):

Dengan ini, boleh berlaku ketidaksamaan dari segi kuantiti, maka boleh menjual 3g

emas dengan 4g perak asalkan kedua-duanya hadir atau berada dalam majlis akad dan

berlaku serah terima dalam majlis akad itu juga.

Dalam melakukan menjual beli barang ribawi yang tidak sama illah dan tidak sama

jenis maka tidak disyaratkan mematuhi peraturan transaksi bahan ribawi. Oleh itu,

Page 5: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

257

boleh berlaku jual beli secara berlebih kurang dan secara bertangguh asalkan

memenuhi syarat-syarat jual beli biasa dari segi rukun-rukun dan syarat-syarat.

Permasalahan

Membeli barang dengan ansuran adalah salah satu cara yang biasa dilakukan oleh

masyarakat Islam di serata tempat. Amalan jual beli dengan sistem itu dianggap

sebagai cara alternatif memperolehi sesuatu yang diinginkan secara mampu milik dan

tidak membebankan.

Memandangkan kedudukan emas yang mempunyai nilaian tinggi di mata manusia

keseluruhannya, maka Allah SWT telah mengkhususkan hukum hakam khusus

mengenainya di dalam syariatNya. Tambahan pula, ramai yang mengambil

kesempatan terhadap kedudukan itu dengan melakukan manipulasi dengan pelbagai

cara bagi mendapat untung dan laba yang segera dan berlipat kali ganda. Oleh itu,

Allah SWT telah mengaitkan hukum hakamnya dengan riba. Sebarang bentuk

transaksi mengenai emas dan perak hendaklah mematuhi peraturan khusus bagi tidak

terjerumus ke dalam kancah riba.

Antara bentuk urus niaga emas dan perak yang menjadi perbincangan hangat

mengenainya adalah urusniaga emas dan perak secara bertangguh dan secara ansuran.

Walaupun hukum hakam mengenainya jelas dalam masalah urusniaga kedua-duanya

jika dalam keadaan tulen (emas atau perak tulen) tetapi terdapat beberapa keadaan

yang menjadi perbahasan hangat di kalangan ulama jika kedua-keduanya bukan dalam

bentuk asal, iaitu setelah diubah dan dijadikan barangan dalam bentuk lain. Begitu

juga jika dilakukan urusniaga kedua-duanya dengan matawang dan instrumen

kewangan moden. Namun demikian, pada waktu mutakhir ini, terdapat perbincangan

juga mengenai kedudukan transaksi emas tulen atau dinar emas yang dilakukan

transaksinya secara tidak tunai. Khilaf berlaku kerana berlaku perubahan pada

kedudukan emas dan perak itu sendiri pada masa sekarang yang dikatakan tidak

mengambarkan sifat asalnya, iaitu sebagai matawang yang juga merupakan illat

berlakunya riba pada kedua-duanya. Justeru, emas dan perak pada masa sekarang ini

sudah berubah fungsinya dan kalau sedemikian, apakah sifatnya sebagai bahan ribawi

telah berubah kerana tidak lagi dianggap matawang.

Pendapat Rapat Pleno DSN-MUI pada hari Kamis, 3 Jun 2010 Masehi bersamaan 20

Jumadil Akhir 1431H telah memutuskan bahawa jual beli emas secara tidak tunai,

baik melalui jual beli biasa atau jual beli murabahah, hukumnya dibolehkan

(mubah, ja'iz) selagi emas tidak menjadi alat tukaran rasmi (matawang). Dengan emas

dan perak bukan lagi bahan ribawi kerana tidak lagi dijadikan matawang, maka tidak

terikat dengan hukum riba.

Alasan yang diberikan ini berlainan dengan hujah yang disimpulkan oleh ulama silam

daripada hadith dan athar. Ini kerana yang dibincangkan oleh ulama adalah dari segi

illat pengharaman riba pada emas dan perak. Berdasarkan illat ini, terdapat beberapa

perkara lain yang boleh dikaitkan dengan riba kerana persamaan illah dengan emas.

Menurut mazhab Hanafi dan riwayat yang masyhur daripada mazhab Hanbali, cillah

riba emas dan perak adalah keduanya barang yang ditimbang maka dihubungkan

kepadanya segala jenis barang yang ditimbang seperti tembaga, timah, besi, dan

Page 6: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

258

kapas. Pendapat ini juga merupakan pendapat Sufyan al-Sauri, Hammad, al-Hakam,

al-Zuhri, dan al-Auzai. [al-Majmuk, 9/393, al-Syarhul Mumti’, 8/398, Majmuk

Fatawa Ibn Taimiah, 29/470].

Mazhab Shafie, Malik, dan riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat

illah riba pada emas dan perak adalah al-thamaniah (المثنية), iaitu emas dan perak

adalah harga dan nilai segala barang-barang (al-Jaziriyy 1933, 2:326-329, Ibn

Qudamah 1985/1405H, 4 : 135). Namun demikian, mazhab Shafie hanya menyatakan

bahawa illat riba pada emas dan perak adalah disebabkan ia harga kepada sesuatu

barang (al-Nawawiyy, T. th., 9 :393). Dengan ini, riba hanya berlaku pada emas dan

perak sahaja, maka tidak berlaku kepada besi, tembaga dan seumpamanya. Sementara

Imam Malik pula berpendapat illahnya ialah harga kepada pada kebanyakan benda

atau dengan kata lain riba tidak akan berlaku pada logam selain emas dan perak. (Ibn

Rushd 1995, 2 : 106).

Berdasarkan kedudukan tersebut illah riba pada emas dan perak menurut kedua-dua

mazhab tersebut hanyalah terhad kepada kedua-duanya sahaja.

Menurut Ibn Taymiyyah, illah riba pada emas dan perak adalah adalah sifatnya yang

boleh dijadikan harga atau al-thamaniah (المثنية), yakni emas dan perak adalah harga

dan nilai segala barang-barang (Ibn Taymiyyah 2005, 29 : 471-472).

Dengan ini, tidak ada lagi ulama yang menafikan kedudukan emas dan perak sebagai

bahan ribawi seperti yang diakui oleh fatwa MUI ini. Justeru, emas dan perak pada

masa sekarang ini sudah berubah fungsinya dan kalau sedemikian, apakah sifatnya

sebagai bahan ribawi telah berubah kerana tidak lagi dianggap matawang. Kalau

dikekalkan sebagai matawang apakah illah sebenar emas dan perak dikira bahan

ribawi? Oleh itu, fatwa ini sememangnya membawa kepada kontrovesi dan

perdebatan (Chairul Afanan 2013) kerana bertentangan dengan majoriti ulama.

Justeru, penilaian semula pandangan dan hujah yang dipegang oleh MUI tersebut

sangat perlu bagi mencapai kesimpulan yang pasti kedudukan sebenar dalam masalah.

Pandangan MUI dan Hujahnya

Pandangan MUI – Emas dan perak jika dilakukan pertukaran dengan matawang kertas

atau apa bentuk gentian kepada matawang seperti adalah tidak terikat dengan hukum

riba. Oleh itu, ia boleh diurusniaga secara tidak tunai sama ada melalui jual beli biasa

atau jual beli murabahah. Hujah MUI dalam masalah ini adalah:

i) Illah riba pada emas dan perak adalah kerana dijadikan harga bagi sesuatu

barang julan, iaitu matawang. Wang diperakui jika masyarakat menerimanya

sebagai wang (alat atau media pertukaran). Emas tidak menjadi alat tukar yang

rasmi (wang) maka tidak wujud illah riba padanya. Justeru boleh dibuat jual

beli seperti barang (silcah).

ii) Kedudukan emas dan perak tidak lagi dikira matawang kerana:

Wang diiktiraf jika diterbitkan atau ditetapkan oleh lembaga kewangan

yang berautoriti.

Page 7: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

259

masyarakat dunia tidak lagi memperlakukan emas atau perak sebagai uang,

tetapi memperlakukannya sebagai barang (sil'ah).

Ibnu Taymiyah dan Ibnu al-Qayyim menegaskan bahwa jika emas atau

perak tidak lagi difungsikan sebagai wang, misalnya telah dijadikan

perhiasan, maka emas atau perak tersebut berstatus sama dengan barang

(sil'ah).

Masyarakat dunia tidak lagi memperlakukan emas atau perak sebagai

wang, tetapi memperlakukannya sebagai barang (sil'ah).

Namun keharusan transaksi emas dan perak secara bertangguh itu bukanlah secara

mutlak, sebaliknya MUI mensyaratkan beberapa syarat, iaitu :

i) Harga jual tidak boleh bertambah

ii) Emas itu boleh dijadikan cagaran (rahn)

iii) Emas yang dicagar itu tidak boeh dijual.

Menurut Chairul Afanan, pendekatan fatwa diambil oleh MUI adalah berasaskan

prinsip syariah, iaitu dasar maqasid syariah (tujuan hukum), dengan tujuan

mewujudkan kemaslahatan manusia demi menjamin perkara asas (daruriyyat),

memenuhi keperluan (hajiyat) dan kebaikan-kebaikan (tahsinyyat).

Kedudukan Fatwa MUI

Perbincangan mengenai kedudukan kebanyakan transaksi emas dan perak sama ada

secara tunai dan bertangguh serta transaksi yang tercetus daripadanya adalah berpunca

dripada perselisihan ulama mengenai kedudukan emas sama ada terdiri daripada

bahan ribawi atau tidak. Perbincangan ulama dalam masalah ini telah lama berlaku.

Kebanyakan perbincangan adalah terumpu kepada emas perhiasan yang dipakai oleh

wanita sama ada termasuk dalam kategori emas yang dikategorikan sebagai bahan

ribawi atau telah terkeluar daripada bahan ribawi. Perbincangan mengenai kedudukan

emas sebagai bahan ribawi telah disepakati oleh kesemua ulama. Ia terikat kepada

hukum hakam bahan ribawi yang antara lainnya mestilah al-hulul dan al-taqabud jika

dari jenis yang berlainan, dan ditambah al-tamathul jika dari sama.

Oleh itu, fatwa yang dikeluarkan oleh MUI, iaitu emas bukan bahan ribawi pada masa

kini ini bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh kebanyakan ulama silam dan

semasa . Ini disebabkan MUI telah menyatakan bahawa illah emas dan perak sebagai

bahan ribawi adalah kerana kedudukannya sebagai harga atau mata wang tetapi pada

masa sekarang ia bukan lagi dinggap sebagai matawang maka ia terkeluar dariada

bahan ribawi. Oleh itu, boleh ditransaksikan secara tunai dan hutang, penyerahan

boleh secara bertangguh atau secara terus. Ia boleh juga ditransaksikan dengan adanya

lebihan.

Fatwa MUI ini juga silap dari segi membuat hujah dengan pandangan dan pendapat

ulama silam dalam menentukan iillah riba pada emas dan perak. Ini kerana pandagan

ulama mengneai kedudkan harus bertransaksi secara bertangguh berlaku pada emas

perhiasan yang dipakai, bukan emas mutlak.

Page 8: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

260

Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa fatwa MUI dalam menentukan hukum hakam

emas dan perak adalah berlegar dalam dua perkara asas utama, iaitu illah riba pada

emas dan perak, dan kedudukan emas dan perak sebagai matawang.

Perbincangan

i) Illah riba pada emas dan perak

Emas dan perak merupakan antara unsur yang sangat jelas mengandungi riba dalam

urusniaga jualbelinya. Pemilik emas dan perak yang terlibat dengan urusniaga emas

dan perak adalah terdedah dengan riba. Hal ini kerana, emas dan perak boleh

menyebabkan ke arah berlakunya riba.

Mengenai kedudukan emas dan perak sebagai bahan ribawi juga telah dinyatakan oleh

banyak hadith. Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa'i, Abu Daud, Ibn Majah, dan Ahmad

meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab berkata: Nabis.a.w. bersabda:“(Jual beli)

emas dengan perak adalah riba kecuali (dilakukan) secara tunai.”

Muslim juga meriwayatkan bahawa Bara’ bin ‘Azib dan Zaid bin Arqam berkata:

“Rasulullah s.a.w. melarang menjual perak dengan emas secara piutang (tidak tunai).”

Namun demikian, ulama khilaf sama ada bahan-bahan ribawi di dalam hadith itu,

hanya terhad kepada yang sabit di dalam hadith itu sahaja atau boleh dipanjangkan

kepada bahan-bahan lain. Ini berlaku lantaran mereka tidak sepakat dalam

menentukan cillah barangan tersebut disifatkan sebagai barang ribawi. Berbagai

pendapat diutarakan dalam persoalan ini (al-Mutrak, 1996, 95).

Menurut mazhab Hanafi dan riwayat yang masyhur daripada mazhab Hanbali, cillah

riba emas dan perak adalah keduanya barang yang ditimbang maka dihubungkan

kepadanya segala jenis barang yang ditimbang seperti tembaga, timah, besi, dan

kapas. Pendapat ini juga merupakan pendapat Sufyan al-Sauri, Hammad, al-Hakam,

al-Zuhri, dan al-Auzai. [al-Majmuk, 9/393, al-Syarhul Mumti’, 8/398, Majmuk

Fatawa Ibn Taimiah, 29/470].

Mazhab Shafie, Malik, dan riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat

illah riba pada emas dan perak adalah al-thamaniah (المثنية), iaitu emas dan perak

adalah harga dan nilai segala barang-barang (al-Jaziriyy 1933, 2:326-329, Ibn

Qudamah 1985/1405H, 4 : 135). Namun demikian, mazhab Shafie hanya menyatakan

bahawa illat riba pada emas dan perak adalah disebabkan ia harga kepada sesuatu

barang (al-Nawawiyy, T. th., 9 :393). Dengan ini, riba hanya berlaku pada emas dan

perak sahaja, maka tidak berlaku kepada besi, tembaga dan seumpamanya. Sementara

Imam Malik pula berpendapat illahnya ialah harga kepada pada kebanyakan benda

atau dengan kata lain riba tidak akan berlaku pada logam selain emas dan perak. (Ibn

Rushd 1995, 2 : 106).

Berdasarkan kedudukan tersebut illah riba pada emas dan perak menurut kedua-dua

mazhab tersebut hanyalah terhad kepada kedua-duanya sahaja.

Menurut Ibn Taymiyyah, illah riba pada emas dan perak adalah adalah sifatnya yang

boleh dijadikan harga atau al-thamaniah (المثنية), yakni emas dan perak adalah harga

Page 9: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

261

dan nilai segala barang-barang. Beliau menyatakan (Ibn Taymiyyah 2005, 29 : 471-

472) :

“Pendapat yang rajih: Illah dalam pengharaman riba pada dinar dan dirham

ialah kedudukannya sebagai harga sebagaimana yang dinyatakan oleh jumhur

ulama, bukannya timbangan ... menjadikan kedudukannya sebagai harga

sebagai illah adalah berasaskan sifat yang bersesuaian. Maksud sebenar harga

itu adalah sebagai tanda aras kepada harta yang kemudiannya dapat diketahui

nilai harta tersebut tetapi bukan maksudnya dari segi mendapat manfaatnya

semata-mata.”

Maka illah ini terhad kepada apa yang dinamakan sebagai ‘wang’ yang tetap dengan

harga barang-barang iaitulah emas dan perak dan tidak menjangkau kepada selainnya

daripada barang-barang dagangan yang dijadikan sebagai harga tukaran seperti

menjual kain dengan makanan walaupun harus menjadikan kain sebagai harga

makanan dan sebaliknya namun ianya bukanlah ghalib kerana boleh sahaja kain

bertukar menjadi yang dijual dan sebaliknya.

Menurut beliau, illah harga ini lebih sesuai dan lebih munasabah berbanding illah

timbangan kerana para ulama telah setuju bolehnya membeli barang yang ditimbang

seperti kapas, besi, dan timah dengan dinar emas dan dirham perak secara tidak sama

timbangan. (Ibn Taymiyyah, 2005, 29 : 471-472]. Ini kerana menurut beliau, riba

akan berlaku pada semua yang dijadikan matawang sama ada dinar, dirham, fulus dan

matawang kertas. Dengan ini illah riba pada emas dan perak dipanjangkan kepada

semua jenis matawang. Oleh itu digambarkan pendapatnya dengan kedudukan kedua-

duanya sebagai harga atau “al-thamaniyyah”.

Pandangan ini juga dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dengan katanya (T. th., 2 : 156) :

“Mengenai dirham dan dinar, maka mengikut sebahagian ulama, illah pada

kedua-duanya adalah timbangan. Ini adalah mazhab Ahmad pada salah satu

riwayat daripadanya dan mazhab Abu Hanifah. Sebahagian ulama pula

berpendapat bahawa illah pada kedua-duanya ialah kedudukannya sebagai

harga. Ini adalah pendapat al-Shafie, Malik dan Ahmad pada salah satu

riwayat. Ini adalah pendapat yang bukan sahaja sahih tetapi yang tepat.”

Dengan ini bahan ribawi daripada kategori logam menurut mengikut pendapat yang

lebih tepat adalah sesuatu yang dijadikan harga kepada sesuatu perkara, seperti dinar,

dirham dan seumpamanya yang dianggap oleh masyarakat setempat sebagai harga,

termasuklah duit kertas yang digunakan pada masa sekarang ini. Pandangan ini adalah

pilihan kebanyakan ulama mutakhir, walaupun mereka tidak sekata dengan Ibn

Taymiyyah dalam beberapa masalah yang berbangkit.

ii) Emas dan Perak sebagai matawang

Wang merupakan alat pertukaran yg mempunyai harga atau nilai tertentu dan diakui

sah, dikenali juga sebagai duit. (Kamus Dewan Edisi Tiga). Sebagai contoh wang

kertas di Malaysia dikenali sebagai Ringgit dan nilai yang tercetak di atasnya telah

diperakukan oleh Bank Negara Malaysia.

Page 10: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

262

Matawang ialah sesuatu yang dijadikan oleh orang ramai sebagai harga, sama ada ia

daripada bahan galian yang ditempa atau cetakan kertas yang dikeluarkan oleh badan

kewangan yang beroutoriti. (Lihat Mucjam Lughat al-Fuqha’ 1985:486; Hasan

Muhammad Hasan Shahadah, (Ahkam al-Thaman) 2006 : 27) Ab. Mumin Ab. Ghani

(1999, 11) menyatakan wang didefinisikan sebagai barangan atau apa-apa benda yang

diterima umum dengan meluas dalam pertukaran barangan dan perkhidmatan dan

untuk membayar hutang.

Emas dan perak adalah merupakan asal mata wang yang dijadikan harga kepada

sesuatu barang dan instrumen pertukaran pada awal Islam sama ada ditempa atau

tidak ditempa. Emas dan perak juga dikenali sebagai mata wang semula jadi, namun

demikian jika ditempa masing-masing dikenali sebagai dinar dan dirham. (Lihat

Hasan Muhammad Hasan Shahadah, (Ahkam al-Thaman) 2006 : 28)

Emas dan perak adalah merupakan asal mata wang yang dijadikan harga kepada

sesuatu barang dan instrumen pertukaran pada awal Islam sama ada ditempa atau

tidak ditempa. Emas dan perak juga dikenali sebagai mata wang semula jadi, namun

demikian jika ditempa masing-masing dikenali sebagai dinar dan dirham. (Lihat

Hasan Muhammad Hasan Shahadah, (Ahkam al-Thaman) 2006 : 28). Sebenarnya,

penggunaan emas dan perak sebagai mata wang telah bermula semenjak sebelum

kedatangan Islam lagi.

Wang emas dan perak dalam Islam sebenarnya merupakan mata wang asasi Islam

sepanjang sejarah hinggalah kepada pengenalan mata wang logam yang dikenali

sebagai fulus, iaitu sejenis matawang yang diperbuat daripada nikel atau tembaga

yakni daripada logam selain emas yang biasanya digunakan bagi tujuan urusan

pertukaran barangan yang bernilai rendah. Kemudian barulah muncul wang fiat atau

wang kertas yang mengambil tempat matawang-matawang terdahulu. Namun

demikian, ulama Islam sejak dari zaman awal lagi telah membincangkan soal sama

ada boleh atau tidak bahan selain daripada emas dan perak digunakan sebagai mata

wang , termasuklah wang kertas.

Menurut MUI, kedudukan emas dan perak tidak lagi dikira matawang kerana:

Wang diiktiraf jika diterbitkan atau ditetapkan oleh lembaga kewangan

yang berautoriti.

Kedudukan ini sememangnya telah menjadi tradisi. Penentuan sesuatu matawang di

sesuatu tempat adalah berdasarkan keputusan pemerintah. Kedudukan ini boleh dilihat

kepada keputusan Khalifah Umar yang pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau

sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam

meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. (Futuh al-Buldan, Ahmad Al-Balazari, hlm

406)

Namun demikian, adakah dengan mengantikan matawang selain daripada emas dan

perak sebagai matawang rasmi sesuatu Negara maka emas dan perak itu tidak

dianggap sebagai bahan ribawi?

Menurut Jadullah, bekas Syeikh al-Azhar, emas dan perak masih dianggap sebagai

bahan ribawi. Ini kerana tidak boleh keluar daripada nas dan ijmak yang telah

Page 11: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

263

terbentuk sepanjang zaman semenjak 14 kurun dahulu lagi. Nas dan ijamak

menetapkan bahawa transaksi emas tidak boleh ditangguhkan secara mutlak. Illah

dalam qiyas adalah untuk menhubungkan dengan hokum asal bukannya

mengenepikan hukum asal dan mensabitkan hokum cabang. Illah jika wujud pada

hokum baru maka dihubungkan dengan hokum asal yang telah dinaskan. Sebaliknya

jika dengan qiyas itu megeluarkan hokum asal daripada kedudukannya adalah tidak

dibolehkan dalam fiqh (http://www.ibisonline.net/Shariah/Fatwa.aspx?Fatwa=40316).

Keputusan Majmak al-Fiqh al-Islami juga tidak megenepikan kedudukan asal emas

dan perak, meskipun mengiktiraf wang fiat sebagai matawang. Ketetapan

persidaangan itu hanya menyatakan semua hukum hakam yang ada pada emas dan

perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban

zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (Majma Al-Fiqh Al-

Islami, 40). Ini tidak menafikan kedudukan hukum asal emas dan perak.

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa sifat matawang pada emas dan perak adalah

melalui ketetapan syarak, kedua-duanya adalah asal kepada matawang dan nilaian kpd

gantirugi dari segi kejadian asal lagi (khilqah) (al-Baji, al-Muntaqa,4:258 ; al-Ghazali,

alihya, 4:97).

Dalam mazhab Shafie, selain emas maka tidak dikira sebagai yang mempunyai nilai

harga meskipun dikira sebagai matawang. Ia masih tidak dikenakan hukum hakam

emas dari segi kedudukan riba dan zakat. Ini kerana mazhab Shafie, emas dan perak

adalah harga atau matawang berasas ketetapan asal dan kejadian asal, iaitu apa yang

diambilkira oleh syrak sebagai matawang. Uruf dan penerimaan orang ramai tidak

diambilkira. (Abbas al Baz 1999, 145). Walaupun mazhab Shafie mengiktiraf selain

emas dan perak sebagai matawang dan diterimapakai oleh ramai tetapi ia boleh

hilang sifatnya.

Dengan ini, untuk menafikan sifat emas sebagai penentu nilai dan matawang perlu

kepada hujah dan dalil yang kuat. Ulama dalam Jawatankuasa Tetap Fatwa di Saudi

juga menetapkan (Fatawa al-Lajnah al-Da`imah, 13;268):

Masyarakat dunia tidak lagi memperlakukan emas atau perak sebagai

wang, tetapi memperlakukannya sebagai barang (sil'ah).

MUI menguatkan kedudukan tersebut dengan berasaskan pandangan Ibn Taymiyah

dan Ibn al-Qayyim menegaskan bahwa jika emas atau perak tidak lagi difungsikan

sebagai wang, misalnya telah dijadikan perhiasan, maka emas atau perak tersebut

berstatus sama dengan barang (sil'ah).

Sebenarnya terdapat dua pendapat daripada Ibn Taymiyyah tetapi bukan berkaitan

dengan emas tulen, sebaliknya berkaiatan dengan emas perhiasan. Dalam kitabnya,

Majmuc al-Fatawa (29: 425), Ibn Taymiyyah telah memberi fatwa kepada persoalan

Page 12: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

264

mengenai seorang perempuan menjual gelang emas dengan harga tertentu secara

bertangguh dengan katanya (29 : 425):

“Jika dijual (gelang itu) dengan emas atau perak kepada suatu tempoh tertentu

maka tidak harus dengan disepakati oleh ulama. Sebaliknya wajib

mengembalikan gelang itu jika masih ada atau mengembalikan gantiannya jika

telah hilang. Wallahu `allam.”

Ini adalah pandangan dan pilihan awal Ibn Taymiyyah dalam masalah ini seperti yang

dirumuskan oleh Salman al-cAwdah (http://www.islamtoday.net/salman/quesshow-

23-1604.htm) : “Sebenarnya al-Shaykh - Ibn Taymiyyah – telah menarik balik

pendapatnya yang telah mengharamkan transaksi ini kepada pendapat yang

mengharuskan.”

Pendapat kedua Ibn Taymiyyah dinyatakan di dalam kitabnya Tafsir ayat Ashkalat

(2/632), beliau telah memilih pendapat yang membolehkan barangan kemas tersebut

dijual dengan emas secara bertangguh. Dalam kitab al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah (1978,

112), Ibn Taymiyyah mencatatkan: “Jual beli barangan tempaan daripada emas dan

perak dengan seumpamanya adalah boleh, tanpa disyaratkan wujud persamaan dengan

menjadikan lebihan itu sebagai balasan kepada pertukangan/tempaan tersebut sama

ada jual beli itu secara tunai atau bertangguh, asalkan tidak dijadikannya sebagai

harga bagi barangan”

Pendapat dalam masalah ini pada asalnya dicetuskan oleh Mu'awiyah. (Malik, no

2541; al-Nasa`iyy, 7: 279; al-Bayhaqiyy, 5:280) Ia juga pendapat al-Hasan, Ibrahim

al-Nakhaciyy dan al-Sha

cbiyy. (al-Nawawiyy, al-Majmu

c, 10 : 357)

Ibn Qayyim (2/161) juga menyatakan bahawa barangan kemas yang diharuskan telah

bertukar dengan tukangan yang diharuskan menjadi sebahagian pakaian dan barangan,

bukannya dari jenis harga kepada barangan. Oleh sebab itu, tidak dikenakan zakat,

maka ia juga tidak berlaku riba pertukaran di antara kedua-duanya dengan harga

sebagaiman tidak berlaku riba dalam pertukaran di antara harga dengan barang-

barangan dagangan lain meskipun bukan dari jenisnya. Emas dan perak yang dibentuk

sebagai barangan ini telah keluar dari skop harga dan ia boleh digunakan untuk

perniagaan maka tidak menjadi halangan untuk menjualkannya dengan jenis yang

seumpamanya dengan harga bertangguh.

Secara umumnya, pendapat ini berpandangan bahawa emas dan perak itu telah

bertukar fungsinya, tidak lagi sebagai medium pertukaran apabila telah dijadikan

barang kemas tetapi ia telah jadi silcah (barang dagangan), maka harus untuk menjual

dan membelinya secara hutang dan ansuran.

Perlu diingat bahawa MUI berhujah dengan pandangan ini secara umum yang

merangkumi semua bentuk emas sama ada emas jongkong, syiling atau barangan

kemas. Jadi, ia adalah tidak tepat seperti yang difahami daripada nukilan dan

pandangan ulama sebelum ini.

Kedudukan barang kemas atau emas perhiasan ini telah disebut oleh Ibn Rusyd al-

Maliki berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:

"perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk

Page 13: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

265

kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya

walaupun secara tangguh. Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) juga menyatakan (rujuk

al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah

(pembuatan dan pertukangan).

Dari segi ekonomi, andaian itu pun tidak tepat berasaskan hakikat yang berlaku.

Tabung Matawang Antarabangsa mensyaratkan mensyaratkan bahagian tabungan

anggota hendaklah satu perempatnya terdiri daripada emas tulen dan selebihnya

matawang tempatan. Sesetengah pertubuhan antarabangsa memestikan syarat

sedemikian. Selain tabung matawang Antarabanga, didapati Bank Pembangunan Asia

dan Bank Kerjasama Ekonomi Antarabangsa bagi Eropah Timur mensyaratkan

sebahagian tabungan itu terdiri daripada emas. Sementara Perancis mengikat

matawangnya dengan emas keseluruhannya. Banyak juga Negara yang menyandarkan

sebahagian atawangnya dengan emas. Sewaktu masa dahulu kaedah pembayaran di

Mesir dilakukan dengan besi kerana emas digantikan dengan besi yang kemudiannya

menyebabkan ramai yang menanggung kerugian. Dalam masa yang sama tidak

adapun fuqaha atau ulama yang mengenepikan emas daripada bahan ribawi dan

menukarnya dengan besi. Kemudiannya emas kembali diambilkira. Dengan ini, dari

aspek syarak, berdasarkan nas dan ijmak, maka tidak boleh mengeluarkan emas dan

perak dripada bahan ribawi. (Jadul al-Haq, T.th.)

Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bogho dan Ali asy-Syarbaji yang mana

menyebut apa-apa yang dimaksudkan dengan mata wang ialah wang dirham atau

dinar atau yang seumpama dengannya. Kedua-dua barangan ini ialah emas dan dan

perak tulen, sama ada yang dibentuk atau diacu atau sebagainya. Termasuk dalam

ertikata ini ialah semua mata wang yang diguna pakai pada hari ini kerana ia

mempunyai aset emas yang disimpan. Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bogho dan Ali asy-

Syarbaji 2004, 6: 1102).

Dengan ini jelaslah bahawa kedudukan emas sebagai matawang masih diakui oleh

kebanyakan ulama dan masih diiktif oleh sebahagian negara. Jadi, dakwaan bahawa

emas dan perak bukan lagi matawang adalah tidak tepat.

Rumusan

Emas dan perak merupakan antara bahan-bahan atau komoditi ribawi. Isu yang

berkaitan dengan riba pada emas dan perak bukanlah sesuatu yang baru.

Permasalahan ini telah dibincangkan oleh para ulama terdahulu lagi. Terdapat banyak

khilaf antara para fuqaha dalam mengklasifikasikan di manakah unsur cillah yang

terdapat dalam dua jenis barangan ribawi tersebut. Emas dan perak merupakan antara

unsur yang sangat jelas mengandungi riba dalam urusniaga jualbelinya, dan telah jelas

dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis.

Kedudukan emas dan perak sebagai bahan ribawi tidak boleh dinafikan dan ditolak

secara mudah kerana ia telah ditetapakan nas syarak dan juga ijmak ulama. Imam al-

Nawawi, al-Ghazali, Ibn Hazm dan ramai lagi. Ibn Hazm dalam kitab Maratib al-

Ijmak menyatakan : Ulama sepakat kata bahawa jual beli emas dengan emas di antara

orang Islam secara bertangguh adalah haram. Begitu juga dengan jual beli perak

dengan perak... Antara dalil pengharamannya adalah hadith-hadith seperti hadith yang

diriwayatkan oleh Usamah, al-Barra’, Zayd bin Arqam dan Abu Sacid al-Khudri.”

Page 14: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

266

Dengan ini, jelas bahawa emas adalah bahan ribawi sampai bila-bila kerana emas dan

perak itu dianggap sebagai harga dari awal kewjudannya lagi (المثن ابخللقة). Hukum

hakam mengenainya tidak akan berubah. Begitu juga kedudukan dengan tamar yang

masih dikira bahan ribawai kerana dikira sebagai makanan ruji. Kedudukannya tidak

berubah walaupun kemudiannya tidak lagi dikira maka ia boleh dikira bukan bahan

ribawi. Tambahan pula, bahan ribawi ini jika diboleh dibuat transaksi tanpa terikat

dengan hukum riba boleh menyebabkan berlakunya manipulasi untuk mendapatkan

keuntungan yang mudah.

Oleh sesuatu fatwa yang boleh merubah kedudukan asal ini perlu kepada nas atau

justifikasi yang kuat. Memandangkan terdapat nas yang jelas dalam masalah ini dan

kekeliruan yang berlaku dalam menafsirkan pendapat ulama maka sebaiknya fatwa

MUI ini dikaji semula agar orang ramai terhindar daripada melakukan kesalahan

dalam muamalah mereka.

Penutup

Islam telah menetapkan hukum syarak berkenaan dengan emas dan perak dan

mengkategorikan kedua-duanya sebagai mata wang, harga untuk pelbagai barangan

dan upah/gaji untuk kerja yang dilakukan. Islam mengharamkan

pembolotan/penyorokan emas dan perak serta menetapkan undang-undang yang tetap

dan tidak berubah. Islam menetapkan zakat ke atas emas dan perak serta menetapkan

struktur cukai ke atas dinar emas dan dirham perak. Begitu juga apabila Islam

menetapkan diyat atau bayaran kerana menyebabkan kematian, Islam menetapkan

bahawa pembayaran itu berdasarkan kepada mata wang yang ditetapkan jumlahnya

dalam emas iaitu seribu dinar dan jumlah dalam perak ialah dua belas ribu dirham.

Apabila Islam menetapkan hukuman kerana mencuri iaitu memotong tangan pencuri,

ia menetapkan jumlah minimum untuk menjatuhkan hukuman potong tangan ialah

jumlah yang dicuri melebihi satu per empat dinar emas atau tiga dirham perak. Begitu

juga apabila Islam menetapkan peraturan-peraturan tentang pertukaran yang

melibatkan mata wang, ia mentakrifkannya dalam bentuk emas dan perak (Ibrahim

Sallehudin, “Ekonomi Islam Piawai (Standard) Emas”, Koleksi Diskusi Isnet, Julai

1998). Pemilik emas dan perak yang terlibat dengan urusniaga emas dan perak adalah

terdedah dengan riba. Hal ini kerana, emas dan perak boleh menyebabkan ke arah

berlakunya riba.

Kedudukan emas sebagai sesuatu yang benilai juga diakui oleh Allah SWT karana

nilaiannya kekal sehingga ke akhirat. Emas dan perak berperanan di negeri akhirat

kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa

orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.

Antaranya :

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka

dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan

pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu

diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil

dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu

Page 15: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

267

sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 -

35]

Dengan ini jelaslah emas dan perak adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang

bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak. Kedudukannya berbeza dengan matawang

fiat dan seumpamanya kerana ia adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia

ini pada hakikatnya (Ali Bukhari, 2014).

Rujukan

Al-Qur`an.

Ab. Mumin Ab. Ghani. 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di

Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

cAbd al-Rahman. 1933. Kitab al-Fiqh

cAla Mazahib al-Arba

cah. T. Tp. : Matba

cah al-

Hadarah al-Sharqiyyah.

Ali Bukhari Amir, Emas Itulah Hartamu Yang Sebenarnya, Feb 28, 09,

http://www.firosemas8683.com/harta/ (dirujuk 10/5/2014)

al-Ghazali. Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad. T. th. Ihya’ cUlum al-Din.

Beirut : Dar al-Macrifah.

al-Nawawiyy, T. th. al-Majmuc Sharh al-Muhadhdhab, Beirut ; Dar al-Fikr.

al-Sharbini, Muhammad al-Khatib. 1398H/1978M. Mughni al-muhtaj ila macrifat

macani alfaz al-minhaj. Tt. Tp : Dar al-Fikr.

cAbbas Muhammad al-Baz. 1999. Ahkam Sarf al-Nuqud wa al-

cUmulat fi al-Fiqh al-

Islamiyy. al-Urdun : Dar al-Nafa`is.

Chairul Afanan. 2013. Jual Beli Emas Secara Tidak Tunai: Kajian Terhadap Fatwa

DSN MUI. Yokjakarta : Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.

ᶜUmar Bin Abdul Aziz al-Matruk. 1997. Al-riba wal muᶜamalat al-masrafiyyah fi

nazr al syariᶜah al-islamiyyah. Riyadh: Dar al- ᶜAasimah.

Dawud bin Abd Allah al-Fathani. T.T.t. Furu’ al-Masail. 2 j. Qaherah: Maktabh al-

Iman

Fauzi Jaafar, Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang. Dlm. Utusan

Malaysia.

14/02/2007.http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0215&pub=Utusa

n_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Hasan Muhammad Hasan Shahadah. 2006. Ahkam al-Thaman fi al-Fiqh al-Islami :

Dirasah Muqaranah. Tesis Master, Plastein : Jamicah al-Najah al-Wataniyyah.

Ibn al-Qayyim T. th. `Iclam al-Muwaqqi

cien

can Rabb al-

cAlamin. Beirut : Dar al-Jayl.

Page 16: Transaksi Emas Secara Bertangguh dan Ansuran: Analisis ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/23-Mat-Noor-Mat... · Emas dan perak adalah antara sesuatu ... Riba boleh

International Conference of Global Islamic Studies 2014

268

Ibn Qudamah. cAbdullah bin Ahmad. 1985. Al-Mughniyy. Beirut : Dar al-Fikr

Ibn Rushd al-Hafid, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd

al-Qurtubi al-Andalusi. 1995. Bidayat Al-Mujtahid Wa Nihayat Al-Muqtasid.

Beirut : Dar al-Fikr.

Ibn Taymiyyah, Abu al-cAbbas, Ahmad bin

cAbd al-Halim al-Harraniyy. 2005.

Majmuc al-Fatawa. Cet. 3. al-Mansurah : Dar al-Wafa’.

Ibn Taymiyyah, Abu al-cAbbas, Ahmad bin

cAbd al-Halim al-Harraniyy. 1996. Tafsir

Ayat Ashkalat. Cet. 1, al-Riyad : maktabat al-Rushd li al-Nashr wa al-Tawzic.

Ibn Taymiyyah, Abu al-cAbbas, Ahmad bin

cAbd al-Halim al-Harraniyy. 1978. al-

Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah. Tahqiq – al-Bacliyy,

cAliyy bin Muhammad bin

cAbbas.

Beirut : Dar al-Fikr.

Ibrahim Sallehudin, “Ekonomi Islam Piawai (Standard) Emas”, Koleksi Diskusi Isnet,

Julai 1998).

Jadullah, bekas Syeikh al-Azhar,

(http://www.ibisonline.net/Shariah/Fatwa.aspx?Fatwa=40316).

Mat Noor Mat Zain. 2009. Jual Beli Barangan Kemas daripada Emas dan Perak:

Reaksi terhadap Pandangan Ibn Taymiyyah. Dalam Prosiding Seminar

Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09). Universiti

Kebangsaan Malaysia pada (UKM) : Fakulti Pengajian Islam.

Muslim, Abu Hussayn, Muslim bin al-Hajjaj. T.th. Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’

al-Turath al-`Arabiy.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bogho & Ali al-Syarbaji. 2004. Kitab Fikah Mazhab

Syafie Terjemahan al-Fiqh al-Manhaji. Malaysia: Pustaka Salam.

al-Mutrak, 1996, al-Riba wa al-Mucamalah al-Masrafiyyah fi al-Syari

cah al-

Isliimiyyah,Cet. 2, Riyadh : Dar al-`A`mmah, hlm. 95

Rapat Pleno DSN-MUI pada hari Kamis, 3 Jun 2010 Masehi bersamaan 20 Jumadil

Akhir 1431H

Salman al-cAwdah,29 Septembar 2000, Ahkam bay

c Hulliy al-Zahab (fatwa),

http://www.islamtoday.net/salman/quesshow-23-1604.htm

Wahbat al-Zuhayliyy. 1409H/1989M. al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuh. Damshiq :

Dar al-Fikr.

Zaharuddin Hj Abd Rahman. 2006. Beza Akaun Islam Dan Konvensional Dalam

Konteks Semasa. Dlm Akhbar Metro. Ahad 4 Jun 2006.

http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=122.