kata nama terbitan

24
KATA NAMA TERBITAN Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasildaripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapatmembentuk kata nama terbitan ialah imbuhan - an,peN-…-an,peN-,ke-…-an,peR-…-an, dansebagainya. Ayat contoh: 1Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini. 2Tulisannya seperti cakar ayam. 3Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini. Jenis Kata Kata Dasar Kata Terbitan Kata Nama menteri, guru, jalan, rumah, kebun, raja, pulau, rakyat, harta, berita, darat kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, perkebunan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan Kata Kerja minum, mati, soal, cuci, didik, pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, baca minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca Kata Adjektif jujur, riang, cantik, besar, suci, kotor, jahat, jahil, mudah, kejujuran, keriangan, kecantikan,

Upload: awang-mohd-adz

Post on 02-Jul-2015

594 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA NAMA TERBITAN

KATA NAMA TERBITANKata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasildaripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapatmembentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an,peN-…-an,peN-,ke-…-an,peR-…-an, dansebagainya.

Ayat contoh:1Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah

sosial di kalangan pelajar pada masa kini.2Tulisannya seperti cakar ayam.3Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini.

Jenis Kata Kata Dasar Kata Terbitan

Kata Nama menteri, guru, jalan, rumah, kebun,raja, pulau, rakyat, harta, berita,darat

kementerian, perguruan, perjalanan,perumahan, perkebunan, kerajaan,kepulauan, kerakyatan, hartawan,pemberita, daratan

Kata Kerja minum, mati, soal, cuci, didik,pakai, pandang, tarik, usaha, tulis,baca

minuman, kematian, soalan, pencuci,pendidik, pakaian, pemandangan,tarikan, usahawan, tulisan, pembaca

Kata Adjektif jujur, riang, cantik, besar, suci,kotor, jahat, jahil, mudah, kaya,manis, bulat

kejujuran, keriangan, kecantikan,kebesaran, kesucian, kekotoran,kejahatan, kejahilan, kemudahan,kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan

Kata Sendi Nama

oleh, untuk perolehan, peruntukan

Page 2: KATA NAMA TERBITAN

Kata Hubung kecuali, serta kekecualian, penyertaan, peserta

Dalam BM terdapat enam jenis kesalahan yang biasa dilakukan iaitu :

i. Kesalahan ejaanii. Kesalahan pemilihan kata atau istilahiii. Kesalahan penggunaan imbuhaniv. Kesalahan penggunaan katav. Kesalahan struktur frasavi. Kesalahan struktur ayat

Kesalahan Ejaan

1. Kesalahan ejaan timbul apabila sesuatu perkataan dieja tidak mengikut keselarasan vokal dan konsonan yang telah ditetapkan dalam Sistem Ejaan Baru Tulisan Rumi. Kesalahan yang sering berlaku ialah :-

1.1. Aturan 8 pola keselarasan vokal.

1.1.1. a – i adik, tarik, jelantik, alih, kasih, ketagih1.1.2. a – u aduk, datuk, sepanduk, gantung, makmur,1.1.3. e pepet – i cerdik, mersik, sembelih, pedih, bersih, detik1.1.4. e pepet – u peluk, bentuk, tepung,kembung, gelepur1.1.5. i – i itik, didik, selidik, gigih, tindih, selisih1.1.6. i – u induk, sibuk, sintuk, tiung, lindung, hibur1.1.7. u – i usik, culik, suntik, upih, putih, surih1.1.8. u – u untuk, tunjuk, senduduk, junjung, tengkujuh

Page 3: KATA NAMA TERBITAN

1.2. Ejaan BM dikecualikan daripada aturan keserasian vokal.

1.2.1. a – e aneh, awet, kaget, pamer, raden, samseng1.2.2. a – o calon, lapor, lakon, lancong, perabot1.2.3. e taling – e taling gesek, keledek, leher, kelepet, seleweng1.2.4. o – e taling sompek, conteng, montel, celoteh, goreng

1.3. Ejaan untuk kata majmuk.

1.3.1. Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap mesti dieja rapat iaitu:

antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

1.3.2. Jika tidak mengunakan imbuhan apitan hendaklah dieja berasingan

Contohnya :reka bentuk, lut sinar, gambar rajah, pen mata bulat, topi keledar, kertas kerja.

1.3.2. Jika menggunakan imbuhan apitan hendaklah dieja rapat.

Contohnya:Mencampuradukkan, penggabungjalinan, menyatupadukan

1.4. Ejaan dua konsonan + imbuhan.

1.4.1. Penggunaan dua ‘k’ untuk kata kerja terbitan. Contohnya :

Menunjukkan mencantikkan digesekkan

1.4.2. Penggunaan dua ‘g’ bagi kata dasar awal ‘g’. Contohnya :

Penggambaran menggilai penggerak menggadai

Page 4: KATA NAMA TERBITAN

1.4.3. Penggunaan imbuhan ‘beR’ , ‘teR’ dan ‘peR’ + kata dasar awal ‘r’. Satu ‘r’ mesti digugurkan. Contohnya :

beR + rebut è berebut teR + rasa è terasapeR + rakus è perakus teR + rampas è terampas

1.5. Ejaan Kata Pinjaman

1.5.1. ‘e’ pepet tidak boleh disisipkan antara dua konsonan yang bergugus.

BI BM Betul BM salah

Brake brek berekClinic klinik kelinikDrama drama deramaProject projek perojekTragedy tragedi terajedi

1.5.2. Bentuk ‘gh’ bagi pinjaman Arab. Contohnya:

ghaib ghairah maghrib

1.5.3. Ejaan huruf gugus konsonan di akhir kata.

1.5.3.1. Bentuk ‘-nce’ ditukar kepada ‘-ns’ atau ‘-n’. Contohnya :

Insurans , ambulans, sains, elaun, lesen, ordinan

1.5.3.2. Bentuk ‘-rd’ ditukar kepada ‘rd’ atau ‘d’. Contohnya :

Kastard, standard, rekod, kadbod, poskad, wad

1.5.3.3. Bentuk ‘-rt’ ditukar kepada ‘-rt’ atau ‘-rta’. Contohnya:

Eksport, import , konsert, skirt, carta

1.5.3.4. Bentuk ‘-rm’ ditukar kepada ‘-rm’ atau ‘-rma’. Contohnya:

Kloroform, platform, firma, norma

Page 5: KATA NAMA TERBITAN

1.5.3.5. Bentuk gugus konsonan akhir seperti ‘-t’ , ‘-d’ , ‘-p’ , atau ‘-b’ digugurkan digantikan dengan ‘-k’ , ‘-s’ , ‘-p’ , ‘-m’ atau ‘-f’. Contohnya :

-ct è k : projek, dialek, produk-nt è n : akaun, simen, sarjan-st s : pos, Ogos, nasionalis-pt p : konsep, skrip, bankrap-mp m: setem, kem-mb m: bom-nd n: paun, dividen, bon-ft f: lif, overdraf

KESALAHAN PEMILIHAN KATA / ISTILAH

Kesalahan pemilihan kata /istilah berlaku kerana terdapat perkataan yang digunakan dan ditulis salah mengikut konteks, rujukan, leksikal dan makna.

1. Kesalahan pemilihan kata yang sinonim dan kesinoniman.

Sinonim bermaksud dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan bentuknya. Pemilihan sinonim dan kesinoniman dalam ayat mestilah bentul berdasarkan pemilihan konteks, rujukan, leksikal dan makna. Contohnya.

Kata ‘bawa’

Junjung di kepala pikul di bahuKelek rapat ke dada julang ke atasGalas di bel akang badan tatang di tanganKandar di kedua-dua bahu kepit di ketiak 

Kata ‘potong’

Kerat, hiris, tetas, tetak, cantas, tutuh, cincang, pangkas, tebang, tebas, pancung, racik, cukur, ketam, turis, rincik, siang, sembelih, guntung dll.

Page 6: KATA NAMA TERBITAN

2. Kesalahan pemilihan kata homonim dan kehomoniman.

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya :

perak ( logam ) : perak ( terpinga-pinga )semak ( kaji ) : semak ( kusut )perang ( warna ) : perang ( gaduh )

3. Kesalahan pemilihan kata homograf atau pasangan minimal.

Homograf atau pasangan minimal ialah kata yang hampir sama sebutannya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Contohnya :

golongan ( kumpulan ) : gulungan ( lipatan bulat )tonton ( tengok, lihat ) : tuntun ( pimpin )culik ( larikan ) : colek ( usik, sentuh )

4. Kesalahan pemilihan kata polisem.

Polisem ialah kata yang sama ejaan dan sebutannya tetapi mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan menurut konteks penggunaannya. Contohnya :

Buku : buku 1 sendi buluh / tebubuku 2 kitabbuku 3 simpulan bahasabuku 4 anggota badanbuku 5 penjodoh bilangan

Kepala : kepala 1 orangkepala 2 kumpulan samsengkepala 3 mandurkepala 4 atas kain sarung

5. Kesalahan pemilihan bahasa ‘eufemisme” (bahasa halus / sopan )

‘Eufemisme ialah bahasa halus atau sopan yang digunakan berkaitan dengan kesopanan, adat, tabu atau pantang larang dan sebagainya. Contohnya :

Page 7: KATA NAMA TERBITAN

Rujukan Umum Bahasa luar Eufemisme

mati meninggal dunia mangkat ( untuk sultan/raja)Makan makan santapharimau harimau Pak Belang

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TERBITAN / IMBUHAN

1. Kesalahan penggunaan proses morforfonemik.

Proses morforfornemik ialah proses penggabungan imbuhan + kata dasar yang huruf awalnya ‘p’ , ‘t’ , ‘k’ dan ‘s’. Apabila proses ini berlaku huruf awal tersebut digugurkan dan digantikan dengan huruf penyengauan iaitu ‘p’ è ‘m’ , ‘t’ è ‘n’ , ‘k’ è ‘ng’ dan ‘s’ è ‘ny’. Contohnya :pe + panah è pemanahmeN + karang è mengarangpeN + selam è penyelammeN + tahan è menahan

Terdapat kekecualian, proses ini tidak boleh berlaku untuk semua kata pinjaman.

2. Kesalahan penggunaan imbuhan + kata dasar ekasuku kata. Contohnya :

Had è menghad , penghad ( mengehad , pengehad )Syor è mengsyor , pengsyor ( mengesyor , pengesyor )

3. Kesalahan penggunaan imbuhan ‘meN---i dan ‘meN---kan’.

Kedua-dua imbuhan ini hadir dalam ayat yang mengandungi kata kerja transitif. Kesalahan berlaku apabila dalam ayat mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contohnya :

(a) Pak Osman menghadiahkan Ahmad sebuah basikal(b) Baginda menganugerahkan pahlawan itu bintang kehormatan.(c) Halimah menghidangi sepinggan kuih kepada tetamu itu.(d) Tuhan mencucuri rahmat kepada kami.

Page 8: KATA NAMA TERBITAN

Ayat (a) salah kerana ‘Ahmad’ merupakan objek tepat dan ‘sebuah basikal’ adalah objek sipi. Begitu juga ayat (b). Oleh sebab itu, perkataan ‘menghadiahkan’ mesti ditukar kepada ‘menghadiahi’. Ayat (b) ‘menganugerahkan’ kepada ‘menganugerahi’. Selain itu juga, imbuhan ‘meN----i hanya boleh hadir di depan KN rujukan manusia ( orang ).

Ayat (c) salah kerana ‘sepinggan kuih’ merupakan objek sipi dan ‘tetamu itu’ adalah objek tepat. Oleh sebab itu perkataan ‘menghidangi’ mesti ditukar kepada ‘menghidangkan’. Ayat (d) ‘mencucuri’ kepada ‘mencucurkan’. Selain itu imbuhan meN-----kan hanya boleh hadir di depan KN rujukan bukan manusia.

4. Kesalahan penggunaan imbuhan ‘memper------‘ , ‘memper-----kan’ dan ‘memper----i’.

(a) Imbuhan ‘memper----‘ hanya boleh digunakan untuk kata adjektif (sifat) untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya :memperbesar ( menjadikan lebih besar )memperindah ( bertambah indah )

(b) Imbuhan ‘memper----kan” hanya boleh digunakan jika perkataan itu berfungsi sebagai :-(i) kausatif iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contohnya :

mempertemukan ( menjadi / menyebabkan bertemu )mempersatukan ( menjadi / menyebabkan bersatu )(ii) menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja itu. Contohnya :

memperlihatkan ( menjadikan orang melihat )memperdengarkan ( menjadikan orang mendengar )

(c) Imbuhan ‘memper----i tidak lagi produktif. Oleh sebab itu salah atau ayat tidak gramatis jika digunakan. Contohnya :

memperolehi sepatutnya memperolehmemperbaiki sepatutnya membaikimempersetujui sepatutnya menyetujuimemperakui sepatutnya memperakukan

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA

Page 9: KATA NAMA TERBITAN

1. Kesalahan penggunaan KGN Diri III ‘beliau” dengan sewenang-wenangnya. ‘Beliau’ hanya boleh digunakan untuk rujukan orang yang dihormati seperti ibu, bapa, pemimpin dan sebagainya. Contohnya :

Beliau ( Dia )ditangkap oleh polis kerana mencuri semalam.

2. Kesalahan penggunaan KGN Diri III ‘ia’ dan ‘ianya’.

KGN Diri ‘ia’ hanya untuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk rujukan kepada benda, konsep dan binatang. Manakala ‘ianya’ adalah tidak wajar kerana kedua-dua perkataan itu terdiri daripada KGN Diri III. Contohnya :

(a). Perabot ini sangat mahal kerana ia diimport dari Itali.( Perabot ini sangat mahal kerana diimport dari Itali )

(b) Pembunuh itu ditangkap. Ianya akan didakwa di mahkamah esok.( Pembunuh itu ditangkap. Ia akan di dakwa di mahkamah esok)

3. Kesalahan penggunaan KGN Diri III ‘mereka’. Contohnya :

Mereka-mereka ialah usahawan yang berjaya.

KGN Diri iii ‘mereka’ sudah membawa maksud jamak atau ramai. Oleh itu, tidak wajar ‘merteka digandakan.

4. Kesalahan penggunaan KGN Diri ‘kita’ dan ‘kami’. Contohnya :

(a) “Kita ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam,”kata beberapa orang wartawan kepada pegawai tersebut.(b) “Perlawanan petang ini penting untuk kami,”kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatihnya.

Perkataan ‘kita’ membawa maksud semua orang –anda dan saya manakala ‘kami’ bermaksud saya dan dia. Oleh itu ‘kita’ dalam ayat (a) ditukar kepada ‘kami’ dan sebaliknya ‘kami’ dalam ayat (b) ditulis ‘kita’.

Page 10: KATA NAMA TERBITAN

5. Kesalahan penggunaan kata bilangan. Contohnya :

(a) Berbagai jenis makanan terhidang di atas meja.( Berbagai-bagai / Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja )

(b) Setengah pelajar masih tidak memahami sistem ejaan baru.( Sesetengah / Setengah-setengah pelajar masih tidak memahami sistem ejaan baru )

(c) Tiap warganegara mesti mendaftarkan diri untuk mengundi.( Setiap /Tiap-tiap warganegara mesti mendaftarkan diri untuk mengundi)

(d) Para-para pelajar harus meningkatkan disiplin mereka.( Para pelajar harus meningkatkan disiplin mereka )

(e) Saya menantinya selama dua setengah jam( Saya menantinya selama dua jam setengah )

Kata bilangan dalam ayat (a) dan (b) salah kerana ‘berbagai membawa maksud ‘menyerupai’ dan ‘setengah’ membawa maksud ‘sebahagian atau separuh’. Kata bilangan dalam ayat (c) salah kerana disingkatkan sewenang-wenangnya. Dalam ayat (d) salah kerana ‘para’ digandakan membawa makna ‘rak’ dan ayat (e) salah kerana menyalahi hukum DM yang membawa perubahan makna. Misalnya, jika disebut tiga setengah ringgit bermakna satu ringgit setengah (RM1.50) sahaja. Oleh sebab itu ayat yang betul terdapat dalam kurungan.

6. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan.

(a) Penjodoh bilangan tidak boleh digandingkan dengan kata nama abstrak. Contohnya :

(i) Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.( Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat yang berbilang kaum )

(ii) Dia harus bertindak segera untuk mencapai sebuah impian.( Dia harus bertindak segera untuk mencapai impian )

(b) Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan dengan kata bilangan yang tertentu. Contohnya :

Page 11: KATA NAMA TERBITAN

(i) Sebahagian orang penduduk(ii) Para orang pelajar(iii) Segala ekor binatang(iv) Seluruh buah negeri(v) Setengah-setengah orang peserta.

7. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.

(a) Kesalahan penggunaan kata ‘dari’ dan ‘daripada’. Contohnya :

(i) Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi.( Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi )

(ii) Saya menantinya daripada pukul dua petang.( Saya menantinya dari pukul dua petang )

(iii) Kain itu dibuat dari sutera.( Kain itu dibuat daripada sutera)

(iv) Rumah itu lebih cantik dari rumah ini( Rumah itu lebih cantik daripada rumah ini )

(v) Surat itu saya terima dari abang( Surat itu saya terima daripada abang )

(vi) Kumpulan itu terdiri dari 10 orang pelajar.( Kumpulan itu terdiri daripada 10 orang pelajar )

Kata ‘dari’ dan ‘daripada’ mempunyai fungsi tersendiri. ‘Dari’ berfungsi untuk menunjukkan masa dan tempat manakala ‘daripada’ digunakan dalam hal-hal yang lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstrak, pertentangan, asal kejadian dan untuk menyatakan keanggotaan.

(b) Kesalahan penggunaan kata depan ‘di’. Contohnya :

Page 12: KATA NAMA TERBITAN

(i) Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.( Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu )

(ii) Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa Melayu( Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu )

(iii) Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam.( Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam )

Dalam ayat (i) salah kerana kata depan ‘di’ tidak boleh berfungsi sebagai kata depan untuk waktu. Kata ‘di’ hanya boleh digunakan untuk tempat. Oleh itu “di’ perlu diganti dengan ‘pada’. Dalam ayat (ii) dan (iii) salah kerana kata ‘dalam’ dan antara’ sudah berfungsi sebagai kata tugas . Oleh itu, kata tugas tidak boleh hadir kedua-duanya dalam ayat. Maka ‘di’ mesti digugurkan.

(c) Kesalahan penggunaan ‘ke’. Contohnya :

(i) Sila kembalikan borang itu ke kerani pejabat ini.( Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini )

(ii) Harga pasaran saham menurun ke paras terendah semalam( Harga pasaran saham menurun kepada paras terendah semalam)

Dalam ayat (i) dan (ii) salah kerana kata depan ‘ke’ tidak boleh digunakan dihadapan KN atau FN rujukan manusia atau binatang. Kata depan ‘ke’ hanya boleh digunakan untuk KN tempat. Oleh itu, ‘ke’ perlu ditukar kepada ‘kepada’.

(d) Kesalahan penggunaan ‘untuk’. Contohnya :

(i) Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.( Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara)

(ii) Demi untuk kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini.(Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini

Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata ‘demi’ sudah membawa maksud ‘tujuan’ maka

Page 13: KATA NAMA TERBITAN

perkataan ‘untuk’ dalam ayat ‘demi untuk’ dianggap lewah dan seharusnya digugurkan.

(e) Kesalahan penggunaan ‘mengenai’. Contohnya :

(i) Aduan tuan mengenai kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian.( Aduan tuan tentang kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian. )

(ii) Mengenai perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu.(Tentang perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu)

Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata ‘mengenai’ dan ‘mengenai dengan’ sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud ‘kena pada’. Oleh itu kata ‘mengenai’ mesti digugurkan dan diganti dengan kata ‘tentang’.

(f) Kesalahan penggunaan kata ‘terhadap’. Contohnya :

(i) Penghulu mengambil berat terhadap kebajikan anak buahnya.( Penghulu mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya)

(ii) Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat.(Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat )

Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Kata ‘terhadap’ tidak boleh digunakan untuk rujukan umum atau KN mujarad. Oleh itu, kata ‘terhadap’ mesti digugurkan dan diganti dengan kata ‘tentang’.

(g) Kesalahan penggunaan ‘oleh kerana’. Contohnya :

(i) Pembinaan bangunan itu tergendala oleh kerana bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati.( Pembinaan bangunan itu tergendala oleh sebab bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati )

Ayat (i) di atas salah kerana kata ‘oleh kerana’ dalam ayat berfungsi tidak menunjukkan ‘lantaran’ atau hubungan yang membawa maksud ‘sebab’. Ini disebabkan kata ‘kerana’ bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan alasan

Page 14: KATA NAMA TERBITAN

atau musabab dan kata ‘sebab’ merupakan kata nama yang dapat menerima kata sendi nama ‘oleh’. Oleh itu, kata ‘oleh kerana’ digugurkan dan diganti dengan ‘oleh sebab’.

(h) Kesalahan penggunaan ‘hingga’ (sampai) dan ‘sehingga’. Contohnya :

(i) Dia menunggu abangnya dari pukul dua sehingga enam petang.( Dia menunggu abangnya dari pukul dua hingga (sampai) enam petang.(ii) Hingga (sampai) saat ini, bayangannya masih tidak nampak.( Sehingga saat ini, bayangannya masih tidak nampak)

Dalam ayat (i) salah kerana kata ‘sehingga’ tidak boleh digunakan untuk jarak masa yang ditentukan manakala ayat (ii) kata ‘hingga’ atau ‘sampai’ tidak boleh digunakan untuk jarak masa yang terlalu umum.

(i) Kesalahan penggunaan kata pemeri. Contohnya :

(i) Ahmad adalah guru( Ahmad ialah guru )

(iii) Keputusan pengadil itu ialah tidak adil( Keputusan pengadil itu adalah tidak adil )

(iv) Dia adalah merupakan perancang utama projek itu.( Dia merupakan perancang utama projek itu )

(v) Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.( Sukacita dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.)

Ayat (i) salah kerana ‘adalah’ tidak boleh memerikan ayat yang berpola FN + FN. Kata ‘adalah’ hanya boleh memerikan frasa adjektif, frasa sendi nama dan di depan kata nafi ‘tidak’. Oleh itu, dalam ayat (i) ‘adalah’ ditukarkan kepada ‘ialah’ dan ayat (ii) kepada ‘adalah’. Kata ‘adalah’ juga tidak boleh hadir di depan kata ketrja dalam ayat kerana fungsi dan maksudnya sama. Maka kata ‘adalah’ mesti digugurkan dalam ayat (iii). Kata ‘adalah’ juga tidak boleh hadir di depan kata kerja di awal ayat. Oleh itu, kata ‘adalah perlu diganti dengan perkataan lain seperti ‘sukacita’ , ‘dengan ini’ , ‘dengan hormatnya’ , ‘anda’ dan seumpamanya.

Page 15: KATA NAMA TERBITAN

(j) Kesalahan penggunaan kata nafi. Contohnya :

(i) Makanan itu tidak untuk Ratna tetapi untuk adiknya.( Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk adiknya.)

(ii) Bapanya bukan pergi ke sawah hari ini( Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini)

(iii) Peristiwa itu bukan benar berlaku( Peristiwa itu tidak benar berlaku )

(iv) Budak yang sedang berlari itu tidak adik saya.(Budak yang sedang berlari itu bukan adik saya.)

Ayat (i) dan (iv) salah kerana kata nafi ‘tidak’ hanya boleh hadir bagi menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Manakala ayat (ii) dan (iii) salah kerana kata nafi ‘bukan’ hanya boleh hadir bagi menafikan frasa nama dan frasa sendi nama sahaja.

KESALAHAN PENGGUNAAN FRASA

1. Kesalahan penggunaan frasa nama.

(a) Kata bilangan yang menunjukkan jamak. Contohnya :

(i) dua buah lori-lori ( dua buah lori )(ii) beberapa orang pekerja-pekerja ( beberapa orang pekerja)(iii) ketiga-tiga orang anak-anak ( Ketiga-tiga orang anak)(iv) Setiap pelajar-pelajar ( Setiap pelajar )

(b) Penggunaan kata adjektif yang diulang. Contohnya :

(i) Baju-bajunya cantik-cantik. ( Baju-bajunya cantik )(ii) Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar.( Rumah-rumah di kawasan itu besar )

Pengulangan kata adjektif dalam ayat-ayat di atas membawa maksud jamak atau banyak, sedangkan KN yang menjadi subjek juga membawa maksud jamak.

Page 16: KATA NAMA TERBITAN

(c) Pelanggaran hukum DM. Contohnya :

(i) mini bas ( bas mini )(ii) goreng pisang ( pisang goreng )(iii) cili sos ( sos cili )

2. Kesalahan frasa adjektif.

(a) Penggunaan kata penguat tidak boleh diletakkan di hadapan dan belakang sekaligus. Contohnya :

Air kopi itu sungguh manis sekali.( Air kopi itu sungguh manis ) atau ( Air kopi itu manis sekali )

(b) Penggunaan kata penguat dengan imbuhan kata adjektif awalan ‘ter. Contohnya

Bangunan itulah yang tertinggi sekali .( Bangun itulah yang tertinggi )

Awalan ‘ter’ yang bergabung dengan kata adjektif membawa maksud ‘paling’. Oleh itu, kata penguat tidak boleh hadir bersama kata adjektif berimbuhan ‘ter’.

(c) Peluasan frasa adjektif. Contohnya :

Saya sayang ayah. ( Saya sayang pada ayah )

Apabila memperluas frasa adjektif hanya frasa sendi sahaja yang boleh digunakan. Oleh itu contoh di atas adalah salah.

(d) Penggunaan kata adjektif awalan ‘ter’ sebagai predikat. Contohnya

Pakaian itu tercantik. ( Pakaian itu paling cantik )

3. Kesalahan frasa kerja.

Page 17: KATA NAMA TERBITAN

(a) Peluasan frasa kerja tak transitif . Contohnya :

(i) Dia terlupa janjinya( Dia terlupa akan janjinya )

(ii) Pasukan Malaysia bertemu pasukan India.(Pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan India )

(iii) Dia bertanya saya.( Dia bertanya kepada saya )

Peluasan frasa kerja tak transitif dalam ayat mesti disisipkan dengan kata sendi.

(b) Penggunaan frasa kerja tak transitif imbuhan apitan ‘beR----kan’. Ayat menjadi salah jika disisipkan kata sendi antara kata kerja tak transitif berimbuhan ‘beR---kan’. Contohnya :

(i) Dia tidur dengan berbantalkan dengan lengan.( Dia tidur berbantalkan dengan lengan )

(ii) Penjahat itu bersenjatakan dengan sepucuk pistol.(Penjahat itu bersenjatakan sepucuk pistol)

(c) Kesalahan frasa kerja transitif berlaku apabila disisipkan kata lain antara kata kerja transitif dengan objek. Contohnya

(i) Mereka membincangkan tentang perkara itu.( Mereka membincangkan perkara itu )

(ii) Dia belum mengetahui akan hal itu(Dia belum mengetahui hal itu )

(iii) Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu.( Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi.)

(d) Kesalahan frasa kerja pasif. Bentuk frasa kerja pasif KGN Diri I dan II tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif KGN Diri III. Ini disebabkan KGN Diri I dan II mesti hadir di hadapan kata kerja jati dalam ayat. Contohnya :

Page 18: KATA NAMA TERBITAN

(i) Jambangan itu digubah oleh saya(Jambangan itu saya gubah )

(ii) Baju itu ibu jahit(Baju itu dijahit oleh ibu )

(iii) Meja-meja itu disusun oleh kami(Meja-meja itu kami susun )

(e) Frasa kerja pasif diri I dan II tidak boleh disisipkan dengan kata lain antara kata nama dan kata kerja. Contohnya :

(i) Tempat itu saya belum kunjungi lagi( Tempat itu belum saya kunjungi lagi )

(ii) Buku itu anda mesti pulangkan( Buku itu mesti anda pulangkan )

KESALAHAN AYAT

1. Kesalahan ayat tergantung atau ayat tidak lengkap. Ini berlaku apabila sesuatu ayat tidak mempunyai subjek atau predikat. Contohnya :

(a) Di seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut.( Penduduk seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut )

(b) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami.( Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami )

(c) Kelalaian yang menyebabkan kemalangan berlaku.( Kelalaianlah yang menyebabkan kemalangan berlaku )

Dalam ayat (a) dan (b) salah kerana ayat itu tidak mempunyai subjek manakala ayat (c) tidak mempunyai predikat. Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti dalam kurungan.

2. Kesalahan ayat gabungan.

Kesalahan yang berlaku adalah tidak menggugurkan kata sendi pada frasa predikat

Page 19: KATA NAMA TERBITAN

bagi ayat-ayat tunggal yang bergabung. Contohnya :

(a) Dia akan pergi ke Kuala Lumpur dan ke Ipoh.( Dia akan pergi ke Kuala Lumpur dan Ipoh )

(b) Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan( Budak itu menoleh ke kiri dan kanan )

3. Kesalahan ayat pancangan.

Kesalahan ayat ini berlaku kerana salah penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata komplemen ‘bahawa’. Selain itu terdapat juga ayat-ayat pancangan yang tidak diletakkan kata pancangan. Contohnya :

(a) Semua pelajar tahu dia anak hartawan.( Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan )

(b) Dia menyatakan yang dia sakit.(Dia menyatakan bahawa dia sakit )

(c) Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.( Rumah yang terletak di atas bukit itu tidak ada penghuninya.)